Showing posts with label Bekal. Show all posts
Showing posts with label Bekal. Show all posts

Saturday, 28 December 2024

Bekal Nov & Dec 2024

Entry ringan² di hujung minggu. Plus busy Abang Angah nak balik asrama hari ni 🥹

Menu wajib cuti sekolah; Nasi Lemak Ummi. 
Ini bekal Kakak ke tuition UPKK. Hari ni last day dah tuition. 6.1 ni dah start exam. Doakan Kakak dapat 9A 🤗

Roti Telur ala Kak Iqa. Satu utk Walid, satu utk Kakak. 

Nasi Goreng & Telur Mata.
Mood rajin, buat kopi ais sekali utk Walid. 

Nasi putih sambal bilis, bekal tuition Kakak. 

Salad Telur dan lauk daging kot... Lupa dah 😅

Nasi Goreng & Nugget.
Kakak ni suka makan sayur, ada timun pun takpa dah. 

Nasi Goreng dgn Onion Pakora dari Bananabro. Lebih banyak masa makan tu, kami tapau bawa balik. 

Bekas Kakak ni dah patah tangkainya. Berbaloi jugalah beli sebab dia guna sepenuhnya. 

Saturday, 9 November 2024

Bekal Tuition Kakak (Okt)

Kakak pergi tuition bawa bekal sekarang. Dah jemu order dekat tuition center katanya; asyik rotate menu sama 🤭 Lepas tu kadang takde sayur. Dia suka makan sayur, macam Ummi. Takde sayur rasa tak lengkap juadah. Jadi, Ummi raikan permintaan dia, sediakan lunch box untuk dia start minggu ke-2 Oktober. 

Nasi dan lauk lebih sikit utk dia share dengan kawan². Ada kawan dia tak bawa bekal dan tak order food dengan tuition center. Makan pagi je. Nak bertahan hingga petang, lapar juga tu. 

Selalunya Ummi masak pagi² untuk Kakak, nak melawat Abang Angah pun bawa menu sama jugalah. 

Tambah lauk ayam goreng, kesukaan Angah. Dia ni kalau tau Ummi Walid nak melawat dia, sanggup skip lunch. Nak makan masakan Ummi ☺️ 

Minggu last Oktober takde tuition, jadi takde la bekal :) 



Friday, 4 October 2024

Sarapan with Simple Wrap


Hari ni Ummi buat simple wrap untuk breakfast. Kakak makan siap² di rumah, Walid bawa ke ofis. Adik makan nugget je 2 ketul. 

Steps in preparing a wrap

1. Panaskan wrap (tanpa minyak) sekejap hingga keperangan, jangan garing nanti susah nak lipat.
2. Toreh 1 bahagian wrap tu hingga ke tengah macam gambar 👆 
3. Letak bahan pertama. Seeloknya letak salad/sayur utk bahagian pertama ni, sebab bila dilipat nanti salad/sayur akan berada di bahagian tengah wrap. Lipat bahagian pertama.

4. Letak bahan kedua. Ambil bahagian sayur dan lipat ke arah bahagian telur. 

5. Letak bahan ketiga. Bahagian sayur dan telur tadi tindihkan ke atas bahagian nugget ni. 

Siap! Boleh kemaskan dengan lidi pencucuk. 
Letaklah sos @ mayo, atas setiap bahan tu supaya adalah rasanya. Atas telur Ummi letak juga serbuk black pepper. Ikut citarasa masing². Bahan² wrap pun terpulang, seeloknya ada sayur, protein...  

Sedap dan mengenyangkan tau makan wrap ni. Ummi guna Roll-up Wraps Gardenia. 

Selamat mencuba 🤗



Friday, 28 June 2024

Bekal 10-14.6.2024

Koleksi bekal Kakak  minggu sebelum cuti raya haji... 

Bekal 10/6

Bekal 11/6

Bekal 12/6

Bekal 14/6

Bekal 14/6 

Minggu selepas raya haji tu dia tak nak bawak bekal, nak beli di kantin pulak. Okay jugak sebab Ummi pun nak kumpul balik idea dan kerajinan. Cuti raya haji kan sampai Selasa, 2 hari tak payah bangun awal memasak, sempatlah jadi malas haha... 

