Thursday, April 30, 2009

Air mata kasih?

Salam sayu penuh kasih sayang.

Aku telah menangis dengan penuh perasaan di lewat malam begini.. Owh sungguh aku malu. :"> :"> <--- pinjam icon malu YM. *pihak YM jangan saman aku..Tolong!* Kenapa laa sangat menyentuh sampai ke dasar hati eh citer Twilight nih?? Aku da kena sampuk dengan vampire ke nih?? (vampire named Edward, to be specific! *perasannya cikgu nih*) Sedey laa... Sedey! :( :( :( :( :( *pinjam icon sedey YM macam slalu*


*Owh Bella..aku jeleeeeeeeessssssss! hukhuk*


Last but not least, Selamat tinggal April....kau kan kurindui slalu! *sob* *sob*

Tuesday, April 28, 2009

Aku suka...

Salam...

Arini tade salam sayang macam semalam. Tade mood laa nak bersayang-sayang! Arini mood nak berhemo hemo aje. Sambil menangis-nangis skali. Tapi kenapa x menangis-nangis pun aku nih?? Air mata da kering kot?? Ke tade selera nak menangis? Owh, I DON'T KNOW!

Aku sebenarnya buleh dikatakan agak sedey. Tapi tade laa sedey tahap wali-wali pun. Cuma ada laa jugak tersimpan sedikit kekesalan dalam hati aku nih.. Di hujung bulan April nih, aku mendapat satu pengajaran. Buleh dikatakan agak berharga laa bagi aku.. Apa dia? x payah laa kasitau. Biar disimpan dalam hati saja. Cuma satu aku nak cakap dengan diri aku sendiri, JANGAN TERLAMPAU PERCAYAKAN ORANG SANGAT. KELAK AKAN MENYAKITI HATI SENDIRI.BUKAN SEMUA ORANG BAIK. Okeh, sekian tima kasih. Tak hingin cakap pasal benda nih lagik.

Arini aku ke skolah awal jugak. Meeting kelab x jadik dibuat esok tapi arini. Aduss punya laa kelam kelibut dibuatnya aku! Geram laa jugak. Apahal tamo cakap dari semalam. Nih nak dekat pukul 10.00am baru cakap meeting pukul 11.00am. Apa ingat rumah aku belakang skola ke apa? Kalo rumah aku belakang skola tu lain laa..10.45am pun aku buleh relax-relax bancuh kopi o pastu cicah dengan biskut kepala lutut untuk sarapan! Pastu baru terkedek-kedek lenggang kangkung pi skola. Nih umah aku da laa kat Lukut nih haa...nak cakap tu awal-awal laa kan. Pukul 7.00am ke..8.00am ke..Aduhai...bikin jiwa tertekan saja. Nasib baik laa sempat aku iron baju tudung suma tu...kalo x mau jadik cikgu paling serabai aku arini. Sebaik ada budak 2 Dinamik cakap.."Teacher pakai baju ungu nih lawa. Kenapa teacher x penah pakai pun dulu?" Fuhhh sejuk sikit hati gua..macam kena simpan dalam air kepal! Eh hangpa tau ke ais kepal tu apa? hakhakhak

Arini meeting pasal Hari Guru 16 Mei. Bincang aktiviti suma tu laa. Kali nih depa nak buat game Bola Baling antara cikgu pompuan & futsal tuk cikgu lelaki. Plus acara sukaneka guru laa macam besa. Uhuk.. maleh sungguh den nak main sukaneka. Jadik macam tahun lepas, terasa macam mau gelakkan diri sendri! aahahahahahah. Bebudak kemain suka lagik tengok cikgu memasing main. Segan laa aku...aku nih penyengan jugak jangan tatau! ehehehhehe. Selain aktiviti, dibincang jugak pasal persembahan suma tu laa..plus cenderamata tuk cikgu-cikgu & jugak anugerah. Ada 5 kategori anugerah untuk this year iaitu, Cikgu Paling Tegas, Cikgu Paling Bergaya (Lelaki & Perempuan), Cikgu paling Lawak, Cikgu Paling Ceria & Cikgu Paling Popular. Bebudak yg vote. Nanti akan dijual laa kupon tuk vote tu. Kupon untuk satu kategori dijual dengan harga 20 sen jek. Kira orait laa tu.. Seronot laa jugak bincang pasal Hari Guru nih. Macam x sabar mau sambut pun yer jugak. Yer laa...hari untuk diri sendri kan? excited terlebey laa sikit. huehueheue :p

Owh yer, sapa tengok Cinta Untuk Awin Ain arini? Hangin pulak aku tengok si Farid (Eizlan Yusof) tu! Jahat cam seytan! Rasa cam nak hempuk jek kepala beliau dengan periuk belanga kasik biol! huhuhu emo lak cikgu nih (hemo! hemo!). Ehh musti laa.. Sian si Shahrul tu benornya. Da laa kau racun fikiran mak bapak beliau (kira mertua si Farid laa sbb beliau kawin dengan akak Shahrul)..buleh pulak kata Ain tu jual diri dari zaman skola laa apa..padahal kau yg rogol si Ain tu! Pastu bila Shahrul tu mmg sayang giler & da nak tunang dengan Ain, kau menyebok pulak nak hancurkan kebahagiaan depa dua! Heeeeeeeee hangin betol laa aku dengan petualang macam tu! Sebaik laa drama jek kalo bebetol aku tembak jek dengan bazooka biar jadik arwah cecepat! uhuhu emo nampak cikgu?? Eh musti laa. Aku kan kipas-susah -mati citer tu...so aku hayati sesungguh laa. gagagaga. Tapi siyes laa besh kalo ada buah hati cam Shahrul tu. Da laa baik..ikhlas pulak..walaupun beliau da tau Ain pernah kena rogol, beliau still leh tima..Beliau punya laa sayang giler kat Ain. Punya laa risau bila Ain cam jauh diri dari beliau! Wuuuuuuuuu..mmg laa cinta sejati! Bila laa mau jumpa lelaki cam Shahrul tu yek??? (^_^) (*_*) (~_~) <--- wajah-wajah yg menggambarkan jiwa kacau!

Anyway, aku berasa sangat happy bila ada Ako dalam citer tu skang! Yay! Yay! Seronotnyaaaaaaaa. Kiut miut laa si Ako nih walaupun da makin gebu. Badan gebu...pipi gebu...perut pun gebu! wahahahah..tapi xpe, gebu gebu pun comel jugak. Saya tetap suka awak, Incik Ako Mustapa. YOU RAWK! \m/ (^_^) \m/ Da laa ada Ako Mustapa dalam Cinta Untuk Ain..pastu kul 10.00pm ada Arash Mohamad pulak dalam MR MAMA! Yippeeeeeeee! Aku pernah minat giler sama Arash Mohamad masa aku skola menengah dulu! Bagi aku Arash adalah lelaki yg sangat macho, hensem, kacak, tampan, segak, bergaya dan lain-lain yg sama waktu dengannya ..Err x setuju kah? x setuju pun xpe..ada aku kisah? hakhakhak

Okeh skang mau membaca novel New Moon (sambungan Twilight). Selamat malam wahai sahabat! Moga anda dibuai mimpi-mimpi indah! *muah muah*


*P/S I LOVE YOU: Happy Birthday buat sahabatku yg jauh di Sibu! I MISS YOU! *hugs & kisses*

Monday, April 27, 2009

Aduhai manisnyaaaaaaaa...(^_^)

Salam sayang buat suma. (^_^)

Eh? Salam sayang lagik? Semalam da salam sayang arini pun salam sayang jugak ka? eheheheheheheheh...Ehh apasal gelak pulak?? ahahahahahhaha. Aik...gelak lagik? Apa hal cikgu nih?? Saja...suka pulak nak gelak-gelak dalam blog sejak jatuh chenta dengan vampire nih (Edward I LOVE YOU! :p). Tapi jangan panggil aku keliwon cukup laa..Kalo mau kena hentak sila laa panggil. hakhak..Mai keliwon nehi hai..Mai tumhara guru hai! Ada paham?? Tak paham pi belajar Bahasa Hindi dengan Datuk Shahrukkhan dulu! hakhakhak jahat betol laa cikgu nih skang.. x aci arr x translate..Mmg x aci pun. Kau ingat aku aci ka?? Wo bu shi aci maa...! ahahahahaha sengaaaaaaaaaaaal. :P

Begini laa nasib orang tengah serabut kepala. Habis suma merapu kepunten keluar! Maafkan saya yer..ececece :p Aku sebenarnya ada sikit terlebey gula arini. Agaknya sbb aku banyak bantai makan benda manis kot arini. Padahal aku bukan suka sangat makan benda manis pun. Tapi telah TERmakan kuih bingka ubi pulak arini. Manisnya umpama gula..suda laa manis berlemak pula..huahuahua. x cukup kuih bingka aku bantai pulak makan mangga madu dua bijik! Kawan abah kasik semalam. Mula-mula macam tamo makan sbb aku mana suka mangga masak! Tapi tengok gebu pulak mangga itu lalu kupotong sebijik dulu..makan bersama ibunda nan satu..ehh skali sungguh sedap wa cakap lu! Aku pun potong laa lagik satu! gagagagagag sodaaaaaaaap. nyam nyam. Giler manis macam madu! Yg sebijik lagik tu aku bantai makan sorang aje. Tade maknanya nak kasik can kat ibunda da..ahahahahha ketamakan melanda diri ! Almaklum laa bulan sedang mengambang penuh nih selera makan jadik lain macam sikit. Macam x makan 3 minggu! hakhakhak

