Tuesday, September 29, 2009

Hati kembali TERCUIT?

Very the penat aku arini. (*_*) Baru balik dari Seremban. Oleh sbb arini aku baru mula nak posa 6, saja mengada pergi bukak posa jauh sikit. Jauh dari bumi Port Dickson yg x sayang aku. Kalo sayang aku, napa sanggup biarkan aku dan buah hati terkapai-kapai di jalanan for almost one and a half hours?? Penat tau tersangkut dalam jammed! Padahal arini skolah lepaskan budak balik pukul 5.45pm sbb takut jalan jammed. So, pukul 5.50pm aku da keluar dari skolah. Kengkonon berharap untuk selamat dari jerangkap jalanan (aka jammed) tetapi malang berbau-bau..tersangkut jugak akhirnya. Bayangkan laa tersemput-semput buah hati aku kejap jalan kejap berhenti from area Hotel Mesra tuh sampai laa ke roundabout nak masuk ke highway! Tuan punya buah hati lagik laa rasa nak semput! Sejam setongah den dalam jammed! Nasib baik Ida ada kat sebelah..kalo tidak, mau aku sawan membebel sengsorang sampai ke rumah! (*_*)

Dua tiga arini, sesiapa yg berbesar hati nak makan angin ke kawasan atau pantai Telok Kemang tuh, baik laa kecikkan balik hati anda. Kawasan sana mmg bz tahap wali-wali skang nih. Almaklum laa Pilihanraya Dun Telok Kemang da nak dekat. Mmg bz dengan hal-hal pilihanraya aje laa. Semalam Menteri Pelajaran mai tuk majlis pecah tanah SK Taman Intan..Arini, PM & wife pulak mai kat Kem tentera (aku x sure yg mana satu. Byk sgt kem tentera kat PD nih!). Lepas tuh depa pi ke kawasan penamaan calon pulak. Sudah laa tempat tuh sebelah aje ngan highway. Mmg sesak habis laa that area. Unfortunately, aku pergi skolah mmg nak xnak kena lalu kat situ. Mana ada jalan lain lagik. So, nak xnak kena jugak laa tanggung risiko mengharung jalan jammed! Tadi masa tengah tersangkut kat jammed tuh, kete yg bawak PM & wife lalu sebelah. Tp ke arah yg bertentangan laa. So ternampak laa Datin Rosmah kat dalam kete tuh. PM aku x nampak laa pulak. Ada laa kot duduk sebelah tuh. Tapi x kira laa...hati tetap bengkek arr sbb sejam lebey sangkut kat jammed tuh! Sudah laa aku posa. Pukul 6.30pm, still kat area Kondo Marina tuh. Nasib baik laa pukul 7.00pm aku berjaya sampai kat rumah. Thank God for highway! (@_@)

Arini pi skolah, aku bawak kuih raya. Yg sebenarnya aku x teringat yg semalam aku da janji dengan bebudak kelas aku yg arini nak buat jamuan kelas. Masing-masing bawak kuih raya and makan ramai-ramai. Before pi skolah tadi baru teringat. Alamatnya mmg aku just bawak kuih raya untuk kasik bebudak makan antara depa aje laa. Aku nak makan sekali x dapat laa sbb arini aku posa! huhuhu. Sengal betul. :p Last-last aku tengok aje laa bebudak nih makan dengan lahapnya. Pastu aku kasik laa duit raya kat depa mengikut nawaitu tempoh hari. Tapi untuk mengelakkan kempunan, aku ambik laa jugak beberapa ketul kuih raya yg bebudak nih bawak and masukkan dalam bekas untuk dibawak balik. Lepas bukak posa baru aku makan. keskeskes..

Oleh sbb aku pi skolah pakai baju raya kaler oren aku tuh, ada jugak akak-akak nih tegur, orennya aku arini. Maklum laa orang suka kaler hitam. Harus dipandang pelik bila bertukar ke kaler oren. Ekceli baju oren tuh ibundaku yg pilihkan. Beliau kata aku asyik pakai baju kaler hitam aje. x hitam, hijau..x hijau, coklat. Cuba laa pakai kaler terang sikit. Baru betul orang muda. Cet. Hitam kaler orang tua ke mak?? (~_*) Nasib baik aku berkenan jugak dengan baju kaler oren tuh sbb corak dia cam sweet.(Oren pun mmg sweet sbb ZAHID suka oren dan ZAHID pun sweet) Kalo nak harap aku pi kedai kain carik baju kaler oren by myself, owh mintak maaf banyak-banyak. I'd rather pick Black (or green). Hitam itu indah. Hijau jugak indah (sbb tuh baju aku banyak hijau jugak :P) Kalo aku duduk kat negera omputih, mesti aku akan berada dalam kelompok gadis-gadis Goth. Lepas tuh muka jadik macam nih..



atau macam nih...



tapi semestinya BUKAN macam nih..



sbb x comel. (*_*)(*_*)(*_*) (OK, SEMUA NIH GURAUAN SEMATA-MATA)

Back to reality. Tiba-tiba kecoh pasal 'AKU ADA BOYFREN' di kalangan some teachers. Padahal aku x confirmkan dengan mulut aku sendri pun lagik pasal tuh. Senak perut aku nak menjawab soklan by soklan. (~_~) Nih suma gara-gara Han Chee Tai call masa last day skolah aritu (before cuti raya). Masa tuh aku tengah duduk dengan cikgu-cikgu nih kat dewan. Tiba-tiba dapat sms from Han Chee Tai - Kenapa xnak angkat fon? Belum sempat aku mau reply, henpon berbunyik pulak. Beliau laa yg call. Rupa-rupanya before sms tuh ada jugak beliau call dalam 3 kali tapi aku x angkat. Aku x perasan langsung henpon bunyik sebelum tuh. Entah apa tebiat tah pakcik nih call aku waktu keje..Selalu tuh mana pernah beliau call aku taim keje. Aku jawab aje fon terus kena "Busuk"! Ceh..suka sangat panggil aku Busuk since dulu-dulu lagik. Dulu masa keje kat PTPL, siap kena usik dengan Shai & Nurul. Kenapa korang dok panggil masing-masing Busuk? x romantik langsung. Kalo nak manja pun selalu orang panggil BUSHUK atau BUCUK. Ini x...BUSUK terus. Tah apa-apa korang nih. Begitu laa kata Nurul. *sob* (~_~) OK, MEMORY LANE IS CLOSED.

Back to reality again. Kebetulan at that time ada Cikgu Jai & some other male teachers kat situ. Aku segan, terus aku lari masuk ke bilik dewan. Tapi ada pulak Sir Miad, Cikgu Mad, Abg jeruk and a few others dalam tuh. Aduhhh. Tatau nak lari kemana lagik. Terus berlagak macho duduk kat kerusi Kak Liza sambil menjawab call from Chee Tai. Lepas tuh tiba-tiba pulak Kak Fete masuk terus tegur aku, "Hai..borak dengan boyfren eh?" Giler kuat! Aku tatau laa Chee Tai dengar atau x. Mintak-mintak laa x dengar. (~_~) Belum sempat aku nak tarik nafas lega, Sheila pulak datang cakap, "Haa..marka orang Kedah eh!" Cis. mesti makcik nih curik dengar apa aku cakap. Aku terus tampar tangan beliau suruh senyap. Chee Tai pulak diam tiba-tiba. Aku x sure beliau dengar atau x. Lepas tuh beliau gelak-gelak. CEH. Sah-sah laa beliau dengar. Hampehhh. Yg lain-lain kat dalam tuh pun for sure laa dengar. Da budak Sheila tuh cakap kuat giler. Padahal bukan beliau tau pun aku cakap dengan sapa. Habis kecoh pasal aku borak dengan 'boyfren' kat fon tiba-tiba.