Minggu ni pula dia bawa bekal ringan² je; sandwich telur, sosej, scrambled eggs gitu² je...lepas tu Khamis semalam dia nak Nasi  Lemak Sotong. 

Asalkan Kakak bahagia ☺️



Friday, 7 June 2024

Bekal 4&5 Jun 2024

Isnin cuti Bday YDPA Agong, Khamis takde air jadi 2 hari saja Kakak bawa bekal. 

Selasa ~ Nasi Goreng + Telur Rebus

Rabu ~ Wrap Telur. 
Simple je sebab takut air habis masak beria², nak basuh kuali dsbnya 🤭

Minggu depan nampaknya kena rajinkan balik diri :D Minggu ni buah dan snack pun takde. 

Monday, 27 May 2024

Bekal 20-24 Mei 2024

Isnin cuti KAMIL, Rabu cuti umum hari Wesak. Selasa tu Kakak bawak bekal... 

Lauk dinner ada baki seketul je, bolehlah kan... 

Beli lunch bag baru dekat Mr DIY. Tengok dekat TT ramai pakai beg macam ni sekarang. 

Bergaya hehe...

Untuk Walid. 

Untuk Ummi, buat cekodok je ...

Hari Khamis Kakak tak nak bawa bekal sebab nak celebrate bday Nuha dekat sekolah.

Untuk Nuha, lunch box sebab Nuha pun suka bawa bekal. Satu lagi hadiah utk Aufa, belikan dia earphones

Jumaat memang tak bawa bekal. Ni cuti sekolah, cuti jugalah projek bekal.

Friday, 17 May 2024

Bekal 13-16 Mei.2024

Bekal Kakak Isnin -Khamis minggu ni... Dia request nak bawa nasi putih jadi Ummi selang-selikan nasi putih dan makanan lain. Adik masih ikat kontrak dengan Nasi lemak Acik Tepi Sekolah, jadi tak nak bawak bekal 😆 

Nasi Goreng, Nugget & Tembikai.
Nugget tinggal 3 ketul, dapatlah sorang seketul Adik, Kakak & Ummi :D 

Nasi Putih, Ayam Masak Halia & Scrambled Egg.


Nasi Putih, Cendawan Balak w Sos Tiram, Ayam Goreng Bawang Putih, Betik & Kuah Lemak. 

Minggu depan Insha Allah Walid will join #teambekal 💪

Saturday, 11 May 2024

Bekal 6-9 Mei 2024

Lama betul bercuti dari bawa bekal anak² ni... Bukan apa, lepas buka sekolah bulan 3 hari tu puasakan, lepas tu raya... Minggu lepas baru mula balik projek bekal ni. Lama dok kumpul kekuatan haha ... Ini pun akhirnya terinspirasi dengan post Irene Nadia di TT; Bekal 4 Beradik. Sama dengan SRAI, sekolah anak⁴ beliau pun lunch provided tapi anak⁴ beliau still request bekal setiap hari. 

Kakak je yang rajin nak bawa bekal sekarang. Adik taknak sebab everyday nak beli nasi lemak telur rebus Acik tepi sekolah tu. Untuk lunch, makan nasi yang kantin sediakan. Bekal ni untuk makan waktu rehat pertama. 

Nasi Goreng & Ayam Goreng Crispy (dalam nasi goreng tu). 

Nasi Lemak, telur puyuh, telur dadar dan ayam bakar baki dinner. Buah Oren untuk Kakak. 

Sebab ada nasi lemak, Adik pun nak bawa bekal hari ni. 

Mi Segera Goreng w Nugget. 
Gambar gelap tak cukup cahaya :p

Egg Mayo Sandwich.
Buah Oren hari² selagi tak habis 😁

Jumaat tak bawa bekal, bagi peluang Kakak beli food di kantin. 

