Showing posts with label Pulau Redang. Show all posts
Showing posts with label Pulau Redang. Show all posts

Sunday, July 10, 2011

Jalan Jalan Cari Ikan Redang - Final

Ehem ehem...korang nak dengar lagi ke kisah-kisah tak perlu ni?

Boleh tak aku MC hari ni? haha

Ok la, aku sambung.




Pagi hari kedua, aku bangun agak awal. Selepas bersiap-siap, aku terus mencapai kamera sebab nak merakam saat-saat indah matahari memunculkan diri. Aku memang suka sunrise.

Tak lama lepas tu, BW juga keluar lantas menjadi model membuat pose pose maut. Sementara Supermeng di dalam chalet terus diulit mimpi. Dengan OR dia gamaknya.




Breakfast disediakan jam 8 pagi dan sesudah kami bersarapan, kami bersiap-siap untuk pergi snorkelling.

Disebabkan takde langsung kedai yang wujud di sana, maka tumpuan untuk mengisi perut hanyalah di kantin. Tak kira waktu breakfast, lunch, tea break mau pun dinner, tak sah kalau tak berebut-rebut sebab ramai sangat. Masing-masing dah macam pelarian Rohingya dah aku tengok. Tapi nak buat camana kan, syukur je la.

Kali ini kami akan ke Pulau Kerengga (mmm ye ke?). Sempat juga kami buat komplen dengan Nathan about the snorkelling gear yang macam kena gigit tikus tu. Mengganggu konsentrasi BW semasa snorkelling. Tak dapat bernafas katanya. Hiks. Alang-alang nak tukar, terus kami tukar ketiga-tiga sekali. Nathan jeling je tak puas hati.

’Sama je. Semua sama’ perli Nathan.

Hey! Ben Nathan @ koyakutty @ tak kisah la nama ko apa. Eh, ke nama kau Bothumalai? Dengar sini. Kami customers ok. And customers are always right. Gitu. Dah alat-alat kau semua macam jubor, memang layak la kena komplen.

Lebih kurang jam 9.30 pagi, kami menaiki bot.

Snorkelling. Juga mengecewakan. Slightly better than the Marine Park though. Tapi still aku rasa better snorkelling dalam akuarium Supermeng.

Aku rasa la kan, kat Pulau Redang ni banyak tempat snorkelling yang menarik. Cuma kami tak bernasib baik dibawa oleh pihak resort ke tempat-tempat yang boleh aku samakan dengan paya belakang rumah aku.

Ado paya belakang rumah kau setaraf pulau peranginan?

Tudiahhh. Aku masih emo.

Pulang ke chalet dengan keletihan. Kami berehat sebentar sementara tunggu nak makan tengahari.

Lepas je lunch, kami bergambar lagi. Bermacam-macam gaya dan posing. Dan model paling vogue petang tu tak lain dan tak bukan, sape lagi kalau bukan BW.








Ko berani posing tepi pantai pakai kain batik tapi pakai sunglass sambil membuat pose-pose maut? Hahaha. BW tu dalam bilik pon pakai sunglass? Silau katanya. Superman tak habis-habis gelakkan dia.

Snorkelling trip kami yang ketiga dijadualkan pada pukul 2 petang pada mulanya. Untuk mendapat kepastian, aku pegi bertanya seorang pakcik yang sedang berehat di bawah pokok. Aku rasa pakcik tu owner resort tu.

’Puko due setengoh, kopo kopo siney. Puko tige naik bok. Kendiam kite tolok. Sape awal gi dulu. Kalu kendiam, naik bok kendiam’

Hahahaha. Pakcik tu sebut ’kendiam’ (kemudian) ok.

Aku dengan Supermeng terus diserang angin ahmar lite lite. Hahahahahaha

Destinasi snorkelling kami petang tu ialah Pulau Ekor Tebu. Ku sangkakan jauh pulaunya, rupa-rupanya, laaaa, sepelaung je dari chalet. Motip snorkelling dekat-dekat je. Patut la macam ci*** je takde ikan takde coral.

Masa ni, aku pun dah tak expect menggunung dah. Aku memang dah agak mesti lebih kurang sama je dengan tempat snorkelling sebelum sebelum tu.

Hampas!!

Nasib di kawasan berbatu di situ banyak burung camar berterbangan.

Seperti camar pulang ke pangkuan
Merindu kedamaian dulu
Begitu harapan ku terhadapmu
Semoga kasih belum layu

Ok kak Esah, stop, stop, turun stage sekarang!

Turun dari boat kami terus ke kantin untuk makan petang.

Jeng jeng jeng.

Inilah makan petang yang telah merosakkan perut dan bontot BW. Bubur kacang hijau.

Ada juga karipap dan juga roti.


Selepas tu, kami menghabiskan masa bergelak ketawa, tulis-tulis atas pasir (feeling-feeling dalam drama katanya) borak-borak sambil mandi-manda di pantai berhampiran jeti.

