Showing posts with label Budapest. Show all posts
Showing posts with label Budapest. Show all posts

Saturday, August 17, 2019

#RoadTripCentralEurope DAY 06 | 05 : HARD ROCK CAFE BUDAPEST

This is Hard Rock !

HRC Budapest

Tak sah kalau dah sampai tapi tak gi singgah tabur tabur bunga rampai.






HARD ROCK CAFE BUDAPEST
EST. DECEMBER 14, 2011

Hard Rock Cafe Budapest is located inside the Váci shopping and entertainment center in a historic UNESCO world heritage site. Our cafe features 1097 square meters of floor space over 4 levels, plus an outdoor dining area open seasonally. 

The famous Rock Shop® is located on the ground floor, and the main restaurant, bar, and performance stage are located on the first floor, while the top floor provides additional seating and stunning views of Vörösmarty Square and Váci Street.

Time kami sampai orang agak ramai sebab lokasi Hard Rock Cafe Budapest ni terletak di kawasan tempat makan makan dan orang lepak lepak. Jadi ramai yang di sekitar area ni nak makan malam.

Kami je yang datang nak menyemak.

Ayuh masuk dan buat kacau..

* aksi macam gangster Kg Dusun...

Masuk masuk je terus Rock Shop. Tak jadi nak bergangster. Terus nak usha apa yang menarik merchandise di sini....

SHOP THE ROCK SHOP®

After enjoying an evening of good food with family and friends, don’t forget to stop by our world-famous Rock Shop® to pick up exclusive Hard Rock Cafe merchandise.













Menarik gak tapi tak tau nak beli apa.....

Terkesima tengok interior dia....

Terus rasa nak kencing !




Turun bawah, shi shi dulu tinggalkan jejak...

Pastu naik atas semula ke bahagian restaurant.


AUTHENTIC TASTE

Hard Rock Cafe is known for great food, and with good reason. Each of our dishes are made in house using fresh ingredients and local flavors. From our juicy Legendary® Burgers to our handmade cocktails, we have reputation for serving only the tastiest meals.

Restaurant dia agak besar dan koleksi memorabilia dia pun nampak macam banyak.









Dan ada section untuk bar bagi yang nak lepak lepak.






Pearl Jam. Layan lagu sat.... Muah !



Oh where, oh where, can my baby be?
The Lord took her away from me.
She's gone to heaven so I've got to be good,
So I can see my baby when I leave this world.

We were out on a date in my daddy's car,
We hadn't driven very far.
There in the road straight ahead,
A car was stalled, the engine was dead.

I couldn't stop, so I swerved to the right,
I'll never forget the sound that night.
The screaming tires, the busting glass,
The painful scream that I heard last.

When I woke up, the rain was pouring down,
There were people standing all around.
Something warm flowing through my eyes,
But somehow I found my baby that night.

I lifted her head, she looked at me and said,
"Hold me darling just a little while."
I held her close, I kissed her our last kiss,
I found the love that I knew I had missed.

Well now she's gone even though I hold her tight,
I lost my love, my life that night.

Ada tingkat atas satu lagi tapi section tu closed. Lebih pada kalau ada event, stage performance atau press conference artis artis nak buat.

Sebagai artis antarabangsa, mudah je aku lolos sampai ke atas.








Sound check, 1...2..3...4...

Tak de orang layan. Last sekali turun semula.



Abis lawatan. Memang antara Hard Rock Cafe yang besar saiznya di Budapest ni. Mesti banyak gig dan performance serta happening.

Lepas tu kita orang blah tapi beli apa apa...... Datang melawat sajork !




HARD ROCK CAFE BUDAPEST
Deák Ferenc utca 3-5
Budapest, Hungary
Phone: +36 30 572 4011

HRC Budapest
hardrockcafebudapest/

RESTAURANT HOURS:
Mon - Wed, Sun 12:00 PM - 11:00 PM
Thu - Sat 12:00 PM - 12:00 AM

BAR HOURS:
Sun - Wed 12:00 PM - 12:00 AM
Thu - Sat 12:00 PM - 1:00 AM

ROCK SHOP® HOURS:
Mon - Sun 10:00 AM - 12:00 AM

Kat airport Budapest pun ada Rock Shop...

