Salam all!Arini
hati aku panas betol. Kalo nak dibandingkan dengan
lava gunung berapi paling dahsyat kat dunia skali pun, aku rasa hati aku panas lagik! Jangan katakan panas..menggelegak-gelegak..
membara-bara darah aku yg mmg panas nih!! Penyebab? Ada tiga!Penyebab 1 :Kat skolah, ada something yg bother aku.
Melibatkan anak murid kelas yg aku pegang laa. Budak tuh mmg
budak baik. Mmg baik sangat. At least kat skolah dia mmg baik laa..Aku
guru kelas dia, so aku mmg tau sangat
perangai dia. Actually hal nih dari
Jumaat lepas lagik.
Masa tuh budak nih tetiba cakap dia sakit pinggang. Nak jalan pun susah. Skali kwnnya teman pi toilet,
dia muntah-muntah. So, risau laa jugak aku. Tengok
muka dia pun da pucat lesi. Kebetulan
Ustaz Rizal masa tuh tengah free..so mintak laa Ustaz bawak budak nih pi
hospital PD pi jumpa
Doktor. Pastu, call laa
parent dia bagitau yg dia sakit, cikgu bawak pi hospital. Hospital PD pun x laa jauh mana dari skolah aku.
Nak dijadikan citer,
si bapak kepada budak tuh, cecepat pi ke hospital lepas dapat call.
Pastu cecepat nak bawak budak tuh balik umah. Ustaz kata tunggu laa kejap, check kat Doktor..alang-alang dah kat hospital. Dia bagi
alasan ubat ada kat rumah. Pastu siap mengaku,
"Saya yg sepak pinggang dia malam tadik." Makk aihhhhhh...Ustaz da mmg terkejut laa kan. Pastu si bapak tuh nak jugak bawak anak beliau balik..So, x leh nak cakap apa laa.. Terpaksa laa bagi. Esoknya, budak tuh datang skolah. Tapi pinggang sakit gak lagik..aku rasa mmg laa mak bapak dia x bawak pi hospital. So, bawak laa jumpa cikgu kaunseling (Kak Ummi). Kak Ummi tanya punya tanya, rupa-rupanya mmg bapak dia sepak pinggang dia. Atas
alasan berebut pensel dengan kakak dia. BEREBUT PENSEL DENGAN KAKAK DIA. Laaa..tuh aje sbbnya! Aku ingat kot budak tuh meludah ke muka si bapak ke..melawan tahap kurang ajar ke..Tapi aku x yakin budak tuh buat gitu sbb aku kenal dia macam mana. Aku herdik sikit aje pun dia dah menggigil takut.
Apatah lagik dia nak bukak mulut dan melawan!Sebagai bapak, mmg laa ada hak ajar atau
'titik' anak bagi jangan nakal..
Tapi kalo da sampai kasik penyepak kat pinggang budak yg baru umur 8 tahun sampai budak tuh sakit-sakit pinggang dan muntah tuh apahal kau?? Kak Ummi rasa pinggang dia keras.
AKu risau kot cedera kat dalam jek budak tuh..Bayang laa kalo orang dewasa pun kena penendang kat pinggang da sakit..apatah lagik anak kecil macam tuh. Mmg x patut si bapak tuh buat macam tuh. xkan laa kau tade otak langsung nak fikir..Besa laa budak-budak..
berebut barang tuh bukan laa kesalahan yg besar pun.. Kau masa budak-budak dulu pun macam tuh gak. Tatau laa kot kau kecik-kecik dulu
baik tahap wali-wali songo, x pernah nakal langsung. Sah laa pembongak kalo gitu kan. Sudah laa gitu..Semalam budak tuh sakit lagik..x leh nak jalan..Last-last Kak Ummi &
Ustazah Noridah tolong hantar dia balik rumah. Jumpa parents dia. Bincang punya bincang, si parents nih tamo jugak bawak budak nih ke hospital. Apa ke
otak udang benor parents dia nih??
Ke kau takut tembelang kau pecah?? Tah-tah selama nih banyak lagik hal kau da buat kat budak tuh kot?? Kalo jumpa Doktor, Doktor tanya sbb and budak tuh kasitau & tunjuk lak bukti...kantoi laa kau nanti kan?? Arrr aku mula laa
syak wasangka lebey-lebey nih.. Bukan apa, budak tuh anak murid aku. Budak tuh budak baik.
Aku sayang dia. Apa-apa jadik kat dia, of cos laa aku risau! Mmg
otak udang punya parents! Hambik kau...sakit hati aku.
Arini budak tuh x datang skolah da...Tah apa laa jadik kat dia aku tatau. Wallahualam.