Kamera tetapppp ada. Berbagai-bagai aksi pada kali ini. Dugong kesepian, walrus terdampar, penguin merindu, itik tersepit di celahan batu...u name it.

Macam-macam pose. Lompat bintang? Lompat kijang? Lompat tikam? Semua Supermeng buat.

Tidak dilupakan, gambar Supermeng beraksi bagi menghiasi muka depan Sports Illustrated edisi bumper musim raya haji tahun depan.

Pehhhh! Tyson Beckford tengok terus bersara wa cakap lu.




Penat berjimba-jimba di pantai, kami pulang dan membersihkan diri. Lepas badan bersih turun lagi ke pantai untuk bergambar di waktu senja sementara menunggu makan malam. Selagi boleh. Esok kan dah nak balik dah. Konsep nya selagi camera tu masih mampu bernafas kita teruskan jua. hahahah

Makan malam pada malam terakhir ini dibuat sedikit special. BBQ style. Korang boleh ambik apa yang korang suka, sebanyak mana korang nak melantak. Tak kisah. Tapi konsepnya, bakar sendiri. Nasi goreng dan meehoon goreng juga disediakan sebagai lawan kepada lauk pauk bbq yang dibakar.

Kami makan sehingga kenyang. Supermeng kata, makanannya kurang inzal. Tapi bagi aku, ok je. BW pun aku tengok belasah je. Haha.

Mungkin betul apa yang dikatakan, penangan cinta, makan tak kenyang, bila kekasih hati tiada di depan mata serasa menelan pasir. Mandi tak basah, eh ye ke? Yang ni aku tak sure.

Tapi yang pasti tidur Supermeng sangatlah lena. Siap ada lagu background lagi.

Setelah kenyang, kami berjalan pulang ke chalet. dalam perjalanan ada pakcik tu kentut tanpa perasaan bersalah..buat muka derk jer kentut depan kami...apa lagi..bantai gelak

Di dalam chalet, telah berlaku satu lagi peristiwa. Peristiwa pengeboman Hiroshima dan Nagasaki seolah-olah berulang kembali. Bom nuklear telah dilepaskan tanpa belas kasihan dan simpati oleh salah seorang dari ahli chalet. Siapakah gerangannya ittew? Cuba la teka. Hehe

Bertempiaran aku dengan Supermeng melarikan diri ke pantai bimbang akan berlaku kerosakan otak yang kekal kalau terus bertahan di dalam chalet. Hahahaha Penangan bubur kacang.

Alang-alang dah berlari ke pantai tak jadi lah nak rebahkan badan..kami lepak di tepi pantai, bersembang-sembang lagi seolah-olah tidak abis tajuk untuk disembangkan. Padahal mengarut je lebih.

Supermeng seperti biasa. Kling. Seminit kemudian, kling. 2 minit kemudian, kling. 3 minit kemudian, kling. 4 minit kemudian.............................................................

Ahhhhhh. Betapa indahnya menikmati bulan penuh dan lautan disirami cahaya rembulan.

Gitu.

Sambil borak-borak superman buat service urut-urutan...urut kami berdua la..dia tak pe hari2 OR urut katanya.

Hampir tengah malam, kami masuk semula ke chalet. Zzzzzzzzzzzzz

Pagi keesokannya (pagi ahad), setelah makan pagi, kami bersiap-siap mengemas beg untuk bergerak pulang. Terasa berat kaki untuk melangkah ke jeti. Meninggalkan sebuah tempat yang begitu indah bak syurga dunia.

*lupakan snorkelling sites yang macam haram ittew

Kami menaiki bot pada pukul 10 pagi, juga boat trip pertama syukur alhamdulilah . Tak larat nak menunggu lagi dah. Tu pon boat tu disumbat sampai merasa la ada yang kena berdiri.

Di jeti Merang, kami mengambil kesempatan untuk membeli belah sekali lagi sebelum mengambil kereta di parkir.

BW yang dari semalam mengalami sakit perut yang luar biasa mengambil tempat di tempat duduk belakang. Senang untuk berguling dan berbaring. Mungkin akibat bubur kacang hijau makan petang hari sabtu tu.

Tiada apa yang hendak dikejar, so aku memandu dengan kelajuan biasa.

Kami singgah di rumah No. 88, Kampung Kelulut untuk membeli keropok lekor. Supermeng gigih ok beratur di dalam lautan manusia di kedai tu. Aku pose-pose tunggu dalam kereta dan BW terdampar di tempat duduk belakang

Motip ramai gila orang beli keropok kat situ? Apa yang best sangat? Ntah la. Aku pun tak paham.

Kemudian kami singgah di Marang untuk makan tengahari.

BW masih lagi sakit perut tidak bermaya. Aku dan Supermeng tinggalkan BW berehat di dalam kereta sementara kami melantak berdua.

Setelah itu, kami meneruskan perjalanan. Di Kemaman, kami berhenti sekali lagi untuk membeli keropok.

