Monday, March 31, 2008

No more gusip okeh!

Syam msg aku, wish tahniah psl dah konvo. Sgt terharu. Katanya last week dia turun JB, jumpe tunang tersyg - Kak Nadia yg cantik. Katanya majlis kawin dia bln 12 ni. Dia tanya aku nak ke majlis dia kat Perak ke, ataupun ke JB - umah Kak Nadia. Aku ckp aku je JB ajelah. Dekat skit. Terus dia sakat aku takmo ke jumpe si petak. Terus aku gelak! Hahahah.Si petak tu Ajip rupanya. Ada ke panggil Ajip si petak. Geli plak hati aku. Syam ni pun satu...x abis2 nak gusip-gusip aku dgn dak Ajip.ceh..

Aku sms Ajip, sakat dia...

Aku : Jip, u dah ade awek ek..shafi bgtau.Wo..x bgtau i pun ek!
Ajip : Isy..mana ada.Shafi ckp u yg dah ada kan? i ni sapalah nak. Muka x ensem.
Aku : Ala..u saja serkap jrg kan? i borak dgn shafi pun jrg.
Ajip : hehe..ala baru jek kwn-kwn. lum kapel lg. Dlm proses kenal lg.
Aku : Cikgu 1 sekola ke? Cun x? dak mktb mana, opsyen pe?nama ape?
Ajip : Dak ****, opsyen **.x cun sgt, chinese look.kecik orgnya.org Gerik, dekat dgn kmpg i.Nama dia Siti *******.
Aku : Waah...dak **** ek. mesti cikgu sekola i kenal.beshlah u sama-sama cikgu.
Ajip : u doa-doakan la ye win.
Aku : Insya'allah ada jodoh.I doakan.Amin...

If Syam tau ni musti gusip antara aku & Ajip dihentikan serta merta. huhu. Aku tumpang suke sorg lg bestfren aku dah jumpe calon.
*nota : Si Reza kerap panggil aku Kak Auuuuuuwwwwiiiin skang ni! kakakakkaka cam lawak jek.;p

Saturday, March 29, 2008

Jalan-jalan cari barang lagi...

It's official. Aku dan dia mmg x dpt dipisahkan lagi. Aku sgt suka dia. Dia pun mengalu-alukan aku. Siapa dia? Dia yg bernama Jusco. Haha. Aku ini mmg sudah disampuk mambang Jusco lah kot. Tp kali ini pergi dgn tujuan membeli kasut utk abah. Hadiah la kononnya, nak guna gaji pertama aku. hehe.Tp tiada yg abah berkenan pula. Maka sia-sialah jadinya ke Jusco ek? Oh tidak. Haha. Psl aku telah mendapat suatu pencil case baru yg sungguh comel. Bg menggantikan 'si leopard' yg telah tamat riwayat zipnya. Juga Stitch yg juga telah tamat riwayat zipnya. Ini lah dia yg aku kasi nama kiko. Bleh x gitu? Aku xtau pun apa nama benda alah kartun ini tp beliau amat comel.Jd aku pun ingin memiliki beliau lah.Haha..

Ini pula minuman aku arini di Jusco - Frapuccino perisa mocha. Aku hanya minum perisa ini saja. Yg lain x penah. Ini pun psl teringin. huhuhu..

Ini pula gambar atuk aku tgh menyedut mocha. Ini gambar candid. Sian atuk aku. Agak terkejut beliau bila aku men'snap' pic ini...wahahaha

Inilah satu-satunya atuk aku yg tinggal. Yg satu lg sudah pulang kerahmatullah (al-fatihah). Aku juga sudah tiada kedua-dua org nenek. Sangat kasihan kan aku? Jd inilah saja si jantung hati. Aku tinggal dgn atuk aku ni sejak umur aku 2 hari. Aku penah mention kan dlm entry lepas? ;)

Oklah. Arini tamau catat pjg. Psl bdn sgt letih. Siang td sekolah wat sambutan maulidurrasul. Aku seperti biasa menjadi mc lg. Kali ini berpasangan dgn Kak Elisa. Musti ramai sudah bosan mendengar sore aku kan? *sengih*

Stitch dalam kenangan... *sob*

Friday, March 28, 2008

Bila Nijam menyibuk...


Nijam : "Wiween kata, nanti dia letak gambar konvo bile dah dpt kumpul semua skali gambar drp kwn-kwn."

Hehehehehe....

Thursday, March 27, 2008

JB - Day 1 : Skudai Parade!

Yuhuuuu...! Daku suda pulang! hihihik..Sgt penat walaupun aku hanya T.I.D.O dlm kete sepanjang perjalanan pulang. Tq to abah kerana sudi menjadi pemandu yg berhemah.;p

Ada apa dgn JB? Mari berstory-story...Pd ari Rabu,aku tiba di IPTI dlm pukul 11.30am.After daftar & amik jubah, terus ke Hotel Seri Malaysia utk check in. Lepas antar segala mcm barang ke bilik, rehat-rehat sebentar & kemudian terlompat-lompat kegumbiraan kerana sudah ready utk ke Skudai Parade. Plan berjalan dgn begitu lancar.Lagipun raptai konvo start pukul 8.00pm.Lambat lagi! Sempat sungguh mau berjalan-jalan!Haha..Aku ke sana dgn abah. Mak tidak ikut psl mak tidak mahu shopping. Tp sempat juga meminta aku melihat-lihat jika ada beg yg cantik-cantik! Ih...bleh plak gitu yer mommy? AHAKS.

Sampai di simpang, sempat plak snap gambar.. Teruja katakan...sudah 3 bln tidak ke sana. Windu sama syorga dunia itu & juga sama Iwan! Sapa Iwan? Japgi aku citer okeh. Ekceli before gerak tu aku dah kasitau Iwan yg aku on the way ke sana. Beliau kata beliau tunggu & begitu excited mahu jumpa. Cdg mahu lunch sama tp beliau sedang kerja. Biasalah, kerja dgn Ca Ya Nun Alif kan. Payah skit nak curik tulang. Sungguh kasihan. Beliau ajak aku dinner sama mlm itu tp mlm itu aku ada raptai konvo plak. Jd sangatlah tidak berjodoh atau ber'rezeki' mahu mkn sama..


Sampai saja di depan Skudai Parade itu, segera bergegas ke 4th floor utk ke kedai vcd sebelah POPULAR. Kali ini POPULAR tewas di tgn Kedai VCD Amoi (Aku siyes x penah ingat nama kedai dia!) dgn mata 8000 - 1! HAHA psl POPULAR di situ tidak besh. Tidak setanding POPULAR di Jusco. Jd hati tidak begitu tertarik walaupun before balik tu aku singgah jap situ utk membeli HOT issue 94.Jika tidak, x hingin. Sungguh berlagaknye ayat! Huhuhu..Ah lupakan psl POPULAR. Bila aku ke kedai vcd itu, aku segera membelek-belek kot ada citer Korea baru. Mmg ada! Tp aku x lah berkenan dgn semua sbb aku SANGAT amik kisah psl HEROnya okeh! Aku hanya akan membeli jika hero itu aku suka. Haha sungguh diskriminasi.;p Jd, aku hanya terpanggil-panggil utk membeli citer lakonan hero Stairway To Heaven - Kwon Sang Woo bertajuk BAD LOVE & ada lg 1 iaitu lakonan Jang Hyuk & Lee Da Hae bertajuk ROBBER! Buat tontonan umum, aku SANGAT SUKA sama Jang Hyuk!!! Beliau adalah HERO PEBERET aku! Sejak THE SUCCESSFUL STORY OF A BRIGHT GIRL membawak ke VOLCANO HIGH membawak ke WINDSTRUCK sampai ke THANK YOU! Aku sangat adore sama beliau! Aku juga suka sama Lee Da Hae sejak beliau jd heroin MY GIRL. Jd mata sudah bersinar-sinar mahu membeli citer ROBBER itu! Tetapi.."Sorry, ini tak ade subtitle lor." Huwarrrrrrrrrrrrrrrrrrggggggggggh aku terus membaham amoi itu dgn lahap sehingga beliau bertukar menjadi tulang-temulang & darah beliau melimpah ruah di lantai kedai itu! Okeh...aku tipu. Aku SANGAT KUCIWA okeh! Sungguh kuciwalara - Kecewa dgn hati yg lara! Jd, aku hanya membeli citer BAD LOVE, SPRING WALTZ (ekceli ni dah ade tp Dor pinjam & beliau ter'hilang'kan so aku beli lain psl citer ini besh!), 2 citer FULLHOUSE, MY LOVELY SAMSOON & ada lg 2 citer korea - utk kazen aku.

