Showing posts with label Travel Info. Show all posts
Showing posts with label Travel Info. Show all posts

Thursday, October 5, 2017

Masalah Aku............. Masalah Dunia ! ( Tapi tak besar mana )

Citer sikit, masalah bagi yang suka travel.

Maybe ada yang pernah dan akan mengalami masalah yang sama macam aku. 

Ini masalah dunia ni. Boleh meruntuhkan kaum sejagat especially perokok perokok tegar !

Okey. Aku tau Merokok Membahayakan Kesihatan

Semua orang tau tu. Dan semua jugak orang tau yang merokok tu membazir ! Rokok dah mahal.

Tapi ada cara nak dapatkan rokok murah !! Cemana???????????????????????

Ya. Beli rokok dekat duty free !

Aku mungkin bukan travller yang tegar tapi aku rasa kalau setahun tak kurang 12 kali aku turun naik flight dan melepasi Duty Free dan kelur masuk negara. 

Dan acap kali jugak la mesti aku beli rokok kat duty free ni. 

Rokok Duty Free

Kes ni berlaku kat KLIA 2 masa aku inboud dari Sihanoukville tempoh hari. Macam biasa lepas immigration aku akan beli rokok duty free. Masa nak lepas kastam tu aku dah perasan sorang minah ni dia pandang je aku. Bila aku nak lepas je tetiba dia panggil.

Memula dia tengok apa yang aku beli sebab aku bawak rokok dalam beg plastik tu dengan tangan jer.

"Encik.. Tengok passport"

Aku pass kat dia.

Dia belek belek dan interrogate aku few soalan then dia cakap.

"Encik tak boleh beli rokok sebab Encik kat luar negara kurang dari 72 jam"
"Maksud?"

Aku blur skit sebab ngantuk.

"Kalau nak beli rokok duty free kena berada di luar negara lebih pada 72 jam"

Dia rephrase je ayat tadi. OK.

"So?"
"Encik kena bayar tax lah ni"
"Berapa?"
"RM 80"
"Huh? Rokok duty free RM 105. Rokok kat luar kalau sekaton RM 170 baru, kenapa mesti saya nak kena bayar lebih?"
"Alah Encik bayar je lah. Memang kena bayar"

Hmmmmm.

"Bayar kat mana?"

Dia tunjuk kanuter Kastam ada cashier kat situ.

"Ada tulis kat mana mana ke?"

Aku tanya dia balik.

"Errr. Tak ada. Eh ada tapi tak ada kat sini !"
"Kenapa tak bagitau cashier kat Duty Free kalau tak boleh beli rokok? Kalau 1 passport boleh beli 1 carton kenapa tak bagitau benda yang sama, sesiapa yang keluar negara tak kurang dari 72 jam tak boleh beli rokok duty free?"

Dia diam tak jawab !

"Abis tu saya beli cokelat ni, kena tax jugak ke?"
"Oh. Cokelat tak payah. Rokok jer"

Pulak dah?

Ya. Smoking kills. Aku tau tu ! Tapi depressi jugak boleh membunuh ! Lagi lagi kalau menahan amarah dan berhadapan dengan orang orang yang ada kuasa dan nak tunjuk kuasa.

Pelik la dia orang ni. Aku tak kisah nak bayar, tapi biar ada proper documentation, hebahan dan semua semua ni biar telur. Jangan sorang buat dan yang lain boleh buat tak tau je hanya kerna kau ada kuasa nak tahan orang dan nak denda orang.

Ni dah kira macam scam. Kau biarkan orang beli rokok, pastu kau tahan pastu kau paksa suruh bayar tax !

Aku tak puas hati tapi aku malas nak panjang panjangkan isu. Tak de masa nak bertekak pasal isu ni.

Cuma tu lah. Macam tak kena jer.

Lagipun dia tak tau, dalam beg aku ada lagi 1 karton rokok aku beli outbound KLIA 2 tempoh hari. Baru guna 2 kotak. Diam diam sudah. Kang kantoi lagi banyak aku kena tax !

KLIA 2

Tak pe lah. Cuma moralnya di sini. Peringatan untuk sahabat sahabat perokok !