Perut BW masih lagi memulas-mulas. Telah berkali-kali dia berry-berry. Bermacam-macam bau minyak angin, minyak kuda, minyak bijan bercampur baur di dalam kereta. Sehingga pedih-pedih mata. Hahaha

Di hentian rehat Gambang, kami berhenti untuk mengisi minyak.

Perjalanan seterusnya lancar sahaja. Alang-alang melalui kampung aku, aku mengambil kesempatan untuk singgah sebentar di rumah aku untuk menghantar keropok.

Dari rumah aku, Supermeng mengambil alih tempat sebagai pemandu. Aku, sebagai co-pilot yang kurang efficient, terus membuta.

Kami selamat sampai ke KL pada lebih kurang pukul 10 malam. Kami terus menuju ke rumah adik Supermeng untuk mengambil keretanya.

Kemudian, ke rumah BW untuk menghantar sheols dan juga untuk mengambil kereta aku yang ditinggalkan di sana.

Aku selamat sampai di rumah hampir jam 12 tengah malam. Alhamdulillah.

Overall, trip ke Pulau Redang adalah sangat fun dan aku rekomen korang ke sana untuk menikmati betapa indahnya bumi ciptaan Ilahi dan juga untuk menenangkan fikiran bagi sesiapa yang inginkan kedamaian.

CUTI-CUTI MALAYSIA!!!!

p/s : kalau korang tak puas hati pasal snorkelling, jangan ligan aku naa...


THE END

Friday, July 8, 2011

Jalan Jalan Cari Ikan Redang - Part 2

Hola murid-murid sekalian.

Bertemu lagi kita di ruangan, CORETAN PERJALANAN.


Sesampainya di jeti, aku terus menghubungi En. Khairul, wakil dari Redang Mutiara Beach Resort.

Selepas baki bayaran dilangsaikan, kami terus diarahkan untuk naik bot. Motip bot tak sabar-sabar nak gerak? Driver tak tahan nak berak kah?,

Padahal kami yang lewat. Padan muka tak dapat breakfast! Haha

Dalam pada tu, sempat lagi Supermeng berdesup lari nak shopping barang wajib dia. Bekalan katanya. Apa dia murid-murid?

Ya, pandaiiiiii. ROKOK.

Adik-adik bawah umur, sila jangan tiru.

Lepas beg-beg kami disumbat ke bot, kami pun mengambil tempat. Mana lagi, seat belakang sekali la. Senang sikit nak mengadjust. Standard la tu kan. Haha

Abis je semua penumpang yang aku agak-agak dalam 30 orang tu dah dapat tempat masing-masing, bot pun mula meluncur laju membelah Laut China Selatan. Gitu.

Masa ni aku mengantuk gila, tambah pulak angin yang sap sap soi, apalagas, tidur la. Tersengguk-sengguk. Lantak la bot nak terbang ke nak menyelam ke. Lagipun takde apa pun nak tengok. Laut je.

Sedar-sedar, dah hampir sampai menuju ke destinasi yeah yeah..puncak cinta tertinggi yeah yeah..

Shut up Siti!

Dari dalam bot, Redang Mutiara Beach Resort kelihatan sungguh menawan hati. Memang cantik la. Sempat jugak aku menyenap 2 3 gambar. Dengan deretan chalet yang berbumbung colourful di sepanjang pantai, aku jadi tak sabar-sabar nak check-in.

Nak sambung tidur sebenarnya.


Lepas semua penumpang naik ke jeti dan beg-beg dikeluarkan, semua macam blur. Kami dibiarkan termangu-mangu. Bertongkol-tongkol la masing-masing tak tau nak buat apa.

'Beb, kita nak tunggu apa nih?’

Aku cukup rengsa bab-bab tunggu menunggu ni. Takde langsung orang nak menunjuk jalan ke hape. Aku pun apa lagi, dah takde nak buat apa kan, snap-snap gambar since view kat situ memang lawa. Air dia jernih gilos, macam swimming pool.







Lepas agak lama terbiar macam orang hanyut kat jeti tu, kami ambil keputusan jalan kaki je membawa diri ke kantin tak jauh dari situ. Kat kantin tu, lagi sekali kami terpinga-pinga tak tahu nak pegi mana. Tak nampak pun kaunter nak check in ke apa ke or something like that.

Ingin ditekankan di sini, pihak resort memang tersangatlah hampas kerana tak mengambil tahu hal ehwal pengunjung.

Hey, resort, kau ingat kitorang ni anak beranak kau ke datang-datang terus tau apa nak buat mana nak pegi. Dah la panas membahang cuacanya.



Tapi, yang bestnya kat kantin tu ada air oren sejuk disediakan. FOC. Free flow. Roti Gardenia pun ada. Jem, susu, kaya semua ada. Aku dengan BW pun apa lagi, cargas tanpa malu dan segan, terus buat macam rumah sendiri. Dah la tengah lapar kan. Belum breakfast lagi. Hiks

Terpikir jugak masa tu, buatnya roti tu orang lain yang punya. Maluhhh.

Tak lama lepas tu, baru la datang sorang lelaki menunjukkan tempat untuk kami check-in.