*NOTE : Buat Baba Arman, nanti kite poskan fullhouse & my lovely samsoon tu kat baba okeh? *kenyit*

Inilah antara citer-citer Korea yg dijual kat kedai amoi...


Lepas setel membayar sebanyak *tuutt...* terus bergegas ke ground floor utk ke tempat keje Iwan iaitu kedai vcd juga! wahahha..Iwan ini adik angkat aku di JB. Beliau budak form 6 tp keje part time kat kedai vcd ni. Beliau org PD juga tp sekarang sudah menjadi penduduk JB yg setia. Sungguh lupa daratan. Tp bagus juga, mudah aku mahu mendapat info citer-citer apa yg sudah siap didownload & di'DVD'kan atau dicetak rompak . Bukankah ini mendatangkan kebaikan buat aku juga? HAHAHAHAH <--- gelak seperti komeng. Iwan kata dia part time situ pun sudah boleh dpt seriban. Okeh la tu kan...Oh yer, inilah dia Iwan :

Comel kan? ngeeee...tp semlm beliau diserang demam. Katanya abis 1 family demam. Sianlah adik aku yg comel ini. Tp semangat sungguh menjual vcd.Haha.Tp sangat sakit jiwa sebab aku asik diserang dgn soalan "Akak ada boifren ek??" Huh...BENCI! Malas mau layan okeh?Aku mahu membeli DVD! Aku mahu membeli tv series berjudul WINDFALL lakonan Luke Perry. LUKE PERRY, okeh! Remember Beverly Hills 90210? Yg wartawan Malaysia duk samakan dgn YUSRY KRU! Euuw...! Sgt tidak seiras! Disebabkan ada Luke Perry, aku inginlah membeli tp tidak ada stock! See...aku kuciwalara lagi! Maka aku pun membeli movie 27 DRESSES & tv series berjudul HEX & 1 lg citer Korea baru lakonan Jo In Sung (SPRING DAY) yg AMAT KIUT!

Setel aje bayar, berbual-bual dgn Iwan sekejap & terus naik ke atas, survey kot-kot ada beg yg cantik-cantik utk mak. Tak ada! Maka aku terpanggil-panggil pulak ke kedai kasut tepi pintu masuk utama Skudai Parade itu. Maka aku pun terbeli kasut-kasut berikut yg sangat simple designnya. Aku ini asyik membeli kasut saja kan? Sudah diserang demam kasut agaknya.huhuhu tp x apa psl bukannya aku beli utk buat hiasan. Aku akan pakai kasut-kasut tersebut! *gelak kecik*

Selesai saja semuanya, aku terus segera mendapatkan abah di kereta sambil mendengar bebelan beliau tentang kehilangan aku di syorga dunia itu begitu lama dan hujan yg dah mula mencurah-curah dr langit. Lelaki pun membebel ek...ingat pompuan aje suke membebel. Takpelah, kasi can skit kat abah.huhuhu..Kami pun bertolak balik semula ke Hotel Seri Malaysia lepas tu & aku menjadi terlompat-lompat sekali lagi psl rupa-rupanya dlm bilik tu dpt wireless! Maka, aku berasa sungguh menyesal YG AMAT kerana tidak membawa laptop! Maka, hanya online guna hp & jenguk jap diari maya kesayangan aku ni..Itulah saja berita hari ini yek. Nanti aku sambung citer Hari Konvo okeh! *wink*

Tuesday, March 25, 2008

Demam Konvokesyen!

Aku arini sudah jd semacam cacing kepanasan. Sudah tidak senang duduk. Mahu baring pun rasa tidak enak. Rasa HOT yang amat! Aku semacam sudah tiada kesabaran! Aku mahu jam menunjukkan pukul 7.00am dengan segera pasal aku sudah tiada kesabaran utk menunggu masa utk berangkat ke JB tiba! Sangat teruja seperti ingin bertemu dgn kekasih hati! Haha...amatlah keanak-anakan aku ari ini. Kat sekolah pun org-org sibuk mengucapkan "Selamat Berkonvo". Mungkin sudah tidak sabar menyuruh aku pergi agaknya.Atau sudah begitu bosan melihat muka aku ni? Okeh...esok aku akan pergi wahai sekolah..Kau musti akan merinduiku tahap wali-wali kan? Apatah lagi org-org di sekolah itu. Kak Anne & Ida sudah awal-awal menunjukkan kerinduan dgn memeluk2 diriku yg tembam ini. Haha..sungguh terharu okeh? *sengih*

Pg esok aku akan bertolak lepas subuh. Sangat awal kan? Maklumlah JB bukannya begitu dekat. Jd, bertolak awal lebih afdal. Aku juga tidak mahu buah hati berhimpit-himpit dlm kesesakan. Walaupun akan berada dlm kesesakan itu sebaik saja masuk ke Skudai. Aduhai...sangatlah menaikkan amarah. Tp apa mau bikin? Aku ingat jalan raya tu aku yg punya kah? Jika aku yg punya boleh lah aku bersenang lenang menggunakan seorang diri. Ini dikongsi ramai. Jd, bersabarlah wahai aku! huhu..

Baju-baju & tudung-tudung yg ingin dipakai esok & lusa sudah siap digosok. Salah satunya ialah jeng...jeng..jeng..


Ini bukan full picture. Kasik sample saja. hehe..ini utk dipakai masa rehearsal mlm esok. Simple saja. Aku mulanya tidak langsung mahu memakai baju ini. Aku mahu memakai baju kurung moden kaler turqoise. Tetapi Kak As sudah kasik cabaran utk aku memakai baju ini. Semlm dpt sms drp beliau yg berbunyi, "u sok mesti pakai baju kilat-kilat kan? Ke nak pakai baju corak rimau bintang gak? Baru sepadan dgn u punya pencil case rimau bintang & bantal-bantal dlm myvi u tu. Amacam?" Hahahaha...aku tidak boleh dicabar okeh? Maka aku dengan sangat bersemangat membatalkan niat memakai kurung moden turqoise itu & memakai saja baju kurung biasa bercorak leopard di atas sebagai menyahut cabaran itu. Kebetulan pulak aku ada baju corak leopard. Aku ni sgt suka corak-corak haiwan tau..Mmg sgt minat! Corak lembu, corak zebra & corak zirafah pun aku sudah ada. Sampaikan si Amir Faruq (student 2 Cerdik) pernah tegur aku, "Cikgu, baju cikgu mcm zirafah." uih..mmglah kamu pemerhati yg bagus! Lepas ini aku mau corak rimau biasa plak. Mau jd mak belang. Bleh x??? Jd, kepada Kak As, cabaranmu sudah kusambut dgn hati waja yek? ;p

Bile hal pakaian sudah selesai, aku kepeningan memilih gincu. Jgn kata aku cerewet, nanti aku merajuk sapa mahu kasik pujuk sama aku? Kekasih hati? Kamu mahu ke jd kekasih hati aku? Hohoho..Jd, jika kamu rasa aku cerewet pun, buat-buat lah tidak tahu..wahahah..Kat bwh ni aku calit2 skit kaler gincu-gincu aku. Tidak tahu mahu pakai yg mana satu utk dipadankan dgn baju kurung kaler kuning & tudung jugak kaler kuning! Aku repeat, KUNING okeh! Buat tontonan umum, aku kena & WAJIB memakai baju kuning & tudung kuning semasa Majlis Konvokesyen dijalankan. Bukan aku saja, semua org yg lain pun! Itu warna yg telah ditetapkan oleh IPTI. Oh sungguh JIJIK. Maaflah kepada siapa-siapa yg gemarkan kaler KUNING yek..Psl aku sangat tidak suka lah dgn kaler itu! Tp terpaksalah pakai. Bak kata Widya, "Dah jd mcm SAMI dah satu badan plak kena pakai kuning!" Tidakkah dikau berasa KELAKAR YG AMAT? Silap-silap ada org ingat aku ini sami! waaaa...mungkin tidak! *masam muka*


Kamu semua rasa yg mana 1 kaler yg sesuai ek? Aku terasa ingin memakai gincu kaler pink. Yg aku nomborkan dgn no.7 itu. Sesuaikah? Aku jugak ingin memakai eye shadow tetapi tidak jadi pasal aku tidak mahu beriya-iya menconteng arang warna-warni ke muka aku. Lgpun mak kata, "Tak payah lah mekap sangat, simple-simple dah la. Nanti kawin dah x cantik." Ada betul jugak kata mak. Aku mahu cantik masa kawin!! Semua pun mahu cantik masa kawin kan?? Biar skang tidak cantik asalkan kawin musti mahu cantik! Huhu..Jd cancel lah menconteng arang kaler-kaler tu semua. Cukuplah menconteng bibir. Jika tidak aku akan kelihatan seperti org sakit kekurangan kaler! hoho..Nasib baik lah gincu pun x kena pakai kaler kuning, kalo tidak aku akan mendapat demam kuning plak! Takmauuuuuuuuuuu! Kata org, KUNING kaler DiRaja..Tp apa psl aku tidak suka yek?? Maybe psl rajuk aku kat Raja Nazrin tu x sudah-sudah kot.Tu lah...sapa suh kawin dgn Zara tu! Sampai membiarkan aku menanggung frust yg tidak menonggeng...Sedih tau! Eh Zara ke nama dia??

