Showing posts with label 2012 London Paris. Show all posts
Showing posts with label 2012 London Paris. Show all posts

Tuesday, September 25, 2012

Europe 12 - Post Travel Entry

Penerbangan dari London ke Kuala Lumpur mengambil masa 13 jam.

Tak de apa aku boleh buat selain daripada bermalas malasan dan melayan perasaan sendiri.


Perjalanan mencari bulan dan bintang sering ada di tengah tengah gugusan cinta. Bila si angin menghembus bayunya, ditempelek aku dengan persoalan demi persoalan.

Sudahkah kamu rasakan erti bahagia?

Apa tulikah matamu wahai angin? aku ini bukankah dalam kelopak warna cinta? mana mungkin aku tidak rasakan bahagia?

Sambil mengulit lorong selingkuh cinta, aku mengacu tajamnya kata pada angin lena.

Kini kau pulang dengan rasa baru. kau tinggalkan bius selesa Kota London dan Paris, katamu di sana itu adanya damai sedang disini fikiranmu kusut

Aku mencari damai? dalam diri bersama semangat aku sudah ketemui, yang tinggal hanya pengertian.

Di sana aku gambarkan cinta penuh dengan warna. Segarnya buatkan aku dalam leka dan lena, anginnya buatkan aku terlupa pada jalanan hidup, hiruk pikuknya sering menukar rona suka dan duka.

Kota ini buatkan jiwa ini kacau dan resah. Mungkinkah kedamaian kan datang mencecah. Nyamannya ada, panas dan sejuk bersilih ganti namun setianya cuaca pada alam mengajarkan aku apa itu gugusan cinta.

Yang lalu telah rebah, cinta disulam punah sudah, di telah rakusnya keegoan. Aku mencari cari apa itu cinta hingga utusan pilu kulayangkan buat si cinta.

Angin petang, aku benar kecapi bahagia kini. Aku tak mahu lagi berpisah ribuan batu, aku mahu cinta yang ada sentiasa mekar tanpa ada celanya.

Angin petang, semalam sudah aku kuburkan. Masihkah kau ingat betapa buntunya aku? Mencari dan mengenali rasa cinta yang terikat akhirnya karam dan tenggelam?

Bulan tertawa dengan keluhan hati. Bintang mengekek sambil terkerdip kerdip.

Mari doakan aku terus bahagia. Aku tak peduli siapa pun cemburu, aku nyahkan terus angin buntu yang hadir dalam jiwa mereka nan kalut. Permata yang dihadiahkan Illahi padaku jawapan akhir dalam pencarian kebahagiaan hidup. Usah kau kekekkan semalamku, usah kau tawakan aku.

Aku menerawang kisah lalu, di rimbun usang Kota Inggeris. Kelihatan hanya ada samar samar, menari dan mencari fokus yang hilang. Gelak tawa hanya sendiri, mencari menumpang kasih tatkala jauh dari semuanya buatkan aku tewas bersama hukum karma.

Pengalaman ini mendewasakan, aku hanya mahu kenali diri yang kini walau hati meronta mahu pulang kembali.

Hari ini aku izinkan kau untuk kembali ke tapak jajahan. Kalau suratannya aku harus turut ke sana, sepanjang hayat aku pasti menemanimu.

Ah ! Indahnya bermonolog dengan angin seberang.

Aku sudah persiapkan diri, aku mahu kembali lagi ke sana membawa cinta yang abadi. Aku tak sunyi lagi, dimamah gelisah. Aku rindukan kamu kota Inggeris, aku rebah dalam rangkulan cintamu.

Bulan dan bintang sering nantikan aku dengan jarak lebih hampir. Bila ku tatap wajah sang bulan, terbayang sinaran yang menerangi alam gelitaku.

Dengan izinmu Illahi, aku mahu kembali ke sana menyulam rasa cinta dengan mu.

Maka bulan, bintang dan angin tersenyum melihat tanaman cita citaku.

Aku masih perlu merangka benteng utuhnya kesempurnaan hidupku. Masih banyak yang menanti di tanah sendiri. Dan aku perlu pulang untuk selesaikan setiap problema dalam hidup dan diri.

Terima kasih kota London dan Kota Paris

Terima kasih kerana menemani ku.... Bersama bumbung langit dan angin segar mu...



Les feuilles mortes se ramassent à la pelle
Tu vois, je n'ai pas oublié
Les feuilles mortes se ramassent à la pelle
Les souvenirs et les regrets aussi.

Et le vent du Nord les emporte,
Dans la nuit froide de l'oubli.
Tu vois je n'ai pas oublié,
La chanson que tu me chantais...

C'est une chanson qui nous ressemble,
Toi tu m'aimais, moi je t'aimais
Et nous vivions, tous deux ensemble,
Toi qui m'aimais, moi qui t'aimais.

Mais la vie sépare ceux qui s'aiment,
Tout doucement, sans faire de bruit
Et la mer efface sur le sable
Les pas des amants désunis.

Tetiba aku terjaga.

"Ah... mimpi???? Dammit !!!"

Apakah angin petang dari kota seberang hanya dalam ilusi? Cuma mainan mimpi untuk terjadi lagi?

TAMAT

Dah ! Apa kau orang tercegat kat situ tu??

Tepuk tangan !!!

Monday, September 24, 2012

Europe 11 - Oxford

"Kita nak ke mana ni?"

Dia tanya Mamat tu.

"Makan lah. Kita orang lapar dari tadi"

Dia gelak gelak je. Macam siot je aku rasa. Dia ya lah, kalau dah shopping hapa pun tak ingat. Aku lapar ke, aku dahaga ke.

"Nak makan kat mana?"

Tanya mamat tu kat dia.

"Kata nak pegi Oxford? I nak pegi bookstore dia"
"Hah OK jugak. Tak jauh dah"

Aku diam je. Tengok jam jugak. Kereta ni nak kena pulang sebelum jam 10 dan aku paling risau sebab nak kena masuk Malaysian Hall pukul 10. Dari airport ke Bayswater tu sejam jugak naik Tube tu.