Tempat check-in tu macam stor je uols!

Motip. Patut la aku tak perasan langsung. Yang aku perasan ada Twisties satu plastik besar kat kaunter.

Lelaki yang jaga kaunter tu namanya Nathan. Ben Nathan kah? Ada la iras-iras sikit tapi kurus. BW taste kat Nathan tu. Kan BW kan? Haha.

Ok. Selesai urusan check-in. Kami dapat chalet yang betul-betul menghadap dan dekat dengan laut.



YES!! Memang kami dah target chalet menghadap laut tu.

Dah tak sabar dah nak landing ni, masuk-masuk je chalet, air-cond pulak buat hal. Jahanam! Panas waktu tu tak payah cerita la. Membahang ok. Dengan panas hati lagi. Sikit je lagi aku nak jadi hijau. Kang payah pulak abis baju seluar semua koyak.

Soalan, kenapa kalau Incredible Hulk mengamuk, baju je koyak and seluar panjang jadi seluar pendek?

Komplen kat Nathan. Kami diberikan chalet bersebelahan. Nasib air-cond ok. Disebabkan panas sangat air-cond pun tak rasa sangat tapi jadi la. Syukur apa yang ada. Dan nasib kami naik first boat so banyak pilihan lagi sebelum pihak chalet pergi ambik trip yg kedua pulak. Chaletnya biasa-biasa je. 2 katil. With toilet attached. Kami pun tak expect bulan dan bintang. Janji ada tempat untuk berteduh.

*pose-pose bersimpuh





Tapi, view dari chalet tu, pehhhh! VOGUEDERVAST!

* Go biru go! (sori ambik kesempatan promote rumah sukan. hahaha)

Pantai pun just about 30 m away. Kiranya, kalau sape-sape yang jenis mengigau sleepwalking tu, sedar-sedar tengah snorkelling. Boleh macam tu aku ibaratkan?

Since masa tu masih awal, letih pun tak hilang lagi, kami berehat-rehat je berguling-guling atas katil.

Tapi...............

Supermeng terus-terusan alpa dan hanyut di lautan cintanya. Bersms non stop ok. Huh!

Aku simpati kat Iphone dia. Asyik bekerja kling kling tak henti-henti.

Makan tengahari disediakan pada pukul 12.30 tengahari.

Disebabkan lama lagi nak menunggu makan tengahari kami berjalan-jalan dikawasan sekitar kunun-kunun nak cari kedai runcit. Harammm tak nampak bayangan. Sebelah Mutiara Beach Resort ni ada resort yang masih dalam pembikinan. So kami bersantai-santai di situ main buai posing-posing ala-ala nangka kurang masak. Lepak-lepak bawah pokok. Saja-saja sementara menghabiskan masa.

Aku perhatikan ada jugak la orang yang mandi laut!! Panas-panas buta!!!! Time matahari tegak kat atas kepala! Kepanasannya toksah cakap la. Ayoooo. Kalau sembelih ayam, tak sempat abis cabut bulu dah siap ayam panggang.

Lagipun kami tak mandi sebab kulit Supermeng sensitif dengan panas matahari. OR dia kan pernah puji kulit dia halus mulus lagi gebu.











Pada sebelah petangnya, kami dijadualkan akan pergi bersnorkelling. Oh ye, snorkeling gear dan life jacket perlu disewa. Tapi flippers tak disediakan ya. Tak boleh la korang nak feeling-feeling jadi itik. RM 20 seorang. Tapi dinasihatkan anda redha je lah dengan apa yang ada. Alat snorkeling kat situ tersangatlah sedih keadaannya. Paham-paham je la, dah berapa ratus mulut dan gigi dah gigit benda alah tu. Dah macam kena gigit tikus dah aku tengok. Itu belum Supermeng gigit lagi. Ops. Haha

And goggle pun tak antifog. Masa snorkelling macam tengok tv rosak. Kejap-kejap kena lap. Potong stim ok.

Sabar IH, sabar.

Kalau nak selesa barang diingat sila bawa peralatan sendiri. Kami pun macam berazam nak beli peralatan sendiri dah lepas ni (macam la pegi snorkelling tiap-tiap bulan!)

On the way ke jeti, kami tertarik dengan nota dan peringatan untuk aktiviti snorkelling yang tertulis kat white board di tempat kami check-in.

’Sila dengar bunyi poon-poon dari bot’
’Lembap, tinggal. Berenang la bawah jeti’

Hahahahahaha. Lembap okeh !

Destinasi snorkelling kami pada petang itu – Marine Park



Aku tak sabar-sabar untuk merasai pengalaman menyaksikan coral reef yang berwarna-warni, ikan clownfish bersenda gurau di sebalik anemone, sekumpulan barracuda berenang riang, manta ray menari, dolphin sommersault berputar, anjing laut, ikan paus biru......

Ok. Aku over.

Pendek kata, aku sangat teruja nak tengok ikan-ikan dan coral reef yang bermacam bentuk berwarna warni.

