Tuesday, 1 April 2025

1 Syawal 1446H

Salam takziah buat semua mangsa tragedi letupan paip gas di Putra Heights. DOA kami agar dipermudahkan urusan semua yang terlibat 🤲🏻

Raya 2025 | 1446H 
1 Syawal

Tahun ni baju raya warna emerald green (for Walid & anak² soleh) x sage green (for Ummi & gegirls). Pilih warna ni sebab last year surau tempah  baju Melayu warna emerald green utk AJK. Pakai sekali untuk org chart surau dan sekali lagi masa jamuan raya surau. Jadi, kami sepakat pilih warna emerald green utk baju Melayu Abang dan Angah. Untuk Ummi dan gegirls sengaja pilih warna cerah sikit supaya nampak lebih menarik dan kontras. 

Dan rupanya warna emerald green ni termasuk kategori warna awam tahun ni 🫣 

Kelakarnya, buka je pagar nak keluarkan kereta utk ke masjid, jiran homestay sebelah keluar, pun berbaju Melayu warna emerald green 😅 Masing² tunjuk hang aku, eh warna sama hahaha... Dah sampai di masjid 'bersepah' orang pakai warna emerald green dan sage green huhu... Keluarga Mak Lang Di, Mak Lang Liza & anak², Uncle Lan semuanya baju hijau sama dgn kami :D 

Nah aih, pembaca berita pun sama! 

Anak⁴ tengah bersiap nak ke masjid kampung Ummi. 

Gendang Raya. 
Kata arwah Tok Wan, gendang ni dibuat dari kulit kerbau sebab tu kukuh buatannya. Zaman Ummi kecik dulu, ketukan gendang ni dinanti² terutamanya waktu berbuka puasa sebab masjid kami belum ada speaker. 

Usai solat sunat, Adik Kakak beratur ambil duit raya. Tradisi yang masih dikekalkan di masjid kampung Ummi. Kemudian kami ziarah kubur Tok Wan manakala Walid joined tahlil. 

Rumah pusaka dah tinggal separuh :( 
Sebab tu bila balik ke kampung kami tinggal di homestay/hotel. Sedih tapi itulah hakikat yang perlu ditelan. 

Rumah 1: Rumah Maklang Di 
Ummi makan bihun goreng + kuah laksa. 
Sedap baq hang

Rumah 2: Rumah Wan Cik 
Ada laksa, tapi Ummi makan ketupat Tok Cik. 

Angah dan Adik tengah 'brain' macamana kecik² dulu Ummi tangkap ikan dalam charok (tali air)  ni 😁 

Rumah 3: Rumah Wan Job
Makan Nasi Hujan Panas dan Ayam Masak Merah airtangan Maklang Liza & Makcik Aziah. 

Rumah 4: Rumah Maklong Mah 
Depa makan sate, Ummi cuma jamah kuih raya. Perut mula penuh, dah makan nasi di rumah #3. 

Rumah 5: Rumah Pakngah Hi
Ummi jamah tembikai dan lemang seketul. 

Rumah 6: Rumah Cik Yah
Cik Yahnya takde, balik ke rumah mertua. Tapi Ummi kenal baik dengan parents-nya jadi takdelah kekok nak singgah beraya. Depa makan bihun sup, Ummi cuma jamah ketupat. 

Dah melewati waktu Zohor jadi kami balik ke homestay untuk solat dan berehat sementara tunggu Makngah ada di rumah. 

Hujan lebat sekitar jam 3 ptg. 
Tidur la se-round :D 

Hujan² mesti la lapar kan...
Goreng mi sanggup dan nugget buat minum petang. Ketupat Tokcik bagi, serunding dari KSRM. 

Lebat dan lama hujannya. Pukul 6 lebih baru kami dapat keluar rumah. Itupun pusing² dalam kereta saja sebab masih hujan. 

Sesi bermaaf-maafan sebelum berakhir raya pertama. Awal pagi lupa nak ambil gambar, kalut nak ke masjid. 

Dinner seadanya. 
Sambal Sotong Kembang frozen Ummi beli di Speedmart. Alhamdulillah licin  nasi sepiyuk :p 




Monday, 31 March 2025

Selamat Hari Raya 1446H

Sebelah 29 hari berpuasa, hari ni 31/3 kita meraikan Aidilfitri yang mulia 💚


Cerita raya pelan² menyusul ye... 


Sunday, 30 March 2025

Catatan 29 Ramadhan 1446H

Seawal jam 7.30 pagi kami meneruskan perjalanan ke kampung tercinta. Alhamdulillah aliran trafik sangat lancar. 

Redup dan berkabus bumi Perak, dari Meru hingga ke Lenggong cuacanya redup. 

Melewati Jambatan Raja Muda Nazrin (Jambatan Tasik Raban). Suasana masih berkabus. 

Alhamdulillah tiba dengan selamatnya. 

Menara Jam sempena kemerdekaan negara, antara mercu tanda daerah Baling. 

Petangnya kami keluar ke Bazar Aidil Fitri di Batu 42. 

