Saturday, December 31, 2011

Tido mati

Dua hari lepas dan semalam, aku tidak tido semalaman. Pulun buat esei subjek Dr Zamri punya pasal. Pagi semalam pulak, bergegas ke UKM anta assignment then lepak library Fakulti until 5.00pm cari bahan for kertas projek. So, aku kehilangan tenaga! Jadi, arini dapat tido seharian x sedar-sedar. If ada roomate mesti dia ingat aku da mati pasal mmg langsung x sedar. Hahaha. Anyway, terima kasih kepada TOMPOK sebab teman aku pegi UKM semalam. 



HAPPY NEW YEAR IN ADVANCE, PEEPS! 

Monday, December 26, 2011

Untuk disimpan di dalam arkib..

Membeli belah beberapa buah novel untuk terapi minda :


1. JUARA CARTA CINTA - Aku dengar ada budak tuh kata besh, terus amik tanpa fikir panjang.


2. AKHIRNYA AKU KAWIN - Tajuk macam besh dan sungguh menerujakan. terus amik langsung xda fikir-fikir. Hahaha.


3. AWAK SUKA SAYA TAK? - Teragak nak beli sbb menurut kata Ell & Nana, jalan cerita sangat besh dan hero kelihatan seperti hensem (dalam novel macam mana nak tahu hensem eh?) Layankan aje. :p


Tapi entah bilanya dapat nak baca since aku adalah super bz woman. Bz dengan assignment,mind you. Bukan dengan hal rumah tangga.Walaupon rumah aku ada banyak tangga tapi tuan rumah banyak tangga masih belum berumahtangga. See ayat sudah berbelit-belit. T__T


*Untuk disimpan di dalam arkib. kahkahkah*


Saturday, December 24, 2011

My bestren's wedding

Fae & Khyrool 

Congratulations, darling! ;)

*credits to our fren, Bibie's fb.



"Bila Hati Tercuit Part 19" (never published)

nota: post ini bertarikh 29.3.2009. belek-belek draf baru perasan x pernah publish. :o

Flashback - 2003 (after accident)...

Masa tangan baru lagi kena simen, aku rasa cam seksa sangat nak tido malam. Nasib baik laa aku kat rumah. Mak ada untuk tolong aku buat itu ini. Mandi pun mak yg tolong sampaikan aku da naik malu tahap wali-wali.. Padahal dengan emak sendri. Sampai mak cakap, "Nak malu apa. Kan dengan mak ni. Bukan dengan orang lain pun."  Haha.

Bila nak tido, tangan yg bersimen mmg kena letak tinggi-tinggi. Supaya tergantung. Berdenyut-denyut sakitnya Allah saja yg tau. Kadang-kadang tengah malam aku termimpi yg bukan-bukan. Pastu terjaga & menangis sorang-sorang dalam gelap macam anak kecik. Pastu kepala da mula fikir bukan-bukan. Fikir yg aku nih da cacat laa apa nak jadi dengan aku laa..macam-macam. Sampaikan ada sekali tu aku buat perangai ntah apa-apa dengan Han Chee Tai. Padahal beliau care sangat pasal aku after accident tu. Slalu beliau call tanya aku okay ke x.. Tapi tuh semua makin buat aku sedih.

Ada sekali tu...

"Awk okay x nih? Jaga diri elok-elok."

"Ntah laa. Org sebenarnya sedih. Org da cacat..ntah apa nak jd laa dengan tangan ni."

"Alah patah aje. Nanti elok laa balik. Kena laa sabar sikit awk.."

"Mmg laa sabar tapi ntah..Awk, org rasa lepas ni awk x payah contact org lagi laa. Lupakan jelah org."

"Laa nih awat dok merapu kesitu pulak nih?"

"x merapu pun. Awk lupakan jelah org."

"Awatnya awk nih? Awk nih mmg selfish tau dak? Awk pentingkan diri."

"Betul laa apa org cakap."

"Terpulang kat awk laa!"

Aku terus menangis. Padahal aku sendri yg carik pasal! Emosi mmg x stabil langsung after accident tu. Asyik sensitif. Sentimental x hingat punya. x pasal pasal aje aku ckp camtu kat Han Chee Tai sbb pada pemikiran aku, beliau sure da xmau kawan dengan aku sbb aku da jadik macam tu.. Padahal beliau x ada apa-apa pun..Aku aje yg emo x tentu pasal..very typical me.