Sampai-sampai je, nan ado ok. Berjujuran air mata kami kehampaan.

It’s just not worth it la aku cakap kat hangpa semua. Baik korang pose-pose Nefertiti kat chalet lagi bagus. Pan*** sangat tempat tu!

Setakat nak tengok coral mati terdampar dengan ikan 2 3 jenis je, baik aku snorkelling dalam akuarium rumah Supermeng.Takpun pegi je tengok ikan kat pasar borong selayang.

Tak best langsung!!!

Tudiahhh geram aku belum abis lagi.

Dah la yang snorkeling seramai-ramai umat kat situ macam orang pegi haji. Ahhhh…aku kuciwa.



Mungkin expectation aku tinggi sangat kot.

Eh, aku ni banyak cekadak ke? hahahaha

Kemudian kami naik ke daratan dan membilas badan dengan air tawar kat sebuah kolah tak jauh dari pantai. Seronok pulak mandi kolah ramai-ramai macam tu, dah lama tak rasa since zaman sekolah dulu waktu air takde.

Teringat kat asrama masa sekolah dulu, kalau air takde, berebut-rebut orang mandi kat kolah yang penuh lumut tu. Siap tadah air guna baldi and tapis lumut tu dengan t-shirt ok. Memori..........

Ok sambung.

Lantas lepas tu kami pose-pose makan Twisties dan bergambar lagi dan lagi sambil menunggu bot untuk pulang ke chalet.

Setelah agak bosan, kami berjalan dan melihat sekeliling. Ada satu peta di Marine Park tu, lawak ok. Puas kami gelak, sambil baca sambil gelak.



Aku speku orang pertama yang jumpa Pulau Redang ni seorang Pak Andam!

Di sini juga ada tempat penetasan telur penyu. Tapi telur tak menetas lagi so, takde gambar anak penyu.

Habis Twisties baru nampak berduyun-duyun manusia menghala ke jeti dan kami pun ikut melangkah ke jeti juga, kang nak balik kena berenang pulak.

Kan kalau lembap, tinggal.

Kalau kering?

Sampai di chalet, setelah mandi dan bersiap-siap, kami menghabiskan masa melepak-lepak di tepi pantai sambil bergambar. Lagi!.

Tau tak Supermeng buat apa?

Apa? Motip korang speku Supermeng berlari sambil telanjang?

Apa lagi. Dia beremes-emes laaaaa. Aku rasa kan, kalau Iphone tu waterproof, harus dia bersms sambil snorkelling. Ops



Kami makan malam pada pukul 8. Makanan, boleh la. Sedap je aku rasa sebab lapar kan. Then, kami mati kutu, tak tau apa nak buat. Terus kami menuju ke pantai. Duduk duduk di atas pasir pantai bersembang-sembang sambil menikmati bulan yang sedang mengambang.

Ohhhh...indah sungguh! Sesuai sangat untuk pasangan-pasangan yang sedang bercinta-cinta macam??

Ye, pandaiiiiii....




Tau tak supermeng buat apa?

Hiks.

Nun jauh di jeti, aku nampak sebuah bot.

"Eh, kat jeti tu bot apa?"
"Itu bot orang nak pegi mencandat sotong"

Seperti biasa BW dengan yaqin menjawab.

’Eh, tak tau pun ada pakej untuk mencandat sotong. Jom pegi tengok jom’

Kami pun bergerak ke jeti. Sesampainya di jeti, BW dengan ramahnya bertanyakan kat sorang kakak ni.

Prot pret prot pret pung pang kelepung kelepang (aku tak dengar ulas biji perbualan)

Rupa-rupanya bot itu adalah bot yang membawa sesiapa yang ingin ke Long Beach. Tetapi RM 20 dikenakan setiap sorang. Tanpa berfikir panjang, kami ambil keputusan untuk join diorang ke Long Beach.

Yessss. Ini peluang hebat! Ada jugak sebelum tu kami dengar-dengar cerita pasal Long Beach. Happening kat situ katanya. Boleh jugak kami melihat-lihat apa yang menarik di Pulau Redang ni selain daripada aku tengok muka Supermeng, Supermeng tengok muka BW, BW tengok muka Nathan!

Yang penting, sempat lagi kami mintak brother yang jadi driver bot tu tunggu sekejap sementara kami balik ke chalet untuk transform ke busana yang lebih proper. Dengarnya di Long Beach, banyak desco. Berlari-lari la 3 orang sewel ni balik ke chalet dan setelah siap transform, berlari-lari semula ke jeti.

Jadi satu kerja pulak.

Sempat lagi capai kamera. Mana boleh tinggal.

Hampir penuh juga bot tu. First time naik bot laju tengah malam. Dah la lampu tak pasang. Gila kau bergelap gelita dalam bot. Rasa macam pendatang tanpa izin je nak mendarat tengah malam supaya tak ditangkap polis marin. Haha

Setibanya di jeti, kami dibawa berjalan dikepalai oleh driver bot.

