Showing posts with label 2018. Show all posts
Showing posts with label 2018. Show all posts

Thursday, December 27, 2018

DEC 2018 | Episode 02 - Cuti Cuti Dekat Dekat Je

Sesi percutian episode ke 02. Kali ni memang tak pegi jauh sebab ada urusan urusan yang perlu disettlekan.

Selangor negeri ku....

Ke mana nak di tuju?

Malas nak gi jejauh. Dekat pun jalan jem

Teka kat mana?

Airport.. Yeah..

Orang gi airport naik kapal terbang, 

Kami pegi bercuti je kat Sepang.

Menginap di sini

Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA

Boleh lah relaks relaks chill chill layan bebudak mandi

Tak de banyak aktiviti...

Tak gi shopping kat sini...

Tapi gi jalan jalan kat KLIA2. Haks..

Cari kelengkapan Hero nak bersukan sukan.

Layan jugak kemahuan anak dara aku tu

Suruh beli bebenda macam ni manfaatkan masa cuti

Ini jugak yang dia cari....

Lagipun Cinderella nak cari sepatu...

Tinggal sepatu tengah jalan, haram tak de prince charming heran...

Jalan jalan cari kudapan...

Tersesat di luar kawasan...

Dipertemukan dengan tempat makan

 Singgah sat sebelum beredar..

Percutian tak berakhir di situ.

Tak puas menginap di Selangor....

Pindah lak ke KL.... 

Dari Sepang ke Ampang..

Menginap di Afflexia Serviced Suites

Saja nak try test tempat baru

Tapi lokasinya agak haru biru

Nasib baik facilities macam unik, menarik tapi agak pelik pelik skit sebab kena turun naik bangunan untuk sampai ke satu satu tempat dia. 

Concept menarik tapi hilang kemudahan dan keselesaan. Kuasa viral memang luar biasa tapi realitinya biasa biasa jer.










Malangnya masa kat sini, aku lak tak sihat perut. Bercuti tapi aku asyik tidur je. Masalah pencernaan. Patut stay 3 malam, pendekkan jadi 2 malam jer. 

Hilang nikmat bercuti.

Macam macam ubatan dan juice aku telan.

Kesian budak budak pegi bercuti tapi aku tak berdaya nak layan.

Kautim balik bawak tengok wayang

Layan movie ni pastu tengok Paskal dan Hantu Kak Limah kat rumah. Eh best jugak la Paskal tu. Hantu Kak Limah agak seram seram sendu.

BumbleBee

As usual cari kelengkapan sekolah. 

Kasi settle semua benda...

Maka tamat lah perancangan bulan Disember untuk anak anak.... 

Mereka dah happy dah dapat apa yang mereka nak. 



Saat cintaku bertemu dengan mu
Pabila muzik menyatukan isyarat ku kepada mu
Dan biar aku temani seakan hati mau begitu
Terima aku tuk mewarnai cinta hatiku

Kamu yang terindah
Kamu yang melengkapkan hidup ku
Kamu yang menerangkan sinar hati ku
Pabila jiwa ku sepi

Kemarilah kepada ku
Kemarilah cinta ku oh sayang
Kemarilah terus pada ku
Demi cinta kita

Dah abis beli jiwa mereka, dan aku ada misi khas menghabiskan cuti hujung tahun.




Hoyeh....  Moga dipermudahkan segalanya.............

TAMAT

Wednesday, December 26, 2018

DEC 2018 | Episode 01 - Cuti Cuti JDT

Bulan Disember semestinya bulan yang mencabar sebab cuti sekolah dan aku kena atur acara dan ada benda benda yang perlu di persiapkan sebelum bermula sesi persekolahan yang baru tahun depan.

Bulan cuti macam ni jugak, kena rancang activities untuk untuk budak budak supaya dia orang tak lebam duduk kat rumah. Kang manjang bercakar je dua orang ni kalau bertemu !

Berikut adalah highlight cuti dan aktiviti bulan Disember 2018.

Untuk sesi percutian pertama hari tu, aku bawak mereka bercuti di Johor. Cuti Cuti JDT ! 

Plan asal nak ke Desaru sebab ada Hard Rock Hotel baru di buka dengan Adventure Waterpark, tapi ada masalah skit kena KIV dulu.

Jadi kami ke mana kitaneyyyy ????

Ayer Hitam

Usha usha barang barang kat sini tapi tak beli pun

Banyak barang barang hiasan

Tak tau nak beli apa. Abis abis anak aku nak mainan

Singgah di Rest Kari Kambing 40 hari

Apsal ntah 40 hari

Walaupun aku tak makan kambing

Lalu ikut Kluang

Singgah solat di Masjid Jamek

Bandar Kluang

Daulat Tuanku

Menuju ke Mersing

Tak ke mana mana pulau pun sebab musim tengkujuh. Lagipun memang bukan dalam plan.

Bawak budak budak main pantai

Pantai Air Papan

Tapi memang tak sesuai untuk mandi mandi


Sebenarnya kunjungan kali ni nak santai santai di Penyabung

Dan menginap di Penyabung Warisan Resort

Macam tenang dan damai je tempat ni

Lepak

Sebab tu nak try pegi

 Tandus

Bakau


Layan

Cuaca kurang memberangsangkan

Lepak lepak di pantai berdekatan. Pantai Lanun.

Tak lupa makan ikan goreng tepung.... ( aku tengok je lah )

Di larang memancig? memancut?

Tamat 3 hari 2 malam di sini

Tamat percutian, balik semula ke KL dan jalani kehidupan seperti biasa. Percutian yang santai tapi macam jauh jugak perjalanan. Cuaca lak tak berapa cantik, sendu mendu jer tapi memang musim kot tapi resort memang tak menepati piawaian. 

Expectation aku agak tinggi tapi sudahnya hampeh je rasa. Tak berbaloi drive jauh jauh.

Tempat dah cantik. Services langsung tak up to standard. EcoTourism tapi macam tersangkut kemudahannya.



Pulang ke kota

Wajib singgah kalau lalu Kluang

Nanti aku share details tetempat ni bila ada masa free.

bersambung unuk cuti cuti episode 02.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...