Sunday, August 30, 2009

Pelik.

Aku semakin rajin membuat benda yg selama ni aku x berapa nak rajin nak buat. Contoh, aku semakin rajin berfikir apa yg nak dimasak. Menu apa, berapa banyak nak masak..bla bla bla..Sampaikan ibundaku da naik pelik. Tapi tade apa yg nak dipelikkan pun sepatutnya. Da namanya pun perempuan. Malas macam mana pun, ada ketikanya akan teringatkan dapur jugak. huhuhu.

Semakin banyak kepelikkan yg berlaku dalam hidup aku. Ada yg aku sendri x dapat nak explain macam mana. Tapi yg pasti ianya mmg pelik. Mungkin jugak satu kebetulan. Kebetulan yg aku sendri tatau macam mana buleh berlaku. Sbb kebarangkalian untuk kebetulan macam nih berlaku dalam hidup aku amat sedikit. Tapi ia berlaku jugak tanpa aku mintak. Mungkin jugak ia takdir? Mungkin laa kot...Heh..

Owh yer, aku x sombong..Tapi aku akan menjadik sombong kalo orang sombong dengan aku. Jika kau rasa kau nak menyombong dengan aku, ingat laa bahawasanya aku akan menjadik sombong satu juta kali lebih dari itu. (*_~)

Esok pergi KL dengan Elis Su. Yippeeeeee!

Saturday, August 29, 2009

Terkenang...

Malam semalam aku tiba-tiba tersengih sengsorang. Masa tuh baru lepas solat Isyak berjemaah. Org lain bersolat sunat aku duk diam termenung. (*_*) Pastu perati orang solat sunat. Mesti Makcik yg solat sebelah aku pelik bila aku tetiba tersengih cam kerang busuk.

Sebenarnya aku terkenangkan memori lama. Ramadhan di zaman persekolahan. Masa tuh aku ngan kengkawan baik aku kat sini rajin join tadarus kat surau after terawikh. Mmg every year kami join. Aku, Liza, Kak Yang & Nina nadia. Kami aje laa remaja sunti. Lain suma warga emas.

Yg buat aku nak tersengih tuh, bila mengenangkan dulu kami nih terejal giler. Esp. aku ngan dak Liza. Kak yang ngan Nina nadia baik sikit. Kami nih jenis yg suka perati telatah pakcik makcik nih. Pastu gelak berjemaah. Yg buat aku geli hati tuh, we all buleh pulak siap bagi nicknames kat some pakcik makcik nih. Ada satu pakcik nih, masa tengah solat, beliau baca bacaan solat tuh mesti mulut beliau termuncung-muncung sikit. Pastu we all bagi laa nama Cik The Chong! Sorang lagik nih pulak, waktu tadarus reramai tuh, bila org tegur bacaan beliau ada silap, x reti nak berenti jugak tuh. Terus baca..Terus aku ngan dak Liza bagi beliau nama Cik The Gil (Degil). ahahah. Yg sorang makcik nih lagik besh. Loghat Ganu beliau giler punya pekat. We all dulu suka betol ajuk beliau cakap, "Budok-budok..lepas makang jangang lupo basuh pinggang." Pastu gelak reramai. Mesti makcik tuh hangin dengan we all dulu. Arwah da makcik nih. Dua tahun lepas beliau meninggal kalo x silap. (AL FATIHAH)

Satu lagik peristiwa yg buat aku rasa cam nak hambik tudung periuk buat cover muka tiap kali teringat ialah habit kami yg suka betol bagi perabih food yg dihidang masa moreh. Dengan x segan silu we all makan. ahahaha. Mmg sengal. Kulit ada setebal high heels 3 inci. (+_+) hape pedulik orang lain pandang, janji masuk perut. x tolak rezeki punya. Majlis Perbandaran Port Dickson. (*_*) Yg paling tade segan silu x lain x bukan sudah pasti laa si Kak Yang..Aku, Liza ngan Nina nadia x brapa sangat. Kami panggil beliau nih Si Perot Tong. Cakap laa apa pun, minah nih tade pedulik punya. Puas aku ngan dak Liza dok kata cuba kau bayang kau tengah kunyah tahi. Kalo aku laa orang kata gitu aku da stop da. Tapi Kak Yang nih jenis x makan saman. Cakap laa tahi idung ke apa ke beliau tetap mengunyah jugak. huhuhu. Jahat we all zaman memuda ada ke cakap makanan tahi...Insaf..insaf..(~_~)

Makin umur meningkat nih..makin sayu pulak rasa. kengkawan suma makin bersepah. Sorang sana sorang sini. Liza da keja kat Shah Alam. Weekend kdg2 beliau balik sini. Kak yang da kawin anak sorang. Duk kat Palong sana..Nina nadia lagik laa jauh melampau-lampau..Kat Dubai! Ikut hubby. Wuuuuuu winduuuuu.

Malam ini penuh kerinduan. Sekian, tima kasih.

Thursday, August 27, 2009

Duta Nestle Tak Bertauliah - Well, that's me. :p

Salam pretty people. (^_^)

Mood aku seindah pelangi arini. Segala-galanya menggembirakan. From Farmtown to Biskut Raya. Err biskut raya??? Tuh kejap lagik citer...:P

First skali, i would like to wish my dad something (macam laa bapak aku baca blog aku hakhak) :

HAPPY 58TH BIRTHDAY TO THE BEST DAD I KNOW - ABAH!