Bila aku keluar pi kat dewan balik, Cikgu Jai pandang aku dengan muka terkejut. Kak Ayu pulak pergi cakap kuat-kuat 'boyfren' aku yg call and aku nampak cam ceria sangat. Cikgu Jai pun terus tanya aku secara direct..tade tapis-tapis langsung! "Awin da ada boyfren win? Orang mana." Adui..senak betul perut aku masa tuh. Terus aku cakap 'Mana ada'. Beliau cam x puas hati tapi aku malas nak layan. Bior laa nak anggap apa pun. He was my old flame. Tuh aje yg aku leh cakap. Lain-lain tuh kasik simpan kemas-kemas. (@_@)

Arini, aku ingat citer tuh da habis da..rupa-rupanya da melarat sampai ke Cikgu Nuar si beruang Pooh ngan Tengku R pun tau! Arr masak...x sudah-sudah lerr Cikgu Nuar dok sakat aku pasal tuh. Kak Ayu pun sama. Aku diam aje laa..da tatau nak komen apa. Biar aje laa depa anggap citer tuh betul pun. Elok jugak. x payah nak hadap orang-orang yg suka sangat nak kenen aku dengan orang tuh or orang nih lagik kan?

Monday, September 28, 2009

Hidup kembali normal.

Salam frens.

Arini awal pagi lagik aku da gerak pi skolah ngan buah hati. Nak kata awal benor tuh tade laa. Dalam pukul 8.00 lebey laa jugak. Dengan buah hati x panas enjin lagik aku da bantai menggasak on the road. Nak cepat punya pasai! Kalo tau dek atuk aku, mau kena hempuk dengan batang paip! Syhhhhhh. Diam-diam sudah. x comel laa bawak slow. (@_@) ADIK-ADIK SILA JANGAN TIRU AKSI GANAS MCM NI. NAK TIRU PERGI AMIK LESEN P DULU, OKEH? :P OK, aku merepek. (~_~) (INSAF)

Sebenarnya pergi skolah pagi-pagi tuh bukannya apa. Sbb nak hantar kupon aje. Dengan x mandinya.. Alamak terkantoi pulak. (@_@) See...x mandi tapi maintain comel. Dengan syarat mesti basuh muka, gosok gigi. Kalo x, lembu tepi jalan pun mati nanti. (*_*) Hasil daripada pecutan tanpa henti, aku sampai ke sekolah dalam pukul 8.35am. Cepat-cepat angkut kupon yg beribu-ribu lemon tuh pindah masuk ke dalam kete Kak Siti Zunairah yg x berkunci. Kenapa x berkunci? Aku yg suruh beliau jgn kunci supaya senang aku nak merompak. Acah aje! :p Supaya senang aku nak masukkan kupon-kupon tuh dalam kete beliau laa. Pastu mintak bebudak Year 6 yg skang nih dok ronggeng rokiah habis datang hambik kat kete beliau. Lepas tuh aku pun balik. Sampai rumah dalam pukul 9.00am, juga hasil daripada pecutan tanpa henti. Abg Pulis musti hangin dengan aku. xpe, buleh buat muka comel mcm nih (@_@) nanti mesti abg pulis sejuk hati. :P

Pukul 12.00pm, pergi ke skolah semula as seorang yg mandi.MANDI DAN WANGI. x mandi jugak sudah wangi, mandi lagik laa wangi. Wangi kuasa 8. (@_@) Lepas tuh terasa macam artis bila terdengar sora-sora comel dok teriak "Teacher! teacher!" "Hye teacher lama x jumpa!" "Teacher, nak salam! nak salam!" Hoh..(~_*) Aku yakin barisan pelakon seperti Scha, Lisa Suriani mahupun Intan Ladyana pasti akan sentap jika terbaca kenyataan macam nih. Sbb aku lebey famous dari depa kat skolah. kahkahkah (TATAU APA MOTIF AKU TYPE AYAT MACAM NIH (?))

Oleh sbb some teachers terlibat menyambut kedatangan Menteri Pelajaran (Tan Sri Muhyidin Yasin) untuk merasmikan majlis pecah tanah untuk pembinaan skolah baru kat Taman Intan Perdana (SK Intan Perdana), kelas untuk sesi petang terpaksa distatikkan, which means each guru kelas kena stay kat kelas memasing sampai laa waktu akhir. Nak taknak kena laa menghadap muka bebudak yg sama aje sampai ke petang! Nasib baik bebudak aku jenis dengar kata jugak. Kalo kena statik kat kelas yg terlebey aktif, mau pengsan 5 ari! Bebudak nih pulak baik hati pulak pakat bawak kuih raya nak kasik kat aku. huhuhu comel sungguh. Bila aku tanya, banyaknya bawak kuih. Depa kata saja bawak nak bagi teacher. Waaaahhh murah hatinya anak-anak murid aku. Sama macam teachernya jugak. Tapi sejurus selepas itu...

"Teacher...kata nak bagi duit raya???"

arrrrrr ini bukan udang di sebalik mee lagik da nih! Nih kuih raya di sebalik balangggg terus! ahahah comel betul anak-anak murid aku. :p ;P

Oleh sbb arini aku niat nak bagi duit raya kat anak-anak cikgu yg aku rapat, aku bagi yg tuh aje laa. Esok baru sambung aktiviti membagi duit raya kat bebudak kelas yg aku ajar pulok. (^_^)

Malam nih, for the very first time aku bincang pasal kawin secara serius dengan my mom. Tatau camana buleh tertimbul pulok isu nih. Tiba-tiba aje. Oleh sbb da x ramai umat baca blog nih, rasa selesa sikit aku nak cakap pasal private life aku. Tapis sikit-sikit jugak laa. ehehehe. My mom kata, if ada orang betul-betul nak kawin dengan aku, sila bawak mai umah jumpa mak abah. Erkk...giler direct mak aku kali nih. x macam selalu bertapis-tapis. Aku pulak punya laa sengal pergi tanya, "Kalo bawak, mak marah x? Takut mak marah aje." huhuhhuhuhuh mak aku cakap nak marah apanya. Da besar, bukannya budak-budak lagik. "Bukannya mak nak marah budak lelaki tu pun." Mmg direct mak aku kali nih. SUNGGUH DIRECT! (*_*) Sambung my mom, "Kalo da berkawan berdua tuh kena laa ada tujuan baik. Seeloknya bincang berdua elok-elok kemana arah tuju hubungan tuh. Betul-betul nak atau tidak." Errr..kelu lidah aku kejap. Lepas tuh aku jawab *tuuuutttttt*.. My mom cakap *tuuuuuuut*. Lepas tuh *tutttttttttt*..*Tuuuuuuttttt* dan *tuuuuuuuuuuut*. (TAPIS) Lepas tuh aku cakap, "Tengok laa.." (ALASAN NAK UBAH TOPIK (@_@))

Kesimpulannya, aku suka PETAI. BUSUK, tapi besh. Suka kat POOH jugak tapi nanti ada orang tuh marah ugut nak tikam aku. (Kan Aju? :P)


Saturday, September 26, 2009

Ceritera RAYA saya..

Salam Syawal & salam RINDU.