* Mangga gebu da tinggal satu! muahahaha *

Kepala aku ada sikit sakit sebenarnya nih. Weng sikit pun iyer jugak. Tadik siang pi skolah pun awal. 10.30am da bertolak dari umah. Sbb ada meeting sukan dengan Incik GPK Koko! Nih first taim meeting sukan sbb 26-30 Mei nih baru skolah aku nak buat sukan! Fuhhh gilr bz minggu akhir before cuti midterm tu..tapi xpe, asal bebudak da habis exam taim tu...tade laa menimbulkan kerisauan tahap wali-wali di hati sanubari para cikgu cikgi..Kira relax laa sikit pasal exam da lepas. Kalo dibuat taim before midterm exam tu mau sengal kepala otak bebudak tu! Dengan nak peksa nya...dengan nak sukan nya...Mau bersepai neuron-neuron dan jugak synaps dalam otak memasing!

Meeting tu asalnya mula pukul 11.00am tapi Incik GPK Koko ada hal pulak so dekat 11.30am laa baru mula. Aku ngan Ida da laa sampai dalam 11.10am gitu..punya laa cuak takut terlewat masuk! Tapi tengok ada lagik cikgu kat luar Bilik Gerakan tu...so kami cam lega laa sikit. Musti lum start lagik..Skali bila masuk...aiseyman...da penuh daa...Alamatnya tade laa kerusi nak duduk. Terpaksa amik kat bilik kecik kat ruang belakang Bilik Gerakan tu. Da laa terpaksa lalu kat cikgu-cikgu laki bila nak ke situ.. adussss malu-malu arnab jugak kami! Skali Sir Miad bagi kerusi yg beliau duduk..pastu tolong pulak amikkan satu lagik kerusi...Waaaaaaaaaaa...gentlenyaaaaaa lahai! Bapak sapa laa nih?? Aku da cakap da kan dulu...Sir Miad nih mmg laa cikgu veteran paling gentle kat skola tu...Da laa hensem, gentle pulak. Nampaknya si ehem kena awas sikit laa..da ada saingan sengit untuk merebut gelaran Gentleman of the school! harharhar..Buat Sir Miad, YOU RAWK! \m/ (^_^) \m/

Meeting habis pukul 12.30pm gitu. Aku mmg salute habis laa kat Incik GPK Koko nih. Beliau mmg jenis yg cakap benda-benda penting aje dalam meeting. Tade kona sana sini langsung. Iklan-iklan x buleh pakai nih suma beliau x main! Sangat padat meeting tu. Besh. Tapi yg x beshnya, apa ke hal pulak aku kena masuk rumah BIRU nih?? Aku mau rumah MERAH laa! Go RED go! *sob* xpe laa..trima aje laa apa yg ada. hukhuk.. :( :( :( *See...keluar da icon sedey* Tapi kira orait laa tu daripada kena masuk rumah KUNING macam tahun lepas. Tidakkkkkkkkkkkkk! Nehiiiiiiiiiiii baia nehi! Aisey...nampak sangat x brapa suka kaler kuning..camna mau kawin dengan anak raja nih?? Tengku ke...lalallalalalalala~ :P

Sebut pasal raja-raja nih..teringat pulak si ehem tu. Tadik masa kat Bilik dewan tu..ada pulak beliau dok situ after meeting. Aku sebenarnya nak carik Cikgu Mad,nak kasitau ada meeting kelab ari Rabu nanti. Skali beliau tu pulak sebok menyampuk. Macam besa laa beliau tu..makin aku malas layan makin suka pulak menyakat. Selamba jek aku cakap "Apa??" aahahahah garang x garang aku nih?? :p ;p Pastu beliau just senyum jek. hahah. Masa nak pi kelas lagik besh. Masa tu beliau da atas motor nak balik ke kuarters..terserempak pulak..beliau macam besa laa...kasik senyum seindah suria pastu angkat kening..uicehhh...sejak bila pandai angkat kening nih?? huhuh aku senyum jelah...

"Nak balik da ke?" saja aku tanya.

"Ha'ah nak balik da." beliau menjawab sambil menayang wajah yg cool tu. Tapi nampak macam serabai sikit arini sbb x shave muka. gagagagag

"Sejak bila bawak motor? Vios mana?"

"Vios simpan kat rumah. Sayang!" jawab beliau sambil tergelak.

Aku pun gelak laa jugak walaupun x kelakar mana pun! wahkahkahkahkah. Pastu aku pun blah laa macam besa...kuikui. Terserempak pulak dengan Cikgu Jai. Beliau masa tu da nak balik jugak. Tiba-tiba beliau tahan aku..

"Awin kejap win..Saya nak tanya sikit laa."

"Tanya apa nya Cikgu Jai? Cepat sikit saya nak pi kelas nih"

"Awin da ada boyfren belum win?" aik? apa kes?

"Belum. Napa?"

"Hisy...tipu laa. xkan x ada? x baik tipu win. Ada ke x?"

"Laa..betol laa xde. Apasal tanya?"

"Betol ke xde ni win?"

"Yer, xde. Apasal tanya?"

"Saja saya tanya. Win marah ke Win?"

"Eh tade laa."

"Betol xde boyfren eh?"

"Yer betol. K laa cikgu saya nak pi kelas!"

"Win jangan laa panggil cikgu pulak. Panggil Abg."

Haaaaaaaakkk ptuihhhh abg laa sangat! Tade kosa aku! Cikgu Jai nih kalo x menyakat aku mmg x sah! Perasan muda laa tu.ahaha.. Bila beliau cakap gitu slalu aku panggil beliau Pakcik! ahahahah. Aku ngadu dengan Ida pasal tu.. Ida cakap "Tah-tah si ehem yg suh tanya. Dia kan kawan baik dengan si ehem tu." Huihhhhhhhh. Toksah pandai-pandai bikin ramalan. Bukannya buleh pakai sangat ramalan-ramalan nih. ehehehehe.

Okeh, sekian tima kasih pasal si ehem. hakhak..

Aku sebenarnya tengah pening kepala.. Tadik nurse gigi ada pesan mintak aku bagitau bebudak kelas 2 Bijak tu supaya bawak berus gigi esok.. Nurse mau ajar bebudak gosok gigi laa.. Tapi aku terlupa! Huwaaaaaaaaaaaaa fenin fenin! Last-last aku sms aje kat ibu bapak depa! tapi yg budak baru masuk tu aku x simpan pulak no hp parents dia! Masalah problem jugak..sbb aku just catat dlm register aje! uhuhuhu sengal sungguh! Tapi xpe kot..sok pagi-pagi aku call Kak Azza kerani tu suh tengokkan no hp bapak dia dalam register kelas! See..ada hikmah jugak skola petang nih.. kehkehkeh

Esok boleh pi skolah kul 12.00pm balik! yahooooooooooooooooooooo...messenger da panggil! Kak Aisyah (ustazah) dok buzz buzz aku dari tadik! Sekian, wassalam! muah muah :*

Sunday, April 26, 2009

RAJUK konon... (~_~)

Salam sayang.

Uiceh. Baik sungguh mood aku bersalam sayang pulak da.. Padahal dalam hati ada rajuk. Rajuk yg x bisa diubati lagik. hakhakhak *kononnn*

Arini lambat sikit apdate blog. Padahal dari malam tadik mau apdet tapi x kesampaian niat murniku itu kerana penat. Penat sampaikan tertido di sini lappy! Bak kata ibunda, "Kalo terlanggar laptop tu habis jatuh ke bawah katil & pecah." Owh mummy...sampainya hatimu..walaupun apa yg dikau cakap tu ada kebenarannya. gagagaga. Nasib baik aku x tido lasak cam beruang malam tadik! Kalo x, mau hancur pecah berderai lappy burok kesayangan aku nih. isk isk isk...tapi aku sendri terkejut jugak kenapa aku buleh tido statik macam malam semalam tanpa pusing sana sini. Kalo aku lasak mmg laa lappy aku jatuh gedebak gedebuk sbb lappy aku betol-betol kat sisi katil! Ajaib yg sungguh ajaib tu. Tapi walau macam manapun, harus laa aku bersyukur. eheheheh