Abah,
You will always be someone I love and respect, a father who fulfills all his duties to teach, to guide, to protect me since the day I was born. I actually don't have too much words to say (since I'm not really good with words :P). So, I just want to make sure you know that no matter how many boys I've dated, whoever I will eventually end up with, YOU WILL ALWAYS BE MY HERO. SAYANG ABAH BANYAK-BANYAK (BANYAK DAN BANYAK LAGIK)

Okeh, sekian sahaja sesi ucapan. Nak kesat tears kejap *sob* (~_~) Kenapa cakap omputih x pasal-pasal nih?? Jawapan : Sukatiakuarrr.. (*_~)

Now mari bercakap tentang biskut pulak. (^_^) Apa kena mengena biskut dengan hari lahir abah aku? Tade kena mengena langsung. ahahah.

Arini aku cuba try test buat biskut raya sebenarnya. Aku buat BISKUT OLE SAYANG mengikut resepi Nestle. Kenapa nama dia gitu, jangan tanya aku. Mungkin orang yg cipta resepi tuh jiwa dia penuh dengan kasih sayang laa kot. :p Ekceli aritu aku tertengok cara-cara nak buat biskut nih kat tv. Cet pengaruh iklan rupanya. Kata x suka tengok tv?? Eh nampak x perkataan TERTENGOK tadik? TER, okeh! bukan sengaja! Tapi ter ter pun ilmu berguna jugak :P

Sebenarnya sempoi aje resepi dia. Sangat ringkas dan x memenatkan. Dalam tempoh 1 hour pun buleh siap bakar suma. Tadik aku buat ada laa dapat dalam 50 pieces. Tuh pun aku buat bulat agak besar tuh. Kalo aku buat kecit sikit mungkin dapat 60 pieces (mengikut kata resepi hahaha)

Okeh, sesapa yg terasa nak cuba buat biskut yg sempoi tapi besh nih, sini aku letak ingredients & cara-caraya, okeh?


250g tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 cawan bijirin Nestle Honey Gold (dikisar halus)
50g cincangan badam (beli yg da siap hancur aje. kat kedai banyak. hehehe)
1/2(half) cawan Nestle Corn Flakes (hancurkan kasar-kasar sikit)
180g butter/marjerin (mana-mana pun buleh)
100g gula kaster
2 sudu besar madu
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara nak buat? Very senang...

1. Ayakkan tepung ngan serbuk penaik tadik. Then masukkan cincangan badam + Nestle Honey Gold yg da dikisar halus.


Letak tepi kejap. After that,

2. Pukul butter/marjerin dengan gula, madu and esen vanilla sampai kembang.


3. Masukkan yg dalam Step 1 tadik ke dalam bekas yg ada butter bla bla bla tuh, gaul sampai jadik doh lembut. Kalo jadik keras, sila baling kat hanjing dan buat lain. (*_*)

4. Buat laa bulat-bulat macam main play doh masa kekecik dulu...pastu golek dalam Nestle Corn Flaes tadik sampai bersadur rata & kalo rajin, sila bubuh ceri merah yg da dipotong kekecik kat atas dia. Sebagai hiasan (tapi aku x bubuh pun. Malassssssssss :P) Susun atas dulang pembakar. Susun jarak-jarak sikit arr tuk bagi biskut mengembang. Pastu sila bakar dalam masa 15 minit dengan suhu 180 darjah celcius. Nih rupa corn flakes after dihancur kasar..


Susun...


5. Da siap bakar, sila biar dia sejuk kejap dalam 20 minit.


6. Yay da sejuk! Buleh letak dalam pinggan untuk dingap! gagagagag.



See...very easy kan?? Rasanya pun besh! (^_^) x caya, sila cuba try test on your own! Gue tarak tipu punya.(*_~) Tq nestle, Kau sumber inspirasiku! huhuhu

Selamat Mencuba, everyone! Esok pergi mintak upah dari Nestle sbb da tolong promote resepi. :P


*P/S : Tolong sedekahkan AL FATIHAH buat Prof. Ismail Salleh (Pensyarah UKM yg buta) atas pemergian beliau ke rahmatullah.. Aku sebenarnya agak terkejut. Tingat zaman aku kat UKM dulu slalu nampak arwah nih kat library. Selalu jugak orang (esp librarian) tolong pimpin dia kat tangga bawak naik ke atas. (~_~) Semoga Allah menempatkan arwah di kalangan orang-orang beriman. Amin.

Wednesday, August 26, 2009

Mood yg tercalar.

Salam all.

Aku fikir dalam bulan Ramadhan nih x akan ada benda yg buat aku naik darah. Rupa-rupanya aku silap. Elok-elok mood aku tengah baik arini, x pasal-pasal ada satu makhluk nih bikin aku naik darah pulak. Bikin spoil mood orang betoi laa ini makhluk.. Aku sedap-sedap tengah mengaji before tunggu azan Isyak, tiba-tiba handphone bunyik. Aku pulak terus tekan button 'answer' tanpa tengok nama sapa naik kat skrin. Besanya aku x kuasa nak melayan handphone pun taim taim gitu..tapi tadik aku gatal tangan pulak pi jawab. Akibatnya aku jadik sakit hati! Waaaaaarrrghhhh kenapa laaaaaaaaaaa

This makhluk, memiliki suara aneh. Bukan aneh yg itu laa...Maksud aku, suara yg aku x kenal. Rupa-rupanya number si makhluk nih tade dalam phonebook aku pun. So dengan penuh sopan aku pun tanya laa...

