Showing posts with label Hidup Ini Indah. Show all posts
Showing posts with label Hidup Ini Indah. Show all posts

Tuesday, 18 September 2012

Open Houses Eid 2012

Orang dah ke bulan, saya baru nak upload gambar-gambar raya. Memang tunggu Syawal berlabuh pun sebab nak kumpul gambar dulu.. inilah akan jadi kenangan bila dah tua-tua nanti....hikhik..


Raya tahun ni B & me dua-dua kena mouth infection. Jadinya inilah ubat yang Doc bagi. Seminggu lebih jugak kami tak boleh nak makan dengan sempurna sebab ulser di lidah, gusi & langit-langit. Ubat yang Doc bagi ni memang mujarab.

Suka sangat pic nie, sweet & cute. Pic ni taken kat rumah K.Wan sempena open house & bday party doter dia. TQ K. Wan for the invite,  sampai jugak saya ke Bukit Indah.

Keluarga besar certians - Abang, Hanan, Yusuf, Che Kiah, Haziq, K.Yong & Chah tengah kusyuk tengok ikan yang tak seberapa ekor dalam kolam 'besar' Ibu Izah

Baked macaroni - before went into oven, perfectly arranged and prepared. But when it came out from the oven, it turned to be makaroni goreng! Amazing kan? haahahaha... len kali buat ikut resepi, ini nak bajet pandai kan dah x jadi... hehehehe

Last day Syawal surau buat open house, sempatlah singgah sebelum ke rumah Uncle Shy. Nyaris-nyaris tertinggal handphone kat sini sebab asyik sgt snap gambar sana sini!

Suka sangat pic nie. Very lovely maklumlah shot by pro photographer, Pn Isma cayang. Ini masa kat rumah bos, saya makan banyak sebab baru elok dari sakit mulut. Sanggup skip 1 hari puasa 6 demi open house bos nie

Laksa yang saya hanya mampu pandang, tak mampu nak makan. Ini masa jamuan ofis. Tapi tahun ni jamuan raya ofis tak meriah sebab jemputan tak ramai kot, buat internal je. Photographer pun masih cuti raya lagi...:)

Homemade dadih resepi ibu mertuaku. Ini untuk jamuan pot-luck certians. Nanti free2 leh share resepi

Opal yang botak! Pic taken kat rumah Habib, 1 Zulkaedah. Orang dah habis raya dia buat lagi open house. Takpe Bib, janji akak kenyang. Rasa nak tapau pun ada gak esp the fried chicken. 

Live nashid performance @ Hana's wedding. B dah start demam masa nie but kami penuhi juga jemputan Hana nun jauh di utagha tanah air.

See? Tuan rumah bergambo ngan Norman KRU. Tak jeles pun.. kalau Anuar Zain confirm cek jeles!

Adik & Opal teruja main lampu pelita. Boleh diorang letak batu atas api tu bagi padam. Kesian tuan rumah susah hati dia dengan gelagat hero-hero nie... TQ Uncle Zul, nexy year kitorg datang lagi...:)








 

Thursday, 9 February 2012

Journey of Love 1/2012 - Walimatul Urus Abg Cik (AC) D2

Seawal pagi kami sekeluarga bersiap sedia untuk bertolak ke SP. Walimah AC pada keesokan hari, jadi segala persiapan terutamanya hantaran (my responsibility) mesti disiapkan by today.

On the way to SP, kami singgah di pekan PP, kebetulan ada pasar sehari atau lebih popular dengan panggilan Pekan Khamis bagi penduduk setempat. Pekan sehari or dalam loghat utara di panggil 'nat' adalah tempat utama penduduk setempat mendapatkan keperluan makanan, pakaian dan sebagainya.

Sempat juga saya sambar selai dua tudung hari tu, memandangkan harga yang di tawarkan amat murah. 1/2 harga jika saya beli di KL. Sayang sekali, peluang begini x selalu dapat kerana pasar ini hanya beroperasi pada hari Khamis. Kalau wiken, senang sikit.  But, on the other hand, selamat duit cek...:)

Sampai SP, terus saya mulakan projek menyiapkan hantaran. I was so lucky becoz my tiny tots tidak banyak karenah. Opal merangkak sini sana nak capai bunga, Abang plak sat2 main gunting tapi semua itu tidak menghalang kreativiti dan semangat saya untuk menyiapkan hantaran ni. The reward? Hubby kata hantaran siap kita pi Pantai Merdeka. Hooray!