Moga² Ummi istiqomah 💪

Monday, 6 May 2024

Alamak, lambat 🙆

Keluar rumah macam biasa, usai solat Subuh. Pukul 6.45 Walid called, masih dalam kawasan taman, jalan sesak teruk. Pukul 7.00 called lagi, baru masuk main road 🤦 Pagar sekolah tutup pukul 7.30, sempat ke ni? Ummi pun naik risau dah. Terus maklumkan dalam group kelas, minta maaf kemungkinan Adik Kakak sampai lewat ke sekolah hari ni. Pukul 7.20 Adik call bagitau sampai Greenwood. Ummi pasrah 😅

Then Walid bagitau depa sempat sampai, 2 minit sebelum pintu pagar tutup. Alhamdulillah.

Ada accident rupanya :( 

Apapun syukur, sampai dengan selamatnya. Nyaris² dah nama kena ambil sebab sampai lambat tapi alhamdulillah awal 2 minit. 

Bekal untuk Kakak hari ni. Baru nak berjinak² sediakan bekal semula, moga Ummi istiqamah 💪 Adik tak nak bekal, nak beli nasi lemak favorite dia. Tapi hari ni takde rezeki dia, dah lambat memang Walid tak singgah la beli kan... 

Ni pula pemandangan masa balik tadi. Ingatkan keluar lewat tak perlu hadap traffic jam, sekali sangkut juga. Sebabnya diorg yang nak ke kanan block lane orang yang nak jalan terus.  Kena tunggu traffic light diorang hijau barulah kami yang ikut jalan yang lurus ni boleh gerak sama. Macam² pe'el 😇

Tuesday, 29 August 2023

Bekal ~ 21/8-24/8/2023

Minggu ketiga sediakan bekal dah mula ada bibit² malas tu... pukul 5 lebih kadang tu baru turun ke dapur hehe ... 

Mi Sup idea dari resepi Bihun Clear Soup airtangan Cik Puan SK.

Hari Selasa Ummi goreng bihun. Sayurnya Ummi letak kucai, pemberian jemaah surau. Nak mudah kerja, sebelum tidur rendam siap² bihun dengan air biasa. Esok pagi, toskan dah boleh masuk kuali. 

Angah tukang bawa balik :)
Bagus jemaah tu berkongsi rezeki. Rasanya hasil tanam sendiri ni. Kucainya masih segar dan bersih. 

Rabu baru ada buah :)
Dua hari sebelum tu hujan lebat, malas nak singgah beli dekat tempat favorite tu. 

Menu clear-kan peti ais :D 
Chicken fillet ngam-ngam 3 ketul je tinggal, cukup untuk anak³ je. Untuk Walid, Ummi bekalkan 2 biji telur 1/2 boiled as the source of protein. 

Mixed Vege Coleslaw rasanya pernah makan di MarryBrown kot. Itu yang tercetus idea tu memandangkan takde sayur untuk bekal hari ni.

Cuti sekolah ni boleh kot rehat sekejap #projekbekal ni kan... Break sekejap cari idea, cari mood balik hehe...


Friday, 18 August 2023

Bekal ~ 15/8-17/8/2023

Isnin cuti PRN.
Selasa bawa bekal ni 👇

Rabu, Walid kursus di Concorde Hotel, anak³ je bawa bekal...

Habiskan stok cereals ni...

Khamis Ummi goreng Kue Tiau letak daging. Hari tu nampak Mak Cella berbuka dengan KT Goreng Daging ni, telioq! Jadi, kita buatlah sendiri :D 

As usual, Jumaat tak bawa bekal. 

Ummi goreng mee untuk breakfast. Angah tak sihat, tak ke sekolah. Muntah dan pening katanya. Makanya MC la...

Tengah exam ni :( 

Tengahari Ummi ke sekolah jumpa Kakak dan Adik dan ambil lunch dia. Hari ni takde penaja, kena bayar sendiri. Tak ambil nanti rugi pula Acik Kantin...

Menu untuk minggu depan dah ada, tapi belum finalize. Bahan mentah belum beli :)