"Sapa nih yer?"

Si makhluk pun jawab..

"Saya laa.." Apakah punya sengal..kalo aku tau 'saya' tuh sapa tade laa aku tanya! Sengaaaalll!

Aku tanya lagik...Again, secara baik.

"Siapa nih?"

"Saya laa..Takkan awak dah x kenal saya kot?"

"Siapa?"

Lagik skali jugak makhluk nih bagi jawapan loyar buruk. Mmg laa jembalang kepala lapan kau nih!

Oleh sbb aku nih jenis x suka nak melayan orang jenis suka meleceh camni, so aku pun terus letak telefon! Malas aku.. Aku tanya baik-baik x reti nak jawab baik-baik..main loyar buruk pulak. Agaknya kempunan nak jadik lawyer tapi x dapat kot..Tuh pasal laa jadik loyar buruk aje. x kuasa aku melayan. Baik aku mengaji lagik bagus!

Pastu tetiba bunyik msg pulak...Lagik skali bikin spoil. Aku baca. Rupa-rupanya from si makhluk tadi!

Sms si makhluk : Sy pun awak dah x kenal ye..

My reply : Siapa? Mmg x kenal. Kejap lagik laa msg. Nak pi terawikh.

Sms si makhluk : Tu lah. Ramai sangat kawan lelaki..pandai kata saya tapi awak tuh pun sama aje.

Fuhhh...mmg 'sedap' betol ayat dia. Wei makhluk. Apasal kuang ajar sangat kau nih eh??Aku kenal kau pun tidak sesedap mulut jek kau nak melaser kat aku apahal?? Bo to the doh! Haa...kan da jahat mulut aku.

Aku mmg x buleh blah dengan orang jenis cenggini. Sudah laa kenal pun tidak. Kalo aku kenal, tade laa aku pi tanya soalan "Siapa nih?" tuh kan. If kawan aku ke sapa..kompem aku mmg kenal sora. Even if kawan aku tuh call guna number yg aku x save skalipun. Da namanya kawan...of course laa aku akan kenal soranya. Nih mmg x kenal. Bila da aku tanya elok-elok tuh, apa laa salahnya kau jawab aje kau sapa. Nih x..nak main-main pulak. Apa kau da tade kerja lain ke yg kau pi ganggu hidup orang lain nih?? Aku tatau laa kot entah-entah si mangkuk makhluk nih salah number ke apa. Ke buat-buat salah number ke kan...Tapi yg pasti kau mmg da calar mood aku. Dan yg pasti jugak, kalo kau ada depan mata aku, of course muka kau pulak yg bercalar. (*_*) ASTAGHFIRULLAH. (tarik nafas 5 minit)

MORAL OF THE STORY - Lepas nih x payah angkat da kalo number x kenal yg call. Unless orang tuh sms dulu bagitau beliau sapa. X reti sms? Nasib kau laa. (*_*)


Tuesday, August 25, 2009

Main masak-masak lagi..

Assalamualaikum (x jawab dosa :P)

Aku baru pulang dari skolah. Not directly from school laa actually..sbb on the way balik from school tuh aku singgah kedai sana sini kejap mencari bahan-bahan untuk buat kuih raya. Macam x percaya eh? Tapi itu laa hakikat. :P Turut membeli 2kg gula kerana masalah kekurangan gula telah kembali merunsingkan fikiran masyarakat Malaysia.. Sama macam tahun-tahun lepas. *sigh* Kenapa laa every year musti ada masalah gini eh? Da jadik macam trend. Pastu semua kedai just buleh jual 2 kg (2 bungkus gula 1 kg) kat customer. Tuh pun kalo dapat tokey yg okay. Kalo dapat yg jenis sorok gula tuh, haram sebungkus pun dia tamo bagi kat kau. Tension x tension? (*_*)

Kat skolah, macam besa laa waktu cuti seminggu gini mmg akan ada extra class for Year 6 pupils. Today is the second day. Patutnya aku datang untuk first day (iaitu semalam) tapi oleh sbb Abg Zahrul mintak tukar waktu dengan aku, aku pun datang second day jelah. Kesian kat beliau sbb beliau nak bawak anak isteri balik Kelantan today. Aku pun bukannya kemana-mana sangat waktu cuti nih so aku orait aje. No problem. So, pukul 11.00am lagik aku da keluar rumah sbb kelas tuh mula pukul 12.15pm. Saja pi awal sikit biar x kelam kabut sangat. Bebudak nih pun dari pagi tadi dok buat soklan. da lepas Sains, English pulak..da lepas English, Math. Kesian jugak aku tengok depa..Bila aku masuk kelas 6 Cerdik tuh tadi, aku tengok muka memasing da macam tapai. Giler kau...dari pagi sampai tengahari kena buat soklan dalam kelas tanpa rehat! Bulan posa pulak tuh. Kalo aku pun kepala aku da melilau ke bazaar ramadhan da. ahahaha.

