Showing posts with label Kuantan. Show all posts
Showing posts with label Kuantan. Show all posts

Sunday, 25 December 2022

Ancasa Royale, Pekan

Hotel yang cantik ni letaknya di tebing Sungai Pahang yang masyhur itu :) 

Di seberang sungai sana letaknya pusat bandar Pekan. Masjid, sekolah, hospital semua di seberang sana. 

Lobi yang sangat luas...

Bilik kami...

Alhamdulillah, sekali lagi dapat bilik besar macam Swiss-Belhotel Kuantan. Harga RM266.40 (include taxes, w/out breakfast). 

Suka coffee bar dia. Simple tapi nampak kemas. 

Sebenarnya Ummi tengah ushar fridge or freezer like this one. Dah jumpa dekat kedai Yu Heng hari tu freezer bertingkat macam ni. Tapi yang besarlah. Harga RM1200. Kena menabung dululah ☺️

Bilik kami pool view. Dok tepi tingkap ni boleh nampak pool dan Sg Pahang juga. 

Banyak cermin, menjadikan bilik ni kelihatan lebih besar. 

Bilik ayaq pun besaq kemain... 

Jom tengok pool pulak ..

Ada playground, ruang berbasikal, gelanggang bola tampar. Nak buat event pun sesuai sebab kawasan tepi pool ni sangat luas. Buat wedding kat sini mesti superb. 

Betul-betul sebelah Sg Pahang. Tapi ada longkang dan tembok yang memisahkan sungai dan kawasan hotel. Kalau nak berbasikal pun boleh sewa dengan hotel. Cuma, kami tak dapat buat aktiviti ni sebab hujan hari tu. 

Ada jeti untuk menikmati keindahan dan ambil angin di tepi sungai. Ralit duduk sini.

Alhamdulillah syukur dapat penuhi hajat di hati untuk staycation di sini. Mudah-mudahan Allah bagi kelapangan lagi untuk penuhi bucket list travel kami 🤲

Ancasa Royale Pekan 
2670, Jalan Pekan-Kuantan
Kampung Peramu Jaya Tiga
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur 




Saturday, 24 December 2022

Murtabak Mengkasar @ Pekan, Pahang

Ada 2 menu yang dicadangkan oleh kawan Walid yang berasal dari Pekan, Bandar DiRaja Pahang untuk kami cuba. Salah satu darinya ialah Murtabak Mengkasar

Dalam renyai hujan, kami ke sini untuk merasa sendiri keenakan yang diperkatakan. 

Kami order murtabak daging 1 (RM10) dan murtabak ayam special 1 (RM12). 

Benar bagai dikata, Murtabak Mengkasar ni memang sedap! Ikutkan tak berapa nak cukup 2 keping tu tapi sebab dah lewat petang, cukuplah tu. Kejap lagi nak kena dinner pulak. 

Lokasinya berhampiran Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Tengku Ampuan Afzan dan SHAH Pekan (SMS Sultan Ahmad Shah). Memang nampak dari tepi jalan. Kedai beroperasi dari jam 3.30 ptg - 9 mlm. 

Sesiapa datang ke Pekan, singgah-singgahlah sini ye. Rugi kalau tak cuba. Terutama yang datang dari jauh macam kami ni. Bukan senang dan selalu nak datang ke Pekan ni. Singgah tau! 

Friday, 23 December 2022

Semalam di Pekan

Dari Kuantan kami meneruskan perjalanan ke Bandar DiRaja Pahang, iaitu Pekan.
 
Dah lama Pekan ni dalam bucket list travel kami. Alang-alang dah sampai ke Kuantan, teruslah ke Pekan. 

Dari Kuantan ke Pekan sekitar 45 minit je... Alhamdulillah cuaca pun panas elok that day


Berhenti solat Jumaat di Masjid Kg Lamir.

Bersebelahannya ada kedai makan. Dalam kedai tu ada tempat buat kuih kapit. Teruja Ummi pun, first time tengok sarang kuih kapit ni...

