Showing posts with label Kuala Linggi. Show all posts
Showing posts with label Kuala Linggi. Show all posts

Friday, May 20, 2016

2016 | Ke Melaka Kita : 11 - Kuala Linggi to Kuala Lumpur

Perjalanan dari Kuala Linggi ke Port Dickson melalui jalan dalam.

Selat Melaka di kawasan Kuala Linggi

Di Kuala Linggi, kami terserempak dengan tapak sejarah Kota Kuala Linggi atau lebih dikenali sebagai Supai Fort.

Kota Bukit Supai, Kuala Linggi, Melaka. Kota Bukit Supai terletak di Muara Sungai Linggi dan lokasinya adalah di sempadan Daerah Masjid Tanah di Melaka dan Linggi di Negeri Sembilan. Dahulunya sebelum ada jambatan yang di bina menyeberangi Sungai Linggi, kawasan ini hanya boleh dikunjungi dari jalan sebelah Melaka sahaja. Setelah jambatan dibuka pada tahun 1995, maka kawasan ini menjadi "hidup" kerana telah berhubunglah antara dua negeri.

Gerbang pintu masuk

Sejarah Kuala Linggi Fort

Menurut yang empunya cerita, Kota Bukit Supai ini, dibuka oleh Belanda dan Bugis, setelah berlaku peperangan pendek tahun 1757. Kedua belah pihak bersetuju untuk membina kota ini sebagai cara untuk berdamai. 

Pada masa itu Kota ini menandakan titik paling utara dalam jajahan Belanda. Kota ini juga membolehkan Belanda untuk memantau dan mengawal pergerakan kapal dari Sungai Linggi dan bahagian Selat Melaka yang berada disini. Secara kotornya, Belanda ingin mengambil cukai bagi kapal-kapal timah dari Sungai Linggi dan Sungai Rembau yang boleh dipintas walaupun Rembau itu dibawah kerajaan Negeri Sembilan. Kota ini dijaga oleh askar-askar upahan berkemungkinan "sepoys" dari India dan disokong oleh beberapa orang askar Belanda. Nama Bukit Supai mungkin diambil dari perkatan "sepoys' tadi.

Namun begitu, perjanjian persefahaman antara Belanda dan Bugis tidak kekal lama. Akhirnya Belanda meninggalkan kota ini tidak lama selepas kota ini disiapkan. Antara nama lain kota ini ialah "Dutch Fort", "Broken Cannon Fort" dan "Filipina Fort (diberi nama sempena anak perempuan jacob Mosel Governor General Dutch East India Company)"

Free entrance ke arah kawasan Fort Supai ni. Sesiapa yang berkesempatan boleh la melawat dan melihat kesan sejarah di sini.

Aku sebenarnya singgah kat pintu masuk tu je. Tak pegi ke arah kubu sebab hari dah petang. 

Ada restoran terapung di pinggir kawasan ni

Kawasan paya bakau

Restoran ikan bakar terapung

Kemelut di Muara Kuala Linggi. 
Terus dari sini kami bergerak menuju utara ikut arah Port Dickson dan seterusnya balik ke kota !

Jambatan yang memisahkan negeri Melaka dan Negeri Sembilan

Persempadanan Port Dickson

Senja di perjalanan

Senja di perjalanan

Senja di perjalanan

Dekat tol Port Dickson

Seremban 2

Lebuhraya

Senja di perjalanan

Senja di perjalanan

Senja di perjalanan

Sampai ke kota

Perjalanan dari Bandaraya Melaka ke Kuala Lumpur mengikut laluan lama ada tarikan dan keistimewaan tersendiri.

Sesekali menongkah arus balik ikut highway, kalau ada masa boleh drive santai santai dan menikmati persekitaran kampung sepanjang perjalanan.

Next time, ada masa boleh singgah di chalet chalet di Kuala Linggi pulak untuk bersantai.

Sekian, Episode ke Melaka Kita !

Masihkah ada cinta untuk Melaka? Tunggu.....................



