Showing posts with label Osaka. Show all posts
Showing posts with label Osaka. Show all posts

Thursday, April 19, 2012

Misi Mencari Maria Ozawa 2012 - Day 6 - Osaka - Part 3

Fuh !

Maka sampai la kita di episod terakhir di hari terakhir trip Misi Mencari Maria Ozawa di Jepun.

Sebaik saja siap ambik luggage aku di hostel terus aku naik train semula. Kali ni aku patah balik ke Osaka Station dan naik train lagi ke Shin Osaka.

Actually kalau dari Osaka Station ada train ke airport. Tapi train biasa yang banyak banyak berhenti tu. Tapi  memandangkan JR Pass aku masih hidup so aku boleh naik train express macam Shinkansen dari Shin Osaka terus ke Kansai Airport.

Beza time sangat banyak jugak. Sebab train biasa tu akan berhenti kat banyak station. Sejam lebih nak sampai. Train express ni berhenti jugak tapi few station je dan terus je ke airport.

Jom naik train buat kali terakhir di Japan sebelum kita pulang !




Si Daud yang dah jadi obese.

Walhal aku masa datang tak de la bawak banyak barang. Ni nak balik dok sumbat itu ini terus la beg tu jadi berat. Nasib baik jugak la aku memang beli luggage siap siap so aku dah agak walau aku pegi dengan ringan kalau balik mesti berat.

Belum kira paper beg lagi especially Hard Rock yang aku bawak balik tu. Semua dalam tu gelas gelas yang aku kumpul dan dapat percuma di setiap Hard Rock Cafe yang aku jelajah.

Sapa sangka dalam malas nak mengumpul, now aku ada koleksi HRC dari Japan dah. Fukuoka. Osaka. Osaka Universal. Tokyo. Tokyo Ueno.

Nasib tak pegi Narita dengan Yokohama je.

Tapi tak pe. Yang tu simpan untuk trip akan datang. 2 tu je lagi HRC yang ada kat Japan ni. Insya allah kalau ada peluang aku akan datang lagi.

Aku suka Japan !

Aku puas hati sebab aku dapat cover tempat tempat yang aku nak pegi. 

Serious aku rasa sangat best. Bersih. Kemas. Facilities yang cukup. Selamat. Apa lagi yang kita nak terutama untuk penggembara solo macam aku ni. Nak jalan pun tak risau. Apa yang risau cuma harga di Japan ni agak mahal sikit la berbanding kalau travel ke negara lain.

Tapi masih boleh di kawal. Yang penting jangan belanja sakan. Belanja light light je !



Sampai kat airport masih ada masa tapi kaunter AA dah di buka so ramai jugak la yang beratur.

Aku beratur sama.

Dah ramai tu ada macam macam kes lah. Beg tak lepas lah. Terlebih luggage lah. Tu yang buat queue panjang berjela jela. Nasib baik la bila masuk turn aku mudah je.

Si Daud berjaya lolos ke dalam perut kapal terbang. So aku berlenggang kangkung je dengan beg kamera dan paper beg di tangan.

Ada jugak jumpa dua tiga budak pompuan yang travel di Osaka. Dia orang pun sama dah nak balik ke Malaysia. Tak de la tegur atau borak sebab dia orang borak sesama sendiri dan aku pasang telinga je lah. Macam biasa, kalau jumpa bebudak Melayu ni, mula la dia orang start nak cakap kuat kuat lah. Attention seeker sungguh. Aku buat bodo je lah. Malas layan.

Sempat hisap rokok dua tiga batang dulu sebelum boarding.

Masuk boarding hall then ada duty free shop then terus la menunggu tak sabar nak pulang.


Hah !

Kapal terbang pun dah sampai.

Dan macam biasalah aku ni akan masuk last sekali. Malas aku nak berebut rebut. Kadang kadang pelik tengok manusia ni, kalau annoucement di buat untuk masuk flight, macam berpusu pusu nak masuk. Berebut rebut macam nak kena tinggal.

Seat kan dah ada?

Number pun ada !

Tak de nya yang duduk atas lantai. Kan?

Tapi tetap lah..

Aku masih tak faham. Tapi tak pe lah. Masing masing punya hal.

