Showing posts with label Bintan. Show all posts
Showing posts with label Bintan. Show all posts

Thursday, February 9, 2012

Superman & Summary Backpacking Negeri Sigantang Lada

Berikut adalah summary, itinerary dan costing backpacking ke Pulau Bintan tempoh hari. Bagi sesiapa yang berminat boleh pegi ke sana dan melawat.

Lokasi : Pulau Bintan, Indonesia
Lokasi Pelabuhan : Stulang Laut, Johor Bahru
Waktu Berlepas : 11 pagi, 3 petang dan 5 petang.
Tempoh perjalanan : 2 jam 30 minit.

Costing.


 Bil.  Details  Harga (Rp)  Harga (RM)
 1.  Minyak KL - JB - KL  RM120
 2.  Tol KL - JB - KL  RM80
 3.  Tiket Ferry return - RM155x4  RM620
 4.  Makan Tengahari  Rp94,000 (RM31)
 5.  Sadaap Hotel  Rp100,000 (RM33)
 6.  Bot ke Pulau Penyengat Rp5,000 x 4  Rp20,000 (RM6)
 7.  Sewa Motor Beroda keliling Pulau Penyengat Rp6000 x 2  Rp12,000 (RM4)
 8.  Bot ke Tanjung Pinang Rp5,000 x 4  Rp20,000 (RM6)
 9.  Sewa Transport Keliling Tanjung Pinang Rp30,000 sejam  Rp75,000 (RM25)
 10.  Makan Malam - Seafood  Rp300,000 (RM100)
 11.  Sewa Kenderaan 24 Jam  Rp280,000 (RM93)
 12.  Sarapan Pagi  Rp94,000 (RM31)
 13.  Minyak  Rp180,000 (RM60)
 14.  Nostalgia Yasin Chalet  Rp320,000 (RM106)
 15.  Makan Malam  Rp94,000 (RM31)
 16.  Ferry Ticket Confirmation Rp100,000 x 4  Rp400,000(RM133)
 17.  Makan Tengahari  Rp98,000 (RM31)
 Rp2,020,000 (RM673)  RM820
 Jumlah RM1440

Perbelanjaan seorang.

1. Tiket 155 x 4 = RM 620
2. Duit belanja kumpulan = RM200 x 4 = RM800 (Rp2.4 Juta)
3. Duit Poket setiap seorang RM100 = Rp300,000

Balance duit kumpulan tu di gunakan untuk beli makanan remeh temeh seperti kerepak, jagung, nugget, fries dan minuman sepanjang perjalanan.

Budget setiap seorang lebih kurang = RM 450.


Tempat Menarik Untuk Di Lawati

1. Tanjung Pinang - Tempat shopping/Bandar Pelabuhan
2. Pulau Penyengat - Tempat Sejarah (10 minit dengan boat dari Tanjung Pinang)
3. Bentan Telani - Tempat Resort 5 Bintang. (100km dari Tanjung Pinang)
4. Trikora Beach, Teluk Bakau (60km dari Tanjung Pinang)

Itinerary Perjalanan

Tarikh/
Masa
 Details Perjalanan
Jumaat
2 pagi Bertolak ke Johor Bahru
6 pagi Tiba di Johor Bahru
8 pagi Beli tiket di The Zon, Stulang Laut
11 pagi Bot meninggalkan Terminal Ferry, Stulang Laut
1 tghari Tiba di Terminal Bintan Pura, Tanjung Pinang
2 petang Makan tengahari
3 petang Check in Sadaap Hotel
4. petang Bot ke Pulau Penyengat

Melawat Makam Raja Ali Haji, Makam Puteri, Makam Daeng Merewah, Makam Raja Riau, Balai Rong Seri, Istana Lama dan Masjid Raja Riau.
7 petang Pulang ke Tanjung Pinang
8 malam Pusing Pusing Tanjung Pinang dengan Transport.
Melawat Ramayana Mall
Dinner makan seafood.
12 malam Kembali ke Sadaap Hotel dan tidur.
Sabtu
8 pagi Sarapan di Kampung Jawa
9 pagi Lepak lepak di Tugu Pahlawan Fisabilillah
10 pagi Meninggalkan Tanjung Pinang ke Bintan International Resort
12 tghari Tiba di Terminal Ferry Bentan Telani
1 petang Melawat Pasar Oleh Oleh
Melawat resort resort
Mirwana Beach Gardens, Bayu Puri Villa,Mana Mana Cottage, Ria Bintan Club Med, Pantai Lagoi, Bintan Lagoon Resort
4 petang Perjalanan Menuju Ke Trikora Beach, Teluk Bakau
5 petang Tiba di Nostalgia Yasin Chalet, Trikora Beach 
7 petang Mandi Kolam, makan, lepak lepak dan main pool
11 malam Balik ke bilik dan tidur.
Ahad
8 pagi Bertolak balik ke Tanjung Pinang
9 pagi Tiba di Tanjung Pinang. Melawat Pasar Tanjung Pinang
11 pagi Makan Tengahari
1 tghari Perjalanan dari Tanjung Pinang ke Stulang Laut
4 petang Tiba di Stulang Laut
5 petang Perjalanan dari JB ke KL
9 malam Makan Malam dengan CP di Nilai
12 tghmalam Tiba di rumah.

