Showing posts with label Random. Show all posts
Showing posts with label Random. Show all posts

Thursday, 19 June 2025

Mahal?

Beberapa hari lepas...

Nasi sejuk ada lagi, jadi beli lauk saja. Kebetulan ada urusan di luar, malas la nak masak untuk makan tengahari. Nak makan sorang je. 

Semua ni RM14 
Terkejut juga sebab Ummi rasa macam mahal, dengan takde nasinya tapi control ayu, bayar je la... 

Ikan saiz sedang² je bukan saiz besar pun. Nak tanya lanjut pun malas sebab tukang kira tu nampak tak mesra alam orangnya 😌

Takpelah, rezeki dia hari tu  :) 


Monday, 16 June 2025

Not Feeling Well

Tekak dah mula gatal² dan rasa perit, hidung pun dah mula berhingus huhu... 

Makanya jom la kita ambil langkah pencegahan semulajadi. Lemon + air panas. Arwah Tok dulu selalu pesan kalau batuk/sakit tekak banyakkan minum air suam panas. Means air tu kena panas² bukan suam. Letak air panas lebih dari air mati/sejuk.  Panas yang boleh minum bukan tahap kena tiup² air tu. Masa berpantang pun Ummi amal minum air suam panas ni untuk banyakkan susu badan. 

Jom la sarapan. 
Lapar pulak 😅 

Fetuccine Carbonara leftover dari melawat Abang Ahad lepas. Hantar barang sebab dia ada event weekend ni In Sha Allah. 

Bawa ni je... 
Dia ada kelas sampai pukul 5 jadi tak bawa nasilah kali ni. 

Pulun Abang ye...
Usaha kena gigih, semangat kena kuat, hidup ni keras 💪🏻




Sunday, 25 May 2025

Mangga Murah, jommmm!

Rambang mata tengok pilihan buah mangga yang membanjiri pasaran. Sudah la murah, pelbagai variety pulak tu ... 

2kg/RM10 jadi Ummi angkat serba sikit :D
Mangga epal 2 biji, mangga udang sebiji dan mangga 4 rasa (yang hijau) kata peniaga. Ada rasa masam, masin, manis entah apa satu lagi, lupa 😅 
Semua ni >2kg tapi peniaga kata halal je. Nanti Allah bagi lebih dekat saya. 
Win 👍🏻

Kupas dan potong mangga epal dulu sebiji. 
Masam² manis rasanya. 

Sementara tengah banyak, harganya tengah murah bolehlah makan mangga puas² :) 

Alhamdulillah.  

Friday, 23 May 2025

Kuih Sagu & Puding Jagung

Dah lama Ummi teringin nak makan kuih sagu dan puding jagung airtangan Cik Isma ni. Semalam ada kesempatan dapatlah merasa. 


Paling teringin puding jagung ni la... Tak menyabar,  dapat je terus ngap dulu seketul dalam kereta 😅

Alhamdulillah satisfied my craving for these kuih. Tergugat juga iman bila hari² tengok Cik Isma up status tentang kuih-muih ni 🤭
Bukan tak pernah buat kuih-muih ni tapi kurang sambutan di rumah ni. Pakat makan seketul Dua je, selebihnya Ummi kena perabih. Baiklah beli je kan... 

Tuesday, 20 May 2025

Baby Tempeh

Cik Leha bagi Baby Tempeh ni. 
Katanya ada member bagi, suruh ambil je berapa nak. Mungkin promosi kot. Tempenya panas² lagi, macam baru dipek. 

Macam² jugalah menu berasaskan tempe yang Ummi masak, untuk habiskan 3 pek tempe ni. 

Sambal Tempe + Kentang 

Kacang Panjang + Tempe Goreng plus lebihan isi Siput Sudu rebus. Menu ni tak dapat sambutan sebab tempenya Ummi hiris tebal². Walid makan tempe jika hiris nipis dan goreng garing je. 

Satu pek lagi tu Ummi goreng salut Tepung Bestari, cicah cili kicap. Yang ni laku keras. 

Ummi mula kenal tempe bila datang ke ibu kota, kira² 20 tahun lepas. Mula² tu tak berapa gemar tapi lama² boleh je terima di tekak. Paling suka kalau dapat makan Sambal Goreng Jawa. Kalau ada jemputan kenduri dari kawan² sebelah Sg Besar, Ijok, Tg Karang sana memang berharap ada menu Sambal Goreng Jawa. Buat sendiri tu pernah tapi tak authentic la macam depa buat kan... 

Terima kasih daun keladi Cik Leha 😘


Cerita Sarapan 20.5

Dengan penuh harapan pergi ke Taman Melawati untuk sarapan mee goreng di Mail Mee Rebus. 

Sedih, hampa, pilu semua ada bila dimaklumkan hari ni their signature mee goreng takde. Mungkin cook cuti. 