Aik? Baru one week x meraban kat blog sudah rindu? OWH YES. Seriously, RINDUUUUUU sangat. Tapi lagi rindu dekat hurm..NEVERMIND. (@_@) *icon bajet comel*


Masuk blog orang, rata-rata dok citer pasal raya. Eh xleh jadik. Aku pun nak citer jugak. Tapi raya aku maybe x seseronok raya orang lain kot. Tatau pasai apa, this year, aku macam tade rasa excited sangat. Gambar raya pun tade. (~_~) *sob* Entah apa punya sengal. Buleh x terfikir langsung nak hambik gambar. Padahal my kazens pun ada kat sini pagi raya. Maybe aku bz dok sesiap nak balik kampung abah yg 'jauhhhhhhhhhhhh' sangat kat Jelebu sana tuh. Hoh..Jauhhhhhhh laa sangat. (*_~) Aku pakai serba OREN. Tatau kenapa mesti nak mention pasal nih. (ZAHID,I MISS YOU.)


Sehari before raya, selain bz buat persiapan, kami sekeluarga pergi ziarah pusara arwah nenek. Kami decide pergi petang tuh sbb x crowded sangat. Ada jugak laa family lain, tapi x seramai macam masa pagi raya. Lepas baca yassin untuk arwah nenek, aku singgah jugak ke pusara arwah kawan baik aku. Lepas tuh balik.


Malam raya tuh, orang datang takbir kat rumah. Tempat lain aku tatau laa camna tapi kat sini orang surau still datang takbir dari rumah ke rumah lagik macam zaman dulu. Cuma bukan semua rumah laa nak buat. Tapi rumah aku buat laa. Unsurprisingly, dia tuh datang takbir kat rumah aku. Unsurprisingly jugak, dia yg mengetuai takbir tuh. Aku dengar suara dia dari dalam bilik aje. My mom siap puji kata sora dia besh laa apa. Hurm. Mmg sora dia besh pun. Aku segan duduk kat living room sbb suma lelaki kan.. So before depa mai takbir tuh, aku cecepat tolong Mak Ngah siapkan juadah tuk depa. Kasik my mom rehat pulak sbb dari awal pagi lagik beliau da sibuk kat dapur. Lepas setel hidang suma, aku lari masuk bilik. keskeskes. So, tunggu punya tunggu, depa mai dalam pukul 10.30pm! Abah, atuk ngan Pak Ngah yg duduk skali dengan depa kat living room. Lepas depa balik, abah tiba-tiba cakap kat aku yg dia tuh tanyakan aku. Dia tanya aku mana. Abah cakap, "Ada dia kat dalam. Dia malu." *gulp* telan liur macam telan guli. Mana ada aku malu. Aku segan aje lerrrr. Lagipun buat apa nak tanya pasal aku lagik..kalo wife dia tau x pasal-pasal jek aku kena jeling. Tapi lantak demo laa nak jeling ke apa ke. Aku dulik apa. Bukan aku kaco laki hang pun. Huh. (*_~)


Berbalik kepada citer raya.. First raya tuh, macam besa laa kami pulang ke Jelebu. Kalo dulu tuh balik jumpa atuk belah abah. Tapi now, since beliau da tade, balik rumah Mak Su aje laa kat Peradong (Jelebu). Before that pergi ziarah pusara arwah atuk dulu. Petang tuh baru balik semula ke Port Dickson terchenta and pergi beraya rumah sedara mara. Pergi rumah Nek Su aku kat Taman Desa Permai terpaling besh sbb dapat makan Almond London yg mama aku buat. Mama nih my mom's kazen tapi aku da terbesa dari kecik panggil beliau mama. Aku sebenarnya x suka Almond London. Aku prefer samperit. Tapi yg mama aku buat nih mmg irresistable! Kalo buleh aku nak makan habis satu balang tapi sebagai sorang anak dara kontrol ayu, harus kukawal hawa nafsu supaya sentiasa kelihatan comel macam nih -> (@_@). (MENYESAL GILER sbb almond london tuh mmg SEDAP *sob*)


Selepas menghabiskan sisa-sisa raya pertama di bumi Port Dickson yg disayang selalu, kami pun segera berangkat ke Perak darul Ridzuan seperti yg aku mention dalam previous entry. Cuma plan ke Penang takde darul terpaksa dicancel atas sbb-sbb yg x dapat dielakkan. Plan ditunda ke Disember. (~_~) So, hanya pergi ke Perak. Urusan keluarga yg dimaksudkan ialah majlis petunangan adik Mak Ngah aku (Pak Ngah aku nye adik ipar ler). Meriah! Terlebey seronok aku sekejap. Macam aku pulak yg nak bertunang. har har har. Ramai orang kampung datang. Pakcik Mazlan (abg Mak Ngah) masak nasi ayam besh giler! Marbelesssssssssss. Makan sehingga menjilat pinggan (PERUMPAMAAN SAJA). Before family belah tunang adik Mak Ngah aku tuh datang, suma orang da makan dulu! muahahaha. Nasib arr kan..sapo suh si tunang mai lambat sangat. Mengikut perancangan, depa nak mai dari Ipoh kul 3.00pm tapi pukul 5.00pm baru sampai. Rupa-rupanya sangkut kat jammed! Highway mmg jammed aritu. Kami mai dari PD pun sangkut kejap kat highway sbb jammed. Pukul 12.00pm baru sampai kat rumah besan atuk aku tuh. Padahal bertolak dari sini pukul 6.45am. (*_*)


Apa yg aku buleh simpulkan, beraya kat Perak (Pantai Remis) mmg besh. Bila balik ke PD semula, terus rasa macam x besh. This time belum dapat berkumpul ramai-ramai lagik dengan kengkawan kat sini. x macam raya tahun-tahun sudah. Kali nih, ramai yg da balik bekerja since raya ketiga lagik. Tuh laa yg x besh bila da masuk alam bekerja nih..Kalo dulu zaman skolah, x payah fikir pasal kerja. Taim raya aje kumpul ramai-ramai, gi raya ke rumah masing-masing. Kalo dulu arwah Charlie ada mmg paling besh. Sbb arwah pandai masak mee goreng. Walaupun aku seorang wanita, mee goreng aku kalah di tangan mee goreng masakan arwah Charlie, kawan baikku seorang jejaka. (SIYES MALU) Tetiap tahun we all suma mmg akan serang rumah beliau aje laa..mee goreng punya pasal! Tapi now hanya tinggal kenangan aje laa..sbb arwah da tade kan..(AL FATIHAH)


Aku hanya sempat beraya ke rumah Nani aje dalam minggu nih. Nani buat bihun tomyam besh giler! (AH SEMUANYA BESH AKU NIH) Mula-mula ingat nak ke rumah kengkawan lain sekali, tapi x berkesempatan lagik. Tengok laa minggu depan. Dengan Yulia Fitri yg kurindui selalu (POYO) pun belum dapat bersua lagik. Sbb beliau da start keje masa raya ketiga! Menyampah betul sy dengan saudari. Mengapa perlu bekerja di hari raya? (~_~) Lepas tuh, niat nak jumpa Liza pun x kesampaian jugak. Yg kesampaian hanya satu. Hasrat nak pergi tengok FINAL DESTINATION 4. ehehehehehehehehehe (X FAHAM APSAL KENA GELAK PANJANG MCM NIH)


As usual, aku pergi tengok sorang-sorang. Macam poyo jek siap book tiket bagai..skali tengok-tengok panggung kosong! wakakakakaka. (SENGAL BETUL) Ada laa dalam 3 row aje penuh.. Aku sorang aje dok kat seat yg leh booking online. AKU SORANG AJE. Lain suma duduk kat seat atas-atas..suma pun beli kat kaunter aje. Musti depa pelik tengok aku sorang-sorang jek duduk kat F! Seriously, aku rasa macam nak telan bekas pop corn masa tuh.. :"> (MALU) Sudah laa tuh..Final Destination yg ke-4 nih tade laa sebesh yg lepas-lepas. Kira buleh tahan aje laa.. Tapi xpe..tade laa x teruk pun. Cuma x thrill sangat cam yg 1,2,3. Nih just pendapat aku aje laa. Orang lain mungkin berpendapat yg berbeza. (^_^)