Tips.

1. Beli tiket ferry one way saja. Kalau return nanti ada confirmation booking Rp100,000. Kalau beli one way, balik beli tiket one way, tak payah kena charge tu.  Rp100 000 adalah untuk Port tax. Tikect one way or return, kena jugak bayar.
2. Survey harga hotel dan cari yang terbaik. Sadaap Hotel tu ok. Bilik ok. Mintak yang kat balkoni mengadap laut. Memang cun scenary dia. Keadaan bilik OK. Harga berpatutan.
3. Bargain kalau nak sewa mobil. Jangan guna ulat ulat, kalau boleh tanya kat hotel je. Kami sewa 24 jam van baru RM280,000. Kalau ulat dia charge above Rp500,000. Kalau boleh biar sewa dan bawak sendiri. Senang.
4. Kalau nak beli cenderamata macam key chain, t shirt etc, beli kat Bintan Telani. Kat Tanjung Pinang cuma jual kain kain jer.
5. Orang Tanjung Pinang sangat peramah. Kalau perlu bantuan tanya je mereka.
6. Make sure jadual ferry dari Stulang Laut dulu. Jadual dia berubah ubah.
7. Jangan harap nak cuci mata. Awek awek kat sini tak cun !
8. Untuk jimat cost, boleh share bilik.
9. Stesen minyak cuma terdapat di Tanjung Pinang saja. Make sure, isi penuh penuh. Tapi kita orang buh penuh pun guna setakat 1 takuk jer.
10. Tempat makan banyak, kalau makan dia akan hidang banyak banyak. Makan mana yang nak makan je. Dia kira apa yang kita makan sahaja.

Tu je kot. Sebarang soalan bolehlah diajukan kepada pihak terlibat, abang dan bebudak GBS sedia membantu.

Majulah Pulau Bintan untuk kesejahteraan serantau.

Laksmana Meng
Duta Pulau Bintan (wink wink)

Wednesday, February 8, 2012

Superman, GBS Berbackpacking Negeri Sigantang Lada - Part 5 (Last)

Sabtu
6.30 petang


Akhirnya kami sampai di Trikora Beach.

Kami langsung ke chalet penginapan kami. Nostalgia Yasin. Sebelum pergi lagi kami dah survey dan IH memang nak sangat menginap di sini. Dalam website nampak cantik.

Dan in real.. chalet dia memang cantik !

Cuma pantai dia agak menyedihkan skit. Biasa biasa je. Tapi itu tak penting. Cuma terkubur hasrat kami nak mandi manda di laut.

Hari pun dah petang. Lepas selesaikan urusan check in, kami dapat chalet betul betul atas air. Mengadap laut lepas. Tapi waktu sampai tu air surut. So kat bawah tak banyak air.

Lepas hantar barang dalam bilik, kami keluar pekena air kelapa muda. Sedap ! Segar rasa tubuh.

Lepak lepak kat gazebo dia tu melayan perasaan masing masing.

Lepas maghrib kami bersiap siap. Sebab tak jadi mandi laut, kami mandi kolam renang je.

Nak pergi ke kolam renang tu agak jauh jugak kalau nak menapak. Tapi di sediakan tut tut macam kat Pulau Penyengat boleh angkut 2 orang sekaligus. Aku naik dengan MH, hahaha lawak giler, tak muat bontot. Terpaksa MH duduk ke depan sikit ! Biasa ler.. bila 2 badak menyerang..... tayar pun boleh pancit.
Sampai kat kolam terus terjun je. Mandi kolam !

Dah gelap tak de orang, kami kami je.

Pose pose seksi majalah Mangga berenang lah masing masing dengan suka hati. BW dengan IH memang terror selam menyelam ni.. Aku dengan MH seperti biasa pose pose seksi Zila Bakarin jer tepi kolam.

Dok menyelam tiba tiba IH datang.

"Beb ! Berdarah tak?"

Aku tengok muka dia.

"Berdarah beb. Kau kenapa?"
"Aku menyelam. Terlanggar tangga"

Abis lah hidung mancung bak seludang dia ! Tak leh carik makan lepas ni. Abis lah tak laku dah jantan ni sorang.

"Kau rehat dulu. Relaks relaks. MH, kau bawak IH pegi cuci kat toilet. Aku pergi mintak handiplast kat sana"

Aku bangun mintak first aid kit dari pihak hotel. Dapat !

Terus masing masing berhenti mandi. Darah banyak jugak kat batang hidung si IH nih ! Dalam jugak lukanya.

Tu lah seronok sangat, kang dah luka berdarah !

Balik dari mandi kolam, kami keluar semula. Kali ni pergi makan.

Keluar di bandar Teluk Bakau yang tak berapa ada tu. Carik kedai makan. Akhirnya nampak kedai makcik ni bukak. Ada orang, tengok lauk pun ada lagi.

Kami order je makan. Makcik tu siapkan makanan yang banyak. Sekali lagi kami jumpa masakan yang sangat sedap. Siap menambah nambah. Lauk sedap, cuma kurang sebab nasik dia tak berapa panas. Kalau nasik panas.. mau nya lagi menyelerakan !

Makan hingga kenyang.

Dah kenyang balik ke resort kami.