Wei apa hal cakap pasal tido pulak nih! Nih laa dia..kalo da melencong ke jauh sangat sampai da terpesong citer apa nak citer. uhuhu..Yg sebenarnya nak cakap semalam penat sbb pi ke KL dengan kawan. Cadangnya nak ke Book fair tu tapi x kesampaian pulak niat di hati. Sbb apa aku pun tatau laa. Tiba-tiba macam malas. Lagipun weekend mmg sah-sah laa orang ramai kat situ. Lagi pulak nih minggu akhir. Arini last day pulak tu. Uhuii sah-sah laa orang datang berpusu-pusu..lagipun da last last nih banyak buku dilelong murah. So, makin kuat laa alasan orang ramai berpusu-pusu kat situ. Maka dengan itu, Aunty ween idak laa jadik untuk ke sana (padahal arini rasa nak pegi jugak tapi tade kawan ahahahaha). Tapi Aunty ween pasrah lalu hanya menghadirkan diri ke MPH Midvalley saja. Alaa kedai buku jugak tu kan..cuma x brapa nak diskaun aje. hukhukhuk. Tapi x mengapa..asal hati Aunty ween puas laa jugak sbb dapat jugak sambar 2 daripada Twilight saga iaitu New Moon & Eclipse. Niat di hati mau sambar empat-empat skali tapi oleh sbb dua tu pun da dekat seratus duit Aunty ween kopak maka harus laa disimpan dulu niat itu pada masa akan datang! hakhak. Bukan aku kedekut cuma rasa cam sayang pulak mau keluar gedebak gedebuk skali uwang ringgit malaysia! Padahal bukan aku buleh habis baca sehari dua pun buku-buku tu! gagagag jangan tamak Aunty ween..jangan tamak. Kata hati kecikku. Eh lama hati kecik x menyampuk kata-kata tuan punya eh?? Hati kecik pun merajuk gak ke?? ;p :P :P

Setelah puas hati mendapat dua buku tu, dengan hati yg riang Aunty ween bersama kawan pun pi ke Secret Recipe sebelah MPH tu. Aisey...Secret Recipe lagik. Bukan aritu da pi sana ke Aunty?? Ah kau diam situ! :p Aku tingin mau makan meatball spaghetti tu laa! uhuhuhu aritu tengok cina sebelah meja tu makan cam sedap sampaikan terbayang-bayang di ruangan mata laa bila aku balik! Tapi kucoba lenyapkan segala-gala namun diriku x berdaya. hukhuk..da macam lirik lagu..tapi x mengapa..hati Aunty ween amat puas akhirnya berjaya jugak makan sgaghetti tersebut! Sodapppppppppp nyam nyam. (^_^)

*Spaghetiku ketika masih suci...*

*Suda ternodaaaa! Auuuuuuuuwwww... :p*

Setelah kenyang Aunty ween pun rasa happy sehappy happy umat lalu pulang dengan senang hati! Namun dalam hati ada sikit x puas hati jugak sbb x dapat ke Book Fair tu. uhuhuhuh x habis-habis Book Fair sampai ke arini pun Aunty ween teringat-ingat. Masih terbayang-bayang di ruangan mata..bikin fikiran melayang-layang..ehh kejap kejap. Nih apahal bahasakan diri Aunty tiba-tiba nih? Tade apa-apa..saja mau besa kan diri...sbb x lama lagik aku mau jadik Aunty da..Aunty kepada anak Ninder & jugak anak Puan Sabrina..eh sapa pulak tu? Kau kenal x? Alaa Puan Sabby tu laa.. Kau kenal x nih? Okeh kalo x kenal..macam mana pulak dengan Puan Tun Teja? Kau kenal kan?? hakhakhak..Congrats again Tun! Tun nak jadik ibu ween pulak excited terlebey! Miss u! ehehe :p

Semalam masa dalam tren nak balik, aku jadik sardin cap tuna. Suda sardin tuna pulak. Gitu laa perumpamaan orang berhimpit dalam komuter..Macam besa laa tu..kalo after pukul 7.00pm mmg penuh aje laa komuter! Sebaik laa ada ruang jugak lagik untuk masuk kalo x mau aku dan kawan menangis x dapat balik! Dalam tren tu, aku berdiri dekat dengan satu couple nih.. Alahai sweetnya. Yg si aweknya nih Malay, yg si pakwek nya pulak Chinese. uhuhuhu padan laa cikgu suka. (hakhakhak gelak dalam hati) Sweet sangat depa berburak..Chinese guy tu tade laa hensem mana..tapi cara beliau layan awek tu sweet giler. Tiba-tiba mengundang jeles. lalalalalala...lalalallala. Sekian tima kasih! (wuuuu...sejak bila pandai buat entry x habis ni??)

Friday, April 24, 2009

Chenta Hatiku!

Salam manis penuh gula! (^_^)

Aik..lain macam jek salam cikgu kali nih? Cikgu buang tebiat ke apa?? Eh bukan.. Buang tebiat nehi hai! (Translation : Bukan buang tebiat) Tu namanya membuang kepahitan dalam hati. Maknanya hati da tade rasa pahit da..Sumanya manis manis belaka.:p ;P ;p Bagaimana pulak dengan rasa sakit di hati cikgu? Ada lagik x? Ahh kau jangan banyak tanya laa! uhuhu

Err...Assalamualaikum suma! *nih baru betol punya salam. Yg tadi main-main saja. .wei! buleh pulak bagi salam main-main ek??* Suma skali apa macam ini malam? Ada baik ka? Takda baik kalu...kasi pekena itu teh tarik satu cawan laa. *Pinjam ayat mamak kedai makan* kehkeh..

Aku sihat, alhamdulillah. Aku tau kau x tanya pun tapi aku saja nak kasitau x buleh?? eheheh. Syukur aku sihat! Hati aku pun sihat. Da x sakit lagik da.. Segala rasa sakit suma tu da habis dibuang keluar sbb semalam aku belah dada aku dengan pisau rambo pastu bawak keluar hati aku dan cuci bersih-bersih dengan air mutlak! Kasik hati amik wuduk sikit. Apa kau ingat anggota luaran je ke buleh amik wuduk? Lepas hati kena cuci, habis hilang segala sakit-sakit dalam hati aku nih. Kira da sihat walafiat balik arrr. Eh kau percaya ke x nih? Tolong laa percaya! Percaya bahawa suma nih mmg betol-betol berlaku. Berlaku dalam mimpi! ahahahaha jangan marah ayahanda..nanti kena jual! :p ;P *sengal cikgu da dataaaannggg*

Okeh laa...stop main-main. Stop merapu rapu. Stop merepek repek. Nih cakap yg betol-betol nih..bukan cobaan - Aku da okeh arini! No more sakit hati! :) :) :) :) :) :) <-- see...icon HAPPY da muncul! Yahooooooooooooooo...............messenger punya! Semoga ketenangan ini dapat bertahan selama yg mungkin! Kalo buleh aku da tamo sakit hati lagik.. Wo bu yao! Nehi kabhi nehi! Penat beb bila hati sakit nih..Sesak nafas aku! uhhhuhuhu

*Ini boipren saya...Acah aje! This is Edward Cullen (played by Robert Pattinson). LOL :p*


Malam semalam...for the very pes taim, aku menonton citer Twilight ! Cehhh...apa laa punya ketinggalan zaman aku nih kan.. Orang lain tahun lepas lagik da tengok aku baru skang mau tengok! aahahah ketinggalan sungguh saya! Sebenarnya aku pun tatau apa pasal aku tiba-tiba pi tengok citer tu malam semalam padahal x rancang mau tengok pun! Sebenarnya citer tu aku da download lama..tapi simpan buat pekasam dalam lappy! Sejak suka membantai makan ikan pekasam nih habis laa suma benda aku nak buat pekasam jugak! gagaga. Yg sebenarnya tahun lepas niat di hati ingin menonton citer tu di pawagam tapi x kesampaian pulak. uhuk.. Oleh itu, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih yg tidak terhingga kepada Ahmad Internet bin Abu. Baru kusedari betapa banyaknya jasa internet kat aku..Tu belum masuk bab 'kerana internet aku dapat berblogging' lagik tu! *Dear internet, I LOVE YOU! (^_^)*

Pertama skali, aku nak cakap yg Twilight mmg besh! Besh tahap wali-wali. Alaaa aku tau laa kau da tau suma tu tapi kasik laa can aku nak jakun kejap. ehehehe. Errr ekskiusss me Edward Cullen..apa pasal laa kau hensem sangat hah?(<-- IKLAN!) Aku suka giler citer nih! Aku tatau pasal apa tapi aku mmg suka. Kau pernah x tiba-tiba sukakan something tapi kau tatau apa sbb kau suka dia?? Gitu laa aku rasa kat citer Twilight nih. Skali tengok da terfalling in love laa pulak.. Maybe sbb jalan citer dia x heavy sangat. Walaupun mengisahkan pasal manusia bercinta dengan vampire, tapi tade laa adegan ganas isap darah sana-sini sangat. Sikit-sikit aje.. Mungkin sbb citer nih lebey kepada romance kot..Yg si Edward tu pulak nampak cool habis. Giler hensem! Aku suka giler masa dia bawak Bella kat belakang dia..lompat-lompat naik pokok suma tu. uhuhu kiuttttttttttt. Ada x mana-mana vampire nak bercinta dengan saya?? Jom! Nak gak panjat-panjat pokok ala-ala romantis gitu! Panjat pokok cam monyet xnak! wakaaaakkakakakka *gurau laa gurau..nak mampus bercinta dengan hantu?? uhuhu*

So, oleh sbb aku suka sangat citer tu, malam nih aku pun tengok skali lagik! wahaha. Perangai x berubah betol. Aku mmg camni laa..Aku kalo suka sangat dengan satu citer, aku akan tengok citer tu banyak kali x jemu-jemu! Cam citer 10 Things I Hate About You..Never Been Kissed..The Mighty Ducks (etc). Tapi citer tu suma da lama aku x tengok balik. Gua bz arrr.. aagagag dan dan plak bz ekk! :P Skang nih sebok dok ulang tengok Twilight laa nampaknya sampai lebam. Twilight = chenta hati saya! hakhakhak :P

Da tengok Twilight nih..x sabar lak nak tunggu sambungan dia - New Moon! Aku tengok kat website, citer tu tengah dalam pembikinan. Start Mac 2009! Wuuuuuuu lambat laa lagik mau tayang! xpe xpe...esok pi KL mau carik Twilight saga.. mau carik suma skalik! Twilight, New Moon, Eclipse & Breaking Dawn!

