Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Banjir

banjir 30 November - 2 Disember

Beberapa hari yang lalu daerah pokcik, Besut telah dilanda banjir. Ada beberapa kampung yang teruk dan ada juga tempat yang tidak dinaiki air. Berbeza dari beberapa siri banjir yang lalu, boleh dikatakan kampung pokcik tidaklah teruk walaupun dihulu daerah ini yang teruk dilanda. Beberapa kampung dihulu Besut seperti Kampung La, Kampung Keruak  dan kampung Bekok yang teruk dilanda banjir. Ada kes yang melibatkan beberapa kenderaan yang ingin ke hulu daerah telah terkandas dan tenggelami oleh paras air yang naik secara mendadak. Seperti kes lori pejabat daerah yang dalam operasi tenggelam sepenuhnya serta empat buah van yang yang membawa bantuan dari Kuala Lumpur terkandas dalam air dalam di Kampung Bekok. Walau apa pun alhamdulillah tiada kejadian yang meragut jiwa berlaku. Bagi sebahagian, ianya seperti pesta banjir dan sebahagian lagi mengalami banjir yang teruk menganggapnya sebagai musibah dn bencana yang melibatkan kehilangan harta. Pokcik kongsikan sedikit ga...

Patah balik

Hujan lebat sudah beberapa hari melanda daerah pokcik. Cuaca yang seperti ini sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk sekitar daerah sini dan juga negeri di pantai timur bila masuk sahaja bulan November dan Disember. Itu tandanya banjir akan melanda dikawasan yang rendah. Tadi pagi, pokcik ke sekolah. Hanya beberapa meter sahaja dari kawasan sekolah. Air telah melimpahi jalan, pada anggaran pokcik tentu airnya baru sahaja surut. Pokcik memandu kereta mengharung air dan sebaik sahaja memasuki kawasan sekolah.  Abang  Jaga ekolah, sahabat pokcik datang dan meminta pokcik patah balik kerana  paras air makin meningkat. Akur dengan saranannya, pokcik patah balik. Petang tadi, dari group whatsapp pokcik terima sekeping gambar dari sahabat, keadaan air yang melimpahi jalan ke sekolah pokcik. Musim banjir melanda, jadi berhati-hatilah... awasi anak anda (ingatan untuk pokcik sendiri). Untuk sahabat-sahabat blogger, dimusim hujan ini berhati-hatilah semasa memandu....

Sangkut dalam banjir

Niat dihati hendak pergi ke sekolah dengan satu tujuan iaitu untuk mengambil dokumen akaun sekolah yang akan dihantar ke JPNT pada 23 Januari ini. Walapun menyedari hujan lebat yang membadai kawasan pokcik sejak dari semalam, hujan yang berterusan tanpa teduh. Dalam perjalanan pergi ada jalan di beberapa tempat yang mulai dilimpahi air tapi masih boleh lagi diharungi. Akhirnya kereta pokcik sampai di Jerebun, tempat ni biasa dan mudah ditenggelami air dan merupakan tempat pertama bagi penduduk Hulu Besut terputus hubungan. Pokcik membatalkan hasrat hati. Berpatah balik. Dalam perjalanan meredah air yang semakin lama semakin dalam rasanya. Tiba-tiba kereta pokcik mati enjinnya kerana tidak berdaya meredah air yang dalam. Pucat memang pucat dalam fikiran macam-macam berperang. Rosak ke? Duit lagi.. Anak dan bini lagi pucat. Takut. Air dah hampir mencecah masuk dalam kereta. Dalam hujan yang lebat pokcik keluar lihat apa yang berlaku. Walau tak tahu apa nak buat. Kena t...