Moralnya beli rokok dan isi rokok dalam beg. Jangan bawak di tangan especially kalau beg kecik ( dia orang presume beg kecik travel dekat dan kejap kejap )

Maka kena kurangkan lah merokok  !

Terbuku rasa di hati geram tapi tak tau nak marah sapa.

Keluar dari arrival gate, aku ambik ERL nak ke Putrajaya Sentral.

Bye KLIA 2 !

Naik ERL

Turun Putrajaya

Masa nak keluar tu, aku check tiket ERL aku hilang !

Aku cakap dengan guard Nepal tu tapi dia suruh aku cakap dengan orang kaunter.

"Kad saya hilang!"
"Naik kat mana?"
"KLIA 2"
"Ada resit beli?"
"Ada"

Aku tunjuk dan bagi dia.

"Hah. Encik kena bayar harga ni semula"
"Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ?????"

Ingatkan resit tu bukti sahih yang aku memang beli tiket dan aku rasa patut di lepaskan. Rupanya bukti dia nak suruh aku bayar harga tiket yang sama. 

Hmmmmm...

So, masalah aku ni kira masalah dunia ke tak? Ke sebab kecuaian sendiri?

Nasib baik lah, Tuhan maha kuasa. Tetiba aku jumpa kad kat lantai. Tak leh open gate tapi mamat Bangla tu bagi lepas ikut pintu manual.

Selesai masalah.

Ambik ikhtibar mana yang patut, permasalahan ini mungkin juga akan terjadi kepada anda !

Friday, May 2, 2014

KLIA 2

Jeng Jeng Jeng..............

Aku pun tak percaya kalau aku ni sendiri rajin pegi menyibuk nyibuk dengan benda benda sambutan, perayaan atau majlis majlis keraian kalau di Malaysia sebab aku biasanya tak mahu pegi sebab aku akan pening kepala !

Tapi kalau kat oversea tak per because I is artis antarabangsa

* sedia nak kena gelek dengan tayar kapal terbang

Tapi baru baru ni KLIA 2 telah mengadakan open day. Viewing day untuk umum melihat sendiri kesediaan KLIA 2 yang beroperasi dengan rasminya hari ni ( 2hb May 2014 ). Dan bermula pada 9hb May nanti, semua perlepasan dan ketibaan pesawat Air Asia akan beroperasi di sini.

OK. Actually aku yang bagi idea kat OR dan budak budak nak pegi merayap weekend tu, tapi bila sampai hari dan waktunya, aku lak jadi malas. Aku cakap kat OR.

"Tak payah pegi la Yang. Boleh saya tido"

Hahaha..

"Kesian budak budak dah excited !"

Hmmmm.

Terus rasa lemah. Menyalahkan diri sendiri sebab bagi idea ni pada mula nya.

Jadi, untuk tidak mengecewakan hati hati yang dah terexcited berlebihan dan untuk tidak mengundang amokan dan mungkin rusuhan perasan, jadi aku pun setuju lah untuk pegi.

So di sini aku share sikit apa yang aku rasa, aku nampak, aku dengar dan apa apa je la yang aku rasa boleh benefit bakal pengguna KLIA 2 ni nanti. Tapi semua info ni adalah first hand, maksudnya aku pun tak abis explore sangat, kalau ada 2nd opinion atau dah merasa sendiri mungkin ada cara yang lebih baik.

Kami bergerak dari rumah dekat tengahari jugak lah. Sepanjang jalan mendung dan nak hujan. Aku dah rasa tak sedap hati, belum kira betapa ramainya orang yang bakal ada di sana dan aku turut sama nak bersesak sesak, berlaga bontot, bersenggol senggolan nanti.

Tapi tak pe, misi diteruskan. Macam biasa, OR drive !

Ini sign KLIA 2 sebaik saja masuk ke simpang yang memisahkan jalan menuju KLIA 2 dan jalan KLIA tu. Jangan tanya pasal jalan LCCT. Jalan tu dah jauh terkebelakang !

