Friday, October 30, 2009

Sedang tercari-cari.


Lewat kebelakangan nih orang semakin suka panggil aku AZ..Sini Az..Sana Az..Tiba-tiba rasa macam ASMIDAR pulak. Kalau macam nih laa gamaknya..terpaksa laa aku pi carik pakwe yg namanya ALI SETAN. Pakai kasut conteng-conteng, bagi hadiah katak masa besday, curik diary..Giler semak percintaan aku nanti kan.. Lagi semak bila tiba-tiba jek dia cakap dia ada bini nama LATIPAH! Ahaha..x sanggup den. :p Tapi xpe laa..panggil jelah apo demo ndak..Asalkan demo bahagia..nak panggil Az ke..Awin ke..Wiween ke..Anoor ke..Azwina ke..Asalkan jangan panggil aku Beyonce cukup. Jauh benor bezanya tuh..Lagipun saya x pakai 'baju x cukup kain' nih. hihihi..(SENTAP Beyonce kalo baco nih. Sebaik makcik tuh x paham BM kan? :p)

Sejak aku balik dari kursus kawin nih, macam-macam soklan orang tanya aku..Ekceli bukan MACAM-MACAM pun soklannya..soklan yg sama aje pun..cuma cara soklan tuh diajukan jek lain-lain.. Tapi yg pasti, sumanya nak tau pasal benda yg sama.. Nih lagi buek palo den poning. Terpakso laa den menjawab yg sebonar-bonar eh. Cuma satu jelah den nak cakap..Jangan laa suko bonar main SERKAP JARANG slalu..Kadang-kadang apa yg kita serkap tuh x jarang pun. Tapi KABUR..Bilo da kabur tuh..mana laa nak nampak jelas keSAHIHannya..So, kesimpulannya jangan laa main serkap jarang slalu ek..

Sy mengaku, mmg sy da selamat menjalani Kursus Kahwin. Sijil kursus kawin yg SAH pun sy da dapat. Da siap frame da pun (TIPU). Err apsal tiba-tiba guna gantinama SAYA lak nih? Buang tebiat kejap! ehehehe. OK sambung. Soklan cepu emas yg saudara saudari tanya tuh pun akan aku jawab skang...

Jawpannya ialah TIDAK. Sbb? Sbb calonnya aku baru nak carik! ehehehehehe..

Aku nih susah sikit. Maksud aku HATI aku nih susah sikit. Aku x pilih rupa sangat. Asal yg sedap mata aku mandang cukup laa. Masalahnya, x banyak yg sedap mata aku nih mandang. Bukan maknanya orang yg aku pandang tuh x elok rupanya. Elok..Allah jadikan manusia sumanya muka elok-elok, ada cantik/hensem tersendiri..masing-masing ada keistimewaan kan. Cuma kadang-kadang mata kita nih bukannya nak tengok cantik tang rupa saja, tapi tang perangainya pun nak kena tengok laa jugak. Kalau sedap mata kita tengok, da kira orait laa tuh kan...Bukan laa kata nak yg PERFECT pun. Diri sendri bukannya perfect. Tade manusia yg perfect melainkan Rasulullah. Dapat yg perangai dan kelakunya senonoh pun da orait. Manusia biasa bukannya maksum macam Rasulullah.

Masalah aku skang, aku x pandai nak memilih yg mana satu betul-betul suit me well. Aku jugak susah sikit nak 'feel' dengan orang. Sbb tuh laa my last relationship didn't last long. Sbb aku main terima aje tanpa fikir panjang. Ahaha my stupid mistake! :D Akhirnya x kemana pun. Gaduh, bertekak, gaduh. Alasan, aku x serius dalam perhubungan, macam dia aje terhegeh-hegeh kat aku walhal aku macam nak xnak aje kat dia. Aku jugak macam dilarang bercakap tentang lelaki lain. Mula laa nak cemburu x pasal-pasal. PELIK. Rasa macam stupid betui aku masa tuh..I also swear that i would never make the same mistake twice! TIDAK MAUUUUU. (Moral of the story is, HARUS FIKIR MASAK-MASAK DULU sebelum membuat keputusan)

Aku jugak mengalami masalah slalu jatuh suka pada orang yg x suka aku macam aku suka dia. Sejak dulu kala lagik macam tuh.. Dan aku jugak slalu x suka kat orang yg suka kat aku. Macam berbelit pulak ayat jadinya. huhuhu. Tapi gitu laa yg slalu terjadi. Contoh macam aku suka kat dia tuh (my colleague) dulu..Apa pun x jadi..Aku x cakap pun kat dia aku suka dia..Padahal aku tau masa tuh dia da solo lepas ex dia tinggalkan dia sbb nak kawin dengan GPK skolah. Last-last aku dengar mak dia da ada calon untuk dia..Ustazah yg aku cerita dulu tuh laa..Now depa da kawin da pun. Last-last aku lupakan aje laa apa yg aku rasa. Padahal aku suka giler kat dia masa tuh. Cuma aku x brani nak cakap. eheheh. Tapi skang aku da x rasa apa dah, which is a good thing kan..Kira nasib baik jugak laa baru SUKA aje. Kalo terfalling in CINTA x ke haru?? Mau frust menonggeng-nonggeng beb!

