Monday, February 28, 2011
Sunday, February 27, 2011
Tatau nak letak tajuk apa.
Terlampau banyak benda nak cakap tapi macam x larat nak bercakap so mari kita taip saja. Baru balik dari berjalan benarnya. Badan penat tapi sempat main yahoo pool. Lama x main macam da x brapa nak terer. *sob* Perut pulak lapar sbb tadi makan nasik goreng ayam cili api. Giler pedas sampai x habis pon cuma ayamnya aje yg habis. har har har. Now aku sedang kelaparan. Kruk kruk perotku berbunyi tapi kutahan saja jebat. Giler kau nak makan pukul 1.47 pagi macam nih. Mau bertambah lemak-lemakku. Nehiiiiiiiiiiiiiii..Oleh itu, biarkan saja perotku berlagu rindu. Ataupon jamming lagu rock keras. (~___~)
Tadi minum milo tabur lagi. Now da muak. (@__@) Tp yg nak buat aku tergelak macam nak tersembur ayaq liur ialah ini..
Teh tarik abah! Giler gedabak besau! Padahal abah order gelas besar. Maksudnya gelas yg biasa tuh laa. Slalu kan teh tarik org buh dalam cawan tuh je..skali yg datang sebesar-besar gelas! ahahahhahah. Masa nak balik tuh sempat borak dengan incik yg buat air tuh cakap hal sebenar. Then dia cakap benarnya ada gelas yg lg besar lagi. And masa nak balik beliau juga sempat berpesan, "balik elok-elok yer" and ingin jugak kucakap di sini bahawa beliau hensem. Yer, hensem. huehehehehehehehehehehe gatai x pasal-pasal. =p
Balik teros on fb. Macam bosan da fb skang. Budak-budak kat skolah tuh ramai sebok nak add. Anak murid dan jugak yg bukan anak murid aku. Maksudnya budak yg aku x ajar..maleh nak approve. Sembang dengan member kejap. Tiba-tiba someone tegur. Yg lawaknya tuh someone tuh orang yg aku penah minat 10 tahun dulu. wahahha. SMF. Stands for Syed M*^&@%#&. Orang yg penah buat si petai mengamuk sakan dengan aku 10 tahun lepas sbb aku bagi kad raya kat dia. Eleh nak marah apahal tah masa tuh padahal masa tuh kawan baik aje pon. Over aje.
SMF nih aritu ada awek. Tiba-tiba pulak cakap kat aku da clash. Boleh percaya ke? Tapi kalau betol pon apa ada kena mengena dengan aku kan? ;) Citer 10 tahun dulu citer da x boleh pakai. Masa tuh umur 18. He was just a crush.. aku suka tengok dia dari jauh aje sbb dia kiut dan dia funny. Sapa yg x suka funny guys. Everbody loves funny guys. Now da remaja bangka macam nih da tade rasa apa da pon kat dia. So, tade guna dia flirt dengan aku lagi. Sudah terlambat 10 tahun. hohohoh. Yes, i am single but that doesn't mean i can make myself available to anyone. LOL. Love ain't cheap. =) Kini hanyalah tinggal kenangan, bak kata feminin. heheh.
Aku da muak bila lelaki suka buat ayat macam nih - "Walaupon awak tolak sy, sy tetap tunggu awk" x pon, "Sy tetap nak kat awk dan sy akan tunggu awk sampai hati awk terbukak utk sy". Wey, da basi laa pick up lines gitu. Penat nak dengar sudah. Ini bukan soal aku jual mahal ke apa tp ayat macam tuh poyo sangat bunyiknya. Padahal macam laa aku tatau depa nih guna pick up lines yg sama dengan girls lain. Macam biasa laa, i have trust issue kan.. Aku bukan mudah nak percaya orang. Tapi dalam berhati-hati aku pon still jugak sekali dua kena tipu dengan penipu-penipu yg pandai main kata-kata. Padahal da beranak bini pon nak mengorat anak dara lagi. Siap menipu kata bujang. Tapi Allah itu Maha Adil. Terima kasih Allah sbb bagi petunjuk pd hambaMu ini. Kalau x ntah apa jadi dengan hambaMu ini. kena tipu hidup-hidup dengan orang yg aku pon tatau apa dia hendak lagi padahal da ada anak bini. Jangan ingat aku tade sapa-sapa aku sanggup nak kacau rumah tangga orang. Itu bukan aku. Macam mana aku xnak bapak aku kena amik oleh pompuan lain, macam tuh laa aku xkan amik hubby orang lain. Harap-harap aku kekal macam nih. Amin. Sakit wooo kena tipu nih. Tapi now aku ok.
Besok pagi kena ke Nilai dengan kawan-kawan tersayang Bujang United. kali nih special sikit sbb Meme (nama manja buat Syamil) ikut skali. Slalu dia tinggal, kesian dia. hehe. Tujuan pi Nilai sok bukan tujuan berjalan tp tujuan nak beli barang-barang tuk PSS. Harap berjalan lancar semuanya. InsyaAllah.
Friday, February 25, 2011
Owh so penat!
P
e
n
a
t
s
a
n
g
a
t
2
w
e
y!
e
n
a
t
s
a
n
g
a
t
2
w
e
y!