Okeh lah..di saat kamu semua membaca catatan ini, aku mungkin sudah tiada..Aku sudah ada di JB barangkali. Doakan semuanya selamat lah yek? Doakan semuanya berjalan lancar. Oh yer, akhir sekali, bacalah pesanan penaja ini:

"Aku mahu hadiah!! Huahahahhaha..!"

*Catatan : Skudai Parade...Here i come again!! Sangat tidak sabar mahu berjumpa sama teman semaktab esp. abg aku yg baik!

Monday, March 24, 2008

Baba & Nyonya

Arini aku sgt penat. Td mengiron baju kurung & tudung utk dipakai esok & jugak utk dibawak ke JB lusa. Aku akan ke JB lusa okeh! Aku mahu konvo! Jd semangat ada sedikit 'up'! Esok aku update tentang itu dgn begitu detail okeh! HAHA..

Aku sebenarnya arini tibe2 teringat kat mendiang nenek & datuk baba dan nyonya ni...Kedua-dua mendiang ni tinggal dekat aje dgn rumah atuk aku yg aku duk sekarang. Buat tontonan umum, saya tinggal di rumah datuk & arwah nenek saya drp umur saya 2 hari yer tuan-tuan dan puan-puan. Rumah mak & abah saya berdekatan saja dr sini. Tetapi rumah itu sudah tidak ada seorang org pun yg diami. Rumah itu hanya didiami oleh perabut, katil, meja makan & segala-gala benda tidak bernyawa seperti yg terdapat di rumah anda-anda sekalian.hehe.Jadi, saya sgt manja dgn atuk & arwah nenek saya. Tp itu bukanlah cerita yg saya ingin catatkan buat kali ini. Cerita itu saya cerita lain kali yer? Perghh....ape ke skima ayat aku ari ni nih?? Kakakakka

Sebenarnya masa aku iron baju td, tibe2 aku teringat kedua-dua mendiang tu..Terus aku tanya kat atuk, "Atuk ingat x nek Nya & Tok baba?" Atuk aku ckp mestilah ingat. Aku pun tatau psl pe...tibe-tibe teringat kat depa dua tu..Dulu masa kekecik..depa dua gajin mai umah atuk aku. Depa juga sgt fasih ckp Melayu. Nek Nya itu bestpren arwah nenek sejak muda-muda lg. Kdg2 arwah nenek bwk aku pi umah depa gak. AMAT bersih yer tuan-tuan & puan-puan..Mcm umah Melayu dulu-dulu. Sgt kemas. Nek Nya tu hari2 pakai baju kebaya dgn kain batik.Rambut disanggul kemas. Tok baba tu pakai pelekat & baju Pagoda nipis tu. Beliau juga agak byk kali memberi aku duit kalau aku ke rumah beliau berdua. Setiap kali Tahun Baru Cina beliau berdua akan ke rumah aku menghantar sgt lah byk limau! Dan bg aku Angpau! Nek Nya itu bahasakan diri dia "gua" kat arwah nenek. Tp beliau x la panggil nenek aku "lu". Beliau panggil "engko". Lain plak dgn baba nyonya yg lain yg slalu main gua-lu tu..

Tahun lepas pulak, ditakdirkan pula dua pupu aku kat Melaka, kawin pula dgn seorang gadis baba & nyonya. Sgt cantik kakak itu! Siyes sgt cantik! Dua pupu aku tu ada bwk dtg sini masa raya. Orgnya jugak sgt bersopan. Ayu jek berbaju kurung. Kata makcik aku, mula-mula byk jugak problem timbul antara depa tu...family & sebagainya lah..Tp akhirnya, mmg sudah ditakdirkan Allah kakak itu menjadi saudara Islam baru kami merangkap saudara kami sekarang. Alhamdulillah, bahagia jek mereka berdua. Sgt seronok menerima seorang gadis berbangsa baba & nyonya dlm family tau! Kalau dulu ada Nek Nya & Tok Baba..sekarang sudah ada kakak itu. ;)

Aku ini buang tebiat pula kan mlm ini?? HAHA...entah. Tibe2 teringat. Kdg-kdg aku mmg begini. Aku akan teringat benda yg tidak dijangka. Jgn marah sama aku okeh? *kenyit*

Sunday, March 23, 2008

Serabut!!!

Yuhuuuuuuuuuuuu..............! Arini SANGAT SERABUT okeh?? Aku baru jek menyiapkan soalan utk April Test. Maths year 2. Haha..Terasa begitu rajin diri ini. Ape mau bikin..drp menangguh-nangguh baik aku siapkan cepat. Bleh relax! Ahaks.

Inilah hasilnya...Tataraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....!


Adey..adey..lepas wat kertas ujian tu. Aku menyetelkan plak markah yg nak dimasukkan dlm excel utk SUP.Sbb sok Kak Zura dah mintak. Patutnya 2 minggu lepas lg aku dah bleh masukkan benda ni. Psl aku dah berkurun lama setel menanda paper February test utk Maths! Markah Sains pun dah dpt. Cuma B.Arab, Pend Islam & BM x dpt2!! Geram tau! Minggu ni baru mau kasik..BM arini baru mau kasik! Apa kes? Nak ngamuk rasa cam x sampai ati..psl depa tu cikgu-cikgu lama. Depa sendiri kena sendiri mau ingat lah kan.. Isk isk..dah dah..Aku dah x geram dah psl semuanya dah siap! Jd aku buleh tersenyum dgn gumbira. *senyum*

Sok dah kena gi keje. Yayyy...! Aku AMAT SUKA pi sekolah tau.. Psl kat sekolah aku x penah rasa boring. Duk umah boring gakk...psl aku ni xde adik bradik. Kalo ade adik beradik tu..besh arr bleh bergusip-gusipan. So bile dah duk umah, aku ngadap je lah laptop ni. Men internet. Sib baik ader Tun sudi teman aku kat YM.. sib baik ade Baba Arman. Kdg-kdg Zura Lias pun ader. heheheh jd idup aku idak lah dilanda kebuhsanan tahap wali-wali sgt kan? *kenyit*

Saturday, March 22, 2008

Opss...I did It Again! - Part II.-

Duniawi...duniawi...


Arini aku ke Jusco lagi.Benornya atas urusan digicam aku tu. Rupenya aku x install perisian Nikon tu kat laptop.Patutlah laptop x detect. Sungguh tertipu! Haha..Tp xpe...AMAT berbaloi ke Jusco arini. Ujan rintik-rintik..sejuk. Org pun x brp ramai. hihik. Mak juga ingin mencari kasut. Utk dipakai masa Majlis Konvo aku next week.Mak ni ngalahkan aku plak. Mcm dia plak nak konvo. Aisey..terngumpat mak plak. Ya ampun mommy! huhu..

Tgh besh jln2 tu..aku terstop plak kat kedai spek IT Vision tu. Cam cun jek koleksi sunglasses yg terpamir kat dlm kaca tu..Guess, Esprit, Ray ban, Twins, etc.Aku ni terkebil2 la menengok. Mak terus tego, "Nak ke? Gi la masuk tgk." YES! Hahah itulah kata-kata azimat yg aku tunggu mak suarakan. Jd aku pun masuk dgn penuh bergaya & membelek-belek, memilih-milih, menerai-nerai yg mana aku rasa cun. Budak yg jaga tu plak baik jek melayan.Biasalah org meniaga kan. Mule2 aku berkenan yg Guess punye..cun. Kaler cekelat. Tp x nmpk unik sgt. Cuma kaler jelah cun. Maroon pink-pink skit. Pastu aku berkenan plak yg Twins punye. Unik. Ade belang-belang skit. Jd aku decide beli yg itu. Mak pun kata lawa yg itu. Nmpk unik. Mahal pun x kisah. Psl berbaloi. Mak kata biar mahal asal elok, leh pakai lama.:)


Itulah dia..sunglasses hadiah drp mak dr pandangan depan, belakang, sisi & kotaknye skali.huahuahau.Lepas mendapat sunglasses itu, kenalah mengikut mak melihat-lihat kedai kasut. Mak masuk Giamax. Dia berkenan plak kat ada sepasang sandal. Dia pun beli. Aku plak turut terberkenan kat ade sepasang kasut ni..