JUJUR cakap laa kan...satu-satunya orang yg aku betul-betul fall in LOVE with adalah Han Chee Tai, ataupun nama sebenarnya *tuuuut* ehehehe. Sebelum dia (zaman skolah), ada laa 2 orang mamat suka kat aku tapi aku x suka. Aku macam x ready lagi kot masa tuh. x terpikir. Lagipun aku kan ganasssss. Masa tuh tengah giler wrestling (The Rock). Kahkahkah. Mana ada orang minat pompuan ganas kan? Chee Tai satu dalam seribu. Kerana Chee Tai jugak aku dapat mengurangkan tahap keganasan sikit demi sikit. Kalau awal-awal kenal dia, aku selamba AKU-ENGKAU woo..Tapi dia tahan kerenah aku. Chee Tai jugak lelaki pembersih. Dia suka jaga penampilan. Dia x busuk walaupun aku panggil dia BUSUK (HAHAHA). Dan yg PALING PENTING, dia faham dan tahan perangai dan kerenah aku. Kerenah aku nih macam-macam mengikut musim. (@_@)

Aku kenal Chee Tai masa kat matriks (KMPP) sbb tuh aku macam susah sikit nak lupakan tempat nih. First time aku suka orang tahap kronik. (@_@) First aku tengok dia, aku da suka tapi masa tuh dia x recognize aku. Dia recognize this other girl (Contessa - juga bukan nama sebenar) tapi Allah Maha Mengetahui. Akhirnya he noticed me and bermula laa epilog cinta dari KMPP. hueheheheh. And the rest is history. Malas nak citer dah. Sbb da citer banyak dalam Bila Hati Tercuit yg entah bila aku nak sambung. :p :p (Kalau rajin pergi laa belek entry-entry Bila Hati Tercuit tuh) Tapi JUJUR cakap, aku suka sangat kat dia. Dia bukannya hensem pun..cuma hensem laa pada mata aku. hehe. And he was also MY FIRST LOVE. Lepas dia, aku belum betul-betul fall in love dengan orang lain lagi. Suka tuh ada, cuma perasaan yg sama macam yg dirasai pada Chee Tai tuh belum ada. x sampai di tahap itu. Tuh sbb slalu x menjadi aje kalau dengan orang lain. Hmmm....kan aku da cakap. Aku nih susah sikit. Orang pun bukan senang nak faham aku.

Kita x sentiasa dapat apa yg kita suka atau nak, I get it. Tapi berusaha untuk yg terbaik tuh x salah. Allah x akan memberikan kita pasangan yg salah kan? Cuma setiap orang x sama. Ada orang jodohnya cepat, ada yg lambat..ada yg x ada langsung. Ada yg da ada jodoh, tapi x kekal pulak. Tuh suma takdir masing-masing. Nak buat macam mana kalau da ditetapkan gitu..Tapi x salah berdoa untuk yg terbaik. x payah laa susah-susah nak mengata orang yg kawin cepat sbb dia gatal. x payah jugak laa nak mengata orang yg kawin lambat sbb dia x laku. Kita tatau apa masalah dia. Ramai orang pesen gini zaman skang nih. Suka jaga tepi kain orang x kena tempat. Orang kawin cepat pun kena kata..orang kawin lambat pun kena kata...Macam laa hidup kau tuh perfect sangat. Kau bukan Tuhan, ingat sikit! (HEMO HEMO!)

Terima kasih kepada yg mendoakan aku dengan Chee Tai esp. my bff's (Enander, Annetot, Ninder) Esp. Enander. Aku tatau nak komen apa. "Kalau aku doa kau kawin dengan Bingai boleh? Taknak ah orang lain" kata Enander. ehehehehehe macam-macam dia nih. (Bingai tuh nickname aku bg kat dia masa kat KMPP. See...jahat aku nih. Tapi dia tahan kerenah aku. haha) Aku tamo komen banyak sangat pasal jodoh nih. Kalau ditakdirkan mmg Chee Tai orangnya, aku redha aje. Kalau bukan dia, tapi orang lain, pun aku redha jugak. Sbb aku fikir satu jek..Apa yg Allah tetapkan tuh, adalah YG TERBAIK.

Oleh itu, pencarian jodoh sedang bermula..jeng jeng jeng....


Ingat x aku pernah list down ciri-ciri lelaki idaman aku? Kasik kensel itu suma. Yg penting skang nih, aku kena carik yg betul-betul boleh tahan kerenah aku (yg bermusim tuh), boleh terima kekurangan aku, pendek kata boleh TERIMA AKU SEADANYA.

Amacam? Sapa cakap aku memilih sangat?? (@_@)




Aneh!

Satu kejadian aneh berlaku. Tiba-tiba lampu kat living room menyala sendri padahal aku x petik suis pun. Errr...apa kehei pulok lampu kat rumah aku nih yob???


Thursday, October 29, 2009

Rindunya...

Sama macam malam semalam, percubaan aku untuk TIDO AWAL masih GAGAL. Bezanya, malam nih aku menggagalkannya dengan sengaja. kikikiki :P

Oleh sbb mata masih segar bugar, banyak aktiviti berfaedah yg buleh dibuat. Selain menonton 500 Days of Summer, aku berjimba-jimba di Facebook. Bukan sbb nak main games ekk! Aku da jemu da main games tuh suma. Farmtown? BORING. Farmville? Da lama da BORING. Sorority Life? Pun da BORING. AQUARIUM pun da lama x jenguk. Mesti banyak ikan da mati. (@_@) Begitu jugak dengan games lain. Suma pun aku da tamo main akibat keboringan tahap wali-wali. Cuma kadang-kadang aku main kuiz. Tuh pun bukannya suma kuiz besh. Banyak yg merapu gaban aje. Suma pun just for fun. Di saat x terasa nak have fun, tade laa aku main kuiz tuh. Apa ingat hidup sentiasa nak fun aje ke? Nehi baia...Ada masanya kita kena serius jugak, beb! (*_~) (APA NTAH AKU MERAPU)

