Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

Saturday, 14 June 2025

Wedding Myra @ Laman Ummi Farisha


Kalau minggu lepas Kak Aya & Abg Burn sambut menantu sulong di Bayswater KLCC, minggu ni giliran Kak Zana & Abg Zack pula sambut menantu sulong alhamdulillah. Kedua² pasangan ni jiran kami. 

Pasangan ni sepatutnya bertunang ke bernikah tahun lepas, tapi seminggu sebelum majlis tak silap Ummi ayah pengantin lelaki meninggal dunia. Jadi majlis mereka ditunda hinggalah hari ni mereka disatukan sebagai suami isteri yang sah. Arwah bapa pengantin lelaki jemaah surau juga. Abang Angah pun kenal arwah Atok Jaafar ni. Kiranya besan Kak Zana ni orang sini jugalah. 

Cantik dekorasi dalam dewan ni...

Kali ni kami datang awal, dalam pukul 12 dah sampai jadi mudah dapat meja. Kebetulan Cik Ana dan Cik Leha pun sampai masa yang sama, jadi senanglah kami semua duduk semeja. Anak³ dan cucu² Cik Ana pun ikut sekali. Meriah meja kami :) 

Lauk banyak dari nasi :D
Ada lauk ikan keli belado dan sayur pisang muda, alahai sedap sungguh! 

Agar² merah atau lengkong pun ada... Lama tak makan, ambil 2 ketul sedap ya amat :D 

Laksa pun sedap ...

Coq Udang Kuah Kacang mabeles πŸ˜‹
Lauk ayam seketoi bahagian Ummi minta Walid tolong perabih. Ummi fokus makan ikan keli beladoπŸ‘†πŸ»

Ini kali kedua kami makan kenduri di Laman Ummi Farisha ni. Kali pertama tahun 2019, wedding Hana

Selamat Pengantin Baru Myra & Aizat 🌹
Semoga berbahagia selalu hendaknya 🀲🏻 

Terima kasih daun keladi Kak Zana & Abg Zack atas jemputan. Semoga diluaskan rezeki selalu. 
 

Wednesday, 11 June 2025

Wedding @ Bayswater KLCC


Dari Hotel Tenera kami ke Bayswater at KLCC ni, meraikan undangan dari Abg Burn dan Kak Aya ke majlis perkahwinan anak lelaki mereka. 

Pertama kali lalu SMART Tunnel, cuak juga ye.  Panjang terowongnya, tak seperti Terowong Menora atau pun Terowong Karak (Genting Sempah) yang pernah/biasa kami lalu. 

Walid kata kalau naik LRT boleh nampak tempat ni. Lokasinya antara  Stesen Damai dan Stesen Ampang Park . 

Rel LRT! 
Pertama kali jalan kaki di bawah rel LRT, wajiblah snapped gambar :) 

Parking space dekat dewan tu limited jadi kami parked di bawah rel LRT ni. Kawasan berpagar tak tahulah siapa pemiliknya tapi dikenakan caj RM10 per entry

Jamah juga baby cakoi dan cendol. Itu pun Abang Angah rajin bangun ambilkan. Malas nak keluar masuk sebab susunan kerusi meja agak rapat dan tetamu tengah ramai. 

Dewan cantik

Tak lama pun kami di sini, sebab peak hour. Selesai makan, terus minta diri. Majlis dibuat bersama rasanya antara keluarga pengantin lelaki dan perempuan jadi tetamunya ramai. Kita bagi ruang untuk tetamu yang datang kemudian pula. 

Buah tangan dari keluarga mempelai 

Tahniah sekali lagi buat kedua mempelai 🌹 
Terima kasih daun keladi AB & KA atas jemputan. 

Sunday, 4 May 2025

Wedding @ Renai Hall 2.0

Hari ni kami raikan jemputan En Lotfi ke majlis perkahwinan anak perempuannya. Anak bongsu tuan rumah ni dulu kawan Abang di PASTI. Ummi dah tak cam Ubai ni, almaklumlah dah F5 kan. Walid kenal lagi Ubai sebab selalu jumpa di surau. 

Ini kali kedua kami makan kenduri di Renai Hall, Greenwood ni. 