Kalo kamu semua pandai, cube teka mana satu?? Tp sygnya tiada size lah! *sob* sbr ajelah...! Adakalanya diri terasa begitu sadis memiliki size kaki yg begitu pendek! Begitu SUSAH mau carik kasut okeh! Yg aku berkenan musti x ade size. x pun dah abis! warrrghhhh napalah mereka-mereka yg telah membeli itu mempunyai taste yg sama seperti aku?? Tp x mengapa. Semlm sudah membeli sepasang. Bukankah membazir itu amalan syaitan? *sesengih*

Aku kemudiannya pergilah berjalan-jalan ke kedai kasut lain. xde plak yg berkenan di hati. Aku masuk plak Watson. Belilah 1 blusher ZA. Psl blusher aku dah hancur! Sudah jatuh ditimpa tangga! Sudah pecah.. *sob* Ini pun mak yg belanja jugak! Hahaha. Anak apakah aku ini? Sepatutnya aku yg membelanja mak kan?? huhuhu xpe xpe nanti aku dpt gaji aku sudah tentu akan membelanjan mak pulak. hihihik. Lepas beli blusher tu, aku pun sesajer la masuk kedai Speedy. Sebelah jek dgn Watson. Aku pun tgk-tgk lah cd korea...

Tp aku tidaklah membeli.hihihik.Psl yg original sume mahal. Aku hanya menyiasat jika ada citer-citer baru kuar. Bleh la aku mendapatkan yg pirate bila aku ke JB nanti! Skudai Parade here i come again!!! hahahah itulah syorga dunia bg aku masa kat JB. xpun Giant Taman Suria. Maklumlah aku kan giler citer Korea.Aku bleh berada di kedua-dua tempat tersebut selama 12jam straight tau! *gelak kecik*

Lepas abis membeli belah, abah bwk pi mkn tempat biasa. Restoran abg ensem! hakhakhak. Musti abg itu sudah boring melihat aku. Ataupun dia sudah jatuh chenta sama aku? Sbb asyik dtg berbual dgn abah & mak sambil tersenyum-senyum sama aku. Oh sungguh menikam kalbu wajahnya. Sungguh Hero! Tiba-tiba beliau berkata, "Ween, sudikah kau menjadi suri hidupku?" Aku pun menjawab, "Yer, ween sudi bang..ween sudi sgt!" Wahahah sungguh Samarinda! Adeh adeh...sungguh perasan aku ini! Hahaha.xpe, sekali sekala perasan pe salahnye kan kan kan..;p

Sementara tunggu makanan sampai, aku sempat amik gambar hp mak & abah...

See...sama kan? Dua-dua pakai N70. Belah kanan abah punya. Belah kiri mak punya. Sama saja. Pastu dua-dua set wallpaper yg sama iaitu pic aku! Waaa....sgt terharu diriku ini! Mak dgn abah aku mmg mcm itu. Slalu saja ingin sama. Kalau kaler baju pun mcm itu jugak. Bile abah pakai merah, mak mahu pakai merah & vice versa. Pastu, bila mak mahu N70 dulu, abah pun mahu beli N70 jugak.Padahal sebelum tu abah pakai hp tiga-tiga-sekupang aje! huhuhu tgklah mak abah zmn skang ek..kemain lagik. Aisey..terngumpat lagik. Ya ampun abah & mommy! huhuhuhu.Mak & abah aku ni pasangan romantik. Aku begitu jeles tau! Dahlah abah itu first love mak. 7 tahun beliau berdua berchenta & akhirnya berjodoh pula. Berkahwin & mendapat aku! Alahai...untungnya mak aku kan. Kan besh jika chenta pertamaku berakhir begitu....Ah sudahlah...

Pls dun give up!

Aku berasa amat kejam.Kijam! Kejam! Kojam! Kajam! kujam pun bleh arr! Ape psl?? Psl aku tidak mahu pergi ke Majlis Kawin Kamal. Aku begitu tiada mood. Aku begitu sgt tidak berasa ingin pergi ke Cheras itu.Musti Liza marah aku. Musti Alin akan murka! Musti Kamal akan merajuk 5 tahun sama aku! Musti Abg naik hangin cam lelaki kematian isteri! Tp aku mmg sgt letih lah..Bagaimanakah? :(

Td mlm aku menerima sms drp Nijam. Beliau kedengaran seperti begitu give up. Beliau mengadu yg beliau sudah begitu bosan menjadi Encik Cikgu. Aku tanya apa pasal. Adakah kerana sekolah, persekitaran atau org-org di Kota Tinggi itu? Beliau menjawab semua ok..cuma beliau lah yg x besh itu. Aku menjadi begitu tersentak membaca kata-kata yg ditaip oleh beliau itu. Apa pasal? Pasal itu bukan Nijam yg aku kenal. Itu bukan Nijam yg sama-sama praktikal selama 3 bulan dgn aku kat SK Sri Mersing dulu..Aku pujuk beliau. Aku kata, "Nijam, kau jgn camni ok. Kau sgt besh. Aku tau kau mmg sgt besh. Kau jgn give up okeh?" Beliau x menjwb tp bertanya ttg sekolah aku & kehidupan aku di sekolah itu pulak. Aku jwb semuanya ok, aku selesa. Sms diakhiri dgn ucapan ini drp beliau- "Jumpa masa konvo nanti if GB aku kasik cuti k?" Alahai...

Buat Nijam (hope kau baca entry aku ni),

"Cuba kau lihat betapa comelnya kau camni posing kat bilik guru! Kau ingat lagi kan pic ini yg aku capture sendiri guna hp lama aku? Kau cikgu yg bagus Nijam..kau cikgu yg baik, kau jugak cikgu yg popular & paling handsome (selepas Cikgu Sanusi aku, okeh?) masa kita praktikal dulu, remember? Kau jugak sudah cemerlang semasa praktikal..Kau dah lupa? Kau dah lupa bagaimana bagus kau handle budak-budak kelas?Kau dah lupa usaha keras kau menjayakan program-program kat sekolah tu esp. Football Match tu..Kau dah lupa bagaimana bagusnya kau bg arahan kawad masa kita kawad Merdeka 31 Ogos lepas? Kau dah lupa prinsip kau sebagai seorang bekas PALAPES? Kau dah lupa bagaimana bagusnya kau pujuk aku bg happy semula tiap kali aku sedih? Kau dah lupa masa kita jalan-jalan dgn Dor & Mahat gi Pantai Air Papan & Hutan Lipur kat Endau tu semata-mata nak carik mood siapkan Projek Galeri Sejarah kita kat sekolah tu? Kau lupa kita main jongkang-jongket kat Hutan Lipur tu? Kau dah lupa kite gi mkn kopok lekor & kerang bakar kat tepi laut Mersing Kanan tu? Kau dah lupa kau sgt suka sakat aku kuat tido dlm kete sambil peluk Bit-bit? Ok itu mungkin xde kaitan...tp kau mmg cikgu yg besh Nijam. Jd sila jgn give up okeh? Kami sgt syg sama kau tau!"



*Catatan : Aku akan menjadi sedikit emo bile kwn-kwn baik ditimpa pemikiran mcm ni!:(

Friday, March 21, 2008

Aisey...tingat kisah lama plak.

Arini aku gi sekolah awl skit. 12.30pm dah gerak dah. Saja gi awal, leh mkn-mkn dulu kat kantin.hikhik..Tp kusangka pns sampai ke ptg rupenya hujan di tengahari! Sampai jek kat simpang kat pantai Batu 4 tu..tetibe jam plak..memula kete x brp byk...


Tetibe jeng..jeng..jeng...tu dia kete dah mule beratur dah..Yg hangin tu ade plak menghimpit-himpit..Himpit jgn x himpit sedara sedari..tp kalo terkena kat buah hati, aku jd incredible hulk nanti. Mau sedara sedari kena makan dgn aku di samping body kete-kete sedara sedari sekalian aku kemek-kemekkan! haha sib baik buah hati masih sihat...

Masa lalu kat tepi pantai tu gak..aku nampak bebudak sek men duk melepak-lepak..pastu ade la beberapa kapel...Wah...wah..kemain lg diorang ek..Adakah daku jeles?? Adalah gak..huhuhu yer la..aku masa sekolah dulu mana ade kapel-kapel ni..Aku menipu kah? siyess....skandal-skandal ade ar..kakakakka..