Oleh sbb dalam HATI ada RINDU yg amat mendalam, jari-jemariku ligat menggoogle pasal KMPP (Kolej Matrikulasi Pulau Pinang). x cukup di google, kucoba pulak di Facebook. Aku pun jumpa some groups yg berkaitan dan aku pun join laa two of those groups. Tapi kebanyakannya batch bebudak junior laa pun. Tapi x kisah laa asalkan KMPP. Tempat di mana for the very first time aku berjauhan dengan keluarga, tempat di mana hatiku terpaut pada....juga tempat di mana buat pertama kalinya aku jatuh CIN...ops terlebey sudah. (~_~) Kita skip dulu bab nih. (@_@)

Bila da lama x tengok KMPP, aku tiba-tiba menjadi terlampau excited macam jakun. Ada laa beberapa gambar view KMPP yg bebudak dalam group tuh upload. Sempat laa jugak aku curik sikit. hee hee hee :P Oleh sbb terlampau jakun (sbb KMPP da banyak giler berubah), aku pun komen gambar itu gambar ini. Kalo buleh habis suma gambar pun aku nak komen. Lepas tuh ada laa dua orang budak tuh reply. "Kak Wiween nih ex kmpp ke?" "Akak batch bila?" Dengan bangganya aku menjawab YES! BATCH 00-02. Dan aku amat merindui tempat tersebut sepenuh hati. (SERIOUSLY!)

Aku try pulak bukak portal rasmi dia. Tengok under Jabatan Matematik, still ada lagik lecturer-lecturer yg da banyak menyumbat ilmu matematik dalam dada aku. Bertambah jakun lagik bila nampak pic Puan Azimah, Encik Farid (EHEM. berdehem ada makna. Hanya She yg mengerti. ehehehehehe :P), and esp. PUAN JAMALIAH BAKAR. I heart her! Beliau adalah lecturer Matematik aku masa Sem 1 kat KMPP. Lepas tuh masa Sem 3 beliau jd tutor Matematik aku waktu kelas tutorial sbb lecturer kuliah masa tuh adalah Encik Farid (EHEM lagi skali :P).Masa Sem 2 pun Encik Farid jugak (malas nak berdehem dah). Sudah suratan takdir, aku mmg rapat dengan my Maths lecturers. Jangan tanya kenapa, anggap aje TAKDIR. Mungkin sbb sejak azali lagi aku sudah ditakdirkan untuk gemar bergelumang dengan Matematik. Macam da tade subjek lain yg besh dalam dunia nih. (@_@) And again, da TAKDIR!

Kenapa aku macam adore sangat kat Puan Jamaliah eh? Simply because beliau berjaya menghapuskan 'persepsi lapuk' aku yg beranggapan bahawa Add Maths itu SUSAH. Sebenarnya Matematik Matrikulasi adalah sambungan kepada Add Maths yg diajar di skolah. Cuma lebey advance laa sikit. Tapi serius, bila Puan Jamaliah ajar, benda tuh terus jadi senang nak mampuih! Rasa macam nak ketuk kepala sendri jek kenapa aku macam nak menangis pecah kepala bila belajar Add Maths masa kat skolah dulu. Rasa macam payah sangat. Bila masuk matriks, aku cam rasa nak melompat-lompat sbb err..senang. Eh macam berlagak pulak cakap senang. Baik, tukar sikit ayat. Rasa macam tade laa susah sangat. Berbanding BIOLogy yg berjaya membuatkan kepala hotak aku separa BIOL macam nak menangis jek tiap kali kena baca buku Bio. Haha teringat masa Encik Arman (lecturer Bio) panggil aku jumpa beliau masa Sem 3. Masa tuh beliau cakap beliau risau kenapa prestasi BIO aku makin lama makin menurun. Aku x minat ke beliau mengajar..aku ada masalah ke..macam-macam beliau tanya. Rasa macam spoil brat pulak padahal aku tade masalah pun masa tuh. Maybe masalah aku cuma satu - AKU TAK MINAT BIO. ehehehehehe.

Oleh sbb suka bergelumang dengan Matematik sepanjang masa, gred A dapat dikekalkan untuk subjek tersebut sampai ke sem akhir. TERIMA KASIH TAK TERHINGGA buat kesemua pensyarah Matematik aku esp. Puan Jamaliah. Jasamu kukenang sampai mati. Beliau nih mengajar sempoi aje. Tade laa canggih apa bagai. Tapi entah. Aku pun tatau nak cakap camana..senang cakap, aku faham apa beliau ajar. Lepas tuh, aku jadi macam x takut nak bertanya. Padahal zaman skolah dulu punya laa kecut perut nak tanya kat cikgu. Pelik.. Tapi itu adalah hakikat. Puan Jamaliah nih pulak jenis yg suka benor panggil nama aku suruh tunjuk jalan kerja kat depan masa tutorial. Kalau dalam kuliah masa Sem 1, nama Nissah (Contessa) jadik mangsa (sbb beliau genius Matematik tapi sekarang da jadi DOKTOR. Lari tajuk habis. AJAIB kan?) Mula-mula aku macam x yakin laa jugak nak tunjuk jalan kerja aku sbb takut merepek meraban tapi Puan kata bagus dan selalu bagi aku markah tinggi untuk latihan tutorial. Puan jugak selalu syorkan aku beli buku rujukan yg beliau rasa paling baik.