Apa yang penting, aku pun excited nak balik. Lama sangat dah rasanya tinggalkan bumi Malaysia walaupun tak sampai seminggu.

Hiks.

Ya lah. Rindu nak makan nasik dengan berhemah !

Aku dah kurus aku rasa. Kepenatan tetap ada. Dok fikir, lepas balik dari Japan ni aku nak kena ikut trip GBS lagik !

How?

Tapi tak pe. Semua dah di rancang. So follow jer.


So ayuh !

Kita naik flite. 

Dalam flight aku duduk sorang kat 3 seat tu. Inzal ! Boleh betul betulkan urat. Sepanjang jalan aku cuba tidur tapi agak gagal. Melayan perasaan je lah.

Selamat tinggal Japan. Sayonara. Terima kasih kerana memberi seribu satu pengalaman yang sangat berharga....



Kareha chiru yuugure wa
Kuruhi no samusa wo monogatari
Ame ni kowareta benchi niwa
Ai wo sasayaku uta mo nai

Koibito yo, soba ni ite
Kogoeru watashi no soba ni ite yo
Soshite hitokoto kono wakarebanashi ga
Joudan dayo to waratte hoshii

Jarimichi wo kakeashi de
Marason bito ga yuki sugiru
Marude boukyaku nozomu yoni
Tomaru watashi wo sasotteru

Koibito yo, sayonara
Kisetsu wa megutte kuru keredo
Anohi no hutari yoi no nagareboshi
Hikatte wa kieru mujou no yumeyo

Koibito yo, soba ni ite
Kogoeru watashi no soba ni ite yo
Soshite hitokoto kono wakarebanashi ga
Joudan dayo to waratte hoshii
Mayumi Itsuwa - Koibitoyo

Overall aku suka trip Japan ni dan aku gembira semuanya berjalan lancar. 

Kalau nak cerita pasal budget, hmmm aku pun tak tau nak cakap sebab aku tak set budget untuk travel aku. Cuma aku try untuk belanja seminima yang mungkin.

Flight tiket tu boleh dapat murah kalau beli awal !

Hostel tu rate dia dalam 100 satu hari. So kalau aku pegi 5 hari, kena la bayar RM500 ! Kalau nak duduk hotel mahal sikit lah. Tengok kemampuan masing masing.

Untuk JR Pass memang agak mahal. Lagi mahal pada flight ticket. RM1000 lebih. Tapi bagi aku berbaloi baloi untuk beli. Kalau plan nak travel satu Japan dan nak explore macam aku ni, OK lah. Tapi kalau setakat nak pose pose di Osaka atau di Kyoto saja, tak perlu lah kot.

So dah berapa tu?

Kira sendiri.

Lain lain. Makan tu ikut perut masing masing. Aku rasa aku tak makan banyak mana pun. Sebab kes babi tu buat nafsu aku terbantut. Tapi aku makan few times dia HRC tu kira boleh tahan la mencekik. Tapi tu lah. Ikut kemampuan masing masing. Jangan sampai tersadai tak de duit nak balik semula sudah lah.

Belanja lain?

Save la dalam RM500 cukup kot untuk train yang tak cover by JR, dan beli ole ole sikit. Dan ni terpulang jugak kalau nak beli banyak barang memang lah tak cukup.

So, kira sendiri berapa budget yang perlu. 

OK?

Tapi serious aku cakap, pegi Japan adalah sangat best ! Dan aku recommend Japan sebagai destinasi wajib setiap orang !

Dan aku sangat gembira dengan trip ni. Semuanya Alhamdulillah smooth saja. Tak de benda yang pahit sangat kecuali isu isu sebelum pegi. Yang manis banyak. Japan has a lot more to offer. Yang penting, kena rajin discover dan explore. Semestinya menjadi destinasi terindah bagi orang orang yang suka berjalan macam aku ni.

Perjalanan pulang mengambil masa lebih kurang 5 jam setengah. Akhirnya pukul 5 pagi pesawat mendarat dan adik aku ambik.

Ah lega.

Rindu Malaysia.


Dan nampak tu kuning tu.

Teka apa?

Tapak kasut aku tercabut lagi dalam flight on the way balik Malaysia tu.

Confirm ! 4 tapak telah tercabut dengan jayanya. 

Kenangan pegi Japan. Kesian kasut tu kena cerca !