Buat Edward Cullen yg hensem, cool, macho, kacak, hensem dan hensem lagik, YOU RAWK! Hakhakhak \m/ (^_^) \m/

Thursday, April 23, 2009

I LOVE YOU.

Salam.

Dugaan demi dugaan terus menimpa aku. Aduhai...apa laa nasib. Allah sedang menduga, aku tau..tapi aku nih slalu bertindak macam orang x cukup tabah. Balik balik merungut kat blog.. Sampai da naik semak da blog nih menampung rintihan hatiku yg lara...uhuhuh..Dear blog, I LOVE YOU. Ikhlas dari dasar hati :p ;P :p

Sebenarnya hatiku sedang sakit. I mean, betol-betol punya sakit bukan suka-suka nak cakap 'sakit hati' ke apa..Nehi! Hati aku mmg tengah merasakan suatu kesakitan. Macam tangan terkena pisau pastu pedih berdarah-darah..macam tu laa rasa dia. Rasa sakit yg benar-benar dirasai, bukan perumpamaan! Rasa macam hati tengah pedih. Pedih yg bukan perumpamaan tapi betol-betol dirasai. Dada pun rasa macam sempit. Macam baru lepas kena debik! Sakit sangat... Aku rasa macam nak ambik kapak & belah dada sendri pastu bawak keluar hati tersebut dan suruh doktor buat laa apa yg patut.Asalkan da x rasa sakit lagik! Pernah x rasa macam tu?? Aku sedang merasakan laa nih..Aduhai dugaan..:( :( :( :( :( *Dear Ym, aku meminjam icon mu lagik!*


Okeh da..cukup laa tu sesi merungut. Sekian, tima kasih. Masa untuk beristighfar banyak-banyak pulak. Mudah-mudahan di malam Jumaat yg penuh barakah nih, hatiku pulih seperti sediakala. Aku da penat nak sakit hati! Kalo buleh da tamo da sakit hati lagik pasni buleh x??? Mudah-mudahan objek-objek atau makhluk-makhluk yg mempunyai hobi kurang sihat seperti 'amat gemar menyakitkan hati Azwina' ataupun 'suka carik pasal dengan Azwina' cepat-cepat menukar hobi. x pun pi main-jauh. Tolong laa stay away from me! Syuh. Berambusssss.

Eh bukan tadik cikgu cakap tamo merungut da ke?? Tu bukan merungut..tu namanya hangin senggugut da datang! Haaa...kan x sama tu kan??

Cukup..cukup. CUKUP!

Buat kengkawan yg slalu sangat suka buat aku senyum di saat aku tengah 'sakit' macam nih..tima kasih very much. Sayang jugak hangpa kat aku eh?? (^_^)

Owh yer..I LOVE YOU TOO. :p

Wednesday, April 22, 2009

Suddenly I'm a sad statue? (~_~)


LONELY DAY - SOAD

Such a lonely day
And it's mine
The most loneliest day of my life

Such a lonely day
Should be banned
It's a day that I can't stand

The most loneliest day of my life
The most loneliest day of my life

Such a lonely day
Shouldn't exist
It's a day that I'll never miss
Such a lonely day
And it's mine
The most loneliest day of my life

And if you go, I wanna go with you
And if you die, I wanna die with you

Take your hand and walk away

The most loneliest day of my life
The most loneliest day of my life
The most loneliest day of my life
Life

Such a lonely day
And it's mine
It's a day that I'm glad I survived


Skali skala kena kasik intro lagu sedap. Walaupun pada hakikatnya blog aku bisu. x buleh menyanyi. Tuan punya blog pulak malas nak upload lagu dalam entry. Sbb apa tu? Sbb beliau mmg malas! Kahkahkah..So kalo nak dengar sangat, pegi beli album Hypnotize. Tapi macam laa kau minat SOAD macam aku minat. hakhakhak..Tu laa dulu aku letak lagu nih suh dengar kau tamo dengar. Skang x payah dengar. Baca lirik saja cukup. Tu pun kalo kau nak baca! ahahaha..Assalamualaikum! Aku lupa bagi salam! :p :P ;p

Aku suka lagu nih. Aku akan dengar lagu nih berulang-ulang kali sampai lebam gegendang tinger every time jiwa aku tengah sentap..tengah mendidih.. Tengah memberontak! Macam tengah sedey sangat laa konon. Macam orang sekeliling yg disayang suma da habis mati! Ehhh apa nih cikgu? Ayat x bley tahan..sedey benor nampak?? Ah kau diam situ. :p

Sebenarnya aku tade berniat nak mengepost entry pun malam nih pada asalnya.. Sbb hati masih mendidih dengan kejadian semalam. Terasa macam dalam hati ada nanah. Makin diingat makin bernanah! *Arrrrghhh*

Asalnya aku berniat nak 'menguburkan' blog buat seketika. Biar dia 'mati' untuk satu tempoh waktu. Nanti bila da sampai suatu ketika yg mana pada ketika tu amarah di hati akan tertanam dengan sendirinya, baru aku 'hidupkan' balik. Tapi malangnya niat tu da x menjadik! Besa laa tu kan...orang kalo da sayang blog mana nak berenggang dengan blog dia..Satu saat pun akan rasa macam seribu tahun! Aku sayang blog nih.. Blog nih bagaikan jiwa aku..Semakin hari semakin rindu! Meninggalkan blog nih sama macam mencucuk jantung sendiri dengan sembilu! wahaha ayat x bley blah! Okeh, kalo kau nak muntah, kau pegi muntah tempat lain skang. Arini aku kisah! Segala hal yg menyentuh sensitivity akan mula diambik kisah mulai dari skarang! kahkah..hemo! hemo! (*_*)

Arini tade apa yg menarik berlaku kat skola. Kelas aku pun full. Tade berkesempatan untuk amik tau sangat keadaan sekeliling. Dewan nampaknya da clear. Da x kena seal macam semalam. Kerusi yg banyak-banyak tu suma pun da tade da. Yg ada cuma board nih yg gentleman of the school sebok sangat bagitau kat aku beliau yg buat semalam tu..ahahah


SEKOLAH BEBAS DADAH 2012.

Bagus misi nih. Rasanya untuk budak skola rendah tade masalah sangat kot pasal dadah dadah nih. Tapi elok jugak dipupuk semangat benci dadah dari peringkat kanak-kanak macam depa nih..Kalo da besar panjang baru nak pupuk payah arrr..Da besar panjang tu elok kena hempuk jek! harharhar.

Sebenarnya ada banyak benda lagik aku mau catat.. Tapi tiba-tiba rasa macam malas. Mood aku da bertukar menjadik 'camar yg hilang'. Terbang melayang x jumpa jalan pulang!

(*_*) (~_~) *muka orang tengah layan blues*

Bila perasaan terguris..

Ada satu makhluk ni tiba-tiba tanya gua..gua ni dah kawin ke belum. Macam biasa lah, gua akan jadi makhluk yg sejujur-jujur makhluk jika melibatkan perkara serius macam tu. Hal rumahtangga semua tu bukannya boleh dibuat main. Bagi gua, perkahwinan merupakan sesuatu yg suci. AMAT suci. Maka, sangatlah tidak wajar jika perkara macam tu dibuat main atau diperkotak katikkan. Sebab tulah kalau gua dengar je orang cakap "Kawin dah, nikah je belum" gua boleh jadi naik angin satu macam. Apahal lu nak main-main tentang sesuatu yang suci? Nak bergurau boleh, tak salah...semua orang pun pernah bergurau tapi silalah sesuaikan dengan situasi dan juga perkara yang nak dibuat gurau tu. Apa lu ingat bergurau nak kena ikut tempat aje ke? Aspek lain pun lu kena ambik pusing lah jugak..termasuklah dengan siapa lu nak bergurau tu..(Ini sekadar pendapat gua lah. Pendapat individu lain mungkin berbeza)

So, gua jawab jujur yang gua memang belum kawin. Gua masih single. Gua solo. Gua takde boyfrien. Dan jawapan-jawapan lain yang sama erti dengannya. Pastu si makhluk ni tanya pulak kenapa gua tak kawin lagi. Ditambah pula dengan ayat susulan seperti "Cari ler. Nanti jadi andartu." Wow. Sampai macam tu sekali ayat yang keluar dari mulut seorang stranger. Total stranger! Tak sampai 24jam pun kenal gua terus keluar ayat macam tu dari mulut dia. Wow. Gua kagum! Kagum sungguh!

