Showing posts with label Palembang. Show all posts
Showing posts with label Palembang. Show all posts

Saturday, August 20, 2016

Trip Palembang 3H2M - 10 : Selamat Tinggal Palembang

Hari terakhir di Palembang. 

Hari ni aku akan berangkat pulang. Flight pukul 9.35 pagi.

Aku bangkit awal pagi sebab semalamnya tidur lena dek disebabkan makan banyak !

Sempat usha sunrise pagi tu di Palembang.

Dari tingkat 10 Favehotel Palembang

Palembang

Selamat pagi

Sinar mentari

Pagi tu aku sempat breakfast dulu kat lobby hotel. Tapi makann hari ke 2 kureng skit dari hari pertama. Tapi masih considered sedap juga cuma aku makan tak abis dan tak banyak !

Sebab aku breafkast awal, so orang tak berapa ramai pagi tu.

Naik bilik dan bersiap siap untuk check out. Aku dah pesan receptionist untuk carikan aku teksi ke Bandara. Dah janji teksi datang jam 7 pagi bawa aku pulang. Harga teksi dari hotel adalah 110 ribu which aku rasa normal dari mana mana kawasan di Palembang ni kalau menaiki teksi ke bandara.

Lepas check out aku naik van ke bandara. Van besar gedabak dan aku sorang sorang je. Mamat teksi tu berkali kali tanya.

"Sendirian aja kan?"

Jalan ke bandara pagi tu jem dan aku mengantuk gila. Sudahnya aku terlelap !

Sedar sedar dah nak sampai ke Bandara

Aku tak borak banyak pun dengan mamat teksi tu sebabnya aku membuta. Jalan jem jugak la kot so ambik masa dalam 30 minit untuk sampai.

Sampai di bandara aku terus check in.

Check in area

Sebab dah tak de apa aku terus masuk ke balai berlepas.

Sempat usha kedai kedai kat dalam airport tapi tak de yang menarik

Sudahnya aku masuk ke balai berlepas dan jumpa port lawa aku sambung membuta !

Ntah apa yang tak kena pagi tu aku memang betul betul mengantuk !

Aku terlelap kat kerusi tanpa mempedulikan sesiapa. International boarding area tu cuma ada 1 so flight yang gerak dulu tu berlepas ke Singapore. So ramai penumpang yang dari Singapore.

Aku boleh tak sedar bila masa dia orang di panggil masuk ke pesawat !

Yang aku sedar tetiba berkumandang suara di speaker.

"Di mohon nama nama berikut untuk melaporkan diri di kaunter pemeriksaan antarabangsa.... Saudara... bla bla bla ....."

Aku dengar ada banyak nama  Ada sekali tu macam sayup sayup je dia sebut nama aku. Ah ! Pedulikan lah. Nama orang lain kot. Aku sambung terlelap lagi.

Pastu tak lama lepas tu dengar sekali lagi.

"Di minta Encik Supermeng untuk melapor diri di kaunter pemeriksaan....."

Eh.. macam nama aku je?

* genyeh genyeh mata dan usha, baru la perasan kat hujung belah sana dia orang tengah check dan verify boarding pass.

Aku bangun dan pegi ke sana, dan memang sah ! dia orang tengah cari aku.

"Sorry youall... kecanduan apa ntah kena dengan kakak ni, Kakak mengantuk sungguh !"

Pastu gi toilet basuh basuh muka baru la rasa segar sikit.

Baru boleh usha usha ambik gambar.

Pesawat Garuda Indonesia

Pesawat Batik

Then pengumuman ketibaan pesawat Air Asia dari Kuala Lumpur

Tunggu dia orang unload barang dan orang yang baru sampai sebelum kami di minta masuk ke pesawat

Kawasan Bandar Udara Sultan Mahmud II Palembang

Masuk dalam flight aku pose pose menunggu pesawat bergerak ke landasan.

Aku duduk seat agak ke belakang dan tak de orang. Sedap la aku mengangkang ! Mamai mamai je bersandar dan akhirnya pesawat mula bergerak ke landasan untuk take off.

Bagi laluan pesawat mendarat

Pesawat take off meninggalkan landasan

Mukabumi Sumatera Selatan

Tau tak lepas tu apa jadi?

Aku tak sedar diri semula !!!

Aku tak sedar pun bila dia orang hidangkan makanan. 

Memang aku membuta ria !

Tak pasti lah apa yang telah terjadi pada tubuh badan sendiri. Rasa mengantuk gila gila !

Sedar sedar pesawat dah nak mendarat !

Approaching Port Dickson

PD

Bagan Lalang

Ready to landing

Welcome back !

Sedang elok pesawat mendarat, telefon office aku lupa nak silence, berdering dering bunyi email dan message masuk. Mengelabah kejap sebab hp tu aku letak dalam beg. 

Ada je mata mata keji memerhati !

Pesawat dah sampai di terminal ketibaan dan aku paling last keluar !