Tabik Spring tilam Vono kat bebudak nih sbb masih kekal bertahan walaupun entah brapa kali depa mintak excuse pi tandas aku pun tatau! huhuhu. Tapi xpe, aku izinkan aje. Tengok depa buat soklan pun bersungguh-sungguh jugak walaupun ada laa jugak dua tiga orang yg da lemau cam biskut. Bila aku datang dekat, mula laa gelabah gaban baru nak buat! It was funny, actually..Mengenangkan aku masa darjah 6 dulu pun macam tuh jugak. Paling takut kalo cikgu datang dekat taim aku tengah buat kerja. Pastu cikgu tuh dok perati satu-satu apa yg aku buat. Sungguh mengundang perasaan ngeri! lepas tuh jantung pulak berbunyik dub dab dub dab yg sungguh laju. Entah kenapa, aku pun tatau. Mungkin takut. Mungkin jugak malu (?)(*_*)

Setelah berbulan-bulan berada di zon senyap, my old flame tiba-tiba call. Siapa old flame aku? Sapa lagik kalo bukan beliau yg satu tuh. Aku mana ada ramai old flame. Tuh aje satu-satunya..Maklum laa org x cun (*_*) (tapi comel itu tetap ada. ceh sempat lagik) After berbulan-bulan menjadik si bisu pekak badak, akhirnya si old flame berjaya mendapatkan semula handphonenya (secara seludup, katanya) untuk gimme a call. Ada sedikit explanation laa jugak from him but aku x hambik pedulik sangat. Da besa gitu. Bukannya aku kenal beliau baru sehari dua tapi da sehari dua kali 1000..I knew he was telling the truth. Anyway, siapa aku nak langgar 'peraturan'? (*_~)

Someone once asked me about Bila Hati Tercuit.. Lama betul hati aku x tercuit kenapa? Apa ingat senang ke nak cuit hati aku? No, hun. It is never easy. Hati aku akan tercuit bila dia rasa nak tercuit. Apa aku cakap nih? Entah! Aku pun tatau. huhuhu. Tapi mmg betul pun kan..hati kita akan tercuit secara tiba-tiba. Bukan kita paksa, "Hoi hati, cepat tercuit skang. Aku suruh nih!" Nehi. Perkara melibatkan hati yg bukan berlaku secara semulajadi tapi hanya dibuat-buat mmg sangat x cool. Hati bukan kaca, mind you. Bukan jugak plastik Tesco. Kalo hati kaca, pecah aje buleh ganti hati lain. Kaca berlambak-lambak dalam dunia nih. Macam tuh jugak dengan plastik. Bakar plastik, lebur laa dia. I am talking about the real hati. Seketul daging kurniaan Dia yg disimpan elok dalam badan. Cover baik punya dengan tulang rusuk. Tapi tuh pun masih bersifat fragile jugak. Senang senang bawak keluar aje pastu bubuh dalam balang kuih raya. Macam aku buat. See my profile picture? That is my heart. (aku bergurau aje lerrr)

Aku semakin kehilangan nafsu..(Nafsu where are you?) Mungkin nafsu aku da kena ikat sekali dengan seytan-seytan yg tengah kena ikat tuh kot?? ahahaha bingai sungguh main-main pasal benda nih. :P Tapi betul aku cakap...aku da tade hati nak beli macam-macam food kat bazaar ramadhan. Sumanya x berapa memikat hati.. Aku bercakap pasal nafsu makan saja, okeh. Nafsu membeli belah belum tentu lagik. Begitu jugak dengan 7 jenis nafsu yg lain. (~_*)

Arini ingat nak buat ayam masak masam manis lepastu goreng terung aje. Goreng terung hiris nipis-nipis, mengikut resepi Kak As. Aku sebenarnya kurang gemar makan terung tapi sejak makan hirisan terung goreng masakan Kas As, aku jadik cam suka laa pulak. Tapi terung masak lain aku tetap x suka. Begitu jugak dengan timun. Aku hanya makan timun yg ada dalam bungkusan nasik lemak. Dalam lain-lain masakan aku x makan. Kedengaran macam memilih makan laa pulak aku nih eh? Mmg pun! ahahaha. Owh yer, Buttered Chicken semalam camna rasanya? Sodddaaaappppp. lain kali buleh buek laie! (^_^)

okeh, tinggalkan dulu kerjaan mengupdate. Mau siap-siapkan bahan tuk masak. Kejap lagik aku buh gambar kalo rajin! haha adios amigos!



EDIT PUKUL 8.00 malam :

Perut nampaknya ibarat gendang gendut tali kecapi. Amat kenyang skali. (*_*)

Anyway, nih ada sikit gambar masa main masak-masak tadi siang...

*gaul ayam + bawang + sos cili + sos tomato rata-rata. Buh arr gula ngan garam secukup rasa (walaupun x buleh rasa)*

*Ayam nih aku goreng sesiap dulu sampai masak cukup arr x yah garing*

*Masukkan kepingan tomatoman. Eh x..tomato! :P

*kaco kak...kacooo sampai lebam! huhuhu*

*Suda siap! tadaaaaaaaaaaa*

*Terung pas masak. Buruk, i know (*_*) tapi rasa dia ade umphhh tau! (*_~)*

*Terung before masuk kuali (gaul dengan kunyit and garam sikit)*



Gambar x tersusun, harap maklum! Aku nak pi surau da nih! x sempat! agagagagag bye! :p

Monday, August 24, 2009

Apa nak masak nih?