Warna tema merah putih. Telekung tu ai beli kat Bandung aritu, spesel untuk SIL
Nak tempah? Email cek no...:)
Pantai Merdeka is located about 28km from SP. Saya rasa kali terakhir ke PM when I was in my primary school. So, memang hilang ingatan sungguh, sepanjang perjalanan ke sana xde satu tempat pun yang saya cam. Rupa bentuk pantai tu pun dah x bole ingat. Mak kata tempat tu dah cantik sekarang, ramai pengunjung dan meriah ngan jualan pelbagai barang. Saya pun excited la, siap bawak baju salin, nak mandi manda kat pantai tu.

Welcome to Pantai Merdeka
Sampai je kat sana, sunyi sepi. Maklumlah hujan agak lebat. Dah tu plak, food court pun tutup. Orang jual2 lagi le xde. Rupa2nya kitorg pegi weekday sebab tu x ramai orang. Pantai ni biasanya meriah wiken je. Simpan je lah angan2 nak mandi pantai, nak2 plak pantai dia x best pun (personal observation) sebab agak kotor lagipun air pasang time tu.Pernah ke Morib? Macam tu la pantai dia lebih kurang.

The beach. Nampak sayup kat seberang sana tu Tg Dawai
Cuma yang bestnya ada jeti untuk kita naik bot ke Tanjung Dawai (kawasan nelayan) dari pantai ni. Tapi kami x sempat cuba sebab hari dah senja. Tauke bot pun dah balik rumah agaknya.

Sesuai untuk bercamping bagi anak2 muda
Kalau xnak bermalam dalam khemah, boleh bermalam kat resort nie uols
Memandangkan hari makin senja dan hujan bertambah lebat, kami pun balik la. Otw balik, singgah solat di masjid Tikam Batu then pekena mee udang kat satu tempat nie. I'll make a special entry for this restaurant sbb mee udang dia tersangat osem!

Tuesday, 7 February 2012

Journey of Love 1/2012 - Walimatul Urus Abg Cik (AC) D1

Lamanya x update blog. Bukan suka suki xmau update blog, tapi disebabkan balik kampung so x sempat nak on laptop pun. Lagipun, balik kampung kali ni untuk meraikan perkahwinan abg cik saya. As the wedding planner, cek bz la skit.

Kami memulakan perjalanan seawal jam 7 pagi. Selalu macam tu lah kalau nak balik kampung seawal mungkin tapi bila time nak balik semula ke KL, slow je... Adatlah tu kan? Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak tempat bermain. 

Kami hanya berhenti untuk sarapan dan mengisi minyak. Itu pun di jajahan SG je, punyalah malas nak singgah2, nak cut short time atas hiway PLUS tu. Lagipun mak kat kampung dah janji nak masak sedap2 utk lunch.. hehehe.. 

Tis time kami ikut jalan K.Kangsar sebab dah lama x lalu situ. Uish, ada lagi satu MRSM tengah buat kat KK tu, menjadikan 4 MRSM berderet2 sepanjang jalan KK - Pengkalan Hulu. 

Perjalanan selama 5 jam itu amat2 berbaloi sebab sampai rumah je mak dah siapkan ayam bakar & pulut, special request from me. U're the best mom in the world mak! Sambil2 makan tu mak dah tanya bila nak ke SP nie? Risau betul mak ni, takut hantaran kawin AC x siap. Ala mak, rilek la. Cek dah stand by semua, tunggu nak cantum2 ja. 

Lepas makan, lepak2 pekena kopi O ngan ketupat. Memang terangkat (macam pantun la plak)..:) Petang tu kami round pekan, cuci2 mata. Then, singgah minum air kelapa kat satu gerai nie. Dah lama dok usha kedai nie, tapi selalu kami lalu nampak penuh je orang, nak park keta pun susah. Kali ni ada rezeki kami. Pekena ayaq nyioq ngan bihun sup, memang splendid beb! 