Perjalanan dari Bicester Village ke Oxford tak jauh. Cuma memakan masa dalam setengah jam. Tapi Oxford menarik lah. Paling menarik sebab sampai ke University terkemuka dunia.







Kami sampai dan melilau lilau di pekan university tu dan cari kedai makan. Sebelum tu ambik gambar dulu dan jalan jalan.








"Ni library dalam cerita Harry Potter tu"

Mamat tu lah yang jadi pemandu pelancong. Senibina university ni memang klasik dan lama. Tak syak lagi ada ciri ciri university tertua di dunia.




Lepas merayau tu baru kami singgah kat bookstore. LL4 gila shopping lagi. Aku tunggu je la kat luar dengan mamat tu. Then kami melangkah cari kedai makan.

"Baby beli baju kat abang"

Dia berbisik. Saja lah nak pujuk aku. Aku diam je tak cakap apa. Kalau aku tarik muncung tu dia tahu lah aku marah kat dia. Kami makan kebab kat situ dan lepas makan je terus ambik kereta dan tinggalkan pekan Oxford yang agak menarik tu. Banyak student student. Pekan dia tak besar tapi best sebab university town.














Lepas tu kami makan.

Lega dapat makanan. Kalau tak perut aku berkeroncong satu hari. Nasib je la aku belum mengamuk lagi ni.






Pastu dia pulak nak drive. Mamat tu duk sebelah sebab mamat tu tahu jalan. Aku duduk kat belakang. Cuba nak lelapkan mata. Tetiba LL4 tegur aku.

"Nak pegi Stonehenge tak?"
"Sempat ke? Dah lambat ni, nak pulang kereta lagi. Nak masuk Malaysian Hall lagi"

Aku memang teringin sangat nak pegi Stonehenge tu. Tapi bila tengok jam macam dah lewat benar. Tapi mamat tu kata tak jauh. So OK lah.

Kereta di pandu meninggalkan Oxford menuju ke Bath.

Agak jauh sebenarnya Stonehenge tu. Dengan sesat nya rasa macam menyesal pulak pegi.

Akhirnya sampai jugak. Cuaca dah nak malam. Kami park kereta dan keluar ambik gambar.

"Jalan jauh jauh nak tengok batu ni je ke?"

Dia tanya aku. Aku diam je. Kang aku bukak mulut ada orang kena lempang karang. Aku dah lah angin dengan dia satu hari nih !





Kami lepak lepak ambik gambar. Nak masuk kena bayar. Macam tak berbaloi. So ambik gambar dari jauh je. Tak jauh mana pun still boleh tengok dengan mata kasar. Tapi sejuk melampau. Batu Stonehenge tu tengah tengah padang. Musykil jugak aku sebenarnya tapi view dia memang cool dan aku rasa gembira sebab aku dah tengok satu daripada keajaiban dunia lama.

Tak lama kami di Stonehenge tu. Patah balik terus balik ke London.

Jalan jem ! Terpaksa keluar ikut jalan lama masuk Reading. Ntah mana mana hala aku pun tak tahu. Aku diam je kat belakang. Akhirnya tepat jam 10 lebih sampai semula ke Terminal 5 Heathrow.

Pulang kereta then bas dia hantar ke Tube terdekat. Kami berpisah dengan mamat tu kat situ. Dia balik naik bas je. Terima kasih jugak la kat dia sebab bawak aku dan LL4 jalan jalan.

"Dah pukul 11 ni abang cemana?"
"Tanya abang?"

Aku malas nak melayan dia.

"Abang call lah Malaysian Hall cakap kita masuk lambat"
"Abang lah nak kena call? Baby macam tu lah, kalau bab nak kena marah abang yang kena. Masa baby shopping tadi baby tak ingat pun pasal nak kena masuk pukul 10 ni?"

Aku marah dia. Dia diam.

Dia ambik phone dan dial nombor Malaysian Hall. Aku berdiri je kat situ. Tetiba.

"Nah. Abang cakap"

Dia terus letak phone kat telinga aku.

Hangin aku.

Ada orang jawab.

"Hello. Assalamualaikum. Saya ada book bilik hari ni, tapi saya kat Heathrow ni, boleh tak saya mintak masuk lambat sikit"
"Eh dah pukul 11 ni. Last masuk pukul 10 tadi"

Saja aku kena tengking dengan pompuan mana ntah ! Mesti kakak semalam tu.

Langsung tak membantu. Tahan telinga pulak aku kena marah free. Jahanam !

Last sekali tak de solution. Naik Tube balik je kat Bayswater. Dan malam tu terpaksa tidur kat Berjaya Eden semula.

Masuk bilik malam tu aku terus tidur. Malas aku nak bercakap dengan dia. Dia sibuk sibuk lah kemas beg. Beg dia dah penuh. Beg yang aku bawak pun abis penuh. Dah tak muat beg dia membebel bebel sorang sorang. Aku malas nak layan, karang bertekak lagi ni.

Aku tertidur terus. Sekali lagi tidur dalam kemarahan.

Rasanya sepanjang travel ni setiap malam aku bertekak dengan dia. Nasib lah. Pasrah.

bersambung........

Sunday, September 23, 2012

Europe 10 - Confession of Shoppaholic

Pagi tu aku bangkit dari tidur, LL4 dah tak de kat katil sebelah. Mana dia pegi? Dia buat aku tertanya tanya. Tengok beg dia ada lagi. Aku bangun check kat bilik air, tak de orang.

Dia merajuk lagi ke? Mati la aku sehelai sepinggang kat sini.. Tengok beg dia ada lagi...

Fuh. Fuh. Fuh.

Aku syak mesti dia turun bawah breakfast ke apa. Ke pegi surf internet kat bawah? Sewel ke apa dia ni, mati agaknya kalau tak dapat surf internet. Tengok MacBook dia tak de.

Sah !

Lega.

Terus sambung tido seround lagi pastu terjaga.

Aku pun tak ambik port dah. Duduk bermalas malasan dalam bilik. Bukak tingkap.. arghh angin sejuk mula menusuk ke kalbu. Layan rokok lagi best. Nampak orang bilik belakang pun duduk kat tingkap layan rokok jugak.