Salam eberibodi.

Selamat berposa untuk hari ke-3 Ramadhan! (^_^)

Apa daa....da pukul 3 petang baru nak wish! Baru bangun tido kah?? *gulp* Usah laa tuan hamba menyerkap jarang sebegitu skali. Kecit hati hamba...Mementang laa kelmarin hamba kata hamba tido siang sekejap. (*_*) Apa ingat ari-ari ke hamba tido siang?? Eh...emo pulak x pasal-pasal. huhuhu :p ;P

So...how's ur 3rd day of ramadhan?? Masih selamat kah posa anda?? Atau sudah 'terkantoi' di siang ari?? eheheh...Dok tanya orang aje pandai...aku punya posa apa macam pulak?? Err posa aku okay aje. Alhamdulillah, masih selamat sejahtera sehingga pukul 3.20pm nih. Moga-moga sampai ke waktu berbuka laa selamat sejahteranya tuh. Skali dengan harapan suci murniku - Semoga 'fenomena bulan mengambang' x akan terjadik sampai ramadhan yg ke 30. Kasik can posa penuh & tarawikh penuh buleh?? Buleh. Sila laa jadik ibu mengandung. *gulp* Camno tuh??? (*_*) (~_~)

Anyway...juadah berbuka camno pulak eh?? Da masak ke belum dok ngadap internet jek nih?? kwang kwang kwang (soklan untuk diri sendri!) :P Alaa relax laa..siang masih muda. :P Nih dok tengok resepi arr nih nak masak apa. Ehhh kantoi tengok resepi! agagaga. Besa laa tuh..bulan posa nih selera aku jadik lain macam sikit. Kalo slalu tuh makan ayam goreng pun buleh..tade hal. Tapi dalam bulan posa nih ayam goreng sebelah mata pun aku x pandang (statement berlagak x hingat :p) Yg sebenarnya aku jemu makan ayam. What?? kurang jelas arr statement tuh cikgu. Buleh tolong ulang skali lagik x?? Kejap..kasik tukar ke font yg lebey besau sikit - AKU JEMU MAKAN AYAM. Jelas?? huhuhu..Kenapa? x percaya? x percaya tanya sy ! :P ;P

Okeh arrr...i admit, statement tuh mmg kedengaran macam tipu hidup-hidup. Macam x percaya jek pencinta ayam sejati buleh membagi statement brani mati cenggitu kan? Biau betik?? Iyerrr..betiiikkkkk! :p jemu sey makan ayam. Dalam dua ari nih tade seketol ayam pun masuk ke perut aku. Padahal kalo slalu tuh pantang nampak ayam. Ayam percik arr...ayam goreng arr...kaki ayam arr..segala macam ayam (kecuali tahi ayam, okeh!tolong senonoh sikit please!) Suma pun aku suka. Tapi kali nih cam x brapa nak lalu laa pulok..bagi pilihan ikan kembung goreng panas dengan ayam percik bazaar ramadhan, aku for sure pilih ikan kembung goreng panas! Irresistable beb menatang sekor nih pas kena goreng! hari harimau. *telan liur* (*_*)

Oleh sbb ibundaku sudah kembali bekerja pada Isnin yg permai ini..tinggal laa anakanda sendrian di rumah menggodek-godek laman web resepi. Wuuuuuuuuuu seksanya tanpa ibunda di sisi. Apa nak masak pun tatau! Bikin otak blur sungguh. Kalo mak ada tuh lain laa..macam-macam idea pun datang. Nak masak ini laa..itu laa..suma pun okeh. Sbb mak yg masak, aku tolong apa yg patut aje. kahkahkah. Nih aku kena masak sendri. Lagik pulak tengah posa nih..alamatnya mmg aku hentam kromok ikut suka hati aku arr kan. Manis, masam masin, nano nano. nano nano. nano nanoooooooooooooooooo! (*_*) (+_+)

Setelah membuat pertimbangan yg jitu, tolak rasa jemu makan ayam, aku bercadang nak masak buttered chicken aje. Sebenarnya resepi tuh Buttered prawn tapi aku pandai-pandai aje tukar jadik buttered chicken! gagagaggaga. nasib arr kan..da tade udang, xkan nak pi memancing udang kot pepetang gini walaupun kolam udang besau x jauh jek dari tempat tinggal aku nih. Arrr...x kosa haku! (*_~) Guna aje apa yg ada. Chicken laa yg terbaik...xkan nak guna ikan kot?? Buttered fish?? Euuuuuwwwww loya!

Oleh itu, sama-sama laa kita suma mendoakan kejayaan aku memasak buttered chicken itu, okeh. Wassalam. (~_~)

*Nanti malam after tarawikh sambung lagik kalo gajin.*


Edit Pukul 5.30pm :

Syukur syukur..sudah siap memasak Buttered Chicken Hentam Kromok. ahahaha pandai-pandai aku ubah nama resepi jadik gitu. hihihi.. Setelah berhempas pulas...ini laa hasilnya. (sempat snap pics lagik tuh wakakakakka)

*kaco jgn x kaco kasik masak itu ayam!!*

*Bubuh garam gula secukup rasa pastu lepak kejap hambik gambar..hakhakhak*

*Nih egg floss. Goreng telur kuning sampai kuning keemasan pastu buh tepi kejap kasik dia kering skit baru garing*

*Tataraaaaaaaaaaaaaaaaaaa...da siap!! Sebenarnya resepi asal xde buh tomato tapi aku pandai-pandai tambah sendri! muahahaha kojap yo buek bondo nih! (^_^)*

Camna rasanya??? Yg tuh aku tatau! Tunggu berbuka kang baru leh komen! muahahahahah

Saturday, August 22, 2009

30 Hari Mencari Cinta Hakiki

Salam everyone.