Masa nak final exam tuh pun, Puan panggil aku jumpa beliau secara personal. Katanya ada benda beliau nak cakap. Rupa-rupanya beliau nak tanya aku nak sambung Degree apa? Aku masa tuh besa laa still x puas hati nak try jugak mintak engineering. Maklum laa geram kat abah masih x habis lagik masa tuh. Dulu after SPM, aku nak apply Chemical Engineering yg 5 tahun kat UTM tuh, tapi abah bantah habis-habisan. Lepas tuh abah terus letak 1st choice aku kat borang UPU tuh MATRIKS SAINS HAYAT. Aku kuciwa giler. Tapi Allah itu Maha Mengetahui. Jodoh aku mmg kuat dengan Maths. Puan cakap kat aku, elok kalau aku sambung Degree in Maths. Jangan hambik under Pendidikan dulu kata beliau. Sbb nanti terus terikat jadi cikgu. Kalau hambik Degree in Maths, nanti buleh masuk macam-macam bidang sbb Maths kan luas. Lepas tuh aku cam degil laa jugak. Aku mintak yg under pendidikan punya sebagai my first choice. Engineering hanya tinggal kenangan sbb mak abah mmg langsung x galakkan, pendidikan xpe.(SEDEY GILER you know..)Tapi aku mintak laa jugak degree Maths tuh yg UKM punya macam yg Puan syorkan. Tengok-tengok dapat yg tuh! huhuhu mmg masin mulut Puan. Agaknya beliau mendoakan aku dan doa beliau makbul.

Oleh sbb aku pun mula minat nak mengajar (I was inspired by Puan Jamaliah), masa sem akhir kat UKM aku try apply KPLI Maths. Tapi at that time aku macam sempit pemikiran sikit, tamo mohon KPLI Skolah Rendah, terus mohon skolah menengah. Last-last atas suratan TAKDIR jugak, KPLI Menengah dimansuhkan pada 2007 dan kami suma yg mohon Menengah nih depa bagi Skolah Rendah. Hambik kau. And now aku da jadik Cikgu pun. ALHAMDULILAH, aku sangat BERSYUKUR. Sikit aku x menyesal dengan TAKDIR. Apa yg Allah takdirkan mmg yg terbaik buat aku. So, aku REDHA. Lagipun, Matematik itu indah. X peduli orang lain setuju atau tidak. (@_@) (DEGIL)

Ehh..jauh pulak menyimpangnya. Padahal tadi cerita pasal KMPP! ahahahahah. Layan gambar kejap....:p

*Gambar area volleyball and tennis courts. Dulu rasa cam kosong aje..skang nampak macam penuh plak, rumput pun da penuh.*

*Padang*

*Susur gajah. Tempat di mana pertama kali aku melihat Han Chee Tai dan...dan...lu pikirlah sendri. hehehe. Dulu kosong aje tepi-tepi susur gajah nih. Satu pasu and pokok pun tadak! Skang nampak cantik betul..*

*Pintu gerbang pun da bertukar. Masa batch aku dulu lain..Tapi pondok 'pak guard garang' still kekal di situ. SYABAS. :P Dulu kami takut giler kalau terbalik dari outing lebey dari pukul 7.00pm. Pak Guard garang dan giler strict woooo..*

*Astaka + padang bola ..tempat untuk bersantai/beriadah. Tempat di mana bebudak laki mengorat bermain bola dan kami main beskal di tepi-tepinya sambil cuci mata .*

*Err..nih pun tempat kenangan nih. Tempat kami audition untuk Pantomin Merdeka (tahun 2000) dan kali keduanya aku melihat Han Chee Tai berkelakuan 'bingai' (@_@). Bertentangan dengannya (tade dlm gambar) adalah Blok Makmal, tempat di mana aku membelah tikus putih yg dipengsankan masa kelas Bio (Lab) dengan Encik Rani yg comel macam beruang POOH. Tikus putih itu berjaya di'arwah'kan oleh aku yg mmg tade bakat langsung nak jadik Doktor.(Busuk giler wey!) Da lawa da blok tutor nih..kalo dulu cat putih biru aje. huhuhuh. *


*Sumber gambar diambil adalah daripada Penang Matriculation College group & KMPP group kat Facebook. (Toche!)

Kalau rajin, di lain masa aku upload gambar-gambar KMPP masa zaman aku dulu (2000-2002). Tapi KMPP masa tuh di zaman 'botak'. Maklum laa masa tuh buleh dikategorikan as kolej matriks baru lagik sbb kami pun batch ketiga (kalau dikira sekali batch yg kena transfer dari Londang). Bergantung kepada tahap kerajinan. If rajin, nanti aku scan gambar-gambar tuh. Taim tuh suma muka innocent jek. eheheheheheh.

Jam sudah menunjukkan pukul 5.00am. Mmg sah bengong aku siang nanti! (*_*)


Tuesday, October 27, 2009

GAGAL empat kali apa maknanya?

Dalam dua hari nih, semua perkara seronok menemui KEGAGALAN. Semalam, Negeri Sembilan diberikan cuti umum sempena pertabalan Yang DiPertuan Besar baru kami iaitu Tengku Muhriz ibni Al marhum Tengku Munawir. Jadi, mmg WAJIB laa Negeri Sembilan tanah tumpah darahku dibagi cuti. Maka, hatiku pun berasa gembira tidak terperi laa. Since Sabtu lagi, dalam kepalaku sudah terbayang-bayang bandar Muar dah. (@_@)