Sebenarnya malam hari aku accident tu, aku tiba-tiba dapat call dari Han Chee Tai. Padahal aku xde pon kasitau beliau yg aku accident! Malam tu aku on the way balik ke PD dari Hospital Kajang. Masa tu dalam kete dengan abah & mak. Tiba-tiba dapat call dari beliau.Beliau cakap beliau tiba-tiba teringat nak call... Bila aku cakap aku accident siang tu, giler beliau terkejut. Pastu sempat lagi bising bising sbb aku x bagitau kat beliau. Dan lepas daripada tuh aku jadi emosi yg teramat. Dan sejak peristiwa aku emosi suruh beliau "jangan contact aku lg" tuh,aku terus dicop seorang yg ego.

Kelakar kan? =)


Friday, December 23, 2011

Mimpi yg manis..

Buat pertama kalinya, aku terasa malas nak pergi kelas. Kepala aku berat, kena hujan semalam masa kat sekolah. Rajin pulak aku pergi sekolah yer? Terpaksa, apa nak buat. Orang penting macam aku mmg selalu diperlukan waktu cuti-cuti sekolah macam nih. Sain tu laa sain nih laa..macam-macam. Maklum laa orang penting. ;P *sarcastic*

Tp betul laa. Aku mmg x terasa nak pergi kelas pagi nih for THE FIRST TIME. Kepala aku mmg berat giler, bukan dibuat-buat. Terus sms Aini, kata aku pergi kelas petang nanti. Pagi nih, aku x boleh nak pergi. Hopefully Dr Zamri x banyak tanya. Orang lain ponteng dengan sengaja, xpe. Aku ponteng secara x sengaja macam nih x kan nak kena marah kot? Ponteng secara x sengaja? Apakah punya bahasa laa itu. LOL. Jangan ingat aku x reti main bahasa. kadang-kadang bahasa aku boleh jadi tah hape hape. 

Dua tiga hari nih mmg aku x dapat tido lena. Kepala jadi runsing satu macam. Mimpi pon macam-macam. carca marba. Kejap kejap aku terjaga. Aku mimpi aku naik bas. Pastu bas tu pakai kupon, aku x reti nak buat apa sbb aku xda kupon, so ada mamat cina nih hulur kupon dia and explain apa aku kena buat. Lepas tuh aku terjaga. Tido balik, aku mimpi benda lain pulak. Begitu laa berulang-ulang. Penat ah. Aku x suka mimpi macam-macam. Mimpi biar satu cukup, baru manis. Macam aku mimpi aku dapat baby. Bangun tido terus tersenyum kamben. Seronok dapat jadi mummy walaupon dalam mimpi saja.Dalam mimpi pon...da 2x jugak aku mimpi macam nih. Mungkin itu tanda-tanda kot? Tanda-tanda nak kawin?? Tapi nak kawin dengan sapa? hahaha.



Saturday, December 17, 2011

Master Sifu

Sekali lagi kita kembali dalam rancangan Makan-makan sampai kembung bersama cik wiween. Kali ini Cik wiween ke kedai Master Sifu di Rasah Seremban.. Disyorkan oleh pengantin baru, Puan Arni Asreena yg sedang bz honeymoon. ehehehehhehe.

Buat pengetahuan anda semua, Uncle tuan punya kedai nih ialah bekas tukang masak Perdana Menteri Malaysia yg pertama di zaman mudanya. Kalau x tau siapa dia Perdana Menteri yg dimaksudkan tersebut, bermakna anda mmg buta sejarah laa gamaknya yer. xpelah, sebagai clue untuk si buta sejarah, sila laa lihat gambar di bawah ini yer..


Thanks to Puan Arni, Cik wiween sangat menggemari menu yg available di kedai ini..Especially makanan yg berikut....


Ini namanya ikan siakap bakar garam. ianya dimasak dalam kuali dengan garam. Bukan laa garam yg kau buat perisa masakan tuh yer. tapi garam galian. Yg masak ginseng cik wiween belum cuba lagi. Nanti next time kita cobaan yg itu pulak. Tapi yg ini mmg sedap superlicious punya sedap. Semua sudah sedia maklum cik wiween nih bukan boleh makan ikan yg x digoreng dengan kunyit kan..loya. Tapi yg ini cik wiween suka laa pulak. Sikit pon xda loya. Lagi beriya ada. kahkahkah. mmg superb penangan masak bakar garam nih!