Adey..nampak x simpang kat dlm gmbr tu..benarnya masuk jek simpang tu nak menuju ke rumah 'seseorang' yg aku AMAT SUKA masa sekolah dulu..Nama dia biarlah aku rahsiakan.heheh..Tp syg, beliau itu x tau pun masa tu. *sob*

Beliau ni senior aku masa sek men. Kami sama-sama pengawas. Beliau form 5 aku form 3. Masa tu aku sgt lah suke melihat beliau. Kelas kami pun dekat2. Tp beliau masa tu berlagak betul...Ramai org x suke beliau. Tp aku suke! Hikhik..Beliau ni berbadan sasa, berkulit cerah & sgt lah macho wajahnye..Boleh bikin org dilanda angau! Aisey...Melayan perasaan plak aku ek..

Nak dijadikan citer..masa aku lepas SPM, aku jd arr tkg jg undi masa PRU ke brp ek masa tu..lupe.Pastu beliau itu pun sama! Masa tu kat telok kemang ada taklimat utk kami. Terjumpelah beliau di situ setelah dlm 2 thn aku x jumpe beliau after beliau abis form 5. Masa sekolah pun mana pernah bertegur sapa.Beliau x kenal aku pun! yer la kan..sapalah diriku ini.huhu.Masa tu barulah kami bertegur sapa..Kire berkenalan secara rasmi.haha.Beliau pun kasik aku email.Lepas tu berbls-bls email la kami kan sampai aku masuk matriks kat Penang..then akhirnya beliau dgn rasminya mtk no hp aku! hihih..Mule2 beliau sms jek pastu lama2 skit barulah call.Ahaks..Aku dgn beliau main aku-ko aje..maklumlah aku di suatu waktu dulu kan ganas thp wali-wali.

Pastu..pd suatu ari tu..aku dgn beraninya mengatakan bahawa aku pernah minat beliau masa sekolah! kakaka malu sey..beliau pun berkata lebih kuang camni, "La...napa x ckp? Skang minat lg x. Nak x jd awek aku? Aku siyes ni.Nak x?" Hahahah. Mmg aku gelak masa tu, siyes! psl masa tu aku da x minat dia..da kwn2 da xde feeling plak kan..Lgpun masa tu aku dilamun cinta gila dgn 'org itu'.So, yg lain bolayan! Yerla..tgh angau membangau masa tu kan..org len x pndg arr kan..tp bile pikir lik rasa cam sungguh membuang masa pun ade setelah 6 thn itu berakhir dgn duka.ah...mls pikir. Smbg lik..haa..pas aku menggelakkan pertanyaan beliau itu kan..beliau itu pun serkap jrg la yg musti aku dah ade someone. Aku pun mengaku dgn begitu bergaya.Lgpun 'org itu' tu sgt kuat jeles. So aku xde lah over2 sgt berkwn dgn beliau itu. Lama-lama lost contact gitu jek sampai lah tahun lepas aku dpt berita beliau telah berkahwin dgn seorang org yg dgr kata cun gak la.. *sob* tersentak gak hatiku ini..Beliau itu cikgu juge & dgr kata wife dia juge cikgu. xpelah..moga beliau itu berbahagia bersama wife terchentanya. Tah2 da ade baby pun skang.:)

Dan aku..masih blum ada baby. Bile aku nak ada baby?? Tungguuuuu.....! hehehehhe ke ade sapa-sapa baik ati nak kasik baby pree kat aku ek? *wink*

Thursday, March 20, 2008

Aku & Jusco - Tidak dpt dipisahkan!

Yuhuuuu...aku sudah pulang dr Jusco.nyeh nyeh nyeh. Arini sudah melakukan shopping thp rendah. Tidak begitu melampau brg-brg yg dibeli arini. Biasa arr..gaji x dak lg kan. So, hanya dpt membeli sedikit-sedikit saja okeh? x caya tgk gmbr2 di bwh. *sengih*

Cam biasa..bile gi Jusco tu, aku akan masuk Popular dulu, x pun MPH. Tp arini aku hanya masuk Popular aje psl mls nak ke MPH. So, melangkah masuk aje aku as usual akan menuju ke section berikut :

Okeh..okeh..aku tau aku bukan teenager lg kan. Tp nak wat camna, hati ini masih teenager.huahuahua. Bukan apa, aku sgt suke membaca novel. x kire ah omputih ke melayu. Tp novel melayu kali ni xdak yg menggoda nafsu so aku beli 2 buah novel omputih.ngeeee....


Tu lah dia hasil aktiviti shopping tahap rendah aku arini. Benornya nak beli buku-buku rujukan utk ngajar aje..tp kasut Carlo Rino td cam besh plak dipakai utk ke sekolah...So nafsu pun berkata, "Beli..beli..beli. x rugi pun. Leh pakai gi sekolah!" Aku tergoda dgn godaan hebat nafsuku maka aku pun membeli. Hakhakhak..Turut terbeli 2 buah novel omputih yg lebih jelas gambarnya kat bwh nih :

Yg Singletini ni aku beli psl tajuknye unik & sinopsis dia leh thn..so aku beli. Yg Size Doesn't Matter ni plak karya Meg Cabot, penulis glamour tu. Mahal sey novel2 dia tp psl aku sudah terhasut oleh godaan nafsu & sinopsisnya mmg besh, jd aku pun gatal tgn ar mencapai dan membayar dgn begitu bergaya. Lagipun, tgk dr tajuknya mmg sgt sesuwei dibaca oleh aku, si Cik Cikgu yg tembam ini. Jd tidak rugi aku membeli kan kan kan.. *wink*


Lepas melakukakn shopping thp rendah, terus gi kedai makan kat Serembam 2 tu. Main belasah jek masukk kedai tu, x penah gi pun sebelum ni. Sekali tgk yg amik order tu abg ensem yg keje kat Restoran Charlie Tomyam yg aku slalu gi kat Senawang dulu! Tp Restoran tu dah dipindah milik! Tuan kedai asal nak balik.Biasalah manusia...bila tgk org dah maju skit mulalah dengki, gi mtk balik kedai tu. So abg ensem ni & konco-konconya pun bertukar tmpt ke Seremban 2, dekat dgn Jusco! Nak dijadikan citer, aku & family termasuk plak kat kedai dia. Dah ditukar nama jd Restoran Noor Nadia Tomyam. Mmg syok ar! mak ar kemain seronot. Psl mak mmg suke food kedai tu. Kalo abg aku yg mengong tu tau musti beliau jeles..Psl beliau tidak turut serta td! hahahah.Pdn muke kau abg!

Sebut psl restoran ni...tingat plak ada satu ari tu..masa kuar dgn mak, abah & abgku yg mengong. Masa tu x jumpe lg restoran baru abg ensem tu..Jd abg aku tu membuat satu spekulasi. Beliau mensyaki bahawa restoran tu dah berpindah ke Rasah..Kat Rasah ada satu restoran ni yg ala-ala mcm restoran abg ensem tu..Jd, nak pastikan punya psl, abg aku ni bleh plak ajak abah pi round belakang kedai yg disyaki tu semata-mata nak tgk tukang masak! Bleh plak mereka berdua pi ronda-ronda belakang kedai tu check tukang masak dia! wakakakakaka mmg mengong lah abg aku itu! Abis abah terlibat sama. Musto tukang masak itu menjadi terancam. Ingat org nak mengintip ke hape! Kakakkakaka punyalah mengong!Adeh..sakit perot gelak. Abg, kalo kau baca entry ni, tunggu aku dpt gaji nanti kita pi ek! Ajak Bob ngan Zul skali! kihkihkih.




Wednesday, March 19, 2008

Selamat Menyambut Maulidurrasul!