Wednesday, February 23, 2011
Jiwaku yg rock
..But lovers always come and lovers always go
An no one's really sure who's lettin' go today..
Mendengar lagu November rain nih, hati jadi sebak..Bila hati jadi sebak, mula laa nak meleleh ayaq mata. Bila nak meleleh ayaq mata, itu namanya penangan lagu Gnr..mmg masuk habis dengan jiwaku yg rock nih (kononnnnn)
Aku sebenarnya tatau sbb apa aku nak sedey. Kadang-kadang benda macam nih boleh dikatakan impak daripada lagu-lagu yg aku dengar. Mula-mula aku okay, then bila dengar lagu-lagu sedey aku pon turut rasa nak sedey. Lepas tuh aku akan relate pulak dengan kesedihan masa lampau aku...lepas tuh hati aku pon jadi sakit sbb kesedihan masa lampau aku tuh sudah pastinya berkait rapat dengan si petai tuh kan..
Then baru-baru nih ada laa jugak sms2 dengan dia..Pelik kan aku nih.. Bila aku marah giler-giler dengan dia, kalo boleh aku nak sembur muka dia dengan cat ke apa-apa yg boleh buat aku x payah nak pandang lagi muka dia. Tapi at the same time hati aku nih x boleh nak benci dia. Itu laa satu-satunya kelemahan aku yg paling ketara. x payah kaji pon da boleh nampak. Mmg aku cakap aku da tamo amik tau lagi pasal dia esp. hal dia dengan pompuan bawah umur tuh. Tapi kebetulan slalu berlaku di mana disebabkan kebetulan itu, aku TERPAKSA amik tau jugak hal dia. Macam mengkompiuskan aje ayat nih tapi xpe laa boleh abaikan.
Macam hal dia berkonflik dengan adik pompuan dia. Adik pompuan dia ok aje dengan aku mula-mula.. then bila aku suggest adik pompuan dia suruh add dia dekat fb,terus budak tuh jadi satu macam. Lepas tuh teros deactivate akaun fb dia. Aku jadi x sedap hati laa jugak. Bila aku tanya dia, dia boleh pulak kata 'Sapa adik orang? Org ada adik ke?' Sampai macam tuh skali. Aku malas laa nak tanya lebih kan.. then baru dia mengaku mmg ada selisih faham sikit dengan budak tuh.. Aku cakap kenapa nak bergado adik beradik. Padahal dia mmg sayang adik pompuan dia tuh. Aku tau laa sbb aku mmg tau sangat dia tuh macam mana. 10 tahun aku kawan dengan dia. Dari dulu lagi mmg dia pantang orang usik adik dia. Da laa muka dia dengan adik dia tuh seiras. Berbanding dengan abg dengan adik lelaki dia yg kulit gelap sikit, dia dengan adik pompuan dia tuh putih melepak. muka ada iras pulak.. Aku rasa bond depa nih kuat tapi masing-masing ada ego masing-masing. Sama aje macam ego dia yg sampai skang nih x mengaku pon lagi pasal 'love story' dia dengan budak pompuan bawah umur tuh.. Bila aku cakap jek pasal budak bawah umur tuh, teros dia diam. Sampai bila nak diam ek?
Sempat tengok muka 'mak mentua x jadi' kat fb adik dia before adik dia deactivate. Rindu nak borak dengan mak dia..tapi x mungkin dapat borak lagi lepas nih sbb aku da tade apa-apa kaitan lagi dengan dia dan family dia. Mungkin lepas nih budak bawah umur tuh kot boleh borak dengan mak dia. Tuh pon if mak dia sudi. har har har (giler jahat ayat aku). xpe laa..apa-apapon aku doakan dia bahagia walaupon kebahagiaan dia tuh satu kepahitan bagi aku. xpe la..Biar laa dia bahagia.. Kali ini kebahagian untuk dia..satu ari nanti mungkin aku pulak dapat kebahagian aku kan..Macam hipokrit jek buat ayat macam nih ek????
Monday, February 21, 2011
Pulun sekali harung.
Sudah genap 1 minggu blog x berupdate. Alasan bz macam da x boleh nak pakai. Sbb bukan sepanjang minggu aku bz pon. Kali ini marilah kita membagi alasan MALAS. Amacam? ehehehehe.
So, tanpa membuang masa lagi, marilah kita mengomel sekali harung..