Lepak lepak lagi kat tepi pantai. Melepak. Usha minah minah salleh dan cina. Tak berapa menarik sangat. Tak de yang single. Masing masing sibuk ni konon nak mengusha tapi haram tak dapat !

Malam tak berada ada aktiviti sangat. Last sekali plan nak gi karaoke. Kat resort tu ada karaoke. Tapi bila check karaoke penuh. Nak kena share bilik. Cheh ! Mau pengsan orang orang tu dengar kita orang menyanyi nanti.

Balik semula ke resort kami, akhirnya kami lepak main pool je. Mata masing masing dah mengantuk nih ! Tapi main jugak. Main 2 games sambil bergelak sakan. Lawak giler.

Lepak kat tepi pantai lagi, makan fries dan nugget sambil minum milo panas !

Balik bilik, mengantuk gila. Siap siap dan semua tidur. Malangnya katil dalam bilik cuma satu queen size bed je. Aku, IH dan MH tidur atas katil. BW tidur kat bawah. Hehehehe...

Dah dia takut kita orang rogol dia, terpaksa lerrrr. Hiks




1. Nostalgia Yasin, Trikora Beach
2. Trikora Beach. Tengok pokok kelapa dia !
3. Waterfront chalet, tengok entry abang 2hb Januari. Gambar yang sama.
4. Waterfront chalet.
5. Duplex Chalet
6. Water chalet - Air pasang
7. Sunrise dari chalet kami
8. Sunrise dari dalam bilik penginapan
9. Suasana pagi di Nostalgia Yasin
10. Trikora Beach
11. Pusat massage
12. Gazebos di Trikora Beach


Ahad
6.30 pagi



Pagi pagi dah bangun !

IH dengan BW sibuk jadi photographer tak bertauliah. Semangat ni dapat tengok sunrise pagi pagi buta.

Aku dengan MH dok bergolek golek lagi atas katil terbangun jugak sebab dengar suara dia orang riuh rendah.

"Cepat posing !"

Kann !

Aku dengan muka tak mandi, dengan kain pelikat melilit lilit kat badan terus je pose pose platypus !

Dia orang ni memang gila ambik gambar.

Dapat ler tengok sunrise pepagi tu. Lawa jugak. Air pun pasang, kat bawah chalet kami penuh air. Bak kata MH macam banjir kat kampung dia je rasa. Cuak pulak sekali fikir.

Kami siap siap mandi dan berkemas. Kami perlu balik ke Tanjung Pinang.

Masih ada perkara yang belum di settlekan sebelum pulang. Ferry pukul 1 tengahari nanti !

Sempat lagi bergambar di kawasan sekitar resort tempat kami tinggal. Macam macam ler bebudak ni. Aku selalu kena jaga masa.

"20 minit top ! Jangan lebih nanti lewat"

Dia orang menurut perintah je. Takut nanti tak sempat balik ke Tanjung Pinang !




1. Tugu Peringatan Fisabililah.
2. Tanjung Pinang dari Tugu Peringatan Fisabilillah
3. Pulau Penyengat
4. Pasar Tanjung Pinang
5. Pekan Tanjung Pinang
6. Pekan Tanjung Pinang
7. Jeti Tanjung Pinang
8. Feri meninggalkan Pulau Bintan



Akhirnya MH yang memandu lagi. Kami pulang ke Tanjung Pinang. Perjalanan kali ni lebih cepat terasa sebab jalan dah biasa.

Kami sampai di Tanjung Pinang lewat jam 9 pagi.

Park van dan berkeliaran di pasar dia. Masing masing berhajat nak cari souvenir untuk di bawak pulang. Tak tahu nak cari apa. Jangan harap nak cari key chain atau fridge magnet. Memang tak de. Semuanya mungkin banyak di kawasan Bintan Resort semalam. Tapi kami tak beli sebab mahal dan pilihan tak banyak.
Tapi kat sini pulak susah nak jumpa. Yang ada cuma kain pelikat, kain batik dan macam macam jenis kain. Nak beli buat apa. Aku dah ler tak bagi tau sapa sapa yang aku ke sini. Kalau aku beli untuk family kang mengundang kontroversi pulak. Kawan kawan aku pun aku tak bagitau, takut nanti ada yang terlepas cakap sampai pulak ke pendengaran keluarga aku atau orang orang yang aku tak nak mereka tahu.

Tapi aku beli jugak la kain pelikat, dia orang pun beli jugak kain batik dan sedikit buah tangan.

Berkeliaran jugak kat pasar tu berjalan jalan. Tengok tengok je sampai letih. Kami kena pulang ke terminal ferry sebab nak pulang van tu.

Tepat pada masanya orang yang nak ambik van tu menanti.

Kami ambik masa lepas tu gi makan dulu. Terasa nak makan Nasik Padang dan ayam yang sedap tu. So melantak dulu. Kira kira saki baki duit yang tinggal. Kami kumpul dan beli makanan. Semuanya untuk bekalan nak pulang nanti dan jugak untuk kawan kawan terdekat.

Jam 1 kami dah berada dalam perut kapal. Kami tinggalkan Kota Gurindam dengan penuh rasa kepuasan.

Ferry menempuh arus dengan lajunya. Tanjung Pinang dan Pulau Bintan hilang di pandangan. Cuaca agak tak tenteram, sesekali, ferry melambung melawan ombak hingga buat ada antara kami yang pening pening lalat !

