Showing posts with label JJCM - Glenmarie. Show all posts
Showing posts with label JJCM - Glenmarie. Show all posts

Wednesday, August 7, 2019

BAWAL POWER SEMPOI, Glenmarie

Dulu dulu ada 2 jenis ikan yang power dan glamer. Ikan kekek dan ikan gelama.

Kenapa?

Sebab semua orang nyanyi lagu Ikan Kekek Mak Iloi Iloi. Ikan Gelama Mak Ilai Ilai.

Tapi sekarang, bukan mereka berdua je yang glamour.

Dengan kuasa viral,

"Ikan Bawal .... Power !!!!!"

* paksa Faezah Ilai siang ikan bawal sambil pakai tudung bawal.................

Bawal Power Sempoi yang terletak di Cyberjaya memang menjadi sebutan ramai dek kerana penangan ikan bawal dan sotong goreng panas panas yang di hidangkan dengan nasi. Tapi kalau nak rasa memang nak kena pegi ke Cyberjaya sana. 

Kini... tidak perlu lagi !

Bawal Power Sempoi dah di buka di Glenmarie, Shah Alam dan beberapa cawangan lain. Tak tau la memang cawangan atau pun dah di franchised.

Kami berkunjung di restoran di Glenmarie.






Restoran agak luas sebab dia occupied 2 lot kedai.

Menyediakan hidangan nasi dengan lauk pauk gorengan seperti bawal, sotong, ayam dan sebagainya. Boleh pilih hidangan atau set mengikut citarasa masing masing.


Antara hidangan yang ada.... boleh goreng atau pun bakar..






Hidangan akan di panaskan kalau sejuk. Ada jugak yang di goreng on the spot bagi rasa lebih sedap. Malang sekali time kami datang sotong kehabisan. So tak berjaya menyotongkan diri.

Beberapa pilihan sambal....

Dan pilihan menu hidangan kami...................








Dan selepas sekelip mata semuanya berubah !

Licin.........

Maksudnya boleh tahan la sedapnya tu.

Ada jugak menu lain dan kudapan petang.



Alhamdulillah kenyang. Harga pun berpatutan.........

Apa yang penting, makan kat kedai kedai macam ni lebih proper dan selesa compared to di Cyberjaya nuh.



BAWAL POWER SEMPOI @ Glenmarie
No.9, Jalan Penguasa A U1/53A,
Kawasan Perindustrian Temasya,
40150 Shah Alam,
Selangor
BawalPowerSempoiGlenmarie/

Selamat menyotong sambil pakai tudung bawal...  Power !

Tuesday, September 20, 2016

Jom Makan ; Hadramawt Kitchen, Glenmarie, Shah Alam

Okey jom kali ni kita gi makan lagi !

Lokasi tempat makan kali ni terletak di Glenmarie Shah Alam yang menyediakan makanan ala ala padang pasir dari bumi Yemeni.

Mau? Tak mau?

Sapa tak mau boleh duduk luar !

Sapa mau.. boleh ikut. Drive ke Glenmarie dan cari lah Restoran Hadramawt Kitchen !

Loksi dia agak suram sebab tempat ni area office. Siang siang baru meriah rasanya.

Tapi yang bagusnya kedai kedai macam ni, kalau datang malam dan tak de orang, mencari parking adalah semudah ABC.

Banyak parking dan free !

Bangunan restoran Hadramawt Kitchen

AWAS !!

Sebelum tu ingin aku tegaskan di sini Hadramawt Kitchen dengan Restaurant Hadramawt yang ada di KL dan The Curve tu adalah TAK DE KENA MENGENA !

Hadramawt ni ada kitchen kat belakang

Mereka bukan sepupu jauh sekali adik beradik susuan !

Memula aku ingat sama. Sebab aku tuju ke sini konon pegi ke cawangan Hadramawt Restoran tapi sebenarnya bukan.

Jangan tertipu... Nama mereka je yang sama tapi satu tak de kitchen yang kat Glenmarie ni ada kitchen.

Agak agak Hadramawt tu nama apa dan kenapa mereka berpusu pusu menggunakan nama yang sama? 

Meh sini aku kongsikan.

Hadramawt ialah sebuah lembah bersejarah di negeri Yaman. Lembah ini cukup subur dalam negeri Yaman yang umumnya keseluruhan tanahnya adalah dari jenis padang pasir tandus. Di riwayatkan juga bumi Hadramawt ini merupakan tempat asal dan tempat tinggal Nabi Hud A.S serta Nabi Saleh A.S.