Pastu akan nampak la tersergam indah dan megah KLIA 2. Megah tu mungkin ya. Indah tu aku kurang pasti. Nampak jugak traffic tower yang dicanang canang sebagai menara air traffic tertinggi di dunia !

Dah nak sampai ke simpang seterusnya. Ketibaan dan perlepasan adalah ikut simpang yang berbeza. 

Kalau orang hantar kita untuk naik flight boleh je pegi ke Perlepasan terus. Tapi kalau macam kita yang jenis nak park kereta, so aku kena pilih ke Ketibaan sebab parking kat situ.

Once masuk ke simpang ketibaan. Akan lalu depan entrance balai ketibaan. Bangunan ni di namakan Integrated Complex. Ada entrance parking sebelum dan selepas balai ketibaan ni. Kalau terlepas jangan bimbang, jalan je ke depan sebab entrance parking selepas tu pun ada dan mungkin kurang kereta park di situ ( sebab orang dah masuk yang sebelum pintu balai ketibaan )

Ini balai ketibaan

Belah kanan ada construction lagi

Dan traffic controller yang tinggi ni

Ada Tune Hotel lagi?

Parking kereta rasanya agak banyak, cuma aku doubt it la, ada parking RM16 sehari macam di LCCT tu.  Parking ni agak proper macam parking di KLIA. Charge dia aku tak pasti sebab masa hari tu FOC.

Lepas parking kereta tu, akan masuk ke Integrated Complex dekat Balai Ketibaan tadi tu.  

Integrated Complex ni yang ada banyak kedai kedai. Ada juga ERL station dan bas station semua di level lain lain tapi bangunan yang sama.

Antara kedai di Integrated Complex. * pokai

Arrival Info di Integrated Complex

Maklumat bas pun kat sini

Maklumat bas ke KL Sentral

Semua semua yang di atas tu adalah di dalam Integrated Complex lagi.

Pening eh?

Tengok gambar ni....

Parking dan mall semua di Integrated complex tu termasuk Balai Ketibaan. Kalau ikut simpang perlepasan terus boleh ikut laluan ke entrance Main terminal  Main Terminal tu kiri kanan adalah domestic terminal, then skybridge pastu baru lah satellite building dan international terminal...

Panduan untuk setiap level

Lepas integrated Complex ni baru lah ada jalan untuk ke Main Terminal dan Balai Perlepasan. Ingat tak simpang yang terbahagi dua memula tadi tu?

Kalau ikut simpang Perlepasan baru la sampai di gate ni.

Balai Perlepasan. Kalau setakat orang hantar dan dropp kita di sini tak de masalah sebab boleh masuk ke Balai berlepas untuk check in jer.

Lepas tu baru la jumpa gate KLIA 2 ni untuk masuk ke Main Terminal.

Welcome to KLIA 2.  Kenapa huruf kecik eh?

Baru lah kiranya masuk ke Main Terminal

Di sini baru boleh nak check in.

Daftar masuk dan baggage drop off.

Ada board besar maklumat dan jadual penerbangan

Kalau dah check in, ke kiri adalah gate untuk domestic flight dan kalau terus adalah untuk International flight

Kalau dah masuk untuk boarding international, orang yang hantar kita boleh bye bye kat atas ni.... tempat ni overlooking............

Imigresen....... 

Then.. baru la first body scan...............

Lepas tu baru boleh lepas skybridge ni.............. Barang di ingat, skybridge ni agak panjang. Kalau KLIA ada shuttle train tu, tapi di sini cuma ada walkalator atau jalan kaki saja. Time ni kalau lambat memang berlari lari lah nak sampai ke gate untuk international.

Kalau dah naik skybridge tu, belakang dah kira lepas adalah domestic punya gate

Atas skybridge. Ada masa nanti buleh la tengok kapal terbang lalu kat bawah

Atau lambai lambai kat KLIA sana

Tapi imagine kalau gate perlepasan adalah belah hujung sekali????? ( kiri adalah domestic tadi dan kanan adalah international gate )

Sempat ke tak?

Jadi.. hanya masa yang mencukupi dapat memastikan kita selamat boarding flight dengan jayanya...............