Kepenatan mula terasa. Dah tak sabar nak balik ke tanahair. Namun begitu, kepuasan jelas tergambar di wajah masing masing. Kami berjaya explore Pulau Bintan dalam masa yang ada. Puas hati. Puas jamu mata. Puas menengok tempat orang.

Tak tahu samaada kami akan kembali ke sini lagi. Terima kasih kepada penduduk Pulau Bintan yang begitu ramah. Bak kata pendita Gurindam, Raja Ali Haji.

Jika hendak mengenal orang berbangsa, lihatlah kepada budi bahasa....

TAMAT !

Tuesday, February 7, 2012

Superman, GBS Berbackpacking Negeri Sigantang Lada - Part 4

Sabtu
6 pagi

Pagi pagi kami dah bangun.

Jam kat tangan menunjukkan pukul 7 pagi. Tapi kalau di sini masih jam 6 pagi ! Tapi sebenarnya cuaca dah pun cerah. Maghrib dia pukul 6 dah masuk. Kiranya lebih kurang kat Malaysia jugak cuma beza waktu saja.
Aku memang tak boleh nak tidur. Batuk hari tu masih tak baik baik lagi. Nasib tak demam. Ni pun dah tak hisap rokok. Tak de rokok Dunhil kat sini. Yang ada pun Marlboro tapi rasa macam tak best je.

Aku dengan MH terpaksa buat catuan rokok. Hisap pun share share je.

Setelah semua mandi dan bersiap siap. Kami check out terus. Dah janji dengan Pak Dandang nak sewa mobil untuk hari ni. Kami nak sewa untuk 24 jam sebab kami akan bermalam di tempat lain malam ini.

Pak Dandang belum sampai ke hotel. Kami keluar dulu untuk bersarapan.

Menapak lah kami berempat dengan beg yang besar besar ni menuruni bukit menuju ke Kampung Jawa. Kata budak hotel kat situ ada kedai untuk sarapan pagi.

Sepanjang jalan tu memang banyak rumah rumah. Sukar nak gambarkan keadaan rumah rumah tu, tapi kalau tengok cerita Indon yang jenis miskin miskin mesti boleh tahu. Rumah rumah kayu rapat rapat tepi jalan. Dan ada jugak yang di jadikan kedai makan mahupun kedai runcit di bahagian depan.

Kami singgah sarapan di sebuah gerai.

"Mau makan apa Mas?"
"Apa ada?"
"Nasik ada. Mee goreng ada"
"Ok.. mee goreng"

Semua setuju nak mee goreng. Cuma BW je teringin nak makan nasik.

Tengok tengok mee goreng dia adalah maggie goreng. Jenama Indome. Belasah je lah. Pagi pagi gini lapar pulak. Masih terasa makan seafood yang sedap semalam. Lepas makan maggie goreng tu aku belasah nasik lagik. Terasa best je lauk pauk dia.

Makan dan melantak. Lepas abis makan, berjalan nampak lagi orang jual kuih tepi jalan. MH terasa nak makan Kuih Lopes. Ada Lopes, ada kuih ubi di panggil Kuih Kelepon dan jugak Ondeh Ondeh. Kuih kelepon IH panggil Kelentit Pondan ! Hahaha bantai gelak aku.

Beli untuk rasa je. Menapak balik semula ke Hotel Sadaap menunggu Pak Dandang. Janjinya jam 9 dia datang dan bawak kami untuk ambik mobil yang nak di sewa.

Lepak lepak kejap kat situ, ambik ambik gambar sementara tunggu Pak Dandang sampai. Dia naik motosikal je, so kami suruh MH yang pegi sebab Mobil tu manual. MH je yang biasa drive manual.

So dia pergi, kami tunggu kat situ lagi. Posing posing sampai letih.

Sejam kemudian baru MH muncul semula dengan Pak Dandang. Kereta kami sudah siap !

Keretanya? Toyota Kijang !! Kalau di sini kita panggil Toyota Unser. Lebih kurang macam tu lah. Selesa jugak. Besar. Boleh muat banyak barang. So barang kat belakang, MH drive, aku jadi co pilot, IH dengan BW kat belakang.

Kami tekun cuba keluar dari Tanjung Pinang menuju ke destinasi kami, Bintan Resort !

Bintan Resort merupakan kawasan di bahagian utara Pulau Bintan. Kawasan ini telah di komersialkan dengan kerjasama kerajaan Singapura dan Indonesia. Banyak hotel hotel bertaraf 5 bintang telah di dirikan di sini.

Tujuan kami adalah untuk explore Pulau Bintan ni.

MH memandu. Sempat isi minyak. Harga minyak dia lebih murah pada Malaysia. Kira kira Rp5 ribu satu liter (RM1.70). Tuang penuh penuh takut nanti tak jumpa stesen minyak dah !

Perjalanan menyusuri jalan raya yang berturap mengambil masa lebih kurang dua jam lebih. Tak ada permandangan yang menarik kecuali perkampungan kecil dan juga hutan hutan.

Lewat tengahari kami akhirnya sampai di Bandar Bentan Telani, di mana di situlah Terminal Ferry yang membawa pelancong dari Singapura ke Bintan Resort ini.

