Saturday, February 27, 2010

Angin...

Penyakit kepala angin aku nampaknya masih belum sembuh. Sesuai betul dengan nama gelaranku, Awin atau Wiween. Tp ejaan kena kasik ubah sikit jadi A'wind' atau wi'wind', si kepala angin! huhuhuhu..

Aritu aku hangin dengan satu keta Merc. Sudah laa aku nak cepat sbb ada Meeting Kelab..Masa tuh da nak dekat sampai skolah da pun. Kat area Selesa Beach tuh..da laa kat situ depa tengah korek jalan..so jalan jadi sempit laa sikit. Then aku yg tengah laju nih, tiba-tiba terkejut berokben bila ada satu setan keta Merc kaler silver nih tiba-tiba potong dari kiri! Sengal ayam kurap punya driver! xleh nak maki keta merc tuh sbb menatang tuh x berdosa. Orang yg bawak dia tuh laa yg sengal! Da laa aku tengah laju, tetiba dia potong gitu buat aku really terkejut! Sudah laa tengah laju, aku tertekan brek kuat sbb nak elak dari si sengal nih & kon oren kat jalan tuh! Nasib baik aku x terbabas! Aku selamat and tade apa-apa jadi kat buah hati aku..kalau x mmg enam jahanam laa driver bodoh tuh! Haa...dapat kau seketul bodoh. Gerammmmmmmmmmmmm!

Sudah laa begitu, masa jaga bebudak buat peksa Bahasa Arab, ada this one budak pulak buat perangai melalak nak balik. Puas aku, Adam & Kak Ruhaizah memujuk dia. Rupa-rupanya budak tersebut dicepuk di pipi kirinya oleh si budak pengawas year 3. Nih bukan kes pertama aku dengar budak pengawas bertindak melampau kat murid biasa. Da banyak kali. Wah wah...depa ingat depa jadi pengawas leh sesukati laa nak membantai budak lain ek...besar kepala plak depa nih ek. Padahal awal-awal da dijelaskan kat depa si pemakai baju biru nih yg pengawas hanya buleh menegur aje, pukul-memukul mana buleh! Nih da kira salah guna kuasa da. Bila da banyak sangat kes macam nih..lembaga disiplin ngan kaunseling mmg kena hambik tindakan laa..Pengawas-pengawas yg kuat pukul anak orang nih siap laa depa pasnih. Silap haribulan depa plak yg melalak! Yg aku gelihati tuh..ada di kalangan depa yg nak tunjuk samseng kg dusun nih tahun lepas anak murid aku! Dulu depa pun nakal jugak.. lagik nakal dari bebudak year 2 skang nih pun ada. Homework pun pemalas nak buat..cama tah leh terpilih jadi pengawas??? Kompius aku sekejap. (@_@) xpe..xpe..pasnih aku nak melaser sikit dengan depa nih kasik depa sedar diri sikit. x buleh jadi laa dok memukul bebudak lain padahal depa sendri pun bukan bagus & berhemah mana. Haih...duniawi..duniawi..

Tadi pulak, before pi majlis kawin Elis Sue kat Putrajaya, aku ke Seremban jap. Pi Celcom centre nak terminate berok biru aku tuh..Sudah laa lambat sbb ramai sangat umat dalam tuh, then bila da berjaya ke kaunter & terminate, orang tuh cakap aku kena bayar separuh dari 98 hinggit tuh lagi pulak..Hoh..apakah??? Padahal masa aku beli berok tuh kat Pd aritu, budak yg jual tuh kata bil untuk this month setel da! Nih kena bayar pulak lagi!! Waaaaaahhhhhhhh cekik blood sungguh. Rupanya budak customer service tuh cakap yg aku bayar aritu tuh, kira dari 18 jan - 18 feb punya! What theeeeeeeeeeee hell??????? Aku beli menatang tuh 18 feb apahal plak aku kena bayar dari 18 jan pulak!! Sungguh cekik blood! Mengalahkan vampire! vampire pun lagi baik dari celcomeng! Macam my boipren, Edward Cullen. Hensem lagi baik! Bukan macam celcomeng. Jahat! Komeng stands for orang jahat so hambik kau celcomeng!! huuuuuuuuu sabar sabar..nasib baik laa line untuk tipon okeh sbb murah..sms pun satu sen kalau aktifkan teman 20. Sejuk sikit hati aku walaupun hangin jugak laa kan sbb x pepasal kena bayar lagi 49 hinggit plak.. heeeee gerammmmmmmmmmmm!

Lepas setelkan termination berok biru tuh..baru pi ke Putrajaya untuk majlis kawin Elis Sue & Abg Jep. Tapi.....tapi.......................aku tersesat!!! hanginnnnnn lagi aku! huhuhuhuhuhu apa laa banyak sangat hangin menimpa diriku kebelakangan nih ek??? Dekat 1 lebey baru jumpa.. Nasib baik. Kalau x mmg aku da cargas balik ke PD balik..terus terjun kat laut telok kemang akibat kempunan nak makan nasik minyak! Dan nasib baik laa nasik minyak Elis Sue tadi besh termasuk laa lauk-pauk suma..kalau x majuk dengan Putrajaya 8 tahun! huh..(~_*)

Tapi...kusangkakan hangin kus-kus da hilang..skali bila balik rumah, tengok-tengok gambar-gambar pengantin yg aku snap suma blur! Ada tuh jadi cam cacat sikit. uhuuuuuuuuuuuuu tekanan i tau!! Tapi xpe...nak bubuh jugak sini! :P






Kesimpulannya, aku mmg x reti hambik gambar. heheheheheheeheh. Terima laa kenyataan itu seadanya :P :P Sila jangan kutuk!! (AMARAN ahahahaha)


Thursday, February 25, 2010

Tikus makmal?