Best hisap rokok time sejuk sejuk.

Merokok membahayakan kesihatan. Iklan Kementerian Kesihatan Malaysia !

Tapi abang kat London. Merokok ada gaya, mutu dan keunggulan ! Hisaplah rokok Bukit Dun !

Tiba tiba telefon aku berdering.

"Abang ! Cepat siap"
"Nak gi mana?"
"Kita nak gi Factory Outlet"
"Kat mana?"
"Kat Bicester Village"
"Naik apa?"
"Sewa kereta"
"Huh?"
"Cepat lah abang siap. Baby nak naik dah ni"

Aku tak mandi apa lagi. Terus kocoh kocoh masuk toilet. Perut ada sedikit sakit. Macam nak terberak tapi tak berapa nak keluar. Uk Uk.. haram dia nak memunculkan diri.

Lantak kau lah, tak nak keluar sudah ! Membusuk lah kau orang di situ !

* mati la marahkan tahik sendiri.

Pastu aku siap mandi then dia bukak pintu.

"Baby tau jalan ke?"
"Ada kawan baby bawak"
"Kawan mana?"
"Kawan jumpa kat Stockholm hari tu. Dia kata dia boleh bawak"
"Abis tu kereta?"
"Baby dah call. Sewa kereta kat airport. Kita kena pegi airport sekarang"

Aku pun siap siap pakai baju.

"Berapa sewa kereta ni?"

Aku dah check sebelum pergi, sewa kereta memang tak advisable sebab mahal. Tapi kalau nak keluar dari London City terpaksa lah.

"50 Pound je"

Aku diam. Siap semua kemas beg dan kami turun.

Memang plan dah pun. Malam nanti kami akan menginap di Malaysian Hall. Kat sana murah sikit. Walaupun bukan duit aku, tapi aku rasa aku bertanggung jawab dengan duit duit LL4 ni sebab kalau ikutkan dia ni, memang duit tu keluar macam air lah. Aku tak nak lah, dia dah lah sponsor aku ke sini pastu nanti dia bising duit tak cukup lah apa lah. Tu pun beberapa kali dia merungut buat aku rasa bersalah je. Macam aku lak yang habiskan duit dia.

Aku tak suka orang komplen komplen depan aku. Buat aku rasa tak sedap hati.

Kami tinggal beg kat bawah lobby Berjaya Eden Park tu. Kami janji akan balik lewat sikit cuma tinggal je la beg kat situ. Orang hotel tu OK je. Dia pun letak je beg aku kat situ. Bukan dia kisah sangat rasanya.

Kami keluar dan terus ambik train dari Bayswater Station terus ke Earl's Court. Dari situ naik Picadilly Line dan terus ke Heathrow.

LL4 jalan laju tak sabar sabar. Aku masih mengantuk dan keadaan kaki masih sengal sengal ikut je lah dia berjalan menonong nonong.

"Mana kawan baby?"
"Dia tunggu kat airport dah"

Kami terus ke Terminal 1, Heathrow kat situ ada banyak counter untuk sewa kereta. Ambik bas yang di sediakan di situ dan kami di bawa ke bahagian Terminal 5 tempat kereta sewa. Aku sempat lah jumpa kawan yang di katakan oleh LL4 tu. Mereka jumpa masa kat Stockholm hari tu dan mamat tu memang duduk London.

OK jugak mamat tu. Aku rasa dia pun boring duduk London tu kot tu yang dia setuju nak teman LL4 dan aku ke Factory Outlet Store tu.

Menunggu nak dapat kereta memang lama gila.

Aku duduk melangut hisap rokok dengan mamat tu. Dia OK lah, boleh di ajak berbual. Dia buat PHD kat sana.

Dari area Terminal 5 tu kira belah belakang Heathrow tu ternampak la pesawat MAS. Hah. Mesti pukul 12 tengahari nanti flight balik KL. Flight aku besok. Masa tu dah pukul 11 pagi dah flight tu docking untuk ambik penumpang. Bangga sekejap nampak pesawat MAS kat situ.


Borak punya borak dengan mamat tu akhirnya LL4 keluar.

Dapat kereta.

Aku mengikut je.

"Keta ni ke baby sewa?"
"Haah"

Dia sengeh.

Aku ambik kertas kat tangan dia.

"100 Pound? Baby gila ke apa?"
"Baby upgrade"
"Kenapa?"
"Saja"

Aku angin. Stress lah aku ni. Dia sewa Mercedes E Class ! Hilang akal ke apa dia ni?



"Baby ni kenapa?"
"Alah tak pe lah"

Then aku diam je. Dalam hati ni nak marah ni. Pastu aku baru teringat. LL4 ni memang lah suka bermegah megah dan tunjuk best. Mesti dia nak tunjuk kat mamat tu yang dia sewa Mercedes kat London. Nanti mamat tu akan bercerita lah dekat kawan kawan dia yang lain. Lantak dia orang lah. Aku malas layan. Malas nak masuk campur. Bukan duit aku pun.

Aku duduk belakang. LL4 drive. Mamat tu duduk depan sebab dia tahu jalan.

Lama jugak duduk kat parking dalam kereta tu.

"Kenapa?"

Aku tanya dia. Lama sangat kereta tak bergerak gerak.

"Handbrake dia tak jumpa"

Kann ! Nak tergelak pun ada. Nak keji pun sama banyak. Tu lah nak berlagak sangat. Handbrake pun tak jumpa.

"Kat belah kanan. Bawah. Tarik !"

Aku bagi arahan. Dia pun tarik. Baru lah kereta mula bergerak perlahan.

"Mana abang tahu drive kereta ni?"

Sibuk la dia tak puas hati kalau aku cakap aku reti. Memang aku pernah drive Mercedes E Class tu ex boss aku punya dulu. Tapi takkan lah aku nak bagitau dia. Aku diam je lah.

Kereta Merc tu ada lah GPS tapi GPS dia macam lahanat. Mamat tu pun sebenarnya buta jalan. Dia tak tahu sangat. LL4 lagi la hampeh. Last sekali berpusing pusing sesat. Dok ikut GPS tu. Tapi sebenarnya GPS tu betul aku rasa, dia orang tu je tak ikut arahan dengan betul.