Minggu lepas, macam besa..bz dengan kelas & jugak kursus. Lepas tuh Khamis & Jumaat ke kelas di UKM dari petang membawak ke malam..Balik malam bertemankan lagu di Sinar fm bersama Abg Nun Jim Mim Nun Najman mantap bebbbb..Layan lagu sambil merempit pacuan empat roda di highway. Berasa agak lega jugak ah sbb satu hazab da lepas. Selesai 1 presentation setelah hampir 1 minggu akal dan fikiranku bergelumang dengan mantik. Skarang tidak lagi. Bukan laa bermakna sudah tidak sudi memikirkan tentang mantik tapi tidak laa 24/7 asyik mengadap dia aje macam minggu lepas. har har har. Tinggal presentation untuk kelas Dr Effendy pulak.Tapi itu kita kasi kiv dulu demi memberi laluan kepada subjek pa2. Walaupon aku x sentuh-sentuh lagipon subjek tuh sampai laa skang nih haa. ehehehehehehe =p
Balik rumah Jumaat malam tuh aku pengsan. Sbb esoknya kena bangun pergi kursus kat SK Kg gelam pulak. Kursus berkenaan penandaan kertas exam UPSR for Math. Kursus yg agak kontroversi, sbb apa, biarlah rahsia. Orang Matematik nih pandai berahsia rupanya ek..eheheh bukan apa, nanti tau Lembaga periksa, kena pancung x pasal-pasal. =p Yg paling besh kursus tersebut sampai tengahari saja. lepas tuh kita enjoooyyyyyyyyyyy! Enjoy pi carik durian. har har har. Tiba-tiba tekak aku teringin. Sbb apa? Sbb masa aku balik kelas Khamis lepas tuh, aku lalu jalan dalam, so kiri kanan orang dok jual durian. Durian kampung (pahang). Tapi oleh sbb aku x reti nak beli, aku hanya menelan liur saja. Balik rumah dok bebel-bebel kat mak dan mula laa aku beraksi memujuk mak supaya pegi mencari durian pada esoknya dan hasilnya, GUA BERJAYA BEB! Maka, sbb itu laa lepas kursus tuh aku enjoy pegi mencari durian. Muahahahaha. Balik tuh pujuk mak masak pengat durian kami makan cicah dengan roti gardeniar. Sodaaaaaap! nyum nyum..nak masak sendiri nak berapa nak reti, maka itu laa gunanya ada mak yg penyayang. lebiu mak! eheheheheheheheheheheh
Bila Ahad menjelma iaitu semalam, kaki gatal nak berjalan sikit jauh pulak..maka kami pon ke Muar..kuborong dua tiga helai selendang dan tudung awning..jugak sepasang dua baju kurung. Lepas tuh balik singgah ke Melaka, maka kopak laa uwang ringgitku sebanyak RM@$%!$$#^^ itu kerana membeli sebuah handbag & barangan Clinique (face cleanser and moisturizer) yg sudah kehabisan.. Lepas tuh ingat nak beli wallet sbb wallet aku da season benor rupa parasnya..da tuh wallet abah pulak tuh aku recycle. huhuhuhu kesian...tapi memandangkan uwang ringgit sudah kopak tahap x sanggup nak kopakkan dia lagi, aku pon kiv dulu ah niat nak beli wallet tuh..niat nak beli perfume pon dikiv dulu jugak. *sob* *sob*
Sebelom ke Melaka, kita singgah dulu di sebuah kedai mee bandung yg besh di tepi jalan kat highway nak ke Melaka.. aku sampai skang tatau apakah nama kedai itu sbb slalu berhenti makan aje bukan nak belajar mengeja nama kedai. lalalalalalala~ Tapi semalam x makan mee bandung sbb teragak pulak tekak nih nak makan chicken chop & minum milo tabur..so..
*nyum nyum nyum yummyyyyy!*
Lepas tuh baru ke Melaka (Mahkota Parade) jalan-jalan cuci mata lepas tuh kopak duit dengan membeli salah satunya..
Sekarang sudah tukar pakai cleanser yg jenis soap, lebey jimat. ehehhehe. Yg moisturizer pon sudah tamo pakai yg lotion punya sbb lagi bikin muka aku jadi giler oily i do not loike. So, berbalik semula kepada gel. Sbb asalnya dulu pon aku pakai yg gel tapi masa beli kali kedua tuh akak tuh silap bagi, da bukak n picit kat tangan baru perasan itu lotion..so hantam sajalah labi. Akibatnya, muka aku jadi giler oily biler tepek menda tuh. Now tidak lagi sbb this time aku beli balik yg gel. yeyeyeyeye. So, selamat tinggal kuucapkan buat moisturizerku yg jenis lotion dan jugak cleanser jenis liquidku yg sudah kehabisan... huhuhuhuh..
*Tinggal kenangan*
Sekian saja entry sekali harung saya. Buat anak-anak murid tersayang, selamat menjawab exam dengan baik! i lap u all sooo mucho! (^___^)
Sunday, February 13, 2011
Kepada blog tempatku mengadu.
Hari minggu yg tidak sia-sia. Dua kerja berjaya disettlekan, kertas soalan exam untuk ujian bulanan dan jugak slides untuk tugasan Sejarah matematik. Dalam malas ada rajinnya jugak aku nih. har har har (poyos)
Belum berkesempatan bermain-main dengan basikal baru. Semalam abah belikan aku basikal dengan tujuan supaya aku exercise, bukan sekadar tido dengan nyenyak pada waktu petang. Kalau dulu slalu laa jugak pi kelas aerobik tapi memandangkan sudah ada komitmen lain (belajar) macam x cukup tenaga dan terkejar-kejar. Maka x berkesempatan nak pi aerobik pada malam rabu lagi. *sob* Isnin, selasa dan rabu, berada di skolah paling lewat sampai pukul 3.00 atau 5.00pm. Khamis dan jumaat ke kelas di UKM pulak. Malam baru balik. Hidup penuh aktiviti, x lupa jugak aktiviti tido walaupon kadang-kadang macam x brapa nak cukup. nak berjaga sampai lewat malam pulak macam da x mampu lagi sbb skrg sudah mengajar pagi. Kesimpulannya, rutin hidup x sama langsung macam tahun yg lepas-lepas. Tahun yg lepas-lepas tinggal kenangan. (~__~)
Besok ke skolah dengan harapan mood menjadi ceria. Aku penat lewat kebelakangan nih. x brapa ada mood untuk beramah mesra sangat dengan org sekeliling. Tambahan pulak badan x sihat, muka pon nampak letih macam nenek kebayan x dapat sentil. (@__@) Tapi still, bukan alasan untuk tidak gembira. Jika x menggembirakan org lain pon, at least gembira untuk diri sendri. Kadang-kadang rasa macam lebey payah nak gembirakan diri sendri berbanding gembirakan org lain. Akhirnya hati sendri merajuk di dalam. Kesian hati. Kepada blog tempat ku mengadu..
