Tuesday, March 31, 2009

Karangan Bahasa Melayu yg sungguh sengal.

Nama : Jane Doe
Kelas : 4 Sengal
Subjek : Bahasa Melayu Kertas 2 (Penulisan)
Tajuk : "Sembilang" (nak tiru Sembilu lah konon)

Hari ini mood Teacher Azwina sangat baik. Beliau juga pergi ke sekolah begitu awal demi menunaikan tanggungjawab sebagai ahli mesyuarat tingkap AJK SPBT dan juga seorang guru . Almaklumlah ada mesyuarat. Kalau tak ada, jangan haraplah beliau akan datang awal macam tu. Baik beliau duduk di rumah bermain PS2! Oleh sebab lambat lagi mesyuarat nak start, beliau pun singgahlah ke kantin menikmati makanan tengahari (berbayar) terlebih dahulu! 'Perut kena kasi kenyang dululah beb' kata Teacher Azwina dalam hati. Lagipun, mesyuarat AJK SPBT bermula pada pukul 12.00 tengahari. 'Lambat lagi' getus hati kecil beliau. Oleh itu, beliau pun makanlah dulu sebelum lauk semua habis kena sapu! Kebetulan pula Guru Besar kesayangan beliau pun ada di situ pada waktu tu. Apa lagi..bersinarlah dua bijik mata beliau memandang guru besar kesayangan tersebut! Tanpa membuang masa beliau pun menegur Guru Besar kesayangan tersebut demi menyampaikan suatu hajat...

"Hah...anak dara sorang nih kenapa pulak nih?" tanya Guru Besar kesayangan apabila Teacher Azwina tiba-tiba berdiri tercegat betul-betul depan muka beliau!

"Cikgu...saya aJSHQJQWU721712167218hsdv5hba1..boleh x agak-agak?" kata Teacher Azwina malu-malu..

"Boleh...nanti ahjajhbdqhwjdwqhhj aje." Guru Besar kesayangan menjawab dengan begitu tenang. Owh manis sungguh wajah tua mu! *getus Teacher Azwina dalam hati*

"Okay cikgu...nanti saya uwhwdbwqvdwyqy. Tima kasih yer!" kata Teacher Azwina dengan wajah seceria aiskrim pelangi Paddle Pop!

"Okay sama-sama. Nanti hgdvqhdhqhq..." jawab Guru Besar kesayangan yg kemudiannya keluar meninggalkan perkarangan kantin.

Oleh sbb terlalu gembira, Teacher Azwina pun tersilap menceduk lauk ke pinggan! Pada asalnya beliau ingin mengambil lauk ayam masak sambal. Tapi disebabkan fikiran beliau telah melayang ke langit ke tujuh barangkali, beliau pun terambil lauk ayam masak kurma & sup sayur! Ceh sungguh sengal Teacher Azwina tersebut! Lalu, beliau pun nak taknak terpaksa lah menyuap lauk yg sungguh tidak pedas tersebut. Ditelan satu persatu dengan penuh penyeksaan. Almaklumlah, dilahirkan sebagai beras jati anak jati Negeri Sembilan, tekak beliau sejak kecil lagi sudah sebati dengan kepedasan tahap wali-wali. Bila dah tak pedas langsung, akan terasalah seperti menelan nasi berulam air kosong saja! Tapi tidak mengapa, mood baik punya pasal, beliau tetap menelan dengan redha!

Hari ini beliau terasa seperti semalam. Beliau disakat lagi dengan si jejaka gentleman yg biasanya digelar 'si ehem' saja. Walaubagaimanapun, kisah hari ini ada sikit kelainannya. Ada pula pelakon tambahan yg cuba memainkan peranan tak penting sangat. 'Nak tumpang glemer lah tu!' bisik hati kecil Teacher Azwina. Pelakon tambahan tiba-tiba berkata...

"Ween...tengok nih ween Abg Ehem da merajuk nih." kata pelakon tambahan sambil memegang bahu si ehem yg gentleman. Sangat tak difahami apakah sebab musabab berlakunya adegan rajuk tersebut! Musykil Teacher Azwina dibuatnya! Tapi buat-buat faham macam pandai sangat.

Si ehem pun menoleh ke arah Teacher Azwina di kala Teacher Azwina mengangkat muka memandang ke arah beliau. Lalu berlakulah adegan berbalas senyum seindah suria yg membawa cahaya...senyum lah dari hati dunia kan berseri... Pelakon tambahan berkata lagi...