Perjalanan kami meninggalkan Lapangan Terbang Heathrow menuju ke arah barat Kota London.

Sepanjang perjalanan aku duduk je kat belakang. Sesekali aku dengar LL4 berborak dengan Mamat tu. Memang lah LL4 ni tak nak kalah. Kalau dia cerita pasal dia semua yang best best. Aku diam je lah, nak kena basuh dengan aku nanti. Menipu kuat !










Tapi takkan lah aku nak buka pekung di dada. Mamat tu pun aku tak kenal.

Perjalanan melepasi tanah lapang menghijau sayup mata memandang. Sesekali aku terlelap dek kerana kebosanan. Tak de apa yang menarik pun sepanjang jalan.

Lebih kurang sejam perjalanan, kami akhirnya sampai ke Bicester Village. Tempat yang terkenal untuk shopping sebab banyak factory outlet stores kat situ.

Park kereta, LL4 tak sabar sabar dah ni. Cepat je dia meluru. Tapi sekerat jalan dia tunggu aku dengan mamat tu.

"Pegi lah"

Aku cakap kat dia.

Masa tu aku tengok dia dah buntang mata. Melilau lilau tak tahu mana satu kedai dia nak pegi. Nak tergelak aku sekali lagi, dia masuk kedai ni pastu keluar, pastu masuk kedai lain. Mabuk sungguh !

Satu kedai pun tak menarik perhatian aku. Aku just jalan dan tengok tengok dari luar je sambil borak borak dengan Mamat tu.




"Siti Nurhaliza datang hari tu shopping kat sini"

Dia bagitau aku.

"Oh"

Aku angguk.

"Mawi buat Mawi Di London kat Astro dulu tu pun kat sini. Ramai artis datang sini"
"Oh"

Aku angguk. Dalam hati.. Mawi? Siapa Mawi?? Hahaha

Dan mamat tu bukan lah kaki shopping dan dia bagitau dia banyak kali datang dah sampai dah muak nak masuk kedai kedai tu.

"Abang ! Abang !"

Tetiba LL4 menjerit panggil aku.

Aku pergi dekat dia.

"Kenapa?"
"Best nya abang. Baby gembira ! Baby gembira!"

Terus je meluru masuk kedai lain. Aku tengok dia macam orang gila. Macam tak tahu mana satu kedai nak masuk. Mana satu barang nak cari.

Aku jalan je lah melepasi kedai kedai tu. Ada lebih kurang 50 kedai di kiri kanan kawasan Bicester Village tu. Aku cuma masuk kedai Clarks tengok kasut. Then Timberland saja tengok tengok. Tak de apa yang menarik sangat pun. Murah memang lah murah. Tapi abang kan miskin hina. LL4 aku dah tak tahu ke mana.

Aku biarkan je lah dia. Biar dia shopping ikut suka dia. Biar dia puas !

Pastu aku terserempak dengan dia. Dia masuk kedai perfume.

Dia panggil aku ikut je lah.

"Abang sedap tak bau ni?"
"Hmm baby kan dah banyak perfume?"
"Ala.. tak pe lah. Baby nak perfume ni, Dah lama baby cari. Orang semua cakap ni bau signature baby"

Bau signature lah sangat.

Hapa hapa je lah. Aku biarkan je.

Last sekali aku nampak dia borong 5 perfumes kat situ. Aku buat bodo je lah.

Then aku keluar. Jalan lagi sampai ke penghujung. Nampak kerusi, aku duduk lepak dengan Mamat tu. Mamat tu baik hati lah dia belanja aku Starbuck. Aku minum Hot Chocolate. Cuaca sejuk sejuk macam ni kena Hot Chocolate sambil layan rokok memang best.

Ada cafe cafe jugak di antara kedai kedai tu. Agak ramai orang. Dan orang paling ramai aku rasa orang Malaysia.

Apakah orang Malaysia ni memang gila shopping?

Memang boleh kenal lah. Makcik makcik then student student merata merayau kat situ. Tak de sesiapa yang tegur kami pun atau mungkin buat buat tak perasan sebab tengah gila nak shopping !




Lepak la aku kat bangku hujung tu dengan mamat tu then tak lama lepas tu LL4 muncul.

"Hah. Dah beli ke?"
"Tak de yang menarik lah"

Dia tak puas hati. Dia bagi beg perfume yang dia beli tu kat aku dan aku bawak.

"OK lah. Dah abis kedai kan? Kita orang jalan tunggu kat kereta OK?"

Aku bagitau dia.

Dia angguk. Then menghilang semula.

Aku pun berjalan lagi berpatah semula ke kereta dengan Mamat tu sambil borak borak. Langsung tak menarik perhatian nak masuk kedai kedai tu. Tapi may be sebab tak de duit kot. Kalau ada duit nak jugak la aku shopping. LL4 pun tak de tanya aku nak apa apa, aku assume dia tak nak belikan lah tu.

Sampai kat kereta tu, kami duduk lagi kat bangku borak borak menantikan LL4 tak kunjung tiba.

Sejam berlalu.

"Mana dia ni? Aku lapar ni"

Mamat tu bagitau aku.

"Ntah lah. May be beli barang lagi kot. Banyak orang kirim agaknya"

Jam ke dua berlalu.

"Lamanya dia shopping? Memang dia macam ni ke?"

Aku diam. Tak tahu nak cakap apa. Senyap je lah.

Jam melepasi pukul 5 petang. LL4 masih tak muncul muncul.

"Lama nya...."

Mamat tu bising lagi.

Aku tak puas hati lah kalau orang komplain depan aku banyak banyak kali. Bingit telinga.

Aku text LL4.

'baby lama lagi ke?'

Haram dia nak balas. Langsung tak balas. Aku call lepas tu tak berangkat. Aku lak jadi naik darah macam ni. Kedai tu bukan banyak mana pun, ntah apa dia buat lama lama kat situ.

"Kau tunggu sini lah, aku cari dia jap"

Aku pun berpatah semula cari dia di setiap kedai. Tak jumpa. Tak tahu lah mana dia pegi. Aku assume dia mesti tengah test baju kot tu yang aku tak nampak dia kat mana mana.




