Showing posts with label Rosenheim. Show all posts
Showing posts with label Rosenheim. Show all posts

Wednesday, June 26, 2019

#RoadTripCentralEurope DAY 04 | 01 : ROSENHEIM - SALZBURG

Sedar tak sedar dah masuk hari ke 4 perjalanan road trip kami di bumi Eropah Tengah.

Ini sambungan dari : Day 03

Bangkit awal pagi di bumi yang begitu asing yang tak masuk pun dalam list plan kami. Semalam kami terpaksa singgah di Rosenheim, Germany ni untuk bermalam dengan local host melalui ArBnb yang kami tempah. Sampai dah lah lewat malam pastu suasana rumah agak suram. Macam macam arahan dikenakan. Jangan hentak kaki kuat kuat. Jangan buat bising takut ganggu jiran. Jangan itu. Jangan ini. Apa dia ingat kami King Kong ke ?

Memang tak banyak benda yang di buat selepas sampai tengah malam semalam. Dapat katil masing masing membuta. Aku sebilik dengan IH, BW di bilik yang lain. Rumah ada 3 bilik. Host ni macam psycho jugak lah rumah dia. Dia kata stay sorang tapi suram semacam je....

Rumahnya di tingkat 2...

Dan ni gambar dalam rumah yang sempat aku ambik semalam.....




Banyak betul barang dalam rumah dia especially toilets. Tapi cukup lengkap lah. Kira OK lah dengan sewa semalaman dalam RM 200 lebih je.

Semalam masa sampai sempat borak borak dengan dia, dan dia bagi idea dekat dengan Rosenheim ni ada istana yang lagi lawa dari istana Cinderella yang kami jejak semalam. Pastu ada tasik favorite dia yang dia selalu pegi jogging dan mencari ketenangan.

Kami terbeli dengan kata kata manis menghiris kalbu mamat tu dan decided nak pay a visit kat tempat tempat tu.

Dan pagi ni kami plan nak gerak awal ke Salzburg since kami dah behind the schedule dah. BW siap bangkit awal pagi dan siapkan bekalan makanan. Sempat la tumpang dapur mamat ni untuk memasak ringkas ringkas.

Dah siap semuanya, kami beredar dari rumah tersebut.....





Rosenheim is a city in Bavaria, southeastern Germany. Its Lokschuppen Rosenheim arts center hosts exhibits in a converted 19th-century railway depot. Max-Josefs-Platz, the market square, is surrounded by arcades, cafes and centuries-old townhouses. The Municipal Museum has displays of local history, including Roman relics. To the east, Simssee is a lake with trails in the foothills of the Bavarian Alps.

Kami tak singgah pun pekan Rosenheim tu tapi kami tersesat on the way masa nak pegi ke lake yang mamat tu bagitau. Berpusing pusing ikut jalan kampung sampai sesat barat. Last sekali patah balik semula baru la jumpa jalan yang betul. Jalan yang di redhai...... menuju ke Lake Sims




Kami tak jumpa pun port yang konon macam ada orang lepak santai. Tapi area lake tu agak tenang dan cantik juga. Last sekali berenti je ambik ambik gambar dan menikmati pemandangan.






Tak nampak manusia pun. Eh ada. Mamat yang replenish rokok dalam mesin jual rokok celah celah semak. Musykil gak sapa yang beli rokok rokok dia tu.


Ada pokok apple. Sempat jugak kami hunggah.


Selesai menikmati pemandangan di Lake Sims ni kami ke Chiemsee.

Chiemsee is a municipality in the district of Rosenheim in Bavaria in Germany, named after the lake Chiemsee. It is Bavaria's smallest municipality by area and the second smallest (after Balderschwang) by population.

The municipal area comprises not the lake itself but the islands of Herrenchiemsee (Herreninsel) with its Palaces, Frauenchiemsee and the uninhabited Krautinsel. While the island of Herrenchiemsee with 2.38 km2 (0.92 sq mi) is by far the largest, most of Chiemsee's inhabitants live on 0.15 km2 (0.058 sq mi) Frauenchiemsee.

Itu lah istana yang di maksudkan tu adalah Herrenchiemsee New Palace, Elaborate palace begun in 1878 for Ludwig II of Bavaria & modeled on Versailles.

Terletak di atas sebuah pulau kecil di tengah tengah tasik, nak ke sana kena ambik ferry pulak.







Tak nampak pun istana tu dari tepi pelabuhan yang kami singgah. Tapi bila google macam lawa jugak memang macam istana Versailles di Perancis. Sebab kesuntukan masa kami decided tak jadi lah skodeng ke sana. Sebaiknya kami teruskan perjalanan ke Salzburg jer.

Macam buang masa gak tapi tak pe lah. Nama pun road trip ada je rencana adhoc yang bakal jadi. Cuma benda benda macam ni merampas banyak masa kami dan terganggu planning yang kami dah set.



