Tuesday, August 31, 2010

Tiada cuti buatku semepena Merdeka. *sob*

MERDEKA! Untuk tahun yg ke 53. Still, i have to go somewhere. x buleh berkuak lentang sambil melelapkan mata di atas katilku yg empuk di bilik yg penuh kehijauan ini. Di kala almost each makhluk sedang bercuti, aku tidak dapat menikmati cuti tersebut. Where to go? CLASS,enuff said. Who says life is fair? Terjelepuk kumenanggung kecewa...(~__~)

Yg sebenarnya aku belum tido-tido lagi since malam tadi. Pukul 2.00am baru teringat today is Merdeka Day. Serius x perasan jam! Lagipun keje banyak laa dey. Dok membaca prosiding untuk seminar 1 yg akan berlangsung this Friday. Ada presentation. Kena buat slide powerpoint. So, tade keje laa aku nak melangut perati jam semata-mata nak tunggu detik 12 malam tiba. Nasib baik this neighbourhood is a very quiet area. Very aman damai. No mat rempit memekak. Syukur. And that is why aku x dapat nak bezakan ari da tengahmalam atau malam masih muda atau da subuh. Sama aje keadaannya. Tade bunyi bising. Anjing-anjing peliharaan jiran tetangga also senyap sunyi last night. x barking macam selalu. Betul punya hormat kat Hari Merdeka anjing-anjing nih yek..Tabik! har har har...gelak sekadar di dalam post. Hakikatnya aku mmg nak menangis sbb x dapat nak tido. *sob*

This morning i have class at 9.00am. Mau weng kepala aku. Bertambah weng kalau Dr Saemah rajin pulak nak bertanya-tanya. Owh she loooovessss to ask. Beliau bukan sekadar suka menyampaikan ilmu tetapi jugak suka bertanyakan pendapat. Memandangkan keadaan tubuh badan yg tidak mendapat rehat yg secukupnya nih..x mungkin ada pendapat yg terkeluar dari mulut aku. Mata x terkatup dalam kelas pun da cukup baik. Mudah-mudahan. uhuuuuu.

Apa-apapun, mau ke Shah Alam bersama keluarga after class! Melawat keluarga bapa saudara kesayangan. Lepas sikit tension walaupun kusedar bahawa tension akan datang lagi sejurus selepas mentari esok muncul lagi. (@__@)

Happy Merdeka Day, all. Aku kehilangan perasan pulak di pagi Subuh yg hening ini. Apakata pergi solat subuh dulu. Bye.

Sunday, August 29, 2010

Ku makin sibuk tapi bahagia.

My life is kelam kelibut. Too many things to do. To many things to think about. owh dimanakah fun sudah pergi?? Still ada..not to worry. Banyak jugak fun yg da dilalui. Contohnya, last week we all dijemput berbuka puasa kat rumah Kak Alia, our fellow teacher. We di sini means aku, and fellow teachers - Adam, Kak Arni, Imah, Farhan, Syamil, Aina, and Riduan. Yg berstatus NOT MARRIED, to be spesific. Also known as Bujang United. Except for Riduan laa kan. Beliau berstatus PJJ dengan wifenya. Every weekend baru berjumpa. har har har..cuma Hawa & Nizam missing in action *sob* Anyway, that night was super fun! Thanks alot to Kak Alia sbb masakkan lauk besh-besh untuk we all. Siap dengan koktel. Aku tambah sampai 5 cawan hokay! Begitu laa aku..kusyuk meneguk air mengikut nafsu. lepas tuh da x larat nak makan apa da. Kuih melambak-lambak berlebey. hu hu hu.

Berikut ada sedikit gambar. Agak kabur sbb diambik dengan kamera hp xpress musicku yg 3.2megapixel sahaja. x brapa berkualiti sangat. (~__~)









*Petunjuk orang : Baju maroon bersongkok is farhan Jambu, baju melayu blue black is Riduan, Baju oren is Kak Arni, Baju hitam specky is Imah, t shirt blue black specky is Adam,baju oren tudung krim is Aina, baju coklat tudung belang is Kak Alia (tuan rumah, baju melayu oren is Syamil & muka berflash is hantu flash. (kohkohkoh)