Semalam pulak...aku bz dok setelkan kupon tuk HARI KANTIN skolah 4 Oktober nih. Sesapa nak datang, sila laa. Buleh beli kupon satu RM10. eheheh sempat promote tuhhh. :p Sebenarnya program nih cikgu Year 6 punya program & lambat lagik mengikut tarikh asal.. Tapi oleh sbb nak dekat pilihanraya DUN Telok Kemang..skolah buat cepat sikit. Lagipun menurut kata Incik GPK, ada menteri mungkin datang lawat skolah aku masa hari kantin tuh..Lagik pulak Incik GPK tuh merupakan salah sorang calon yg akan bertanding dengan Tan Sri Isa Samad (bekas MB Negeri Sembilan) untuk ganti arwah YB Azman yg meninggal dunia ramadhan lepas.. Mmg skolah nak buat besar-besaran lerr HARI KANTIN tahun nih. Aku dengan Kak Siti Zunairah laa yg semput kena setelkan hal kupon. 4000 keping kami nak buat! Puas aku dari semalam sampai sakit-sakit pinggang duduk membuat benda tuh aje. Akhirnya siap jugak yg bahagian aku. Ada laa dapat dalam seribu lebey. yg bahagian Kak Siti aku tatau laa. Giler penat! Fuhh.. Lepas nih satu keje pulak lagik nak menjual kupon tuh kat bebudak & cikgu. Huwaaaaaaaaaaaaaa mengapakah kudiseksa sebegini??? *sob* Penat wey jadik Bendahari nih. Tahun depan aku nak cakap kat Bonda Tijah aku tamo da jadik Bendahari. Da 2 years in a row aku yg jadik. Next year kalo nak jugak bagi aku pegang jawatan, sila bagi jawatan lain. Lebey afdal jangan bagi jawatan langsung. (@_@)


OK sudah penat membebel. Esok-esok kita sambung. Mau layan Supernatural Season 5 episod 3 pulak! Daaaaa..!(^_^)











Saturday, September 19, 2009

SALAM AIDILFITRI

Salam everyone.

Tahun nih tade kad raya nak tempek kat sini. Malas nak search grafik kad raya. Nak reka sendri, haram aku x reti. huhuhu x kreatif laa katakan. :p

Di kesempatan ini, saya aka Cikgu Wiween, Ween, Awin, Azwina (or whatever u call me) ingin mengucapkan SALAM AIDILFITRI buat semua, sama ada yg rajin singgah sini baca blog saya yg x seberapa nih, ataupun yg tersesat ke sini, ataupun yg da x hingin nak masuk sini pun, tapi tetiba terbaca pulak this entry dan jugak buat sahabat-sahabat yg sentiasa bersama saya walau di mana saya berada. Ececec da macam ucapan kat radio.:p

Di kesempatan ini jugak, ingin saya memohon sejuta (kali 4000) kemaafan jika ada tersilap kata atau terkasar bahasa dan jugak jika saya ada tersinggung perasaan mana-mana pihak atau individu sama ada secara sengaja ataupun tidak. Ampunkan kami penunggu gua. Mohon MAAF ZAHIR & BATIN. (Mohon duit raya jugak buleh? (@_@))

Sama seperti tahun-tahun yg lepas, lebaran saya hanya sederhana (cuma baju jek terlebey sikit :P). Akan pulang ke kampung ayahanda yg 'jauuuuuuuhhh' di Jelebu sana (CEH jauh laa sangaaaaat) lepas tuh mungkin akan ke PERAK atas urusan keluarga. MUNGKIN. Mungkin jugak akan ke PENANG selepas itu. MUNGKIN. Bergantung kepada tahap kesihatan orang tua. RINDUUUUUUUU nya sama Penang. Kampung halaman arwah nendaku. Sudah lama tidak ketemu saudara-maraku anak mami semua. Apa khabarmu di sana? Lama sudah x berjumpa (RAMLAH RAM tolong cakap) Asyik pergi ke JOHOR saja sampai terlupakan saudara-mara di PULAU PINANG tanah tumpah darah moyangku. Macam orang lupa daratan. (~_~) INSYA'ALLAH ada rejeki kita akan ketemu. Ingin sungguh bertemu depa semua esp. dua pupu merangkap kekasih gelapku sewaktu kecil (yg skang mungkin da x gelap da) aka Yusof. Waahhh comel betul memangilmu Yusof (padahal panggil MEKSOP aja hakhakhak) Nasib baik namaku bukan Zulaika, jika tidak mungkin kita berjodoh. Namun kutahu, MUNGKIN TIDAK. ahahaha (AKU DA MULA MEREPEK)

Buat semua, semoga AIDILFITRI kali ini membawa seribu RAHMAT dan BERKAT dari ALLAH swt.

Doa saya, semoga semuanya bergembira. Errr macam comel pulak membahasakan diri sebagai SAYA. (@_@)

TATA. Nak tolong my mummy buat persiapan nak masak rendang!


Wednesday, September 16, 2009

Beli, beli, beli!

Salam.

Pejam celik pejam celik. Kejap aje da nak raya. Dan aku macam makin malas. Yer, MALAS. Ibu bapak da bising pok pek pok pek suh aku kemas rumah habis-habisan tapi aku masih malas. Yer, MASIH MALAS! hohoho apa nak jadik laa anak dara sorang nih eh? (@_@)

Aku tade kasut raya..How sad! (~_~) Mmg langsung terlupa habis nak pergi tengok kasut raya idaman hati. Aritu pergi Midvalley pun macam tade nafsu nak beli sangat. Nafsuku hilang entah kemana sepanjang Ramadhan nih. Tapi bagus jugak, jimat berbelanja. ahaha. Jimat ker? Kalo da asyik sakan membeli baju raya aje jimat pekebendanya tuh.. Ceh..(*_*) Baju raya aku ada banyak pasang. Sebenarnya aku sendri x perasan baju da banyak. Sbb nampak berkenan aje, beli. Beli, beli, beli. Bila aku tengok balik dalam closet.. Mak datuk..da macam nak roboh! Carca marba baju kurung aku. Padahal slalu taim raya aku pakai dua atau tiga pasang aje pun. Lebey-lebey, NO. Tapi kali nih da siap buleh simpan untuk raya haji sampai raya tahun depan kot? Hoh...macam x percaya aku TAMAK HALOBA sebegitu rupa. (@_@) Tudung pun sama jugak. Beli, beli, beli! Nih esok nak hambik yg lagik 4 pasang baju yg aku tempah kat Makcik Kak Elisa. Melayang laa dalam 200 ringgit malaysia duit upah. Nasib baik aku cikgu. Pakai baju kurung everyday pergi keja. If not? Mmg wajib kasik cop SI TAMAK HAKIKI kat dahi. x pun kasik penampar lima nam das kasik berpijak di bumi yg nyata balik. (@_@) HAPUSKAN AMALAN BOROS! (IKLAN SIKIT)

Esok last day pergi skolah before Aidilfitri. Sebut Aidilfitri teringat Yulia Fitri. Kawan skolah aku yg dirindui selalu. Bilakah kita akan bersua? Sy rindu akan saudari. (POYO) Tiba-tiba aku rasa makin malas. Esok bebudak pun mmg x ramai. Bebudak nih awal-awal da sound aku, "Teacher, esok sy x datang dah. Nak balik kampung." Ada tuh lagik besh ayat dia, "Teacher, ayah sy x kasik datang, nak balik kampung." huhuhu kiut. ;P Balik laa bebudak wey..balik jangan x balik. Teacher kau nih nasib laa mmg duduk di kampung halaman sendri. Kalo tidak, SEMALAM lagik teacher da mintak cuti cargas balik kampung! hehehehehehehehehehehehe. Tak faham betul aku kenapa mesti menaip gelak begitu panjang. (KOMPIUS KEJAP)