Friday, February 11, 2011
Mengubat luka.
Baru pulang dari menuntut ilmu di Universiti Kebangsaan Malaysia. Ah macam poyo aje ayat-ayat aku kebelakangan nih kan. Alah skali skala apa ada hal. Dalam kesedihan perlu ada pengubat luka jugak. Belajar adalah salah satu cara pengubat luka. Apa ingat Al-khwarizmi x frust orang Barat curik idea Matematik dia lepas tuh x bagi kredit pon kat dia malah cakap depa sendri yg punya. Sbb tuh nama ilmuan Islam banyak tersorok. Yg kita tau Pithagoras saja. Yg kita tau rumus punca kuasa dua Fibonacci yg buat padahal Al-khwarizmi yg mula. Ah penyangak da wujud dari zaman dulu kala.. (~__~)
Today kelas Sejarah Matematik berjalan seperti biasa walaupon Dr datang agak lambat sbb ada hal. Lambat atau cepat presentation tetap berjalan jugak. Yg pasti my turn is next week! Ghaaaaau berderau darah. Bab sejarah bukan boleh main-main. Salah fakta salah info. Aku salah fakta, orang pon bukan tau sbb yg baca dan present aku, orang dengar saja. Sama-sama sesat jalan pulak nanti. har har har. Hopefully not laa, becoz refer buku yg ditulis oleh pakar Sejarah jugak. Lepas kelas sejarah kita bergerak pulak ke kelas Asas Pendidikan Matematik bersama Dr Effendi. I laik.
Today turn Abg Azizul & Abg Hazaka present. Betol-betol kaw macam kopi kapal api. Presentation penuh bersemangat, langsung x mengecewakan dan akhirnya mendapat feedback yg pelbagai dari kami jugak. Seronok berdiskusi secara ilmiah tapi dalam keadaan yg tidak stress, tidak malu-malu. Semua macam adik-beradik. Owh saya sayang rakan-rakan master saya. Ayat poyo muncul lagi...uhuk uhuk.
Malas bebel banyak da. Masa untuk menepek gambar. ehehehe
TAMAT. Mau tido. Zzzzzzzzzzzzz
Wednesday, February 9, 2011
Bunga dan kumbang hati.
Tengok kawan-kawan beranak-pinak, esp. kawan baik sendri, rasa macam nak beranak jugak tapi....eh! Aku belum kawin pulak. Har har har. Ok, not funny. (~__~)
Belum kawin tapi sudah ada calon menantu. Errr apahal? Ikut suka hati aku. kohkohkoh.
Ini Aqil. Calon menantu untuk anak perempuan saya (Ahh poyonya ayat ini. hahahaha). Dicurik dari Fb ayahanda terchentanya, my colleague - Ridzuan. =P
*Bakal pengganti Khairul Fahmi Che Mat. Walaupun praktis guna bola getah. Dengan tangan pulak tuh. Mmg ciri-ciri penjaga gol terbaek kan? heheheh*
* Tapi yg nih nampak macam Imam Muda pulak. Ehem-ehem, rajinnya menantu aku susun kuih. hakhakhak*
Calon menantu untuk anak lelaki saya - Airis Zulaika. (Ini pon ayat poyo. Ah apa ada hal) Dicurik dari Fb bestpren sendri aka Ninder McLean ( nampak sangat bukan nama sebenar. kahkahkah)
*Macam pelakon Disney channel pulak menantu aku nih. Bee lagi. hehehe*
*Ahhh...J-LO! Err...bukan bukan. AI-RIS YO!*
Comel kan menantu-menantu aku nih? Err tapi Aqil dengan Airis sudi ke menerima anak Acik Ween yg bakal berusia jauh lebey muda dari anda nanti? Huuu huuuu huuuuuuuu..*sob*
Belum kawin sudah fikir menantu kan? Owh yer, bukan salah pon kan? Yg pasti anak sulung nak BOY, pls! Eh apa pls pls.. mintak doa dari Allah ah! *INSAF (~__~)*
Categories :
babies
Tuesday, February 8, 2011
Kini kurasa apa yg kau rasa.
Baru mendapat tau yg salah seorang kawan matriks kami dulu sudah pon selamat diijabkabulkan minggu lepas. Actually bukan laa kawan aku sangat pon..tapi kawan kepada dia. Oleh sbb aku da tade apa-apa kaitan lagi dengan dia, maka aku da malas nak panggil dia Chee Tai lagi. Aku panggil dia Petai lagi bagus.