Namun atas sebab musabab tertentu,pelamin anganku musnah begitu saja. x jadi ke Muar. Hanya menghabiskan sisa-sisa kehidupan waktu siang di rumahku syurgaku. (Ini KEGAGALAN pertama) Malam, happy laa sikit sbb keluar dari rumahku syurgaku dan pergi dinner di Kampung Baru, makan nasi goreng cendawan dia yg mmg 'kelassss'. Sampaikan aku makan nasi goreng cendawan tersebut habis licin satu pinggan sambil bergayut di telefon. (@_@) Hoh..hebat jugak aku ek, sambil makan sambil bergayut di telefon..Perkara yg mmg luar biasa. x pernah berbuat sedemikian selama nih. Hanya semalam. Entah apa pasal, rakan taulan pulak sumanya berebut-rebut menelefon aku. 3 friends in one day. At almost the same time! First, Nani call. Sebok tanya aku kat mana. Kau pergi dating eh? Diam-diam jek pergi kursus kawin nampak? Macam tuh laa lebey kurang beliau memfire aku yg tidak berdosa. (~_~) Then, baru nak menyuap dengan aman, saudari Yulia Fitri yg diingati selalu pulak tiba-tiba mengingati aku. (@_@) Beliau call ajak berbual, katanya sbb raya aritu pun x sempat bersua muka. Bersua suara di telefon pun jadi laa, kata beliau. Macam-macam punya cerita sampaikan aku x menyedari bahawa nasi goreng cendawan da licin. Hanya tinggal sup saja. *gulp* Betul ke aku yg makan sampai licin tuh??? (+_+) (UNBELIEVABLE)

Panggilan ketiga pulak diterima daripada Cik Widya yg mungkin akan menukar statusnya kepada PUAN Widya x lama lagi disebabkan kemasyukannya menjalin percintaan bersama Tuan Inspektor *Tuuut*.Cik Widya menelefon bertanyakan tentang Majlis pernikahan Cik Fairus Dora (Dor) bulan depan. Adakah aku akan menghadirinya? Atau hanya menunggu majlis persandingan bulan 12 nanti? Jawapan yg pasti adalah menunggu bulan 12 nanti. Sbb tarikh nikah Dor tuh sama pulak dengan tarikh sanding kawan aku masa skolah rendah dulu kat Taman Datuk Abd Samad nu. Jadi, pergi ke Taman Datuk dulu laa gamaknya. Lepas tuh ke Desa Permai pulak.. Lepas tuh Bahau. Adus..packed sungguh jadual beta. (@_@) Tuh belum masuk majlis sanding Annetot 17 November kat KL lagik..Ini buleh dikira KEGAGALAN kedua. GAGAl menyusun jadual waktu dengan teratur. (~_~)

KEGAGALAN ketiga berlaku pada malam semalam kerana aku GAGAL MELELAPKAN MATA pada waktu yg sesuai. Lepas Subuh baru aku tido. Dapat tido pun dalam 3 jam setengah aje sbb kena pergi skolah kan..(>_<) Hurm..apa laa nak jadi dengan mata aku.. Aku sebenarnya cuba bertekad untuk TIDO LEBEY AWAL skang nih. Malam nih aku pun try arr sekali lagi. Pukul 11.00pm aku da mula nak lelap-lelap ayam da..Tapi hasilnya, TADE HASIL! Tetap x buleh nak lelap! Apa keheinya yob??? Akhirnya, aku duduk menghadap blog nih dan kasik update lepas geram! KEGAGALAN kali keempat!

TENSION wey!

*I MISS YOU! (>_<)*

Sunday, October 25, 2009

Kursus 'K' (Kursus Kahwin) mmg terbaek.

Alhamdulillah, selesai sudah aku mengikuti hari terakhir Kursus 'K' kat Seremban. Mula mengikuti Kursus 'K' sejak semalam. Dua hari, from pagi until petang. Kursus K tu apo?? Ceh. Apo kau ingat ado Datuk K ajo ko? Kursus K pun ado laa. Kursus K = Kursus Kahwin. hee hee hee :p Kenapa, x percaya? (@_@)

Hari pertama kursus kahwin (iaitu semalam) selesai dengan jayanya. Penceramah pertama, terpaling besh iaitu Ustazah Shamirah. Comel & kelakar tahap wali-wali. Tajuk Aqidah & Akhlak suami isteri dikelolakan oleh beliau dengan begitu santai tetapi cukup menusuk hati. Aku menjadi sedikit sensitif, hati tersentuh, ayaq mata pun ada sikit tershasul keluar. Lawak Ustazah nih bukan sekadar lawak kosong, tapi lawak berisi-isi. Orang lain dok bantai gelak sakan, aku tiba-tiba tangkap leleh. Sebenarnya ada jugak rasa nak melalak terus,tapi kutahan Jebat. Cepat-cepat lap ayaq mata yg tershasul jangan bagi orang sebelah nampak. (~_~)

Ceramah kedua dihandle oleh abg kepada Ustazah Shamirah iaitu Ustaz Hisham. Pun kelakar. Disambung pulak dengan Ustaz terpaling hangat di pasaran - Ustaz Tengku Nor Iftah. Tajuk Hubungan Keluarga. Muda lagi Ustaz nih. Umur dalam 30an tapi otak sempoi habis. Beliau cakap bab *tuttt* dan *tuutt* pun buat suma orang gelak macam nak pecah pipi. Bukan pipi aje rasa nak pecah, mulut pun sama. Nasib baik x jadik macam mulut Joker. (*_*) Sebagai anak teruna dan dara sunti, kami suma tersipu malu secara berjemaah. Malu-malu arnab. :"> :"> Tapi malu-malu pun, tetap kena belajar jugak kan..sbb ianya ilmu rumahtangga. Kata Ustazah, itu cara kedua memikat hati suami selepas memikat perutnya dengan masakan. Nak xnak kena hadapi jugak laa lepas berkahwin nanti. Sudah, cakap sikit-sikit cukup. Malu bercakap banyak tentang nih. Nak tau banyak, pergi laa kursus kahwin. (@_@)