Besok ari bekerja datang lagi. After 2 days cuti. x besh. Selangor cuti since Jumaat. x aci ah Negeri 9. Huh..x bersyukur sungguh. :P Makin x besh bila Selasa depan ada kelas. Sewaktu rakyat malaysia suma menyambut Hari kemerdekaan sempena 31 Ogos, kami terpaksa hadir ke kuliah untuk subjek Research Method 1 pada pukul 9.00am. Bertabah laa aku demi mata pelajaran terchenta (uhukkk <--tersedak akibat tipu ohohohoho) Lepas kelas, kita enjoyyyyy! <-- pun tipu. Enjoy laa sangat. Keje untuk Seminar 1 x setel lagi wey! Dr Zamri, HELP! Can you hear me? NO. *sigh* (~__~)

Aku merindui seseorang. Tapi keje banyak lagi nak kena setel, jadi rindu-rinduan kena tolak tepi dulu. Sms pun kena tolak tepi dulu. Ececeh..Buleh percayakah? Buleh. huhuhuhu. xpe laa..apa kata kukirimkan lagu Apa Khabarmu di (Chemor) sana?- Ramlah Ram. Tapi sayang lirik x hafal. kahkahkah. Buat Saudara Han Chee Tai, bertabah laa di sana. Ari-ari masak food untuk sahur. Begitu rajin sekali saudara yek. x macam saudari di sini yg bangun sahur dan makan saja. eheheheheheheheheh

Okeh, cukup sampai di sini saja. Ada lagi 4 prosiding nak kena baca & sintesis! Esok-esok kubebel lagi kalau panjang umur yek!

P/s i lebiu : 27th August lalu adalah birthday bapaknda terchenta. Happy 59th abah! I LOVE YOU 2 3 4 5...infiniti!

Tuesday, August 24, 2010

Dumb!

Orang kalau belum betul-betul kenal hati budi aku, tapi suka-suka hati nak judge aku macam tuh macam nih, ini mmg buat aku bengang. Not bengang, tapi aku BENCI. Lagi-lagi lelaki yg pada mulanya menunjuk baik macam nabi (walhal x layak langsung) dengan tujuan nak mengorat. Memasang ayat manis macam kencing manis pada mulanya. Standard laa tuh kan..pasang ayat manis untuk mengorat. Style retro. Orang masih pakai lagi zaman nih. Tapi bila pompuan menunjukkan reaksi negatif atau dalam bahasa dummynya TIDAK BERMINAT, mula laa nampak segala belang rimau, belang zebra, belang hidung suma. Cuih. Sangat x besh orang macam nih. Sangat dumb, sorry to say!

Lelaki kalau ikhlas, kalau betul nak mengorat dan berjaya dalam aktiviti mengoratnya tuh, dia x cepat melatah. Dia akan BERSABAR dan try a different method. Kaedah cuba jaya banyak. Cuma nak atau xnak try aje. Jenis dumb nih x macam tuh, bila pompuan menunjukkan TIDAK MINAT, mula laa melenting x tentu pasal. Ayat pun da jadi macam ayat thambi subramaniam. Belit sana sini menyalahkan pompuan pulak itu ini. Konon pompuan memilih laa, dia x layak laa bla bla yadda yadda yenadey! What the fool??? Betapa tidak matangnya jenis lelaki macam nih. Makin up laa tahap keTAK-MINATan pompuan terhadap dia. Hellooooo Of cos laa pompuan will say NEHI for you! Sbb you x matang, sbb you s.t.u....opsss cukup-cukup. Hormati bulan ramadhan!

*Bukan senang nak jumpa orang macam dikau wahai my old flame.. *sigh*

Friday, August 20, 2010

...

Stress.


Wassalam.

Thursday, August 19, 2010

Perasaan apakah ini?

Tinggal lebey kurang 20 minit lagi waktu berbuka puasa akan tiba.. owh sungguh tidak sabar. Bau-bauan dari dapur sungguh menusuk hidungku. Eh aku x masuk dapur ke? Musti laa masuk... Masuk menggoreng hirisan terung buh kunyit. which is my perebet dari zaman berzaman. Terpaksa masak sendri sbb benda senang-senang nih mak malas layan. Masak sendri! huuuu terpaksa laa anak dara yg x brapa nak rajin nih menggoreng makanan kegemarannya sendri. Nasib baik simple ek..cuba makanan kegemaran macam kari kepala unta ke..sapa nak layan ek?? Pak Arab pun x kuasa nak layan, hokay! :p