Sebenarnya tumpang happy dengar berita 'mat kemas' tersebut da kawin. Sbb beliau baik. Beliau nih antara kawan rapat si petai tuh jugak laa masa dulu. Kalau dalam surat yg diutus kat aku, x sah jugak laa x mention skali nama beliau. Oleh sbb he was a lil bit 'skema', maka beliau pon digelar 'mat kemas' oleh si petai tuh. Kira kalau dalam versi aku, 'mat skem' laa..So, dalam last weekend, ribut x ada, banjir ada, tup-tup je da kawin. Tengok pic kawin beliau, mmg macam pinang dibelah dua. Wife pon boleh tahan jugak rupa. Semoga berbahagia ke akhir hayat. Tamo sebut berbahagia sampai anak cucu saja sbb nanti bila da jadi Tok Wan, tengok-tengok putus sudah kasih sayang pulak. Hisy..nauzubillah. Tahniah buat beliau dan isteri. (^__^)
Gelodak di jiwa nampaknya sudah semakin berkurangan arini. Tima kasih so very much buat kawan-kawan yg tersayang sbb bagi full support terhadap keputusan aku untuk tidak membagi pinjam sesen pon kepada si petai itu. Menurut kawan aku sorang nih, jangan biasakan bagi pinjam duit kat boyfren (tapi dia bukan boyfren anymore laa). Lagipon dia buat aku macam biskut chipsmore, kejap ada kejap tade. Kira bila dia senang, dia seronok-seronok dengan pompuan bawah umur tuh then bila susah baru cari aku. Kata kawan aku tuh, dulu ex-boyfren dia mcm tuh laa. Slalu mintak pinjam duit, mula-mula mintak sikit lama-lama sampai beribu riban. Sampaikan hutang kad kredit kawan aku tuh mencecah hampir 10K. kemudian si lelaki tuh diam-diam pasang lain dan akhirnya berkahwin dengan pompuan baru tuh tanpa beri kata putus apa-apa pon kat kawan aku. Maksudnya, tade pon cakap, 'kira break up' ke apa kat kawan aku. Teros diam macam tuh aje dengan hutang hampir 10K tuh x dibayar-bayar lagi sampai skarang. Teruk kan?
Tapi tuh laa..mendengar pengalaman pahit kawan-kawan membuatkan aku telan liur rasa pahit macam paracetamol. Ngeri..kawan aku tuh sampai skang dok menanggung sengsara bayar hutang kad kredit. Bukan 1 kad kredit, tapi sampai 2, 3..Sayang boyfren punya pasal..And beliau secara keras dan tegas suruh aku jangan repeat her mistake. InsyaAllah i won't. Mungkin if benda nih jadi masa sebulan atau dua tiga bulan lalu, aku mesti bagi punya dia pinjam duit. Sbb aku sayang dia..sebelum aku tau dia tipu aku. Tapi now aku da tau dia tipu aku. Macam mana aku nak terima hakikat dia tipu aku? Macam nih laa. Dengan membuang dia jauh-jauh. Aku x balas-balas pon sms dia dari semalam. Aku diam aje. Mesti da berlori-lori dia maki aku cakap aku kedekut berkira ke apa.. Tapi ada aku kisah?? He's not my concern anymore. Mintak pendapat kawan-kawan baik aku yg lain pon, jawapan yg sama jugak depa kasik. NO. JANGAN BAGI PINJAM. Yer, of cos i won't.
Apakah perasaan seorang pompuan bila direject (atau ditipu pon sama laa) kerana orang kesayangan memilih pompuan yg jauh lebey muda, skolah pon x lepas lagi? PEDIH HATI. Err NO. HANCUR HATI lebey tepat. Now i know the feeling 'cos i am that girl. Patut laa bila cakap pasal kahwin macam-macam alasan keluar. Not ready yet laa apa. Rupa-rupanya ada hidden story. Yelah, pompuan tuh kan lebey muda, lebey kurus, lebey bergaya, lebey manja dan seksi, mungkin itu yg si petai cari sebagai kriteria pasangan hidup idaman. Aku adalah opposite semua ciri-ciri tersebut. Almaklum laa umur da di penghujung 20an. Jika dibanding dengan orang yg baru nak masuk 20an, jauh bezanya.. Tapi biarpon umurku makin tua tapi wajahku masih muda. Syamil cakap aku nampak macam 24/25. Kak Siti Noor tadi lagi lawak ingat umur aku baru 22/23 dan siap nak kenenkan aku dengan pegawai tentera yg umur dalam 21/22. Aahahahahha tergelak kejap aku. Kembang semangkuk pipi aku yg mmg da tembam nih. Kembang tang lain? x payah sebut sini. kahkahkah. Apa-apapon, syukur dengan apa saja yg Allah bagi.