Hari kedua, pun besh jugak macam semalam. Tajuk pertama pasal Pengurusan Kesihatan. Pakar dari Hospital Tuanku Jaafar yg handle iaitu Pn Habsah. Pun lawak tahap wali-wali. Agaknya mmg lumrah alam kot penceramah-penceramah kursus kahwin nih suma mmg jenis yg pandai melawak?? Kalo laa zaman belajar dulu, cikgu atau lecturer sumanya kelakar macam depa nih, sumpah aku x akan tido dalam kelas. Esp. kalo sumanya macam Ustazah Shamirah. Ahahahahahaha. Teringat balik ceramah-ceramah beliau mesti rasa nak tergelak. Arini beliau bagi ceramah tajuk Komunikasi Suami Isteri. Pun kelakar selamba badak. Comel betul Ustazah nih. :p Malas nak ulas isi ceramah beliau. Nak tau, pergi laa kursus kahwin sendri. Nanti dengar sendri ceramah beliau. Dijamin 25juta% BESH. :P

Boleh dikatakan, suma tajuk pun besh. Cuma satu aje kureng besh iaitu ceramah penutup. Bukan sbb penceramah x besh. Ustaz Zamri mmg besh, cuma tajuknya den x brapo gomar laa.. Tajuk Pembubaran Perkahwinan. Cerai, talak suma tuh laa. Aduhai..lomah somangat den cito bab corai borai nih. Sbb-sbb penceraian, prosedur penceraian suma tuh.. Aduh...aduh..aduh. Sumanya Aduh belaka. x besh sungguh bincang tajuk sedey taim tengah happy. (*_*) Tapi kena anggap sebagai satu ilmu berguna jugak laa. Sbb x mustahil benda-benda nih boleh berlaku dalam hidup mana-mana pasangan suami isteri kan. Cuma, harap-harap xkan jadi pada diri sendri. Nauzubillah. Hisy. (~_~)

Di akhir kursus, masing-masing pun dikasik Sijil Kursus Pra Perkahwinan. "Yay! Dah boleh kahwin!" kata hati masing-masing. (MAYBE) (@_@) "Seronok kursus kahwin nih rupanya ek" kata hati masing-masing lagik, x payah nak tipu kata x besh. (KOMPEM)

Balik kursus, pergi ke Jusco mendapatkan bekalan bedak compact ku yg sudah kehabisan tahap habuk pun tarak. Muka aku nih manja sikit. Kena pakai brand ZA saja. x buleh sebarangan bedak. Kalo tidak muka aku gatal-gatal. Pernah try pakai Maybeline punya tapi..tuh dia..muka terus gatey merenyam. Tobat aku tamo pakai dah. Terus bagi kat orang. Hanya ZA yg mengerti kulit mukaku ini. (@_@) Tapi bedak nyonya pun kulit muka aku buleh terima jugak. Bedak nyonya mmg bagus, tolong laa percaya. Digunapakai oleh kaum keluargaku zaman berzaman. Arwah nenek pengguna setia. Diturunkan kepada my mom. Muka my mom dari zaman muda mudi ke sampai zaman tua tui masih bebas dari jerawat degil. Khasiat bedak nyonya! Tuh dia..aku tolong promote bedak nyonya habis-habisan secara free sbb dia banyak berjasa terhadap kaum keluarga. Agak-agak buleh dapat royalti x? (@_@) Apa-apapun, my first choice is still ZA. Kau tetap di hatiku. ZA rawks! \m/(@_@)\m/

Setelah mendapatkan bedak, segera mendapatkan Caramel Popcorn 'brand TGV'. Mmg sedap tidak terperi. Selalu beli regular, arini beli large. Lepas tuh pergi makan. Niat di hati nak makan kat Restoren Abg Hensem..tapi sayangnya tutup pulak arini. Jadi makan aje laa kat kedai berdekatan sbb perut da berlagu rindu. Oleh sbb service agak Lem to the Bab, tertangkap laa gambar tade faedah macam nih..

*Tak pueh hati boto inai den da pudar warno eh. Kono pokat an smulo nampak eh!*


Dan yg terakhir but not least, bedak yg terpaling hangat di pasaran esp. bagi Puan Rokiah (mak aku ler) sekeluarga,
*bedak nyonya aka HOI TONG POWDER.Mmg terbaekkk*

Esok Negeri Sembilan CUTI sempena Pertabalan Yg Dipertuan Negeri Sembilan yg baru (Tengku Muhriz) YAY!! (^_^)

Saturday, October 24, 2009

Jiwang ke? :P

If you were the only girl in the world - Dean Martin.

If you were the only girl in the world
And I were the only boy
Nothing else would matter in the world today
We would go on lovin' in the same old way
A Garden of Eden just made for two
With nothing to mar our joy
I would say such wonderful things to you
There would be such wonderful things to do
If you were the only girl in the world
And I were the only boy
I would say such wonderful things to you
There would be such wonderful things to do
If you were the only girl in the world
And I were the only boy

Thursday, October 22, 2009

Jangan BIADAB x bertempat.