Apa yang aku nak cakap, KLIA2 ni besar gila. Dont underestimate the word LCCT lagi sebab tempat ni memang superbesar macam KLIA dah. Facilities wise aku rasa top notch dan lain lain pun rasa agak bagus walaupun finishing belum siap sepenuhnya.

Apa apa pun, tips nya, kalau nak berlepas especially international... memang at least 2 jam sebelum dah kena check in atau settlekan luggage. Fikir jugak nanti nak hand carry kalau beg berat berat tu dan kena menapak jauh jauh.

Kalau ketibaan tu sila spare 30 minit or lebih dari time landing sebab jauh nak sampai ke Balai Ketibaan tadi semula (Belum kira shopping lagi ). Shopping kat kedai kedai tadi tak termasuk shopping kat Duty Free ( di Satellite Building ). Tempat makan pun banyak, sediakan duit dan perut je lah !

Untuk commute dari KLIA ke KLIA2, boleh naik ERL. Tambang ERL dari KL Sentral untuk KLIA dan KLIA2 adalah sama. Manakala tambang between KLIA2 ke KLIA, adalah sebanyak RM2 sehala. 

Tu je la tips dari aku.

Dan ini tips dari Air Asia.


Insya Allah bila di buka nanti, worry free... this place is gonna be world class standard airport. Dan bagi orang yang selalu terjah airport airport ni... ( mati la kena tikam )... aku rasa, KLIA 2 memang terbaik !

Aku tumpang bangga dengan sebuah lagi mercu tanda negara. Tempat ni la nanti menjadi kampung bagi kita kita traveller tambang murah ni. Hahaha.

Apa apa pun percayalah, it is so much bigger and BETTER than LCCT !




 Otai otai yang masih berbisa.............

Aku pun tak berlama lama. Pegi lepak pusing pusing kejap then blah. Nak makan pun banyak kedai yang masih belum bukak. Anak aku nak berdukung, sorang lagi sibuk nak makan dan mata buntang tengok kedai mainan.

I hate you B-Daman !

Dah. Penat !

Citer panjang panjang pun orang tak faham. Pegi lah rasai sendiri pengalaman di KLIA 2.

Aku mengalah saja lah.



Ku gelisah tanpa engkau di sisi
Ku menanti walau di dalam mimpi
Dalam mimpi ku menanti....

OOO Kau menghilang bagaikan bayang-bayang
Kau tinggalkan satu mimpi ngeri
Kau nodai cinta suci ini
Kau musnahkan segalanya

Selimut cinta yang ku berikan padamu
Kau cemarkan oh warna nya
Bunga kasih hadiah ku padamu
Kau hancurkan kau musnahkan
Kau hancurkan kau musnahkan
Oh pedihnya biarlah
Biarlah ku bawa diri

Selimut cinta yang ku berikan padamu
Kau cemarkan oh warna nya
Bunga kasih hadiah ku padamu
Kau hancurkan kau musnahkan
Kau hancurkan kau musnahkan
Oh pedihnya biarlah
Biarlah ku bawa diri

Ku melangkah mencarimu di mana
Ku gelisah tanpa engkau di sisi
Ku menanti walau di dalam mimpi
Dalam mimpi ku menanti

Tuesday, January 28, 2014

Ada Bran? - Apply Visa Nepal di KL

Hah !

Ni aku nak cerita pengalaman aku apply Visa Nepal di Kuala Lumpur.

Please take note, untuk melawat Nepal, kita kena ada visa. Dan visa Nepal ini boleh di buat di Kuala Lumpur ( sebelum berangkat ) ataupun boleh buat Visa On Arrival ( VOA ) sewaktu di airport nanti.

Apa yang membezakan visa di KL dengan VOA.. kalau buat di KL boleh dapat multiple entry, in case kalau nak keluar dan masuk balik dalam tempoh visa valid. Kalau VOA.. sekali masuk je. Kalau keluar nanti nak masuk kena bayar and apply sekali lagi.

Apa yang perlu diketahui sebelum nak apply Visa Nepal di KL ni.