Kawasan utara Pulau Bintan ni sudah nampak berbeza dari Tanjung Pinang tu sendiri. Jalan raya sudah terturap sempurna. Kiri kanan di hiasi dengan pokok pokok dan di jagai sepenuhnya. Nampak lebih maju dan modern daripada awal perjalanan kami pada paginya.

Kami singgah di Terminal ferry Bentan Telani. Lepak lepak. Tengok duty free shop. Ada Bandung Duty Free Mall. Boleh tahan lah barang barang dia tapi choice tak banyak sangat. Di sini, duit Singapore Dollar di gunakan. Hah harus ler mahal gila. Nak beli 100plus pun harga lebih kurang RM17 sebotol besar.

Kat Tanjung Pinang tak ada air 100Plus. Aku tanya 100plus dia bagi handiplast ! Tapi paling best di sana adalah teh botol. Airnya macam air teh biasa je, tapi sedap lah. Kira air yang sangat common di sini.

Lepak lepak ambik gambar di Bandar Bentan Telani. Pergi ke Pasar Ole Ole di mana pusat menjual cenderamata terdapat kat situ. Tak banyak benda yang boleh di cari, semuanya hasil kraf tempatan dan jugak kain kain. Harga pun boleh tahan mahal.

Kami pergi lepak lepak kejap then terus melakukan aktiviti seterusnya. Resort Hopping !

Kira kawasan Bintan Resort ni banyak resort resort 5 bintang. Pantainya kira private lah. Tak boleh nak masuk, tapi kita orang selamba bomba jer. Bila sampai kat gate cakap dengan pak guard nak check bilik, tapi masuk semata mata nak tengok pantai dan ambik gambar di sana.





1. Kawasan Jeti Bintan Resort
2. Replika Burung Garuda di Bandar Bintan Resort
3. Terminal Ferry Bentan Telani, Bintan Resort
4. Pasar Oleh Oleh
5. Deretan Kedai Cenderamata di Pasar Oleh Oleh
6. Cenderamata yang di jual
7. Replika Rhino
8. Nirwana Beach Garden.



Pantai pantai di sini boleh di katakan menarik jugak lah. Ombak boleh tahan besar. Pasir putih tapi resort memang lawa.

Satu persatu kami jelajahi hinggalah jam 4 petang, kami berada di destinasi terakhir kami. Bintan Lagoon Resort !

Pantai dia cantik. Kat sini lah baru boleh tengok mat salleh dan orang orang yang semenggah sikit. Cuci mata pun menarik jugak kat sini.

Kalau nak compare keadaan pantainya dengan Malaysia, banyak lagi pantai kat Malaysia yang lebih lawa, tapi apa yang kami carik adalah pengalaman dan keunikkan dan kami jumpa kat sini.

Tak kenal maka tak cinta. Kenal pun jatuh cinta lite lite saja.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lawa mana pun tempat orang, Malaysia lawa lagi...
Tapi sekurang kurangnya kami dah jejak kaki ke sini. Tak menghampakan. Mungkin pantainya lebih kurang pantai di Bali, tapi persekitarannya masih terpelihara dan belum di komersialize sepenuhnya lagi.





1. Pantai Nirwana Beach
2. Pantai Lagoi
3. Nirwana Beach Resort
4. Mana Mana Cottage
5. Ria Bintan Club Med
6. Bintan Lagoon Resort
7. Bintan Resort
8. Bintan Resort



Sabtu
4 petang

Kami tinggalkan resort terakhir di Bintan Lagoon Resort. Destinasi kami seterusnya adalah Trikora Beach.

Trikora Beach bukan terletak dalam jajahan Bintan Resort ini. Ia lebih hampir dengan Tanjung Pinang, tapi kami drive ke Bintan Resort dulu takut tak sempat habiskan semuanya.

Peta memang tak ada. Petunjuk jalan memang hampeh. Peta yang ada pun, kami siap siap print dari internet. Tapi nan ado berguna. Boleh lah, cuma macam banyak misleading.

MH memandu penuh tekun. BW dengan IH sibuk berborak kat belakang. Sesekali gelak gelak tengok gambar yang di ambik.

"Beb aku rasa kita sesat ni beb"
"Hah ya ke?"
"Hmm. Dalam peta ni kata ada jalan. Tapi ni macam jalan mati"
"Abis tu cemana"

MH bertanya.

"Aku rasa kena patah. Kita kena patah balik semula nak ke Trikora Beach ni. Kena patah sampai ke Tanjung Pinang. Ingat tadik ada simpang ke Trikora dari sana?"

Masing masing terdiam !

Jauh gila nak kena patah balik nih.

Hari dah nak senja ! Macamana nanti nak carik kalau dah sampai lewat malam?

Masing masing berdoa. MH memandu dengan tenang. Dia best, tak pernah bising atau pun nak komplen. Keadaan semakin mengelap. Kiri kanan hutan penuh pokok pokok.

Berdoa dalam hati.

"Ada simpang ni. Ikut sini lah"

Aku bagi cadangan. Ingatnya nak ikut short cut. MH terus membelok. Tak lama lepas tu...

"Beb. Aku rasa jalan ni ntah ke mana mana lah. Jalan sempit semacam je. Patah balik lah"

Patah balik !