Baru kejap tadi, ada budak kena beduk dengan orang kampung aku sbb buat biadap dok prenggg prenggg motor kapcai dia, x fikir langsung anak-anak jiran nak tido ke apa. Kena tegur sekali dua, tapi langsung x peduli, lagi dia nak tunjuk hero. Lagi kuat dia preng sampai kalau boleh, nak bagi motor dia melambung atas bumbung kot? Saja nak tunjuk biadap kat orang tua..Hambik kau kena sound empat lima ketul siap dengan beduk sekali. ahahaha. PADAN MUKA. Kot nak tunjuk hero pun, pi laa kat Sepang nu. masuk GP ke apa. Tunjuk sangat laa kau punya hero. Nak mati kat situ pun x apa. x menganggu ketenteraman kampung orang. Nih x..x padan dengan budak luar. Masuk kampung orang buat biadap macam hantu jembalang laut, lepas tuh kena beduk sekali tau pulak kau diam kecut perut, usus kecik, pundi kencing suma pun kecut. Apa kau ingat badan kau besar macam Kane orang kampung aku takut laa eh? Apa kau ingat kau duduk Spring Hill kau da cukup besar boleh berlagak sombe kat kampung aku laa eh? Takat Spring Hill, apa barang. Bukan Notting Hill (as in London) pun. Orang duduk Notting Hill pun x kecoh. Aduhai..apa nak jadi laa dengan bebudak zaman skang. Bersepah-sepah da jenis yg x reti nak hormat orang tua dah. Biadap. Ke biadab eh? Aku ejaan fail betul laa. 'BIADAB' eh ejaan betul dia? Hoh..pathetic sungguh. Nasib baik bukan Cikgu BM, kalau x 9 tahun menanggung malu. (*_*)

Tadi tiba-tiba dapat sms from Hamni, member baik masa kpli. Beliau baru lepas bersalin bayi lelaki kembar 3. Yup, KEMBAR 3. Tapi Allah lebey menyayangi ketiga-tiga bayi lelaki tuh. Lagipun, depa lahir x cukup bulan. Baru 6 bulan aje usia. Hamni tengah sedey sangat-sangat. Kalau dulu, beliau pernah keguguran masa mengandung sulung. Nih yg kali kedua, anak meninggal pulak. Kembar 3 tuh. Very rare. Tapi sayang, umur x panjang. x apa laa Hamni. Anak-anak tuh menunggu awak di syurga. InsyaALLAH.

Aku baru siap mendownload tiga romantic comedies. (Thank God for torrent! LOL)





Mana satu nak tengok dulu yek? Nak tengok suma skali skali harung mau lebam bijik mataku pagi esok. (@_@)

Ke nak tengok yg ini aje..

*Gossip Girl Season 3 episode 6*

:p :P :P I love APA-KE-PAYAH-BENAU-NAK-EJA-LAST-NAME-DIA Dan Humphrey! :p :P :P



Wednesday, October 21, 2009

Cikgu macam nih pun ada eh?

Serious cakap, aku rasa macam nak tendang jek perut sorang umat nih bagi pecah terburai colon dia. Colon tau? Yer, colon is usus besar. Pandai betul aku menjawab kan? x sia-sia cikgu Sains aku bagi gred A dulu. Mesti x menyesal sampai mati. Malah lebey bangga sampai kembang hidung macam nih kot --> :B) SENGETKAN KEPALA KE KIRI UNTUK GAMBARAN LEBEY JELAS. Owh yer, aku BERGURAU jek nih. Tade niat untuk RIAK di situ. Tapi tang rasa nak tendang perut si umat tuh aku TAK bergurau, okeh!

Apakah perasan anda jika mendapat seorang colleague yg pentingkan diri, TAK BERTANGGUNGJAWAB dan MOODY sepanjang zaman? Cuba yg ini anda jawab sendiri. Kejap aku sediakan tempat kosong.

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

(tidak lebey dari 50 perkataan)

*Jawapan mengikut skima jawapan :

Perasaan aku sama macam perasaan seorang orang yg baru lepas cucuk duit kat ATM lepas tuh adik dia merengek mintak kereta remote control berharga lebey RM400 lepas tuh abang dia pulak mintak pinjam RM500 nak bayar hutang ceti padahal dia keluarkan RM1000 saja cukup untuk buat bayar bil itu ini. Jadi, dalam hati rasa macam ada volcano nak meletup 5 hari 5 malam! Rasa macam nak pecah paru-paru pun ada.

Bayangkan laa bila kena deal dengan mangkuk makhluk yg pentingkan diri. Bukannya reti consider perasaan orang lain, tau nak ikut kepala hangin dia aje manjang macam kan skolah tuh abah dia yg punya. Aku sebenarnya dari kelmarin da sakit hati. Kalau da minggu nih minggu kau jadi cikgu bertugas, bertugas laa. Ini tidak, tunjuk kepala hangin dia, langsung xnak bertugas. Sudah laa group aku ada 5 orang aje cikgu bertugas. Monday aritu 2 orang cuti, tinggal 3 orang termasuk laa si mangkuk pecah nih. So, sama-sama laa bertugas kan. Ini tidak, boleh dia biarkan aku dengan akak sorang lagik nih berdua aje handle Monday assembly. Dia boleh pulak duduk melepak kat bilik dewan. Lepas tuh cabut balik awal pulak tuh. Alasan nak hambik anak cepat, tak kuasa laa nak bertugas, malas. WOW. 'Bangga' ada colleague macam nih. Apakah agaknya perasaan ibu bapa dan murid-murid dapat cikgu haram jadah macam nih? Aku wonder.

Tadi aku tengok muka dia jek aku rasa menyampah tahap nak ludah kat muka dia! Boleh buat bodoh (ke mmg BODOH DUNGU OTAK UDANG?) aje macam tade rasa bersalah langsung dia x bertugas. Kami yg berempat nih aje yg bertugas. Dia buat keras kepala dia langsung xnak bertugas. Jangan kata Monday, yesterday & today pun dia cabut awal. Mmg melampau laa tuh kan. Tengok muka dia rasa macam nak bagi tendangan padu kat rahang dia bagi pecah dua belas! Mmg elok sangat laa kau mintak tukar ke skolah kat negeri asal kau tuh. Lagi cepat kau berambus lagik bagus. Aman SKTK tanpa perosak. FUH. Marah betul aku. Yer, MMG AKU MARAH!