Akak akak pramugari dah start bersihkan flight

Keluar ke balai ketibaan

Welcome back !..... Aku sempat beli rokok dan cokelat budak budak pesan then terus je keluar beli ticket ERL

Tunggu ERL punya la lama

Naik sampai Putrajaya

Ambik kereta dan balik rumah !

Parking kereta 3 hari kena RM 14. 

Trip kali ni betul betul memenatkan atas sebab yang aku sendiri pun tak tau apa. Tapi aku gembira sebab berjaya pegi dan pulang dengan selamatnya. Walaupun sebelum pegi aku sendiri tak pasti apa yang bakal aku temui tapi sekurang kurangnya aku dah boleh berbangga yang aku pernah sampai di Kota Palembang. Sedikit pun aku tak rasa rugi atau pun menyesali keputusan aku.

Jika engkau fikir miskin, senangkan pulalah hatimu kerana engkau telah terlepas dari suatu penyakit jiwa, penyakit kesombongan yang selalu menimpa orang kaya. Senangkan hatimu kerana tiada orang yang akan hasad dengki kepada engkau lagi lantaran kemiskinanmu 
- Hamka -

Kefakiran dan kemiskinan adalah nikmat, yang tidak ada jalan bagi orang lain buat kecil hati dan tidak ada pintu bagi kebencian 
- Hamka -

Walaupun kurang dari segi tarikan pelancongan. Tapi Palembang kekal unik dan tersendiri. Walaupun tak banyak mana kenangannya di sini tapi pasti akan ku kenang selalu.

Indonesia, aku belum puas bersahabat dengan alam mu.



Suatu hari
Dikala kita duduk ditepi pantai
Dan memandang ombak dilautan yang kian menepi

Burung camar terbang
Bermain diderunya air
Suara alam ini
Hangatkan jiwa kita

Sementara
Sinar surya perlahan mulai tenggelam
Suara gitarmu
Mengalunkan melodi tentang cinta
Ada hati
Membara erat bersatu
Getar seluruh jiwa
Tercurah saat itu

Kemesraan ini
Janganlah cepat berlalu
Kemesraan ini
Inginku kenang selalu

Hatiku damai
Jiwaku tentram di samping mu
Hatiku damai
Jiwa ku tentram
Bersamamu

TAMAT

Friday, August 19, 2016

Trip Palembang 3H2M - 09 : Sekitar Kota Palembang

Entry kali ni kita lepak lepak usha gambar jer.

Gambar gambar yang di ambil di sekitar Palembang !

Kota Palembang. Kota terbesar di Sumatera Selatan

Arah tuju

Bangunan di Palembang

Kantor Kerajaan agaknya

Pintu masuk ke Benteng Kuto Besak Palembang yang kini menjadi markas tentera

Masjid Agung Palembang

Kanak kanak main air banjir

Pemuda Palembang bersantai petang

Senja kelabu

Sungai Musi

Jembatan Ampera

Kapung Kapitan. Perkampungan kaum Cina di Palembang yang kini menjadi tempat makan untuk yang gemarkan makanan seafood

Menjelang malam

Muzium Sultan Mahmud Badaruddin II

MONPERA di waktu malam

Bulatan alun alun dengan air pancur di Palembang

Masjid Agung Palembang di waktu malam

Ada sesuatu terjadi waktu malam pertama aku di Palembang.

Malam tu aku nak balik ke hotel so aku tunggu angkutan. Sebab masa tu aku berada di kawasan Masjid Agung dan aku nampak banyak angkut kat area tu so aku tunggu la angkut yang boleh hantar aku balik ke hotel aku.

Tanya satu persatu, semuanya macam tak lalu.

Angkut di Palembang

Ada mamat mamat Ojek kat situ jenuh memujuk tapi aku buat keras je lah.

Lama jugak menunggu, sudahnya ada la satu angkut ni berhenti. Dia cakap dia tak lalu line aku tu, so aku kena turun dan naik angkut lain pulak. So aku keluar semula !

Then datang angkut yang lain. Macam biasa dia orang bertanya dan aku bagitau la masalah aku. 

"Bisa Kak... bisa di hantarin"
"Laluan yang sama?"
"Iya..."

Geng Geng Ojek

Dalam angkut

Sebab hari pun dah makin lewat so aku setuju je lah. Lega jugak rasanya sebab dah lama benar aku tunggu. Ojek tu pun nak 50 ribu. Punya la mahal !

So angkut ni mula bergerak. Aku ni kalau jalan Insya Allah cepat ingat walaupun lalu sekali je, tapi kali ni aku perasan dia lalu dia laluan yang berbeza dari aku datang siang tadi. Sampai di satu traffic light kelendan dia turun dan tanya aku.

"Kak.... langsung aja ya?"

Aku angguk je la tanpa fikir banyak. Tapi aku tau persimpangan jalan tu kalau ke kanan memang balik ke hotel aku.

Dia bergerak bawak semua manusia dalam angkut tu dan hantar aku sampai depan Favehotel.

Dah turun tu aku bagi dia 5 ribu ! Sepatutnya tambang cuma 4 ribu je.

"Loh... gi mana ni. Ngga cukup ni Kak"
"Ngapain?"