Yang ada Mee Rebus. 
Sedap bukan tak sedap, tapi hati dah merajuk. Nak mee goreng juga 😅

Nak makan mee goreng atau mee rebus sedap, mai sini, di Medan Selera Taman Melawati. 

Pasemboq depa pun sedap 👍🏻
Tapau jugak la sebungkus, alang² mai jauh dari SG nun :p 

Kopi Ais ikat tepi dari Warong Ngopi Malaya. Nanti ada rezeki nak dine in sini. Menarik juga nampak kedainya. Tadi tu tak singgah sebab dah aimed nak makan mee goreng kan... 

Next time In Sha Allah. 


Monday, 19 May 2025

Indahnya Lukisan Alam

Indahnya sungguh ciptaan-Nya.
Pagi yang kalut terasa tenang bila mendongak ke langit. 

Walaupun lampu neon bersinar, tetap yang di langit itu juga memukau pandangan. Subhanallah. 

Selamat menjalankan tugas semua, niatnya lillahi taala :) 

Sunday, 18 May 2025

Awai Tak Kalut

Linda ada komen ni dalam entry Udang Masak Lemak + Pucuk Paku 👇🏻

Iya, Ummi memang suka masak awal. 

Walaupun memasak tu rutin harian, tapi itulah kerja rumah paling malas dan paling berat nak buat 😅 Jadi, bila dah siap memasak tu rasa lega, setel dah urusan yang paling tak disukai antara segala jenis kerja rumah ni. 

Keduanya, kalau masak kari ke, rendang ke lagi sedap masak awal. Jadi bila kita nak makan malam nanti, dah mesra segala rempahnya. 

Ketiganya pula, sebelah petang Ummi keluar ambil anak² sekolah. Nanti kalau traffic jammed ke hujan ke kita chill je, lauk utama dah siap. Balik masak nasi je.

Maksu pun geng dengan Ummi juga, Geng Awai Tak Kalut 😆

Hari minggu pun sama, Ummi suka masak awal. Nanti kalau nak keluar ke, nak uruskan kain baju ke senang dah sebab dah siap masak. Memasak ni time consuming, itu yang suka selesaikan awal². 

Gambar bukan sekadar hiasan :p

Minum Petang Ahad

Tumpangkan Nurin ke tuition center pagi tadi. Petangnya maknya bagi donut 😁

Donut ni besar saiznya, sebiji tu Ummi potong 4. Makan ½ pun dah kenyang. 

Walid pula beli goreng pisang dan keledek goreng. Air Jambu beli balik dari hantar Angah ke asrama tadi. 

Alhamdulillah rezeki petang hari minggu.

 



Saturday, 10 May 2025

Fruitful Friday

Jumaat semalam agak sibuk. 

Mula² hantar anak² ke sekolah.
Seram nak lalu gelap² ni sebab construction ECRL ni memang tengah rancak. Kejap tutup lane sini, kejap lane sana. Kena extra careful and alert bila memandu. 

Walid cuti, ada urusan keluarga. 
Breakfast dekat sini tenang setenangnya sebab kami je customer yang ada masa ni 😁

Lepas dropped off Walid di Terminal Putra, Ummi balik ke SG.

Orang singgah di market beli ikan sayur, Ummi beli souvenir 😆
Baru perasan dekat corner market ni ada orang jual barang cenderemata itu yang sakan Ummi borong. 16/5 ni kan Hari Guru... Beli la hadiah siap² utk cikgu², alang² jumpa hadiah yang berkenan di hati. Lega sungguh sebab nak memikirkan dan mencari hadiah ni boleh bikin fenin 🤭

Alang² keluar hari Jumaat, singgah ziarah kubur Tok. Makin banyak wildflowers atas kubur Tok ni. Macam taman bunga :)
Atas kubur Tok ni memang ditanam rumput carpet, wildflowers ni pula tumbuh celah2 tu la. Ummi tak cabut, tapi trimming je rumput & wildflowers ni bagi nampak kemas. Kalau ada anak lalang tu baru cabut. SA pernah tanya hari tu... 
.
Balik rumah selesaikan pula kerja² rumah. Itu ini begitu begini, dah hampir waktu nak kena keluar ambil gegirls pulak. 

Untuk lunch cadangnya nak beli je Nasi Kukus favorite depa tapi depa tak mau. Pulak 😅

Makanya Ummi masak je la...

Ayam Masak Belengas & Nasi Putih. 
Ni je menunya tapi dia punya pulun makan tu, nasi sepiyuk hampir licin. Lauk tu bajet untuk dinner sekali, pun tinggal kenangan dan harapan 😆

Untuk dinner, beli dekat pasar malam je la...