Boleh pulak driver bot tu tanya kat kami bertiga,

"Abang nak ikut kitorang ke ataupun abang nak jalan-jalan sendiri. Kalau abang nak jalan-jalan, pukul 12 tepat abang call saya. Tak pun abang tunggu kat jeti. Kita jumpa kat sana"

Boleh?

Motip tanya kat kami bertiga je? Over dressed kah kami? Ingatkan kami tak pernah pegi desko kah? Takpun driver bot tu terkesima tengok BW. Hahaha

Tak kisah la. Tak best pun desco tu. Konsep open air and crowd nya tak menarik.



Satu perkara pasal Pulau Redang ni, langsung takde orang putih! Semua muka-muka tempatan.

So, jangan harap la korang nak cuci mata tengok mat salleh dan minah salleh terdampar di pantai bak ikan talang kering dijemur. Nehi ok. Yillek.

Tapi kat Long Beach Pulau Perhentian, emmmmmm…MERIAH! Marvelous!

Ok sambung, kami pun pegi dari satu ke satu kedai yang lain dengan satu harapan. Nak cari FM! Mesti lah kan. Dah jadi fetish Supermeng dah tu.

Selesai shopping FM dan jajan, kami duduk melepak di tepi pantai sambil makan Twisties.

Perasan tak kami asyik makan Twisties je. Motip?

Tau tak Supermeng buat apa masa ni?

Aku tak payah cerita. Penangan cinta.

Duduk la kami bersembang-sembang, amik-amik gambar sambil tengok bulan nan indah dalam kehangatan malam sementara nak menunggu jam 12. Panas ok kat pantai tu. Bayu darat kot. Nak cuci mata pun takde apa nak tengok.

Hampir jam 12, kami bergerak ke jeti. Kami yang pertama sampai. Motip diorang ni tak punctual?

Duduk la lagi bersembang-sembang, sambil-sambil menunggu yang lain datang.

Tak lama kemudian, seorang demi seorang muncul. Masing-masing mabuk tak kira jantan betina. Mual aku bau arak. Erkk. Termasuklah dengan driver bot tu sekali mabuk. Tak abis-abis ada sorang minah ni pesan kat driver bot tu, don’t drink and drive. Padahal dua-dua mabuk. Cheh.

Supermeng tanya BW,

"Akak bau arak tak?"
"Bau arak tu macam mana?"

Kan??? Aku pandang Supermeng, Supermeng pandang aku. Tak tau nak jawab soklan BW camne!

Lepas tu tetiba BW bisik kat Supermeng,

"Habang, habang tengok tu, driver boat tu minum tukila"
"Mana u tau tu tukila?"
"Dengar dia sebut"

Hahaha. Tukila okeh!! Letih dah nak gelakkan BW ni blurr tak habis-habis.

Belum kira depa duk terhoyong hayang bergaduh-gaduh pulak lagi . Ko nak campak aku ke laut aku nak campak ko ke laut. Masing-masing tak sedar diri. Cakap pun merepek. Group yang mabuk tu bukan tinggal kat Mutiara Resort entah mana budak boat tu angkut tetiba je ada.

Perjalanan pulang agak mendebarkan. Driver bot sesuka hati tekan minyak dan bawa bot macam orang gila. Siap corner lipat bagai. Aiyoh.

Kami berdebar-debar jugak la buat nya terbalik boat tak pun depa bergaduh kami yang jadi mangsa kena ketuk luka berdarah ke? Cuak!!

Tapi alhamdulilah selamat sampai juga akhirnya.

Sesampainya di chalet, masing-masing terus rebah. Hanyut.

Bersambung............

Thursday, July 7, 2011

Jalan Jalan Cari Ikan Redang - Part 1

Aku memang dah lama berkeinginan mahu ke Maldives.


Relaks relaks. Santai mantai. Arh. Terasa sangat inzal. Lebih lebih lagi kalau pegi dengan orang yang tersayang.

Hari tu, selepas melakukan perancangan yang tak berapa rapi, jadi, aku sebulat suara dengan GBS untuk ke Maldives. Kami tak akan melepaskan peluang keemasan ini untuk berjalan jalan menghirup udara sedar dan nyaman sambil di buai oleh bunyi ombak.

"Kau dah kemas beg belum?"
"Dah. Dah siap ni. Flight jam berapa?"
"Flight? Kau gila?"
"Kenapa?"
"Kau nak gi mana? Kita kan drive"
"Drive? Mana boleh drive?"
"Kau nak pegi mana. Jangan nak berangan ke Maldives. Terima lah hakikat, kita hanya ke Redang sajer"
"No !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Terus ambik pisau dan tikam tikam diri sendiri.

* air mata kekecewaan mengalir mencurah curah.

Atas dasar kekecewaan itu, maka, hari ini, penulis jemputan entry Jalan Jalan Ke Maldives Redang akan di tulis oleh IH dan di bantu oleh BW.

Terimalah !.............

*******************

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Tak jawab dosa.

Motip kelas mandom je hari ni? Kenal tak sape ni?

