Sabtu lepas kami ke Brick & Glass yang terletak di Kg Kubu Gajah, Sg Buloh.
Dapat undangan dari bekas rakan sekerja Walid, Aunty Faz ke kenduri aqiqah dan kesyukuran utk Baby Afeeya. The only bunga (so far) di kalangan adik beradiknya. Masa Aunty Faz ni kahwin dulu kami turut bersama meraikan hari bahagianya. Sekarang dah 3 orang cahaya mata alhamdulillah.
Bahagian dalam berhawa dingin.
Lauk ayam goreng, kari daging, nenas masak lemak, ikan masin dan sambal belacan. Ulam² pun pelbagai jenis. Teh Tarik ½ gelas cukuplah kan .. ikutkan Public Health Malaysia kata dah umur 40-an seeloknya elakkan minum Teh Tarik 🫣
Rajin dia susun daging setempat, tokua setempat, bawang goreng setempat... 2 jenis sambal; sambal merah (Utara style) dan sambal kicap.
Cendol tak sempat bergambar, Walid dah ngap dulu 😁
Tapi cendol tu sedap. Ada kacang merah, jagung lengkap semuanya bukan sekadar cendol semata.
Alhamdulillah majlis yang sangat indah. Terserempak juga dengan beberapa orang geng ofis lama Walid; Kak Pah, Aizul & Hana bersama keluarga masing². Semua pun dah bertukar angin, dah tinggalkan ofis lama ni.
Semua tetamu dijemput dengan buggy sebab tempat parkir dan tempat majlis di lokasi berasingan. Masa nak balik pun sama, dihantar semula ke tempat parkir dgn buggy. Kalau jalan kaki tak jauh mana pun tapi organizer bagi extra special treatment 👍🏻
Bolehlah intai² socmed depa kalau nak buat event di sini. Service memang superb nampaknya. Makanan pun semuanya enak belaka.