Cerita banjir

Banjir. Air bah, setiap hujung tahun dibulan disember atau awal januari kedatangan sentiasa ditunggu. Seronoknya bermain banjir. Itu dulu, waktu pokcik dizaman remaja dan diawal perkahwinan waktu belum lagi mempunyai anak-anak. Kini semenjak tahun 2000 dan 2014 keadaan banjir tidak seperti tahun-tahun sebelum tahun itu. Banjir 2014 dua malam kawasan rumah pokcik ditenggelami air dan tahun ini 2016. Banjir awal 2017, pokcik tiada dirumah kerana menghantar anak sulong pokcik yang mendapat tawaran Latihan Penolong Pegawai Persekitaran di Kolej Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh (KKBSB), tarikh lapor diri pada 3 Januari 2017. Sebelum bertolak pokcik telah berpesan kepada isteri “Bawalah kain dan pakaian basahan, kain pelikat abang dan kain tuala, kemungkinan nanti kita akan tersangkut banjir, mungkin dimana-mana tempat”. Turut bersama ialah anak perempuan bongsu pokcik. Pokcik sudah dapat menjangkakan akan berlaku banjir memandangkan maklumat dari sahabat bahawa  dihulu daerah ...

Gambar banjir sekitar kampung.

Diawal tahun, Kampung pokcik dilanda banjir. bagi pokcik banjir tahun ni agak dari tahun 2016. Waktu update blog ni pok cik tengah penat. baru siap membasuh didapur yang berselut. Cukup penat. Dua bilik belum lagi dibersihkan. Isteri dah mengadu sakit pinggang.. nanti pokcik cerita lain posting

Hari terakhir 2016

Pagi tadi, pokcik rancang nak ke sekolah kerana ada beberapa perkara yang terpaksa diselesaikan. Walapun hari ni cuti tapi benda tu kena selesaikan har ni juga fak boleh tangguh tangguh.  Tapi bila hampir sampai je kat sekolah, terpaksa patah balik.. bila tengok air mulai melimpah jalan. Apakan daya terpaksa tangguhkan jugalah benda tu. Pusing balik ke rumah. Bila sampai kat kampung Jerebun terpaksa perlahankan kereta, air dah melimpah jalan. Rasanya tak sampai pun 10 minit pokcik lalu kat sini tadi, masih ok.. sekarang dah melimpah keatas jalan kalau tunggu lama lagi tersangkutlah rasanya. Banjir dihari terakhir 2017

Banjir??..

Jam lima pagi tadi terima sekeping gambar dari sahabat pokcik. Katanya kawasan depan rumahnya telah dibanjiri air.. Kalau lah depan rumahnya dah banjir tentulah jalan ke tempat kerja pokcik pun turut ditenggelami air. Jalan depan rumahnya tu lah jalan jalan utama pokcik ke sekolah tempat bertugas.  Biasanya tidaklah lama sangat dalam dua tiga jam surutlah ia. Jam 7.30 pagi tadi bila pokcik sampai sini, air yang melimpah jalan dah tiada yang tinggal hanya sampah sarap diatas jalan. Pernah satu kali dalam sejarah bertugas kat sini, di Felda Tenang Jerteh ni. Pokcik kandas kat sini Jam 10.00 malam baru boleh balik rumah. Hati-hatilah dimusim hujan ni, utamakan keselamatan diri.

Hujan lebat, air ditempayan jangan dicurahkan

Gambar banjir tahun lepas Dua tiga hari ni, hujan turun dengan lebatnya. Agak sikit merisaukan, bukannya apa.. bimbang dan trauma kini menjelma. Takutkan paras banjir lebih tinggi dari biasa.  Kejadian menimpa daerah-daerah di Kelantan pada penghujung tahun lalu dan awal tahun ini membuatkan keseronokan menanti musim banjir/bah telah hilang. Kalau dahulu musim banjir adalah salah satu musim yang dinanti-nantikan.. waktu tu masih kanak-kanak dan awal remaja. Rasanya tahun ini, kalau berlaku banjir parasnya mungkin lebih dari tahun-tahun yang lalu kerana banyak tempat-tempat disekitar kampung pokcik telah ditambun dengan tanah untuk pembangunan. Tempat-tempat lembah ditambun dengan tanah hingga tingginya melebihi dari kawasan-kawasan sekitarnya. Hingga ada rakan-rakan yang  mengatakan sekiranya berlaku banjir, penduduk sekitar rumah pokcik akan berpindah tahun ini. Depan rumah pokcik alor, belakang rumah pun alor... walau apa pun pokcik berserah segalanya kep...