Harap-harap Allah bukak laa hati batu konkrit mak bapak dia tuh, supaya bawak budak tuh pi check..Kalo apa-apa jadik kat anak kau nanti, menyesal x sudah kau nanti...Kau sendri yg buat dia. Kalo nak diikutkan, nih da kira macam
kes dera. Aku pun x pasti apa tindakan skolah aku. Aritu cikgu-cikgu nih da bincang-bincang..tatau apa keputusan. Harapan aku, budak tuh cepat sihat. Lagipun exam tinggal lg 2 weeks. Kesian budak tuh.
Penyebab 2 :Tadik masa duk kat Bilik dewan dengan cikgu-cikgu nih, tetiba
Kak Yati datang dengan
muka terkejut cipan. Pastu beliau tunjuk kat kami
buku tulis sorang budak kelas beliau. Buku English. Kat dalam buku tuh..masyaAllah...ada beberapa
gambar 18sx yg dilukis sendri! Kami suma rasa macam bukan budak tahun 2 tuh yg lukis. Mungkin buku dia tertinggal bawah meja..pastu budak Year 6 conteng benda-benda gitu kat buku dia. Sbb dia sendri pun kata dia tatau. And dia fikir abg dia pulak punya kerja. Tuh tatau laa pulak kan. Tapi, mmg depa nih kongsi kelas dengan Year 6.
Dilihat pada cara lukisan x senonoh tuh dibuat pun, mmg bukan budak Year 2 yg buat kalo nak ikut logik. Budak tuh baca pun x lepas lagik..lukis bunga pun kantoi apa lagik nak lukis
lukisan lucah advanced macam tuh.
Lucah macam mana? x payah laa citer sini pasai aku sendri x sanggup nak tengok.
Sangat x senonoh dan memalukan!Aku mula-mula terkejut jugak.
Sbb x sangka pulak budak skolah rendah da pandai buat kerja macam nih. Nih pertama kali jugak aku jumpa kes gini. Skang nih buku tuh
Kak Liza simpan, esok nak bawak ke
orang atas. x kisah laa Year 2 ke Year 6 ke..tapi agak
menyentap jantung laa bila berlaku hal macam nih.
Bayangkan laa masa skolah rendah lagik da tau lukis benda x senonoh, da skolah menengah sok praktikkan pulak ke?? Nauzubillah! Kami fikir mungkin budak nih dok tiru kat internet. x pun tengok dari buku-buku lucah. Ataupun cd-cd lucah yg da mmg berlambak-lambak kat kedai! Kalo dulu depa jual sorok-sorok, skang ni selamba aje letak terang-terang. Tingat masa aku pi Giant kat JB dengan Kak As dua tahun lepas dengan hajat nak borong citer Korea. Sana kan banyak kedai cd and murah-murah pulak..So kami pun masuk laa satu kedai cd nih..Skali terkejut tapir dibuatnya! Mana x nya, org kedai tuh buleh letak cd x senonoh kat meja tuh terang-terang! Mengucap panjang kami dibuatnya! Terus kami keluar dari kedai tuh cepat-cepat! Seytan sungguh!
Tuh kes budak lukis gambar x senonoh..ada lagik satu hal.. Tadik
Kak Kesuma tangkap
2 orang budak Year 4 tengah selongkar beg skolah bebudak 2 Elit. Masa tuh bebudak 2 Elit tade, depa pi computer lab. So, budak 2 ekor nih ceroboh masuk laa selongkar beg depa dengan
niat nak mencurik laa! Yg sorang tuh dapat lepas lari. Kira
'Kepala' laa budak tuh. Yg kawannya tuh Kak Kesuma sempat tangkap. Cuak da budak tuh..kebetulan aku lalu nak pi kelas masa tuh. Aku pun sempat laa dengar budak yg kena tangkap tuh bagi alasan.
Kata dia kawan dia tuh ajak selongkar dan mencurik.. Patut laa kebelakangan nih
banyak kes barang -barang bebudak Year 2 hilang. Ada
kepala penyamun rupanya. Kami pun hantar aje ke
Bonda Tijah (Penyelia Petang). Tatau laa apa nasib budak tuh tadik. Depa nih tadik ada
kokurikulum badan uniform tuh sbb laa sampai ke petang ada kat skolah. Hingatkan pi kelas badan uniform rupa-rupanya depa pi
menyamun ek...