Esok jugak kena pergi Meeting Hari Kantin. *sigh* Sempat lagik tuh skolah nak buat Meeting. Tatau ke orang suma da diselubungi mood raya?? Tade maknanya nak ingat kantin apa suma tuh. Ingat KAMPUNG lagik bagus. Tapi oleh sbb da mmg tanggungjawab, redha aje laa esok. Redha, redha pun, kepala hotak da melayang ingat ketupat, lemang, rendang ayam, rendang daging, kuih samperit, tart nanas, tempeyek, dodol, almond london, bunga api, mercun padi..Erkk...MERCUN PADI? Ahaa..abah aku dulu masa aku kekecik rajin bawak balik mercun padi nih pastu bakar POM! POOOMMM! (bunyik sound effect mercun. x pasti tepat atau tidak bunyik dia) Tuh x masuk bunyik MERIAM yg bebudak bujang kat tempat aku nih bakar waktu malam raya. Kuatnya toksah citer arr..Mau mati anak ayam dengar. Mmg MEMBUNUH bunyik dia. (*_*)

Aku pulak x main laa meriam, meriam nih. Aku main bazooka aje. Kehkehkeh. Acah aje! :P Giler kau nak main bazooka. x pepasal kena gari ngan pak pulisi. Main mercun pun pak pulisi da marah. Apatah lagik meriam suma bagai.. (@_@) Aku just main BUNGA API kecil-kecilan aje.. Pastu mercun pun kecil-kecilan aje. Alaa MERCUN POP! POP! tuh.. Yg dalam kotak kecit kaler kuning tuh..yg bila baling kat jalan jek POP! POP! bunyik dia. Ahaks. Tuh zaman kekecit dulu laa. Skang da x main da lerrrr. Tade nafsu ke arah mercun. Ingat nak main tembak-tembak aje macam Inspektor Aliza. (@_@) *Pinjam pistol buleh, saudara di utara sana?*

Malas betul laa nak pergi skolah esok.. Kenapa malas sangat nih hah???? Tuluuuunnnn!


Tuesday, September 15, 2009

Hancur luluh hati aku...

Bila tiba musim perayaan macam nih, mula laa keluar iklan PETRONAS yg bermutu. (Kalo x tuh asyik iklan 'Dapatkan Transformers' aje manjang (*_*) ) Buat aku rasa sedey satu macam jek.. Esp iklan yg MURAI tuh. Lepas tuh yg anak dia tulis surat mintak upah duit dari bapak skali bapak balas jumlah duit yg da digunakan since si anak lahir. Lepas tuh last skali, jumlah upah, tade nilai. Sbb "Ayah terlalu sayangkan anak ayah." Huwaaaa rasa macam nak menangis 18 baldi! Yg MURAI tuh pun sama jugak. Si bapak tua dok tanya burung apa. Si anak jawab macam meluat aje. "MURAI. MURAI!" Padahal masa dia kekecit si ayah laa dok hencang dia atas bahu, lepas tuh dia pulak dok tanya berulang-ulang kali "Burung apa ayah?". Si ayah sabar aje menjawab.."Murai nak.." "Murai laa sayang" entah lebey 10 kali ke apa. Sikit pun tade marah. Arrrghhhh kenapa laa iklan macam nih buat aku rasa cam dada kena hempap ngan batu?? Sampaikan meleleh jugak arr ayaq mata setiap kali tertengok iklan nih kat tv. SETIAP KALI, tau! Nasib baik x terkantoi depan abah. Kalo tidak, mau forever menanggung malu. Sbb selalunya aku yg suka dok gelakkan abah setiap kali beliau meleleh ayaq mata tengok iklan/ cerita sedey. Skang sapa patut gelakkan sapa?? Aik..hemo nampak? Err...(~_~) (INSAF)

Lagik satu...tadik tertengok jugak Bulletin Utama. Depa tunjuk warga emas yg anak-anaknya hantar tinggal kat Rumah Orang-orang Tua. Dekat mana aku x perasan pulak. Tapi yg pasti mmg giler sedey...Tb3 tunjuk laa ada sorang Atuk ngan Makcik nih ngah buat ucapan untuk anak memasing. Makcik tuh doakan semoga anak-anaknya gembira dan bahagia. Yg Atuk tuh pun sama. HANCUR LULUH HATI AKU. Kenapa laa buleh wujud dalam dunia nih makhluk yg Allah taala kurniakan tubuh badan yg sihat walafiat tapi tergamak menghantar ibu bapak sendri pergi tinggal kat Rumah Orang-orang Tua eh?? Macam kejam giler jek aku rasa! Depa x terfikir ke susah payah mak bapak besarkan depa?? Mak bapak laa yg susah-susah kasik didikan agama, pelajaran yg cukup sampai laa depa besar dengan sempurna dan berjaya jadik MANUSIA tapi tuh yg depa balas. Walaupun da berjaya,ada kerja bagus sekalipun, tapi tergamak pi hantar mak bapak dok rumah orang-orang tua tuh manusia kejadah nya gitu eh?? Lebey hina dari hanjing! Fuh..mmg bikin hati panas betul.. (*_*) Bawak bertenang kejap. (ISTIGHFAR BANYAK KALI)

Sementara ada baki Ramadhan nih, moh laa sesama doa bebanyak semoga kita TAK AKAN tergolong dalam golongan cam hanjing giler kejam nih. AMIN. Giler sayang ngan ibu bapak wey! Aku x dapat bayangkan camna rasanya kalo tade ibu bapak. Berjauh kejap pun da windu tahap wali-wali...nih pulak bila tade langsung depan mata.. Wuuuuu x sanggup wey! Aku x faham napa laa depa nih sanggup buang mak bapak sendri?? Apa laa salahnya jaga sendri mak bapak..len laa kalo mak bapak kau tuh da tade. Nih da jelas still ada pastu still sihat..buleh pulak kau pi hantar kat tempat gitu eh..Apa kau fikir kau punya sibuk aje..Mak bapak kau dulu sibuk membesarkan kau, kau x fikir?? Apa punya sengal kau nih eh???? Waaarrrghhhhhhhhhh hemo betul laa aku!!!!!!!!!

Cukup..cukup. Mau meletup blog nih kang. Layan lagu Akon kejap...



Errr..tade kena mengena dengan entry tapi x kisah arr. Aku suka lagu nih. Diulangi, AKU SUKA! (@_@)

Monday, September 14, 2009

Mata Ringgit Kasorga ($_$)

Salam all.