TAMAT

* fuh !! cuci tangan...............

Wednesday, April 18, 2012

Japan Highlight : Osaka

With a population of 2.5 million, Osaka is Japan's third largest and second most important city. It has been the economic powerhouse of the Kansai region for many centuries.

Osaka was formerly known as Naniwa. Before the Nara Period, when the capital used to be moved with the reign of each new emperor, Naniwa was once Japan's capital city, the first one ever known.

In the 16th century, Toyotomi Hideyoshi chose Osaka as the location for his castle, and the city may have become Japan's capital if Tokugawa Ieyasu had not terminated the Toyotomi lineage after Hideyoshi's death and moved his government to distant Edo (Tokyo).

Nikko Hotel at Kansai Airport

Otomen to Osaka Castle

Osaka Castle

Osaka Castle

Osaka Bay

Kaiyukan, Osaka Bay

Universal Studio, Osaka

Osaka Station

Osaka Skyline

Osaka Skyline

Misi Mencari Maria Ozawa 2012 - Day 6 - Osaka - Part 2

Allright.

Dah nak abis dah trip perjalanan ke Japan ni.

Aku seronok. Aku tak menyesal beli tiket dan datang ke Japan ni walaupun macam macam rintangan dan aku hampir patah hati nak bertolak ke sini.

Apa apa pun aku rasa aku cover almost semua tempat yang aku nak cover. Tambah lagi tempat tempat yang datang secara sepontan aku berjaya jelajah jugak.

Tapi, perjalanan di Osaka tidak habis di situ. Aku kena bergerak lagi. Ada lagi tempat yang aku nak pegi. 

Jam dah menunjukkan pukul 3 petang. Aku kena bergegas.

Dari Bentencho Station aku ambik Osaka Loop, FOC dengan JR pass dan turun di station berikutnya. Nishikujo.

Dari Nishikujo kena ambik train khas yang akan bawa terus ke Universal Studio, Japan. Destinasi aku yang seterusnya.


Untuk sampai ke Universal Studio Japan ni, kena turun di Universal City Station. Memang train ni khas sampai ke USJ ni dan train ni cover by JR Pass. So tak payah bayar.

Tengok tu budak budak sekolah pun ramai waktu aku tiba di station. Tapi rasanya dia orang dah nak balik dan tunggu train pulang ke Osaka Station.

Keluar dari Universal City Station, terus je exit ke Universal City Walk.

Masa ni ada satu kejadian ngeri berlaku.


Angin bertiup sangat kencang !

Macam taufan. Nak berjalan pun tak boleh. Kuat gila. Dengan sejuk je. Aku try berjalan even nak cross masuk ke kedai kedai tu pun tak boleh. Tertolak semula. Ada 2 orang minah tu siap menjerit jerit. Serious macam nak terbang.

Kuat gila.

Terpaksa ikut tepi tepi dinding bangunan tu sebab angin tu macam angin lintang.

Di station Universal City Station tadi tu ada tempat simpan barang. So kalau nak tinggal bag kat situ pun boleh. Tak sure pulak berapa charge dia sebab aku tak de bawak barang barang apa pun plus !

Aku tak de plan pun nak masuk Universal Studio Japan ni !


Macam sewel je aku nak masuk sorang sorang, then naik ride sorang sorang, menjerit sorang sorang.

Plus !

Aku rasa USJ ni agak outdated kalau nak di bandingkan dengan US Singapore. So ride dia semua dalam ni semua yang dah lama dan aku pun dah naik semua Universal Studio di Orlando dan Hollywood so aku rasa sama je.

Tunggu nanti aku pegi USS je lah try ride ride baru di sana.

So USJ adalah skip ! Aku hanya datang nak melawat kawasan je.


Kat Universal Walk tu ada la banyak kedai. Tapi orang tak ramai.

Semua macam senyap dan sunyi. Mungkin sebab musim sejuk plus angin bertiup kencang tak sudah sudah. So aku pun jalan jalan macam tu je la. Usha apa yang patut. 

Nak cari FM tak jumpa yang menarik. So aku tak beli pun.




Dan akhirnya sampai jugak di pintu utama Universal Studios ni !

Excited?

Tak sangat. Aku rasa biasa je. Tapi aku lebih excited tengok Hard Rock Cafe depan tu.