Sebelum apa-apa, gua nak ucap tahniah sebab lu dah kawin. Lu berasa begitu bahagia barangkali..lu seronok lu dah jumpa lu punya other half. And lu nampak sungguh proud dengan status 'married' lu. So, TAHNIAH.

Tapi lu kena ingat, itu hidup lu. Itu nasib lu. Itu takdir hidup lu yang dah disuratkan di Luh Mahfuz oleh Alif Lam Lam Ha. Bukan takdir gua. Takdir kita berbeza. Dia mungkin dah tetapkan yang sekian sekian untuk lu...tapi Dia juga yang berkuasa menetapkan yg sekian sekian juga untuk gua. Jadi, lu jangan pandai-pandai sangat nak bahasakan gua. "Nanti jadi andartu"? Gua agak tak faham apa maksud si makhluk ni sebenarnya. Dari satu sudut tafsiran, nampak macam dia nasihatkan gua supaya jangan jadi andartu. Pada satu sudut tafsiran yang lain pula, gua rasa macam dia mendoakan gua supaya jadi andartu. Ayat yg agak mengelirukan. Yang juga boleh ditafsirkan sebagai suatu sindiran yang amat sinis! Macam status gua still single pada usia 26 nak masuk 27 tahun ni sangat hina. Seolah-olah seperti menggambarkan macam gua tak laku..

Masih belum berkahwin pada usia sebegini bukanlah sesuatu yang menjadi kehendak gua. Gua dah cakap dah, gua tak mintak pun nasib gua jadi macam tu atau macam ni. Tapi kalau ini suratan gua, apa gua boleh buat? Gua hanya mampu berdiri teguh, mengharung hidup yang semakin lama semakin berliku...kekal tabah dan sabar dalam menempuh segala-galanya. Gua tak kawin lagi bukanlah bermakna gua nak jadi andartu. Gua percaya mana-mana perempuan pun tak pernah mintak untuk ditakdirkan menjadi andartu. Even andartu tu sendiri. Tapi kalau sesuatu itu bernama TAKDIR, siapa lu untuk menidakkannya? Lu bukan Tuhan.

Gua tak salahkan lu untuk menggalakkan gua mencari pasangan. Terima kasih atas dorongan. Gua hargai sangat-sangat. Cuma cara lu menyampaikan tu tak berapa nak betul. Gua bukanlah pandai sangat tentang hal macam ni. Segala apa yang gua suarakan ni hanyalah apa yang datang dari hati gua. Selalunya hati gua memang tak pandai nak menipu siapa-siapa. Kadang-kadang kan... gua tak faham dengan makhluk yang boleh main lepas cakap pada makhluk yang lain tapi tak sedar apa yang dicakapkan itu amat mengguris perasaan! Agak peliklah juga..

Tapi betullah kata orang...kalau dah namanya manusia..memang biasanya mulut akan main sedap aje cakap apa nak cakap. Periuk ternganga boleh juga ditutup..Tapi mulut manusia..manusia tu sendiri lah berperanan untuk menutupnya. Itu pun kalau dia sedar yang mulut dia patut ditutup!

Hai...duniawi..duniawi..

Yg meluahkan,
-Alter ego-

Tuesday, April 21, 2009

Jemu? *Bukan lagu May daa..*

Assalamualaikum..x jawab dosa.. hak hak.

Apa kabar para sahabat?? Ada baik ka...? Hopefully baik-baik laa sumanya. Aku di sini baik-baik saja. Cuma soraku ada sikit kurang hensem. Terbabas jauh sikit dari semalam! I mean, tone dia laa terbabas. Terbabas jauh ke Kuantan. Pitching pun masih lari. Lari ke Kuantan jugak. Ehhh..apahal kat Kuantan pulak cikgu?? Ahh kau jangan banyak tanya laa. Sebok saja si sora misteri nih. Cuba laa kesian sikit kat aku yg da cukup menderita menunggu saat sora akan pulih seperti sediakala nih! :( :( :( ( :( *see..icon sedey da keluar. Tima kasih YM kerana sudi meminjamkan icon tersebut kepada saya. Jasamu kukenang peaceeeeeee!*

Arini aku pakai baju kurung Pahang kaler putih. Ehh Pahang lagik. Cikgu nak tukar negeri ke?? No..nehi nehi. Aku tengah membuang tebiat nih! Segala tebiat-tebiat pelik suma habis keluar. Padahal bukan suka kaler putih pun. Tapi nak pakai jugak. Pastu tiba-tiba gajin pulak memikirkan idea mau mengajar. Pagi-pagi aku da bangun buat worksheet. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih Tuan Puan PPD kerana telah membantu dalam perkembangan idea di dalam minda saya. Tanpa kehadiran tuan puan, gua mmg malas nak fikir sangat! wakakakakkaa. Tu laa dia... Tau PPD nak mai baru laa gajin nak fikir worksheet gempak-gempak. Kalo x tu..worksheet tade laa gempak mana pun. muahahahaha Alaa...padahal PPD tu bukannya gajin nak stay sampai ke petang pun! Depa tengok beberapa cikgu pagi ngajar pastu tengahari depa cabut! Eleehhh...haku da agak da musti depa malas nak tunggu sampai ke petang punya. Tapi xpe.. biar laa kita dalam keadaan bersedia orang kata...Jangan da nak yak yak baru mau gali lubang kan. Rock rock jugak...dalam bekerja musti tersusun macam tarian zapin! kahkah. Pendek kata, kita musti sentiasa ready. Ready & steady. Rock steady! kehkeh \m/ (^_^) \m/ 'Bapak mertuaku' si Incik GPK siap menyakat aku kata org PPD tu nak observe cikgu petang.

"Haa..diorang mmg nak tengok sangat cikgu petang mengajar diorang kata. Lagik lagik anak dara sorang nih..." kata beliau pastu gelak-gelak. Ceeehhh sempat lagik nak menyakat aku tuu! Aku buat selamba badak aje jawab...

"Alaa x takut. Da ready pun!" wakakakakkaa

Masuk arini da dua hari aku kena tegur napa x makan tengahari kat kantin. Nampak sangat muka aku nih gajin makan tengahari kat kantin! wakakakak. Alaaa...aku kan murah hati. Kalo tade aku, sapa laa nak melakukan lauk-lauk kat kantin tu kan..kan? Tapi dua hari nih aku mmg x makan kat kantin. Aku makan kat mana?? Kat rumah laa. xkan kat Restoren Ah leng pulak. Sapa kata aku malas masak tu sila malu sikit. Kadang-kadang aku gajin jugak apa.. Bukan senang kau nak jumpa manusia gajin macam aku. gagagaggga *ayat x buleh blah! Ada sapa-sapa mau muntah kah?? Sila laa muntah. Ada aku kisah?? :P*

Arini Hidayah x datang lagik..Masuk arini da dua hari, masih jugak x datang. Err hangpa jangan salah faham kelain. Nih bukan citer aku x dapat hidayah ke apa. Nih citer pasal Hidayah - ketua kelas 2 Bijak. Da dua hari x datang skola. Dia masih x sihat lagik dari demam. Tadik mak dia kirim kat budak lain satu surat tuk bagi kat aku. Nak maklumkan yg si comel tu x dapat datang ke skola lagik arini. Aku kesian jugak kat budak tu. Lama jugak dia demam. Da la budak tu ada athma pulak. Hopefully cepat laa dia sihat ndaknya.. Sayang jugak sbb 2 hari dia tinggal pelajaran. Budak baik tu...pandai pulak. Kesian laa.. Sebenarnya aku serba salah laa jugak sbb dia berjangkit demam tu pun dari aku! :( :( :( :( :( *icon sedey datang lagik. Pinjam Ym punya jugak..* Mudah-mudahan dia cepat sihat laa..Amin!

Tadik aku tengok..some of cikgu-cikgu pagi tengah sibuk buat persiapan kat Dewan. Ada program antidadah esok start kul 9.00am. Dewan siap kena seal lagik dengan tape merah-putih tu. aahahaha. Semangat sungguh. :p Kebetulan aku turun dari Blok C da lewat petang iaitu kul 5 lebey. Nak lalu kat dewan tu tapi rasa cam serba salah pulak. x pepasal dituduh trespassing pulak kang! wahahaha. Tapi aku bantai jugak laa lalu kat bawah menatang tu sbb aku tengok Cikgu Mad pun ada dalam tu. Dari jauh da tersengih nampak kelibat aku. Aku just senyum jelah. Rupa-rupanya beliau dok tolong si ehem menampal bahan termasuk poster kat board kat dewan tu. Pasal antidadah laa kot! Aku cam besa laa...kerekkkkk. Maleh beramah mesra sangat. Ehh skali si ehem menegur laa pulak. uhuhuhu. Kan aku da cakap kan...asyik dok bertembung dengan beliau jek pulak aih skang nih. Terlalu kerap! Da naik buring beb! Asyik dok jumpa aje camna mau rindu-rinduan nih??? wakakakakka gurau laa..gurau! peaceeeeeeee! :p

"Hai.. meh laa tolong kita." kata beliau sambil tersenyum cam arnab comel. Arini xleh cakap senyum seindah suria sbb mmg x kelihatan pun suria di awan biru! Redup jek manjang.