Hmmm..sebenarnya aku bukan nak ckp sangat pasal makanan kegemaran aku pun. Sebenarnya terjakun sikit. Abah aku dari semalam begitu rajin menolong my omak memasak kat dapur. Walaupun beliau masak ikan goreng cili aje, tapi rasanya fulamak....sungguh sodap!! Arini beliau buat lagi ikan goreng cili yg kesedapannya dipuji melambung oleh anakanda beliau yg terchenta tuh. Amboih..amboih abah...pantang dipuji bertambah semangat nampak. ehehehhe...tapi xpe..bagus jugak tuh kan...bukan senang nak tengok abah aku masak. Bulan puasa nih kemain rajin lagi..today mak masak sardin masak lemak..which is permintaan abah aku laa kan.Katanya teringin nak makan. Yg semalam sambal udang tuh pun yg beliau teringin nak makan jugak. Ewah...sempat bermanja-manja lagi dengan isteri nak makan itu ini ek Encik Mihad...nih yg anakanda jeles nih. Mana buleh jadi kan..bila aku mintak mak masak terung disuruh aku masak sendri. Jeles ah! huh..merajuk 5 saat! Tapi tetap bersyukur dapat abah macam nih. Mana nak dapat kan? Sbb tuh jeles dengan mak sendri nih..mana aci mak dapat hubby besh..hubby aku nanti camna lak ek?? leh x kalau nak hubby besh cam hubby mak gak??? huhuhuhuhui. Aminnnnnnnnnnn!

Eh..tinggal lg 10 minit sudah. Terpaksa kuberhenti di sini dahulu. Nanti malam kalau rajin aku sambung lagi. Sekian, wassalam. Selamat berbuka yer!

* nak kalerfulkan entry x sempat! muahahahahha

Tuesday, August 17, 2010

Mimpi

Bangun dari tido hanya untuk menyatakan

RINDU!

Err mengigau kah?

Blur, bukan kumpulan Blur.

Alhamdulillah syukur nikmat kesihatan yg Dia bagi. 'Bulan mengambang' sudah berakhir. Bye bye bulan mengambang! haha. Aku mula berpuasa today. Very excited. Walaupun rasa sikit penat macam nak tercabut tulang tengkuk. Aik? Penat sikit tp nak tercabut tulang tengkuk yek?? Nevermind. Baru selesai menunaikan solat terawih di rumah. Today x dapat ke surau macam malam semalam because penat yg 'sikit' tersebut. (>__<) Malam semalam sempat kena sakat dgn makcik-makcik there. Aik ada balik anak dara nih ingat hilang da! Sy x hilang makcik sy naik ke bulan kejap. har har harunsalimbachik. Malam nih musti makcik-makcik pelik aku 'hilang' lagi. Bukan hilang makcik, sy kepenatan tahap wali-wali. So, solat sendri kat rumah ajelah kan..

Kami dapat Penyelia Petang baru. Jantina lelaki. Cikgu dari sesi pagi yg naik pangkat laa kira. No komen about him sbb aku x rapat sangat dengan beliau. Apa-apapun, hopefully beliau okeh laa orangnya. Ini ari bebudak start ujian bulanan. Which is meringankan sikit berat kepala hotak cikgu nih. Bersyukur sungguh. Sudah laa kelas research method pagi tadi sudah cukup memusingkan kepala aku sebanyak 360 darjah. Owh makin pening. Makin banyak pulak benda yg buat aku blur..blur yg mmg blur laa bukan kumpulan Blur. Kumpulan Blur tuh lain. Hoh sebut blur teringat Damon Albarn pojaan hatiku. Berapakah usia beliau sekarang? 40an? Tapi kacak tetap maintain hokay. Rindu nak dengarItalic lagu Coffee & Tv. Giler syok video klip dia. Air kotak carik tuan. Kiut..(~__^) Ahhhh aku mula laa merepek sudah kan. Tanda-tanda ketensionan. Menangis hatiku di sini x siapa yg tahu.....huuuuuu..(~__~)

