Showing posts with label Kobe. Show all posts
Showing posts with label Kobe. Show all posts

Thursday, April 5, 2012

Misi Mencari Maria Ozawa 2012 - Day 2 - Kobe

Waktu makan dengan Makcik Mayumi tu dia tanya aku.

"Where are you going after this?"
"I dont know"

Memang la aku tak tau apa sebab aku memang tak de rencana pun. Aku main petik dan ikut suka aku. Plan ada la dalam kepala otak tapi bercelaru.

Makcik Mayumi dah nak balik rumah dia. Dia kata lepas makan nanti dia jumpa anak dia kat Osaka Station dan aku akan berpisah dengan dia di situ.

Oh no !

Perlu ke aku menangis hiba? Habis la hilang tempat bergantung.

* sambung nanges.

"What about Kobe?"
"Kobe is not far from here. You can go there but better be quick, there is nothing to see if it is dark"

Tengok jam baru nak pukul 4 petang. Aku rasa still ada masa je. So melalui Makcik Mayumi je la aku dapat info pasal cemana nak pegi Kobe. 

Lepas makan kami berpisah, Makcik Mayumi balik hotel jumpa anak cucu dia dan balik ke rumah dia yang terletak 2 jam setengah dari Osaka tu. Gigih kan dia datang jumpa aku?

"Have fun in Japan"
"Sure will"

Dan aku masuk ke dalam train station sambil melambai lambai tangan tanda perpisahan.

* pasang lagu Perpisahan.

Masalahnya perlu ke aku nak sedih? Tak sedih pung. Aku cuma ketar lutut sebab aku dah tinggal teranjing anjing sendirian, so aku kena naik train sorang sorang. Kalau sebelum ni semua aku follow Makcik Mayumi tu je, tapi sekarang.

Rasaain !

Tapi train di Japan ni walaupun berselirat tapi kita kena faham konsep dia.

Pertama kena tau mana kita nak tuju.

Ke dua mesti tengok map train line mana yang lalu situ. Perhatikan jugak, mungkin terpaksa kena tukar train sebelum sampai ke destinasi yeah yeah.

Untuk ke Kobe, aku naik special train.

Ada few train sebenarnya, train yang berhenti di setiap stop. Kira aku naik ni express tapi bukan Shinkansen lagi cuma dia tak berhenti di banyak station macam rapid biasa.

Aku rasa aku OK.

Naik train, duduk diam diam. Perhatikan sekeliling anda dan dengar !!!!!

"Shin Kobe"

Tu je la yang aku kena dengar. Ayat ayat lain tak dengar tak apa. Tapi kalau Kobe ni ada pengumuman in English jugak sebab kat Kobe ni terkenal sebab banyak foreigner. Kena sentiasa alert !!!

Tau kah anda?

Masjid pertama di Jepun adalah di Kobe !

Tapi aku tak jumpa pun kat mana letaknya masjid tu.


Lepas lebih kurang setengah jam jugak la naik express train, maka aku pun sampai di station utama Kobe iaitu Shin Kobe.

Shin Osaka? Shin Kobe? So Shin tu mungkin maksud dia adalah grand station!

Hari dah petang. Cuaca pun dah nak gelap tapi aku tak rasa aku nak explore lebih lebih Kobe ni. Ada satu je yang terbuku di hati !

Aku nak tengok menara merah tu. 

Ya.. Kalau semua tahu, icon bandar Kobe ni adalah tower yang kaler merah selain daripada Kobe Beef yang glamer tapi kita tak boleh makan tu.

Keluar dari station aku hilang punca.

Oh. Ke mana kah arah tujuan kaki?


Hilang arah tujuan !

Masuk balik dalam station aku mencuba nasib nak cari peta.


Tapi tengok la tu?

I dont know sepatah haram !

Sudahnya aku tanya penjaga kat train station tu.

"Harborland?"

Aku tanya dia. Dia pun macam faham tak faham je. Belum aku bagi ayat penuh dengan subject dan predikat lagi.

Dia cuma tunjuk dengan jari je ke arah sana. Maka aku pun tawakal lah menapak. Nak kena cross jalan raya yang sibuk lagi. Tapi tak pe. Dah sampai, jalan je lah !


Taukah anda apa telah terjadi pada bandar Kobe ini?

OK. Duduk semua. Meh sini abang nak bercerita.

Pada tanggal 17 Januari 1995, satu gempa bumi berukuran 7.3 pada skala Richter telah mengoncang bumi Kobe kira kira jam 5.46 pagi. Gempa bumi kuat itu telah menyebabkan kira kira 6,433 orang terbunuh manakala 300,000 yang lain hilang tempat tinggal dalam kemusnahan yang menjejaskan kota Kobe ini. Gempa bumi tersebut merupakan antara bencana alam yang menyebabkan kos kerosakkan paling mahal dalam sejarah dunia moden. Gempa bumi ini telah memusnahkan kota Kobe termasuk lebuhraya bertingkat yang menjadi penghubung di kota yang terkenal sebagai kota pelabuhan ini. Namun begitu, setelah 10 tahun, kota Kobe telah bangkit semula dan membangun seperti kota kota lain di negara Jepun ini tanpa meninggalkan sebarang kesan !

