Tuesday, November 29, 2011

Surat cinta

                  

Kehadapan Saudara Edward Anthony Mason Cullen,


Rindu kepada saudara masih belum terubat walaupun saya telah pergi menonton filem terbaru saudara, Breaking Dawn Part 1 pada Khamis yang lepas. Boleh tak saudara tolong jangan handsome, sweet dan baik sangat?  Saudara telah meragut ketenteraman hidup saya. Pagi petang siang malam, saya tak dapat melupakan saudara, hanya teringatkan saudara saja. Saudara tahu tak saya sudah angau? 

Saudara, percayalah bahawa rindu saya kepada saudara semakin menebal sehingga di saat saya menaip surat cinta ini. Biarlah saya bermuka tembok sekalipun, ataupun bertepuk sebelah tangan sekalipun, tetapi saya tetap merindui saudara sebanyak darah yang Bella Marie Swan telah minum untuk memastikan anak saudara yang berada dalam kandungan dia membesar dengan sihat. Diharap saudara hargai perasaan rindu saya terhadap saudara. Kalau tidak, rindu dan kasih sayang saya akan beralih kepada Jacob Black! Dia pun handsome, tahu!

Akhir kata, saya akan pergi menonton lakonan kedua saudara minggu depan. Inilah bukti kasih sayang saya kepada saudara. Pecah kaca, pecah kelas, kalau tak baca, macam mana nak balas. Bye!

P/s : Kirim salam pada Jacob Black.

Love,
Future Mrs Cullen.

Wednesday, November 23, 2011

Ganas tapi dalam hati ada taman.

Yay! Cuti skolah sudah bermula. Cikgu-cikgu x perlu keluar rumah pukul 7 pagi untuk bergegas ke skolah lagi. Juga x perlu menggosok baju kurung setiap malam. Juga x perlu menggigil setiap kali shower. Juga x perlu feel monday blues setiap Isnin selama sebulan lebih lamanya. Bukan itu saja, cikgu-cikgu boleh pergi holiday jugak! Cuma cikgu yg ini terkecuali..*sob* *sob*

Di saat orang lain sibuk merancang pergi bercuti, aku menggigit jari. Semua sibuk tanya, plan pergi mana cuti panjang nih? Aku akan jawab "tak kemana pon". Sedih aje bunyinya kan? Tapi itu laa hakikatnya. x boleh pergi mana pon cuti nih. Sebab aku cuti kerja, bukan cuti belajar. Since sem nih bermula pada September 2011, maka tamatnya pada Januari 2012, jadi x ada cuti pada Disember. Every Friday kena pergi UKM, kelas dari pukul 3 petang sampai 9 malam, as usual. See..x perlu jeleskan cikgu yg sorang nih lagi. Since cuti saya bukan macam cuti cikgu lain pon. nasib laa labi.. hu hu hu..

Sem ini, aku sudah mula buat kertas projek 1. Tapi apa pon x start lagi sebab aritu sibuk dengan hal skolah. Sampai laa Isnin baru nih, sibuk dengan meeting kurikulum dan jamuan akhir. Lepas tu baru hati berasa tenang sikit walaupon x berapa nak tenang pon kalau diikutkan..:( Kalau orang lain sibuk nak kawin cuti skolah nih, aku pulak sibuk dengan assignment. Yer, assignment aku sangat berlambak sampai x ada masa untuk fikir hal kawin. he he he ( poyo giler). Bila aku merungut, orang akan cakap, sapa suruh sambung masters. Panas jugak telinga aku dengar. Tapi  dengan pantas aku menjawab, "x apa, niat belajar kerana Allah. Byk pahala dapat." Terus terdiam orang itu. kahkahkah.

Kalau orang nak tau, hidup aku yg sebenar benarnya amat bosan cuti skolah kali ni. x ada benda sangat yg dapat dibuat selain assignment yg berlambak. Kalau last year pergi sarawak dengan Adik Geda dan Nad. This year, nehi! Hanya duduk di rumah menghabiskan waktu lapang. Bukan laa 24/7 aku menghadap assignment aje heh! jangan salah faham pulak. Aku belum crazy lagi. he he he..sekali sekala perlu menatap wajah jejaka kesayangan jugak. Walaupon hanya di kaca televisyen. Saranghae jun pyo oppa! Sanggup x makan pon x apa kalau da menghadap muka dia nih. Almaklum laa..aku kan suka lelaki ganas. Berlagak macam ganas tapi dalam hati ada taman. :P Cuma belum rezeki lagi nak jumpa lelaki macam nih. Kalau ada lama sudah kusuruh masuk meminang cepat-cepat. eh gatai pulak tiba-tiba. hahahaha. Tapi lelaki ganas bermulut puaka aku x suka heh! jangan salah faham pulak. Biar muka ganas janji hati baik. Jangan muka baik pijak semut x mati, tapi bermulut puaka niang rapik dan hati penuh dendam. Jenis macam nih, memang aku paling benci. Sila main jauh-jauh sebelum aku terajang kau cukup-cukup.

