Showing posts with label 2013. Show all posts
Showing posts with label 2013. Show all posts

Sunday, November 3, 2013

Jom Seleburit : TGIF, Subang Parade

Al kisah hari tu masa birthday Anak Dara ku, Princess.

Time tu aku outstation jadi aku tak berkesempatan nak celebrate. Nak call dia nyanyi birthday pun tak lepas. Punya lah teruk phone line.

Rengsa aku jadi nya.

So sebaik saja aku balik ke KL, malam tu terus ajak semua keluar nak celebrate.

Tak tau nak ke mana, kami ke TGI Friday's je lah.


TGI Fridays pernah menjadi antara restaurant yang aku suka. Dulu aku punya fav meals adalah Mushroom Chicken Mushroom. Pastu dia orang revamp meals semua dah tak de lah makanan tu.

Terus aku kecewa dan lepas tu aku terus tak pegi TGIF sebab makanan dia bagi aku biasa biasa je. 

So kali ni lepas sekian lama merajuk membawa diri, tempat ni aku pilih lagi.

Dalam resto


Dan macam biasa, duduk dan lepak lepak. Pastu order.

Aku pun dah tak tau nak order apa yang menarik di sini, so tengok gambar je lah. Order ikut selera mata.






Overall makanan biasa biasa je. Tak de apa yang berubah sejak last aku datang dulu walaupun aku dah tak ingat bila.

Tapi, sebab celebrate birtday Princess, so aku nak suprise kan dia. Dah kautim cakap dengan waitress tu semua and dia orang pun agreed. 

Tup tup sebelum dia orang datang nak suprisekan, Princess elok je berdiri sebelah aku.

Pegang kaki. Gosok peha. 

"Adik kenapa?"

Senyap. Muka meneran.

"Papa... adik yak.. Papa angan la engok. Nanti ucuk" 

( Papa, adik berak Papa jangan la tengok nanti busuk ).

Hahaha. Nak terbarai aku gelak. Macam la kalau tak tengok tahi dia wangi. Tapi memang dia meneran sampai merah padam muka. Siap pusing mengadap ngadap dinding lagi. Malu lah tu.

Time time ni la tahik tu nak keluar kan? Nak buat cemana.

Dah tu tau apa jadi?

Tetap nyanyi lagu birthday.. walaupon tahik spelet

Tapi dia malu malu la. Kejap kejap pusing peluk aku. Segan la tu orang ramai ramai nyanyi untuk dia. Ke segan tahik selepet dalam pampers time tiup lilin?

Hahahaa..

Sempat la pegi cuci lepas tu dan tukar pampers sebelum balik.

Actually bukan cake pun, tapi ice cream



Seronok bukan main dia. Sepanjang jalan balik rumah dok nyanyi lagu...

"Epideee day to yuuuuuuu"

Epideeee okey !!!

Aku cakap kat dia.

"Adik dah besar ni. Epidee adik, adik nak papa beli hadiah apa?"
"Mainan pink !" ( mainan kaler pink )

* rebah atas dashboard

Semua nak pink. Tu la Princess aku, intan payung buah hati pengarang jantung.....

Tuesday, October 15, 2013

Selamat Hari Raya Aidiladha 2013






Berkorban apa saja
harta ataupun nyawa
itulah kasih mesra
sejati dan mulia

Kepentingan sendiri
tidak diingini
bahgia kekasih
saja yang diharapi

Untuk mencari bukti
kasih yang sejati
itulah tandanya
jika mahu diuji

Saturday, October 5, 2013

My Little Munchkin, My Princess

Anak Dara ku... !


Kalau cakap kat phone, biasa sebelum letak aku akan cakap dengan dia.

"Adik, cium Papa sikit"
"Tak boyeh"
"Kenapa.??"
"Auh" ( jauh )...

Tapi kalau depan mata.....

"Adik.. cium Papa sikit"
"Tak boyeh"
"Kenapa?"
"Ajam !!!" ( tajam )

Dia memang tak nak cium pipi aku kalau aku tak shave. Kalau dah shave pun mesti dia rasa dengan tangan dulu, pastu baru cium. Hahahaha.

Kadang kadang saja je dia cari pasal dengan aku time aku tengok tv ke buat apa apa tak nak layan dia.