Setiap sarang tu ada api masing-masing nampaknya. Jenuh jugak tu nak check @ kalih adunan tu kan... Sayang juga, takde proses penghasilan masa ni. Jika tidak, boleh kami tengok proses penghasilan kuih kapit ni. Ikut tulisan pada pintu kedai, sini pusat IKS untuk kampung ni. Mungkin bukan waktu operasinya masa ni. Tapi, dapat juga beli kuih kapit yang dah siap.  

Dari sini, merayau sekejap ke Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Semakin mendekati bandarnya, nampaklah kilang DRB, Deftech dsbnya milik DRB Hicom. Turut kelihatan Universiti DRB Hicom (DRB Hicom University of Automative Malaysia).

Sebelum checked in kami meronda dulu di bandar Pekan. 

Masjid Daerah Pekan. 

Cantik-cantik senibina bangunan istana, masjid dan muzium di sini. Cuma, masa terlalu singkat untuk kami terokai bandar Pekan ni. Sebelah petang pula hujan jadi sekadar mampu bersiar-siar dengan berkereta sajalah. 

Tapi, nampak durian boleh pulak turun dari kereta 😁

Durian IOI. 

Esok pagi, dengan penuh semangat kami mencari Pekan Sari (Pekan Sehari) di tepi sungai seperti yang tertera pada carian di Internet. Puas berpusing masih tak jumpa :( Kata Makcik Nasi Lemak, Pekan Sari berhampiran hospital, takde di tepi sungai:D 

Pagi tu pun hujan. Bila reda sikit anak4 ajak mandi kolam. Layankan aje lah...


Ikutkan tak puas pun berkunjung ke sini, tapi itu saja masa yang ada. Lepas check out, kembara diteruskan lagi. 

# Berbanyak terima kasih kepada semua yang blogwalking ke sini. Maaf, belum sempat balas kunjungan dan balas komen :D Maklum sajalah cuti sekolah ni banyak agenda & aktiviti. Terima kasih sekali lagi atas sokongan semua 💐

Thursday, 22 December 2022

Makan-Makan @ Kuantan

AWAS! Entry ni penuh dengan gambar makanan :p

Day 1

Lunch @ Inspektor Salai
IS Kitchen
D54, Ground Floor
Jalan Balok Darat 13
26100 Kuantan
Pahang

# Ramai staff Kuantan Port makan di sini. 

Dinner from Restoran Nur Arfa 
B20, Tingkat Bawah
Jalan IM3/10 BIM Point
25200 Kuantan
Pahang 

# Tapau makan di bilik hotel. Pinggan, sudu garfu dan tikar bawa dari rumah. Jimat duit, masa dan tenaga :D 

Day 2

Lunch @ Mabiq 2, Tg Lumpor
Cik Has belanja 😘

# Dalam aluminum foil tu lauk Paeh (Pais) Ikan Patin Tempoyak. Diasingkan bahagian kepala, badan dan ekor. Setiap bahagian tu RM15. 

Minum petang @ Warung Poksu & Moksu, Kg Peramu (sebelah Balai Polis Peramu)

# Tak best makan dengan Cik Has, makan sikit haha... Anak dia, Hazim lagilah, secubit pun tak jamah ikan, udang celup tepung tu. Orang local, dah jemu kot. Lagipun anytime boleh datang. Ummilah yang pulun sorang-sorang ☺️

## Ketupat tu sedap, makan gitu je pun sedap. Cukup lemak, masin semuanya.

Dessert from Kula Cakes

Dinner @ Uncle Shy's House 

Kek marble super sedap ni airtangan US. Ummi order sebijik, lagi sebijik tu served as dessert for us. Walaupun lelaki, US ni pandai baking. Orang Kuantan kalau nak order kek ke biskut roger je US. Kalau nak minta buat bookkeeping pun US mahir 👍

Day 3 

Lunch @ Gerai Maksu, Peramu

ICT (ikan celup tepung) @ Fandy Satar Kg Peramu 

Tapau dinner @ gerai depan Mail Ikan Bakar, Tg Lumpor

Bila bercuti atau berjalan-jalan, asyik makan aje lah kerjanya :D 

Wednesday, 21 December 2022

Kula Cakes, Kuantan

Sampai juga Ummi ke kafe viral di Kuantan ni ☺️ Baru tanya kat mana tempatnya, terus Cik Has bawak. Untung ada driver orang local hehe ... 