So cikgu pi tolong x?? TIDAK! Aku sekadar membalas senyum pastu aku lari masuk ke Bilik kat dewan tu. agagaga. Letey laa dey! Masa tu aku baru habis kelas. Macam besa laa..after ngajar kelas 2 Elit jek tenaga aku akan menjadik amat kurang. Giler laa aktif bebudak kelas tu! Mmg bebudak kelas pandai nih aktif dia lain macam sikit eh?? Bercakap dengan depa pun kena lain macam sikit. Dinamik sora musti padu! Kalo sora macam itik tercekik biskut..rentikan jelah! Nak xnak mmg kena jadik bini Lion King jugak laa aku! Sampai macam nak tercabut anak tekak aku nih! Sabor jelah..

Masa aku keluar dari bilik belakang dewan tu..aku tengok beliau still ada gak lagik dok godek-godek board tadik. Tah apa pulak ditampalnya! Gajin sungguh laa..anak teruna sapa laa nih...uhuhuhu...

"Gajin nya dia.." aku berkata. ecehh..

"Apa nak buat...Dia taknak ke tolong kita?"

"Taknak." selamba beruang kutub aku menjawab! ahakss

"Tengok nih cantik x. Saya laa buat suma nih." kata beliau sambil tunjuk-tunjuk board tu. Helehhhhh..pembongak! Macam laa aku tatau banyak yg Kak Priscilla da buat seblum beliau dok tambah-tambah kat situ. Semalam aku sendri nampak Kak Priscilla buat! Tapi xpe..aku tau beliau just nak bergurau. ;p

"Okeh laa tu." aku membalas. Aku berdiri jek kat tepi sambil tengok beliau buat keja. Macam bos. kehkehkeh..Alaa kira aku tolong laa jugak tu kan.. Tolong tengok! uhuhu

"Alah..ingat dia nak tolong pegangkan nih." kata beliau sambil tunjuk double-sided tape kat aku. Ceeettt..

"Yer laa..meh sini laa." aku terus amik double sided tape tu dari beliau. Kesian pulak aku tengok.

"Ingatkan dia nak tolong potongkan.." kata beliau sambil buat muka kesian pulak! Wuuuuuuuu sabar jelah aku! Manja sungguh laa...anak teruna sapa laa nih?? Skali kukasik tamparan wanita sedas baru tau. Ececece...macam laa cikgu sampai hati nak menampar wajah yg sikit punya cool macam tu kan cikgu?? Diam kau! ;P

So aku potongkan jugak laa tape tu.. Beliau just senyum pastu cakap tima kasih. Pastu aku blah! ahahah

Okeh, citer selanjutnya da tamo citer. Da naik buring plak aku dok citer pasal si ehem nih..Buat menyemak entry jek! agagag..gurau laa, gurau! ;p Tapi mmg buring pun! wakakkaakakkakka *ya ampunnnnnnnnnnn!* Eleh aku tau sangat laa..suma orang pun da naik buring jugak dok baca entry berdehem-dehem nih kan? Tengok laa sok lusa aku kasitau nama betol beliau terus. Siap dengan gambar skali. Kasik gempak sikit! aahahahahah acah aje! ngeh ngeh :P Wokeh laa..esok kita jangan citer lagik da pasal beliau. Esok kita citer pasal Shahrul pulak. Ehh Shahrul mana pulak nih cikgu?? Itu esok-esok kita citer eh.. Kalo aku gajin! kuikuikui.

Da laa..itu saja. Papai! :p

Monday, April 20, 2009

Monday without BLUES. Hooray!

Salam all.

What day is today? Today is Monday. Err tade blues ke cikgu? Ahaa..good question!

HARI INI TIADA BLUES. Sekian, tima kasih.

Ehh..post belum tamat lagik. Aku baru nak mula membebel. Kau pasang tinger aje cukup! Eh bukan pasang tinger tapi pasang mata! Kalo kau pasang tinger aje, haram sepatah perkataan pun kau xkan dengar sbb blog aku x buleh bercakap. Blog aku bisu. Yg kuat bercakap tu adalah aku. Tapi aku bercakap dalam hati aje..mana kau nak dengar. So, pasang mata saja kalo kau nak pasang laa. Kalo xnak pun xpe...Ada aku kisah?? hakhak :p

Arini aku terlebey gajin. x sama macam Monday yg lepas-lepas, tahap kerajinanku tiba-tiba menghampiri tahap wali-wali. Slalu tu aku x brapa nak gajin bila tiba hari Isnin. Atau dalam ertikata sebenar - langsung x gajin pun! Maklum laa penyakit M kan mmg gemar datang every Monday. Hari lain dia datang jugak tapi x brapa nak kerap sangat. Slalu tu aku akan iron baju lagik setengah jam nak pi skola. Monday kali nih aku iron 2 jam awal pulak! Macam melampau excited pulak nak pi skola! Padahal bukan ada apa yg besh pun. keskeskes. Siap pakai baju kurung kaler kuning lagik. Padahal bukan suka kaler kuning pun. See..membuang tebiat laa tu. Tapi xpe, asal aku bahagia. Biarkan hati menerbitkan pelanginya yg tersendri. Sesungguhnya pelangi sepuluh kali lebih indah daripada kekontangan di gurun sahara! Ehh pandai jugak cikgu berfalsampah yek cikgu? Tong sampah mana cikgu selongkar nih?? Tong sampah luar kelas aku! harharhar.

Arini PD dilanda mendung. Mendung yg x berlalu tapi turut membawa bersama titisan hujan. Chewah berfalsampah lagik cikgu nih. Sapa ajar nih cikgu? Si ehem ajar! ahahahahah gurau laa gurau. Hangpa toksah dok amik siyes sangat. Aku kan suka bergurau. 'Bergurau' is my middle name! kahkah..Sebut pasal si ehem, tengahari ku diganggu bayangan gurauan. ecece berfalsampah lagik cikgu nih. Har har..tade laa. Bukan bayangan tapi kelibat. Kan aku da cakap, kebelakangan nih asyik dok ketemu beliau aje. Ketemu secara kebetulan! Sebaik laa baju x sama kaler. keskes. Mula-mula aku masuk kat Bilik kat Dewan tu beliau x pasan aku. Aku pasan beliau dok kusyuk tanda kertas peksa tapi buat-buat x nampak. Besa laa gua...always KEREK! hakhakhak.

Bila aku bersora..beliau pun menoleh. Episod yg lalu pun berulang kembali, macam besa.. Beliau say "Hai" aku say "Hai" jugak. Besa laa tu..tengah tade orang sangat. Cuma ada Ida dengan aku aje dalam tu..so beliau pun tegur laa. Cuba tengah ramai orang.. Aku berani kerat jari kaki ayam laa kalo beliau tegur aku! Kebetulan pulak aku tengah dok carik kertas. Aku tengok kat meja beliau punya laa banyak kertas. So dengan muka selamba beruang aku pun berkata...

"Awak ada kertas x. Mintak sikit buleh?" *sambil mengukir senyum bersimpul manok. Umpan woi, umpan! gagagag*

"Ada. Tapi kalo nak kena bayar laa." balas beliau. Nak menyakat laa konon..

"Buleh aje. Tapi hutang laa." dengan selamba badak air pulak aku membalas. Hahahahambik kau!

"Cuba eja PENSEL jap." Haa??

"Haa? nak kena aja pensel buat apa?" mati akal aku tiba-tiba!

"Eja laa kejap. Betul nak tau nih."

"Errr...kenapa nak kena eja pulak?" aku menjadik sengal secara tiba-tiba! Macam kurang pandai pulak soklan sedemikian. Kenapa laa buleh keluar dari mulut aku!

Lalu beliau akhirnya menunjuk paper karangan anak murid beliau...

"Nih budak nih eja 'pencil'. Nih bahasa inggeris kan?"

"Laa...ingat apa laa. Aah tu dalam English. BM nya pensel laa."

"Tu laa saya pun kompius. Perkataan joging dalam BM ada ke?"

Adoi laa dia nih...dia sendri cikgu BM ada ke pi tanya aku pulak! Aku da nak terbahak taim tu tapi kutahan Jebat!

"Eh..ada rasanya. Kalo in English ejaannya jogging. G ada dua."

"Owh gitu yer..Tima kasih." Kata beliau sambil kasik kertas A4 kosong kat aku. Giler banyak beliau kasik! Hingat aku nak guna tuk print thesis ke hape! wuhuhuh

"Banyak sangat nih nak sikit aje."