"Adik tak ayang Papa"
"Kenapa?"
"Papa egil !!" ( Papa degil )..

* pengsan..

Happy birthday my little munchkin, dont grow too fast !

Papa loves you...............Princess.



Ku sadari kesalahan ini
Yang membuat segalanya gelap jadinya
Ooh kasihku
Kuharap kau mau memaafkan
Menerima pengakuanku
Jangan kau diam lagi
Ku tak sanggup menahan
Bicaralah kau sayang
Jiwa ini tak tenang

Cinta jangan kau pergi
Tinggalkan diriku sendiri
Cinta jangan kau lari
Apalah arti hidup ini
Tanpa cinta dan kasih sayang

Ooh kasihku
Ku harap kau mau memaafkan
Menerima pengakuanku
Jangan kau diam lagi
Ku tak sanggup menahan
Bicaralah kau sayang
Jiwa ini tak tenang

Uhh..uhh...
Cinta jangan kau pergi... huu...
Tinggalkan diriku sendiri
Cinta jangan kau lari
Apalah arti hidup ini
Tanpa cinta dan kasih sayang

Tuesday, October 1, 2013

Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya 2013

Aku nak share gambar gambar Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya 2013 tapi sebenarnya aku malu sebab gambar banyak tak jadi !

* nanges

Kecewa pun ada. Maklumlah, moment nya tak lama dan nak capture tu satu hal. Lagi lagi aku tak de tripod. Tapi tak pe lah. Untuk menjamu mata dan selera, aku tunjuk jugak.

Tapi kalau nak tengok view sebenar memang kena pi tengok lah.

Let's


Actually, masa aku dapat tahu pasal pertandingan ni memang ada hati nak pegi jenguk. Tapi bila sampai masa macam macam alasan. Lebih utama bila kemalasan melanda. Pastu ada hari hari tu macam nak hujan. Jadi malas ler.

Sampai la satu hari tu, teringin punya pasal, so aku nak book hotel kat Pullman nak ajak budak budak sekali, tapi ntah cemana, macam dah petang pulak. Rasa rugi lak nak book hotel dan check in petang petang hari. 

Cuma malam tu, tetiba datang seru. Aku terus ajak OR.

"Yang, Jom gi Putrajaya tengok bunga api"
"Bila?"
"Sekarang ! Bunga api pukul 10 malam"
"Budak budak?"
"Tinggal !!!"

Hahahaha. Kejam  tak aku? 

Bukan apa. Sebab dah lewat, pastu leceh nak bawak dia orang ni pegi tempat yang memang expect ramai orang. Lagipun dia orang dah nak tidur.

Keluar rumah pukul 9 malam, drive ke Putrajaya. Time ni aku memang tak mau nak masuk Putrajaya so aku view dekat area Cyberjaya jer.

So ini la hasil yang tak seberapa.




Aku expect orang tak ramai dari arah Cyber tapi rupa rupanya.. elok aku sampai 10 minit lagi nak pukul 10 malam. Double park je main belasah terus turun. Orang punya la ramai. Kereta tak payah cerita lah. Bersusun susun. Kira timing memang sedang elok.

Aku dengan OR cecah kawasan tepi tasik dekat area Perdana View tu tup tup terus bunga api pertama meletus !

Tak sempat nak setting. Tripod memang tak bawak lah.







Orang punya lah ramai. Tapi yang paling ramai aku dengar dok borak adalah orang Indon. Ntah mana mana datang pun tak tau. Siap bergelak ketawa sesama mereka.

Memang ramai lah orang. Tu baru area Cyberjaya, kalau area lain tu aku tak tau la cemana. Tapi memang rezeki aku jugak lah, sampai, dapat parking dan terus dapat tengok fireworks !

Cuma tak puas hati sebab gambar tak menjadi ! Tu lah pemalas bawak tripod.

Gambar mengecewakan.

Siap esoknya Hero mintak nak tengok gambar aku ambik sebelum ni. Cepat cepat aku cakap tak boleh, takut kantoi pegi tengok bunga api tak ajak dia.







Next time memang wajib kena bawak tripod. Tapi port aku duduk tu ntah kalau siang aku tak rasa aku akan sampai situ. Betul betul tepi tasik. Tasik tu tak de buaya kan? Silap silap kena ngap.