Siapa tengok mata aku arini, mesti nampak mata kucing mata airringgit kasorga macam nih -> ($_$) Dalam kepala asyik ingatkan DUIT. Lepas terawikh terus balik rumah kira duit. Fikiran runsing x menentu betul. Mana x nya, jualan sempena bulan merdeka macam x berapa nak laku sangat. Aku kira tadik, ada laa dapat dalam 400 lebey tapi menurut kata orang pagi, macam x mengancam pulak nilai tuh kerana nilai yg lebey mengancam adalah 700. Hoh? 700?? Mana aku nak cekau lagi 300 dalam masa 2 ari?? Penutup bulan kemerdekaan ari Rabu nih pulak tuh. (Hari Wa-bz-la-dey!) Mmg masak laa aku esok..nak mengejar wang ringgit malaysia sebanyak 300 bukannya senang. Terpaksa laa 'Makcik' bukak gerai macam aritu. Macam kan 'Makcik' da tade keja lain nak buat. Udah laa 'Makcik' nak mengajar lagik, tanda buku lagik, menyinga lagik pok pek pok pek. (MEMBEBEL) (@_@)

Kat skolah arini, sana sini aku nampak kuih raya. Kat pejabat kuih raya, kat bilik guru kuih raya, kat bilik dewan kuih raya, dalam bonet keta kuih raya, kat dewan pun kuih raya. Cuma satu tempat aje tade kuih raya - Kat MULUT. Giler kau...posa-posa nak sumbat kuih raya kat mulut waktu siang. Mau kena tangkap dek pak pulisi. (*_*) Oleh sbb zaman skang nih 'kuih tunjuk' lebey popular, maka yg aku nampak tadik tuh kebanyakannya kuih tunjuk jelah. Tokey-tokey kuih (dan kerepek) sumanya bz mengedarkan kuih-kuih tunjuk yg dipesan oleh para 'pemborong' masing-masing. Apa aku cakap? PEMBORONG? Hell yeah! Kalo da beli lebey dari empat atau lima balang tuh kira pemborong laa tuh kan? Pemborong almond london, pemborong tart nanas, pemborong samperit, pemborong kerepek ubi pedas bla bla yadda yadda. Aku pemborong apa pulak? Pemborong comel macam nih -> (@_@)! kikikikiki :p ;P (PERASAN KEJAP)

OK, seriously aku bukannya pemborong. Tahun nih aku x brapa beli kuih raya sangat berbanding last year yg penuh tamak haloba. Yg aku beli kali nih just 2 jenis kuih dari Makcik kepada Adam dan jugak satu balang tart nanas dari Bonda Tijah (my Penyelia Petang) yg berharga 20 hinggit kosong sen. Nampaknya title PEMBORONG lebey sesuwei disandang oleh ibunda terchenta kali nih sbb aku tengok bukan main banyak lagik kuih raya yg my mom pesan tahun nih. Bahulu laa, tempeyek laa, batang buruk (apsal laa buruk sangat namanya. x faham aku), dan entah apa-apa lagik.. Kuih buatan asli hanya satu iaitu Biskut Ole Sayang yg dibuat pada minggu lepas oleh ibunda tersayang bersama si anak bertuah (AKU LER) mengikut resepi Nestle. Nasib baik menjadik. (@_@)

Aku sebenarnya macam terkilan sikit. Macam tension pulak x beli kuih samperit from Bonda Tijah. Aritu disuruh rasa bukan main lagik aku rasa. x cukup rasa sekali, rasa lagik sekali. Lepas tuh rasa lagi dua kali. Ceh..rasa pebenda kalo gitu. Tuh namanya MAKAN. (@_@) Lepas tuh macam berbelah bagi nak order ke tidak. Sbb ibunda tersayang sudahpun memberi harapan bahawa beliau ingin membuat kuih samperit tahun nih macam tahun lepas. Skali bila tiba akhir Ramadhan macam nih, harapan hanya tinggal harapan. x jadik buat kuih tuh tapi buat biskut ole sayang tuh aje. *sob* Sedey..(~_~) Samperit mak aku besh wooo..kalo buleh nak makan satu balang. Tapi oleh sbb anak dara kena buat perangai senonoh sikit, so kena behave. x buleh makan satu balang, satu bijik cukup. Nih cerita tahun lepas laa. Tahun nih jangan kata satu balang, satu bijik pun x dapat nak makan. xpe..tunggu raya haji mintak ibunda buat jugak! xpun buat muka x malu pergi raya rumah kengkawan yg ada kuih samperit. Makan satu balang kuih pun tade orang nak larang. kikikiki (ADIK-ADIK JANGAN BUAT PERANGAI X SENONOH MACAM CIKGU)

Sebelum tido, nak main Sorority Life kejap. Aku geram orang asyik curik duit aku! Penat arr fight!! Ggggrrrrrr


Comel.

Salam.

Sekejap aje da malam ke 24 ramadhan eh.. Lagik 6 ari nak habis Ramadhan. Aku macam sedey giler, tatau kenapa. (~_~)

Satu perkara comel telah berlaku arini. Nama ibunda mengecall handphone ibunda sendri! OK, ayat aku x besh. Yg sebenarnya, masa handphone aku rosak aritu, aku guna sekejap handphone ibunda aku. Aku save laa nama ibunda dalam phonebook as "Bonda Kusayang". Lepas tuh, aku buleh x perasan sampai skang yg aku tersave salah number. My mom's number is 017 bla bla yadda yadda. Tapi aku pergi save 012 bla bla yadda yadda. Kira number yg sama tapi pangkal yg berbeza laa. "Apakah punya sengal anak bertuah ini" mungkin itu getus ibundaku dalam hati (*_*)

Semalam, satu perkara ajaib berlaku. Tiba-tiba masuk topup RM20 kat handphone my mom. My mom terkejut jugak, kenapa tiba-tiba masuk topup. So beliau pun fikir, maybe ada orang salah masukkan. x lama lepas tuh, tiba-tiba handphone beliau berbunyik. Lagu Cinta Kain Putih wa cakap lu (@_@). Anak bertuah yg setkan ringtone jadik lagu tuh. Nak set kat handphone sendri takut dituduh jiwang x pasal-pasal. Bikin malu aje nanti. (@_@) Tapi oleh sbb x sempat nak angkat, bunyi handphone termati sendri. Si pemanggil saja misscall gamaknya.. Bila aku hambik handphone ibunda & check sapa yg call, aku cam pelik kejap sbb "Bonda Kusayang" yg call. I was like.."Apahal lak number mak aku sendri call mak aku nih???" Sungguh pelik! Ropa-ropanya, bila aku check balik, mmg sah laa aku anak bertuah yg tersalah save number ibunda sendri. Mmg malu. Macam nak sorok balik dalam perut ibu. (~_~) Sampai skang pun asyik tersasul nombor telefon emak sendri. MALU WEY.

Arini, tiba-tiba si pemilik number 012 bla bla yadda yadda tuh sms ibunda. Sms pertama berbunyi "Selamat hari Raya". Aku pun balaskan balik. Tapi bukan dengan ucapan Selamat hari raya jugak tapi "Siapa ni?" Lepas tuh, si pemilik number tersebut pun balas balik, "Sebenarnya sy tersalah masukkan topup RM20 ke number awk. Sy nak masukkan ke number sy tapi tertekan 017 pulak." Lerrrrr...no wonder ah! Betul instinct my mom! (*_*) Lepas tuh aku pun cakap dengan ibundaku, amacam skang. Ibunda kata, sila bagi balik topup beliau. huhuh comel betul laa my mom. Siap call si pemilik number tuh, mintak maaf. Ibunda kata nama si pemilik number, Encik M. Dari Muar, Johor. Waahhhhh. Muar? Kebetulan? YA, mmg kebetulan. Ahahaha mementang aku slalu pergi Muar. Yg tersalah number pun orang Muar pulak eh? KIUT. :P

Selepas aku menghantar semula topup milik Encik M kepada Encik M sendri, beliau mengsms kembali sebagai tanda ucapan Terima Kasih atas kejujuran kami. Beliau turut mendoakan kami dilimpahi Rahmat Allah. Aku pun terus menekan button reply tanpa was-was dan mengucapkan TRIMAS (Terima kasih laa) kepada beliau. ORG BERBUDI KITA BERBAHASA. (@_@) <- icon yg comel sekali.