Betapa pun jauh pandangan mata
Betapa pun jauh kaki melangkah
Namun terasa diri terpenjara
Oleh suatu ikatan
Nan tidak ketara

Walau kau cuba menjauhkan diri
Walau kadang kala aku membenci
Namun setiap kali terpandang mu
Kehangatan di hati ku
Dingin bagai salju

Antara kasih dan kasihan
Antara jemu dan harapan
Biarkanlah di sini
Aku terus begini
Sendiri

Tak mungkin ada yang dapat
Mengerti
Gelisah yang datang melanda diri
Masihkah ada rasa cinta
Ataukah sekadar
Kau berpura-pura

TAMAT

Friday, January 8, 2016

Highlight Cuti Sekolah Hujung Tahun 2015 - Part 2

Hah !

Ni highlight cuti sekolah hujung tahun 2015 Part 2. Tapi sebenarnya trip ni awal tahun baru ni bersempena masih cuti sekolah jugak lah.

Kami ke Melaka !

Melawat Melaka World Heritage City

Bandaraya Melaka


Selat Melaka

Kami menginap di The Pines Hotel, Melaka.

The Pines, Melaka

Hotel yang agak baru di bandaraya Melaka

Size bilik memang luas.

Facilities terbaik sebab masih baru

View senja dari kamar beradu

Sebenarnya misi ke Melaka ni selain bercuti beli jiwa sebab budak budak kena tinggal masa Papa pegi Laos. Trip ni juga adalah nak beli peralatan dan kelengkapan sekolah Hero !!

Jauh tak sampai ke Melaka pegi nya?

Tapi di Melaka ada kedai yang cukup lengkap untuk beli kelengkapan sekolah

Gaya tudung selepas sekolah habis. Masing masing redho je.

Dan sambil sambil tu merayap sekitar bandaraya Melaka untuk melihat kawasan.

Bukit Cina, Melaka

Stadthuys

Muzium Samudera

Masjid Selat ( kau mampu bergaya begitu kat masjid?)

Senja di Selat Melaka

Malam di Melaka

Tak lupa mengisi perut dengan makanan makanan enak di Melaka. Enak ke?

Asam Pedas Hajjah Mona. Walaupun aku tak makan ikan

Dan makan di Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung

Kg Morten Melaka

Usha usha kawasan sekitar

Bandaraya Melaka

Dan pulang ke kota ikut laluan tepi pantai. Melaka - Klebang - Pengkalan Balak - Kuala Linggi dan Port Dickson sebelum balik ke KL.

Muzium Kapal Selam

Konon konon nak try sand boarding di Klebang

Singgah di Pengkalan Balak

Tapak warisan Kota Supai, Kuala Linggi

Kuala Linggi

 
Highway Port Dickson

Senja di perjalanan

Trip yang singkat tapi memenuhkan misi yang dirancang.

Nanti story mory dengan details bila berkelapangan dan bermasa nak mengarang. Awal awal tahun ni macam kurang panas lagi. 

Semoga 2016 ni aku dilapangkan masa dan kekal rajin untuk terus berkongsi. Begitu juga kekal kacak dan bergaya, sihat dan jelita... terus gemilang, terbilang dan cemerlang. Lemak bersari, di sukai ramai !



Sayang dengarkan lah syair kau tulis ku lagukan
Moga jadi siulan suatu masa
Dan moga engkau kan tersenyum dengan irama indah
Hanya itu yang mampu ku beri

Di dalam mimpiku syair indah
Yang masih ku baca hangus terbakar
Dengan tak ku sangka yang ku mimpi
Rupanya terjadi punah semuanya

Kesepian kini menyusuli hari
Syair nan di rindu kau bawa bersama
Tinggallah irama terus ku lagukan
Kekal ia bersama serpihan harapan kita yang punah

Kita tak menduga dari kenalan lahir sayang
Hingga ku terlupa kau siapa
Setulus kasih ku kalungkan dan selautan sayang
Kau singkirkan di persada hampa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...