Apa yg aku perlu buat skang nih adalah belajar dari kesilapan lampau yg bertahun usianya tuh. Kadang-kadang terasa betapa stupidnya jugak menolak orang-orang yg nak kat aku masa zaman degree dulu. Esp. Incik R tuh laa..Skang nih beliau da bahagia pon dengan wife beliau dan da ada anak sorang pon. baby boy yg sangat comel pada pandangan mata aku sbb wife beliau muka macam Cina. Ah Cina jangan sebut boleh. Bikin hati gundah gulana aje sbb si petai is kacukan cina juga. Hmm..xpe xpe..bukan jodoh aku dengan anak kacukan cina agaknya..*sob* dengan anak mami penang jugak bukan sbb mamu jeruk pon sudah diambik orang 2 tahun yg lepas. Yg tuh pon dapat baby boy jugak. Hensem macam abah dia.. Aku tumpang happy. Seronok bila orang-orang yg ada makna dalam hidup aku happy. At least mengenangkan kebahagian depa buat aku rasa happy jugak. =)
Monday, February 7, 2011
Hati pahit!
Mood aku sangat x baik ini ari. Pagi-pagi dengan Monday bluesnya.. Lepas tuh bila sampai kat skolah, sejuk hati tiba-tiba sbb anak murid yg bertembung dengan aku, sumanya menyapa bagi salam. Hilang terus Monday blues sbb tengok muka innocent anak murid. Tapi sayangnya sejuk hati aku tuh sekejap aje..sbb ada benda lain yg buat hati aku sakit tahap apa pon aku da tatau nak cakap macam mana lagi da..
Punya laa da lama buat aku macam x wujud lagi dalam hidup dia. Then tiba-tiba muncul pulak pompuan x cukup umur baru nak amik SPM tuh sebok nak add aku kat Fb..lepas tuh buat ayat kesian poyo pulak mintak clash laa apa konon dgn si lelaki tuh..Padahal elok aje kau berdua kan. Nampak sangat poyo main drama murahan je lebey.. Buat aku makin menyampah dan makin meluat! Tapi lantak kau laa kan..tade kena mengena lagi dengan hidup aku. Mau pon that pompuan or that lelaki. Both boleh pegi lantak main jauh-jauh. Ada aku kisah?? NO!!! Aku x berminat nak kisahkan PENIPU. Dan oleh sbb aku mmg da x kisah lagi pasal dia, aku jadi sakit hati laa bila dia boleh buat muka x malu sms aku pagi-pagi time perhimpunan tadi sbb NAK PINJAM DUIT! Yer, sbb NAK PINJAM DUIT!
Macam nak luruh rasa jantung dan hati aku nih macam kena hentaman padu! Kalau ada heart attck kompem aku da mati! Yg aku paling x bley tahan tuh ayat dia..nak pinjam sementara tunggu loan dia dapat. Nak buat duit makan harian jek. Dia ingat aku nih stupid ke apa??? Logik ke sampaikan duit makan pon x ada?? If nak bayar hutang ke apa boleh laa diterima logik akal lagi. Nih nak buat duit makan! xkan laa xde langsung sesen! Org papa kedana pon pandai simpan duit buat belanja makan! Teros sakit giler jiwa aku rasa bila baca ayat dia. Macam kata bestpren aku Ninder, tah-tah pinjam duit sbb nak belanja awek dia apa-apa. Biar papa asal bergaya kan..tuh laa..ada duit dok beli kasut Adidas sampai 3 ratus harga. Jeans pon beratus-ratus harga.Bukan levi's x main kan..habis tuh kau makan laa kasut-kasut/ baju-baju kau tuh suma! x pon apasal kau x mintak duit kat awek kau yg sayang sgt kat kau tuh kan.. Kau mintak kat aku napa?? Aku sapa dalam hidup kau? BUKAN SAPA-SAPA lagi kan?? So, apa kena mengena dengan aku??
Macam aku pernah cakap dulu kan..sekali aku anggap kau penipu, selama-lamanya kau penipu. Haih..buat hilang mood betol laa benda macam nih kan.. Aku nih bila sayang, aku mmg sayang. Tapi bila aku da benci, aku akan jadi makin benci..so jangan buat aku benci. Aku x boleh nak benci dia..sbb aku pernah jadi bo to the doh tahap paling atas laa sbb dok sayangkan dia slama nih..tunggu dia, bagi dia peluang berkali-kali..sampaikan hati aku sakit pon aku telan sendri jugak..Now aku da x nak jadi macam tuh lagi..so, dia jangan harap laa aku akan bagi dia pinjam duit. Sesen pon aku xkan bagi. Orang mungkin cakap aku kejam, tade hati hati perot ke..tatau kesian..lantak pi laa apa orang nak cakap. Sbb yg patut aku kesiankan skang ialah diri aku sendri. Dia ada kesian atau fikir perasaan aku x?? NO! So, vice versa. Baru adil.
Sunday, February 6, 2011
Good night
was planning to update earlier...but mood hilang entah kemana. Tido dulu, GOOD NIGHT.
Friday, February 4, 2011
Kaki maksiat
Semakin hari, keadaan dunia semakin bermacam ragam. Di samping bertambahnya kebaikan & teknologi serbaguna yg melambangkan kemajuan manusia, semakin banyak jugak ANASIR yg menjahanamkan kaum-kaum dalam masyarakat bumi. Makin maju ke manusia macam tuh? Mungkin secara zahirnya maju, tapi dari segi sahsiah? Macam kembali ke zaman jahiliah pulak ek...berundur ke belakang dan kebelakang..cuba jalan mengundur tengok, nampak cantik x? Orang akan kata GILA PUNYA ORANG. Betul x apa aku cakap?