Malam nih aku ke surau da macam Batman. Aku tengok bayang-bayang aku pakai telekung sangat mengerikan. Mmg da macam Batman. Cuma dengan cape kaler putih, bukan hitam. Tuh nasib aku berjalan ke surau tuh. Kalo tumpang motor abah ntah apa laa ropa aku. hakhakhak. Orang da makin x ramai kat surau.. Makin ari makin sikit. Saf jugak turut berkurang. Tatau pasai pe. Maybe orang sibuk buat kuih raya. (*_*) Nevermind. Mana yg ada, teruskan perjuangan mencari rahmat Allah. Mudah-mudahan berkat bulan Ramadhan. (^_^) Ibu mertua x jadik pun tade malam nih. Windu pulak. Ecece..GURAU JELAH.

Pulang dari terawikh, aku disapa oleh sorang budak lelaki yg da x berapa nak budak. Dulu masa aku skolah, dia kecik kemetot lagik. Skang da macam pokok kelapak! (*_*) Aku pandang dia pun kena mendongak ke langit. "Kak Noor comel laa" tegur si budak. "Kak Noor." dia menegur lagik. Aku pun menoleh. "Eh wan. Ingat sapa" aku membalas. Budak nih duduk dengan Atuk dia. Jiran aku depan rumah aje. Dulu kecik-kecik selalu main depan rumah aku. Skang da besar da x main depa rumah aku. Da tingkatan 5. Tapi tinggi da macam tingkatan 15. (@_@) Tiba-tiba dia jalan seiring dengan aku masa aku nak balik. Ajak aku burak macam-macam. Aku cam segan pulak. Padahal dia budak form 5 aje. Ahahaha sejak bila tah aku jadik pemalu? PEMALU WEY. :"> :">

Malam nih entah malam ke brapa da aku asyik makan KUIH LOMPAT TIKAM. Kuih nih mmg sedap. Officially dia jadik kuih peberet aku! SEDAP! Aku da ketagih. Penagih lompat tikam nama baru aku. Amacam? (@_@) COMEL, or NOT?


Friday, September 11, 2009

Kisah HATI PAHIT

Salam.

Arini terawikhku agak berlainan daripada malam-malam yg lepas. Aku berterawikh di sebelah ibu mertua x jadik (@_@) Comel kan icon nih? Macam wajah x bersalah tapi malu. Comel kan? Comel macam aku. *comel laa sangat hak ptuih* (@_@) See..asyik nak type icon nih jek keje aku. (@_@) (@_@) (@_@) (@_@) (@_@) (@_@) (@_@) (@_@) OK cukup. Nanti orang menyampah pulak. Eh ada orang menyampah ke?? Menyampah laa kalo nak. Ada aku kisah? Huh...(~_*) (MUKA KEREK)

Berbalik kepada kisah ibu mertuaku...ehh silap! Ibu mertua x jadik ku..Nih baru betul. (@_@) Sudah lama x dapat berbual mesra dengan beliau. Slalu aje terawikh sama tapi x bersebelahan. Arini TERbersebelahan pulak. Tersipu malu aku dibuatnya. (@_@) (MALU TAPI MAHU kuakuakua) Tiba-tiba TERnampak pulak suami x jadik ku. Berbaju hijau, berkopiah putih, berkain pelekat, berambut panjang ke bahu, bergoatee kemas. CEH. Apa pasal laa tiba-tiba jadik macam ciri-ciri lelaki idaman aku?? Padahal dulu rambut pendek tade janggut muka jambu aje. Bila da jadik suami orang, da ada anak dua baru nak nampak macam lelaki idaman. CEH lagik skali. (*_*) Jarang beliau berterawikh kat surau. Slalu terawikh kat rumah jelah kot. Sbb slalu aku lalu depan rumah beliau ada aje kete beliau. Ada skali laa TERbertembung. (Berapa banyak TER tah?) Masa tuh beliau nak masuk kete, aku pulak otw ke surau. Aku buat-buat x nampak, malas nak nampak pun walaupun nampak. Arrrr apsal ayat cam hampeh tetiba. (*_*) Pastu beliau menegur pulok x pasal-pasal. Hoh...awat laa hang pi tegur. Aku just cakap "Ye" aje then jalan laju-laju cam motorbot.

Kenapa suami x jadik eh? His fault, not mine. Sapa suruh x cakap sudah menaruh hati pada Cik Azwina since Cik Azwina lepas SPM. Hah..lepas tuh mengeluh kata HATI PAHIT laa, aku x faham segala hint beliau bagi laa, lepas tuh buat muka toya HATI PAHIT laa..Lepas tuh jumpa isteri dalam tren komuter laa.. Lepas tuh mengadu kat isteri tuh (masa tuh belum jadik isteri lagik, baru kawan) konon HATI TENGAH PAHIT sbb ada sorang budak pompuan nama Azwina tuh x faham isi hatinya. Budak pompuan tuh x faham-faham yg si dia menaruh harapan yg murni so budak pompuan tuh pun buat dek aje, macam tade perasaan. lalu si dia pun membawak laa hati yg luka dan kemudian bertemu seorang gadis di dalam komuter lalu menceritakan kisah cinta x kesampaiannya itu yg diberi tajuk HATI PAHIT. Selepas itu, si dia pun menjalin kasih dengan gadis di dalam komuter. x lama selepas itu mereka pun berkahwin dan hidup aman bahagia, dikurniakan dua orang anak lelaki yg macam suka tengok aku. Bila kete aku lalu depan rumahnya, depa macam suka lambai-lambai. Lepas tuh si pembawak kete pun dipandang slack oleh emak depa..Si pembawak kete suka sangat senyum pada si emak tetapi si emak suka xnak senyum balik kepada si pembawak kete. Well, what can i say? Orang menyampah kat kita nak buat macam mana.. Macam laa kita hendak kat suami dia. Huh...(*_*)

Moral of the story is, lain kali kalo suka tuh cakap bagi terang dan jelas. Jangan suka main hint sangat. Kadang-kadang hint tuh buat orang lebey keliru. Lepas tuh si penaruh hati pun frust sendri. Padan laa muka. Tapi kalo terus terang sangat pun x baik jugak. Takut dikata bertepuk sebelah tangan pulak. Tapi x salah jika mencuba. Tapi kalo si dia mencuba jugak masa tuh mungkin akan menjadik COBAAN zaman P RAMLEE sbb si pembawak kete (merujuk kepada watak dalam perenggan di atas) masa tuh sudah ada Saudara Han Chee Tai (old flame). Masa tuh laa. Now lain cerita. (~_~) Kesimpulannya, ADA HIKMAH DI SEBALIK SETIAP KEJADIAN.

Lagik satu, bagi aku, lelaki yg sembahyang tunggang tonggeng, pergi masjid laa bagai tapi x menjaga hubungan baik sesama manusia, sakitkan hati orang sana sini, permainkan perasaan orang sana sini, tetap LELAKI YG TAK BAIK. Kadang-kadang, lelaki yg menggunakan alasan agama (konon warak laa) nih lebey bahaya dari lelaki yg nampak macam kutu berahak cakap pun main gua-lu. Tetapi in the inside, lelaki yg macam kutu berahak nih kadang-kadang lebey berhati mulia. Nampak aje macam kutu berahak tapi patuh kepada agama (cuma x menunjuk-nunjuk sangat),menjaga hubungan baik sesama manusia dan x permainkan perasaan orang. Aku bukan cakap SEMUA lelaki yer. Segelintir mmg ada. Same goes to perempuan. (which is sad, really!)

OK, sekian sahaja tazkirah malam nih. Assalamualaikum W.B.T. (@_@)

Esok nak buat kuih raya yahooooooooooooooooooooooooooooooo!


Pengalaman berharga..

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Eh x pasal-pasal pulak apahal? (@_@) <-- comel pulak icon nih. ahahaha.