Trimas sekolahku yg terchenta sbb buat exam this week. Ringan sikit kepalaku yg berpusing 360 darjah nih. Next week submit assignment 2 research method yg aku blur tadi pagi. Ahh x habis-habis citer study. Boring ah. Cuba laa citer apakah makanan yg dimakan sewaktu berbuka puasa kali pertama tadi. Kan besh kan? Yong tau fu..mahal tapi sedap. Nampak tuh. MAHAL, tapi sedap. So, tetap nak jugak walau mahal. huhuhu. Nafsu mengaburi segalanya. :P Tapi okeh arr drp kempunan kan? Syukur walau macam manapun. Itu saja laa yg aku makan waktu berbuka tadi. Yong tau fu mahal. Kesian, tima kasih. Eh..sekian, tima kasih. Cuba nak buat kelakaq. Kelakaq? Ini word yg buat old flame pecah perut gelakkan aku suatu ketika dahulu. Once upon a time..eceh..:p Beliau cakap orang utara mana ada sebut kelakaq laa. LAWAK, bukan KELAKAQ. Cuih..gelakkan aku bagaikan nak terputus janggutnya yg da lama tercabut tuh. (kohkohkoh)

Sekarang masa untuk berhibernasi. Otak perlukan masa untuk melepak semalaman..esok aku continue berfikir. Selamat berpuasa untuk esok yek!



Saturday, August 14, 2010

Rungutan berkhasiat (HAHA)

Salam ramadhan again. ;)

Sekejap aje da 5 ari kita berpuasa kan...Errr bukan 'kita' tapi anda. Aku x termasuk dalam ini cerita selama 7 ari nih (maybe laa 7 aje!) atas 'sebab' yg impossible untuk dielakkan. Tidak sabar rasanya untuk 'boleh' berpuasa. =( Every year pun macam nih tau..x dapat nak berpuasa untuk first ramadhan..sungguh pilu di hatiku. *sob* *sob*

Kehidupan macam besa laa..makin sibuk. Mengalahkan Prime Minister. Ataupun bini Prime Minister. (@__@) Depa pun x kalut menyibukkan diri macam aku. Ahahah. Sebenarnya bukan sengaja menyibukkan diri, tapi terpaksa menyibukkan diri untuk mendapatkan tahap kefahaman yg lebey baik di samping memotivasikan diri sendri supaya tidak hanya tido di katil empuk menjelang wiken. Ahahah..So, adalah lebey bagus aku menyorokkan diri kat TSL library tuh. Baca laa apa yg patut.. Lagipun, subjek Research Method 1 sungguh menakutkan.. Aritu da bentang pun assignment 1. Dr Ruhizan cakap good ada evidence suma tapi suh aku change to another topic. Huuuu sungguh aku tensen! Beliau cakap watpe aku nak wat psl penggunaan ICT among math teachers lg sbb da by org wat. So, beliau suh tukar lain sikit. Sedey hokay! Cobaan.....next week submit balik assigment 1 yg da direpair. Hopefully x kena tukar lagi. Penat maa...kasihani laa diriku yg berpuasa ini (tipu ahahahha)

Kelas Dr Zamri malam tadi plak makin memeningkan kepala aku..baru aku pasan Seminar 1 27 Ogos nih! Mak aih..giler laa..satu jurnal pun x baca & try sintesis lagi. Sudah laa satu group kena baca at least 5 jurnal! Takat baca aje xpe gak..nih kena sintesis and bentang masa Seminar 1..lagi laa bertambah tahap ke'blur'an aku yg mmg blur nih. Waduh waduh..baru engko tahu payahnya ya embok ween..apa engko hingat senang nak carik ilmu? Keywords nya ialah kena RAJIN MEMBACA kata Dr Zamri. Tang tuh yg leceh sikit tuh kan...hu hu hu..

Ok cukup sudah sesi merungut. Sekian, wassalam. ( nak lelap sat! har har har )

Agak-agak ada orang nak teman (teman dlm sms aje laa) buat assignment sampai pagi lagi x malam nih yek? hihihi.. =P

Bye! Malas nak kalerfulkan post again. :P

Friday, August 13, 2010

Miracle of ramadhan. =)

Org janji tamo cakap lagi suruh awk lupakan org.
Org janji tamo sensitif da x tentu pasal.
Org janji tamo da suka merepek.
You are too precious to me.
And you know how much i love you!

M****** N***** Chee Tai, I really MISS US! This frenship will never end, I promise! Pls Allah, let this frenship last forever. AMIN.

Ramadhan mmg penuh barakah..
Ramadhan mmg full of HIKMAH.
Thank you, Allah for this very special month.

SALAM RAMADHAN dr WIWEEN untuk semua! =)

Sunday, August 1, 2010

I dun want to be a monster!