Penat menunggu sampai aku patah balik kat tempat mamat tu LL4 masih tak muncul muncul. Masih tak balas balas SMS aku. Masih tak call aku balik semula.

Fed up ! Aku terus nak marah nih !

"Tu hah"

Mamat tu cakap kat aku. Aku toleh.

"Fuyooooo ! Ni betul betul nama dia kaki shopping"

Jerit mamat tu. LL4 berjalan laju lah konon konon tak nak bagi kami tunggu lama lama. Kat tangan kanan ada dekat 10 beg. Kat tangan kiri ada lagi 10 beg. Terhuyung hayang macam hapa je.

Dari jauh dia dah sengeh kat aku.

"Cari apa lama sangat?"

Aku mula nak menengking. Abang kan garang dan selalu naik angin.

"Banyak lagi abang baby nak beli, tapi tak sempat dah"
"Gila ke apa? Ni dah beli banyak banyak ni, apsal lama sangat?"
"Alah nak bayar tu kaunter tu lembab"

Macam macam la alasan dia.

"Baby beli apa banyak banyak ni?"
"Murah bang"

Tu lah Confession of Shopaholic. Semuanya murah. Pastu semuanya kena beli ! Tu yang jadi tak muat tangan.

Aku dah panas hati. Aku jalan terus ke kereta. Dia nonong nonong ikut kat belakang. Tapi aku bawak la jugak separuh barang dia.

Sampai kat kereta, letak semua barang kat boot belakang.

"Abang tengok lah apa baby beli"
"Heh ! Orang dah tak de masa ni. Dah lah lama !! Tak ingat ke kita orang tunggu kat sini! !!!"

Aku tengking dia. Terus dia diam. Mamat tu pun buat muka bosan je. Mesti dalam hati dia sumpah seranah jugak.

Semua masuk kereta then aku drive pulak. Dia bersandar kat belakang. Keletihan la tu. Dia tak tahu aku tengah amukan puaka jurus tak boleh nak cakap dah ni.

Mendidih !!!!!!

bersambung.................

Friday, September 14, 2012

Europe 1 - Terbang Tinggi Tinggi Sampai Kota London

* Pulas telinga John/Danny dan tarik duduk depan.

"Kau duduk depan, aku nak TazkirOh sikit"

Dalam hidup ini tak semunya orang senang. Tak de semua orang tetiba kaya, unless mak bapak kita memang kaya so kita mewarisinya.

Hidup ni ada naik dan turunnya. Ada orang kaya jatuh miskin, orang miskin jadi kaya sikit dan sebagainya.  So apa yang berlaku dalam hidup ini adalah pengalaman untuk kita mempelajarinya. Jadi, dalam hidup, senang atau susah, kita kena terima. Jangan buruk sangka. Jangan dengki khianat. Jangan ada cemburu buta dan jangan sesekali kita lupa yang hidup ini umpama roda, sudah di tetapkan pada diri masing masing bahagian untuk kita di dunia ini.

Korang pernah terfikir pegi London dalam masa 3 hari?

Dengan time waktu tu pokai gila?

Pernah?

Aku pernah !


Tapi bila fikir fikir balik, dalam keadaan yang tidak bersedia tu la ada fun sebenarnya. Tapi aku pegi untuk menyelesaikan satu misi.


Entry ini  ambik masa sikit aku nak publish. Sebarang watak yang wujud dalam entry ini adalah tidak berkaitan dengan sesiapa kecuali sebuah drama purbawara untuk di tatapi dan ditaladani bersama sekiranya ada. Kalau tidak pun anggap saja hiburan semata mata.

+++++++++++++++++

Destinasi perjalanan kali ni cuma cover London dan Paris saja. Kalau ikutkan hati dan perasaan ni memang nak cover banyak tempat, tapi sebab masa dan tambahan pulak, aku pergi ni pun atas ehsan orang, so dapat cover 2 countries je pun dah kira OK dah. Mungkin lain masa, ada rezeki dan masa, Insya Allah, aku akan cover tempat lain pulak

Malam tu lepas hantar bebudak GBS ke LCCT untuk trip mereka ke Bangkok aku balik rumah. Aku patut join dia orang tapi masa tak sesuai. Tak per lah. Burn tiket ke Bangkok yang di sponsor oleh CP. CP sendiri pun tak jadi pegi.

Memang sedih lah, sebab rasa macam separuh hati je nak pergi berjalan sebab otak aku awalnya dah set pegi ke lain. Banyak betul perkara yang berlaku buat macam aku dah malas nak pegi London ni.

Tapi aku fikir, LL4 dah tunggu kat sana, plus tiket pun dah beli aku tak ada pilihan kecuali teruskan saja niat suci murni nih !

Aku siap packing pukul 3 pagi. Aku tak packing apa pun. Bawak baju cukup cukup je. Kira luggage besar tu memang aku sengaja kosongkan sebab aku tahu, LL4 di sana dengan misi yang lain dari aku, dia nak bershopping !

Tak lena nak tidur malam tu.

Mampus kalau aku tak bangun karang. Tidur tidur ayam je. Dalam pukul 5 pagi tu aku bangun jugak. Dah tak boleh nak tidur dah. Aku sambung check balik kemas apa yang patut.

Dalam pukul 6 lebih adik aku telefon, dia dah sampai. Aku turun terus dia hantar aku ke stesen LRT terdekat.

Aku ambik train ke KL Sentral. Nasib lah pagi tu tak penuh sangat orang sebab masih awal lagi. Sampai KL Sentral, aku ingat nak check in barang tapi dia cakap boleh check in 2 hours before departure. Aku punya flight pukul 10 pagi. Time tu baru pukul 7 pagi. Awal lagi.

Aku pun terus je ambik ERL menuju ke KLIA.

Dalam ERL tak boleh nak tidur jugak. Hati masih separuh bersetuju. Banyaknya memang tawar hati nak pergi dah ni. Tapi gagah diri jugak.


Sampai sampai kat KLIA, aku terus je check kat skrin nak tengok gate mana nak check in.