Err benarnya aku mewakilkan bebudak Year 6 aje. Maklum laa sempena TAMATnya UPSR semalam, depa pun mengecapi kenikmatan merdeka laa kan. MERDEKA EXAM. keskes :p Maka semalam, berakhir laa jawatan pengawas yg kupegang. Pengawas exam lerrr. Jangan hang pi bayang aku dok pakai baju biru, tudung biru, kain biru navy pulok. Tuh pengawas skolah! Ceh. (*_*)

So, oleh sbb semalam last day jaga UPSR, semangat jadik berkobar-kobar sikit. Bebudak pun tade muka 'ketat' da. Suma muka 'lega' aje sbb semalam last day kan.. Padahal semalam ada 4 papers tuh. English 1 & 2, Science & Ujian Aptitud. Selamba habis bebudak nih...Bebudak yg jawab kat bilik lagik laa selamba badak air. Jawab begitu laju. Macam da x sabar-sabar nak keluar dari bilik tuh. Esp tang paper Ujian Aptitud. Ahaa..tuh karang citer.

Err semalam aku kena jaga kat bilik pulak. Cikgu Phan nak jaga kat Dewan. Aku orait jek. Bilik yg aku jaga budak dia ada 25 aje. Tapi cam terejal yg jugak. Ada sorang Indian boy nih giler sengal. Dia suka buat muka funny. tengah menjawab dia buleh buat muka funny. Dia sorang-sorang ajelah, x kaco others. And dia senyap. Aku cam nak tergelak terburai isi perut tapi kutahan jebat..Last-last aku pi kat dia, tanya "What are you doing?" And dia tersipu malu. ahahahaha. Pastu ada sorang budak pompuan nih..dia suka pandang aku. Pastu bila aku pandang dia , dia senyum. Banyak kali gitu. And sorang budak lelaki nih. Muka dia ala-ala selenger sikit. Suka betol mata dia melilau pandang orang. Aku cam suspek dia meniru aje sbb bila aku pandang dia, dia cam takut. Bila aku pi kat dia, tengok apa dia jawab..Ya salam...xpe..kita leave out this part. x baik aibkan orang. (~_~)

And yg terpaling memeranjatkan aku ialah...jeng jeng jeng...this boy (yg depan skali pose jari kat dagu)


OK, his name is Ahmad Syahmi. Masa aku masuk ke bilik tuh, aku da tengok muka dia da. Dia pun tengok muka aku. Muka masing-masing macam "Macam kukenal aje..tapi di mana ya??" Then aku pun pi kat dia..Aku tanya, "Nama kamu Ahmad Syahmi ye? Kamu dulu skolah kat Mersing ye?" Dia angguk. Aku tanya lagik, "Kamu ingat cikgu?" Dia pun kata, "Ingat" sambil senyum. Uhuuuu....mmg kecik ini dunia! This boy aku ajar dia masa aku praktikal kat SK Seri Mersing tahun 2007 dulu! Masa tuh dia darjah 4, katik aje. Skang darjah 6 kat SK Panglima Adnan! Tinggi sudah! huhhuh

Semalam, oleh sbb last paper, kami buleh balik pukul 4.00pm. Dari pagi buta kat skolah tuh, sampai laa ke petang. Sbb pukul 2.15pm depa kena jawab Ujian Aptitud. Ujian nih macam nak tengok kemahiran bebudak tuh menjawab soklan analitikal, logistik & minat depa ke arah apa..lebey lurang gitu laa. Ujian IQ laa pendek kata. Ada 61 soklan. Masa 1 jam setengah tapi bebudak nih pukul 3 da chow! huhhuhu. tapi ada 3 orang budak yg kat Dewan, pukul 3.45pm tepat baru keluar. Uhuk. Kena laa kami tunggu depa Tiga Abdul minus satu dara nih. (@_@) <-- icon comel.

Tik tok tik tok..pukul 4.15pm gitu baru leh meninggalkan SK Panglima Adnan. Penat, but nevermind. Mmg satu pengalaman berharga. (^_^)

And again, MERDEKA!


Pic kenangan...


*Dewan...*

*Rakan-rakan sepengawas..*

* Ujian Aptitud..huhuhu*

Wednesday, September 9, 2009

090909..

Dulu aku pernah berangan konon nak kawin menjelang tarikh nih. Giler x malu. ahahaha tapi nasib baikkkk...tarikh nih jatuh pada bulan Ramadhan! So, x jadik tawen. hihihihi gateyyy :p

Tarikh besh nih jugak membawak bebudak Year 6 meneruskan perjuangan menduduki UPSR untuk ari kedua. Dengan wajah yg masih 'ketat', pukul 7.50am depa melangkah masuk ke dalam dewan. Tapi arini ada yg tersenyum lebar mengalahkan Joker. Mungkin da cukup bersedia, ataupun da x sabar-sabar nak balik sbb arini paper Maths kertas 1 aje. ahaha. Yg pasti muka kami lebey ceria sbb pukul 10.00am da buleh cargas. muahhahahahah

Maths Paper 1 arini x brapa susah. Tapi memerlukan banyak pengiraan. Esp. soklan tang belakang. Giler panjang.. Senak bebudak nak mengira. Tapi nasib laa kan.. Da nama pun Mathematics. Kalo tamo mengira sangat tunggu masuk Universiti, taim tuh kau main bukti-bukti aje banyak. Uhuuu...i really miss those gud 'ol days. (~_~) 'Berumah' di library mencarik bahan untuk assignment Dr Alinor yg bukan sebeban lagik tapi da berbeban-beban! Lepas tuh usha budak Cina hensem meja sebelah. Pastu gelakkan budak lelaki tergelincir penuh nafsu. ahahahahah hanya aku dan Ilah Kam jek yg faham. Hello Kam, i miss you! *sob* Eh termenyempang jauh pulak. Sudah. Memory lane is closed. Huh...(*_^)

Berbalik pada citer UPSR.. Aku x jadik jaga kat bilik arini. Sbb Ustaz ngan Cikgu Phan masih nak jaga bilik cam semalam. OK fine, xpe. Jaga kat dewan pun orait tapi arini aku cam mengantuk sikit. So aku dok meround jelah menengok bebudak menjawab. Bebudak musti rimas tengok aku dok ke hulu ke hilir. gagaga. Ada tuh dok tutup-tutup kertas dengan tangan. Ececece trick lama. :P Aku masa skolah dulu pun buat cenggitu jugak. ehehehe. Rimas sey bila cikgu dok tengok kita menjawab! Tapi skang baru kumengerti..mmg tugas pengawas exam gitu. Nasib hangpa laa bebudak.. :P ;p

Paper habis pukul 9.15am. Tapi we all x balik lagik sbb dok isi borang claim ramai-ramai. Sbb ramai x reti nak isi. Tuh laa..slalu tuh dok mintak kerani tolong aje. Hah...hambik kau. :P Tapi skang aku da pandai isi da! Hooray! Eleh...macam laa slalu buleh claim. huhuhu. Lepas setel isi borang claim, baru aku balik. Akak-akak nih dok singgah kat Pasar tani kat batu 4 tuh. Al maklum laa SK Panglima Adnan tuh dekat dengan Pasar tani. Lepas tuh dekat dengan Petronas. Lepas tuh dekat pulak dengan deretan kedai..Lepas tuh dekat dengan pantai. Lepas tuh..Err cukup. Banyak sangat pulak lepas tuh aih..(*_*) (Sebenarnya nak cakap dekat dengan kedai Mama Chops Papa Grills jugak. wuuuuuuuuu)

Balik rumah, aku terus tido. uhuhuhu. Satu yg besh, esok da buleh start posa balik! Yahooooooooooooooooooooo! Tq 090909! Kau di hatiku! (^_^)