Kalau aku bawak tripod pun, aku tak pasti nak pacak kat mana sebab kepala orang je yang penuh kat depan. Silap silap aku ambik tripod dok ketuk ketuk kepala orang suruh duduk.

Tapi orang memang ramai. Tetiba je nampak kepala orang je yang banyak. Dari area Cyber tu boleh la dengar muzik sikit. Time aku pegi ni, team dari USA yang perform. Sebelum sebelum tu aku rasa lagi menarik ler gamaknya.

Hasil yang ala kadar, show ni adalah dalam 20 minit macam tu. Abis yang last tu terus blah takut kena maki sebab double park sesuka hati.







Kereta memang bersusun susun. 

Ramai je yang double park sampai nak masuk ke area tu pun dah jem teruk. Aku tengok dekat area depan rumah Tun M dengan LKW tu je. Tapi jalan sampai ke Sek Seri Puteri tu memang dah tak boleh nak gerak kalau datang dari arah Cyberview.

Apa apa pun, dapat jugak la tengok.


Bagi yang tak dapat tengok, hah. Jangan risau. Malam esok, 2 hb Oct ni jam 10 malam, ada lagi satu last show dari team Dubai. Tetiba Dubai, kenapa tak UAE? 

Aku tak pasti. 

So book timing dan cepat cepat pegi jenguk. Best dan menghiburkan. Aku ingat kalau sempat nanti aku nak pegi bawak budak budak. Tapi hari sekolah ler pulak.

Nanti fikir kendian.

Ni info bagi yang berminat ! Jangan lupa pegi dan ambik gambar lawo lawo...


Tetiba teringat kumpulan Firehouse...dan lagu ni antara yang aku minat dolu dolu... Pasang nak pecah rumah dan melalak kuat kuat dalam bilik air !

Here for you !



So you think you've got it all figured out
Well, you know you can't make it alone
Everybody need somebody to help them out
And you know I could be that someone
And if you ever get lost on life's highway
Don't know where to go
There's just one thing that I want you to know

I am here for you, always here for you
When you need a shoulder to cry on
Someone to rely on, I am here for you

So you think that love is long overdue
Tired of looking for someone to care
Let me tell you now the choice is up to you
But you know I will always be there

I am here for you, always here for you
When you're needing someone to hold you
Remember I told you I am here for you, I am here for you

So now you've got it all figured out
And you know you've found someone that cares
And if you ever need somebody to help you out
Well, you know I will always be there
And if you ever get lost on life's highway
Don't know where to go
There's just one thing that I want you to know

I am here for you, always here for you
When you need a shoulder to cry on
Someone to rely on

I am here for you, always here for you
When you're needing someone to hold you
Remember I told you I am here for you, I am here for you

Friday, September 27, 2013

Birthday Trip Hero

Ini cerita pasal birthday trip Hero.

Dia dah canang kat aku sejak seminggu sebelum birthday dia lagi.

"Papa. Lepas ni birthday Hero kan?"
"Ya.. Minggu depan"
"Minggu depan tu lagi berapa hari?"
"Ahad depan lah"
"Ada hadiah tak Papa?"
"Mana boleh bagitau. Rahsia"
"Aaaala Papa ni... tu pun nak rahsia"

Godaan dia tak berjaya mendapat apa yang dia nak tau. Aku just buat bodo je sampai la minggunya tiba. Dah bagitau kat OR dan aku dah book hotel siap siap. Hajatnya nak bawak dia orang pegi bercuti sempena birthday Hero ni.

Nak bercuti kat mana?

Ha.... aku dah jumpa tempat. Tak jauh mana. Di Morib tu je. Aku dah siap book kat Gold Coast Morib Resort tu sebab kat situ aku rasa budak budak akan have fun ! 

Yang tua tua macam kita ni, ngikutkan saja. 

Jalan dalam Malaysia jer

So hari sabtu kami dah bersiap siap. Tak keluar awal mana sebab aku dah baca, check in time tetap pukul 3 petang walau pukul berapa korang sampai pun, so, tak pe lah. Ambik masa berehat rehat. Tengahari baru keluar.

Tau sapa yang lebih excited??

Watch out  Vivy Yusof !!!

