Showing posts with label Jalan2. Show all posts
Showing posts with label Jalan2. Show all posts

Wednesday, 12 February 2025

Ke Pekan Sehari Temerloh


Tepat tekaan SK 🫰🏻
Tujuan utama kami ke Temerloh ni sebenarnya nak ke Pekan Sehari @ Pekan Sari Temerloh yang beroperasi setiap Ahad seawal jam 7 pg hingga tengahari. 

Kali pertama kami ke sini 14 tahun lepas. Kemeriahannya seakan masih sama :) 

Kami sampai awal. Ada peniaga baru nak set up khemah, ada yang tengah menyusun barang jualan dan ada yang dah mula terima pelanggan. Kami gerak ke hujung dulu... 

Rambang mata dah tengok pelbagai jenis ulam/sayuran... 

Kacang Itik, boleh dibuat masak seperti kacang munggai. 

Kalau bawa lori, mau juga beli petai ni :D 

Ikan patin segar, udang sungai, ikan salai macam² ada... 

Masih lengang, masih bebas lagi kami berjalan sambil² berhenti tengok² apa yang menarik.

Tikar mengkuang dan beg yang cantik². 
Jamu mata je... 

Asam Katok, lejen ni...

Madu berserta sarang lebah.

Kuih-muih tradisional negeri Pahang. 
Tak beli...
Walid beli samosa dan vadai. 
Ummi beli tapai pulut dan lepat labu. 

Sedap 👍🏻 

Penat berjalan, patah balik area medan selera tu kami sarapan dulu. Orang makin ramai tapi masih okay nak berjalan. 

Sedap² la roti canai orang Pahang buat. 
Yang ni sedap, yang dekat Restoran Anita malam tadi pun sedap. 

Dah kenyang jom sambung lagi perjalanan. Kali ni kira patah balik ke arah stadium. 
Tedia, ramainya manusia 😁

Mujurlah dah membeli awal² tadi.
Tak selesa nak beli² kalau terlalu crowded macam ni. Nak cepat² beredar je Ummi ni kalau sesak² gini. 

Belah² sini ada akar kayu, barangan kulit, bundle, anak² pokok ...


Kalau ada tanah, boleh beli tanam di kebun kan anak² pokok pisang ni. 

Ni laluan masuk dari Esplanade. 
Kami tak lalu sini sebab kami ikut tangga dekat pagar kecik stadium. 

Masa sampai around 7.30 tadi parking masih kosong tapi bila nak balik, penuh! 

Pintu B stadium dibuka untuk pengunjung guna tandas. Angah sempatlah berposing tepi stadium ni. 

Adik pantang jumpa kucing... 

Stadium Temerloh. 

Dapat beg mengandungi risalah berkaitan ajaran² sesat yang diedarkan oleh Jab Agama Islam Negeri Pahang. Ummi dapat warna putih, Walid dapat warna merah. 

Alhamdulillah seronok, puashati dan syukur dapat tunaikan hasrat nak ke sini lagi. Kalau boleh tiap² minggu nak mai ahahaha 😆 

Tips dari Mama Nurin;
1. Kena datang awal ✅
2. Parking dekat Stadium Temerloh ✅

Sangat berguna dan membantu khususnya bagi kami yang tak suka bersesak² dan malas nak parking jauh² :D

Jemput singgah 🤗

Temerloh Kami Datang!

Dari Kuala Gandah, kami ke Bandar Temerloh, nak buru patin tempoyak :p

Ikut jalan dalam, dalam 30 km rasanya. 
Sayang, kami terlepas peluang nak berhenti di Titik Tengah Semenanjung untuk merakam kenangan di situ. Ingatkan sekadar gelaran untuk Temerloh, rupanya ada monumen yang dibina di titik koordinat tersebut. 

Kami sampai di Bandar Temerloh sekitar jam 1.50 ptg. Cuaca panas berdenting, trafik pun sesak. Pusing² nak cari tempat makan, tapi dek kerana sesak dan panas membahang, tak jadi nak makan di kawasan medan selera tepi sungai ni. Pusing² akhirnya kami singgah di sebuah kedai makan bersebelahan Masjid Ubudiah, Batu Satu. 

Kedai biasa je tapi makanannya sedap² 👍🏻
Ikutkan Cik Ayu dan Mama Nurin ada bagi cadangan kedai² makan sedap di Temerloh ni tapi kami main terjah je masuk sini. Malas nak ke kedai² viral peak hour gini, plus cuaca panas lagi. Perut pun dah mula lapar, pukul 2 dah kan...

Patin Tempoyak hanya tinggal kepala 2 ketul.
Tak cukup, Ummi ambil juga bahagian isi ikan patin goreng balado. Ambil juga ulam pucuk ubi dengan sambal belacan. Menangis makan; sebab sedap dan pedas kaw² 😂

Otw nak ke homestay, singgah beli Coconut Shake Bossku. Lega tekak dapat minum CS ni. 

Yang depan original, untuk Ummi. 
Yang lagi 2 CC Special, ada sirap coklat dan taburan kekacang utk anak⁴. 
Beza harga singgit je. 

Sebelah petang kami keluar semula ambil angin di tepi sungai. Teringin juga nak naik bot tapi ramai orang, plus dah lewat petang. 