Yang atas nasi hujan panas dengan lauk ayam masak merah dan daging masak hitam. 
Yang bawah nasi beriani dengan lauk kambing. Masak apa Ummi tak pasti. Adik makan nasi lauk kambing ni.

Lawa kuih muih depa :D 

Bihun Sup. 
Mangkuk kecik saiz mangkuk cendol je tapi close up tu nampak besar/banyak 😁
Side dishes camni kami share² je. Dah makan nasi kan, yang lain tu buat raso² je orang kata. 


Selamat Pengantin Baru Sakinah & Ali 🌹
Semoga berbahagia selamanya 🀲🏻 

Terima kasih En Lotfi atas jemputannya. Alhamdulillah makanan semua sedap, tempat pun selesa πŸ‘πŸ»

Monday, 24 February 2025

Makan Kenduri @ Pusat Komuniti Setiawangsa


Atok Man sekali lagi menjemput kami sekeluarga ke majlis perkahwinan anakandanya. Kali ni giliran yang bongsu. Rasanya ini kali ketiga kami makan kenduri Atok Man. 

Selesai majlis Aku Janji Abang, kami ke sini. 

Lawa dewannnya, berhawa dingin. Memang sesuai nak buat majlis dan kenduri kendara. 

Tempat ni baru, serba serbi cantiklah kan...
Lokasinya sebelah Aeon Keramat (AU2). Kami pun kali pertama ke sini.

Kami sampai waktu puncak dalam pukul 1 t/hari, tetamu tengah ramai. Keluar masuk keluar masuk dewan cari tempat duduk, last² duduk je di luar dewan ni. 

Semua sedap; nasi minyak, ayam masak merah, daging masak hitam, masak lemak ikan masin dan sambal sotong kembang. 

Aneka kuih muih yang disediakan. Jambu batu asam boi dan apam balik antara yang jadi rebutan. Dua² Ummi tak ambil, malas nak beratur. 

Usai makan, kami minta diri. 
Asalnya nak ke Aeon sebelah tu tapi cuaca panas betul, plus dah azan Zohor malaslah nak menyinggah. Balik rumah terus. 

Buah tangan dari tuan rumah. 
Terima kasih atas jemputannya. 
Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai 🌹 

Sunday, 12 January 2025

Wedding Kakak Ain di Shamelin Wedding @ Event Hall

Alhamdulillah undangan majlis perkahwinan pembuka tirai 2025 kami terima dari Mama Ain (Ain & Adik rakan se-PASTI). Dulu Ummi selalu   order makanan ataupun beli stok minyak urut moden; Ayuraa Therapy yang MA jual tu. 


Lewat juga kami sampai, lepas Zohor sebab setel-kan dulu kereta Walid. Syukurlah tetamu dah ramai beransur jadi dewan tak sesak. 

Bihun tu Ummi ambil sebab suka bihun goreng simple² gitu. Orang Kedah sebut 'bihun bodo' 🀭 Mana² jamuan kalau ada bihun ni, memang Ummi akan ambil. Suka sangatttt. Air sirap tu prop je. Ummi minum air kosong yang diletakkan daun pudina & hirisan lemon. Segar bangat :) 

Suasana dalam dewan. 
Majlis bersekali dengan pengantin lelaki. Mungkin sebab nikah pun hari yang sama (sebelah pagi), terus saja raikan tetamu kedua² keluarga. 

Jenuh jugalah Adik mencari si Ain, akhirnya jumpa juga dia di luar dewan. 

Cantik dan tinggi sangat dah Ain ni.
Tapi biasalah bila dah 2 tahun berpisah, masing² malu² dah 😁

Sepupu Ain, Rania ada juga datang tegur dan bersalam dgn Ummi. R sekelas dengan Angah di SRAI dan juga rakan se-PASTI. Ummi pun kenal dengan maknya juga, makcik kepada Ain. Pi mai pi mai tang tu :) 

My look for that day, matching w Adik. 
Adik je yang ikut, yang lain² duduk rumah. Abang jaga :D 

Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai 🌹 
Terima kasih MA sekeluarga atas jemputan. 










Friday, 27 December 2024

Wedding @ The Kandu Resort, Gopeng


Inilah yang membawa kami ke Gopeng, Perak Darul Ridzuan. Jemputan dari En Megat (Uncle Megat for the kids) seawal bulan Oktober lepas ke majlis perkahwinan puteri sulongnya  pasti tidak akan kami lepaskan. 