Salah satu mercu tanda yang terdapat di Hadramawt di Yaman.

Kami datang untuk makan malam. Sampai sampai je tengok kat kedai penuh orang !

Open !

Ruang dalam resto

Setiap meja di penuhi oleh pelanggan

Resto dia kecik je. Ada beberapa meja dan ada jugak seating duduk ala ala macam kat Arab sinun.

Nasib baik la kami sampai tu ada pelanggan dah siap makan. Jadi tanpa segan dan silu, terus menerus je rampas kerusi dan meja tak kasik can orang lain punya.

Dalam suasana cam ni, keganasan adalah perlu !

Duduk dan kami di beri buku menu.

Usha dulu apa yang ada di sini.

Buku menu

Selak dulu tengok apa yang menarik

Rasanya kalau pegi restoran Arab ni menu sama je. Nasi Mandy.. Nasi Tak Mandy... dan geng geng tu je nama yang sama

Jadi buku menu buat syarat jer sambil tengok tengok gambar

Order je la apa yang terasa pada selera masing masing

Ambiance kedai ni agak stuffy sebab sempit. Dapat duduk kat meja tu rasa macam sengkak semacam je. Princess dengan Hero pulak tetiba teringin nak duduk kat tempat yang bersila tu.

Dan dan tu pelanggan yang duduk situ blah, sekali lagi, kami melakukan peras ugut menghalau pelanggan tersbut supaya cepat beredar dan kami berebut untuk duduk di situ.

Nasib baik la berjaya. Kalau gagal pasti jatuh air muka..

Nak duduk santai macam ni.

Dapat bersandar macam raja raja Mesir lagaknya.

Menunggu makanan datang berkunjung tiba. Malangnya makanan macam banyak dah abis ! Aku tak pasti la sehari dia orang memang ada cap tak masak banyak banyak takut tak abis di jual tapi banyak yang kami mintak semuanya dah kehabisan.

Nasi mandy dah tak de. Nasi dengan ayam dah pegi mandi kat tempat lain kot.Dah abis !

Apa apa pun.. dipersilakan masuk mengadap juadah penyeri selera.

Air dulu. Cokelat tu air Princess. OR dengan watermelon dia dan aku order lemon pudina. Sedap jugak.

Roti Arab atau namanya Mulawah. Rangup. Garing dan sedap juga. Princess yang banyak makan ni.

Sizzling kambing ke apa. Aku tak rasa pun

Kambing Kabsah

Chicken kabsah untuk Hero

Grilled chicken pilihan tuan empunya badan

Kalau makan nasi Arab ni tak de kuah memang boleh tercekik jadi nya. Nasi dah sampai tunggu kuah tak datang datang. Berkali kali panggil waiter tu mintak gravy.... lama menanti last sekali dia bagitau.

"Bang. Sorry.. Kuah semua dah abis. Sambal ni pun.. ni je yang ada. Last dah !"

Dah lah pekerja dia sorang tu je yang pandai cakap Melayu ! Dan dia lah cashier, dia lah ambik order..dan dia lah hantar makanan. Patut dapat pekerja cemerlang budak tu !

Sambal yang saki baki terakhir untuk kami

Overall aku rasa makanan dia agak OK jugak la kat sini. Mulawah tu memang rangup dan enak. Nasi pulak sebab tak dapat yang mandy.. so kabsah doest do the justice. Memang nasi mandy adalah yang paling famous di Hadramwat Kitchen ni sebab tu la abis cepat kot.

Maybe nasib kami tak baik datang banyak yang dah abis. Tapi kiranya Hadramawt Kitchen ni not bad jugak la makanan dia. 

Alhamdulillah kenyang walaupun sedikit kehampaan sebab makan nasi takde kuah ni rasa kering semacam je.. so agak membantutkan selera. Service boleh dipertingkatkan lagi. Ramai pekerja bangsa Arab tapi jadi pak pacak je adik Melayu tu jugak yang multitasking.

Harga pun mampu-lantak juga. Aku lupa harga keseluruhan tapi rasanya tak sampai RM 100 kot.

Selesai makan. Adik tu dah jadi cashier pulak.

Sesiapa berkesempatan dan berminat boleh lah ke sana dan mencuba makanannya.

HADRAMAWT KITCHEN
13 Jalan penguasha A U1/53A
Temasya Square Glenmarie,
40150 Shah Alam,
Malaysia
Tel : 03-5569 0690
Open : Mon-Sun: 11:30 am - 11:30 pm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...