Alhamdulillah, selesai sudah hari pertama kita berposa. Sumanya berjalan lancar kat sini tanpa sebarang masalah problem. Sudah masalah, problem lagik. Kerosakan bahasa yg semakin menjadik-jadik. Ahakss.. Lantok lerr..nih blog cikgu matematik, bukan blog cikgu bahasa melayu. Kerojakan dan penyalahgunaan Bahasa Melayu harap diampunkan yerrr. :P;P

Bumi PD dibasahi hujan lebat arini. Terasa dingin seperti salju aku sepanjang ari. Pendek kata, mmg cuaca yg besh untuk tido laa. Panjang pulak kata, besh betol aku tido tadik! ahahaah x senonoh anak dara nih tido siang. Helehhh...kejap aje pun. Kasik can lerr..lagipun lama da den x tido siang sbb kojo potang! huhuhu :p Tapi mmg syukur sangat sbb cuaca x panas terik arini. .Anggap saja rahmat dari Allah (^_^)

Macam yg aku cakap semalam, menjelang Ramadhan nih, mood buruk pun magically jadik baik. Sepanjang ari pun hati rasa gumbira. Malas pun buleh jadik rajin padahal bukan laa rajin sangat. hakhak..:P Yg sebenarnya nak cakap yg aku tolong ibunda masak arini. kuikuikui..Kalo selalu tuh punya laa x brapa nak rajin masak pun. Ikut mood. Bila tengah rajin sangat nak masak, suma benda pun aku nak masak. Kalo wujud kari kepala dinasor, kari kepala dinasor skali aku nak masak! Tapi kalo taim malas tuh, jangan katakan telur goreng, air pun aku malas nak jerang. muahhahhaha. Tapi arini mood rajin arr. Telah bekerjasama dengan ibunda terchenta dalam menyiapkan juadah berbuka untuk first day posa nih. Excited terlebey sudah. huhuhu. Tapi masak simple laa pun. Sambal sotong, lobak putih goreng cili, pastu goreng ikan kering. Waaaaaaaaa giler crispy ikan kering my mom beli from her friend tempoh ari! Kata my mom, hubby kawan beliau tuh buat sendri, mmg untuk jual. Sodap gilossssssssss! Dia bukan ikan masin, tapi ikan kering. Mmg crispy tahap wali-wali. Kalo ari-ari makan nasik berlaukkan ikan kering nih, siyes aku sanggup! Sudah laa sambal sotong mak aku masak mmg marbeles. And that lobak pulak my bapak punya peberet. Pendek kata sumanya menyelerakan walaupun simple. Apa aku cakap tadik? Mak yg masak?? Iyerrr..:P Sy sekadar menolong apa yg patut! muahahahah. Gilerrr laa aku nak masak sendri. Ntah apa rasa pulok nanti! Udah laa x buleh nak rasa sbb posa. Aku bukannya reti nak mengagak kuantiti garam suma tuh. Tapi apsal kalo orang tua yg masak, cukup aje segala rasa ekkkk??? Padahal depa pun posa jugak! Orang tua kita mmg hebat kan?? Wuuuuuu hargai laa emak anda. Jangan sesekali menjadik anak derhaka..-INSAF- (~_~)

Sama seperti malam semalam, aku berjaya menunaikan solat tarawikh sekali lagik untuk malam nih. (^_^) Surau still penuh macam semalam. Bezanya malam nih aku dapat solat kat saf yg agak depan. x macam semalam..barisan ke dua dari belakang. (~_~) Sbb orang da azan baru aku terkial-kial nak hambik wuduk. Sampai jek kat surau tengok-tengok da penuh. Tapi arini, aku berjaya sampai sebelum azan. Dapat laa solat kat depan sikit. (^_^) Lepas tarawikh, surau ada buat tahlil pulak. Tapi aku x turut serta. After witir, aku terus balik. Sbb nak habiskan juzuk 3 arini. Siang tadik aku sempat baca separuh aje.

Aku tiba-tiba rindukan JB sangat sangat (dan sangat)! Tiba-tiba tingat bazaar Ramadhan area Kampung Melayu Majidee. Dulu ada jugak pi beli juadah berbuka kat sana dengan Dor,Kak As, Kak Enda and Wid. Tuh zaman kpli dulu laa. Kejap aje da dekat 2 tahun masa berlalu..kadang-kadang dalam kepala berputar-putar jek gambaran tempat-tempat kat JB yg aku slalu pBoldi. Skudai Parade, Angsana, Jusco Tebrau, Larkin, Giant Taman Suria, Giant Tampoi (slalu makan Domino's pizza kat situ ngan Kak As huhuhu), area kampung melayu tuh pun..pastu x lupa jugak pernah sesat da malam buta dgn Dor kat area Bandar Nusajaya! wahahahaha masa tuh apa pun takdak situ. And macam-macam lagik.. termasuk laa makan nasik ayam mahal nak mampuih kat Danga Bay darul m a k s i a t tuh! Huwaaaaaaaaaaaaaaa winduuuuuuuuuuuuuuuuu! (~_~)

Owh angin lalu...tolong laa sampaikan salam rinduku pada Johor Bahru..Entah bila akan kujejakkan kaki ini lagi ke sana.. JB, I MISS YOU! *sob*

Buat sahabat karibku dunia akhirat, Ninder aka 'Mummy', HAPPY BELATED BIRTHDAY dariku untukmu! wuuuuuuuuuuuuuuu...camna laa aku leh lupa semalam bday kau! P/S: I LOVE YOU & AIRIS too. :P

BANDARAYA YG KURINDU..