Cuak jugak ler. Tapi OK lagi.

Nak tak nak kena patah balik semula terus ke jalan asal.

Tapi kami semua ni degil. Nampak lagi simpang jalan.

"Aku rasa jalan ni boleh kot"
"Boleh ke?"
"Cuba !"

Aku yakinkan MH. Aku biasa ler yakin boleh.

Kereta menyusuri jalan berturap yang sedikit kecil. Semakin jauh ke dalam tapi bayang laut pun tak kelihatan.

"Berenti sini beb, aku tanya makcik makcik ni kejap"

MH berenti. Aku keluar dari van.

"Bu. Bisa nanya.. Kayaknya jalan ni langsung ke Trikora ngga?"
"Ya.. jauh lagi tapinya. Terus aja... nanti ada simpang, langsung ke kiri"
"Jauh tu kayak mana bu? 1 jam?"
"Ngga lah. 15 minit aja"
"Ok bu. Terimas"

Para penonton................
Bapak bapak, ibu ibu semuanya.
Jangan heran kalau Inul sedang goyang
Makin panas, agak seksi...
Maafkan lah.........

Ibu ibu sibuk berkumpul tepi jalan. Mungkin pelik tengok kami masuk kampung macam tu. Tapi sekurang kurangnya ada sinar cerah mendatang. Kami bakal sampai ke tempat yang di tuju tidak lama lagi.

Masing masing nak mandi laut !

Masing masing tak sabar nak rehatkan diri !

Seharian kami dalam van. Seharian kami redah habiskan Pulau Bintan ini.

"Hah ! Nampak tu sign Trikora Beach"

Masing masing melompat riang ! Yesss ! Akhirnya kami bakal sampai ke destinasi. Menuju ke destinasi yeah yeah ! Puncak cinta tertinggi yeah yeah !!

**** ***** *****
Tiba tiba...

"Beb. Darah tu beb. Banyak gila"

Masing masing jadi kaget. Darah mengalir dari muka IH. Apa nak buat ni?

"Kau rehat dulu. Kau baring situ"
"Teruk ke?"

BW perhatikan muka IH.

"Dalam luka ni !"
"Aku pergi carik bantuan ! MH, bawak IH pergi cuci luka dulu"

Masing masing di serang rasa berdebar debar !

bersambung

Monday, February 6, 2012

Superman, GBS Berbackpacking Negeri Sigantang Lada - Part 3

Jumaat
4.30 petang

Selepas bersiap siap kami keluar dari hotel. Berjalan menyusuri tepi pantai. Petang petang begitu bermulalah pasar malam yang di buka setiap hari dari petang sehingga jam 2 pagi.

Banyak gerai gerai akan di buka di tepi jalan menjual bermacam macam jenis makanan. Kami singgah makan jagung ! Jagungnya segar tapi tak sesedap di Cameron Highland.

Cepat cepat kami ke jetty semula. Ulat ulat tadi masih ada. Masih mengekori kami. Sakit kepala aku di buatnya.

"Bang... gi mana penginapannya udah dapat?"
"Udah"
"Di mana?"
"Sadaap Hotel"
"Lorrrr. Kami ngga pernah bawa orang nginap di sana. Gi mana tempatnya?"
"Bisa aja. Selesa. Yang bagusnya scenery nya asyik sekali. Langsung terus ke laut"

Dia diam. Suka suka ler tu nak bagi aku rasa tertipu kononnya. Padahal kami memang suka hotel tu.

"Besok Mas mahu ke Trikora?"
"Ya"
"Kami boleh bawa. Kami ada van"
"Berapa harganya"
"Rp 500 ribu. Kami bawa Mas dengan kawan kawan Mas"
"Ngga apa. Kami mahu pandu sendiri mobile nya"
"Bisa"
"Kami udah dapat transportnya"
"Berapa Mas dapat?"
"Rp200 ribu untuk 24 jam"

Dia diam !

Memang kami dah dapat van untuk di sewa. 24 jam dan banyak tu je kami kena charge. Tu pun Pak Dandang kat Sadaap Hotel tu yang tolong uruskan. Lagi murah. Lagipun memang kami nak drive sendiri. Senang nak dok berapa lama. Nak pegi mana. Semua senang.

"Ni Mas mau ke mana?"
"Pulau Penyengat"
"Bisa kami hantar"
"Berapa?"
"Rp150 ribu. Kami langsung bawa Mas semua ke sana"
"Kok mahal. Harga tiketnya cuma Rp4000 seorang kan?"
"Itu kalau Mas mau nunggu sama orang lain. Naik bot ramai ramai"
"Kami ngga kisah. Ngga ada masalah"

Kann ! Saja ler nak tipu kita orang. Then dia jek jek aku dengan harga yang sama pun aku malas nak melayan.

"Rp5000 Mas seorang"
"Ngga apa. Saya beli sendiri nanti di sana"

Kami terus jalan ke Jetty. MH, BW dan IH ikut aku dari belakang.

Memang kena tunggu kejap ler bot tu tapi tak de lah lama. Harganya sama Rp5000 (RM1.50). Sebab sakit hati punya pasal dia orang dok ikut bontot kita orang, kita orang buat bodo je tak melayan. Tension kejap aku.