"Takpe..amik laa." jawab seorang gentleman of the school. Uiceh..da lama x panggil beliau gitu. hohoho

Lepas tu aku pun cecepat blah macam besa laa. wahkahkah. Macam jahat jek kan? Pas dapat kertas bertuah, tanduk tidak berguna lagik! :P Bukan apa, sebelum mato-mato pencen mengesan adegan sedemikian, baik laa aku blah cecepat. Kang x pepasal pulak tinger sakit menadah gusip liar! Nehi baia...nehi!

Arini keadaan sora da macam ada ura-ura nak pulih. Dinamik sora semakin mantap. Cuma pitching ada sikit lari. Tone pun ada sikit terbabas ke arena hiphop antarabangsa. Tade rock lagik da..da jadik hiphop. Ala-ala Tupac Shakur nyanyi Life Goes On - "I don't wanna die all alone..but now you're gone..and all I got left are stinkin' memories.." Haa...Gitu laa lebey kurang. Hangpa toksah dok heran sangat laa awat aku tiba-tiba layan lagu rap/hiphop! Aku layan jugak rap/hiphop nih kadang-kadang esp. lagu-lagu mendiang Tupac. Tapi walau macam mana pun rock tetap pojaan hatiku yg nombor satu laa.. \m/ (^_^) \m/

Owh yer, arini baru kedengaran berita-berita panas sensasi pasal batik sutera (baju rasmi skola tahun nih) aritu. Ada laa si fulan bin si fulan kasitau, bekas cik puan pengerusi kelab guru yg penuh sensasi dulu tu..dok pok pek jugak rupanya pasal batik tu. Kata cik puan tersebut kain tu keras laa apa..nak tunjuk protes jugak tu. Adoi laa x faham betol aku manusia jenis gini. Tapi lantak kau laa labu..Asal cik puan x ganggu hidup aku macam tahun lepas cukup! Buat pekak tinger ajelah apa cik puan nak cakap. Kalo kau nak komplen sangat kau pi komplen terus kat orang atas. Malas aku nak layan. Baik aku fikir bbm apa nak buat esok untuk ngajar ! Lagik bagus. daripada memikir hal yg x patut difikir. Lagipun esok segerombolan orang PPD nak mai skola aku. Dengar kabor depa nak berkampung seminggu! Isk isk isk...

Owh yer..after assembly before balik tadik aku terserempak pulak dengan saudara ini..yg sempat lagik tu berpossing ketika gambar beliau diambik! :p

*Phewiiiit...hai cik abg sorang aje? harhar*

Errr...assalamualaikum Ustaz Adam! Banyak kertas peksa lagik nak tanda yek Ustaz?? gagagagagag :P

Cabuuuuuuuuuuuttttt *before Adam rotan aku dengan lidi satay! hakhakhak :p*

Sunday, April 19, 2009

Hati senang (^_^)

Salam.

Ni hao ma? Wo hen hao! Terlebey hao sebenarnya. Cuma badan letey tahap wali-wali! Letey merayap! hak hak hak :P

Aku baru pulang dari kolumpo. Fuhhh sungguh windu mau berjimba-jimba tanpa rasa gusar akan sesuatu. Slalu tu pi sana ada jek pala hotak aku nih dok pikir! Itu laa ini laa sampaikan aktiviti berjimba sering mendapat gangguan emosi & rohani! So kali nih aku berjimba tanpa was-was! Tanpa rasa sakit hati, kelam kabut ataupun risau. Sangat aman jiwa ragaku. Lain kali mau begini lagik! keskeskes.

Hatiku tercuit di dalam komuter. Di mana sekumpulan anak-anak muda kelihatan begitu happy skali! Aku x penah jumpa lagik bebudak bujang sehappy itu. Macam terlebey telan air gula. Gelagat x ubah macam kanak-kanak riang mendapat coklat. x tahan betol aku. Asyik dok gelak aje tengok telatah depa. Habis segala orang disakatnya dalam tu! Yg sorang tu muka sejebon cam Opie zami! Pangai pun lebey kurang jek..Pegang gitar & nyanyi lagu-lagu jiwang cam seniman jalanan. Tapi siyes menghiburkan. Aku cam malas nak layan sangat bila depa cam ajak sembang. Kawan jek gajin melayan. Tapi aku setia menjadik tukang gelak aje laa. Mana x senak perut sampaikan mamat alim pakai serban pun disakatnya! aahahaha sengal sungguh :P

Cuaca kolumpo redup giler. Tapi kalo panas terik pun apa aku kisah pasal aku with kawan kat dalam Midbeli tu! gagaga. Niat di hati mau laa jugak tengok movie tapi tiba-tiba cam malas pulak. So, x tengok movie. Jalan-jalan aje laa dalam tu pusing-pusing cam polis peronda. Bukan nak bersoping sangat pun saja gatei main pusing-pusing! kahkah. Pastu terserempak pulak dengan bintang AF3 si Marsha! Giler lawa si Marsha nih. Tengok dalam tb tade laa lawa mana sbb mekap tebal! hahak. Kat luar beliau langsung x mekap & siyes mmg lawa sangat. Tadik aku nampak beliau berdua dengan sorang mamat cina yg x kurang hensemnya. Balak beliau kot... Pastu kat dalam Jusco masa nak pi solat, aku terserempak dengan si Nubhan pulak! Tengah dok pilih-pilih kamera dengan memember! Adoi laa macam hari AF sedunia pulak. Sebaik x nampak si Mawi..si Zahid..si Stacy tu suma skali. ahahahah.

Aku tengok Nubhan nih sempoi habis. Pastu tade pulak kontrol hensem ke apa..almaklum laa artis. Pemes pulak tu. Selamba beruang kutub jek aku tengok. Sama cam bebudak bujang lain. Sebaik laa aku x guna ringtone ADA UNTUKMU lagik da skang nih. Kot aku guna lagik kang...tetiba bunyik lagu tu taim tengah terserempak dengan si Nubhan tu mau ada yg kembang lubnag idung jugak kang. hahahak

Tadik aku mengalami gangguan perut yg amat dahsyat. Habis semua food aku nak makan! Nampak itu nak makan..nampak ini nak makan! Pastu last-last pi kat Secret Recipe jek makan kek! kakakak. Eh cikgu bukan diet ke cikgu??? Diet? Apa tuh?? wahahahah. Belasah jek makan kek chocolate banana one slice! Kawan pulak makan chocolate indulgence. Tah apa punya sengal tah aritu baru jek makan kek chocolate indulgence Kak Noriah belanja nih makan pulak lagik. Teruk betol aku nih. Makan mengikut nafsu makan jek. Last-last rasa cam nak muntah sbb muak! Da laa makan kek, pi order pulak carrot slice! Konon-konon nak kongsi laa dengan kawan. Last-last aku paksa kawan habiskan pasal aku da kenyang macam nak termuntah katak hijau! gagagaga

*Licin kan dua piring kek itu? x baik membazir! wahahak :p :p*

*carrot slice sebelum masuk mulut buaya kawan :p :p*


Wokeh tu jelah nak bebel. Skang mau ketiduran! Sok keja laa woi! Keja! So gua chow dulu! \m/ (^_^) \m/

Saturday, April 18, 2009

Masam-masam manis (^_^) *bukan citer P.Ramlee la dey*

Assalamualaikum all!

Arini cuaca kat PD giler panas! Aku rasa sbb nak ujan lebat kot malam nih (hopefully laa!) Tapi tu x bermakna segala aktiviti harian di hari sabtu akan tergendala kan kan kan? :p

Aku awal-awal pagi da keluar rumah arini. 6.45am aku da start buah hati memecut pi amik Ida. Pastu anta Ajim gebu & Aiman pi umah pengasuh. Lepas anta depa tu aku terus buat aksi pecut beroda empat pi ke Poli PD. Tepat 7.30am da sampai! Tapi hangpa toksah dok bayang laa aku bawak keta macam x makan saman ke apa. Walaupun pada hakikatnya mmg aku x makan saman pun. Aku makan nasik! Kuikuikui.Tapi jenis aku nih, kalo kata pukul 7.30am, mmg aku akan tercegat pukul 7.30am. Aku da terbesa gitu..sbb tu bila orang janji dengan aku, pastu depa lambat tahap wali-wali, mula laa hangin senggugut aku datang. Tapi if depa ada sbb yg x dapat nak dielakkan tu x kisah laa kan. If saja-saja buat lambat tu yg bikin hangin kus-kus berkepul-kepul keluar kot tinger! *eh hangin kus-kus keluar kot tinger ka???*

Hangin senggugut bertambah dahsyat bila sampai-sampai jek kat Poli tu, baru dua tiga cikgu jek yg ada. Hek eleh dalam surat bukan main lagik kata 7.30am pendaftaran laa konon. Tapi dekat pukul 8.00am baru nak mula! Aku x kira laa kau nak kata aku nih skema ke apa...tapi kena laa punctual kalo melibatkan benda-benda formal nih kan. Kalo kau nak tengok movie ke apa buleh pulak kau datang awal beratur beli tiket! Ehhh..emo lak cikgu nih. PMS ke cikgu?? Diam kau! :P