Haluuu..selamat petang Malaysia. Cuaca di PD arini dilaporkan sangat dingin dan sejuk beku. Macam nak jadi eskimo pulak da..dari pagi tadi sejuk..langit pun gelap..Lepas tuh hujan turun. tapi x laa lebat pun..cuma hujan angin gitu..itu pun sudah cukup membuatkan suhu menjadi sedingin salju hokay. Menusuk sampai ke tulang hitam ku..tambahan pulak rumahkan x sampai 500m dari pantai. Orang yg betul-betul belakang rumahnya pantai tuh lagi laa menggigil macam kamben kena hujan batu agaknya ek..huhuhu

Tapi walaubagaimanapun, aku mmg bersyukur sangat laa dapat cuaca macam nih arini. Sejuk tuh small matter. Apa guna selimut kan? Tade laa selimut menjadi hiasan dalam almari aje. Buleh nampak laa kegunaan selimut di situ. Iaitu untuk menyelubungi insan-insan yg sedang kesejukan. ahaha..tapi yg membuatkan aku bersyukur sangat bukan laa selimut sebenarnya. Selimut sekadar menumpang glemer aje dalam perenggan nih..Yg buat aku bersyukur tuh, sbb bila sejuk-sejuk macam nih, semangat laa sikit nak buat keje..tade laa kepala sakit sbb panas. Esp. bila keje yg dimaksudkan tuh adalah assignment yg sungguh menakutkan..sebenarnya bukan assignment yg menakutkan pun..tapi orang yg tengah buat assignment nih yg takut. har har har..

Seperti yg sudah sedia maklum..aku sememangnya x suka dengan presentation..tapi itu laa yg wajib kena harung sepanjang 2 years nih..nak taknak mmg kena..aduhai..dulu masa deg kureng laa sikit presentation nih. Yg banyak kena belajar aje. Sbb tuh aku buleh bertafakur kat TSL library tuh berjam-jam tanpa mengira siang dan malam. Masa tuh bagi aku TSL tuh x ubah seperti syorga dunia sbb aku x payah fikir nak terlelap ke apa..mata celik aje sepanjang masa. Kalau kat bilik hostel tuh x sampai 10 minit tengok nota atau buku aku da terjun ke atas katil lalu berkuak kupu-kupu. har har har..sangat kesian kat bilik aku masa tuh..da jadi macam hotel. Menjadi tempat tido, mandi, bersiap aje. :P

Err...itu suma about the past. This is the present. Present mmg jauh berbeza dengan the past. Aku da x buleh 24/7 dok kat TSL tuh macam dolu-dolu. Now aku bukan fulltime student lagi macam in the past. Now aku ada komitmen keje..5 days a week aku kena keje..tuh baru keje lum masuk lagi hal nak mengurus diri, rumah, makan pakai..nak mengurus rumahtangga lagi..ecehhh..terover pulak..yg tuh belum lagi laa. hehehehehhee..apa-apapun, aku kena bijak mengurus masa laa kan..antara keje dan belajar..dan shopping. waahhh nak jugak masukkan tang shopping tuh. Eh mesti laa kan..kalau syampu ke ubat gigi habis ke..celak habis ke..xkan x payah beli. Kan?? :p ;p

Oleh sbb aku kena pandai mengurus masa..semalam aku pun dengan rajinnya memandu ke UKM tuh sbb nak pi TSL. Niat asal nak mula buat terus assignment sbb bahan-bahan rujukan dari sumber elektronik da ada laa jugak..tapi sesampai aje di TSL tuh terus terpegun x terkata aku. TSL mmg berubah habis! Makin cun dan makin canggih. Kalau dulu monitor komputer jenis yg besau gedabak tuh now suma flat screen. Lantai pun da tade karpet buruk macam dulu lagi da..kalau dulu tuh malap aje library now da terang benderang. Tuh belum masuk susunatur lagi..mmg da banyak berubah laa..cuma pokcik-pokcik library tuh aje yg kekal. Cuba laa bertukar menjadi jejaka-jejaka muda mudi yg tampan ke kan bagus. huhuhuhuhuh