Dress by Padini, Legging by sapa pun tak tau, pengikat rambut OR, jam tangan kaler pink yang tak de battery. Paling tak tahan, kasut ! Tau kasut tu aku singgah kat Petronas, pastu dia jumpa mainan apa benda ntah, princess siap ada kasut. Dia mengaruk nak kasut tu. Pastu pakai tak nak bukak !

Kasut tu besar, bila jalan bunyi macam steamroll sebab dia seret. Nasib tak tertonggeng. Tapi tetap la dia nak kasut pink ni. Diva tak Anak Dara aku ?

OR dah siap siap bawak bekal. Padahal bukan jauh sangat pun nak ke Banting tu.

Singgah makan nasi lemak dekat R&R dekat SKVE tu

Makan ala ala kenyang then kami terus ke Morib ikut Banting. Sekarang dah ada highway SKVE so senang la tak payah ikut ELITE lagi dah. Tapi jalan SKVE tu macam harom.. Sapa lah yang buat konsesi highway ni. Hish.

Ini bukan la kali pertama kami ke Morib tapi first time ikut SKVE. So tak de la masalah sangat nak cari jalan, follow sign sahaja.

Jalan ke Banting

Melepasi pekan Banting

Sampai di Gold Coast Morib Resort

Check in dan dapat bilik. 



Sampai sampai budak budak terus sibuk nak mandi manda. Teman dia orang mandi kejap.


Macam biasa budak ni mengamuk tak sudah. Nak pakai goggle sepanjang masa dari start turun bilik sampai ke kolam tak nak tanggal. Pastu nak pistol air, nak itu, nak ini. * pening

Layan dia orang mandi sampai petang then aku ke pantai layan sunset, dia orang sambung mandi dalam jacuzi pulak kat bilik.

Sunset di pantai Morib.





Aku balik bilik bukak pintu je tetiba Hero kecoh kecoh bagi tau.

"Papa. Adik berak dalam kolam !!"

* Papa pengsan

Anak Dara aku terberak dalam Jacuzi ! 

Syok sangat lah tu kena bubble bubble sampai terberak. Jacuzi tu pulak tak leh salurkan air keluar. Rosak ! Merasalah OR dok bersihkan jacuzi tu, tapi still ada air bertakung dan semua orang tak mau mandi dah. 

Jacuzi adalah bertahik sampai check out. Tahik dah hancur kena bubble bubble !

* pengsan sekali lagi

Dan malam tu bermula la acara potong kek dan meraikan birthday Hero.

Pihak hotel ada sediakan cake, gift termasuk sijil sebab celebrate di sini. Konon macam masuk Malaysia Book of Records, untuk apa pun aku tak pasti. Harga pakej semua adalah RM268, studio room 2 hari 1 malam termasuk 2 dinner, 2 breakfast dan 2 entrance to waterpark. Ada cake, gift dan cert.

Ada dinner malam tu tapi semua dah kenyang lepas belasah nasik lemak tu sekali lagi. So aku turun untuk claim hadiah je.

Dapat la cake dan hadiah hadiahnya.

Cake hotel bagi

Jajan dibeli untuk memeriahkan suasana

Sijil

Birthday boy dan tukang kacau ( lagi over nak tiup lilin dan lagu dia berbunyi.... 'epedeee  day tuyuuu' ). .................... Epedee okeh !

Ini hadiah hotel bagi !

Punya la Hero tak puas hati. Bear je siap joget joget nyanyi lagu birthday. Anak Dara aku lah suka. Dah la battery tak bagi. Satu hal lak aku kepak remote aircond dengan remote TV nak pinjam battery.

Berjaya jugak beruang ni menari. Tapi langsung tak memberahikan.

Hero tetap tak puas hati sampai la dah tutup lampu dan semua nak tidur.

"Tu je ke hadiahnya Papa?"
"Ya lah.. Tu je Papa mampu. Nak hadiah best best tunggu la Papa jadi Saudagar Minyak Unta"
"Apa tu Papa??"

Jeng Jeng Jeng...............

Dia confuse tak faham. Tapi dia pasrah lah birthday tahun ni dia tak dapat hadiah yang dia nak. 

Sampai la lampu dah tutup. Dia baring sebelah aku dengan cubaan nak tidur dengan perasaan pilu sebab hadiah birthday tak best. Slow slow aku keluarkan hadiah untuk dia dari bawah katil.