Krik krik krik (bunyi cengkerik)

Heyyy, ni cikgu sandaran korang la.

Baiklah murid-murid. Hari ni cikgu korang bercinta-cinta. So aku la jadi mangsa kena cover kelas dia.

Nama aku IH. Bukan Indon Hottie ye dan bukan juga bukan Indian Hunk.

Korang mesti speku aku mengajar bahasa tamil, kan? Eh, aku bukan cikgu bahasa tamil. Nak belajar bahasa tamil sila tanya BW.

Satu perkataan je yang aku tau bahasa tamil ni hasil lawatan muhibbah setiap hari ke kedai mamak bawah rumah aku ni yakni ‘anne’.

‘Anne’ dalam bahasa tamil bermaksud ‘brother’ ye murid-murid.

Contoh ayat, ‘Anne, teh tarik satu kurang gula lebih susu’. Gitu.

Tapi Anne Ngasri bukan brother ngasri ye. Matilahhh

Apa aku merepek ni.

Aku tak pernah jadi cikgu ni. So aku tak tau nak ajar apa. Boleh tak korang buat aktiviti sendiri. Jangan buat bising sudah.

Hahahaha.

Ok la. Seperti yang cikdu dah war-warkan sebelum ni, dia outsource kan entry trip ke Redang tu kat aku. Aku tak reti sebenarnya, I’m not a good storyteller. Tapi takpe, aku try la.

Tak paham kalu, jangan bising. Konsepnya, I write, u read. Ngertih?!!

Sebenarnya, plan nak ke Pulau Redang ni memang dah lama dah. Tapi tu la, masing-masing busy.

Nak dijadikan cerita, masa kami berbbq di Hutan Lipur Lintang hari tu, cikdu sekali lagi bertanyakan tentang plan tu. Aku OK je. BW pun OK. CP KO sebab dia dah plan dengan orang rumah dia nak pegi Penang. MH pulak 50-50.

So, setelah berhempas pulas mengontek setiap resort dan chalet yang ada di Pulau Redang tu, akhirnya kami bernasib baik dapat membuat booking dengan Redang Mutiara Beach Resort walaupun tempahan dibuat di saat-saat akhir. Peak season katanya. Jadi itu je lah satu-satunya bilik yang ada.

Fuhh. Lega.

MH masih belum dapat buat keputusan sehinggalah ke hari Khamis yakni hari kami bertolak.

Sayangnya, MH tidak dapat turut serta. How we wish you could join us, MH! Malam tu, tepat jam 12, aku pegi ambil BW di rumahnya. Kereta aku, aku tinggalkan di sana sebab as usual, kereta BW akan menjadi kereta rasmi jalan-jalan GBS. Kemudian, aku dan BW terus ke rumah adik Supermeng. Supermeng telah sedia menanti di sana sebab dia hantar kereta suruh adik dia tengok-tengokkan.

Setelah ketiga-tiga manusia sewel ini mengambil posisi masing-masing, perjalanan diteruskan lebih kurang jam 12.45 pagi. Aku memandu dan BW bertindak sebagai co-pilot. Supermeng, pose-pose bercinta tak ingat dunia kat tempat duduk belakang. Sekejap-sekejap, ‘kling’, sekejap-sekejap ‘kling’ (matilaa aku tak tau nak buat bunyi sms Iphone tu)

Takpe, dimaafkan. Orang tengah dilamun ombak asmara. Di bawah awan setuju katanya. Kami singgah sebentar di Shell sebelum memasuki highway Karak untuk mengisi minyak dan membeli makanan (McD).

Perjalanan melalui lebuhraya Karak dan Lebuhraya Pantai Timur sungguh lancar sekali dan untuk mengelak kebosanan, kami menyanyi macam orang sewel. Melolong-lolong sekejap soprano sekejap falsetto sekejap head tone.

*Matilaa Gita Gutawa.

Sesekali terdengar dengkuran keras naga Tasik Chini di tempat duduk belakang.

Melepasi exit ke Maran,

“I tak tau kenapa i susah nak tidur kalau u drive. Tapi kalau cikdu atau MH yang drive, i mesti tidur” ujar BW (ado kau guna ujar??)

15 minutes lepas tu.

Krik krik krik (bunyi cengkerik).

Ok, aku exaggerate. Takde bunyi cengkerik.

Tengok kat sebelah, BW dah terbujur kaku. Terlentok. Cheh!

Hahahahahaha

Tiba di R&R Gambang, kami berhenti sekejap untuk buang air dan membasuh muka. Kami menyambung perjalanan yang masih berbaki lebih 200 km itu sejurus selepas masing-masing segar.

Kami berhenti sekali lagi di Gong Pasir, Terengganu untuk mengisi minyak. Jam telah menunjukkan pukul 5.30 pagi.

Perjalanan diteruskan dan kali ini, Supermeng pulak yang memandu. Kau ingat kau boleh bersenang lenang je kat belakang berasmara then tidur then berasmara then tidur? haha

Aku pulak pose-pose jadi co-pilot dan BW menyambung mimpinya di tempat duduk belakang.