Arini aku mule ngaja Sains utk 2 Arif & 1 Elit. Besh gak ngaja Sains rupenye.Bebudak pun seronok. Yer la..selama ni hidup aku dgn Maths aje kan..tatau plak benda lain pun syok.:D Si Helmi duk menyakat aku jek arini. Seronok plak dia tgk aku ngaja Sains. Tah ape kena tah mamat hepi semcm jek skang. Maybe sbb dah nak menjadi 2 org x lama lg kot.hehehe. Tp seronok tgk dia ceria berbanding before cuti aritu. Masa tu semua org tensen ngan head count. Si Helmi lg la..psl dia ketua.kihkih..tp semua dah setel. Alhamdulillah.;)

Arini gak baru mule Bdn Beruniform.. Aku cam biasa..x lari drp menjadi seorang Puteri Islam. Dr zmn sekolah lg! huahaha muke aku ade cam muke ustazah x? hehehe..tp Puteri Islam x semestinye kena jd ustazah jek tau. Besh td conduct bebudak baru nyanyi lagu Puteri. Semangat betul aku.heheh maklum lah bab nyanyi2 ni kasik jek kat aku. Bereh! kwang3..Kak Mas dilantik jd Ketua Guru Penasihat PPIM (Pergerakan Puteri Islam Malaysia) tp beliau kata beliau xde tauliah (sijil guru PPIM). Aku ada..so dia suh aku plak jd Ketua...Mak oih...dasyat jugak tu..Tp tgklah nanti bincang balik. Tp seronok handle PPIM. Lgpun aku mmg dr sekolah (dr sekolah rendah tau!) mmg PPIM jd dah serasi. Ingat nak try la join TKRS or PBSM tp dah nama aku diletak jd guru PPIM.Tima jelah.Bak kata Puan Maskiah, "Gunakan segala ilmu yg ada". Puan Maskiah adalah Penasihat PPIM aku masa kpli. Jd, chayok chayok ween! Aja aja hueitin!!

Esok dah cuti... sempena Hari Keputeraan Rasulullah. So sekolah pun cuti la kan. Psl cuti am.:) Syoknyeeeeeeeee...tp byk keje! huhuhu kena setelkan soalan Ujian 2 lg. Skit lg nak siap. Ujian 1 Kak Zaliana dah wat. Kali ni my turn la plak kan.:)

Oleh sbb esok 12 rabiulawal, iaitu Hari Keputeraan Rasulullah @ Maulidurrasul, aku nak nyanyi skit lagu nasyid 'Rasulullah' yg dinyanyikan oleh kumpulan nasyid peberet aku - Hijjaz.


"Rasulullah" - HIJJAZ

Rasulullah dalam mengenangmu
kami susuri lembaran syirahmu
pahit getir perjuanganmu
membawa cahaya kebenaran
engkau taburkan pengorbananmu
untuk umatmu yang tercinta
biar terpaksa tempuh derita
tegarnya hatimu menempuh ranjaunya

tak terjangkau tinggi pekertimu
tidak tergambar indahnya akhlakmu
tidak terbalas segala jasamu
sesungguhnya engkau Rasul mulia
tabahkan hatimu menempuh dugaan
mengejar arti kesabaran
menjulang panji kemenangan
terukir namamu di dalam alQuran

Rasulullah kami umatmu
walau tak pernah melihat wajahmu
kami coba mengingatimu
dan kami coba mengamal sunnahmu

kami sambung perjuanganmu
walau kami dicaci dihina
tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan Rasul sebagai pembela


Catatan :Alahai..dgr Hijjaz nyanyi lagu ni mmg leh wat hati jd sayu aje. Besh! Aku dah la sgt suke sama Hijjaz nye lagu-lagu. Start dr lagu "Rindu" ngan "fantamorgana" tu arr..huhu. Ekceli lagu "Rasulullah" ni ade gak dinyanyikan oleh 1 lg kump nasyid nama The Zikr.:) Marilah sesama kite perbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W sempena hari keputeraan Baginda esok (12 rabiul awal 1429H)...

Tuesday, March 18, 2008

Me, myself & FK

*Gedebak gedebuk* <--- Bunyi jantungku yg telah gugur! Aku dalam ke'terkejut'an yg AMAT dasyat! NOOOOOOOO..aku belum mati! Tp peristiwa 'sms' yg telah berlaku mahu bikin aku MATI! Awwww...Am i on cloud 9?! Err....

FK : Hye, awin rite?
Aku : Yup.Who's there?
FK : Try teka...
Aku : Err..sowy x ske men teka-teka lah. Sapa ni?
FK : Erm...Farid Kamil.
Aku : HAHAHA so funny. Jgn memain lah. Sapa ni? Mana dpt no?
FK : Dpt no u drp Farah Fauzana. u kwn Aida rite?

*note : mmg kwn aku, Aida @ Enta tu kazen kak Farah tu.Tp pehal plak mamat sesat nih??

Aku : Eh..mana kenal Aida? Aa, i kwn Aida. Seriously, who are u?
FK : Farid Kamil la. Why? x caye?
Aku : Lorr...wat lawak seposen lak. Mementang lah Farid Kamil tgh berlakon Samarinda terbaru ni.
FK : Hehe.Betul la dear. i x buat lawak. Seriously, i am Farid Kamil.
Aku : Apa bukti? Toksah nak nyamar la bro! Nampak sgt..
FK : x caya u leh tanya Farah sendiri. Er nak kenal dgn u leh x? nampak u dgn Aida last week.
Aku : Uih..bior betoi dpt sms drp Farid Kamil! huhu fenin fenin.
FK : Kelakar la u ni. So camna leh x nak kenal ni?
Aku : Err..boleh. tp cam x caya jek..
FK : x caya gak? ok let me call u. ok?
Aku : err...ok. (sambil tersengih sampai tinger!Ahaks!)

*Bunyi lagu MCR - Disenchanted pun berlagu-lagu cam nak pecahkan gegendang tinger aku*

Aku angkat...

Aku : Hi Farid Kamil.
Ajip : Farid Kamil menda plak ni u! Ni i lah, Ajip!


Cisss..........aku ter'daydreaming' daaaa.........Sejak bilalah si Ajip ni pandai jd menace ni!Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa aku mahu Farid Kamil lah! Aku mahu Farid Kamil jugak x kire! Tp x mungkin daydream itu menjadi kenyataan lah! Stop dreaming laaaa Ween! Booooooo..! *sob* :( :( :(

Monday, March 17, 2008

Pelangi Yg Indah...

+ Beauty of Nature +

Arini Wiween kembali bergelar Cik Cikgu setelah seminggu bergelar pencuti. Begitu excited membawa buah hati ke sekolah hari ni. Dr rumah sudah tersenyum sampai ke tinger. Huhu...Mengalahkan bebudak plak ek? Eh..bebudak ske ke pi sekolah?? Dulu zmn aku, aku ske pi sekolah. Bebudak lain tatau plak aku..:D

Sampai jek sekolah nampak Helmi kat dewan. Terus dia ckp 'Takziah Ween atas pemergian atuk ween.' Terharu jugak...psl aku x bgtau pun kat dia psl tu. Tp bile nampak Kak Rosni aku dah agak musti beliau yg kasitau. Tp xpe..aku x kisah. Psl mood sgt indah arini & x mau kasik ruin sama keindahan mood itu! Lepas pegi sign in di ofis, Helmi ajak pegi mkn di kantin. Terus setuju psl aku sgt lapar. Perut sudah main lagu Nirvana - Smells Like A Teen Spirit, to be specific. HAHA. Maka aku ke kantin bersama Helmi. Melakukan aktiviti makan a.k.a lunch. Lagipun sudah lama tidak berbual mesra bersama Helmi atas alasan kesibukan tahap Gaban. Masa mkn tu sempat jugak berbual2 ttg masa depan. Helmi kasitau yg dia akan bertunang bulan April. Bernikah pd hujung tahun. Waahhh...sgt tumpang happy! Ramainya seorang org ingin menjadi 'dua org' pd tahun 2008 ini. Termasuklah 2 org abg aku. Sorang akan menjadi dua org pd hujung tahun & sorang lg iaitu abgku yg mengong sedikit itu akan menjadi dua org pd 1 Jun ini! Huwaaaaa....begitu terharu bagaikan ingin menangis. Apa psl? Psl beliau mengambil tarikh utk aku mencapai umur 18 utk kali 8! Beliau pilih birthday aku! huwaaa waaa...Abg, nanti org blanje abg eskem 20 sen ek! *sob* Apa2 pun, tahniah buat Helmi & kedua-dua abg yg aku syg. *senyum ikhlas*

Arini buat sedikit ulangkaji dgn bebudak 2 Elit, 2 Arif & 2 Bijak. Kasik recall skit ape mereka telah belajar before cuti. Kasik mereka refresh skit minda mereka yg dah lama rest tu. Aku kasik Pop Quiz skit..hehe. Tp alhamdulillah mereka tidak mengecewakan aku.:) See...mood aku sgt indah arini.;) Aku jugak dpt murid baru. Baru transfer dr Kuantan. Bernama Mohd Rafiq Syamim bin Syafarin. Unik nama dia. Tp agak malu-malu. Normal la psl baru lg di tempat org. Bebudak 2 Cerdik pun sgt mengalu-alukan kedatangan si kecik itu. Inilah sebabnya why aku sgt syg dgn anak-anak didikku ini. Psl mereka sgt ramah. Mcm cikgu mereka jugak. Ahaks.;p

Arini juga jadual ditukar utk kali ke 4.Aku diminta mengajar Muzik & Sains pulak selain Maths.Waaa...Muzik tu..besh besh. Habislah bebudak tu menjadi setanding Siti Nurhaliza nanti.Hikhik..Sempat jugak aku mengusik Faizal & Ridzuan ttg PRU. Aku ckp akibat mereka mengundi DAP, abis Penang tergadai.Abis tersipu malu kedua org bujang itu.Huahuahaha...