Marhaban Ya Ramadhan

Salam Ramadhan buat semua.

Malam nih semangat aku jadik lain macBoldam sikit..Tatau nak gambarkan camana perasaan aku. Excited? Yelah kot. Mungkin sbb da masuk bulan Ramadhan nih, mood buruk pun jadik baik secara magik. ehehe.

Alhamdulillah, walaupun sora aku masih belom pulih sepenuhnya, masih lagik kedengaran seperti Rani Mukerjhi (perasaaann), aku berjaya menghadirkan diri ke surau untuk sama-sama menunaikan solat tarawikh berjemaah. Kejap..Apa kaitan pi solat tarawikh ngan sora nih ? Ahahah..x kisah laa tuh. Asalkan aku happy sbb dapat solat tarawikh malam pertama. (^_^) Sebenarnya kalo nak ikutkan penat, badan mmg laa penat..sbb everyday aku balik kerja waktu petang. Tapi nasib mmg baik semalam sbb skolah putuskan kami buleh balik pada pukul 5.30pm. So, tade laa suma orang kelam kabut sangat. Sempat laa nak rehat kejap before pergi tarawikh.

Sempena Ramadhan kali nih...aku x berniat menanam azam sebanyak dulu. Tapi kalo terberkenalan dengan lelaki bernama Azam, aku okeh jek. hakhak..(gurau! :p) Cukup laa sekadar berharap dan berdoa semoga Allah mengizinkan kebahagian sentiasa berada di sampingku. Ewah...keluar sudah ayat drama! ehehe tapi yg nih bukan drama ehh, nih realiti. :P Siapa yg tamo kekal bahagia kan? Tatau laa kot ada orang yg berdoa untuk kekal bersedih. (*_~)

Di samping itu aku x lupa jugak menanam harapan sesuci lebaran murni supaya dapat berposa penuh dan mengerjakan solat tarawikh sepanjang Ramadhan. Tapi harapan mungkin tinggal harapan laa selagi masih bergelar wanita belum berkahwin mahupun menopause. Also known as anak gadis, anak dara,chick, tanggachi, amoi or whatever you call it. (*_*) Bulan mengambang datang kalu, ibadah posa terpaksa kukorbankan..*sob* Taim macam tuh laa baru nak timbul rasa cemburu buta terhadap kaum satu lagik. (Lelaki, anda sungguh beruntung. Sila hargai jantina anda!)

Akhir kata dariku, Selamat berpuasa buat semua. Semoga ramadhan kali nih membawa 1001 hikmah dan membawa pergi segala musibah..Da macam tulis surat pulak dah. wahahahak. :P x kisah arrr...Jangan lupa niat berposa & bersahur, okeh! (^_^)

Buat beberapa orang yg berada 'di sana',

I MISS YOU. ALWAYS.

K skang nak tido. Kalo x, x bangun sahur! tih..tih..tih..:P

POSTER X BERBAYAR :

Thursday, August 20, 2009

Dari kerana mata (redup) yg mempunyai kuasa..

Salam pretty people!

Setelah sekian lama x menonton rancangan tv kegemaran dan jugak rancangan tv bukan kegemaran (sbb aku bukan suka tengok tv pun), arini aku tertonton laa pulak. Ter laa..Not on purpose. Bukak aje tv3 terus ada. Hah...apa lagik aku pun terus melekat arr kat depan tv tuh tamo berganjak langsung. Sumanya gara-gara Chris Jericho ngan Jeff Hardy. Sapa suh taim aku bukak tv3 tuh depa pi wrestling? Kan aku da tertengok! :p Almaklum laa aku nih kan peminat setia WWE. Bukan Samarinda ehhhh, nehi! Tuh my mom punya favourite! Tertinggal satu episod 'Kala Hati' pun da sebok suh aku bukak web tv3 cepat-cepat. Mmg layak dipanggil Kipas-susah-mati Samarinda! Eh aku pun sama jugak ke?? Owh nehi...Aku nih jangankan kata nak minat Samarinda, tengok tv pun aku x minat! Kali terakhir aku tengok Samarinda pun aku da lupa! :p Tapi citer Nur Kasih tuh..? Ehem. Yg tuh buleh mendapat pengecualian. Sbb Adam (Remy) tuh cam macho laa pulak kan.. wahahahak (Sindrom mata keranjang sungguh!)