Aku bukan tikus makmal untuk dijadikan bahan ujikaji. Sekian, tima kasih!!

Monday, February 22, 2010

Nizam.

Aku skang nih da ada kawan baru yg aku cukup suka sangat. Nama beliau Nizam. Beliau nih salah sorang cikgu kpli yg baru posting ke skolah aku this year. Mula-mula tuh aku cam segan arr sikit dengan beliau..sbb aku tengok beliau pun macam tade gaya nak beramah mesra dengan aku. Mungkin perasaan aku jelah kot. Sbb bila da kenal-kenal dengan beliau, rupa-rupanya beliau sporting aje..Standard laa tuh kan..aku kan suka sangat silap judge orang pada awalnya. Bila da lama-lama baru aku tau yg orang yg aku misjudge tuh x seperti yg aku fikirkan.. Pendek kata, dun judge a book by its cover, okeh! :P

Nizam nih jenis lelaki yg 'lembut' sikit.. Tapi beliau segak! Tinggi, segak dan tegap! Walaupun this year beliau nak masuk age 34, tapi beliau x nampak macam nak masuk 34 pun. Mungkin sbb perwatakan beliau kot..ceria & happy. Lagi pulak beliau nih cikgu kaunseling. Maybe cikgu kaunseling nih ada perwatakan depa sendri kot..

Tapi, sebenarnya ada satu jek sbb yg buat aku suka sangat kawan dengan beliau.. He reminds me of my late bestfren, Charlie. Tatau laa...aku rasa beliau macam Charlie.. Perwatakan..cara berborak dengan aku pun macam da kenal lama.. Rasa macam Charlie hidup dalam diri beliau. Gila kan? Tapi itu laa yg aku rasa..

Setiap kali jumpa Nizam, aku jadi macam excited. Aku macam nak berbual aje dengan beliau. And beliau pun akan datang dekat aku everytime kami bertembung. Ada sekali beliau tanya aku okeh x if beliau ajak keluar. Aku terus cakap okeh aje. Then beliau cakap, risau laa if boyfren aku marah ke apa..No no no..aku tade boyfren. Not anymore! Aku terus cakap direct gitu kat beliau. Ahaha. And beliau pun cakap Kalau gitu xpe laa. Takut laa boyfren kau marah ke kau keluar dengan aku..

Last Sunday, sebenarnya after habis meeting kat skolah tuh..Hawa ajak we all tengok movie ramai-ramai kat Jusco Seremban 2.. Aku, Kak Arni, Aina, Farhan (also known as FJ @ Farhan Jambu haha), Syamil , Riduan & Nizam. Nih suma geng BUJANG UNITED. ahaha. Tapi sayangnya x jadi. Sbb macam kelam kabut sikit suma orang last Sunday tuh. So, kami plan nak pi this weekend pulak laa. Tatau laa macam mana, jadi ke x. Nizam cakap kat aku, last Sunday tuh beliau ada projek 'Deco bersama Eric'! Terus aku tergelak! Sama aje macam arwah Charlie! Suka sangat cakap benda spontan yg buat orang gelihati.

Kata Nizam, beliau bukan mintak nak jadi lembut macam tuh..Tapi ada laa citer di sebaliknya..Tapi x buleh laa nak citer kat sini kan. Tapi x kisah laa...asalkan beliau baik. Aritu aku nampak Farhan bagi hiasan batik kat beliau. Beliau yg mintak Farhan buatkan..Ada dua. Aku tanya beliau nak buat apa dengan benda alah tuh..kata beliau, nak hias rumah. Waaaaaaaa....rajinnya hias rumah! Mengalahkan aku yg pemalas nak menghias nih! huhuhuhu..tapi tu laa kan..Setiap yg Allah ciptakan tuh ada kelebihan masing-masing kan.. tadi beliau cakap kat aku, tinggal nak beli dining set. Aduhai...bertuah laa badan sapa kawin dengan mamat nih..cuci kaki aje masuk rumah. huhuhu..Tadi beliau cakap kat aku, bila beliau da siap deco rumah tuh, beliau nak ajak aku datang rumah. Nanti beliau buat makan-makan. So beliau nak ajak kami ramai-ramai datang. Huuuuu baik laa Incik Nizam. Kecik tapak tangan, lautan PD aku tadahkan! huhuhuhuhu

Saturday, February 20, 2010

Kemarau di hatiku..