So, alkisahnya, sampai da dekat pukul 8.30am pun...bila suma cikgu da sampai, Dewan Kuliah tempat kursus tu pulak x dibukak lagik! Technician yg pegang kunci x dapat dikesan! Apa ke sengal...salah sorang pakcik technician lain tu sampai nak pecahkan mangga besi tu da! Sebaik dalam pukul 8.20am gitu, baru laa technician yg pegang kunci tu sampai..Singgah minum dulu ke bang? Kot ye pun nak singgah minum, bukak laa dewan tu dulu. Sebaik saya x hantuk kepala abang kat pintu masuk tu tadik. hakhakhak ganas betol laa cikgu nih.. Ehhh mana ada ganas. Rock aje! \m/ (^_^) \m/

LDP arini bertajuk simple jek..Motivating Students. Pasal how to motivate students. Menarik laa jugak. Lebey-lebey lagik yg bagi talk tu bekas cikgu disiplin skola menengah aku dulu- Cikgu Kamarul Azman! Tapi skang nih beliau da x ngajar kat skola aku lagik.. beliau ngajar kat SMK Bukit Saujana pulak. Head of English panel! Tingat dulu masa beliau jadik Cikgu Disiplin kat skola aku. Masa tu aku baru form 2! Giler laa garang Cikgu Kamarul tu masa tu! Nampak kelibat beliau pun kami da kecut perut! Apatah lagik kena jegil! Sbb tu laa skang nih aku pun dua kali lima sepuluh kot! Dapat tempias! eheheh. Tapi beliau tu garang tahap bapak singa. Aku kureng sikit. Tahap bini singa jek. kuikuikui. Mula-mula tadik aku cam nak tegur laa jugak beliau..tapi keseganan melanda secara tiba-tiba. lagipun aku rasa beliau pun da x cam aku lagik kot. Almaklum laa zaman da berubah..perut beliau pun da maju. wahahahak *gurau laa gurau!! :p ya ampun cikguku!*

Dalam pukul 12.00pm, LDP pun habis. Aku cecepat laa bangun keluar dari DK tu.. Sbb nak kena pi cepat laa jugak ke Kayn's tu sbb aku handle hadiah-hadiah tuk Kak Noriah. Jamuan Persaraan tu mula kul 12.30pm. Aku sebenarnya kelam kabut jugak..dengan kena handle tabung sumbangan tuk hadiah kawin anak Sir Miad lagik.. tu pun ada jugak yg bising-bising kata napa aku kutip taim LDP. Taim tu laa nak kutip cik puan oi..kalo kat skola tu bukan senang nak jumpa suma cikgu! lagipun benda nih cadangan Bendahari pagi jugak..cik puan kalo nak bising-bising apa kata cik puan pi bising kat pihak atasan aje. Saya tengok cik puan pun jenis yg x ikut rules.. Buleh pulak baca Mastika taim Cikgu kamarul saya tu bagi talk yek?? Nih laa jenis manusia yg suka cakap lawa tapi sendri punya diri x brapa nak betol pun! Lain kali, sendri mau ingat laa kan..Sebaik laa mood aku arini baik walaupun agak kelam kabut sikit. Kalo x mau panjang gak muncung aku cam cencorot! Cencorot pun kasik tabik spring kalo tengok muncung aku da panjang! gagagaga

Masa on the way pi ke buah hati tu..aku jalan punya laa macam ribut jugak sbb nak cepat! Tade maknanya nak kontrol ayu ke apa suma tu! Dengan pegang handbag, pegang tabung sumbangan tu suma.. Skali tersaing laa pulak dengan si ehem and the gang! Termasuk laa Cikgu Jai tu.. Adoi laa...mmg mencarik nahas sungguh. Masa turun tangga tu pun beliau da dok panggil-panggil nama aku. "Awin...oo winn." Aku buat-buat pekak telinga terus makin kencang laa aku menghayun langkah! Eh skali masa nak pi kat keta tu..tiba-tiba pulak ada kat belakang aku depa nih. Buleh tahan laju jugak depa jalan! Ciskek blueberry sungguh laa! Aku ingat langkah aku da cukup laju macam road runner! Cikgu Jai pun macam besa laa..bukan buleh x menyakat aku!

"Awin...meh bagi tabung tu."

Aku wat bodo!

"Awin. Nak tabung tu leh win."

Aku wat pekak aje laa! x kosa aku nak melayan orang tua tu! har har har. Pastu tetiba jek kedengaran sora si ehem..

"Nak tabung jek takpe. Dia jangan!"

Uiceh...tade kosa aku mau layan! Aku teros jalan wat selamba beruang kutub!

"Kita nak tabung jek win. Abg ehem tu dia nak Awin."

Seyytaaaaaaaaaaan! Giler tersentak aku dibuatnya! Nasik tomato punya Cikgu Jai!! Sebaik aku x hempuk kepala beliau dengan tabung tu! Yg si ehem pulak dok gelak-gelak aje. Tu pun satu jugak tu.. da pandai pulak sakat aku taim ada orang ramai ekkk.. Calarkan vios kesayangan awak tu kang baru tau! :p

Tapi tu suma kata-kata dalam hati saja. Mulut aku x cakap apa pun. Lidahku kelu diam membisu! ahahahaha. x kosa aku melayan depa! Aku wat bodo jek. Musti si ehem fikir aku sombong giler eh?? Nasib laa..sapa suh pi layan kepala otak Cikgu Jai tu!

Masa jamuan tu...aku dok kat meja yg paling dekat ngan juadah! Senang nak pasang kuda-kuda pi amik makanan! wakakakak. x senonoh laa cikgu nih..apa ke buruk perangai sangat nih cikgu?? ahahaha saja! Eleh..yg lelain tu pun sama jugak tu. Cuma x kabor kat orang jek. :p ;P Tapi mmg pun aku antara orang terawal yg amik makanan tu. gagagaga. Masa Ida amik makanan tu, berdepan dengan si ehem pulak. Masa tu kebetulan aku pi kat Ida nak bagitau aku da amikkan puding & buah tuk beliau skali. Si ehem senyum jek kat aku. Haa..apasal awak x sakat pulak?? Sakat laa jugak! Tau pun segan! hakhakhak..:p Tapi aku tengok arini beliau lain macam sikit laa. Macam ada something wrong sikit. Slalu beliau pakai kemeja musti masuk dalam.. arini beliau lepas kat luar jek. Nampak cam dak nakal pulak.. da terikut Cikgu Jai laa tu. :( :( :( :( :( Ehhh..yg cikgu masam muka nih kenapa pulak cikgu??? hakhakhak

Masa nak balik tu aku & Ida jalan skali dengan Kak Ayu. Beliau dok tunggu Kak Mary amik keta..skali lalu keta si ehem.. Kak Ayu terus jerit,

"Ehem! Nak tumpang mu balik laa. Cepat sikit buleh amik anak!"

Pastu beliau pun stopkan keta belakang buah hati aku! uhuk.. Pastu Kak Ayu tiba-tiba cakap x jadik lak nak tumpang. ehehhe sian beliau. Masa nak pi ke buah hati tu aku lalu laa tepi keta beliau. Aku cakap...

"Nak tumpang naik Vios laa buleh?" ehh tiba-tiba pulak apa hal! gagagagag gateiiii!

Alaa skali skala mau jugak menyakat beliau pulak kan. Slalu asyik aku jek kena sakat! Lagipun taim tu tade Cikgu Jai. Bagus..bagus. hakhak

"Buleh. Masuk laa." kata beliau penuh sopan sambil tersenyum seindah suria. ececece...

Aku just gelak pastu terus masuk keta! Aahahahahah giler kau nak bergurau lama-lama dengan beliau bila ada ramai orang. Jangan mencarik nahas...jangan! Apa jadik pun musti kena rock steady! \m/ (^_^) \m/

Masa on the way balik tu..tersekat pulak kat jalan depan Ancasa..besa laa orang dok korek jalan. Kena laa beratur panjang. Dengan panas teriknya. Kalo laa dalam keta tade air cond, aku rasa aku lebey sanggup menunggang basikal di jalan raya! Kayuh laju-laju kasik rasa angin luar. x payah tersekat-sekat kat jammed pun! Fuhhhh besh. Yg tiba-tiba bikin temperature makin naik tu...bila ada aje mangkuk jamban yg yg suka benor mencilok belah kiri. x reti-reti langsung nak bersabar! Orang lain suma beratur ikut lane yg betol, apa hal pulak kau x buleh? Fius dalam kepala hotak kau rosak ka..mmg kau jenis manusia tade manners?? Lu pikir laa sendri! *pinjam ayat artis paling popular kejap! kehkeh*

Balik umah, cecepat solat Zohor, pastu tiba-tiba datang kerinduan yg x dapat dibendung terhadap Si Bulat, Si Tompok & rakan-rakan beruangnya. So...faham-faham laa apa yg jadik pada episod seterusnya. hihihihi. Sekian, wassalam! Gua chow dulu sok nak pi KL pulak! Papai sayang! (^_^)