ROCK SHOP® AIRPORT

A new Rock Shop retail store has opened its doors to the public in the Liszt Ferenc Budapest International Airport in 2015 July.

The Airport Rock Shop is located in Terminal 2A Departures at gates A10-11, and it boasts with some of the world's greatest music memorabilia, from Michael Jackson, Taylor Swift, Cher, Christina Aguilera, Aerosmith and U2 and much more. The Airport Rock Shop features new, specialty pins only available at the airport along with fashionable merchandise that includes authentic items such as T-shirts, sweatshirts, caps, keychains, fridge magnets, fashion accessories and more.

Dan Hard Rock Hotel Budapest Coming Soon

Para peminat tegar HRC yang ke Budapest boleh lah menginap atau mengusha apa yang patut...

Keluar dari Hard Rock Budapest nampak souvenir shop, aku ikut budak budak tu gi beli key chain dan FM. Tu je lah yang selayaknya untuk kami...

bersambung lagi nanti..............

Friday, August 16, 2019

#RoadTripCentralEurope DAY 06 | 04 : BUDAPEST - ZAGREB

Kami crossed chain bridge ke sebelah satu lagi dan lepak lepak kejap di area tu.

Four Seasons Hotel Budapest

Statues

Tak berani nak explore jauh jauh, akhirnya kami crossed balik jambatan dan kembali ke tempat kami park kereta tadi.














Memang banyak tempat kami missed dan tak sempat nak cover. Hari pun dah semakin petang. 

Pasrah je lah. Kami nak cari port nak solat dulu. Ambik kereta dan bergerak meninggalkan area ni.


Boleh pulak kat roundabout depan bridge ni ada accident depan kami. Bas pelancong dengan kereta merc dan menghalang lalulintas. Lama jugak la kami menunggu dalam kereta nak lepas.

Dah lepas tu IH drive menyusuri Danube River melintasi bangunan National Parliment of Hungary. Puas hati dapat tengok depan mata sendiri.





Sampai Margit Hid Bridge kami ikut laluan waze menuju ke Islamic Center.

Sekali lagi bencana melanda, tersilap nak exit terpaksa u turn jauh gila dan jalan jem macam haram !



Ini semua salah Rikcy Martin !!!!

* tetiba

Bila dah ikut laluan yang betul cari punya cari tak jumpa pulak. Dah tanya orang. Masuk jalan itu ini konon dah arrived tapi haram tak nampak rupa masjid maupun Islamic Center. 

Maybe dalam bangunan dan kami tak nampak dari luar.



Hari makin petang. Sudahnya kami cari kawasan park dan solat di situ. Nasib baik ada air sebotol sorang memang dah siapkan untuk kecemasan. Solat bawah pokok kat park yang orang ramai tengah beriadah.

Tak tau la ada yang perasan ke tidak. Tapi lega la abis solat baru kami sambung semula. Kali ni patah balik dan nak crossed ke sebelah bangunan Parliament tadi tu.





Niat di hati nak singgah area Parliament tu lah, tapi jalan tak boleh belok kanan. Ah sudah ! Macam macam hal. Dah lah time tu sunset tengah elok menjadi. Memang bukan rezeki lah.

Last sekali kami keluar je laluan utama dan park dekat area St. Stephen's Basilica,


Happening pulak area tu banyak jual jual macam ada pesta, tersangkut pulak kat situ. Orang pun agak ramai.

Menapak sampai hujung jalan tepi Sungai Danube tu then kami perasan jauhnya nak gi ke Parliament Building tu jalan kaki !

Hari pun dah hampir gelap. 

 








Sampai kat Four Seasons Hotel tempat kami sampai masa crossed chain bridge dari arah sana then kami decided forgo je nak ke Parliament Building tu. Jauh satu hal. Dah malam kot.

So kami ke kiri instead....





Sampai la ke Hard Rock Cafe, Budapest.