Stesen minyak kehabisan minyak

Rata-rata stesen minyak disekitar bandar Jerteh telah kehabisan minyak buat sementara waktu pada sebelah petang tadi. Kejadian berlaku bila penduduk dari kelantan mengisi minyak disini.. Petang tadi pokcik datang ke BHP bandar ini nampak kon-kon ini diletakkan oleh perkerja menandakan minyak telah habis.. pusing ke beberapa stesen minyak sekitar sini, perkara dama berlaku...... sekarang ini pokcik tengah berfikir sekiranya bekalan minyak tidak sampai juga pagi esok bagaimana cara untuk pergi ke tempat kerja. Stok minyak di kedai-kedai sekutar kampung pokcik juga tiada... minyak motorsikal juga telah kering.. semoga ianya bersifat sementara.... Sementara dipasar raya sekitar sini pada tengahhari tadi mengikut maklumat yang diterima pula ialah berkaitan permintaan telur ayam yang tinggi dan bahan makanan asas yang lain...

Penduduk Kelantan serbu Besut

Penduduk Kelantan serbu Besut ... itu yang terjadi pada 27 Disember... menyebabkan mesin ATM  dibeberapa buah bank dibandar Jerteh telah kehabisan duit. Stesen minyak disini juga menghadapi masalah kehabisan bahan ini. Berdasarkan pemerhatian pokcik dibeberapa kedai-kedai pembekal barang keperluan utama dibandar ini juga dipenuhi oleh beberapa buah kenderaan pacuan empat roda yang mengisi barang untuk dibawa ke beberapa jajahan di Kelantan yang terjejas teruk akibat banjir. Ini kerana Besut merupakan daerah yang paling berhampiran dengan Kelantan... walau pun Besut telah dilanda banjir sebelum ini tetapi banjir di daerah ini tidaklah besar seperti mana yang terjadi di negeri Kelantan. Beberapa pertubuhan NGO Besut juga mengerakkan operasi bagi membantu saudara mara di negeri Kelantan.

Gambar hari rabu #15 - air dimana-mana

aktiviti sebelum banjir surut

Sebelum banjir surut sepenuhnya anak anak ni nak main banjir sepuas-puasnya....nak dilarangnya kesian pulak bila tengok sepupu-sepupunya dengan galak dok berenang kuak lentang... kuak kupu-kupu.  Bila kata boleh... senyum je anak ni.. senyum sampai telinga...tapi ada syaratnya.. terkedu pulak dia. Dengan syarat... kawasan depan runah atuk fua sahaja.... dibawah pemerhatian abangnya... Pokcik pulak... dah penat, sakit pinggang... bayangkan dengan selut yang tebal diruang dapur tu kena dibersihkan sebelum kering. Isteri pula dengan pinggan mangkuk, bekas-bekas plastik yang dah  berselut kuning... memang memenatkan. Apakan daya kita... mungkin seronok bagi anak-anak tapi tidak bagi kita ibubapa.

keadaan banjir

Keadaan banjir malam ni masih seperti tengahhari tadi, tiada tanda-tanda ianya akan surut. Dalam hati ini tiada apa yang nak difikirkan melainkan rungsing tentang keadaan ini.  Jadi kali ini pokcik nak belanja sahabat-sahabat tengok beberapa keping gambar..... gambar-gambar ni semua bukan pokcik yang punya melainkan pokcik ambil dari facebook raka-rakan... jom lihat gambar banjir sekitar kampung pokcik dan bandar Jerteh.

Penat bila banjir melanda

Lebih kurang 5.00 pagi tadi air mulai memasuki kawasan rumah pokcik.. memang dari semalam lagi tak lena tidur.... macam mana nak lenakan bila hati dok bimbang. Setiap kali banjir melanda penat tak boleh nak cerita... kereta motor awal-awal lagi pokcik pergi letak ditempat yang tinggi... jalan atas parit menuju ke sawah padi menjadi pilihan untuk parking ketana kat situ lebih tinggi.. 8.30 pagi, ruang dapur pula dimasuki air... punggah dapur, punggah peti ais dan macam-macam lagi barang ke tempat tinggi... ruang utama menjadi dapur buat sementara... yang paling memenatkan ialah bila surut nanti... faham-faham sendirilah kan... dengan selutnya.. tapi banjir kali ni lain sikit keadaannya... lambat surut... hmm.. anak-anak pula cukup gembira.... bermain, berenang, menyelam.... dari kuak lentang sampailah ke kuak kupu-kupu.... berhenti tidaknya bila gigi dah berlaga dan jari dah kecut pucat. Anak ayam dan anak itik kat reban ada yang mati ada yang dihanyutkan air .. apak...