Airmata separuh mati yang ditahan
Diberhentikan legu kelopak
Dingin tubuh terkulai diam tak bernadi
Tangan bersaksi kita bergenggam

Rampas semua
Badanku belahlah dua
Ambil semua ku ada
Ikutkan sahaja hati
Atau apa yang kau rasa

Langkah ku lemah dalam susur pancaroba
Dekat dipersimpangan dilema
Cuba keluar di jalan yg tak berarah
Tunggu serpihan bongkah cahaya

Putus segala hijab kau dan aku
Sampai nanti kita bertemu

Rampas semua
Badanku belahlah dua
Ambil semua ku ada
Ikutkan sahaja hati
Atau apa yang kau rasa

Putus segala hijab kau dan aku
Sampai nanti kita bertemu
Rampas semua

Badanku belahlah dua
Ambil semua ku ada
Ikutkan sahaja hati
Atau apa yang kau rasa
Badanku belahlah dua
Ambil semua ku ada
Ikutkan sahaja hati
Atau apa yang kau rasa

Pasrah ! Lagipun tak de apa nak di kejar pun.





Perjalanan dari Rosenheim ke Salzburg mengambil masa satu jam perjalanan tapi sebab dok menyinggah sana sini, hampir 2 jam lebih jugak sebelum akhirnya kami selamat tiba di Salzburg menjelang tengahari.

Salzburg, here we come !






Sampai di Salzburg kami macam lost sekejap tak tau mana nak tuju. Ni bahana sebab tak study dan prepare. Main aci redah je.

Last sekali cari parking nak park kereta. Jumpa parking bawah bangunan bank.

Raiffeisenverband Salzburg

Kawasan parking

Sempat aku tukar duit kat bank ni dari Pound ke Euro. Bagus dia tak kenakan charge pun. Layanan pun baik baik jer.

Keluar dari bangunan bank tu kami terus berada di laluan tepi Sungai Salzach. 

Dari seberang sini kelihatan bangunan bangunan lama di kawasan Old City yang menghiasi kota Salzburg yang cukup terkenal sebagai tempat kelahiran composer terkenal Mozart.














Dan kota ini turut terkenal sebagai lokasi film The Sound of Music.....

bersambung.....................

Wednesday, January 30, 2019

RT2018 : 05 | GERMANY

Germany adalah sebuah negara yang terletak di benua Eropah dengan bentuk pemerintahan Persekutuan Republik Berparlimen. Jerman pernah terpecah menjadi dua negara karena kalah semasa Perang Dunia kedua, bahagian barat Jerman yang dikuasai oleh sekutu Perancis, Inggeris and Amerika Syarikat ini kemudian pada tanggal 23 Mei 1949 membentuk negara baru dengan sebutan Federal Republic of Germany (Bundesrepublik Deutschland) dengan ibukotanya di Bonn sedangkan bahagian Timur Jerman yang dikuasai oleh Soviet Union dan membentuk negara baru pada tanggal 7 Oktober 1949 dengan sebutan German Democratic Republic (Deutsche Demokratische Republik) dan beribukota di Berlin. Namun kedua negara tersebut berhasil bersatu kembali menjadi satu negara dengan nama Federal Republic of Germany pada tanggal 3 Oktober 1990. Tarikh 3 Oktober ini kemudian diperingati sebagai German Consolidation Day. Setelah penyatuan kembali, Ibukota Jerman ditetapkan di Kota Berlin.

Sebagai sebuah ekonomi terbesar di Eropah dan negara kedua yang paling ramai penduduk (selepas Russia), Jerman adalah ahli utama organisasi ekonomi, politik, dan pertahanan dunia. 

Pada Januari 1999, Jerman dan 10 negara EU lain memperkenalkan mata wang pertukaran Eropah yang sama, euro.








SCHWANGAU

Schwangau adalah sebuah kampung di Bavaria, bahagian selatan Jerman. Ia merupakan pintu masuk ke istana Neuschwanstein yang besar, istana puncak bukit abad ke-19 yang dibina untuk King Ludwig II. Tidak jauh dari istana tersebut terdapat juga Istana Hohenschwangau mempunyai bilik-bilik negeri yang dilengkapi perabut Ornately. Kereta kabel Tegelberg, yang dibina bagi menuju ke puncak gunung dengan cerun ski menawarkan keindahan pemandangan kawasan desa sekitarnya. Di sebelah utara, Tasik Forggensee yang sangat besar dan sesuai untuk belayar, memancing serta berenang.

Walt Disney membina istana dalam filem Sleeping Beauty serta taman tema Disneyland dan Disneyworld berdasarkan Neuschwanstein Castle, yang juga merupakan istana paling terkenal di Jerman.












MUNICH

Munich, ibukota Bavaria, adalah bandar yang memiliki banyak bangunan bangunan lama serta muzium. Bandar ini terkenal dengan perayaan tahunannya Oktoberfest termasuk Hofbräuhaus yang terkenal, yang diasaskan pada 1589. Di Altstadt (Old Town), Marienplatz mengandungi banyak kesan zaman Neo-Gothic Neues Rathaus (dewan bandar), dengan glockenspiel yang popular yang seolah olah menghidupkan semula cerita cerita dari abad ke-16 dahulu.


