1. Visitors can apply for visa at Embassy every working day (Monday - Friday) from 09:30 to 12:30 hours and collect their passport with visa the second day after 14:00 to 16:30 hours

Maksudnya. Sila pegi pagi untuk apply dan ambik esoknya selepas pukul 3 petang. Dia tulis kol 2, tapi masa aku pegi hari tu dia suruh datang lepas pukul 3 petang.

2. Normally it takes two working days for issuance of visa.

Yup. Hari ni buat, esok petang dah boleh collect ( Isnin hingga Jumaat )

3. Visa can also be obtained at the Tribhuvan International Airport, Kathmandu, Nepal on arrival. Please carry your original Passport and its photocopy of your details along with one passport sized photograh.

OK. Itu untuk VOA lah. Aku tak tau mana satu senang, tapi kalau baca pengalaman agipwrites.blogspot.com  memang aku tak sanggup.

Nasihat aku try buat di KL dulu, kalau tak boleh baru la VOA. Dokument untuk apply Visa di KL pun sama jer. Cuma jangan lupa buat copy muka depan passport sehelai.

4. The current visit visa fee rates are as follows:

1. 15 day Multiple entry visa RM 95.00
2. 30 day Multiple entry visa RM 155.00
3. 90 day Multiple entry visa RM 380.00

Aku apply hari tu kena RM95. Multiple entry for 15 days. Kalau VOA USD25 one entry for 15 days.

5. Visitors who have already visited Nepal and intend to visit again within 150 days of the same visa year can obtain entry visa for 30 days.

6. All foreigners except Indian nationals must obtain visa to visit Nepal.

7. Nationals of SAARC countries can obtain visa free of charge.

SAARC adalah negara negara South Asian macam Afghanistan Bangladesh Bhutan India Maldives Nepal Pakistan Sri Lanka.

8. When applying for a visa, please submit the following:

1. Original passport with at least 6 months' validity.
2. A photocopy of the passport
3. One recent photograph.
4. Completed visa forms  
5. An Official note or letter for diplomatic or official passports.

9. For more information, kindly contact the Embassy.

Address :

Suite 13A.01, 13th A Floor, Wisma MCA,
163 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Office Tel No. 03-2164 5934 / 03-2164 9653
Fax No. 03-2164 8659
Email info@nepalembassy.com.my

Working Hour

09:00am to 05:00pm, Monday - Friday
01:00pm to 02:00pm (Lunch Break)
Document Submission 09:30am to 12:30pm
Document Collection 02:30pm to 04:30pm

10. Download Visa Application Form (.doc / .pdf)

Borang boleh di dapati di sini Borang.doc or Borang Pdf

Now aku cerita pengalaman aku buat Visa Nepal ni di KL !!!!

Aku tau aku ada trip ke Nepal tapi aku ni macam biasalah paling malas bab bab nak buat Visa ni. Tapi untuk Nepal ni aku kena lah rajinkan sikit. Kalau setakat Myanmar tu, aku rela lagi burn tiket kalau kemalasan tak datang datang. Tapi gi Nepal tiket mahal sikit so kena lah pegi. Rajinkan diri.

Pegi ke opis Embassy Nepal di Wisma MCA, Jalan Ampang.

Wisma MCA. Ni bangunan dia.

Tau tak kat mana? Sebelah Menara Citibank. Depan dengan Bank on China tu.

Sebab aku drive so kena cari parking. Ada parking kat sebelah Corus Hotel opposite Wisma MCA ni tapi kena tengok nasib la. Masa aku pegi tu parking agak penuh. Pusing pusing gak tunggu kosong. Last sekali, double park je pastu bagi kunci je kat mamat jaga parking tu, nanti dia alihkan kalau orang nak keluar.

Parking di sini. Rate RM4 per hour

Dah parking tu nanti cross la jalan.

Tak susah nak cari sebab bila jumpa Wisma MCA tu akan nampak ramai la abang abang Nep ni kat depan berkumpul. Macam ada rusuhan je.

Jerit la pada diri sendiri.

"Welcome to Nepal !!!"

Walaupun masih belum sampai lagi.