Rusuhan di Mesir aje da buleh dijadikan contoh..da jadi macam zaman dulu balik..x suka pemimpin, jom kita guling dia beramai-ramai. Lepas tuh kita bunuh dia. Macam Sultan Mahmud dulu tuh. Mangkat dijulang. Tapi tuh xpe laa mmg ternyata kejam. Tapi orang x yg brapa nak kejam pon kena hentam teruk zaman skrg nih ek.. Berani mati orang zaman 'moden' nih. Tatau takut kena tembak langsung. Apa da x reti berbincang baik-baik ke?? Keta kebal pon selamba diconteng-conteng, macam laa da berani sangat. Kot kau buat begitu kat rejim IS to the Ra to the EL tuh xpe laa jugak kan. Tolong pejuangkan umat Islam Palestin ke..banyak jugak pahala kau dapat. Ini setakat x suka pemimpin terus merusuh sampai tahap begitu skali.. Heboh 1 dunia pulak tuh. Kesian mahasiswa mahasiswi kita kat sana. Mudah-mudahan Allah pelihara keselamatan depa..AMIN.
Tapi tuh hal luar negara. Dalam negara sendri pon banyak musibah jugak. Contohnya, kalau semakin bertumbuh bak cendawan benda-benda atau pon makhluk perosak akhlak macam nih..
*Billboard minuman keras*
*nota kaki maksiat*
Pandai ek manusia zaman skang nih. Otak terlampau bijak pon susah jugak. Tengok billboard tuh tulis 15 minutes away tuh font besar. Tapi yg ayat "UNTUK BELIAN MINUM KERAS SAJA" tuh dia kecikkan. Siap buh diskaun lagi tuh. Diskaun untuk minuman keras pulak tuh! Nampak sangat dia menggalak orang beli arak pasal tuh dia bagi harga murah laa konon. Kot hotel kau dok kat negara omputih sana xpe laa jugak. Nih da laa tempatnya kat kawasan orang yg MAJORITInya ISLAM, kau buh besar gedabak punya iklan macam tuh pasai pa?? Tau x yg paling sadisnya, billboard nih bertentangan dengan MASJED JAMEK PD nih! What the....haa nih yg rasa macam nak maki tahap supersaiya nih kang...xpe, buleh kontrol diri lagi nih...sabar..sabar.. Marah laa jugak kan. Buat macam tuh macam menggalak orang minum arak. x hormat kawasan ibadah org Islam, da laa gejala sosial banyak, saja nak bagi tambah lagi. (Saja aku blurkan nama hotel tuh. Malas nak aibkan). Da tuh macam da tade tempat lain nak buh iklan jahanam macam tuh. Mmg jahanam kan..
Lagi satu, nota si kaki maksiat. Jumpa kat profile Tagged salah sorang dalam fren list aku. Dan org tuh sudah pon selamat didelete, wassalam. Yg sedeynya tuh, PEREMPUAN. Kaum aku tuh. Malas nak type balik apa dia tulis, baca sendri. Tapi mana hilang malu dia? Bangga betol dia org lelaki ajak buat maksiat ek.. sampai cakap sapa bertuah dapat laa tido dengan dia. Nih lagi jahanam nak mati. MEMALUKAN KAUM HAWA. Zaman skang nih x buleh nak salahkan lelaki saja, lelaki pon ramai yg JANTAN, tapi bukan semua, masih ramai jugak yg baik..tapi yg perempuan kalau volunteer sendri nak jadi BETINA, kita nak gelar apa?? Sudah laa kau bubuh gambar yg mendedah aurat (aku terpaksa blurkan), lepas tuh anta msg ke lelaki macam tuh skali punya ayat, perempuan apa jenis macam tuh?? Sendri menawar diri untuk jadi hamba maksiat. Pelik kan dunia zaman skang. Sahsiah manusia makin menurun (bukan semua). Berjalan mengundur ke belakang. Balik ke zaman jahiliah. Sepatutnya, makin berilmu makin BIJAK, ini makin lama makin JAHIL. atau baik aku cakap BODOH saja. xnak cakap bodoh macam lembu sbb lembu makan rumput, x usik orang pon. Kesian lembu orang asyik cakap bodoh aje mesti macam dia. Kalau lembu buleh cakap, mesti lembu balas-
"Aku x bodoh, kau lagi bodoh. Kau buat maksiat, kau minum arak. Aku ada?"
Kan???
Pelik..pelik. Dunia makin pelik.