Lelaki-lelaki ganas di bawah adalah idaman saya. Muka dan lagak aje ganas tapi dalam hati ada taman. kihkihkih

Abang Tarabas (nicholas rogers) dalam The Cave of The Golden Rose (err abang?? kahkahkah)

Darling Patrick Verona dalam 10 Things I Hate About You (played by the late heath ledger)

Dan tidak ketinggalan jugak sudah pastinya.....

Jun Pyo oppa in Boys Over Flowers!! Saranghae oppa! (oppa laa sangat padahal lagi muda daripada aku. hahahahahah perasan muda sat :P)


Thursday, November 17, 2011

Perompak!

Seriously pissed off dengan keadaan tidak selamat yg 'melanda' PD sekarang nih..Kalau dulu-dulu, jarang sangat dengar cerita rompak or whatever kat sini tapi sejak kebelakangan nih semakin menjadi-jadi.. Itu OK jugak lagi..rompak saja (walaupon hakikatnya KO) xde bunuh-bunuh orang atau rogol orang (nauzubillah)..tapi   tahun lepas da start kes rompak siap bunuh..Yg paling latest, aku dikejutkan dengan kematian cikgu aku sendiri (cikgu zaman sekolah rendah dulu) yg mati dibunuh di kediaman sendiri! Sudah laa arwah tuh umurnya 70 tahun. sudah dirompak, ditetak sampai mati dan mayatnya dalam keadaan yg mengaibkan...betapa kejamnya si pembunuh tuh..xde perikemanusiaan langsung. Dia x fikir ke orang tuh orang tua eh?? xkan xde belas kasihan langsung?? If kau nak rompak kau rompak saja cukup laa x payah bunuh. Tahun lepas, ustazah kena bunuh kat rumah sendiri jugak. Pon dekat area yg sama. Sekali dengan anak lelaki dia pon kena bunuh..sadis sangat cara mati depa. Yg menakutkan aku, kebetulan dua-dua kes bunuh nih melibatkan CIKGU. Yer, kedua-dua mangsa ialah cikgu! How should i not be worried???

Menurut sumber yg aku dengar, trend terbaru perompak nih, depa satu geng bawak motor besar berkuasa tinggi (aku da terbayang superbike da!) lepas tuh rompak orang yg nak bukak pintu pagar rumah..ada pulak merompak kedai-kedai 7E kat area sini. Tadi member bagitau, kat neighbourhood dia rukuntetangga da warning semua suruh hati-hati pasal perompak ada markas kat area Bagan Pinang. Kat mana, wallahualam, aku xtau pulak. Dan aku malas nak amik tau. Harap polis lebih tau dan cepat-cepat cekup mangkuk hayun nih semua sumbat masuk jail bagi lega sikit hati kami penduduk PD yg sebelum nih aman damai nih.

This ROBBER can get lost!


But the following "ROBBER" can stay 'cos i loike you very much! he he he :P






Friday, November 11, 2011

11.11.11

Pernah terfikir nak tawen pada tarikh gini.. tp xde rezeki. ;P 

Saturday, November 5, 2011

Ice room

Went to Ice Room with Kak As last Tuesday..boleh tahan sedap.. 


The green ice cream below was ordered by me. Aku lupa apa real name of this ice cream tp yg pasti ianya aiskrim perisa avocado. Plus milk jugak kot pasal ada rasa susu..if i'm wrong, please correct me since that was the first time aku rasa avocado taste. Aku x pernah rasa buah avocado sebelum nih. hu hu hu.. anyway, this ice cream's very yummy! i loike (8 juta kali)




And this one was ordered by Kak As. Peanut flava. Sedap jgk but i still prefer the avocado flava better. ;)



Makan ice cream saja mana cukup beb..harussss ada heavy meals. Muahahahahah...

Yg ini Kas As punya..


 Dan yg ini pulak aku yg punya..stik lembu yg lazat tapi saiz ada sikit kecil..kuciwaaaaa memandangkan perut tengah lapo. huuuuuuuuuuu (~__~)



See below..puncak aiskrim da jatuh (masuk ke perut) ehehehehhehehehhe...