Anyway, berbalik semula kepada citer WWE tadik. Kalo dulu tuh nama dia WWF -World Wrestling Federation. Pastu tukar jadik World Wrestling Entertainment pulak..Nevermind. Asalkan wrestling, bukan golf. Erk.. Golf?? Owh no...sangat x buleh blah. Buat penggemar golf sejati, tolong jangan hambik hati ehhh. :P Sebut pasal wrestling nih, ingin aku tegaskan di sini supaya jangan laa dalam fikiran tuh terus ingat benda-benda buruk aje eh! Gusti kan sejenis sports jugak. Cuma mungkin agak brutal arr sikit. Tapi sekadar untuk hiburan suka-suka aje. Sbb tuh arr nama pun da bukan WWF lagik, tapi WWE. Ceh aku nih membebel lebey-lebey pulak. Padahal benda nih suma orang pun tau. (eleh yerrrr kerrrr?)

Tapi... x suma orang tau sapa Jeff Hardy kan? The Rock mungkin arr orang tau.. Undertaker pun. x lupa jugak dengan John Cena. Chris Jericho tau? Arrr sampai hati arr lu cakap tatau. Favourite wrestler gua tuh selain Saudara Dwayne Johnson. Lerrr..sapa pulak Dwayne Johnson nih?? The Rock arr sapa lagik! Tatau ka beliau da tamo digelar The Rock lagik?? Beliau nak orang kenal beliau as Dwayne Johnson (which is his real name) skang nih. Tatau?? Mmg sah laa kau x minat wrestling. (*_*) Tapi xpe, asal aku minat sudah. (^_*) Bukannya aku nak wrestling kau pun kalo kau x minat. Tapi minat-minat aku pun..da lama jugak x tengok wrestling kat tv. Kalo dulu tuh...siap rakam WWF Smackdown tuh. Habis segala match aku rakam! Termasuk laa match yg Stephanie Mcmahon lawan Lita! ahahaha giler ganas dua minah nih. Masa tuh si Stephanie nih wife si Triple H. Triple H pulak musuh ketat The Rock. So The Rock dok tolong Lita arr masa minah tuh lawan Stephanie. Pastu Lita menang! Kehkeh. Err aku kena bagitau jugak ke sapa depa nih suma?? Malas arr. Pi google sendri buleh? huhuhuhu

Tapi aku nasihatkan x payah google. Tuh suma x penting. Yg penting skang aku seronot tengok match antara Chris Jericho & Jeff Hardy tadik! Walaupun yg ditayang kat tv3 tuh mungkin yg da berzaman punya..x pun yg berbulan lalu ke apa..aku x kisah sangat. Asalkan besh untuk ditonton. Tadik Jeff yg menang, Chris Jericho kalah. Uhuuu...sesungguhnya Chris da x sekiut dulu. Dulu beliau hensem giler dengan rambut panjang, pastu seluar pun panjang jugak.. Skang rambut da pendek, perut pun da boroi dan seluar pulak...err...seluar bukan takat semakin pendek jek tapi lebey layak digelar spender. Spender kaler hitam gambar apa tah! Wuuuuu malu kejap..:"> :"> (macam besa laa, pinjam icon malu YM) Apa laa bini beliau nih. x pandai jaga hubby langsung.Kasik laa hubby pakai cukup kain sikit! (Boo!) Tapi xpe, Jericho tetap menjadik pojaan hatiku. Cuma kureng besh laa skang berbanding dengan Jeff Hardy yg maintain macho, kacak, tampan, hensem, comel dan perkataan lain yg sama erti dengannya. (^_^) Cuma satu jek kurang. Beliau nampak cacat bila tade Matt Hardy as his partner. Depa dua nih dipanggil Hardy Boyz. Dulu zaman aku lepas SPM, Hardy Boyz nih mmg famous arr untuk Tag team match. Seangkatan dengan Road Dog dengan sapa tah partner dia, aku lupa. Pastu Edge & Christian. Tapi aku paling suka Matt & Jeff nih arr sbb skill depa besh! Meliuk-liuk bagai. Siyes mmg lawa! Ditambah pulak dengan wajah setampan itu...Aww...x dapat daku membayangkan bagaimana agaknya wajah Si Manis 17 tengah angau depan tv masa tuh... Brutal-brutal pun jiwang jugak rupanya..:"> :"> (Malu lagik)

Okeh, malas membebel banyak sangat..kang makin banyak pulak terbongkar rahsia pohon cemara..kueskueskues

Ini semua gambar Jeff. Hanya Jeff semata-mata, tiada CM Punk di situ. Sapa pulak laa CM Punk nih wei?? Tuh kemudian citer.

*My boyfriend - si hensem yg bernama Jeff Hardy a.k.a Wolverine (perasannya akuuuuu) Pheeewiiiittt*

*Si hensem lagik.. Memiliki sepasang mata redup yg sangat menikam kalbu...Oi suka betol aku dengan lelaki bermata redup nih! Sexy seyy..*

*Brotherly love - Jeff & Matt Hardy (Hardy Boyz)*

*Eeee..comelnya diaaaaaaaa...innocent jek muka. huhuhuhu. Sapa bilang jejaka brutal x menawan, x menarik hati, tiada memikat? ganas on stage saja, okeh!*

*Aku suka pic nih...*

*..dan jugak pic nih.*

Skang meh layan yg nih pulak...




CM Punk is that mamat yg lawan dengan Jeff dalam klip di atas. Buleh tahan...Ceh x habis lagik Sindrom mata keranjang rupanya....(*_*)