Nanti aku pegi sana. Now pegi usha lebih dekat dulu USJ ni.

Ayuh !

















Tau tak masa aku sampai ni USJ ni tutup !!

Kaunter tiket semua tutup. Aku pelik jugak tapi tengok ada je orang kat dalam berkeliaran sana sini. Patung patung tu sibuk jugak posing untuk orang ambik gambar. Aku usha dari luar je. Patung patung tu siap datang dekat aku dan aku terus snap gambar.

Rupa rupanya dia tutup sementara sebab angin bertiup kencang tu. Gate dia tutup tapi ada lagi orang kat dalam tu. Ride ride semua stop !

Serious kuat jugak angin hari tu dan cuaca sangat sejuk.

Aku usha lebih kurang je dan lepas tu aku ke Hard Rock Cafe.







Usha dalam Hard Rock Cafe Universal Studio Osaka.

Aku beli baju untuk Hero dan beberapa barang sikit. Tak berapa menarik sangat pun. Lebih tak menarik sebab Hard Rock ni tulis Osaka je. Dia tak tulis Universal Studio !

So barang barang dia tulis Osaka sama macam Hard Rock Osaka yang aku pegi 2 kali kat Midosujo tu.

Keji !

Apa apa pun, macam ada masa aku pun lepak lepak kat hard rock tu. 

Makan !

Layan gambar dalam HRC Restaurant ni.







Aku minum double berry sebab nak souvenir glass ni !

Walaupun aku dah ada !

Tapi aku tak makan Fish and Chip ! Bosan dah. Aku makan desserts je. Apple Crumbles. Manis sangat  tak abis pun.

Just lepak lepak layan borak dengan mamat waiter tu. Baik gak dia. Tak ramai orang so dia lah layan borak dengan aku. 

Tak de cerita menarik. Cerita cerita biasa je. Tapi dia cakap satu hari nanti dia nak datang Malaysia sebab nak tengok Twin Tower !



Keluar dari Hard Rock, usha lagi kawasan sekitar Universal Studio Japan tu. Masa tu baru la ride mula berfungsi semula dan kaunter tiket pun di buka semula.

Angin angin tadi dah tak de. Dah pegi main jauh jauh.

Cuaca pun dah petang. Kat kawasan sekitar tu ada beberapa bangunan dan aku rasa mostly tu semua hotel lah.



Balik ke Osakako Station dan aku ambik train balik terus ke Osaka Station !




Masih ada masa !

Masih ada satu destinasi yang aku nak pegi.

Tengok ni. Dari Osaka Station boleh nampak bangunan ni. Aku nak pegi. Dah dua tiga hari aku usha tapi tak jelas sangat nampak banguan dia sebab dia mengadap ke belah lain.

Bangunan ni nama dia Umeda Sky Building !

Mari kita pegi.


Dari Osaka Station kena menapak.

Tapi sebab ada construction, jadi jalan dia tu detour sikit. Kena lalu bawah tanah lah apa lah baru boleh sampai ke sana.

Angin kuat jugak time ni. Dan sejuk.

Ada satu part tu nak cross jalan, nak tunggu lampu hijau punya la azab aku rasa. Sejuk gila ! Dan lampu merah lama pulak tu menyala.

Fuh !

Tak tahan.


Dan ikut je flow detour tu akhirnya sampai la di bawah bangunan Umeda Sky Building ini.

Berjalan tu adalah dalam 20 minit jugak.

Apa yang menarik dengan bangunan ni???

Tengok ni !



Dah tentu la design dia kan?

Tengok tu. Ada bulat pulak kat atas.

Aku macam biasa lah, kalau sampai kat tempat tempat macam ni. Duduk dulu, nyalakan rokok. Pastu telek selagi boleh. Fikir cemana dia buat, cemana jadi macam ni, macam tu. Suka la beratkan otak dengan benda benda yang tak perlu ni kan?

Hiks.

Umeda Sky Building ni merupakan bangunan yang ke 12 tertinggi di Osaka dan salah satu mercu tanda bandaraya Osaka ini sendiri. Ada 2 tower. Setiap satu setinggi 40 tingkat. Yang menariknya, ada escalator yang menghubungkan ke dua dua tower ni di tingkat paling atas. Dan escalator tu macam bersilang di bawah  gelung bulat kosong di tengah tengah.