menang Giveaway Ilmu Buat Duit Affiliate

Hari tu pokcik ada join giveaway yang dianjurkan blogger femes hasrulhassan, tak sangka pula pokcik dah menang... tahniah untuk diri pokcik dan terimakasih untuk penganjur. Dalam gembira ada kebimbangan dihati... nak tidur awal ada kerisauan.. mana tahu sedang asyik tidur banjir pula datang melanda. Dari maklumat yang diterima dari rakan-rakan yang tinggal di hulu Besut, seperti Keruak dan Kampung La... ada rumah penduduk kampung yang hanya nampak bumbung. Risau pokcik.... berdasarkan pengalaman yang lalu.. air ini mengambil masa lebih kurang lima ke enam jam untuk sampai ke sini. Ini bermakna kalau kampung di hulu sana dinaiki air pada jam 8 malam bermakna antara jam dua belas malam atau satu pagi air akan mula memenuhi kampung pokcik pula.. jadi pokcik perlu bersedia,... menyimpan apa yang perlu ke tempat yang tinggi. Kereta, motor ke tempat tinggi.... ayam.. itik?.

gambar hari rabu #15 - sekolah dah banjir

Gambar dari tingkat tiga bangunan sekolah jam 5.00 petang tadi

patah balik

Turun dari rumah pagi tadi ingatkan hendak ke sekolah tapi bila sampai di Kampung Jerebun tengok air melintas jalan makin banyak terus patah semangat untuk berkerja.... pokcik ambil keputusan patah balik... esok boleh kerja lagikan.

Nasib baik lepas

J am 11.0 pagi tadi sedang pokcik dok menyemak Buku Tunai KWK tiba-tiba datang seorang rakan yang memaklumkan keadaan air banjir.... kerja terpaksa ditinggalkan.... Mengelabah pokcik sekejap... bila tiba di Kg. Jerebun air diatas jalan dan agak tidak sesuai untuk kenderaan kecil. Dua tiga buah kenderaan telah tersadai dan terpaksa ditunda. Pokcik ambil keputusan untuk melalui jalan diatas parit yang menghubungkan kampung Jerebun-Dalam Huma-Kampung Bukit Cina... Alhamdulillah nasib baik lepas.... air dijalan ini masih belum dalam.. kalau tidak pokcik terpaksa berpatah balik kebih kurang 11km untuk mengambil laluan Lata Tembakah - Padang Tapong... lebih kurang 15km pula untuk sampai ke rumah. Jalan utama yang menghubungkan antara bandar Jerteh dengan Hulu Besut... di jambatan Kampung Jerebun ini mudah ditenggelami air memandangkan keadaan yang jalan yang rendah.

Hujan lebat belum tentu bah mendatang

Dua tiga hari ni hujan lebat mulai turun di beberapa buah negeri. Tidak terkecualilah dengan negeri, daerah dan kampung pokcik sekali. Hujan yang turun ni juga satu rahmat bagi makhluk yang tahu menilainya. Menjadi sumber rezeki pada penduduk-penduduk kampung.  Tak percaya?... kalau datang kat kampung pokcik ni.  Banyak gerai kat tepi jalan tu yang dah mula menjual ubi kayu... kadang-kadang tu rasa pelik juga, kenapalah bila tiba musim hujan begini banyaklah ubi kayu dipasaran... bila difikirkan balik. Macam satu budaya pula dari zaman berzaman... selera makan kita turut berubah mengikut musim.. Musim-musim hujan begini biasanya air disawah tu memenuh, menjadi sumber rezeki juga bagi mereka yang rajin berusaha. Kalau dulu musim beginilah pokcik dan rakan-rakan pokcik akan memukat ikan sepat, puyu, keli dan haruan dibendang-bendang padi. Dengan pukat siam dua tiga utas ditangan kami mencari kawasan yang pada jangkaan kami merupakan kawasan ikan bermain air. Sekali dian...