Pilihan anak²

Pilihan Ummi :) 

Hari yang sibuk tapi terisi dengan pelbagai aktiviti, itu yang seronok. 

Alhamdulillah.  

Friday, 9 May 2025

Senyum Hujung Minggu


Adik: Ummi kenapa siput babi jalan lambat? 
Ummi: Entah... 
A: Sebab dia confused, dia siput ke **bi 

🤣🤣🤣

Happy weekend semua. 

Tuesday, 29 April 2025

#mthqk2025 & Musim Haji 2025

Baru sedar malam tadi Majlis Tilawah & Hafazan Al Quran 2025 (#mthqk2025) dah masuk malam kedua. Jarang buka siaran TV sekarang ni malam hari sekolah. Tapi rezeki malam tadi, buka TV1 nampak siaran langsung #mthqk2025 ni. 

Perlis jadi tuan rumah kali ni... 

Buka TV nampak Qariah WP sedang memperdengarkan bacaan. 

Barisan para hakim...

Ada rezeki malam ni boleh tengok lagi....sebelah siang ada majlis hafazan rasanya. Hari ni terlupa pulak nak tengok plus ada urusan juga tadi. 

#mthqk2023  ada Ummi coretkan di blog ni, yang tahun lepas takde pulak atau Ummi just selit je dalam entry lain kot. Rasanya ada sebzb qari favorite Ummi, Ustaz Muhammad Husaini Mahmur dari N9 menang tahun lepas. 

Hari ni juga penerbangan pertama jemaah haji kita telah berangkat ke tanah suci. Dah masuk 1 Zulqaedah kan. Alhamdulillah ada juga saudara dan kenalan rapat kami dipilih menjadi tetamu-Nya untuk musim haji tahun ni. 

Semoga dipermudahkan urusan haji untuk semua jemaah, diberi kesihatan yg baik utk beribadah, selamat pergi dan balik serta beroleh haji mabrur hendaknya 🤲🏻 

Saturday, 26 April 2025

Si Dia Muncul Lagi!

Bunga ala² petunia ni muncul semula dalam pasu tanaman Ummi. 

Cantik kan? 
Menyerlah betul warnanya tu...

Dan bila SK sebut ni, Ummi pun setuju. Wildflowers dekat pusara Tok tu pun semuanya ungu. 

Cuma, kenapa tu Ummi pun takde jawapan 😁


Thursday, 24 April 2025

Siapa Temani Bulan?

Subhanallah Masha Allah Tabarakallah... 
Cantik sangat pemandangan Subuh di pagi Jumaat terakhir Syawal 1446H ni. 

Sang Rembulan ditemani sesuatu... 
Kata orang jika tak berkelip, itu planet. Betul ke?

Kehadirannya dah Ummi sedari sejak 2 minggu lepas. Tak bergerak², di situlah duduknya. 

Mungkinkah Venus? Atau Zuhal? 

Tapi tak nampak pula bentuk 'smiley face' :)

Titik kecil di bawah Sang Rembulan tu pastinya bintang, nampak berkelip²... Ada ketika hilang, ada ketika muncul. Teringat kisah Nabi Ibrahim yang dirakamkan di dalam Al Quran. 

Surah Al An'am (6:75-79)

Menjelang pagi, muncul pula Sang Suria dengan penuh gah, cahayanya menyinari alam semesta. 

Alhamdulillah;
Pagi yang indah 
Hari yang cerah
Urusan yang mudah 
Rezeki yang murah (berkah)
🤍

UPDATE:

Info lanjut: Kosmo

Terima kasih En Pha Is juga bagi komen 👇🏻

Teruja sangat bila dapat saksikan kebesaran Allah SWT dengan mata sendiri. Alhamdulillah for the opportunity 🤲🏻

Yang Ummi sangkakan bintang 👆🏻 rupanya Zuhal! 
Subhanallah. 












Saturday, 19 April 2025

Bunga di Pusara Bonda

Ziarah pusara Tok kelmarin. 

Sambil² bersihkan kubur Tok ni, nampak few wildflowers atas pusara... 

Pokok ni akarnya bau sebijik macam minyak angin. Hence, kami panggil pokok minyak angin 😁 Dulu masa kecik pokok ni banyak tumbuh dekat tebing tepi rumah Tok Wan, Ummi ingat lagi kami suka cabut pokok ni sebab nak cium bau akarnya tu. 

Another purple flower 
Pokok kenit ni biasa tumbuh diantara rumput², kecik je saiznya mungkin ramai tak perasan. Sama macam pokok minyak angin 👆🏻

One more...
Pokok ni tumbuh tepi kubur Tok. 
Purple jugak 😆 
Ada versi bunga putih juga pokok ni...

Manisssss belaka warna purple pulak semua tu 💜

Ni cik purple dekat rumah, meriah berbunga hujan² ni.
Alhamdulillah.