Malam ini sungguh HOT. Membuatkan aku rasa macam nak pasang air cond tapi bila memikir-mikirkan balik, terus kenselkan saja hasrat tersebut sbb serik! Aritu aku tido dalam air cond bangun pagi rasa badan aku cam biskut lemau! Pastu rasa lenguh-lenguh cam angin masuk ke tulang itam. Serik wey! Sudah laa badan aku nih jenis manja (also known as mengada-ngada. haha) x buleh ada slack sikit mula laa dia jadi satu macam jek rasa..lemau laa..sengal laa..lenguh. Haih..macam mokcik umur 70an plak kan...(*_*)

Nasib..nasib...cuaca sungguh terik kebelakangan nih ek..dalam berita pun cakap mmg selangor kedah n9 & apatah satu lg negeri aku lupa tgh panas until bulan Mac. Nasib laa Cikgu morni..macam musim kemarau lak kan..kejap kejap rasa haus. Pastu berbahang satu macam jek..lagi pulak insan-insan seperti kami guru malaysia yg mengajar di sesi petang nih..lagi laa berpeluh sakan. Mengalahkan insan-insan yg bergelar atlet pulak..heh..ini laa namanya dugaan hidup. Cuaca terik mengundang kemarau..saling x tumpah seperti kemarau di hatiku ini....huuuu (~_~) (falsampahdotcomdotwiween)

Sebut pasal hati..Da lama betul hati aku x tercuit ek? Nak buat macam mana..tade orang reti nak cuit. Yang asyik nak mencalar mmg banyak..Yg kengkonon nak mencuit tuh pun macam x reti nak mencuit..cuit x kena tempat. So, kesimpulannya mmg x mencuit langsung laa. Nevermind laa. Jangan peningkan kepala dengan berkias fansuri banyak sangat. Cakap terus terang lebey baik ek? Baik laa..mari laa kita bercakap secara terus terang di bawah cahaya bulan mengambang malam ini..Kesimpulannya, dengan ini sy dengan paksa rela mengumumkan bahawa sy belum menemui pengganti tempat Chee Tai lagi. Sbb? Tade sbb! huhuhuhu..Tapi kan janet kan..orang kata,sabar itu separuh dari iman. Kita tatau apa bakal terjadi pada masa akan datang kan.. jadi, bawak-bawak laa bersabar yer orang-orang. Mungkin sekarang awk tade dalam hati sy. Di masa akan datang mana laa kita tau kan? Tapi...sy amat tertarik dan teruja laa kalau dengar lelaki excited bila Man U menang. Pastu mengaku yg beliau jugak merupakan kipas-susah-mati Man U yg setia macam sy. Tiba-tiba sy merasakan bahawa lelaki itu saaaaangat menarik hati sy. x mustahil jugak satu hari nanti lelaki itu akan merajai hati sy. <--- besh kan ayat nih? Besh kan?? Ahahaha...bahagianya bila lelaki yg merajai hati akan bercakap mcm nih setiap kali Man U lawan bola :

"Sayang, jangan lupa tengok bola arini. Favourite team kita berdua main tau."

Waaahhhhhh besh besh. ehehehehe :P ;p mengada sungguh aku malam ini. x padan ngan panas. Ahahaha

Tadi siang, pagi pergi meeting kat skolah. Pukul 12.30pm balik. Pastu my kazen yg dua orang tuh datang pulak.. Aku bagaikan di alam mimpi secara tiba-tiba sbb tiba-tiba aje budak dua orang tuh ada dalam bilik aku. Pastu begitu giat bermain PS2. Sejak da pandai main games WWF nih, dok bantai main games itu ajelah depa dua. Pastu da makin terer mengalahkan tok guru nih. Tensen tau! :p xpe xpe..kasik can pada remaja..it's time for remaja bangka like me to slow down a lil bit. huhuhuhu

Now time to tido. Aku da berjaya tido awal skang. hoyay!!


Thursday, February 18, 2010

Cintaku masih utuh padamu..

Today is Thursday. Today sy berasa sungguh gumbira. Dalam hati ada bunga-bunga kobis hijau. Also known as brokoli. ahaha. Da jadi kebun sayur da hati aku..bukan tahap kebun bunga lagi da. Tahap kebun sayur sbb lebey meriah dan lebey HIJAU. Owh i laik GREEN very very much. Green membuatkan kegumbiraanku berada di atas puncak. Why?? Kejap aku explain..

Pertama skali, HIJAU mmg one of my peberet colours. Namun begitu, HITAM masih di kedudukan paling atas laa kan..About that, no tolak ansur..nehi..

Second of all, HIJAU adalah kaler dinding bilik aku skang. Sungguh x menyesal memilih HIJAU sbb bikin sejuk mataku memandang dan nampak jelita lak dinding bilik aku. ehehehe. Aku kalau nak buat giler mmg buleh..ikut hatiku yg metallica ini mau aje aku cat dengan kaler HITAM but..there's a BUT heh...But, jangan harap laa my omak nak setuju. Beliau kata, ingat nih rumah hantu kat Fun fair ke?? Aiseyman....okeh arr aku surrender..(*_*) No bantahan. x baik mendurhaka..Then she suggested PINK. Owh man....very the pinky..i dun laik. Aku suke jugak PINK but dalam situasi tertentu. Untuk menjadikannya kaler bilik, nehi nehi...nehi baia...nehi. HIJAU is fine. Mmg sangat fine. (^_^)

Okeh,now let's cut to the chase. (No, bukan Chase Crawford.)