Tak lama menunggu, akhirnya ada bot dan kami naik sama sama orang kampung menuju ke Pulau Penyengat !





1. Pandangan dari Tanjung Pinang. Kelihatan Pulau Penyengat
2. Menaiki sampan ke Pulau Penyengat
3/4/5. Pemandangan kampung nelayan di kawasan Jetty Pulau Penyengat
6. Kompleks Makam Raja Ali Haji
7. Kompleks Makam Raja Hamidah.
8. Beca yang kami sewa keliling pulau.

Sebaik saja sampai di Pulau Penyengat, kami di sambut dengan beberapa orang yang pujuk kami naik beca. Katanya boleh bawa kami keliling pulau. Memandangkan cuaca dah petang dan kami pun nak jimat masa. Kami charter 2 beca ni dengan bayaran Rp6000 sebuah (RM2).

IH naik dengan MH. Hahaha mengelupar tayar beca tu nak menampung badak badak berdua ni. Aku naik dengan BW pun dah sempit bahagian ponggong nak duduk.

Di Pulau Penyengat ni, rumah rumah dia lawa lawa. Semua cantik dan tersusun. Tapi warna semua striking. Kira macam Alice In a Wonderland cuma rumahnya rumah Melayu la. Kebanyakkan penduduk di sini adalah keturunan raja Riau dulu dulu kala.

Mula mula kami di bawa ke Makam Raja Ali Haji. Beliau adalah Pujangga Raja yang bertanggung jawab menjadikan Pulau Bentan sebagai pusat perkembangan bahasa Melayu serantau dulu dulu kala. Kompleks makam ini ada sekali dengan Makam Raja Hamidah, isteri Sultan Mahmud Riau.

Seterusnya kami bergerak lagi mengelilingi Pulau Penyengat menuju ke Makam di Raja. Makam Raja Ali, Raja Jaafar dan Daeng Marewah yang terkenal dulu dulu kala.

Pintu makam tertutup. Kami kat luar ambik gambar je tapi abang yang baca beca tu bagitau boleh masuk. Kami tolak pintu.

"Beb.. kau bau tak?"

Aku berbisik ke telinga IH. Dia angguk.

"Wangi siot"
"Haah"
"Seram aku"

MH di belakang mengiyakan. BW masih sibuk dengan kamera dia.

"Nak masuk ke ni?"
"Boleh lah"

Bau makam tu menusuk ke kalbu. Tak tau nak cakap bau apa. Bau bunga bercampur campur. Keadaan Makam terjaga. Seram sejuk kami di buatnya. Tetiba rasa seram.

Kami tak lama kat situ. Cuaca pun dah gelap. Terus kami keluar dan meneruskan perjalanan kami.

Destinasi seterusnya adalah Balai Rong Seri. Kompleks Keseniaan raja dulu dulu yang telah di jadikan tempat meraikan perkahwinan dan adat istiadat di Pulau Penyengat.

Yang menariknya, di bawah Balai Rong Seri itu, terdapat satu perigi yang airnya tak pernah kering. Walaupun dekat dengan laut masin, tapi airnya tawar. Kami di bantu oleh beberapa orang pakcik kat situ.

"Airnya bisa di buat minum. Di sapu ke muka. Boleh di pasang niat atau apa apa hajat, moga di makbulkan Tuhan. Kita ngga tahu, hanya bisa berdoa"

Macam tu ler pakcik tu bagitau kami. Apa lagi, masing masing buat minum air tu dan cuci muka. Memasang niat agar wajah kami berseri seri dan naik la seri susuk wajah kami lepas ni. Hahahaha.



 

1. Kompleks Makam Raja Riau
2. Balai Rong Seri
3. Jetty
4. Peta Pulau Penyengat
5. Istana Lama
6. Papan Tanda Masjid
7. Kanak kanak tempatan pergi ngaji
8. Masjid Pulau Penyengat


Waktu sudahpun hampir petang. Kami meninggalkan kawasan Jetty tersebut dan meneruskan perjalanan lagi.

Kami singgah di istana lama.

Masa nak naik tu ke Istana tu baru sampai kat pagar je, hati rasa tak sedap. Seram gila jadinya.

"Nak masuk ke beb?"
"Ntah lah. Aku rasa semacam je lah tempat ni"
"Tu lah. Tak payah lah. Ambik gambar kat sini je lah"
"OK"

Semua setuju. Tak mahu perkara perkara yang tak elok berlaku, kami tak mendekati Istana tersebut. Menurut abang yang bawak beca tu, dia kata kawasan tu memang kadang kadang ada orang nampak benda benda ni. Tapi dia pun macam tak nak bercerita lanjut. Kami diam kan saja.

Destinasi terakhir kami adalah di Masjid Pulau Penyengat yang terletak berhampiran jetty.

Kami tak sempat masuk sebab masing masing pakai seluar pendek. Azan maghrib pun kedengaran. Yang menariknya, masjid ini di bina dulu kala menggunakan kapur, tanah liat dan putih telur !

Selesai semuanya, kami ke jetty nak menunggu sampan membawa kami pulang ke Tanjung Pinang.

Jumaat
8 malam


Kami sampai semula ke Tanjung Pinang. Perjalanan menaiki bot dari Pulau Penyengat adalah lebih kurang 15 minit sahaja.