Nama warung nie Brangan Corner, specialty air kelapa. Kedai di tepi jalan besar, berhadapan FreshMart Pulai. Kalau lalu sini memang nampak la kelapa bertimbun depan gerai nie
Air kelapa, segelas RM1.50 je
Bihun sup yang sungguh marvelous
Lepas makan2 minum2 we off to my uncle's house. Ini acara wajib kami sekeluarga setiap kali balik kampung. Sampai rumah P.Cik borak2, minum teh then balik rumah mak.


There goes our day 1.

Monday, 30 January 2012

Alamak Behind Schedule!

 

One of my resolution for this year is to read as much as I can. Today is the last day of the month but still i've about 1/4 of the book to be read. Apasal susah sangat ye? Siang keja kat ofis, balik rumah nak uruskan rumahtangga plak. Layan anak, layan suami..tup-tup dah penat. Bila masa nak pamper ourselves kan? This problem is not mine alone. I knew a lot of FTWM out there are having this dilemma.

But, for me it's all about time management! Jangan tertipu dengan MASA. Masa yang berlalu adalah musuh kita yang paling utama sekiranya kita tidak manfaatkan dengan bijak.Mutiara kata Saidina Umar (kalau x silap):-

Orang yang hari ini lebih baik dari semalam, beruntunglah dia
Orang yang hari ini sama seperti semalam, dia orang yang LALAI
Orang yang hari ini lebih buruk dari semalam, celakalah dia

Jom baca dan baca dan baca lagi.


p/s: The blog owner is currently trying hard to finish her reading with less than 20 hrs before Feb comes in. Do you think she can manage to do so? The self reward for her if she finished the book is she can buy her dream book!

Thursday, 19 January 2012

Kalau Sudah Tertulis 2

Selalu bila dapat sesuatu rezeki (esp RM),  kita fikir rezeki yang kita dapat tu hanya untuk kita ataupun keluarga kita.. Rupanya, ia bukan milik mutlak kita. Ingat lagi nasihat ex-bos dulu bila kitorg selalu puji dia rajin belanja, dia selalu cakap "ala, duit ni memang dalam poket aku, tapi kalau dah Allah takdirkan jadi rezeki korang, memang rezeki korang. Aku belanja ni pun sebab memang rezeki korang pada duit nie". Very true kan? 

"Money is like water, block its flow and it will stagnate" 
Sheikh Mohammed Al Maktoum  

Ingat lagi entry saya 2-3 hari lepas? Memang bukan rezeki saya sepenuhnya duit extra tu, sebahagiannya untuk sepasang pengantin baru. Rasa lebih bermakna untuk saya hadiahkan 'kitab cinta' untuk mereka, tambahan pula special request dari pengantin lelaki. Semoga menjadi panduan hidup untuk mereka berdua. Semoga bertemu mawaddah, rahmah dan sakinah yang dicari!


Ini untuk pengantin baru, untuk diri sendiri? Alhamdullillah, tercapai jugak hajat...:)

Monday, 16 January 2012

Kalau Sudah Tertulis...

Duit oh duit
Sebelum lunch tadi saya ke bank. Alang-alang dah ke bank tu sempat plak mengular ke kedai tudung depan bank tu. Aduhai, ada stok baru yang cantek2.. ikut hati memang dah sambar dah selai dua, tapi sempat tahan nafsu lagi. Sib baik jugak Kak Zah (cashier) yang selalu deal ngan i tu dah resign, ada cashier baru. Kalau ngan K Zah tu mau jugak saya cair bila dia pujuk2 beli... hahahaha.. Dalam hati saya dok congak, nak pakai allocation mana beli tudung nie ye? Elaun hubby bagi dah abis. Allocation untuk personal use nak beli baju baru untuk kenduri kawin abg cik next month... xpelah, saya let go je lah keinginan nak beli tudung baru tu.. So saya balik la ke ofis.

Tup tup sampai je kat workstation saya, nampak ada duit atas meja ai. Huish, rezeki nie.. (sapa bagi & sebab apa tu xyah citer la kan). Tapi yang penting saya ada EXTRA money this month...:)  Mungkin sudah tertulis rezeki saya....

Wednesday, 4 January 2012

Warna Warni 2011

Dah terlambat ke? Boley la kan, nak corat coret sikit sebanyak pasal tahun lepas yang baru 2-3 hari berlalu nie.. semoga catatan ini akan menjadi kenangan abadi di masa depan.