Pd Khamis yg berbahagia ini...sy telah ke Maxis centre untuk cobaan mendapatkan berok maxis. Berok HIJAU.. Hijau ke merah?? arr x kisah laa tuh kan.. Yg pasti, dengan 78 hinggit, aku berjaya memiliki berokben maxis skang nih. Dan sukacita dimaklumkan jugak...kat rumah baru aku nih line maxis 3g full & aku leh online dengan aman dan selesa tanpa gangguan teknikal mahupun angin sepoi-sepoi bahasa tepian pantai belakang rumahku ini! hohohohohohoyay! Maxis berok sungguh laju kat sini! Aku online x putus-putus. Agaknya mmg rezeki berok maxis nak bertuankan aku. ahahahahah.

What about my berok biru? Aduhai...dukacita dimaklumkan...nampaknya berok biru terpaksa dilepaskan laa kan..memandangkan berok hijau lebey laju. xkan nak suh bela dua-dua...kopak laa duit i! huhuhu

Tapi apa-apapun, SYUKUR ALHAMDULILLAH. Maju laa internet untuk negara. Biar tade tv, biar tade peti ais...asal internet musti ada. x kira berok jenis mana pun menjadi milik anda. huhuhuhuhuh

Buat STREAMYX, cintaku masih utuh padamu! xpe..xpe..line da ada sok akan ku pasang streamyx semula.. Skang harus bersabar dulu...x rugi bersabar kan janet kan janet? :p

Monday, February 15, 2010

Malam ini sy suka BIRU

Malam ini aku melepak di rumah lama lagi. Untuk apa? Untuk apa lagi...untuk menggunakan celcom berokben 98 hinggit nih laa..No other reason. Ingat aku berani sangat ke menspend masa seorang diri tanpa teman hidup di sisi di rumah lamaku ini??? Ecececec..aku sebut teman hidup ek tadi?? Ayat yg sungguh x buleh blah. wahahak...Nevermind..Kuberanikan jugak diriku ini sambil menonton Kapten Kit. Tah apa kejadah punyq citer tah nih..x pernah-pernah aku tengok selama nih malam nih baru bukak..Alasan? Very simple...supaya rumah ini tidak kedengaran begitu sunyi.Err.. Wait a minute..Ayat itu macam x brapa nak betul...Sunyi buleh kedengaran ke??? kompius cikgu sekejap. huhuhu..Anak-anak murid maafkan saja cikgumu ini, okeh. ahaha

Owh yer..Celcom berokben kaler blue ku ini bukan laa mengundang blues selamanya rupanya..Malam ini dia bagus pulak. Maksud aku connectionnya sangat cantik. Begitu indah dipandang mata bila lampu kaler blue saja yg kelihatan di modem. x macam aritu, kejap-kejap dia jadi lampu kaler hijau. Kaler hijau means Edge celcom kot kalau x silap iaitu connection yg semput bak siput khinzir sedang berlumba lari dengan rimau bintang. Sungguh menyeksa batin aku. Sampaikan rasa macam nak pijak-pijak saja modem huawei kaler biru navy nih sampai pecah. Nasib baik aku masih mempunyai pertimbangan lagi...errrkkk...apsal tiba-tiba tv3 menunjukkan iklan citer seram pastu keluar muka yg membuatkan muka anjing jiran belakang rumah aku lebey jelita bak bulan purnama nih??? Kau mmg saja jek kan tv3...mementang laa aku sedang bersendirian nih. huhuhuhuhuhuhu terlari tajuk tiba-tiba. Nih suma tv punya pasal. Pengaruh iklan! (@_@)

Jam menunjukkan pukul 9.27pm di saat aku sedang mengetuk-ngetuk kekunci keyboard nih...Arr lambat lagi pulak download latest episode citer Supernatural peberet aku nih nak habis. Baru 67%..Huuuuu...ntah bila laa nak sampai 100% nih..malam makin tua..bukan makin muda..tadi abah terchenta tiba-tiba bikin anakanda yg kesayuan hati nih terkejut berok-ben! Dalam pukul 8 suku tadi tetiba plak ada orang bagi salam! Buat aku terkejut rasa macam nak pecah jantung! Nasib baik laa bapakanda terchenta..cuak gak aku kan...yelah..suma orang da tau kami da pindah..tetiba plak ada bagi salam lagi musykil gak aku..lagi plak lampu kat luar rumah mmg aku x on kan..Heee...bisa gugur jantung gue beb...

Lagi satu ialah...aku sebenarnya nak citer pasal benda lain pada malam yg panas ini..tapi terbebel pasal masalah lain pulak. huhuhu sebenarnya nak citer yg semalam aku begitu seronot sampaikan x sempat nak ingat internet pun! why? Tell me why?? Ain't nothin but the heartache?? Ececece lirik I want it that way tetiba..menandakan betapa aku begitu windukan Howie D! uhuuuu..