Hampir pukul 6pm, langit dah mencurahkan hujan rintik. Tetapi ketika aku berjalan menuju ke buah hati utk meletak beg & brg-brg,aku terkesima melihat keindahan pelangi di langit! Sgt indah! Aku terpegun di situ. Terus aku menjadi teruja tahap wali-wali & berlagak jakun seketika dan terus men'capture' pic pelangi itu! Terus aku berlari mendapatkan Helmi yg sedang berdiri di tepi dewan. Ok aku tipu. Aku x lah berlari tp aku berjalan laju! Terus aku katakan kpd Helmi, "Mie! Mie! Ada pelangi lah! Cantiknyaaa...kite dah tangkap gambar!" Helmi terus tergelak kecik & menjwb "Eee...mcm budak-budak la Ween. Td ade budak ckp kat sy ade pelangi. Ni awk pulak.Haha." Olohhhh....mcm budak-budak ek aku? Tp x kire! Pelangi itu mmg cantik! Indahnya ciptaan Dia kan?? Subhanallah...


Sunday, March 16, 2008

C.O.M.E.L !


Si kecil ini sangat comel kan?? Aku mahukan anak secomel ini lah! huhuhuhu akan bolehkah? Akan menjadikah? :p Si comel ini adalah anak kpd schoolmate aku, Alin. Tp org kata mukenya seiras aku? Atau ini sebenarnya anak aku? Oh sungguh day dreaming! ;p

Melihat wajah si comel ini membuat aku semakin sihat...Hati semakin pulih. Walaupun bukan full recovery..tp sudah boleh membuat aku tersenyum. Tersenyum dgn ikhlas.:) Lelaki di belakang itu adalah Kamal. Sahabat yg pernah aku mention dlm previous entry. Ini pic semasa kami di rumah Shahada, our schoolmate.:) Entah bila dpt berkumpul lg kan...W.I.N.D.U.............


*Catatan tambahan : Esok sekolah sudah bukak! Aku perlu pergi kerja! Yaaaaayyyy! Tidak perlu lg bosan di rumah.;)

My boyfren & i? :D


Hiks...sowy Adique psl baru dpt menyelesaikan tugasan Tag dr Adique ini.;) Adique menugaskan aku menunjukkan wallpaper desktop. Tataaaaraaaaa....inilah dia. Wallpaper desktop ween yg x seberapa ni Adique. :D

Ini adalah gambar masa kat SK Sri Mersing. Tempat praktikal dulu.;) Ini gambar aku dgn Nijam, my boyfren. <---- Penipuan yg amat nyata! hihikhik.;p Ekceli Nijam ni one of my gud frens masa kpli. Masa praktikal pun sama sekolah dgn dia. Jd jgn tertipu okeh? *wink*

Ekceli wallpaper laptop aku sentiasa berubah-ubah mengikut masa. This week aku letak pic aku dgn Nijam psl tetibe plak windu kat dia. Tp jgn salah paham ek...Nijam hanya seorang kawan baik. Lagipun beliau sudah mempunyai tunang terchenta. Bakal menghantar 'kad wangi' kat aku & kwn-kwn lain x lama lg.;)

Ok itu sajalah. Aku hampir menjadi sihat. Doakan aku menjadi semakin sihat okeh? :)


*Edit : Errkk...betapa pendeknya diriku ketika berdiri di samping Nijam! huhuhuhuhuhu

Friday, March 14, 2008

Aku ingin menjadi sihat...

8.00pm.
Dear diary,
Aku kini masih tidak sihat. Emosi tidak stabil, mental masih goyah, lalu fizikal menjadi kaku...

9.00pm.
Dear diary,
Minda masih berfikir. Adakah aku betul? Adakah aku salah? Adakah aku telah membodohkan diri sendiri? Adakah aku mendera hati sehingga mental menjadi begitu sakit? Adakah aku tersilap langkah dgn membuka pintu hati kepada yg tidak berhak?

9.30pm.
Dear diary,
Aku tidak bodoh tp aku tersilap langkah. Aku membuka pintu hati tanpa kerelaan hati. Sehingga hati mendapat cedera. Maka konflik dtg mengganggu emosi dan emosi menjadi tidak stabil...lalu fizikal menerima akibat!

10.00pm.
Dear diary,
Adakah aku dirasuk perasaan kesal? Tersangat...Tp bukankah semuanya sudah selesai? Mengapa emosi masih tidak stabil? Mengapa aku tidak memikirkan kata-kata seperti "Tuhan mahu kita bertemu dengan org yg salah sebelum kita bertemu dgn org yg betul" atau "Perempuan yg baik dicipta utk lelaki yg baik" ? Mengapa harus diturut perasaan kesal? Kemana perginya waspada yg setia bersamaku selama ini?

10.15pm.
Dear diary,
Aku perlu sabar...Aku perlu tabah...Allah telah memberi ujian. Mengapakah aku terlalu lemah dlm menghadapi ujian itu? Mengapakah aku tidak sedar bahawa Allah mahu melindungi aku drp dibuai perasaan terhadap org yg salah? Tidakkah aku berasa beruntung bahawa Allah telah melindungi aku drp kelalaian yg dasyat?

10.30pm.
Dear diary,
Semoga Allah sentiasa melindungiku dan menemukan aku dgn org yg benar...AMIN.

Kematian arwah atuk menginsafkan aku yg masih hidup...

Arini begitu menginsafkan aku. Arwah atuk dah selamat dikebumi. Tiada sebarang masalah pun. Sama seperti sewaktu dia menghembuskan nafas terakhir. Abah kata atuk pergi dlm keadaan senang. Sgt senang & tenang.Alhamdulillah.Syukur kpd Allah.Td bila tgk mayat diturunkan ke liang lahat, mmg ade sedikit gentar tp aku juga insaf. Aku x cium arwah masa sebelum atuk nak dikapan penuh psl aku sgt x sampai hati..Psl aku sgt sebak. Nanti aku akan menangis. Jd biarlah aku melihat sambil mendoakan kesejahteraan rohnya..

Aku melihat sendiri mcm mana arwah atuk diturunkan ke liang lahat. Sungguh sunyi sepi keadaan di kawasan kubur. 'Org-org' di bawah sana mungkin sedang mengalu-alukan kedatangan saudara baru dgn cara yg kita x akan tahu...Amat gentar juga mendengar imam baca talkin. Takut..mcm aku yg berada di dlm liang lahat...bayangkanlah jika aku yg mati. Aku yg nak menghadap malaikat..aku nak menjawab soalan2 yg dikemukakan. Bolehkah aku? Mampukah aku? Sudah cukupkah amalan aku? Sesungguhnya kematian mmg mendatangkan keinsafan kpd yg masih hidup...Kematian membuatkan aku sedar bahawa aku masih jahil.Byk yg perlu aku perbaiki dlm hidup..

Dugaan dr Allah mmg x dpt diduga oleh sesiapapun. Setiap manusia x mungkin terlepas dr dugaanNya. Termasuklah aku. Kali ini dugaan yg aku terima amat hebat...Aku tewas dlm waspada, aku juga lemas dlm mainan perasaan..Aku lemah dlm mengawal emosi. Tp aku juga harus sedar, bahawa setiap yg diberikan oleh Allah ada hikmahnya. Aku perlu kuat...Aku perlu tabah...Aku perlu lebih tabah...

Thursday, March 13, 2008

Al-Fatihah...

Buat sahabat semua, minta tolong sedekahkan al-fatihah buat atuk Ween yang telah kembali ke rahmatullah ari ini pd jam 6.40pm. Al-fatihah..

Ya Allah, begitu hebat dugaan yg KAU berikan kepada hambamu ini.Aku mengerti bahawa aku perlu tabah..Ya Allah... moga KAU tempatkan datukku Shamsudin Bin Bakar di tempat org-org yg beriman. Amin...

Buat HATI & JIWA, dengarkanlah...


Buat sang hati, buat sang jiwa,
Kepadamu aku memohon ampun dan maaf.
Di kala aku dihanyuti gelombang lara,
yg lemas adalah kau, dan aku masih bernyawa.