Waaaaaaaaaa...

Harjit Singh Hullon tak aku baca berita Dunia Jam 10 !

Apa apa pun, kesannya memang dah tak nampak sekarang ni. Cuma ada satu park bagi mengenang bencana alam yang pernah berlaku satu ketika dulu.

Mesti korang tak ambik tau kan?

Nasib baik jugak la, dekat bandar Kobe tu ada signage menunjukkan arah ke Harborland !

Satu satunya tempat yang aku rasa aku nak pegi di Kobe ni.

Kenapa???

Yeah. Ini dia. Sebab bangunan ni lah !



Ni lah menara merah yang aku cakap kan tu.

Aku tanya Makcik Mayumi pun dia tak tau. Sebenarnya tower ni adalah Lembaga Pelabuhan punya tower. Kira memang Kobe Port lah dan juga menjadi ikon kota Kobe ini sendiri.

Kalau nak sampai ke sini, dari Shin Kobe tu jalan kaki je ke Harbourland. Sebenarnya tower ni letaknya di seberang satu lagi, tapi dari Harbourland tu memang spot paling cun la nak melihat bangunan ini.

Ada lagi bangunan lain kat situ. Ni hah. 


Ini adalah hotel sebenarnya.

Nampak tak jambatan merah tepi dia tu? Tu pun kira ikon bandar Kobe ni. Dan sebenarnya tak jauh dari Kobe ni ada satu pulau dan jambatan yang menghubungkan ke pulau tersebut merupakan jambatan gantung paling panjang di dunia !!!!

Aku pernah terbaca tapi tak sangka pulak kat area ni, so aku tak de la nak pegi usha. Bagus jugak la aku tak tau, kalau tak aku kemaruk nanti aku start buat kerja gila pegi jugak !


Jadi tu la dia kawasan Kobe yang famous amos ini. Ada hotel, ada tower tu dan ada jugak bangunan bangunan lain.

Di kawasan tu jugak la ada memorial park bagi memperingati kejadian gempa bumi dulu tu tapi aku tak pegi pun dekat dekat sebab nya..... cuaca masa ni sejuk gila !!!

Aku menggigil dah. Dah la menjelang malam. Pastu tambah lagi dengan hujan. Memang tak boleh tahan. Tak de apa yang boleh di buat di sini kecuali melayan perasaan dan tengok keindahan lampu lampu dan skyline Kobe ni.

Layan lah !


Tetapi !

Di belah tempat aku ambik gambar ni adalah harbourland.

Harborland ni kiranya kawasan istirehat keluarga lah. Ada tempat makan, tempat lepak lepak, tempat datijng dan bercinta dan jugak memadu asmara.

Tapi gila ko nak memadu asmara sejuk sejuk begini?

Ada okeh. Tetap ada yang suka buat keje gila. Dating tengah tengah sejuk tepi laut ni.

Apa apa pun layan kawasan sekitar Harbourland ini.




Sampai gelap jugak la aku layan duduk sini walaupun cuaca sejuk gila dan hujan mula turun.

Lepas tu baru la aku merayau kat area Harbourland tu sendiri. Ada orang jual jual. Tengok tu, no kamera !

Tapi tetap la aku ambik gambar. Ops ! Mana aku tau. Tak perasan. 

Ada jugak feris wheel di sini bagi sesiapa yang nak naik.




Maka dengan itu tamat lah acara sepetang di Kobe.

Aku tak berani nak balik lewat lewat sebab tak sure last train pukul berapa. Dari Harbourland menapak semula ke Shin Kobe. Aku jumpa patung ni.

Elvis kah?

Apsal dia sesat sampai ke Kobe?

Sepanjang jalan tu banyak la mall mall dan kedai kedai. Time tu masih di buka dan orang pun masih ramai. Aku tak de la nak masuk. Just tengok tengok macam tu je. Macam biasa, berusaha jugak mencari FM Kobe, tapi menemui jalan buntu.

Sudahnya, balik ke Shin Kobe je.







Bye bye Kobe !

Terima kasih kerana menerima saya sebagai tetamu senja anda.

* mati la tak de orang pedulik.

Naik train aku balik ke Osaka semula. Maria Ozawa tiada di Kobe. Harap reti !

bersambung............

Friday, February 3, 2012

Kembali Dari Negara Matahari Terbit - Highlight & Itinerary

* intai kiri kanan.

Arigato gozaimasu

Moshi Moshi.