Anyway...sebenarnya nak citer yg semalam aku pergi bercanda di tepian pantai. eheheheheheheheh..Serius seronot wey!! Punya laa lama aku x pi pantai tuh bermain-main di gigi air laut! Ecece ayat x buleh blah lagi. uhuhuhu.. Tapi kali nih aku bukan bermain di gigi air laut aje tapi berendam terus dalam air laut tuh! x padan ngan ketinggian tidak setaraf dengan paras air laut dalam...buleh pulak ek aku bermain-main jauh ke tengah...mandi kat tepi-tepi x main laa..apa kelassss... har har har...Tapi mmg syok habis arr semalam..aku pi kat laut batu 4 tuh aje..punya laa ramai giler orang bermandi-manda, berkelah, berdating, bermain jet ski + banana bot di samping mencuci mata. x kira melayu cina india arab indon. ahahahah. 5 serumpun beb. Tapi nevermind arr...Semangat 1 Malaysia kan. kuikuikui..

Tapi, aku bukan bersendrian seperti sekarang laa pun...semalam pi mandi laut berempat. Aku, Liza, Yulia & Nini. Suma memember skolah. Kebetulan suma pulak balik PD raya Cina..Pelik sebenarnya...Masa raya Aidilfitri macam begitu payah pulak nak tengok batang hidung mahupun bijik mata, telinga dan mulut masing-masing. Tapi raya Cina nih kebetulan suma free laa plak semalam. Tapi logik laa jugak kan..bukannya kena pi melawat sedara mara sambil membawak limau atau bermain tarian singa pun. Skang Cina yg raya. Yg bukan Cina tumpang cuti aje. kikikiki...x kisah arr..apa yg pasti, semalam mmg besh!!! Walaupun aku penakut nak naik banana bot sbb aku takut tetiba jatuh kat tetengah laut nu! ahahahahahahaha (kantoi pulak x reti berenang. :P :P)

Tima kasih jugak kepada sunblock Clinique kerana berjaya melindungi kulit mukaku dari sinaran mentari ataupun ultraungu! Muka aku x burn! yeyeyeye...syukur!! Menandakan Clinique mmg terbaekkkk! Clinique rawks! \m/

Okeh, esok aku bebel lagi kalau berok biru ku tidak mendurhaka ek..

Sekian saja entry carca marba dari saya..macam laa x besa... hueheehehehehehehh



Friday, February 12, 2010

Duhai Streamyx pujaanku....

Rindunyaaaa..........serius aku sangat rindu pada menatang yg dipanggil internet!

Sesungguhnya aku sedang mengalami suatu bentuk dugaan yg amat menyeksa jiwa dan ragaku ini. Biar laa tade tv..biar tade radio..biar tade peti ais skalipun..aku x kisah sangat..tapi jangan laa tade internet!! huhuhu...tapi..itu laa dia...dugaan terpaksa kutempuh...aku ketiadaan internet! Huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu (~_~)

Padahal..jari jemariku sejak minggu lepas terlampau ringan nak menaip banyak benda dalam blog tersayang nih. Terlampu banyak..tapi akibat ketiadaan internet tanpa diduga kat rumah baru...aku terpaksa menyimpan yg banyak tuh suma dalam hatiku yg sedang merajuk nih...merajuk dengan org Streamyx! (*_*)

Aku pindah ke rumah baru last Sunday..Da elok memindahkan line tipon kat rumah lama ke rumah baru a day after that..dua tiga ari after that pulak, tiba-tiba mendapat panggilan dari Tm Point mengatakan Telekom x dapat nak pasang streamyx kat rumah baru aku..sbb line kawasan rumah baru aku tuh da penuh! Depa tengah mohon tambahan line..depa suh aku potong dulu streamyx aku yg da bertahun-tahun aku pakai tuh pasai mmg xleh guna wat masa skang..depa jangka dalam bulan 7 baru ada...Aduhai..........betapa hancur luluhnya buah pinggang belah kiri aku mendengarnya........

Oleh sbb ingin mengubat luka hatiku ini..aku pun pi laa mendapatkan berokbengong Celcom kat centre dia..Aku yg begitu TAMAK haloba ini pun mengambik laa yg pakej 98 hinggit tuh sbb nak lebey laju laa konon...Then dapat plak pendrive 1gb free lagi tuh...wah wah celcom..kemain lagi nak tambat hati pelanggan yer. Berbaloi-baloi laa tuh eh...skali bila aku balik rumah baru...aku pun excited tahap wali-wali laa macam bebudak dapat eskem. Skali...line dia x strong kat rumah baru aku! Dapat laa online kejap..kejap sesangat...pastu terus x dapat da!! Line x elok! Waaarrghhhhh aku rasa macam nak bagi penendang space cop gaban kat berokbengong celcom nih!! Tapi aku pun silap gak...tamak haloba sangat...terus jek kompiden mcm coverage bagus...amik yg pakej 98 pulak..now padan laa dengan muka aku. huhuhuhuhuhu..tapi..agaknya sbb rumah aku nih kawasan dia masuk ke dalam sangat kot..belakang tuh aje laut...line x brapa okay laa kot..tapi 3g kadang-kadang ada.. patutkah aku menerai Maxis punya berokben pulak ek???