Nampak ramai ramai abang Nep tu

Pastu masuk lobby dan naik ke tingkat 13A.

Masa aku sampai hari tu ramai orang kat lobby tu semua macam tengah disoal siasat oleh mak guard kat kaunter bawah. Sebab ramai sangat kot, macam apa je.

So aku pegi la usha jugak tanya kakak tu.

Kakak tu nampak aku je terus dia tanya.

"Apply baru ke nak renew?"

Aku terus terdiam.

"Renew ke baru?"
"Saya nak buat Visa Tourist ke Nepal Kak"
"Oh.. Awak bukan Nepal ke?"

* PETIR !!!!

Bercucuran airmata serta merta. Membuak buak rasa nak keluar dari kelopak mata kerana di tuduh Nepal.

"Hello Kakak !!! I is  Naples, Italy okeh... No Nepal !!"

Hahahaha.

Macam tu aku nak marah. Tapi sabar. Urut dada dan naik je tingkat 13A.

Masa tu bersedialah sebab dalam lif akan ada bau bau yang kurang menyenangkan.....

Tuan Tuan dan Puan Puan... Ready for kari !!!!!


Tingkat 13A


Masuk yang depan yang tulis 'consular dan visa section'

Masuk dan mula urut dada dengan lebih laju !

OK.

Jangan mimpi la nak ambik ambik nombor. Tak der nyer.. Selain kena bertahan dengan baru kari yang sudah mula menusuk ke dalam hidung, kaunter application ada 2 dan tak de nombor. Orang akan berpusu pusu macam lalat hurung tahik.

Ada small window dan sapa pandai mencelah bedah hulur tangan dia lah yang di layan dulu.

Lagi ngam kalau dapat nyanyi.

"Sambutlah tangan ku kawan.. aku takut tenggelam" ( dalam bahasa Nepal )

Nampak tak window kecik tu.. haaaa tu la tetingkap nya.

Nak buat Visa ni jiwa kena kental.

Aku memula macam tunggu dan lihat jugak, tapi macam tak de progress apa apa so aku rasa aku kena redah macam dia orang juga. Main cilok mana ada lubang dan pastikan hulur borang yang lengkap kat tingkap bawah yang kecik tu.

Pepandai la tunggu turn dan bersedialah nak kena tolak !

Kalau lelaki boleh lagi la tapi kalau pompuan aku tak tau la, memang kena double kental !

Kesian budak pompuan tu.

Sebab aku berebut rebut lah akhirnya berjaya jugak. Tak lama pun dia ambik borang dan passport, check dan settlekan bayaran nanti dia bagi resit. 

Esok datang untuk collect jer.

Simpan resit ni

Then settle.

Balik la dan esok lepas pukul 3 datang semula. Biasanya dia akan tulis pukul berapa nak ambik esoknya. So datang semula hari esok dengan persediaan yang sama. Dari segi payah nak parking, tahan bau dan jiwa kental untuk meredah.

Sebabnya, nak collect pun macam tu juga.

Tak de nombor nombor. Main belasah je celah celah tu. Janji dapat hulur resit dalam tetingkap kecik tu. Menang system tak computerized langsung. Fail fail semua atas meja. Semua main tulis tangan jer.

Ni sewaktu nak collect. 

Kaunter belah sana tu yang collection, yang belah kiri ( tak nampak adalah untuk apply semalam ). Hari ni macam ada orang beratur sikit kan? Maybe semalam ramai sangat sebab hari Isnin. So avoid buat hari Isnin.

Bagi resit dan akhirnya.............

Siap uols... ! Ready nak ke Nepal

Hati berbunga bunga riang.. sebab dah ready untuk melawat Nepal..........

Aku tengah imagine bau kari yang lebih bersari dan menusuk hidung.

Balik dari embassy ni pun rasa macam kena mandi lulur sebab bau kari melekat sampai ke rumah............ !!

So terpulang la nak buat di KL atau di airport Nepal. Bagi aku, for peace of mind, buat je di KL tapi tu la.... 

Ada bran????

* sembur febreeze keliling rumah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...