Jadi kami jalan² ambil angin je... 

Pokok Hujan-Hujan ni dah berusia lebih 100 tahun. 

Ummi, moon 👆🏻

Ada car boot sale depan Petronas tu...


Dah nak Maghrib jom la balik ke sarang...

Sempat lagi 'tersesat' di kedai dua ringgit pat kupang ni. Beli tissue, wipes, plastic sampah semua untuk kegunaan di homestay. Barang² gini beli je, kalau tak guna pun takpa, boleh bawa balik ke rumah sendiri. 

Tapau dinner di kedai ni. 

Sedap dan besar portion makanannya. Setiap bungkus tu boleh share 2 org. Alhamdulillah kekenyangan. 

Lepas makan solat semua, Ummi masuk beradu. Tak sabar nak tunggu esoknya 🤗



Tuesday, 11 February 2025

Melawat Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah

Alhamdulillah kereta Walid siap on time, jadi dapatlah kami teruskan rancangan nak jalan² sempena cuti sekolah kali ni. 

Destinasi pertama kami tujui ialah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah (NECC).



Untuk ke sini, keluar di Exit Lanchang. 

Dari Plaza Tol Lanchang ke Kuala Gandah ±10 km. 

Banyak juga kenderaan keluar masuk di sini. 



Kiri untuk ke Raub, Bentong & KL. 
Jalan dalam agaknya. Ada rezeki boleh teroka di lain masa. Suka lalu jalan lama/jalan dalam, boleh jumpa tempat² yang tak pernah tahu pun kewujudannya, di samping dapat tengok suasana kampung yang sentiasa menggamit memori. 

Dah sampai...

Sampai di sini, kita diminta mendaftar dulu. 
Ramai juga penghujung termasuk foreigners

Isi borang dan serahkan di kaunter pendaftaran. Tiada entrance fee tapi boleh bagi sumbangan seikhlas hati jika mahu.

Di ruang legar ni banyak informasi tentang gajah dipamerkan/disediakan. 

Terkejut baca info, sebatang gigi geraham gajah bertanya 4 kg! 

Suka sangat tempat ni, kawasan persekitarannya bersih dan terjaga. 

Nampak dah gajah...
Ada 4 ekor dekat sini. Rasanya anak² lagi ni.. 

Boleh bagi makan gajah. 
Tebu dan pisang ada dijual di sini. 

Ada surau dalam NECC ni. 
Tandas pun bersih 👍🏻

Gerai cenderahati

Cafe pun ada, tapi kami tak masuk. 

Kami ke pentas utama. Sepatutnya ada pertunjukan gajah tapi sebab besoknya ada VIP nak datang, jadi show ditukar ke full rehearsal untuk program esoknya. Rezeki kami alhamdulillah... 

Perarakan masuk anak³ gajah.
Yang first ni lupa namanya. She's born here, in Kuala Gandah. Umur dalam 5-6 tahun. 
Anak³ gajah pun dah setinggi orang. 

Tunduk hormat, comel sangat ...

Then ada demo tangkap gajah liar dengan bantuan gajah denak. Kaedah ni yang digunapakai sekarang utk penangkapan dan pemindahan (translokasi) gajah. 

Pian, Abot dan Siti. 
Pian dari Myanmar, umur 51 tahun dah. 
Abot comel, 28 tahun. Siti 24 tahun kot. 

Sebelum tahun 1974, kaedah menangani konflik antara gajah dan manusia ialah dengan membunuh gajah tersebut. Kemudian ditukar dgn teknik melasikar atau lasso iaitu teknik menangkap gajah menggunakan tali lasso atau tali jerut. Teknik ni dipelajari dari India. Beberapa ekor gajah dari India telah dibawa ke negara kita untuk menjayakan program ni. Nama gajah² India ni diabadikan di dinding pintu masuk NECC ni. Antaranya Ganesh, Lan Bahadul dan Paul Bahadul. Kemudian, kaedah bertukar kepada pemberian ubat pelali dan sekarang menggunakan gajah denak semasa proses translokasi. Mungkin tak berapa tepat info Ummi ni tapi lebih kurang begitulah. Yang penting kaedah penangkapan gajah liar semakin baik dan tiada kekerasan digunakan. 

Peranan gajah denak dalam operasi translokasi sebagai peneman dan penenang kpd gajah liar serta peniaga mahut (penjaga gajah) sekiranya gajah liar bertindak agresif. 

Setiap gajah dijaga oleh seorang mahut (peniaga) dan seorang pengiring. 

Alam, the only gajah jantan yang ikut perarakan hari tu. 

Alhamdulillah seronok dapat peluang berinteraksi dengan gajah² ni. Anak⁴ pun seronok dapat berkunjung ke sini. Pengalaman baru untuk mereka, dan Ummi juga. Pernah tengok gajah di zoo tapi ini pertama kali dapat sentuh dan usap belalai gajah :) 

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah 
Lebuhraya Pantai Timur, 
Kampung Cempaka Kanan, 
28500 Lanchang, Pahang
Waktu Operasi: 10.30 pg - 3.30 ptg 
(Ada jadual aktiviti spt pertunjukan gajah, mandi anak gajah dsbnya, boleh rujuk dgn pihak NECC)