Majlis pula di tempat yang kami belum pernah sampai, memang teruja sangat. 

Keluar dari Zahara Garden kami terus ke The Kandu Resort. Sebab tu la kalau perasan , gegirls pakai baju kurung masa ke ZG tu :D 
Dari ZG nak ke TKR lalu depan gerai durian yang kami singgah bulan 9 lepas. Nampaklah Pakcik tu tengah tunggu pelanggan. Maaf, kali ni kami tak singgah. Simpan perut nak makan nasi kenduri ☺️

Pukul 12 lebih kami sampai di tempat majlis. 
Lawa tempat ni πŸ‘πŸ»

Cantik pondok/wakaf yg disediakan. Meja dan kerusi dari kayu² lama, cantik sangat! 

Sempat lagi anak soleh ni naik basikal... Memang resort ni sediakan basikal utk guests.

Adik dan anak Uncle Md Nor ralit main guli :D 

Puas berborak dgn UMN, kami bergerak ke tempat majlis...

Disambut mesra oleh ayah dan ibu pengantin.

 
Ummi suka sungguhlah dengan tempat² klasik macam ni... Dekorasi dewan ni ada unsur kemelayuan, very nice πŸ‘πŸ»

Kudap-kudapan atas meja. Kerepek Pisang tu sedapppp...

Nasi Abang tolong ambilkan. Memang penuh la pinggan Ummi, dia ambik ikut portion dia :D 

Pengantin dah sampai...
Sama cantik sama padan bagai pinang dibelah dua ❤️

Layan dessert sambil tengok pengantin bersanding :)

Anak⁴ pula layan aiskrim, Aiskrim Apam Balik kata depa sebab rasa macam Apam Balik. 

Cenderahati dari EM dan keluarga. 

Selamat Pengantin Baru buat Puteri & pasangan 🌹 
Barakallahu lakuma 🀲🏻 

Terima kasih daun keladi EM sekeluarga atas jemputan dan layanan mesra dari seisi keluarga. 

 

Thursday, 7 November 2024

Selamat Pengantin Baru Eqlima 🌹

Eqlima atau kami panggil Kakak ni anak babysitter Abang dulu; Ibu & Ayah. Sempatlah Ummi tinggalkan Abang di bawah jagaan Ibu utk beberapa bulan sebelum Ummi hantar ke nursery. Ummi kan kerja dulu... 

Masa tu Kakak dan adik³-nya masih sekolah rendah. Anak bongsu Ibu masa tu darjah 2 kot. Then depa pindah. Tahun 2013-14 macam tu la sebab Kakak (Balqis) dah lahir. Confused pulak sebab panggilan sama 😁 

Tak pernah jumpa until last year kot jumpa balik dgn Abang #2. Dia datang rumah jiran install penapis air. Barulah tahu Kakak, Abang #2 & #3 dah graduated. Tinggal yang bongsu masih belajar di Penang. Bangga dengan diorang sebab Ibu Ayah bukan orang senang, tapi bab pelajaran anak⁴ memang depa ambil berat dan sanggup bersusah payah. Ummi pernah tengok depa anak beranak keluar berniaga di pasar malam. Dan paling membanggakan, anak⁴ Ibu Ayah sangat kaya dengan adab. Memang dari awal boleh nampak macamana didikan Ibu Ayah kpd mereka. 

Majlis diadakan di Asiana Grand Hall Selayang, dalam bangunan Emerald Avenue Selayang. 

Cantik dewan ni...

Nasi kenduri sedap sokmo kan ...
Cendol pun ada tu...

Bubur jagung pilihan Ummi. 
Depa semua angkut aiskrim.

Kakak happy finally dapat pergi kenduri 😁 
Kenduri² sepanjang Oktober dia tak dapat ikut, terikat dengan tuition UPKK. 


Untuk Kakak & pasangan, Selamat Pengantin Baru ❤️ 
Semoga kekal bahagia hingga ke jannah hendaknya 🀲🏻

Sekali lagi, tahniah Ibu Ayah dapat menantu sulong. Terima kasih atas jemputannya.