Buat sang hati, buat sang jiwa,
di kala kau yakin membuka pintu,
yg masuk cuba menjadi penjahat,
Kau ditembak tanpa belas kasihan,
Kau cedera,kau terseksa,
dan aku...masih bernyawa.

Buat sang hati, buat sang jiwa,
tutupkan pintu, lindungi dirimu,
agar x bisa cedera lg,
di kala aku masih bernyawa...

Wednesday, March 12, 2008

Moga atuk cepat sembuh!

Semalam sungguh kelam kabut. Buah hati sudah dibasuh. Tidak berapa lama kemudian, hujan turun selebat-lebatnya. Mulanya ada plan utk jumpa dgn Kamal. Tp hujan tiba-tiba lebat maka tidak jd. Psl aku tidak mahu membiarkan lecak menodai buah hatiku. Ahaks. Sungguh syg daku padamu wahai buah hati! Musti Kamal kecik ati. Tp xpe, semlm mmg kelam kabut pun. Dia pun nak ke KL juma dgn bkl wife dia. Jd, perjumpaan kami terpaksa di'delay'.

Petang semlm sungguh buntu aku dibuatnya. Psl aku sudah tidak tahu mahu buat apa. Nak tonton citer Korea, tiada nafsu ke arah itu. Nak melukis, mood x mahu dtg. Hendak melakukan aktiviti makan-makan, aku diet! Kali ini siyes okeh? Jd aku main games saja. Kahuna reef. Selepas keB.U.H.S.A.N.A.N tiba, aku tukar aktiviti. Aku tonton pulak The O.C utk kali yg ke-11. Sambil berangan utk mendapat kekasih seromantis Ryan Artwoods! Oh...sungguh besh.

Menjelang lewat petang, abah & mak pulang dan membawa satu berita yg kembali bikin aku kelam kabut. Atuk ku di Jelebu di'transfer' ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Oh sungguh mencemaskan. Lepas maghrib, kami terus bergegas ke hospital tersebut. Pabila kami tiba, mak guard berbangsa India tu kata tunggu pukul 9 baru bleh masuk. Siap kena amik pas pelawat. Kena tinggal IC lg.Oh sungguh leceh. Kalau beliau ckp plak kena tanggal kasut or tinggal hp, aku yakin, beliau akan menjadi mendiang tidak lama selepas itu. At least menjadi pesakit baru yg terpaksa ditempatkan di ICU atas sebab di wrestling oleh seorang Cik Cikgu. Tp beliau sungguh beruntung aku masih di alam nyata, bukan di alam khayalan di mana aku boleh me'wrestling' org sesuka hatiku.

Atas sebab kelecehan itu, abah aku saja yg naik melihat keadaan atuk psl abah sudah kasi autakare sama itu mak guard dgn mengatakan beliau staff.Jd beliau dpt naik waktu itu juga.hahaha. Abah sungguh bijak. Dgn mudah Mak Guard Kaf Lam Ya Nga itu percaya. Tp mmg betul pun abah aku staff hospital, tp bukan hospital itu.Abah kata kalo x wat gitu, payah nak naik ke wad hospital itu. Nak tunggu kul 9...If org sakit tgh nazak ke ape. Nak tunggu kul 9 gak? Oh aku sungguh benci hospital! Tidak pernah teringin juga utk menjadi doktor! Bila abah naik, aku tunggu di bwh, melabuhkan punggung di kusi menunggu. x lama lepas itu, Paklong, Mak Cu & hubby, dan juga kazen ku, Dik Mad pun tiba. Aku & mereka menunggu sampai kul 9.Kul 9 tiba,Paklong naik. Aku & yg lain tunggu di bwh. Aku bosan thp wali2! Jd aku ber'sms' dgn Ajimah & Adik Geda. Aku ada try nak tgkp pic depan pintu depan nak masuk hospital tu. Sekali ada seorang pakcik tersengih2 kat aku. Ape ke hei nya yob? Aku dgn keMALUan yg amat tinggi terus berlagak selamba seperti sedang menaip sms. Pakcik ini mmg kasik spoil! Sempat plak nak menyengih!

Lepas abah & Pak Longku turun bwh, mak cu & pak cu pulak naik. Abah ajak aku pulang. Maka aku x naik pun melihat atuk. Abah kata atuk tgh rehat.Elok x pyh kacau. Mereka sudah psg mcm2 wayar plak kat dia. Uih..ngeri betoi la duk hospital. Aku skali lg bangga menyatakan aku benci hospital! Dan moga atuk cpt sembuh & dpt berehat dgn aman di kampung tanpa dipasang wayar2!

Tuesday, March 11, 2008

Maths is my life.

Dalam Matematik, jika tiada tanda '=' di dalam sesuatu ayat Matematik, ianya dinamakan 'ungkapan Matematik'. Contoh : x + y +2z. Ini dinamakan ungkapan linear. Kenapa linear? Pasal x, y dan z di dalam ungkapan itu berkuasa 1. Jika tanda '=' diletak di hujung iaitu x + y + 2z = 2, ianya bukan lagi dinamakan ungkapan tetapi dinamakan persamaan linear.

Adakah aku dapat diibaratkan sebagai 'ungkapan Matematik'? Sejauh manakah aku dapat diibaratkan sedemikian? Atau hanya aku yg mengibaratkan diriku begitu di saat tiada siapa yang ingin tahu?



Nota tambahan : Emosi sudah sedikit stabil bila dpt call dr Khairul Kamal (my school mate yg bertugas di Fiji Island). Beliau telah pulang ke Malaysia, bercuti selama 28 days. Utk berkahwin dgn chenta hatinya! Congrats Mal! ;)

Monday, March 10, 2008

Aku tension!

Aku memang sudah expect. Ini hati akan dipanggang lg. Mcm ayam kena panggang. Cuma hati aku lebih cun sikit drp ayam. Dan hati aku ini hidup! Ayam yg nak kena panggang tu dah mati dulu. Hati aku tidak mati! Hati aku ini hidup. Masih sihat walafiat sebelum menjadi sakit. Sekarang sudah mendapat sakit tenat ibarat kena panggang mcm ayam!

Kau ini makhluk jenis apakah? Owh manusia. Tp kau mesti jenis manusia yg tidak bagus. Hati kau tidak bagus. Bukan hati klas A. Mesti hati kau Klas D or E or worse than that! Kau ini faham Bahasa Melayu kah? Atau kau mahu aku tulis karangan lengkap dan pos kepada kau? Kau ingat kau boleh ikat hati aku kah? Atau kau begitu bangga menjadi pembawa virus penyakit hati? Ya, tahniah jika kau berasa begitu sebab aku sudah mendapat penyakit itu!

Aku ini bukanlah puteri. Aku juga sudah sedar aku mmg tidak cantik. Tp aku tidak pernah teringin mahu ganggu hidup kau! Atau hidup manusia lain yg jauh lagi bagus drp kau! Tp mengapakah berlakunya vise versa? Mahu pindah lebih hampir dgn tempat aku? Mahu ubah sikap supaya menggembirakan hati aku? Owh sungguh cerekarama. Kau ingat aku boleh buy cerekarama murahan? Sorry, I don't buy it! So kau boleh angkat kaki dan jalan! Atau pergi bwk burung kenari kau laju-laju! Jangan sibuk cari pasal sama aku.

"Patutlah x dpt masuk matriks sebelum dpt result SPM". "Jangan terlalu ego." Wahhh.. Berdesing telingaku ini mendengar walaupun mataku yg membaca! Sangat bersyukur pencipta handphone telah mencipta button 'delete'. Mudah saja aku tekan dan menghapuskan kata-kata kau secara kekal! Cuma otak aku saja tiada button itu utk aku padam kata-kata kau dan virus sakit hati yang kau kasi! Di lain hari kau usah lagi guna bahasa berbunga tahi ayam. Kau katakan saja mcm ini - "Kenapa kau ni bodoh?" Sebab aku tahu itu yg kau nak ckp kan? Hey kau ini mmg sudah mencabar tahap kesabaran maksima aku. Aku pernah kasi warning sama kau yang aku SUNGGUH TIDAK GEMAR kisah silamku diungkit kan? Kau mahu mati??

Wahai hatiku yang cedera parah, bersabarlah buat waktu ini. Aku janji aku akan mendapatkan rawatan untukmu. Supaya kau sembuh dan kita boleh team up untuk membunuh manusia jahat yang tidak pernah stop mahu bikin kau sakit! Buat kau yang sudah carik pasal sama aku, usah susah payah menjadi stalker pasal aku LANGSUNG tidak takut pada kau! Aku juga tidak hingin sama kau! Jd, kau boleh pergi mati!


*Nota : AMPUN, hari ini jiwa ada sedikit emosi!