Ntah laa...kepalaku semakin bingung...aku ekceli lum potong lagi Streamyx pujaan...next week laa aku pi Tm point tuh potong...tapi hati aku berat giler...giler giler punya berat. Apsal eh????? Aku sayang sangat laa kat Streamyx aku...sbb streamyx aku besh!!! Sorry laa berokben..baik celcom baik maxis...suma x dapat menandingi kelajuan tahap agung Streamyx pujaanku. huhuhuhu...xpe xpe...nanti bulan 7 aku mohon balik streamyx...ada hikmah setiap segala sesuatu kan?? Ayat penyedap hati sungguh. wahahaha...

Okeh...itu saja buat malam ini...sebenarnya aku kat rumah lama...saja try berokben celcom nih okeh x kalau kat rumah nih...skali okeh sesangat! Siap ada hsdpa lagi! Waaaaaaa....adakah rumah nih menyumpah aku sbb pindah??? huhuhuhu saja je kan...dun wori laa rumah....aku xkan lupakan kau...see..kan aku balik gak malam nih......sbb nak nak main internet! ekekekekekekekekekekek

Sekian saja dari saya yg terluka....babai...nak tunggu..ada x panggilan kiut dari Encik Baik Hati malam nih. hihihihi :P

P/s two : Tade kosa aku nak mengkalerfool kan entry this time...tade mood! WIndu streamyx!!! Uhuuuu :(




Friday, February 5, 2010

Demam rindu ?

Orang yg memanggil aku 'Busuk' tuh nyanyi lagu nih kat aku...

Akulah Kekasihmu - AXL

Itukah dia kekasih yang pernah berjanji
Memberi cinta untukmu sepenuh hati
Ia akan menyesal suatu hari nanti
Apabila ia mengetahui
Kekasihmu ini ingin kembali

Tahukah engkau ia tak sepadan denganmu
Walau beribu bisik pujuknya merayu
Kekasihmu ini terlalu ingin kembali
Sejak ia mengetahui
Kekasihmu itu selalu membuat kau bersedih

Oh kekasihmu ini akan merasa gembira
Andai dapat bersama untuk selama-lama
Hanya untuk menyayangimu
Hanya untuk bercinta lagi
Andai engkau berduka
Aku yang pertama di sisi
Andai engkau bahagia
Akukan terus berdoa
Semoga suatu masa
Pintu hatimukan terbuka
Dan kita akan kembali
Bercinta lagi

Aku akan kembali
Walau jalan berliku
Kernaku kekasihmu
Hingga ke akhir hayat

......dalam mimpi saja. :( :( :( :( Nevermind..orang kata mimpi tuh mainan tido kan..abaikan abaikan..

Aku sebenarnya baru balik dari pasar malam nih..x padan dengan kedemaman melanda, sempat lagi pi pasar malam eh?? huhuhu apa mau buat..Sudah x dapat menahan keinginan untuk makan my peberet kaki ayam goreng kat pasar malam Bandar Sunggala tuh! 3 minggu x pi situ since Ida pindah skolah. kalau dulu, every friday bila balik skolah, kami akan ke pasar malam tuh...and aku sudah pastinya akan beli kaki ayam goreng tuh laa. :P Since ida pindah aritu, lama da x pi..nih sudah x tertahan rasanya, maka after maghrib, sanggup aku pi balik ke area batu 6 sana semata-mata nak pi beli kaki ayam! ahahahah ngalahkan orang pregnant ek?? :P

Di saat aku menaip entry nih..da dekat 8 juta kali aku terbersin-bersin..tuh laa..orang suh makan obat tamo..degil. Mau tunggu pukul 12.00 tengah malam karang baru makan. Pastu baru besh mentidokan diri sampai subuh. ngeh ngeh...Aku mmg degil pun. x payah orang cakap, aku mengaku sendri. hihihihi..Nasib baik laa tomorrow is Sabtu. Buleh merehat-rehatkan diri di atas comforter..Owh yer, fyi, katilku sudah tiada yer tuan-tuan dan puan-puan..sudah diangkut ke rumah yg bakal diduduki minggu depan..sudah tiga empat ari aku beradu di atas comforter bersama si Bushuk akibat ketiadaan katil dan dreamland empukku..(~_~) Errr..si Bushuk nih teddy bear kesayangan aku yerr...bukan sapa-sapa. Lain-lain 'makhluk tumpangan' iaitu Si Bulat dan rakan-rakan beruangnya sudah selamat diangkut bersama katilku ke rumah sana. Aku pasti makhluk-makhluk tumpangan tersebut merindui aku separuh mati termasuk laa si kucing biru yg baru dibeli itu. huhuuhuhuh.

Skarang, bilik di sini sudah kosong, tinggal sikit-sikit aje barang lagi...esok balik rumah sana. Harus mengemas bilikku di sana pulak. Ayoyopadayapa...sudah laa kureng sihat, mahu mengemas pulak..xpe laa..mudah-mudahan aku bangun esok pagi, tubuh badan sudah sihat sejahtera...tiada selsema lagi. InsyaAllah. Nanti malam sikit telan ubat selsema banyak-banyak! ahahaha giler kau nak telan banyak-banyak mahu aku overdose pagi esok! Telan satu bijik saja..ubat selsema kaler kuning itu..Sungguh mengantuk bila menelannya. (@_@)

Sudah. Penat menaip banyak-banyak. Nak pi baring-baring sambil dengar lagu AXL. huhuhuhuh

Thursday, February 4, 2010

Sesukati aku menukar lirik..