Januari
Tengok! Kalau saya x buat catatan nie mesti saya x ingat apa yang berlaku sebelum2 nie. Ini pun saya dah lupa, apa peristiwa menarik Januari 2011 ritu.. Aduhai.. hilang ingatan kejap. Rasanya masa nie dok pikir pasal nak bersalin je nie..

Fabulous February

Pengantin Aqim & Emi
Feb 2011 menyaksikan anak buah saya, Aqim naik pelamin. Kami membesar sama-sama dibawah jagaan mak pak ai, so bila dia dah nak kawen rasa cam alahai, dah besar budak sorang nie. Inilah teman gaduh saya kecik2 dulu.. antara momen yang paling saya ingat kenduri Aqim ni ialah saya tukang buat hantaran untuk dia. Maklumlah, cucu nak kawen mak saya pun berhajat la nak buat 2-3 bekas hantaran. Dalam keadaan sarat mengandung masa tu, saya dengan gembiranya menunaikan permintaan mak. Bukan apa, gubahan hantaran is one of my passions. Tapi masa tu x teringat plak nak amik gambar.. Maklumlah xde blog lagi masa tu...hehehehe. Yang paling saya xleh lupa kami trapped dalam jam 8 jam dari Taiping ke KL. Time to raya china. Kesian mak buyung ni.. 

Memorable March
Si debab yang dah kurang debab sekarang sebabnya lasak sangat2 si kenit sorang nie!
21 March will always be remembered as one of the best days in my life. For the 2nd time, i became a mother. He's so cute, adorable & most importantly healthy. 'Yang terpuji lagi dermawan' Ingat lagi, mula-mula dok cari nama girl je, sebab teringin nak girl plak lepas dapat 'kejayaan' yang pertama dulu. Towards the end of the pregnancy, Doc cakap boy nie. Ala, jenuh la saya terkial-kial cari balik nama-nama boy yang saya suka. Yang pasti, nama mesti ala-ala Arab but bila disebut ada kemanjaan dan kelembutan gitu!

Awesome April
Sebab apa awesome? Sebab dok rumah goyang kaki tapi gaji masuk..hahaahah.. masa ni tengah confinement!

Mourning May

Di restoran ni la mereka 'diraikan'. Nanti ada masa saya buat post khas untuk restoran nie ye..
Selepas berpantang dengan aman damainya ramai bila masuk semula ke ofis saya dikejutkan dengan 'kehilangan beramai-ramai' rakan sekerja. Semuanya nak berhijrah hampir serentak. Macam berjanji2 pulak diorang nie.. Bukan seorang dua, tapi 4 orang sekaligus! Tapi yang bestnya warga cert nie, even dah berhenti kerja pun ukhuwah tu masih kebal & kekal. Sentiasa di hatilah orang kata. I like!

June
Sekali lagi saya lupa apa yang best berlaku dalam bulan 6 tahun 2011 ni. Nanti kalau ada yang best2 cek post later la ye...:)
 
'Jerihnya' July
Opal lentuk atas katil.. Masa nie sedih sangat tengok bayi sebesar nie pakai uniform spital nie.. so touching!
 Opal admitted sebab bronchitis. Masa nie dia baru 3 months plus so agak kaget sebab nafas dia asyik berbunyi je. Pegi Klinik Shanaliza, Doc terus refer ke hospital sebab banyak lendir dah blocked paru-paru dia. Risaunya saya Allah saja yang tahu masa tu. Tapi alhamdulillah, setelah beberapa hari di beri gas secara konsisten, Opal kembali sihat. Go Opal go!

Amazing August
Alhamdulillah, saya berjaya melalui puasa kali ini dengan lebih baik dari tahun sebelumnya - mengikut timbangan sendiri. Ini kerana tahun lepas saya berpuasa dalam keadaan amat lemah kerana morning sickness yang teruk tapi tahun ni alhamdulillah. Walaupun BF, tapi masih kuat dan bertenaga. Untuk ibu2 diluar sana, percayalah anda boleh BF dan berpuasa tanpa perlu risau akan kekurangan stok dsbnya. Banyakkan berdoa dan jangan lupa minum air banyak2 waktu sahur. Waktu berbuka, jangan minum ais k.