Mundar mandir berdiri baca skrin besar tu, akhirnya dia tulis, check in dekat gate E atau F.

Aku pun pergi ler dekat line E tu sebab tak berapa ramai orang.

Tengah aku berkira kira tengok kertas kat tangan dengan passport semua.

Tiba tiba, tengah berdiri tu aku perasan ada orang berdiri depan aku. Betul betul depan aku. Aku angkat muka. Pandang.

Alamak !!!

Terkejut gila.

 LL6 depan mata. Dia senyum je.

"Nak gi mana?"

Dia tanya aku. Aku terdiam tak tahu nak cakap apa. Terkulat kulat sekejap rasa. Tak sangka orang yang aku tak nak jumpa kat airport ni, akhirnya aku terjumpa jugak.

Punya lah besar KLIA nih.
Punyalah banyak laluan lain kalau dia nak lalu.
Punyalah ada masa lain.

Tup tup terserempak dengan dia jugak ! Mana aku tak terkejut?

"London"
"Huh? Dengan sapa?"
"Sorang lah, mana ada sesapa ni"
"Pegi buat apa?"
"Errrr. Ada jumpa member. Member kawin"

Hah ! Dan dan ada member kawin nih. Alasan tak nak bagi dia banyak tanya.

"Nak gi mana?"

Aku tanya dia. Dia dengan kebaya dan tarik beg. Dia tarik beg kecik je, so aku assume dia pergi short trip je lah.

"Shenzhen"
"Oh..."
"Flight pukul berapa?"
"Pukul 10"

Aku jawab.

"Tengok tiket"
"Huh?"

Dia hulur tangan nak mintak e ticket aku. Aku memula tak nak kasik. Tapi dia dok mintak mintak, lepas tu aku terpaksa kasi. Aku cuak takut dia belek page belakang tu sah sah ada copy IC dengan copy credit card LL4 yang belikan tiket untuk aku tu.

"Dah check in belum ni?"
"Belum. Baru nak check in la ni"

Dia pun tiba tiba bergerak ke kaunter. Aku berdiri je tengok dia blah macam tu. Aku nampak dia cakap dengan mamat kat kaunter tu. Pastu mamat tu telefon sapa ntah, then LL6 panggil aku.

Aku pergi lah, bagi passport kat dia, then mamat tu abis cakap kat phone, then dia key in semua. Timbang beg aku. Masa tu aku nampak dah dia letak sticker Priority kat luggage aku. Padahal timbang beg aku tu tak sampai 12 kilo. Kira semata mata berat beg. Tak de barang pun dalam tu.

"Kosong je beg. Nak pegi shopping ke?"

Dia tanya aku. Aku sengeh je. Matilah kalau dia tahu aku pegi nak teman orang shopping !

Then mamat tu buat semua then issue tiket kat aku. LL6 ambik. Aku berdiri je kat situ.

"Nah. Ni tiket. Dah upgrade. Jangan tukar tukar seat pulak"

Dia cakap kat aku. Aku pun tengok.

Wah ! Busines Class.

Terus abang terharu. Menetes air carrot susu ke lantai.

Abang terharu ! Abang terharu !!!

"Berapa hari pegi?"

Dia tanya aku.

"Kejap je"
"Best nya... Tak cakap pun nak pegi London? Boleh I ikut"
"Hehehe. Jom lah nak ikut"

Aku saja saja offer. Dia gelak gelak.

"Betul ke pegi sorang ni?"
"Ya lah"
"Entah entah ada orang tunggu kat sana kan?"
"Memang lah ada, kawan... kan nak pegi orang kawin"

Hah. Masih cuba meloloskan diri ni.

"Saya ada flight ni... pegi dulu eh.."

Dia sengeh.

"Nak minum ke?"

Aku pelawa dia.

"Tak pe lah. Lambat dah ni. Lain kali je"
"Hmm OK"

Aku rasa dia pun macam tak berapa selesa. Mungkin dia pun terkejut jumpa aku kat situ kot.

"Awak apa khabar?"

Baru dia nak tanya khabar aku.

"Baik"
"Sombong sekarang kan?"
"Mana ada"

Hah ! Betul betul buat aku yang mati kutu.

"Tak pe lah. Saya pergi dulu. Beli rokok pegi London. Rokok kat sana mahal"

Aku angguk.

Dia pun kata nak pegi, tak pegi pegi. Macam terlekat kaki kat situ. Aku pulak terkulat kulat tak abis abis lagi.

Tak lama lepas tu, dia siap nak bergerak. Sempat aku tengok dia cakap. Tak bunyi, tapi dari bibir dia aku dapat tahu apa dia nak bagitau aku.

"I miss you!"

Hah ! Perlu kah abang pengsan bergolek golek riang kat KLIA tu????

Control ! Control ! Tak perlu sebenarnya. Aku dengan dia adalah sejarah. Selama ni pun aku yang lari dari dia, cuma dia je masih baik hati. Kalau dia tak upgrade pun aku OK jer, tapi bila dia dah upgrade, abang goyang goyang bontot la tanda gembira.

Bila dia blah, aku pun keluar hisap rokok. Apa lagi. Abang pun nak canang lah satu dunia ni abang naik Business Class pergi London. Kau mampo????? Masak jugak harga tiket cecah RM9K per trip nih.

Aku nak text GBS, dia orang kat Bangkok dah. Last sekali, CP je lah harapan untuk berkongsi cerita gumbira. Aku text jugak OR bagitau aku dah nak berangkat. CP apa lagi terus lah telefon aku.

Borak borak dengan dia, pastu mula ler mengarut ngarut. Nasib ada CP layan jugak aku borak dengan dia sambil hisap rokok.

"Dah. kau pergi je lah. Happy happy kan diri. Jangan fikir sangat masalah ko tu, kita orang kan ada"

Terharu lagi abang masa tu. Rasa nak ambik puntung rokok cucuh cucuh kat lelangit sebab sedih hiba.

Borak dengan CP dan pastu aku masuk ke balai berlepas. Masih awal sebenarnya tapi kalau naik Business Class, boarding time pun lambat tak pe. 10 minit sebelum berlepas pun boleh. Power seyy !