Ada orang ke tidak ni?

Apakah kau orang semua mendegil dan nakal secara maksima bila abang tiada????

Anyway hari ni satu hari sibuk kat opis. Sibuk gila. Lusa nak travel lagi !

* pengsan.

Tapi nak buat cemana. IH dengan BW dan pun plan. Kalau aku tak jadi pegi kang mereka kecewa pulak. Tapi IH pun ada masalah tu. Hingga saat ni dia sendiri pun belum confirm nak pegi ke tidak. Esok dia balik kampung tengok keadaan Ayah dia, kalau OK dia pegi, kalau tak memang dia tarik diri. Doakan Ayah IH cepat sembuh.

BW pun dah mengeletis tu, kang kalau aku tak jadi harus dia riot satu KL ni bakar bakar sampah sambil makan kertas. Tak ke nanti kita semua yang susah?

So nak tau perihal trip abang ke Jepun?????

Well... Secara overallnya aku bagitau, Jepun sangat best ! 

Kalau aku boleh buat ranking, trip aku selama ni, aku letak Japan nombor 3 selepas Canada dan USA. Best lah. Biasalah kalau pegi negeri moden ni. Semua facilities cukup. Mudah kita nak bergerak sana sini. Selamat pulak tu. Kadang kadang aku rasa lebih selamat dari Malaysia ni.

Tapi overall trip sangat meletihkan. Dan di Jepun serba serbi mahal. Nak membeli tu otak terpaksa jadi calculator kejap pastu mereng !

Aku rasa hari hari aku berjalan lebih pada 20KM satu hari !

Dalam train je, tukar naik train aku rasa dah berkilometer. Train station dia orang besar gila !! Pastu banyak train, ada lebih pada 10 rangkaian keretapi. Memang boleh muntah belahak la kat situ kalau tak reti. Tapi semangat kena kuat. Lebih lebih lagi macam aku travel solo macam ni memang kena buat decision cepat. Fikir memang kena pantas.

Kalau tak?

Hanyut la termangu mangu pastu jadi bodoh.

Hiks.

Anyway, biasalah aku ni kalau travel, plan lain, jadinya lain !

Tu yang best sebenarnya. Journey dari satu tempat ke satu tempat memang lah penat tapi bila kita dapat buat dan complete memang menarik. Trip aku ni memang aku boleh katakan trip Kamikaze. Aku main redah je. Kadang kadang plan datang spontaneous dan aku terus proceed.

Nak lenggang lenggang kangkung memang tak boleh lah. Untung sebab aku ada JR pass. Bagi aku, sapa ke Jepun wajib beli JR Pass. Mudah dan menyenangkan. Macam aku, aku boleh travel sesuka hati mana je aku nak pegi yang ada rangkaian JR railway ni, masalah cuma satu je.

Masa !

Masa memang tak cukup. Jepun tu besar. Osaka tu saja besar giler !!!! Macam boleh tenggelam dalam ramai manusia di sana. Tapi Alhamdulillah. Aku rasa semuanya OK. Aku berjaya mengharunginya dengan jiwa yang tenang dan hati yang girang. Dan begitu la aku rasa trip Japan ni trip yang paling best aku pegi sejak dari zaman aku travel ke Canada dan US dulu dulu.

Memang best !

So mesti nak tengok gambar eh?? OK. Highlight !

Aku cakap kan hari tu aku plan nak pegi Osaka, Hiroshima. Kyoto dan Tokyo ! Tu pun aku rasa dah pack gila. So aku dah macam lipas kudung, ke sana ke mari habiskan hari hari dengan sewajarnya end up tau mana aku merayau???

Ni hah. Tengok peta Jepun dulu.


Dan ini la highlight dengan gambar edisi segar dari ladang untuk tatapan kau orang.

Note : Gambar banyak gila, aku baru edit tak sampai suku pun.

* nanges.

1. Osaka.

Aku lepak lepak Osaka hari pertama, jumpa Makcik Mayumi di sana. Dia bawak aku gi makan. Yeah.. Eat what Japanese eat ! 2 kali aku nyaris makan babi !!!!

* sambung nanges.

Kat Osaka tu tempat transit je sebab hostel aku di situ. Tapi sedih okeh tidur hostel ni. Ada la kes, nanti aku cerita.

* kesat air mata dengan Kimono.

Ni di Osaka waktu hari kedua di sana. Hari pertama travelling time. Naik flite je 6 jam.


2.  Hari ke dua aku ke Nara !

Dan ini sikit hasil capapan di Nara. Beautiful Nara. Now kau orang tahu mana datangnya nama beautifulnara tu kan??




3. Kobe.

Petang tu aku sempat ke Kobe. 

Berani mati !!!




4. Esoknya pagi pagi aku bergerak ke Hiroshima. Tapi pegi ke Miyajima dulu tengok tempat lawa ni.

Lawa sungguh !



