Sepatutnya waktu entry ni keluar, aku dah siap siap nak naik Trans Siberian dari Beijing menuju ke Moscow.
Tu la Mega Trip aku untuk tahun 2013.
Tapi orang kata, apa yang dirancang tak semestinya jadi. Kalau dah tak de rezeki, memang tak de lah gamaknya.
Aku decide nak opt for Trans Siberian ni lepas aku realize aku ada tiket ke Beijing. Alang alang sampai sana then rasanya apsal aku tak terus je ambik train dari Beijing ke Mongolia then terus ke Moscow dan St Petersburg dan melilau ke mana mana lah lepas tu sebelum balik Malaysia.
Tu plan aku.
Cuti dah approved, tapi mungkin preparation tak berapa cukup. Seminggu sebelum berlepas then aku realize, aku memang tak sempat nak buat visa.
Sebab tak sempat nak buat visa adalah kerana passport aku mati. Pastu aku nak kena buat visa China dulu. Masalahnya dah budget cukup time tapi bila pegi ke Consulate China tu tutup pulak sebab National Day China. Pastu aku tak boleh nak revisit sebab ada trip ke Lombok. Balik dari Lombok baru buat Visa China dan ada 1 week spare untuk siapkan apa yang patut sebelum board Trans Siberian ni.
Apa apa pun aku share sikit apa findings yang aku dah dapat sebelum memulakan trip ni bagi yang berminat. Mungkin ada yang bercadang ke sana dalam masa terdekat ni.
TRAIN TICKET
Ada banyak cara untuk beli tiket ni, tapi better beli in advance sebab boleh dapat harga murah sikit.
Untuk makluman Trans Siberian ni bukan lah nama train tapi nama route, so route ni banyak train. Salah satu cara nak beli train ticket ni adalah Seat61. Tapi aku rasa lagi senang dan mudah beli ikut sini : Real Russia TS
Aku booking thru Real Russia hari tu. Masuk website tu dan pilih la route dan start dari mana. Agak interactive tapi kena tau mana kita nak singgah dan berapa hari nak stay. Limit stay untuk Malaysian Visa adalah 30 hari. Actually kita boleh singgah mana mana sepanjang jalan tu tapi not more than 5 places. Kena pastikan jugak confirm nak berenti kat satu satu tempat tu sebab tiket dan timetable tak boleh tukar dah kalau dah confirm kelak. Tak boleh suka suka hati je nak berenti bila dan naik train balik semula bila kalau dah boarding train ni. Kena set siap siap waktu booking tiket. Trainnya bukan hari hari, so kena check schedule jugak.
Waktu terbaik adalah Sept to end Oct lah time autumn which masih lawa lagi kot. Kalau Nov maybe dah sejuk sangat especially di Siberia. Anyway, aku booking untuk early Nov dengan Real Russia, 5 stops, 14 hari altogether harganya GBP611 ( RM3000 lebih ). Not bad lah kot. Kalau booking lebih awal maybe lebih murah. Tapi kalau lebih lama stop kat satu satu tempat tu tambah mahal. Kalu nak main belasah beli je every time nak board train tapi ingat, tak semua Russian pandai cakap English.
Bila dah confirm tu nanti dia send full itinerary pahtu boleh lah bayar untuk dapat tiket. Ticket pick up di Beijing nanti.
VISA
1. Visa China. Ini kalau nak masuk thru China lah. Visa China macam biasa buat kat China Consulate di KL nuh. Untuk masuk ke Mongolia, Malaysia tak memerlukan Visa.
2. Visa Russia. Untuk mendapatkan Visa Russia, kena dapat invitation dulu dari agency di Russia. Without invitation ni memang tak boleh apply visa di KL.
Invitation ni boleh dapat di Invitation for Russia Visa
Harganya boleh dapat dalam GBP15 and siap on the same day untuk single entry atau GBP25 untuk double entry. Kalau beli tiket TS dengan dia orang, invitation ni FOC.
Then boleh pegi ke Consulate Russia di Malaysia.
EMBASSY OF THE RUSSIAN FEDERATION
IN MALAYSIA
Address:
No.263, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Malaysia
Telephone: (+603) 4256-3949
Fax: (+603) 4252-9139
E-mail: rusconsulmalaysia@yandex.com
Office hours:
Monday, Wednesday, Friday (9.30 a.m.-1.00 p.m.)
Paling tricky adalah office hour dia orang ni. Office dia orang tak bukak hari hari. Cuma Monday, Wed and Friday and note waktu nya cuma sampai 1pm sahaja.
Untuk proses Visa contohnya ambik masa 5 hari bekerja, kena kira Monday, Wed, Fri, Mon, Wed balik semula baru kira 5 hari. So memang kena masa yang cukup.
Ini requirement untuk buat Visa Russia.
1. Download form di sini Form
2. Passport valid at least 15 month
3. Gambar yang kacak/cun ( background putih )
4. Invitation letter
5. Employment letter
6. Ticket masuk ke Russia. Ticket keluar dari Russia dan jugak Trans Siberia Ticket.
Tu semua kena ada then baru boleh apply Visa.
Ni harga Tarif visa Russia
Boleh jugak nak suruh 3rd party yang uruskan. Ada satu company di KL Sentral. Aku dah call tapi dia kata perlukan at least 10 days dan harga processing masuk charge dia orang RM400 plus ( min ).
Satu lagi yang kena tahu, dengan visa yang ada ni pun kalau dah masuk Russia nanti kita kena validate each time kita sampai di bandar bandar yang kita singgah. Itu kira lain lah. Kalau dah sampai nanti pepandai la cari cemana.
Anyway. tu je aku boleh kongsi sebab misi aku cuma sampai ke sini je. Belum habis dan tak berjaya melaksanakan trip ni. Hassle jugak la pasal apply visa ni. Hopefully next year atau dalam masa terdekat ni, Russian jadi visa free untuk Malaysian.
Insya Allah lah. Ada peluang, masa dan kesempatan. Aku try balik semula.
Good luck bagi yang nak mencuba !