Hati jadi riang walaupun tak beli apa apa. Then masuk kedai souvenir.





Pastu menapak semula balik ke tempat parking kereta. On the way tu singgah singgah dia orang usha cenderamata.



Sampai semula di area St. Stephen's Basilica, dan usha kemerian expo apa benda ntah. Banyak jual makanan yang tak boleh di makan. 

Jadi tengok tengok orang je lah.





Pastu lepak jap rehatkan diri kat tepi cathedral tu merangka mana nak pegi.

Kalau ikutkan hari ni macam kecewa dengan Budapest. Aku rasa macam tak leh nak bagitau orang aku dah sampai Budapest sebab macam tak de tempat yang biasa orang pegi aku pegi. Setakat tengok tengok dari jauh macam tu jer.

Sama kes macam Vienna ni.

Memang bandar bandar besar macam ni tak leh singgah lalu macam tu, at least kena spend sehari dua baru boleh explore. Tapi aku tak salahkan sesapa. Rasa Ok je just to get the highlight of Budapest.

Maybe next time aku kena datang lagi.

"Mana kita lepas ni?"
"Ermmm. Tengah fikir. Nak stay kat Budapest ni or nak terus ke Zagreb"
"Berapa jam sampai Zagreb?"

IH tanya.

"4 jam ! Jauh gak tu. Hari dah malam ni"
"Kita gerak sekarang lah. By tengah malam sampai la kot"

Senang kan ada member travel cam IH ni. Tak banyak songeh. Dia OK, aku follow je sebab dia yang nak kena drive.

Melintasi Liberty Bridge. Tak sempat nak main romen romen dengan tiang kat sini.

Sorry Budapest. Lain kali kami datang lagi. Insha Allah.

Aku dengan IH bersependapat Budapest adalah destinasi paling best walaupun kami cuma singgah sebentar. Vibe dia lain macam dari bandar bandar lain yang kami dah singgah. BW? Ada dia kisah?

Perjalanan dari Budapest ke Zagreb merentas suasana pekat malam laluan sepanjang hampir 350 KM. Abis lagu aku melalak nak hiburkan IH. Tapi aku tau dia langsung tak terhibur.

Tak pe. Janji dia tau aku tak membuta macam orang belakang tu......

* wink wink...

Mungkin trip kali ni tak menyebelahi kami.



Andai kau cinta kepadanya
Jagalah dia sepenuh jiwa
Doakan ku juga bahagia
Lebih terbaik waktu bersamamu

Namun jika cintamu kerna
Engkau tertekan keterpaksaaan
Beranikan kembali padaku
Aku pertahankan seluruh nyawaku

Cinta kita anugerah yang terindah
Seribu tahun tak mungkin berubah
Kita telah berjanji Sehidup semati
Sehingga ke syurga

Dia hanya ingin kita berpisah
Namun tak mudah ku lepas menyerah
Percintaan ini pasti
Milikku selama-lamanya

Cinta kita anugerah yang terindah
Seribu tahun tak mungkin berubah
Kita telah berjanji sehidup semati sehingga ke syurga

Dia hanya ingin kita berpisah
Namun tak mudah ku lepas menyerah
Percintaan ini pasti Milikku selama-lamanya
Percintaan ini pasti miliku selamanya
Hadiah Tuhan untuk kita berdua

Jam 1 pagi kami tiba di Zagreb, Croatia. Jenuh tuan rumah menunggu. 




Aku booked penginapan masa kami start meninggalkan Budapest tadi. Dah bagitau kami akan tiba lewat.






Memang lewat ! 

Kesian host kami. Tapi dia baik dan agak friendly. Dia pernah datang Kuala Lumpur dan dia kata dia suka. Dia ajak sembang tapi kami mengantuk mata.

Esok pagi pagi nak bergerak dah. Tak mau lama lama di Zagreb ni. Dah hari ke 07 nanti kang tak lepas balik ke Zurich. Tak sempat naik kapal terbang balik Malaysia. Sapa yang tersiksa?

Ermmmmm...

bersambung........................

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...