Urusan for today berjalan dengan lancar..Alhamdulillah, syukur. (^_^) Lebey bersyukur sbb dapat merehatkan diri sejurus selepas pulang ke rumah..Nampaknya usaha gigih untuk TIDAK menidurkan diri pada waktu siang TIDAK berjaya. GAGAL sama skali..sbb aku tido siang dengan jayanya sampai pukul 5.20pm! Besh betul dapat tido bagaikan juara. Menambahkan kegebuan pp bulat yg bertambah ketara ibarat pau kaya. har har har.. nasib laa labi :P

Esok kena pi ke skolah semula untuk mencari rezeki yg halal..ecece ayat x buleh blahhh nampak. muahahaha..habis tuh xkan nak cakap mencari rezeki x halal pulak kan..HALAL tuh penting wooo...Tapi xpe, pi skolah pada ari Jumaat adalah besh. Sbb esoknya Sabtu adalah ari cuti. eeheheh. Tadi, walaupun aku x pi skolah arini, aku still tinggalkan worksheet untuk bebudak tuh buat taim kelas aku. Kira cikgu relief tuh just tengok-tengokkan aje laa bebudak tuh. x payah buat apa-apa pun xpe..Hopefully bebudak tuh buat laa keje yg aku kasi tuh.. Kalau x buat..esok siap laa tangan aku mengetam isi perut kanak-kanak ribena. (>_<)

Hmmm..tadi terdengar lagu Cinta Bandar Tasik Selatan kat Sinar..syahdu semacam laa pulak rasanya. huhuhu. Tapi buleh x kalau aku tukar dalam lirik tuh...dari bandar tasik selatan jadi..

"Kolej matrikulasi pulau pinang...mencermin kenangan syahdu..berderai air mata piluku.."

Alalalala...mode jiwang karats sudah mai. huhuhu. Rajin betul aku melayan jiwang skang nih ek..Cobaan..ini betul-betul bukan cobaan. Cobaan..har har..citer P ramlee mmg x jemu ditengok walau da berjuta kali lemon pun ek??

Anyway, i DID miss you..(buat yg memanggilku 'Busuk' itu saja) -Sambungan drama swasta kelmarin..(@_@)

Layan jiwang jap........... huhuhu


Wednesday, February 3, 2010

Hatiku masih milikmu?

Kepalaku pusing 720 darjah today..macam mana tuh??? Jangan ditanya. Fenin wey..fenin! Kelas aku da laa mmg full sampai 5.20pm patutnya..Tapi oleh sbb ada latihan sukan untuk bebudak year 2, so kena laa turun padang latih budak rumah Biru. Biru...kenapa musti Biru???? x habis-habis aku mempersoalkan tentang itu. huhuhuhu al maklum laa biru hater. nyeh nyeh..no offense eh peminat biru..:p

Sudah laa begitu...datang plak skolah awal sikit. After melakukan aksi drift beroda empat di highway Lukut-PD. mUahahahahah moga-moga x kena speed trap sbb kat area "80km/j" jek aku slowkan kete..lepas tuh menspeed balik. kekekekek bijak..bijak..Sampai kat skolah, terus masuk meeting kelab. Habis da pukul 1 lebey sikit. Nasib baik laa aku da makan kat rumah.
Kalau x mau masuk hangin kus-kus satu badan. (@_@) Tp xpe...Kami guru Malaysia..berikrar dan berjanji..mendidik dan memimpin, putera puteri negara kita!! Ingat sikit lagu Guru malaysia nih terus semangat! :P :P

Esok aku cuti. Mau pigi dating lagi..tapi bukan dengan gb heh...nehi baia nehi.. hak hak hak...

Malam tadi sms misteri masuk lagi..dari yg memanggil aku Busuk itu..hmm...sapa lagi kan..x habis-habis nak panggil Busuk lagi apahal..bukan kah sudah berakhir?? Aiyoyo padayapa...aku x faham laa kenapa ada orang sukar nak memaham bahasa. Mungkin kena tukar ke bahasa Uganda baru faham ekk??? Tapi x apa...mungkin da terbesa dari dulu kan...:)

owh yer..apakah punya tajuk entry yg aku letak itu??? huhuhuhu

Tuesday, February 2, 2010

What the sengal..

"Busuk, awk sihat?"

"Yup."

"Napa x tido lagi ni, Busuk?"

"Belum ngantuk."

"Rindu ek.."

"Rindu sapa?"

"Org le."