Alhamdulillah time kami sampai takde langsung pelanggan di dalam mahupun luar kedai. Kereta pun dapat park depan kedai, khas untuk KC's customers. Kami pulak naik hairan, confused sekejap kedai ni buka ke tak :D Selalunya que panjang kata CH. 

Tak besar pun kedainya. Mungkin sebab tu kena que diluar. Bilangan customer dalam tu dihadkan rasanya, sebab masa Ummi dan CH di dalam, ada customer baru sampai kena tunggu di luar dulu. Ada staff jaga pintu. 

Mango Cheesecake tu paling popular katanya. Lagi satu Ummi pilih RV. Each of them kami order 2 slices. 

Mango Cheesecake ni frozen rupanya. Bila sampai hotel baru makan, sedang eloklah teksturnya. Didatangkan bersama sosnya, tuang bila nak makan. Walid cakap sedap. Jadi, kena percaya tau ... Sebab Walid bukan pemakan kek/dessert. Selalu jamah gitu je. Jadi, bila beliau kata sedap tu, memang sedaplah :p Anak4 pun cakap sedap. 

Happy tengok depa enjoy the cakes :D 

Harga satu slice tu tak pasti tapi mahal sikit dari RV (RM10.90/slice). Total tak sure sebab CH belanja. Payment semua cashless ye di sini. 

Senang je nak cari Kula Cakes ni, betul-betul berhadapan dengan Kuantan 188 tu...

CH tak ajak pulak naik Menara ni 😁

#Alhamdulillah, syukur dan lega bila dengar bilangan mangsa banjir (kecuali di Kelantan) berkurangan. Terus berdoa, jom!  

Tuesday, 20 December 2022

Pantai Teluk Cempedak @ TC

Cik Has: Jom la kita gi TC
Ummi: TC?
CH: Teluk Cempedak

Rupanya orang Kuantan panggil TC je :D 

Adik dengan Kakak je ikut...
Waktu siang, sebelah pagi ni tak ramai orang. Kata CH, sebelah malam baru meriah. Antaranya ada fire show. Patutlah waktu kami datang ni tak ramai orang. Gerai- gerai makan pun tak banyak buka. 

Esoknya kami datang semula, lepas Walid balik kerja. Sebelah petang ni lagi meriah. Betullah kata CH. Kalau malam tentu lagi ramai la... 

Ada titi untuk kita berjalan menikmati keindahan pantai. Rasanya dulu takde. Cumanya kena hati-hati sebab di sini banyak monyet! Di kiri kanan titi ni penuh dengan monyet. Seriau juga tapi buat tak tahu sajalah. 

Atas signboard tu penuh dengan monyet . 

Nak dijadikan cerita, tengah kami nak beli souvenir, ada seekor anak monyet ni dok merayau dan mengacau para penjual di sini. Habis dijatuhkan barang-barang niaga. Dalam sibuk-sibuk adik peniaga tu melayan kami, tiba-tiba anak monyet tu panjat kaki Adik! Menjeritlah dia. Walid pun apalagi terus bukak silat Mat Kilau 🤭

Entah siapa pakaikan dia pampers tu. Dia tak takut dekat orang. Lagi dihalau, lagi dia kacau 😇

Apapun, pihak bertanggungjawab perlu ambil tindakan sewajarnya sebelum perkara tak diingini terjadi. Alhamdulillah tiada kecederaan pada Adik, tapi of course dia trauma; " jangan bawa Adik pergi pantai tu lagi tau Walid, Ummi..." 

Ini kali kedua Adik kena attack dengan monkey 😬

# Jom terus berdoa untuk semua mangsa banjir di Pantai Timur. Allahu Akbar, takut Ummi tengok tinggi, deras dan besar air bah kali ni. Mudah-mudahan mereka semua dilindungi-Nya, dipermudahkan segala urusan dan semuanya kembali pulih.