Tablet dah siap install dengan game game

Terus la bangkit dari tidur macam pocong !!

Tetiba dia gembira. Tetiba peluk Papa. Peluk Ibu. Peluk semua orang.

"Terima kasih Papa"

Baru la nampak senyuman di wajah. Yang tak senyumnya si kecik tu lah. Tak puas hati. Bangun jugak dia dan meluru dulu.

"Adik punya tak de pun?"

Tangan kat belakang tanda merajuk. Pastu meraung. Terpaksa la aku cepat cepat pujuk.

"Takkan la Papa sampai hati nak biarkan anak Papa tak dapat hadiah. Kalau abang dapat, adik pun dapat lah. Ni untuk adik"

Tablet untuk Anak Dara

Tau dia cakap apa?

"Waaaaaaaaaaaaaaa. Ni agi antik !!!' ( ini lagi cantik )

Punya la excited. Siap ber high five !

* pitam aku budak budak zaman sekarang ni

Lepas tu, aku terus tido sebab keletihan. Ntah apa jadi dengan dia orang. Syok main tablet masing masing tu sampai abis battery. Hero dah lama nak tablet ni, aku je buat keras malas nak beli. Tu la dalam larang larang tak bagi main game, tapi beli tablet suruh main game jugak !!  Padahal PSP, PS2 semua dia dok main lagi.

* sigh...

Salahkan aku lah. Kadang kadang keinginan anak anak ni susah nak ignored. Kan?

Sampai la ke esoknya. Bangun pagi masing masing dok capai tu dulu. Lepas breakfast, dia orang ajak mandi lagi sebab tablet masing masing dah abis battery.

Gi mandi kat bawah dan tengahari lepas tu check out.

Keluar dari Gold Coast Morib kami tak terus balik. 

Kalau tadi untuk budak budak, bapak budak pun mengambik kesempatan berjalan jalan dan membuat aktiviti memuaskan hati sendiri !

Kami jalan jalan ke Jugra.

Thanks to Mak Esah yang introduce aku dengan tempat tempat ni. So aku pun nak gi riki.

Ke Istana Bandar, Jugra. Tempat ni spooky ler.

Masjid Sultan Alaidin, Jugra

Dan. Sudah tentu tak lupa ke Bukit Jugra untuk acara Paragliding  Aku dah siap book sehari sebelum tu dengan orang Paragliding ni. 

Papa yang excited terlebih.

Nanti citer details. Layan gambar di Bukit Jugra pulak.




Abis melepek di Bukit Jugra kami turun semula dan terus ke Banting.

Tak lupa nak merasa Cendol Ibrahim yang terkenal tu. Sedap ke uols?? Hmmmmmm.. Apa apa berhenti dulu minum di sini.



Boleh tahan lah.

Apa yang menariknya, dia still tak pakai mesin. Pakai cara dolu dolu dolu kala kisar ais tu. Tu yang buat rasa dia ada lain sikit lah.


Tapi kalau nak datang ke Banting semata mata nak minum cendol, tak perlu lah. Cuma kalau memang ada di sini, boleh la singgah !

Ingat nak makan kat restaurant Tawaqal ni, tapi rupanya mamak je.

So tak berselera ler pulak.


Makanan terbaik untuk hati?

Balik terus lepas tu, singgah makan kat RNR semula. Kedai yang tak de orang tapi ambik masa satu jam untuk masak makanan kita orang !

Stress !

Cuaca pulak dah tak berapa menentu.

Balik ke rumah, aku terus pengsan.


Budak budak la seronok dok layan tablet tak berkesudahan. 

Apa apa pun, we enjoyed the short trip, cuma aku la keletihan. Lagi letih sebab balik dari Bukit Jugra tu aku tidur mimpi aku bunuh orang.

Bahana ambik gambar kat kubur Cina la ni !

Terus trauma tak berkesudahan. Lagi aku trauma kalau nanti tak sampai seminggu ada yang bagitau tablet dah rosak dan punah ranah jadi nya... Tu risiko yang aku kena sedia untuk terima.

Sepanjang malam aku keresahan takut tablets tu jahanam cepat.

Aku dah warning, kalau rosak memang dah tak ganti. Tunggu Papa betul betul jadi Saudagar Minyak Unta kabi kabi baru boleh beli yang lain.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...