Arr drama swasta. Malas amik port. Lalalalala.. Dapat cikgu baru lagi 3 orang today & yesterday! Semalam Kak Alia & Hawa masuk. Dulu ada Adam..now da ada hawa... tee hee hee :p Today ada sorang lagi masuk. Kak Arni. Suma sporting dan besh. (^_^) Kak Alia tuh cikgu lama tapi baru tukar ke PD ikut hubby beliau, Mejar askar. Sebut Mejar tingat zaman praktikum dulu slalu usik Kak Enda dengan word "Table". Sbb at that time beliau kawan dengan sorang Mejar askar. Walaupun tade kaitan dengan 'meja' tapi tetap panggil si "table" jugak ahahahah winduuuuuuuuuu sama waktu itu. wuuuuuuuuuu

Semalam aku rasa macam nak tercabut sendi kaki. Datang skolah awal sikit, pi dating dengan Gb kusayang. Dating?? Jeng jeng jeng...ada laa. huhuhu then pi kelas..waktu aku da free, ada some pupils from 2 Elit berlari-lari mai kat aku kat Bilik Dewan tuh.."Teacher..teacher...Aiman x boleh nafas!" And aku was like.. "Whaaaaat?????" Punya laa aku kelam kabut ke ofis, amik register nak amik no hp bapak budak tuh since aku guru kelas dia. kebetulan mmg aku free waktu tuh..aku pi laa ke ofis. Then gb kusayang tengok aku kalut semacam, beliau tanya why. Aku cakap laa apa jadi. Then beliau skali sama kalut dengan aku. Hahaha kiut laa gb! Pastu beliau yg call kan bapak budak tuh tapi malang berbau kamben, the number is not in service...what the sengal betul....

Last-last gb cakap kat aku, suh aku antar jelah budak tuh balik umah dia sbb x dapat contact parent dia. Terus aku amik alamat dia kat register. No 177, taman intan perdana..Kompiden habis..Cecepat turun bawah, tengok-tengok Adam da tolong dukung budak tuh..bawak masuk ke buah hati aku. Tengok-tengok pulak, handbag aku tertinggal kay ofis! huuuuuuu taim kita nak cepat tuh laa macam-macam hal! Aku pun suh budak pi lari hambik kat ofis..sebaik Kak Nora (kerani) belum kunci lagi ofis masa tuh! Sbb masa tuh da kul 6.00pm. Budak pun da nak balik. Dapat handbag, aku cecepat bergegas dengan Adam ke Taman Intan tuh..anta budak Aiman yg sakit. Budak tuh mmg ada athma yg teruk. Jadi aku x tunggu lama laa..tengok dia da semput satu macam. Nasib baik laa ada Adam skali. Kalau aku sorang mau kelam kelibut!

Kami pun vroom vrooom ke Taman Intan tuh..pusing-pusing ntah barapa kali, x jumpa no 177 tuh! Aduhhhh...tanya orang sana sini, x jugak dapat. Kan da cakap...taim orang nak cepat, macam-macam hal arr! What the sengal betul..Rupa-rupanya aku tersilap tengok! muahahahahhahahaha no 77 rupanya...malu sy...:"> :"> sebaik laa Adam tanya budak Aiman tuh, kamu ingat x rumah kamu yg mana...si Aiman tuh laa cakap. Nasib baik budak tuh tengah dalam sedar lagik...Syukur, alhamdulillah. Selamat aku & Adam bawak budak tuh ke rumah dia..then kami tolong anta ke hospital jugak sbb his mom xleh drive. Bapak dia keje..Aku pun mintak no hp mak dia in case apa-apa hal next time..Nak jek aku naik hangin & sound mak dia..'tu laa...lenkali, bila cikgu mintak borang maklumat murid yg ibu bapak kena isi tuh, bawak-bawak laa anta ek...bila anak sakit senang nak contact! Ggrrrrrrrrrrrrrrr' Nih x, da 3 minggu aku mintak, x bagi-bagi jugak! Duniawi duniawi...apa-apa pun syukur, budak tuh tade apa-apa..Today dia x datang. xpe laa, mungkin doktor suh rehat sehari dua.

Menurut kata Adam, ada pulak cikgu-cikgu bising kata kami patut anta budak tuh ke hospital terus. Oi mana buleh! Gb cakap suh anta ke ibu bapak dia dulu laa. Kang apa-apahal ibu bapak dia tau..nak contact kan x buleh. Bukan x try. Gb pun try..Bila da ibu bapaknya tau, pastu kami pun bawak ke hospital. Lagipun budak tuh masa tuh, okeh jugak lagi..masih leh bercakap, bukan pengsan xde nadi ke apa. Pandai-pandai aje depa nih nak mengata kami patut itu patut ini...Lenkali tatau citer bagi salam dulu. Nih takat tengok aje, tade pun tolong apa-apa..Adam, aku ngan Gb aje yg kelam-kabut, depa duk tengok aje pun. So jangan nak banyak cakap. Nak tunjuk pandai sangat, sesenang depa jelah jd gb. Sok suh depa apply. har har har..

Aduhai..what the penat arini. Esok lagi laa what the penat kelas full sampai ke petang. Sambung pulak lagi dengan latihan sukan bebudak Year 2. Waaaaaa mau lembik jadinya gini. Ih ih...aku nih asyik merungut aje ek...My ibunda cakap, adat laa orang bekerja..kalau nak merungut penat aje, berhenti jelah keje. huhhuhuhuhuhu nehi mummy, nehi!! Yg penting, this Thursday aku cuti..atas sbb tertentu. ngeh ngeh..

Skang nak tido, and tunggu sms misteri masuk! (@_@)