Wednesday, February 2, 2011
Jalan-jalan cari makan ke Melaka
Restoren Warisanku di Masjid Tanah ( Melaka) mmg boleh tahan. Cuba try makan sana if ada kesempatan sbb malam tadi kami pi makan kat situ berenam just kena RM80 something saja padahal kami order banyak-banyak macam org x makan sebulan. har har har... Aku, Kak Arni, Adam, Farhan, Riduan & Syamil aka Meme (hoh geli aje Syamil dengar ahahah)
Syamil agak mengejutkan rupanya. Ingatkan beliau x kuat makan skali hahh...hambik kau skali dengan nasik dan spagheti beliau order. Nasib baik x order daging rusa masak black paper skali. Agak terkejut jugak bila budak waiter tuh tanya, xnak cuba daging rusa ke? Aik senang pulak nak dapat daging rusa kat Melaka ek..Ajaib tuh. Tapi kami x order laa sbb x pernah makan. x cukup berani lagi. Ahahah. Tapi kesimpulannya makan kat situ mmg besh. Farhan sangat comel. Kuah black paper chicken chop aku yg x pedas pon dikatanya pedas. Rupanya budak tuh x tahan pedas, baru aku tau semalam. hahahah. Depa order sup ekor, aku pulak x makan. Errr x brapa nak lalu laa. Lagipun mmg x pernah makan. cuma rasa kuahnya saja. Macam biasa laa..x brapa nak berani. kahkahkah.
Kesimpulan yg dapat dibuat ialah kami berpuas hati dengan cadangan Kak Rohe (our fellow teacher) yg mmg selalunya betol, x ada yg x betol sumanya betol-betol belaka. Jadi, kalau beliau cakap kedai makan tuh sedap, maka kedai makan tuh mmg sedap. Nih kedai kedua cadangan beliau yg sedap dan x mengecewakan. Lepas nih kami nak tanya pulak tempat lain. huhuhuhu asyik makan saja makin kembung laa perot. Nanti Adam cakap dia nampak tough. hak hak hak. Dan oleh sbb Kak Rohe amat berjasa, Farhan sampai nak letak nama kat alat navigator beliau tuh. Nama apa nak tau? ROHE. ahahahahahahahahahahhahampehpunya budak. Tergelak besar kami suma macam nak tersembur ayaq liur!
Dan yg paling sengal ialah, aku mahupun Adam x tangkap gambar pon food yg kami makan malam tuh sbb terlampau kusyuk makan.*sob* Yg teringat tuh sbb masa nak balik tuh si Farhan tiba-tiba tanya, "Kak, kita tade tangkap gambar pon makan malam nih kan. x dapat nak tunjuk kat FB". Aduhai...xpe xpe, nanti kami cadang nak pi lagi. Second time hopefully, Hawa, Imah, Ain dapat join skali. Yippeee! (^__^)
Tuesday, February 1, 2011
Bersama yg tersayang
Hidup dilanda bz. Sudah laa bz, bertambah bz. Tapi dalam ke'bz'an tuh ada laa happy hour jugak. Kalau tidak, mau otakku senget.
So, Sabtu lepas, sambil menyelam, minum air nescafe panas dan makan donut. Kami yg guru-guru under PSS (Pusat Sumber Sekolah) nih pon pi laa ke rumah Kak Normi (guru PSS skolah yg gred sgt cemerlang) kat Senawang. Mintak contoh kertas kerja yg beliau buat dan sebagainya yg berkaitan laa. Sebenarnya pi rumah akak tuh pon atas sbb kerja tapi da jadi macam aktiviti bersantai pulak. Macam yg aku cakap tadi laa, sambil menyelam kita minum air nescafe panas & makan donut. Sbb Kak Normi hidang air nescafe panas & donut yg sedap..Sempat lagi aku mintak resepi hokay! Tapi tatau laa bila berkesempatan nak buat. Ahaha. Owh yer, nak mention jugak yg rumah Kak Normi sangat sangat sangat sangat chantek!! Banglo 2 tingkat.Design sendri atas tanah sendri! English style deco dalaman rumah tuh. I like..tapi mcm belom cukup duit jek nak buat rumah cenggitu. Owh very sad...*sob* *sob*
Balik from rumah Kak Normi, kami singgah sebentar di A&W.Sudah lama kumerindui A&W. Asyik makan McD & KFC saja...kadang-kadang tekak teragak nak makan A&W jugak. Rindukan root beer float dia sebenarnya. Padahal buleh aje buat sendri kat rumah. Beli aje root beer dan campurkan dengan eskrem vanilla. Tapi saja nak yg A&W punya jugak. Tuh laa yg dikatakan mengada-ngada. (~__~) Tapi x apa, sambil menyelam kita minum air root beer bersama-sama yg tersayang jugak. Kawan-kawan yg tersayang laa. Habis kau ingat sapa?? =P =p
So, oleh sbb malas nak cakap banyak, mari lihat tayangan gambar saja.
*Pa'an, ADAM & HAWA (mmg nama sebenar. haha)*
*Kak Arni & hantu gigi.bajet comei laa tuh. kahkahkah*
*Budak x sabar nak minum float nih. Macam nak lempang-lempang jek muka dia aku rasa. haha*
*Let's makan! (^__^)*
*Lagi-lagi Adam & Hawa - pelengkap bagi our school. hehe*
*knapa aku rasa root beer Kak Arni mcm lebey besar dari yg lain-lain?? TAK ADIL*
*Kak Arni*
*Mine & Kak Arni's*
*Aku.............punya root beer float. kehkehkeh*
Kesimpulannya, bak kata Adam, makan ramai-ramai mmg besh. Mmg Terbaeekkkkk. Ini malam kami pi jalan-jalan cari makan ke Melaka pulak. Yay yay yay!!
Subscribe to:
Posts (Atom)