Sunday, August 18, 2013

It's complicated..

Kadang-kadang bila duduk diam-diam dan otak ligat berfikir, terasa menyesal dengan kebodohan sendiri. Terutamanya kebodohan masa lampau yg telah membuatkan aku membuang begitu banyak masa untuk bersedih disebabkan orang yg sebenarnya langsung x hargai aku macam aku hargai dia. Cinta pertama yg begitu berharga kononnya. Padahal membuatkan aku hanyut dalam kebodohan sendiri. Segala rindu, sayang, kenangan yg manis = RUBBISH. And now, semua tu sudah ke tong sampah! Apa yg membuatkan aku begitu bodoh ialah tidak membuang semua tu ke dalam tong sampah berkenaan lebih awal. Ya, that is one of the biggest mistakes I've made in my life. Betul-betul punya regret. Kalau tau dari awal yg aku sememangnya mampu untuk 'membuang' cinta pertama tu, x payah aku bersusah payah membuang masa meratap menangis kononnya dia tu terlalu berharga sangat laa konon selama ni. Walhal, aku sememangnya mampu untuk jatuh hati dengan orang lain. Dan sememangnya satu lagi kesilapan aku ialah aku TIDAK MENCUBA memberi peluang itu untuk diri aku sendiri dari dulu. Aku yg jadikan cinta pertama tu sebagai  'road block'. Kebodohan yg nyata kan? Padahal dia bersuka ria bercinta sana sini dan kemudian bertunang. Mana ada susah payah bersedih macam aku.

Kepada 'dia' yg buat aku sedar bahawa aku sememangnya mampu sayangkan orang lain, terima kasih. Terima kasih sebab tolong bukak mata aku yg selama nih buta. Terima kasih jugak sebab sudi hadir dalam hidup aku walaupun hanya sekejap. Aku x benci dia. Aku tau dia ada sebab kenapa tiba-tiba tinggalkan aku. Cuma dia x mampu nak cakap terus terang dengan aku. It's complicated. Sangat complicated. Bukan semua benda kita mampu share dengan orang lain. Apa-apapun aku tetap sedih, sebab aku memang sangat sayang dengan dia. He's different. Memang sangat different dengan lelaki-lelaki yg aku pernah kenal. Juga different dengan cinta pertama aku. Aku sayang dia ikhlas. Bukan sayang yg kebudak-budakkan macam aku sayang my old flame (1st love). Aku betul-betul sangka dia adalah jodoh aku, orang yg aku nak sangat hadapi masa depan sama-sama.Tapi, malangnya harapan tu sekarang  hanya sekadar harapan.. Bila dikenangkan hubungan yg terputus tiba-tiba macam nih,  buat hati aku jadi terlalu sakit. Putus cinta di saat kita terlalu sayangkan orang tu, mana x sakit. Tapi apakan daya. Kita x boleh paksa orang untuk terus sayangkan kita jika orang tu dah x sayang lagi..

Kalau boleh, aku x mau mengulang kebodohan yg lalu. Tapi entah laa..cakap memang senang. Nak melaksanakan selalunya payah. Terlalu payah..




Monday, August 12, 2013

Betul kata pepatah

Betul orang cakap, when one door closes another opens. Tadi aku dihubungi sorang kawan lama. Kawan sekolah. Dia call hp mak sebab dapat nombor mak from mak mertua abang dia. Kebetulan abang dia kawin dengan anak kawan mak aku. Kecik kan dunia ni? Pimai pimai tang tu jugak. Kawan aku nih dalam brapa tahun kebelakangan nih ada masalah peribadi so kami lost contact dalam about 2 years dengan dia. Now, alhamdulillah dia dah ok dan dari suara dia aku tau dia dah ceria balik. Syukur kepada Allah, walaupun aku sedih sebab 'hilang' sorang kawan tu, ada kawan lain masih lagi ingat kat aku. Ini hikmahnya. Semoga ukhwah tidak lagi senang-senang diputuskan lepas ni.
 
Semalam berlaku lagi satu kisah yg x menyayat hati aku langsung pon. Tiba-tiba dapat tau old flame aku or cinta pertama (or whatever i always call him before) tu sudah bertunang. Guess what, i didn't feel anything. Cuba jugak nak rasa sedih but sebaliknya yg berlaku. Hati aku rasa tenang je, x sakit. Pelik, but i'm okay with that fact. Plus, aku dah lama hilang perasaan kat dia. So, x mendatangkan apa-apa kesan dalam hidup aku. Cuma yg aku rasa kelakar, x lama lepas aku tau hal pertunangan dia, dia message bagitau dia dah putus tunang. Eh dah 2 tahun diam x semena-mena bila aku dah tau dia dah bertunang, boleh pulak bgtau dah putus? Serius ini memang kelakar. So, i was like "Owh ok". that's all. Aku mmg x reti nak komen apa dah. Sebab aku dah  xmo masuk campur lagi hal dia. Dah  x da kaitan lagi dengan hidup aku. Apa-apapun aku doakan yg terbaik untuk dia.
 