ROSENHEIM

Rosenheim adalah sebuah bandar di Bavaria, tenggara Jerman. Max-Josefs-Platz, dataran pusat niaga dikelilingi oleh banyak arked arked jualan, kafe dan rumah rumah yang berabad-abad lama di bina. Muzium Perbandaran menempatkan hasil sejarah setempat, termasuk beberapa artifak peninggalan Rom. Di sebelah timur bandar Rosenheim, terdapat Simssee Lake yang terletak di kaki pergunungan Alpine Bavaria.





10 Fakta menarik mengenai Jerman

01. Jerman secara rasmi sebagai Republik Persekutuan Jerman adalah republik parlimen persekutuan di barat-tengah Eropah. Jerman adalah negara kelima terbesar di Eropah yang meliputi kawasan seluas 357,021 kilometer persegi (137,847 batu persegi).

02. Jerman bersempadan dengan sembilan Eropah: Denmark di utara, Poland dan Republik Czech di timur, Switzerland (satu-satunya jiran bukan EU) dan Austria di selatan, Perancis di barat daya dan Belgium , Luxembourg dan Belanda di barat .

03. Bahasa rasmi adalah bahasa Jerman dan nama Jerman dalam bahasa Jerman adalah Deutschland .

04. Jerman adalah negara anggota yang paling ramai penduduk di Kesatuan Eropah. Pada tahun 2015 dianggarkan mempunyai populasi 82,562,004 . Berlin , ibu kota dan pusat kebudayaan Jerman. Lain-lain bandar utama termasuk Munich, Hamburg, Cologne, Stuttgart dan Frankfurt.

05. Jerman dilimpahi dengan kawasan hutan yang padat di seluruh negara, menyediakan kediaman semula jadi untuk pelbagai kehidupan haiwan .

06. Zugspitze , pada 2,962 m (9,718 kaki) di atas paras laut, adalah puncak tertinggi Pergunungan Wetterstein serta gunung tertinggi di Jerman .

07. Hutang Jerman dari WWI adalah bersamaan dengan 96,000 tan emas . Jerman membuat bayaran ganti rugi terakhir dari Perjanjian Perang Dunia II Versailles pada tahun 2010. Keturunan isteri Nazi Joseph Goebbels adalah keluarga terkaya di Jerman pada masa kini.

08. Jerman dikenali sebagai 'tanah penyair dan pemikir' - Bach, Beethoven dan Goethe semuanya berasal dari Jerman, bersama para komposer Händel, Schumann, Mendelssohn, Brahms, Wagner dan R. Strauss. Beberapa ahli falsafah Jerman yang terbesar di dunia termasuk Kant, Hegel, Schopenhauer, Nietzsche, dan Heidegger. Albert Einstein adalah seorang ahli fizik teori kelahiran Jerman. Dia mengembangkan teori relativiti umum, salah satu daripada dua pilar fizik moden (di samping mekanik kuantum).

09. Jerman telah menghasilkan beberapa ciptaan yang paling terkenal di dunia , termasuk lampu suluh, kalkulator automatik, dan kereta. Jerman juga boleh mengambil kredit untuk penemuan insulin, aspirin serta penemuan jam tangan poket, klarinet, televisyen (sebahagiannya), parafin, petrol dan enjin Diesel, enjin kereta, gear berbeza, motosikal , jet enjin, skrin LCD, dan pemain kaset peribadi (kemudian dinamakan Walkman oleh Sony). Jerman adalah salah satu pengeluar kereta terbesar di dunia , menjual lebih daripada 3 juta pada 2014. Pada tahun 2014, jenama kereta terlaris adalah Volkswagen, Mercedes, Audi, dan BMW.

10. Oktoberfest Munich adalah perayaan rakyat dan bir terbesar di dunia . Ia secara rasmi bermula pada minggu terakhir bulan September dan berlangsung hingga Ahad pertama pada bulan Oktober. Ia bermula pada 1810 ketika Mahkota Putera Ludwig melancarkan pesta untuk merayakan pernikahannya kepada Putri Therese dari Saxe-Hildburghausen pada 12 Oktober.

Bonus....

11. Nama " hamburger " sebenarnya berasal dari Hamburg , kota kedua terbesar di Jerman. Zoologischer Garten di Berlin adalah zoo terbesar di dunia dari segi bilangan spesis (1,500) dan populasi haiwan (14,000). Jerman mempunyai lebih daripada 400 zoo berdaftar.

12. Jerman adalah ekonomi terbesar EU dan terletak di tempat keempat di dunia di belakang AS, China dan Jepun.  Pada tahun 2014, Jerman secara rasmi menghapuskan yuran pengajian kolej, walaupun untuk pelajar antarabangsa.

TRIP SUMMARY

Germany memang dalam bucket list sebab aku tak pernah sampai. Tapi kali ni kami cover southern part je sampai ke Munich. Memang plan nak pegi ke Neuschwanstein. Perjalanan dari Innsbruck (Austria) ke Schwangau memang lawa. Munich pun not bad tapi penginapan mahal so kami tak menginap di sana. Rosenheim pun tak de apa dan kami cuma singgah sebab bermalam di situ.

Germany memang kena pegi lagi dan cover lain lain tempat di belah atas atas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...