Yg kat atas nih pulak udang. Sapa x kenal udang sila terjun lombong sekarang. Udang nih pon dibakar dengan garam jugak. Very syok rasa dia. Mmg Pak Mihad's favourite. Eh sapa pulak Pak Mihad nih tiba-tiba masuk siaran? Lawyer? majistret? Ahlil muzik? Bapak Cik wiween? Jawapan : Bapak cik wiween! =p

Dan yg terpaling sedap sampai ke alam mimpi ialah...tataraaaaaaa....................HOME MADE TOFU! Owh sungguh sedap super enak lagi lazat disukai aku ini tofu! Serius sedap sampai aku x boleh nak cakap sedap dia macam mana. Mmg x sama macam tofu jepun yg slalu aku makan tuh. Walaupun aku suka tofu jepun tuh, tapi yg ini lebih sedap. 80 juta kali! Sapa-sapa x percaya, silalah pergi ke Master Sifu dan rasa, hokay! 


Err no, rancangan ini x berbayar since aku mmg suka rela nak bercerita. LOL

Sehingga kita ketemu lagi dalam rancangan makan-makan cik wiween yg akan datang yer. =p




Friday, December 16, 2011

Forever 18

Sekali lagi aku gagal untuk menutup mata dan merehatkan minda pada waktu malam. Malam ini malam ketiga. Kesian betul dengan diri sendiri. Sampai bila aku nak berterusan macam ni eh? Kata orang, tidur malam adalah yang terbaik. Macam mana banyak pon tidur kita di waktu siang, tidur malam jugak yg paling bagus. Sebab malam mmg Allah cipta untuk manusia berehat. Tapi aku nih da terbalik. Malam aku bersengkang mata mengadap laptop dan buat kerja sampai ke Subuh. Siang pulak aku pengsan! Alignment sudah lari. har har har.

Besok ada kelas analisis data aje kat UKM. Aku rindu Dr Jamil! Beliau adalah pensyarah yg terpaling besh aku pernah jumpa. Aku suka belajar dengan beliau dan sekarang nih mmg rasa rindu nak belajar analisis data sbb da 2 weeks kelas cancel sbb beliau outstation. So, harap besok ada laa hendaknya. Dr Zamri pulak cancel kelas isu pendidikan sebab beliau bz dengan meeting penggubal soalan STPM. Maklumlah ketua penggubal. Pensyarah aku nih bukan saja handsome dan macho, tetapi teramat bijak orangnya. To me, he seems perfect. Walaupun hakikatnya x ada manusia yg perfect dalam dunia nih, tapi bagi aku, beliau nih semacam perfect. You got what i mean? LOL. Nevermind laa, yg penting aku da lepas presentation subjek beliau. Alhamdulillah, he liked my presentation and i was so thankful about that since he was kind of cerewet. Now aku da lega sikit. Hopefully beliau akan suka dengan esei aku pulak nanti. Masa mula-mula present tuh aku macam kecut perut jugak. Yelah, tajuk pon da seram. After introduction,aku sempat cakap lg, "seram kan tengok tajuk sy" and all my classmates burst into laughter. Termasuklah Prof Madya ku yg handsome tuh.  Bagi beliau, tajuk aku HOT. Yelah, mana x HOT kalau kena present tajuk "Perlukah sekolah harapan untuk pelajar mengandung ditubuhkan?" dan aku mengatakan TIDAK PERLU? Mula-mula aku rasa macam x yakin jugak nak buat pasal tajuk nih. Tapi da mmg tajuk nih yg aku dapat, i had to try my best laa kan. Moga-moga usaha aku untuk menyiapkan esei akan berbaloi laa jugak. Amin.

Kadang-kadang kan..aku rasa macam aku da abandon blog nih. Kalau dulu everyday aku akan update. even cerita tuh very stupid sekalipun, aku tetap akan update. Tapi sekarang da x macam tuh. Adakah disebabkan pertambahan usia? Macam mana bertambah pon usia aku, aku tetap sweet 18. Forever 18. kehkehkeh. Engkau cakap laa aku perasan pon, ada aku kisah? Setiap orang ada hak untuk mengingati mana-mana usia yg dia rasa paling manis untuk dikenang. Bagi aku, usia 18 adalah yg terpaling manis. The first time i was away from home, from my family. The first time aku rasa rindu yg teramat rindu pada family aku. Setiap hujung minggu pasti perasaan nak balik rumah tuh ada walaupun x dapat balik. Penang adalah jauh. 7 hours kalau naik kereta. Naik bas, x payah cakap laa. So, rindu tuh jadi satu macam. Tapi bila dapat balik pulak, perasaan rindu kat Penang pulak datang. Sebenarnya x ada laa rindu dengan negeri Penang pon tapi rindukan seseorang di sana. Seseorang yg sudah jadi 'sejarah'. Harap dia sentiasa gembira dengan hidup dia since da lama x dengar kabar berita. Feeling sentimental pulak suddenly.(dang!) 

x apa laa..biarkan rindu itu berlalu. sampai bila kita nak hidup dengan kenangan? chewah. Sekarang mari cuba lelapkan mata yer adik-adik. Besok-besok kita update lagi. Kita janji, kita akan cuba update blog secara kerap macam dulu kala kalau ada kelapangan.    InsyaAllah.