Hiruk pikuk suasana di Tanjung Pinang benar benar terasa. Kenderaannya memang tak kasik can lah.

"Mana kita nak pegi ni?"

Mereka tanya aku.

"Kita pergi jalan jalan kat Tanjung Pinang je lah. Then kita gi makan?"

Semua setuju.

Kami tahan transport ! Macam Van lah tapi di panggil Transport. Masuk dalam tu, dia charge Rp3000 (RM1) satu orang untuk di bawa ke destinasi. Tapi kami borak borak dengan pemandu yang mengenalkan diri beliau sebagai Pak Indera tu, dia bawak kami ke Ramayana Mall then bawak kami makan di tempat seafood. Chargenya Rp30 ribu satu jam (RM10).

Kami setuju je.

Mula mula kami di bawa ke Ramayana Mall. Tak de apa yang menarik. Mall biasa je. Lagipun kami bukan nak ke sana membeli belah. Just usha usha tempat je. Tapi secara overall rasanya barang kat sini murah jugak lah kalau nak compare dengan Malaysia. Choice pun ada lah walaupun tak banyak. Sambil berjalan jalan sambil tu kami cuci mata.

Agak malang sekali. Dah hampir sehari kami di sini, belum dapat lihat perempuan cantik !

Orang orang kat sini memang muka pure Melayu. Tak lawa langsung ! Siap, aku, MH dengan IH dok kasik markah, tak de yang lebih pada 5/10. Semuanya below average. Sedih giler rasa !

Berjalan jalan ke mall tu dan akhirnya Pak Indera bawa kami semua ke tempat makan. Seafood terkenal katanya.

Tengok pada tempat, menakutkan. Dalam hati masing masing sumpah seranah. Abislah, mesti tempat ni mahal gila !

"Cukup tak duit beb?"
"Tak tahu lah"
"Tak pe. Kita order apa yang perlu je"

Masa duduk, waitress tu datang, kami siap tanya harga dulu. Kami order nasik putih, ketam masak cili, udang goreng mentega, telur dadar dan sup sayur.

Dalam sumpah seranah ni, bila makanan sampai, semua start makan. Bila masuk tekak jer.. masing masing memandang sesama sendiri.

"Sedap nya beb !!!"
"Haah lah. Sedap gila udang ni"
"Ketam ni pun sedap. Pedas sikit"
"Sup sayur ni best"

Dan begitu lah. Masing masing start pulun dengan hebatnya. Ketam dan udang dia sangat fresh. Berapi rapi pedasnya. Maklum ler Negeri Sigantang Lada.. sah sah banyak cili.

Kami melantak. Pak Indera mundar mandir menunggu kami. Nak ajak dia makan dia tak mau. Borak borak dengan dia. Dan bila bil sampai,  masing masing memandang pada Incredible Hulk sebab dia akauntan.

"Berapa beb?"
"Rp 300 ribu. Which is RM100"
"Eh murah lah !"

Hahahaha. Semua orang suka hati ! Makanan yang sedap ! Lazat ! Enak ! dan mengenyangkan. Harga pun murah giler.

Perut sudah kenyang. Pak Indera hantar kami pulang ke Sadaap Hotel. Kami bayar beliau Rp75 ribu (RM35) sebab dia bawak kami berjalan dalam masa 2 jam setengah.

Balik bilik masing masing kekenyangan.

"Ada yang nak keluar lagi ke ni? Pasar Malam kat bawah tu?"

Masing masing mengelengkan kepala. Mungkin kepenatan mula terasa.

Lepas semua ambik turn mandi dan solat, satu persatu mula mengambil posisi untuk tidur. Katilnya ada 2 tapi tilam berlapik, jadi kami turunkan tilam menjadi 4 tilam semuanya. Cukup satu sorang. Aku, IH dengan MW sederet, BW tidur atas kepala kami melintang.

Masing masing kepenatan. Tapi mula merasai keseronokan !

Perjalanan besok masih jauh. Banyak lagi yang harus kita tempuh.

Aku rasa aku terlelap dulu. Tapi tersedar suasana masih gelap. Masih kedengaran bunyi orang karaoke di pasar malam di bawah. Aku dah tak boleh lena. Tiba tiba batuk menggila.

Aku bangun. Keluar ke balkoni. Lihat bulan cantik di atas langit. Cahayanya memantul terus ke laut. Cantik permandangan ini.

Aku batuk tak henti henti. Tiba tiba rasa  nak tercabut dada.

Pulau Penyengat masih di depan mata seolah olah memanggil aku kembali ke sana.

"Apsal U batuk teruk sangat?"

BW tiba tiba mengejutkan aku.

"Ntah"

Aku batuk lagi. Sakit dada.

"Pukul berapa ni?"
"2 pagi"
"U Ok ke? Nak minyak panas sapu kat dada?"
"Tak pe. OK kot"

Tapi batuk tak henti henti. Aku sendiri musykil kenapa begini. Ada aku silap tegur apa apa kat Pulau Penyengat kah? Ada yang ikut aku balik?

Tidak ! Tiba tiba aku di selubungi rasa seram. Cuba cuba lelapkan mata. MH dengan IH berdengkur ria tak sedarkan diri.....

Aku jadi seram sejuk sendiri....

...bersambung.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...