Aku berkeliaran kat dalam tu terus je aku ke sattelite building.

Hah.  Aku pun riki riki. Perlu ke aku pergi MAS Golden Lounge nih ??

Memula tak jumpa Golden Wings tu, tapi tanya orang then nampak jugak. Punya lah cuak nak masuk sebab macam grand je tempat dia. Pulak tu, aku cuak lah sebab aku tiket upgrade macam ni, layak ke nak masuk?

Aku pun gamble jugak lah. Dengan feeling feeling kaya raya, aku pun melangkah masuk. Yang penting konfiden level tinggi !

"Can I go in?"

Aku tunjuk tiket aku. Kaki adalah parkinson sebab takut kena halau.

"Yes. Of course. This way Sir"

Hah !! Mereka sangat bekerjasama. Apa lagi, abang pun terus feeling feeling kaya raya.

Masuk masuk tu je memang lounge dia besar. Banyak sofa dan tv. Memang free food. Jakun abang ni dik oii. Terus je ambik pinggan ni sebab aku memang lapar. Aku belasah makan dulu. Pedulik lah ! Lantak lah orang nak kata aku jakun ke apa. Memang jakun pun, tak pernah naik Business Class macam ni ler jadi nya.



Aku duduk, makan dulu.

Tapi tak boleh lama lama sebab masa dah nak time.


Aku cepat cepat suap makanan dalam mulut, ambik gambar lebih kurang dan terus je pegi ke gate C16 untuk berlepas.

Hah. Ini kapal terbang nya. Boeng 747-400 Penang.


Masuk masuk je orang dah masuk semua. Flight kira penuh lah. Aku beratur kat ramai ramai orang tu, pastu ada lah minah crew ni nampak tiket aku.

"Encik. Business Class pintu ni ya"

Kann ! Lubang hidung kena pastikan kembang. Kalau lubang terbalik ke atas lagi bagus. Riak dan takbur adalah digalakkan time time macam ni. Orang beratur panjang panjang dan kita pose pose dengan lambaian Ratu Elizabeth melambai peminat.

"Sorry uolsss..."

Kalau aku tau, tak payah lah aku beratur dengan orang orang miskin ni. Opssss.. Hahahaa.

Business Class and First Class ada entrance dia sendiri.

Flight ni double deck. Belah atas tu semua Business Class. Seat abang depan sekali betul betul belakang pilot.

Memang best !

Seat dia cozzy gila. Business Class tak penuh. Dah lah dapat window seat, sebelah tu tak de orang pulak tu, abang pun apa lagi, berguling guling macam kucing gatal lah jadi nya.

Jakun ni. Benda pertama aku buat, ialah main main dengan seat dia !

Hah ! Seat dia buleh recline sampai jadi flat bed. Panjang sampai kaki. Siap kat belakang orang tak nampak sebab dia ada compartment sendiri.


Apa lagi, tempat terbaik untuk abang berlunjur dan meniduri diri sendiri ni. Diri yang feeling feeling orang kaya dan berharta !!!

Hah. Kampung sungguh aku rasa. Tapi memang abang kampung pun. So pedulik ! Yang penting, ada kao naik Business Class sampai ke London nuh? Abang ada okeh !

* goyang goyang bontot

Belum apa apa lagi, dia dah sediakan segelas minuman untuk abang.

"Ice lemon tea ada?"

Wah ! Permintaan tetap tak munasabah nih ! Maksud aku nak air tin jer, tapi tak de, tapi dia buatkan jugak untuk aku segelas. Mesti kena keji sebab mintak yang bukan bukan.

Tapi crew jaga Business Class tak best sebab tua tua. Jenis yang experienced crew ler.

Aku duduk lah melayan diri sendiri. Skrin dia besar. Seat dia best. Bantal dia lagi besar pada bantal ekonomi class dan selimut dia bukan sehelai tu, dia siap macam comforter. Bakal mengulit lena tidur ku.

"Tuan-tuan dan puan-puan, selamat datang ke Penerbangan Malaysia pesawat MH004 penerbangan tanpa henti ke Heathrow London. Penerbangan kita akan mengambil masa selama 12 jam 25 minit. Sebelum berlepas ...... "

Hello ! Hello !

Perlu ke abang nak dengar semua ini??

Abang tak de masa okeh ! Baik lah aku berseronok peluk peluk kerusi best siap boleh massage tu. Macam kerusi OSIM. Lega tubuh rasanya.

Lepas air di hidangkan, then pramugari pun datang kasik tuala panas. Lap muka dulu, duduk seat kaya kaya muka tak boleh berminyak ! Faham kan?

Kapal terbang pun mula bergerak dan ready to take off.


Yes !

Abang mula berada di udara meninggalkan semua problema.

""Ladies and gentleman, the fasten seat belt sign has been switched off, however for your safety, please fasten your seat belt whenever you are seated. Lunch will be served shortly. Meanwhile, if you need any assistance, please do not hesitate to ask for our help, thank you."


Hah !

Pesawat sudah berada tinggi di angkasa dan terus menuju ke ketinggian 38,000 kaki dari paras laut.

Terus terusan aktiviti makan makan mula di hidangkan.

Mula mula, dia kasik aku makan Satay !


Ayam atau daging? 5 cucuk ! Tak best sangat satay ni. Haji Sahmuri punya lagi sedap. Tapi agak gemuk gemuk la satay dia.

Kira dekat Business Class ni, makanan memang ikut suka kita lah. Beside meals yang dia dah sediakan tu, kita boleh je mengada ngada pilih makanan yang kita mahu.

Mat salleh sebelah sana tu, sibuk nak sandwich lah apa lah. Abang pun apa lagi. Cemburu !! Aku pun order yang sama lepas tu. Kita orang kaya kaya kena saling dengki mendengki kan?

Hah. Dapat gift jugak.


Ah ! Tak penting hadiah ni. Aku ada berlambak kat rumah. Aku rasa setiap skandal crew yang aku kenal semua bagi benda alah ni. Aku rasa aku dah ada 5, tapi sekarang tinggal 2 je kat rumah sebab aku pun dah kasik orang.