Dan bermula lah bertelingkahan aku dengan mamat tu malam malam buta tepi jalan.

Dia kata dia saja pusing hantar aku dan dia demand 50 ribu !

Aku tak nak bayar sebab dia bagitau aku dia berada di laluan aku dan aku tak tau pun yang dia belok tadi semata mata nak hantar aku. Bukan jauh benor pun dari simpang tadi.

"Ngga bisa Kak... minta lebih"

Oh. Berani kau kakak kakak kan aku. Kau tak tengok lagi kakak naik hantu !

"Ngga. Kayaknya kamu udah menipu saya. Kamu nggak bagus kayak gini. Seharusnya kamu kasi tahu sama saya, dan kalau perlu saya bayar lebih harusnya dipersetujui dulu"

Aku pun dah tak reti nak bertekak dalam bahasa dia. Asyik keluar ayat yang sama je. Kayak Kayak Kayak.. kang berkayak pulak aku ni kang.

"Kak kasi aja 30 ribu"

Kakak fire kau dengan bola bola api nanti !

"Mana bisa? Kayaknya saya udah di tipu sama kamu ! Nggak bagus"

Memang aku menyirap jugak tapi sebab fikir dalam angkut tu masih ramai orang lagi. Kalau aku bertekak dan berkeras sampai pagi kang tak sudah sudah. Yang lain lain dalam angkut tu pun langsung diam membisu. Seronok agaknya tengok drama tepi jalan macam ni.

Last sekali aku bagi je dia 30 ribu Rupiah.

"Saya nggak halal kan. Nah. Ambil aja"
"Loh.. Jangan gitu Kak...."
"Iya.. kayaknya kamu udah nipuin saya !"

Aku terus je blah lintas jalan balik hotel.

Kakak pasrah !

Memang rasa bengang dan bengkek semacam tapi bertabahlah. Tak lama lepas tu aku redha je la dengan harga RM 10 yang hilang tu. Kalau tak mungkin aku masih di tepi jalan mencari arah dan cara untuk pulang !

So partly pun memang salah aku so aku pasrah je lah. Nasib la tak jadi apa apa dan elok jugak aku mengalah dan meletakkan dinding pemisah kalau tak berlarutan lagi tak sudah sudah.

Jangan ditangisi barang yang hilang, tetapi syukurilah apa yang masih ada. Kelak jika yang masih ada itu hilang, ditangisi pula 
- Hamka -


Airmataku kasih, menetes di pangkuanmu
Saat terakhir kita bertemu
Di senja yang kelabu
Kata isi hatiku padamu disaat itu
Sebagai bukti tanda kasih sayangku

Kita telah berjumpa
Namun akhirnya kan berpisah
Semua kusadari kau takkan kumiliki
Antara kita berdua terhalang dinding pemisah
Yang tak mungkin dilalui
Walaupun sampai di akhir nanti

Di malam dingin ini ku duduk seorang diri
Terdengar sayup alunan lembut
Nada sebuah melodi
Teringat aku akan suatu memori indah
Yang akan selalu kuingat sampai mati

Kalau kutahu begini, tak ingin bercinta lagi
Yang membuatku hidup di dalam illusi
Biarlah semua berlalu dalam bayangan kelabu
Hanyalah satu yang pasti
Cintaku akan tetap abadi

Dan ini gambar gambar secara random di hari ke dua di Palembang.

Tunggu angkut tepi jalan

Ni angkut yang aku naik. Hari ni aku pastikan aku nak balik nanti aku naik di tempat yang sama aku turun. Rupanya memang angkut aku tak lalu pun kat depan Masjid Agung semalam tu sebab tu la aku tak jumpa jumpa angkut laluan tu. Dan tak de pun orang yang aku tanya semalam tu bagitau.... 

Benteng Kuto Besak

Kawasan Benteng

Kota Palembang di kawasar Pasar 16 Ilir

Sungai Musi. Hajat aku nak ke Pulau Kemaro tapi cuaca mendung dan tak de bot yang aku boleh share. Sebaiknya awal awal pagi dah pegi ke Pulau Kemaro tu

Jembatan Ampera

Menuju Palembang EMAS 2018. Asean Games

Jambatan Ampera

Bulatan Alun Alun

Salah satu Angkutan Kota di Palembang

Sungai Musi

Petang di Benteng Kuto Besak

Untuk kanak kanak

Perahu di Sungai Musi

Jualan di Benteng Kuto Besak

Rojak

Gorengan

Tebing Sg Musi

Warung terapung

Meniti petang

Mendung Cuaca

Gelap nak hujan

Sebab cuaca gelap, aku decided balik awal ke hotel dan berehat jer.

2 hari dan 2 petang cuaca di Palembang memang tak memberahikan.

Tapi tak pe lah. Sekurang kurangnya... itu lah hukum alam. Kadang kadang nasib tak seperti apa yang kita rancangkan.

Kita harus yakin bahawa apa yang ditentukan oleh Allah buat kita, itulah yang terbaik 
- Hamka -

Redha !

bersambung................

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...