Pergi tengok The Ugly Truth lagik baik dari terkenangkan si mangkuk tandas tuh!


Tuesday, October 20, 2009

Kenapa nak suka benda da BASI?




OK, aku kena akur yg aku nih selalu ketinggalan zaman sikit. Contohnya, bila suma orang da guna microwave untuk panaskan ikan goreng, aku pergi goreng balik ikan-goreng-sejuk-liat-macam-selipar-jepun tersebut kat dalam kuali nak bagi dia panas balik. Itu satu contoh.Yg kadang-kadang memang dibuat pun. (Hoh?)

OK. Sama jugak macam lagu Lucky di atas. Jason Mraz da naik muak nyanyi lagu tersebut sampai nak termuntah-muntah (agaknya), aku baru mula nak minat giler. Tade laa minat giler sebenarnya. Tapi kira minat laa. Arr susah betul laa nak explain benda macam nih..Mentang-mentang lagu POP. Lagu Jason Mraz pulak tuh. Sungguh x masuk list carta lagu-lagu idaman kalbuku selama nih then tiba-tiba tersuka lepas tuh rasa macam nak hafal lirik dia. Tuh yg jadik payah sangat nak explain tuh. Cuba kalau lagu rock macam 21 Guns ke apa. Nah! 8 mukasurat aku bantai buat karangan bertajuk 'Kenapa saya suka lagu rock ini'. Siap tade kesalahan ejaan sekali, OK. (@_@)

OK (brapa banyak OK entah aku nih). Aku suka lagu nih sbb berkenaan Kisah Cinta dua KAWAN BAIK sesama sendiri. Kawan punya kawan..hambik kau jatuh cinta terus! Macam x makan saman. Sama macam kisah siapa entah? Aku. Yer, betul. Pandai! Aku tanya aku jawab sendri. Aku mmg pandai. (@_@) Apa perasaan jatuh cinta dengan orang yg asalnya KAWAN BAIK sendri? STRONG. Yer, satu perasaan yg KUAT macam konrit. Pandai! Aku tanya aku jawab sendri lagi. Pandai! Kesimpulannya aku mmg pandai. (@_@) <--- COMEL betul icon nih. Da 8 juta kali cakap macam nih tapi still nak ulang lagik. Hisy..

Soalan ketiga. Macam mana pulak kalau jatuh cinta kat KAWAN BAIK tuh kira jatuh cinta yg pertama kalinya dalam hidup? Itu lagik dahsyat. Lagik kuat dari Transformers. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Bukan adik kepada hujan atau adik kepada panas. Itu peribahasa. Please jangan kata x pernah dengar that peribahasa. Jangan bikin malu orang Melayu Malaysia. Please. Malu cikgu BM sekolah menengah kau nanti.

OK (lagi skali? Owh please. tade perkataan lain lagik besh dari OK ke?) Sekian dulu segmen BICARA HATI kita. Esok-esok sambung lagi. BYE.

Owh yer, aku mmg BENCI dengan orang yg suka carik pasal tanpa sebab.Tiba-tiba naik hangin x tentu pasal. KAWAN tiba-tiba dibuat MUSUH tanpa sebarang reason. PELIK betul orang jenis cenggini. Kau blah buleh? Kau bukan penting dalam hidup aku pun! Syuh!


Monday, October 19, 2009

CONGRATULATIONS, sayang!

The bedroom...


The bedroom accessories...


The wedding gifts from both side...




The Bride and the Bridesmaid...



Buat Annetot aka Anisha Shazwani bt General Dato' Ahmad Anuar,

Since sometimes beliau baca jugak blog aku, aku nak wish buat kali ke brapa ribu entah secara online pulak kat beliau.. So, again, buat my bff iaitu Cik PUAN Annetot,

CONGRATULATIONS, sayang! Kau nampak cantik giler masa nikah! Aku adore kau punya solemnization dress! Cantik giler! (OK, cantik tapi bukan giler. :P) Semoga bahagia sampai ke hujung nyawa & cepat dikurniakan anak yg banyak-banyak dengan ur hubby, Encik Apek...eh..Encik Shahrul Affendi. hee hee.. x sabar nak tengok korang bersanding atas pelamin on 17th November nanti! Sayang kau sangat! *lots of hugs & kisses* (^_^)

Oleh sbb aku malas nak membebel banyak-banyak malam nih...mari kita melihat-lihat gambar saja. ngeh ngeh..

*Annetot & Apek solemnization*

Date : 17th October 2009
Place : Masjid TUDM Subang
Time : 11.00am

*Annetot & Enander before pergi Masjid*

*Annetot kat masjid*

*Dag dig dug. (@_@)*

*Jeling-jeling manja dulu. kikikiki :P*

*Sarung cincin after nikah*

*Cium tangan hubby..*sob* *

*Sarung cincin tuk hubby pulak*

*Ibu mertuamu...huhuhu*

*Dicium ibu mertuamu*

*Family kedua-dua belah mempelai (^_^)*

*Annetot kena cium ngan ayahanda terchenta..sedey wo...*

*Candid!*

*Dua pengantin tertunduk malu? malu ker?? ihihih :P*

*Ideal couple (^_^)*

*Nikah time..*

*Turn Incik Apek pulak dag dig dug..eheheh*

*Alhamdulillah, sekali lafaz!*

*This is Ninder's daughter - Airis Zulaika my cutie patootie! CUTE giler!! (^_^)*

*Ninder & Airis*

*Enander*

*Enander pangku Airis..ehem..berlatih ke yang?? ehehehe :P*

Aku? Mana aku? Kenang daku dalam kameramu! Sekian tima kasih. :p

Jangan emosi sangat pada gambar. keh keh keh.