Btw, nak ucap Selamat Hari Raya buat kawan-kawan yg masih ingat lagi kat aku dan masih sudi lagi singgah blog yg dah x brapa nak aktif nih. Maaf zahir & batin yer. 1st day raya aritu orang yg aku still syg ada sms wish salam aidilfitri..tapi aku x balas. Aku x faham kenapa sebelum ni macam-macam aku sms tanya why dia ignore aku slama ni semua dia x jawab. Tapi bila sms ucapan selamat berpuasa aritu dia jawab sekali then bila aku balas balik dia diam. Ni hari raya dia sms bagi ucapan gitu. Aku x balas sebab aku x nak lepas aku balas, dia diam lagi. So biarlah. I hope he enjoys his raya this year. Raya aku tahun nih sederhana. Seronok masa 1st day saja sbb my kazens were here then bila depa balik, life jadi macam biasa balik. Apa-apapun, syukur masih ada kesempatan nak sambut raya jugak..tahun depan belum tentu lagi.

Monday, August 5, 2013

sudah tidak berdaya lagi.

Dalam tahun yg sama, aku kehilangan kawan yg selama ini disangka sahabat, dan orang yg disangka akan ada harapan utk mengharungi masa hadapan bersama. 

Kawan yg pergi atas sebab yg sgt x munasabah-Politik. Wajarkah perbezaan politik dunia memporak perandakan sebuah persahabatan yg sekian lama? Adilkah jika seorang kawan dibuang kerana perbezaan itu?  Jika tidak boleh ditegur, dan menganggap diri sendiri sempurna, x apalah, pergilah. Semoga engkau lebih bahagia. Cuma aku amat terkilan, sebab persahabatan yg dibina langsung engkau x syg untuk pertahankan. Bukan setahun dua usianya tp hampir 20 tahun.

Orang yg aku terlalu syg setelah sekian lama aku x rasa perasaan tu pd orang asing, pun tiba-tiba membuat keputusan untuk pergi. Walaupun keputusan itu x diluah secara terus terang tapi tindakan utk berdiam diri begitu lama sudah cukup menjelaskan apa yg terbuku di hati. Cukup membuatkan aku menjadi seperti seorang bodoh yg tertanya-tanya apa yg berlaku? Kenapa? Apa alasannya? Kenapa tiba-tiba berubah sikap? Apa salah aku? Sampai sekarang aku madih x tau.

Bohonglah kalau aku ckp aku ok. I really am not ok, actually. Tp aku berlagak mcm ok. Aku perasan mcm aku masih kuat. Padahal aku dah x mampu nak berpura- pura mcm aku kuat. Hakikatnya aku sgt lemah. Saban hari aku menangis memikirkan apa lah salah aku sampai sanggup orang lukakan hati aku lagi. Padahal orang tau suatu masa dulu aku terluka terlalu teruk. Orang mcm x ada belas kasihan langsung pd aku. Orang tgk mcm aku ok..aku boleh lalui tp tahukah orang betapa hati aku hancur? Mungkin orang anggap aku ni x ada hati. Atau mungkin orang anggap aku hanya barang mainan yg bila orang dah jemu, boleh buang begitu saja. Mana pergi semua kasih syg? Tiada hargakah kasih syg yg selama ini terjalin? Tiada maknakah segala suka duka yg dikongsi? Palsukah segala janji yg ditabur? Atau selama ini segala yg dikata, dijanji semuanya dusta. Semuanya satu permainan? Kenapa menabur cinta dan janji jika tiada niat utk memiliki?

Mungkin aku yg bodoh. Bodoh sebab terlalu mengharap dan percaya dengan kata-kata manis orang yg kononnya selama  ni syg sgt kat aku, nak ambik aku jadi isteri. Rupanya semuanya sekadar kata-kata penyedap bicara. Walhal aku hanya sandaran semata-mata..bila dah jemu, aku pun ditinggalkan begitu saja tanpa sebarang sebab, alasan ataupun pesan.Aku sgt kesal, orang-orang yg hati aku dapat betul-betul syg, dapat betul-betul terima, semuanya berlalu meninggalkan luka yg sgt pedih.lebih-lebih lg pd usia mcm ni, terlalu sakit utk aku menanggung. Aku fikir yg kali ini adalah jodoh rupanya aku yg bodoh. Bila umur dah mcm ni, rasa makin cemburu melihat kawan-kawan yg dah berkeluarga sendiri, dah ada anak. Sedangkan aku masih sendiri..mungkin silap aku sendiri..kalaulah aku x buang masa bertahun-tahun mengenang cinta pertama dulu mesti hidup aku akan berbeza.. 

Buat pengetahuan dia, aku sudah tidak ingat lg cinta pertama aku. Tidak mcm sebelum-sebelum ni bila mana aku mcm orang gila meratap bersedih sebab cinta pertama aku x kesampaian. Dia yg buat aku lupa semua tu. Dia bagi aku semangat baru. Dia buat aku rasa dihargai kembali. X tau nak gambarkan mcm mana bahagianya aku rasa bila dengan dia. Terlalu bahagia utk digambarkan. Dia terlalu protect aku, dialah tempat aku berkongsi masalah. Dia terlalu mengambil berat sampaikan aku menjadi terlalu selesa dan sudah terbiasa. Jadi bila dia tinggalkan aku tiba-tiba mcm ni, aku terus buntu.sebab dah terbiasa ada dia dlm hidup aku. Aku betul-betul rasa kehilangan dia. Sebab aku terlalu syg dan terlalu berharap pd dia. Melebihi cinta pertama aku. Mmg pelik..tp mmg itu yg aku rasa. Sebab tu aku fikir dia adalah jodoh . Tp kenapa dia begitu kejam membuang aku mcm x ada harga, mcm sampah?

Kelemahan aku, aku x mampu nak benci orang yg aku terlalu syg. Jadi aku x mampu nak benci dia..aku harap sgt semua yg berlaku ada penjelasan dari dia. Walaupun ianya hanya akan menghancurkan hati aku...