Sekarang dipanggil Kota Baling Jaya. 

Dulu di kiri kanan jalan ialah kebun getah. 
Sekarang penuh dengan bangunan kedai dan taman perumahan. 

Hasil menjala kurang meriah hari ni sebab ramai peniaga dah mula tutup gerai (cuti raya). 

Tapi, moreh kami meriah dengan Sup Urat Keting dan Char Kue Tiau paduuuuu :) 

Kecewa, tekaan kami tentang warna baju Melayu Tan Sri semua tersasar. Walid teka warna burgundy, Ummi grey, Abang oren, Angah kuning, Kakak purple dan Adik hijau 😅

Selamat Hari Raya 
Maaf Zahir & Batin. 


Saturday, 29 March 2025

Catatan 28 Ramadhan 1446H

Ho ho balik kampung... 

Seawal 7.15 kami dah bergerak meninggalkan bumi merah kuning, menuju ke bumi hijau kuning :D 

Konvoi beramai² semuanya nak balik beraya. Trafik adakala sesak, adakala lancar. Biasalah kan, semua orang nak balik kampung. 

Alhamdulillah, 1.40 t/hari sampai ke destinasi. Baru separuh perjalanan, kita rehat & recharge dulu. 

Untuk berbuka, kami cari makanan di Bazar Ramadhan berdekatan. 

Hasil pancingan ☺️

Alhamdulillah. 

Friday, 28 March 2025

Catatan 27 Ramadhan 1446H

27 Ramadhan tahun ni jatuh pada hari Jumaat 💚

Keluar awal dari rumah takut bertembung dengan kenderaan nak ke Pata Timo :) Nampaknya clear lagi nak hala ke Tol Gombak tu. Alhamdulillah pergi balik ambil gegirls lancar. Walid pula uruskan anak² asrama. 

Abang tolong kaitkan buah belimbing buluh yang tengah lebat di pokok. Maghrib tu Walid bawa ke surau utk disedekahkan. Dari terbiar atas pokok elok sedekahkan je. 

Ciktah bagi duit raya 🤩
Yang sampul purple tu untuk Ummi. Hai la makcik sorang ni :D 
Tapi seronok tau dah tua² ni dapat duit raya haha... Tak kisah pun jumlahnya tapi rasa besar hati bila dapat duit raya tu. 

Abg Azim belanja roti John dan air anggur. Anak⁴ pula dapat duit raya :) 

Kek Buah by Cik Ana. Sedap kek buah CA ni. 
Tahun ni Ummi lupa nak order tapi ada juga rezeki nak makan kek buah ni. 

Dan untuk berbuka semalam....

Nasi Lemak in da house  :D 
Lama dah dok teringin, makanya utk 27 Ramadhan ni Ummi masaklah NL. Nak habiskan juga stok telur, kentang dsbnya sebelum balik kampung. 

Paru Goreng salut Tepung Bestari. 
Rebus dulu paru tu, then gaul bersama TB dan telur. Perap la sekejap then goreng dekat² nak berbuka. Panas², garing² baru sedap. 

Sambal Tumis Bilis pun menjadi wpun Ummi puasa. Semuanya main agak² je la tak rasa² pun masa masak tu. Alhamdulillah menjadi. Telur rebus tak cantik, telur lama kot. Kuningnya tu tak berseri :( 

Alhamdulillah. 

# Hati² semua yang balik kampung. 
Fi hifzillah 🤲🏻

Recap ~ Week 12, 2025

Week 11, 2025 ✅
Week 12: 19/3-25/3, 2025

Setiap minggu anak soleh minta hantar awal ke asrama. Sanggup berbuka di asrama asalkan dapat jadi imam solat terawih :D Setiap hari ada giliran imam, tapi Ahad malam bebas sebab para pelajar boleh kembali ke asrama selepas berbuka. Yang nak balik awal ke asrama, kena isi borang supaya pihak Dewan Makan sediakan makanan secukupnya. 

20/3 Ummi pergi 'rasmi' supermarket baru di SG ni.  Barang basah dan produk tenusu banyak 👍🏻 

21/3 Kakak bawa balik slip keputusan UPKK -nya berserta markah PAJSK 2024. Kena simpan elok² sebab ni semua penting dan perlu utk apply sekolah menengah nanti. Kejap je dah nak masuk sekolah menengah si Kakak ni 🥹

Baju batik Walid dah siap ye. 
Ini kain yang Uncle Shy beli di Bandung tempohari. Yang warna coklat tu Ummi masih berbelah bagi nak ke tidak. Sebab yang ni pun bila jadi baju cantik pulak wpun ada juga bunga² pada kainnya. 

23/3 Kerahan tenaga utk persiapan raya 😁

24/3 Walid dan barisan AJK surau bergambar bersama Dato' Menteri Besar Selangor. MB datang berbuka puasa dan serahkan sumbangan raya. 

25/3 Abang terlibat dengan majlis khatam Quran di sekolah. Alhamdulillah banyak yang manis² utk Abang Ramadhan kali ni.