Yang penting, abang inzal tengok bantal dengan selimut dia.

Nak paw nih !!

Aku pernah tanya LL6 dulu, apa jadi kalau kita paw bantal dengan selimut MAS tu. Dia cakap, sebenarnya memang tak boleh, tapi kalau passanger ambik, dia orang tak boleh nak buat apa apa. Kira complimentary ler.

So apa lagi ? Lepas ni curik bantal dan selimut dalam flight banyak banyak !

Aku pun selalu ambik. Hah satu kerja nak curik ni. Maklumlah, bukan dalam pesawat je MH - Malaysian Hospitality. Kat rumah pun MH jugak. Meng Hospitality. Untuk kawan kawan dan sedara mara yang datang bertandang, kena jugak bagi keselesaan.

Pesawat terus je menjunam terbang dengan sempurna.


Abang pun mula lah melayan movie dan entertainment dia tu. Tapi bosan ler. Naik flight nak tengok bebenda tu tak syok lah. Aku nak merasa kerusi dia ni dan menikmati permandangan yang cantik lawa dari atas angkasa.


Hah. Lawa dan aku suka menikmati permandangan seperti itu.

Dan tak lama lepas tu makanan pertama di hidangkan. Ada steak apa tah dan fish. Sah sah ler aku tak suka. Aku ambik ayam je. Ayam Masala dengan Nasik.

Sebelum tu dia kasik appetizer dulu.


Lepas tu baru main course.


Bezanya makanan kat Business Class dengan Ekonomi Class ni, kat sini, dia hidangkan lah dan tak de lah makan dalam pinggan plastik dan sudu plastik.

Abang makan sampai kenyang.

Pastu di hidangkan pulak dessert.


Kenyang !

Lepas kenyang baru aku layan movie sikit sikit. Bosan ler.

Pesawat meluncur laju dan laju dan laju. Melalui laut andaman dan teluk bengal di India. Terus di atas Afghanistan dan Laut Baltik dan melecong terus menuju ke Eropah melalui Kiev dan Germany.

Pastu dia bagi pulak Hagen Daz. Aiskerim sebagai pencuci mulut. Ada cokelat dan sebagainya. Kira mintak ler apa saja selagi dia orang boleh bagi, dia orang akan bagi.

Tapi masa tu aku dah mengantuk. Satu malam tak tidur.

Abang pun pose pose dugung dan meniduri diri sendiri dengan lenanya.

Bangun tu dah bergelap. Semua tingkap dah tutup. Tapi memang selesa tidur. Tak de orang kacau dan ganggu. Siap buleh berlunjur kaki macam tidur kat rumah.

Best. Best. Best.

Bangun bangun je.

"Juice Encik....."

Yang bestnya. Dia orang ingat nama kita. Siap address pakai Sir Name lagi. Heh. Tetiba abang rasa sebak dan tak boleh nak 'telam' makanan.

Tapi makan tetap makan. Aku mintak dia bawakkan apa yang ada. Dia kasik aku makan kerepek. Roti dan sandwich lagi.

Tiba tiba....................

Alangkah sedih rasa di hati. Handphone aku battery pulak abis.

Kat Business Class seat ada point untuk charge tapi charger aku dalam luggage pulak dah. Cis !!! Apa nak buat ni? Gambar dah tak leh nak ambik. Aku dah la tak bawak kamera. Melangut je lah. Fikir lagi, cemana aku nak contact LL4 kat airport nanti?

Risau pulak jadinya.

Tapi malas nak fikir lagi.

Makanan di sediakan. Sorry gambar dah tak de sebab battery dah mampus.

Second set, macam tu jugak tapi ada Pasta and Lobster, Curry Chicken dan Lamb apa ntah.

Aku makan 2 ! Curry Chicken dengan Lobster with Pasta.

Haloba tak abang?

Hahahaha... bak kata pepatah. Orang tamak kan selalu dapat banyak !

Makan dan tidur lagi.

Masa tu dah 8 jam dalam perjalanan. Ada lagi 4 jam. Dok layan TV dan layan movie. Pastu asyik asyik makan. Tak henti henti.

Aku mintak masuk cockpit. Dia bagi masuk sekejap. Rugi tak de camera. Dia orang baik borak borak dengan pilot tu. Isk. Tetiba rasa menyesal aku lari dari training dulu, kalau tak abang dah boleh bawak kapal terbang by now dan bawak crew crew cantik terbang di angkasa raya.

Pastu makan lagi lah sampai aku dah tak ingat berapa banyak masuk dalam perut. Berak tak jugak nih.


Sampai lah pesawat dah nak descend. Cuaca pulak cantik. Aku boleh nampak Berlin, Frankfurt dari udara. Pastu banyak lagi la tempat tempat lain. Tapi tu lah, camera nan ado !

* abang sedih menanges keluar yogurt rendah lemak mengalir ke pipi!

Overall, perjalanan dengan Business Class ni bezanya dari segi keselesaan je lah. Makanan dia sama je aku rasa cuma yang ni di hidangkan lah, proper sikit dah buleh mintak apa saja.

Akhirnya, pesawat sampai jugak kat London. Lagi frust sebab dia circle around London tunggu queue nak landing. Nampak semua kota London dari udara siap Emirates Stadium dan Wimbeldon Stadium dan tempat tempat menarik yang lain.

Tapi nan ado ! Tak leh nak ambik gambar ! Nak petik apa, puting tetek?

Aku kuciwa okeh. Kuciwa.

Akhirnya tepat jam 4.25 petang, pesawat Boeing 747-400 berjaya membuat pendaratan dengan selamatnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow London.

Tiba tiba aku jadi cuak.

Battery hp dah abis, cemana nak buat ni? Mana aku nak carik LL4?

Masa turun tu, aku tengok flight LL4 yang sepatutnya sampai dalam pukul 4 petang dari Dublin tapi tak de.

Sudah !!!!

* abang pitam dan pening pening langau.

Satay dan makanan makanan dalam flight berputar dalam kepala otak buat aku bertambah pening.

Macamana ni????

* bersambung................................

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...