5. Dan patah balik ke Hiroshima menyaksikan peninggalan kesan bom nuklear di sana.

Saksikan !




6. Sebab ada masa, aku came up dengan idea spontaneous. Naik Shinkansen ( bullet train terus ke Fukuoka !!!)

Tak tercabar di minda. Aku pegi tanpa peta atau apa apa pun. Nekad abis !



7. Hari ke empat, aku ke Tokyo !

Apa yang best, tengok ni. Aku dapat tengok Gunung Fuji dengan mata kasar aku sendiri..

* nanges terharu






Tokyo terlalu besar untuk satu hari. Tak banyak tempat aku boleh cover. Aku cuma prioritize mana yang perlu je. Yang lain lain, tunggu next trip. Apa yang penting, di Tokyo aku gigih mencari Maria Ozawa !!

Bukan kata Ozawa, kerusi Ogawa pun aku tak jumpa !

8. Hari ke 5 aku ke Kyoto !

Menikmati keindahan zaman Samurai di sana.

Tempat ni memang superb. Banyak UNESCO sites. Too many places to cover in just 1 day. Tapi aku pegi tempat yang biasa orang pegi.







Masa aku di Kyoto, flurries turun. Aku sangat excited. Terus rindu pada snow !

Argh. Tak mungkin ! Tak mungkin ! 

9. Hari terakhir di Jepun. 

Aku nekad nak cari snow ! Dan aku ke Maibara secara kamikaze tanpa peta dan sebagainya.




Sebak okeh dapat main snow.

Terkenang kenangan zaman dolu dolu !

Tapi lebih sebab mengenangkan kegigihan aku dan hasilnya berbaloi baloi !

10. Dan sebelum balik, jalan jalan pusing Osaka pulak.

Osaka is not big. It is huge !!!!!!!!!!!!!!!!





So aku berjaya khatam separuh daripada negara Jepun !

Sample itinerary aku.

Day 01 - Osaka - Arrival.
Day 02 - Osaka Castle ( Osaka ) - Nara - Kobe ( by JR Pass) Balik ke Osaka.
Day 03 - Osaka - Miyajima - Hiroshima - Fukuoka - Balik ke Osaka. ( all by JR Pass )
Day 04 - Osaka to Tokyo back to Osaka ( JR )
Day 05 - Osaka to Kyoto back to Osaka.
Day 06 - Osaka - Maibara - Osaka (pusing pusing Osaka ) then airport for flight balik Malaysia.

Pencapaian untuk diri sendiri dalam masa yang sangat singkat sebegitu. Ya.. aku mengaku, temanya adalah 'pulun selagi boleh, maximakan penggunaan JR Pass !!' dan aku rasa aku dapat rasa apa yang aku nak rasa. Aku dapat tengok apa yang aku nak tengok dan aku dapat feel how it is like to be in Japan and bercampur dengan Japanese.

So aku gembira. Paling penting, aku jumpa Maria Ozawa !!!!!!!!!!!!!!!! ( walaupun bukan yang ori)

Tunggu update.

Costing.

Tiket : Air Asia la murah.
JR Pass : RM 1000 - 7 days. ( aku cuma guna 6 hari je )
Hostel : RM100 per night.
Belanja belanja lain dan makan ikut keperluan dan sesuka hati.

Cuaca di sana memang sejuk gila. Gila gila babi punya sejuk. Kadang kadang angin kuat gila macam nak melayang. Belum kira bibir kering, baju tak cukup tebal walaupun aku berjalan pakai 4 lapis baju !! Tetap sejuk menggila.

Berjalan tak usah nak cakap lah. Sampai cramp cramp kaki. Tragedi macam kat Perth berlaku lagi. Dan yang paling ngeri. Tapak kasut aku tercabut satu persatu dan kaki aku sakit gila.

Tetap aku gigih jelajah negara orang. Keseluruhan aku naik bullet train lebih kurang 3500 kilometer !!

Sebab tu la aku cakap ini trip Kamikaze. Tapi aku excited dan gembira. Tu je yang aku boleh cakap, nanti aku share setiap inci perjalan aku dengan kau orang. Aku nak kau orang rasa apa yang aku rasa. Aku nak korang feel macamana berada di negara matahari terbit tu tanpa perlu ke sana.

Dah. Ini malam nak berkasih sayang, tapi aku keletihan tahap max. Aku rest je lah dulu. Lusa nak berjalan lagi. Kesian OR asyik kena tinggal jer. 

Aku harap dia OK. Memang la jauh dari dia buat aku rasa rindu membuak buak. Ni pun rindu tak hilang lagi. Kat Japan tak boleh roaming phone. Tak tau la apsal so aku langsung tak contact dia.

Tapi serious. Aku rindu; pada OR dan juga negara matahari terbit ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...