Tuesday, December 13, 2011

Hari Bahagia

Sudah dua hari aku xde mood nak buat kerja. Mood aku entah pergi mana, i have no idea. Yg aku tau, bukak tv, tengok cerita Korea sampai mata mengantuk. Dalam dua hari nih jugak,aku dapat habiskan tengok Personal Taste. Yer, rinduku pada Min Ho oppa sudah tidak terbendung lagi. Maka aku pon menghadap tv melihat lakonan dia dalam Personal Taste. Walaupon watak Jeon Jin Ho tuh x se'fun' watak Gu Ju Pyo yg buat aku makan x lena,tido x basah but still, ianya tetap pelakon yg sama. Min Ho oppa. Again, oppa laa sangat padahal lagi muda dari aku. Alah..usia kan sekadar nombor. Apalah yg ada sangat pada nombor kan? *hakptuih*

Lately, banyak betul undangan perkahwinan yg aku dapat. Including the ones from 2 of my bestfrens back in uni masa amik degree dulu - Mai & Fae. Sudah sampai jodoh depa. =) Aku sekadar tumpang gembira dari jauh pasal x dapat nak pergi. Banyak betul kekangan. Tapi aku tetap pos hadiah kat depa. Sebagai tanda ingatan bahawa aku turut ingin menumpang gembira jugak atas perkahwinan sahabat susah dan senang aku. Kalau nak catat dengan perkataan, mmg x tercatat betapa banyak kenangan kami masa sama belajar dulu. Termasuk laa segala perkongsian suka duka. Semua tuh x terbalas, beb. Dan x akan lupus dari ingatan. Perkahwinan Fae sebenarnya belum berlangsung lagi. 24 disember nanti baru berlangsung cuma aku mmg x dapat nak pergi. *sob* =( Cuma berkesempatan pergi kenduri kawin Sis Arni aje last saturday. Itu pun tumpang Hawa dan Syamil. Geng Bujang United semua da balik kampung, jadi aku keseorangan di sini. hu hu hu (saja buat ayat kesian)

Tahu x apa yg aku rindu? Aku rindu nak tutup muka dengan bantal dan tersengih sorang-sorang dalam gelap sambil bergayut di telefon dengan someone yg aku sayang. Ok itu saja, sekian terima kasih. LOL.

Ini gambar perkahwinan Sis Arni & Mai. *Diambil dari fb Cikgu Hairul & Mohamad Nazri Suboh.



Congratulations, frens. =)


Tuesday, December 6, 2011

Diary mingguan sy

Selamat Hari Lahir ialah ucapan yg ikhlas buat dia. Aku x mintak pon dia balas. Dan dia pon xde balas. It's okay. As long as he is happy with his life and i'm happy with mine. :) Haluan kami berbeza, dia pilih jalan dia dan aku pilih jalan aku. Kami xde jodoh. Dan aku redha.

Esok da kena start buat kertas projek. Kepala macam nak pecah dok tengok jurnal and artikel yg berkaitan. Da x boleh tengok Personal Taste. Kena ketepikan dulu kehendak demi memenuhi keperluan belajar. Min Ho oppa....gonna miss u for a while! (again, oppa laa sangattt padahal lagi muda daripada aku. ahahah)

Rabu, mau pergi tengok Ombak Rindu if xde aral.Otak aku perlu rehat,hokay. Sebenarnya xde excited sangat pasal mcm da kureng minat kat Aaron Aziz. Sbb skrg bertumpu kepada Abg Zikir yg baik hati. Sapa x tengok Tentang Dhia duduk diam-diam. kau mana tau betapa hebatnya penangan Abg Zikir. sampai tidurku termimpi-mimpi. kahkahkah. 

Owh yer, kalau boleh rabu nak tengok Breaking Dawn jugak! Aku rindu Edward Anthony Mason Cullen banyak-banyak!

Khamis, tengok balik presentation subjek isu2 pendidikan. Jumaat nak kena present depan Dr Zamri yg super handsome. If beliau x handsome pon tetap kena present jugak. (*__*)

Wish me luck! Bye!






Thursday, December 1, 2011

a wish

Dear my old flame,


HAPPY 29th BIRTHDAY.