Aku terus naik ke Aras 5. Tempat koleksi am buku-buku. Pun bikin aku terkesima jugak. Segala meja-meja dan kerusi-kerusi lama dulu suma pun da tade. Ditukar dengan yg baru-baru. Siap ada sofa untuk bersantai lagi tuh..meja study individu pun da baru. Meja dulu yg banyak conteng-conteng "Ahmad was here" "Saripah love Semaun" (contoh) suma da tade da.. haha. Dan yg paling besh, bilik Koleksi Asia Tenggara da makin luas! Aku rasa sama aje besar bilik tuh cuma perubahan susunatur buat bilik tuh nampak macam sangat ekslusif! Rak-rak buku suma baru. Da tade rak-rak buku lama. Da jadi habuan anai-anai kot. Tapi sayang semalam aku x sempat nak masuk situ sbb semalam bukan aktiviti melawat library. Tujuan aku nak buat assgnment aje. Tapi sesambil tuh meninjau-ninjau laa sekitar dalam tuh buat pengubat rindu. :p Ada jugak laa cari buku sikit. Nasib baik laa jumpa jugak beberapa buah yg berkaitan. Tapi hangin gak ada buku yg dalam portal dikata "available" tapi bila cari kat rak tade. Mungkin ada orang tengah guna dalam library tuh masa tuh kot tapi belum pinjam. *sigh* Ada pulak Pak Arab sorang nih dok terkalut cari buku kebetulan sama rak dengan tempat aku cari. Beliau pun bertanya "Excuse me, am i at the right place?" sambil tunjuk no siri buku yg dia cari tuh kat aku. Aku pun tengok laa..mmg betul. Mungkin sama kes dgn aku laa kot. Ada orang tengah guna buku tuh tapi lum pinjam. Sabar jelah yer pak arab...ya salam...huhuhu

Bila da belek-belek buku-buku yg aku dapat..mana yg betul-betul buleh digunapakai cepat-cepat laa aku pi bawak ke kaunter untuk pinjam. Sekali pokcik library sorang nih tanya, "Yer cik..ada apa?" Aku pun pelik laa jugak. Mesti laa ku pi situ nak pinjam buku. xkan laa nak mengorat pokcik pulak.. Then aku jawab "Nak pinjam." Pakcik tuh terus cakap nak pinjam pergi kat situ yer dik sambil tunjuk beberapa arah. Sekali rupa-rupanya nak pinjam buku kena layan diri daa..da ada servis layan diri! wakkakakakaakaka giler malu wey! Aku pun terkulat-kulat pi kat salah satu tempat nak pinjam buku tuh..Padan laa masa aku pi ke kaunter tuh ada beberapa pasang mata student dok pandang-pandang. Rupanya depa kepelikan.

Oleh sbb x reti nak buat macam mana..aku pun tanya 2 orang budak ungergraduate nih macam mana nak guna. Depa pun ajar aku dengan penuh tabah. hahaha. Rupanya skang nih nak pinjam just scan bar code pd kad matriks, lepas tuh touch skrin comp tuh masukkan password. Lepas tuh scan bar code yg ada kat setiap buku yg nak dipinjam tuh. Lepas tuh tekan TAMAT dan akan keluar laa resit yg menyatakan brp buku yg dipinjam dengan tajuk-tajuknya berserta tarikh pemulangan. huhuhu sangat jakun aku rasa. Almaklum laa dulu zaman aku undergrad mana ada mesin-mesin gitu..dulu pinjam buku cara manual aje pi beratur kat kaunter. har har har..anyway, technology mmg mengubah segalanya termasuk laa library! :p

Malam tadi, sampai laa arini, dengan menggunakan buku-buku yg aku pinjam, campur sekali dengan bahan-bahan dari internet yg aku dapat, aku pun mula laa sesikit buat assignment untuk subjek research method. Sekali dapat email dari member sekelas, yg mengatakan kelas untuk next week ditangguh sbb lecturer kena attend seminar kebangsaan. Waaarghhhhhhhhhhh! tensen hokay! Bila da tangguh tuh bertambah laa lagi keje! Aku pun bukak kat SPIN. Rupanya mmg betul kata kawan aku. And Dr tambah lagi 3 keje kena buat and present. tarikh and tempat present beliau kata akan dibagitau kemudian. Aduhai...makin susah hati laa gamaknya. Tapi nak xnak kena mula buat jugak sesikit bagi aku x kalut habis bila nak dekat tarikh kena present tuh nanti. Aku nak master, bukan nak jadi monster. (@__@)


*keadaan katil dilaporkan sungguh bersemak pada ketika ini. huhuhuhu*