Menarik tak?

Hmmph !

Bagi aku menarik la sebab aku suka bangunan.


Bangunan ni tinggi dia 173 meter dan kat atas tu ada observation deck yang boleh tengok keseluruhan kotaraya Osaka ni.

Nak naik kena bayar 700 Yen.

Nak naik tak???

Nak naik bak sini duit ! Ingat free ka !

Aku memula fikir jugak nak naik ke tak, tapi tengok hari dah senja so rasa macam nak tengok sunset view dari atas ni.

Ayuh lah !

Moh kita naik.



Part paling best adalah bila naik escalator di tingkat 39 ni !

Dari tingkat bawah memula naik lif biasa. Pastu sampai di tingkat 37 kot baru naik escalator ni terus ke atas.

Cuak jugak la tengok ke bawah. Di atas tu ada oversation deck, ada restoran dan lain lain lagi. Mostly bangunan ni kiranya office lah. Ada company like Toshiba, Mazda occupied bangunan ni.

Dah ni deck bawah. Tertutup. Ada kerusi macam tu untuk pasangan memadu asmara sambil tengok scenery kat luar.

Menarik jugak lah.


Dan ini view aku nampak hari tu.

Superbly superb !

Terus terkesima rama rama. Gambar ni aku snap dari tingkat yang tertutup. Ada restoran di floor ni.



Tu restoran dia.

Dari observation deck belah bawah aku naik ke atas dan yang ni open.

Memang nampak view Osaka. 360 degree tapi kena pusing la sebab observation deck dia besar dan seolah olah macam terapung di awangan.

Sejuk gila !

Dan angin kencang menggila !





Tak berapa ramai orang kat atas ni sebab sejuk gila.

Dan angin memang kencang tak ingat. Ada satu part tu tak boleh nak berjalan sebab angin tolak. Ada minah ni pegang kamera siap terbang terbang kamera dia. Nasib baik dia ikat tali kat tangan. Kalau tak dengan dia sekali terbang kot.

Dan dari atas ni aku nampak bangunan yang unik ada highway di dalamnya tu.


Dan hari pun dah makin gelap, aku tunggu untuk snap gambar Osaka dari senja ke malam.

Masa ni ada sorang mamat dari Hong Kong ni. Dia pun macam aku. Solo traveller. So dia mintak aku ambikkan gambar dia. 

"You want me to take your photos?"
"No. Thank you"

Dan dia beraksi macam macam aksi. Aku lak jadi photog peribadi dia. Siap macam nak melompat lompat je. Ngeri aku tengok.

Layanz je la gambar yang aku ambik.



Dan kat atas tu ada satu portion untuk pasangan kekasih yang nak ikat kunci kasih sayang mereka. Konon konon la. So kalau korang rasa nak declare ke apa, boleh beli kunci kat deck bawah dan lock kat sini. Kiranya cinta bersemi di sini, terpahat di sini, apa apa lah. Aku pun tak tau.

Tapi idea yang menarik jugak lah.

Kalau bergaduh karang, kena datang bukak kunci tu kat sini ye dak? Kalau duduk Osaka boleh la. Kalau duduk Jerantut?? 

How??

* lari...........


Dan ini semua gambar dalam kegelapan malam. 

Berlatar belakangkan bandaraya Osaka !




Selesai sudah semuanya, aku turun dan menapak pulang ke Osaka Station. Naik train balik ke hostel untuk ambik luggage.

Eventhough aku dah check out pagi tadi sebelum keluar tapi aku tinggalkan luggage aku kat store. Senang tak payah aku nak berjalan dengan barang barang.

Tak de masalah pun boleh je nak tinggal. Tapi make sure ada time untuk pegi ambik balik sebelum bergegas ke Kansai Airport.

Jam menunjukkan pukulk 7 petang. Ambik luggage dan aku terus blah. Ada saki baki maggie cup aku bagi kat minah reception tu. Ada 2 so dia bagi kat makcik cleaner tu satu.

Kami berpisah di situ. Terima kasih J Hoppers Hostel.

"See you again"
"Ahaaaaa U bet !"

Dan aku cepat cepat beredar sebab nak kejar train.

bersambung.........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...