Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kenangan lalu

Catatan Blog Larut Malam

Larut malam begini, suasana kampung makin sunyi. Hanya bunyi cengkerik dan sekali-sekala anjing menyalak di kejauhan yang menemani. Angin malam menyapa lembut, membawa dingin yang menyusup hingga ke tulang. Pokcik duduk seorang diri di beranda rumah, sambil meneguk secawan Milo kosong yang masih berasap. Fikirannya melayang entah ke mana, tentang kerja kebun siang tadi, tentang anak-anak, tentang masa depan yang kadang-kadang terasa samar. Ada rasa letih yang belum hilang, tapi dalam diam ada juga rasa syukur. Syukur kerana masih diberi peluang menikmati malam yang tenang begini. Syukur kerana esok masih ada untuk terus berusaha. Larut malam bukan sekadar waktu untuk tidur, tapi juga waktu untuk berbicara dengan diri sendiri. Mengimbas kembali apa yang telah berlaku, dan merencana apa yang akan datang. Dalam sunyi, kita belajar mendengar suara hati sendiri. Malam ini, pokcik titipkan doa agar esok lebih baik daripada hari ini. Semoga rezeki di kebun bertambah, semoga hati terus taba...

Catatan Blog Pagi Khamis

Kadangkala hidup ni pelik juga kan. Pokcik rancang nak tulis pasal satu benda, tapi jari jemari ni ikut hati pula – menulis tentang perkara lain yang langsung tak kena mengena dengan apa yang kita nampak depan mata. Begitulah hidup, ada masa kita duduk fikir nak ke kanan, tiba-tiba takdir bawa kita ke kiri. Pagi ni misalnya, sambil menghirup teh panas dan mengunyah sarapan, fikiran pokcik jauh melayang. Terbayang cerita lama masa kecil dulu, waktu pagi sebelum ke sekolah mak mesti sibuk siapkan sarapan. Ada kalanya nasi goreng kampung, kadang-kadang ubi rebus cicah kelapa parut, dan kalau rezeki lebih sikit, roti canai dari kedai Pak Mail jadi pilihan.  Bukan pasal makanan pun sebenarnya, tapi pasal suasana – gelak ketawa, jeritan mak suruh cepat siap, bunyi radio kecil kat dapur siar berita pagi. Semua itu dah lama hilang, tapi anehnya masih segar dalam ingatan.

Salam terakhir

Sewaktu pokcik masuk ke sebuah kedai makan tadi, pokcik terlihat sekumpulan pelajar lelaki dan pelajar perempuan sedang menjamu selera dengan makan mee kari. Dari pakaian mereka pokcik pasti mereka pelajar tingkatan 6.. ya mereka bukan berpasangan sudah pasti mereka hanya sahabat sekelas.. Melihat mereka teringat pula kisah masa pokcik tingkatan enam dan mee kari... Di tingkatan enam, cinta bukan tentang janji sehidup semati. Ia lebih kepada teka-teki yang berlarutan, kiriman salam yang datang tanpa nama, dan hati yang berdebar setiap kali waktu rehat. Setiap minggu, ada saja budak lelaki datang dengan gaya ala penyampai berita RTM tahun 90-an.   “ Pokcik… ada orang kirim salam. ”   Pokcik pun tanya,   “ Siapa ?”  Jawapan?   “ Tak boleh bagitau. Dia malu .” Dan begitulah setiap kali. Pokcik mula rasa macam tengah main rancangan “Jejak Kasih” versi sekolah menengah. Siapa dia? Budak kelas sebelah? Yang selalu pinjam pen tapi tak pernah pulang?...

Suatu ketika dahulu Malam-malam Lepas Mengaji

Malam ini pokcik terasa penat sedikit, petang tadi pokcik berkejaran ke Setiu atas permintaan mokcik..  Lepas isya' sebentar tadi pokcik turun ke laman rumah. Cahaya suram bulan sabit dan bintik-bintik bintang nun jauh menemani bulan.. Malam-malam seperti ini buat pokcik termenung dan mengingati sesuatu yang masih segar dalam ingatan… sebuah kisah yang kecil, kisah diusia kanak-kanak puluhan tahun yang lalu yang membentuk pokcik pada masa kini.. Pada malam-malam begini, pokcik bersama sepupu dan rakan-rakan biasanya lepas Isyak kami selesai mengaji di rumah Tok Guru Haji Salleh, berjalan ramai-ramai pulang ke rumah masing-masing. Waktu tu tiada lampu jalan, jadi suasana malam memang gelap dan sunyi, ditambah bunyi cengkerik dan sesekali salakan anjing dari jauh. Kadang-kadang, kami berlumba siapa sampai simpang dulu, siapa berani jalan depan tanpa suluh, siapa paling lambat kena tinggal. Tapi biasalah, budak-budak kecil yang baru darjah satu dua ni, bila kami lari tinggal mereka j...