Perjalanan menyusuri coastal road merentasi Terengganu terasa ahhhh...begitu mendamaikan di waktu sebegitu di kala orang lain sedang lena diulit mimpi.

Tanpa sedar, aku pun lena tanpa menghiraukan suara falsetto Supermeng yang agak merengsakan. Haha.

Sedar-sedar, kami dah sampai di hadapan Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah, Kuala Terengganu.


Selesai menunaikan solat subuh, aku dan Supermeng sempat berposing-posing mengambil gambar di hadapan masjid. Ado kau ambik gambar pakai seluar pendek depan masjid waktu subuh? Ko berani ambik gambar model masjid (read : makcik bertelekung) tengah catwalk kat jambatan depan masjid?


Haha

Tapi, seriously, Masjid Terapung sangat sangat cantik waktu tu. Subhanallah.

BW masih lagi bergelimpangan di dalam kereta tak sedar. Hiks

Perjalanan diteruskan.


Mentari pagi kelihatan begitu indah muncul di sebalik horizon di kaki langit. Jangan marah aku buat ayat novel naa. Terasa rugi untuk dilepaskan begitu sahaja. Kami ambil keputusan untuk berhenti sekejap di Pantai Batu Buruk bagi merakam momen-momen indah dan menghayati senyuman mentari pagi.

Gituu.





Sesudah puas merakamkan pelbagai aksi dan posisi, kami meneruskan perjalanan. Kami perlu tiba ke jeti Merang sebelum jam 9.30 pagi.

Dengan keyakinan yang memuncak, Supermeng selaku driver terus meluncur laju.

Setelah agak jauh meninggalkan Kuala Terengganu, tiba-tiba,

“Eh, kenapa lain macam je jalan ni?”

Supermeng bersuara.

Motipppppp, kau kan anak jati Italy.

Masa tu, aku masih lagi yakin kami melalui jalan yang betul. Sebab Supermeng drive. Mesti la dia tau kan.

“Takpe, kita teruskan je. Betul la ni kot. Kita tengok signboard lepas ni”

Aku menyedapkan hati.

Harammmm. Punya la jauh nak jumpa signboard lepas tu.

‘Jeti ke Pulau Redang 55km’

Hambik kauuu. Only then we realized that we were heading to the wrong direction. Lantas Supermeng terus menelepon sanak saudara handai taulan. Menurut sepupunya, kami dah tersalah jalan. Ikut jalan jauh katanya.

Apa lagi? Berbakul-bakul cercaan dan kejian aku dan BW lontarkan.

Motip kau anak jati Italy tak tau?? Motip konfiden aras tertinggi?? Motip angau?? haha

Nak dijadikan cerita, time tu la petrol pulak nak abis. Petrol station pulak masa tu punya la jauh. Penunjuk petrol tak henti-henti berkelip menambahkan resah gelisah. Ditambah dengan kegusaran lewat tiba di jeti.

Tanpa curiga dan ragu, BW terus menutup aircond dan membuka tingkap kereta.
Nak jimat minyak.

Stesen minyak masih lagi tidak kelihatan. Jauh.

Bayangan BW berpeluh-peluh menolak kereta dan Supermeng pose-pose menahan kereta yang lalu lalang dengan menayangkan betis berbulunya mula bermain di fikiran aku. Hahaha.

Sempat lagi kami menyanyi macam orang sewel tengah-tengah waktu genting tu. Gila. Akhirnya, signboard yang dicari-cari kelihatan jua.

‘Stesen Petronas 5km’

BW lantas menadahkan tangan memanjatkan syukur disambut dengan linangan air mata Supermeng tanda kegembiraan tak terperi.

Ok, aku exaggerate. Haha

Fuh. Lega gila rasanya.

Lepas je mengisi minyak, hati kembali tenang. Dan Supermeng kembali berkeyakinan menuju ke destinasi.

Kami ikut jalan singkat. Melalui kampung-kampung.

Ahhhh. Indahnya suasana desa di waktu pagi. Kan best kalau kat KL bukak bukak je mata bangun tidur, nampak kabus, sawah padi saujana mata memandang....

Ni kat rumah aku, bukak-bukak je mata tengok kat tingkap, nampak spender bergantungan kat belakang rumah orang.

Kami berjaya tiba ke jeti Merang tepat jam 9 pagi.

Setelah memarkir (tudiahhh bahasa) kereta, kami terus menuju ke jeti.

Oh ye, setiap resort di Pulau Redang mempunyai jeti masing-masing ye. Sila lihat nama resort di jeti bagi memastikan anda menaiki bot yang betul. Kalau tidak, mrasa anda ke pulau Kerengga. Dan satu lagi, anda boleh memarkir kereta di mana-mana walaupun dah tertera nama resort di setiap kawasan letak kereta. Harga : RM10 sehari.

Hajat kami nak bersarapan sebelum naik bot terpaksa ditunda memandangkan bot tak sabar-sabar nak bergerak.

Bersambung……

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...