Kurang hasam punya budak! Siap laa kau kena dengan GB esok!Penyebab 3 :Tadik masa otw balik rumah, masa baru lepas
traffic light kat
Corus Paradise tuh...ada satu
Satria Neo kaler silver suda bikin
biadap sama aku! Da laa baru lepas dari traffic light, belum pun sempat tekan minyak kasik laju lagik...
driver malaun nih da
ikut keta aku giler rapat! Jalan tuh 2 lorong..tapi sebelah kiri aku masa tuh
trak askar..
camna laa aku nak alih ke kiri kan..So, this
malaun haprak pun dok
vroommm vroommm x menyabau-nyabau! Tapi aku wat bodo ajelah sbb nak buat camna sebelah trak askar!
Bila aku laju ke depan sikit, mangkuk nih cilok belah kiri pastu ke kanan balik. Kira pastu keta dia depan keta aku da laa..
Masa dia cilok tuh, sempat dia bukak tingkap pandang keta aku tapi aku rasa dia x brapa nampak sangat pasai keta aku cermin gelap sikit. Kebetulan masa dia tengok tuh, aku dengan
Ida pun pandang dia jugak..
Ehh skali malaun tua kutuk rupanya! Tua kutuk da nak mampus kot. Kira cam
40an jelah. Muka bengis..bajet aku takut laa tuh!
Piiirahhhhhhhhhh mabuk!Skali aku pun hon dia kuat-kuat! kahkahkah...
Hape...kau hingat aku kecut kau pandang aku gitu?? Silap laa kau! Even muka kau cam
Undertaker pun aku x heran.
Aku akan hon jugak! kahkahkah. Skali dia cam x puas hati...
dia keluarkan tangan dia ke luar tingkap dan tunjuk penumbuk kat kami. TUNJUK PENUMBUK tuhhhhhhhh! ahahahahahahahahah giler lawak. Dia bajet aku takut laa tuh bila dia tunjuk penumbuk dia lepas cubaan pertama tunjuk muka bengis x jalan.
Apa tindakan aku? AKU PULAK TUNJUK PENUMBUK KAT DIA! aahahahahahhaha.
Terus dia pecut laju habis. ahahah. Aku rasa dia x pasan kami pompuan. Pastu aku dengan Ida gelak aje..Lawak..lawak. Padahal hati mmg sakit jugak masa dia ikut buah hati (keta) aku dekat-dekat tuh.. Kang kena kang mmg nahas laa dia. x buleh nak menyabau langsung! Lain laa jalan lengang masa tuh buleh laa aku tukar lane..
Aiseyman..Takut ke PAKCIK?? PAKCIK TAKUT ke??? Apa kelasssssssssss pakcik takut dengan pompuan?Nih terang-terang besau gedabak trak askar kat sebelah tuh xkan x leh nak sabau?? Opsss lupa..Pakcik da tua..da nak mampus!! Mata Pakcik da out & otak Pakcik pun da karat xleh nak fikir atau dalam ertikata lain, Pakcik da jadik dungu! Haaa...hambik kau. Kalo kau amalkan slalu pangai bawak keta ikut
sukatibapaktirilakimakkau macam tuh pakcik,
alamatnya cepat laa kau mampus. Kalo kau jek yg mampus xpe gak..kang melibatkan nyawa orang lain, kau nak ganti dengan nyawa kau ke? Mmg bodoh cap ayam punya orang! Seytan gondol tanduk kerbau! Haaa...kan aku da geram..
Hingat kami nih pompuan, sedap jelah kau nak buli kami kat jalan raya ekk..Silap orang laa kau. Tahun lepas dulu pun ada jugak orang carik pasal..Dia bawak motor terhuyung hayang depan aku..Aku pun hon laa. Dia terkejut kot..
terus dia tunjuk jari tengah lagik kat aku.
Aku pun hon lagik pastu tunjuk penumbuk kat dia. gagagagga.
Aku nih jenis berani jugak. x padan ngan pompuan..Kadang-kadang abah aku sampai marah suruh aku jangan berani sangat, kalo jadik apa-apa susah.
Sbb aku pompuan. Tapi da mmg pangai aku camtu nak buat camna.
Aku x suka orang biadap macam tuh macam kan jalanraya tuh mak abah dia yg punya. Orang biadap jangan dibagi muka sangat. Kalo fikir takut..sampai bila pun takut. Kadang-kadang kena berani jugak. Kadang-kadang orang yg poyo tunjuk samseng tuh bukan laa samseng sangat pun. Poyo jek lebey. Padahal dia tuh lagik pengecut! Contoh macam
si tua kutuk nih tadik laa..
Konon samseng laa sangat tapi pas aku tunjuk penumbuk balik, kau lari pulak. Piirahhhhhhhhhh. Samseng taik hanjing. Hingat kau jek leh tunjuk penumbuk?? Hambik kau tadik penumbuk cikgu gangster! Walaupun kecik tetap ada umphhh tau! muahahahahhaha.
(AMARAN : Children, pls don't do this at home!)