Da macam blog makanan pulak blog aku nih...cuih..

Friday, November 4, 2011

Hidup untuk makan?

Sejak dua menjak nih, kami mmg suka makan. Mana-mana pon kami boleh pergi asalkan the food is great. Kami jugak suka mencuba. Kalau nasib kami baik, tempat tuh food dia besh. Kalau nasib x baik, dapat yg food dia langsung x besh. Yg pasti, kami mmg KUAT MAKAN sejak akhir-akhir nih. Tuh yg aku nak cakap benarnya. hehehehehe

Ini gambar-gambar kami pergi jalan carik makan ke Serkam, Melaka.. 










Thursday, November 3, 2011

Konvoi ke Kalumpang..

Fuh fuh. *tiup blog* Berhabuk, berdebu, bersawang segala-gala ber laa blog aku nih skrg kan. Nampak sangat tahap kemalasan si "tuan punya"  berada di tahap yg paling tinggi. Asyik-asyik upload gambar. Itu aje yg dia tau kan. Eh aku TERmengumpat diri sendiri pulak. kahkahkah.

Sebenarnya terlalu banyak yg nak 'disimpan' dalam blog nih. Cuma keadaan tidak mengizinkan. Tapi x apa, gambar-gambar banyak diabadikan di dalam facebook. Apa?Muka buku? Macam pelik betul bunyi dia bila orang translate jadi Bahasa Melayu. Siap buat lagu. Gigih sungguh. (*__*)

Oklah, kali ini, sy ingin menceritakan berkenaan percutian sy di Kalumpang, Hulu Selangor.Konvoi beramai-ramai bersama geng sekerja. Macam biasa, biar gambar tolong cerita. Sbb aku MALAS. :P Tapi aku cuba laa cerita sikit-sikit memandangkan aku ada 'sikit' rajin malam nih. Hahaha.

Yg kat bawah salah satu contoh chalet dia. Tapi bukan chalet aku duduk. Ini chalet orang lain. Chalet aku duduk kt atas bukit sikit. Agak tinggi. Tapi line telefon macam dalam gua. Sangat terseksa hokay. Tengok atas bumbung ada apa? ASTRO lagi. Sapa bilang kawasan ceruk x maju? :P


Gambar di bawah ialah  candid berkelah di tepi air terjun. Yippeee! Dapat jugak laa makan nasi goreng + cekodok + keropok ikan + goreng pisang pagi tuh. :D


Apa yg comel pasal chalet kat Kalumpang nih nak tau x? Sebab dia bagi nama setiap chalet dengan nama burung. Kat bawah nih chalet TERKUKUR. tapi xda bunyi burung terkukur. Yg ada bunyi siaran ASTRO. ahaks!


Bawah nih pon chalet. Bawah sikit dari chalet aku duduk. Aku pulak punya sengal x pi tangkap chalet aku duduk. Mungkin sebab terlindung sikit kot. Yg pasti, betul-betul tepi sungai.


Ada pintu gerbang lagi tuh....kau ado?


Ini pulak tempat aku mandi. Berendam sampai maghrib lagi.. haha..giler berani. Air dia punya sejuk gila macam sejuk air botol dalam fridge. Menggigil x hingat tapi still nak berendam sampai maghrib. Nampak x tali? Meaning kawasan nih sebenarnya air deras. Sebab tuh kami mandi pon berpaut pada tali. Gambar mandi-manda x dapat ditayang. Seksa nanti mata memandang. har har har..


Below is the other side. Aku x mandi kat side nih pasal air dia dari air terjun yg menderu jatuh. Begitu deras sampai aku pon x berapa nak berani mandi kat situ. Kebanyakan orang lelaki aje mandi kat situ. Tapi ada jugak perempuan. Yg jenis berani laa. Aku penakut sikit. :p


Kat bawah ialah tempat santai. 


Dan last but not least, ini beruk miang yg asyik dok buat muah muah kat aku. Tiap kalo aku lalu dan pandang dia, dia akan buat muncung muah muah. Ciskek blueberry punya beruk. Macam da xdak beruk lain kau nak mengorat. (@__@) See...dia siap pose bila aku snap gambar dia. har har har harubiru!


Kami sempat jugak merayap ke pekan Tanjung Malim. Singgah makan pau dan roti kawin kat kedai pau YIK MUN. Halal.







Roti kawin dia sedap gilerrrrrrr! Teringat-ingat bila da balik. (@__@)


Tuesday, November 1, 2011

1.11.11

sengaja post sbb tarikh besh. hihihi..jgn maraaahhhhhh :p