Sweet September
Perbincangan sedang dijalankan... Alhamdulillah, kata putus dicapai kenduri akan diadakan pada Feb 2012. Ai jadi wedding planner lagi u!
 Aidil Fitri 2011 sekali lagi kami bergabung tenaga untuk menjayakan majlis pertunangan Abg Cik. Ikutkan bakal kakak ipar ai orang dekat je, tapi memandangkan kampung halamannya di Melaka maka kami sekeluarga pun x dapatlah beraya sakan di kampung tahun nie.. Sian Awash & Opal, x sempat kutip duit raya bebanyak.. Pasal majlis nie juga giliran raya saya bertukar.. suami pasti tersenyum lebar, raya kat kampung dia lagi.. hehehe.. xde nya ai kisah, janji dapat raya.. All the best Abg Cik! Itu cerita gembira. Cerita sedihnya pula kami kehilangan tok tercinta juga pada bulan ini. Al Fatihah...

Oh October!
Inilah lebih kurang masa regi. Ini awal lagi, belum time orang serbu. Bayangkan 400-500 orang nak handle dalam satu-satu acara, pening mak nak!
KLIFF, antara tarikh penting dalam kalendar saya. Kalau nak kawin ke, nak bercuti ke hatta nak bersalin pun mesti tengok tarikh KLIFF dulu la kalau boley. KLIFF is actually the international forum organized by our company every year since 2003. Masa ni lah kami sibuk bangat untuk preparation becoz program nie seminggu - ada exhibition, dinner, forum, workshop, jalan2 dll. Bukan calang-calang attendees, from across the globe and we also need to handle the VVIPs from the PM to Ministers yang terlibat dalam acara nie. If you could check, KLIFF is one of the important agenda in Islamic finance calendar. This year KLIFF was held at Hotel Istana so seminggu la kami berkampung kat hotel nie. Masa ni lah rindu sangat2 nak tengok matahari, nak tengok hujan even traffic jam pun rasa nak tengok! Yelah, seminggu dalam hotel tu, keja dari pagi sampai ke pagi (7.00 am to 5.00 am dik!) Sanggup? Meh anta resume kat ai kalau berminat.

Notty November
Tahun ni Abang request nak kek Ben 10. Tahun lepas Upin & Ipin. Tahun sebelum tu SpongeBob.. apa2 je lah Abang, janji Abang bahagia!
 Comes to November, agenda penting dalam fikiran saya mestilah birthday Abang. Maybe sebab tunggu lama sangat nak dapat permata hati sorang nie, so we are so excited to remember his birthday. Sampai sekarang dok ingat lagi momen indah first time menatap wajah anak sendiri. Semoga Abang membesar dengan sihat, cergas, aman & diberkati Allah dunia & akhirat.

'Dugaan' December
Klinik nie memang pakar untuk kanak-kanak. Apa saja sakit, bawaklah anak2 datang sini, insha Allah berkesan. Doc dia very motherly and advice yang diberi memang worth the money. Lokasi kat Wangsa Maju, satu row dengan Hospital Naluri.
Tahun 2011 bagi saya ditutup dengan penuh dugaan. Yelah, dah setahun banyak sangat dosa agaknya, so di hujung2 tahun Allah datangkan ujian untuk kami sebagai kafarah dosa. Jika tidak diuji, kita akan larut dengan nikmat. Dek terbuai dengan kesenangan, mungkin menjadikan kita lupa dan lalai. Apapun, sebagai hambaNya saya redha. Tragedi pintu kaca benar-benar menguji saya sebagai seorang ibu dan memberi pengalaman baru. Terasa terbang seluruh semangat saya tatkala melihat luka di dahi abang. Di minggu akhir Dec pula, kami sekeluarga terkena food poisoning. Lemah, lembik dan longlai! Paling kesian Opal, sampai cikgu dia cakap tinggal mata je yang besar, yang lain semua shrink! Hahahaha... December juga menyaksikan teman sepermainan saya Ja menjadi ibu buat pertama kali (setelah 5 tahun menunggu dengan penuh sabar). Tahniah atas kelahiran Izol Ismail, semoga menjadi anak yang soleh.