"Tengok tu ween. Dia merajuk tu ween."

Si ehem pun menambah secara tiba-tiba...

"
Aah merajuk nih. Pujuklah cepat." katanya sambil memandang Teacher Azwina.

Teacher Azwina lantas membalas.. "Merajuk kenapa pulak tu. Sapa buat?" balas Teacher Azwina begitu lembut penuh syahdu!
Italic
Si ehem terus tersenyum lantas memandang ke arah pelakon tambahan. Pelakon tambahan pula bersuara kembali...

"Entah dia nih ween. Pujuk lah ween."

Teacher Azwina pun tersenyum lalu berkata, "Cikgu buat dia eh? Cikgulah pujuk dia." wahkahkah tak romantik langsung!

Si ehem terus tergelak dan pelakon tambahan pun makin galak menyakat beliau. Beliau lantas memandang Teacher Azwina. Oleh sebab agak kesian melihat beliau disakat sedemikian rupa, Teacher Azwina pun berkata...

"Cikgu jangan sakat dia sangat. Jeles!" wahkahkah! Ayat yg tak relevan langsung kerana pelakon tambahan tersebut berjantina lelaki. Celah mana datangnya jeles tu? 'Ahh sungguh tak sedap bercakap di kala fikiran melayang di langit ke tujuh!' getus hati kecil Teacher Azwina lagi.

Akhirnya Teacher Azwina berlalu pergi dari situ meninggalkan si ehem dan pelakon tambahan. 'Baik blah sebelum makin ramai pulak nak jadi pelakon tambahan!' kata hati kecil Teacher Azwina penuh cuak.

Bila naik ke blok untuk ke kelas pula, terjumpa pula dengan si jejaka meteroseksual yg bernama Syafiq. Macam biasalah, jejaka tersebut tetap kelihatan tampan seperti selalu. Masih belum puas hati dengan kisah cupcake hijau nampaknya...

"Kak ween. Macam mana cupcakes tu..boleh x nak tempah? Skali akak buat dapat berapa bijik?"

"Isy budak ni x habis-habis nak menyakat kita yek!"

"Betul kak..sedaplah. Tiba-tiba lak teringat malam tadi tu yg sms akak tu. Saya mmg giler makan cupcake. So boleh x? Nak order buat makan satu family." kembang lubang hidung kucing kat kantin secara tiba-tiba!

"Errr kak ween x reti nak jual laa" Sungguh sengal jawapan tersebut. Macam dah tak ada jawapan lagi besh pulak. "Nantilah bila-bila kak ween buat lagi kak ween bg kat Syafiq eh."

"Betul ke. Sebijik akak kira lah berapa."

"Laa x payah lah. x retilah. Amik ajelah." kata Teacher Azwina. Baik hati betul lah Teacher Azwina nih. Siapa kata beliau kedekut?? Siapa??

Tamat kisah cupcakes, Teacher Azwina pun menuju ke kelas untuk mengajar. Alkisahnya, seorang budak telah menitiskan air mata akibat terkejut dengan auman bini Lion King! Kisahnya begini...

"Okay Ficre, read this sentence -Ogawa showed the pot to his wife." kata Teacher Azwina kepada anak murid beliau yg bernama Ficre.

"Ogawa showed the pot to hes wif." Ficre pun membaca.
Italic
"HIS WIFE." tegas Teacher Azwina membetulkan sebutan Ficre.

"Hes wif."

"HIS WIFE, not hes wif."

"Hes wif."

"HIS WIFE! His...wife!"
Italic
"Hes wif!"

"HIS WIFE!!" maka terkeluarlah suara halilintar membelah bumi!

Wajah Teacher Azwina pun bertukar menjadi wajah bini Lion King! Sudah jelas diajar menyebut dengan betul pun masih menyebut sebutan yg salah. GGrrrrrrr.....! *sambil menunjuk muka geram* Budak tersebut pun tangkap leleh menitiskan air mata syahdu secara tiba-tiba...Sedih sungguh nampaknya. Tak lama sangat pun sedih. Lepas dipuji sebakul dua (setelah dia berjaya menyebut dengan betul) budak tersebut pun kembali ceria.

Demikianlah sedikit sebanyak kisah pahit manis di sekolah Teacher Azwina. Pada pukul 6.00 petang, seluruh warga sekolah pun pulang ke rumah dengan perasaan riang gembira. TAMAT.


Monday, March 30, 2009

Isnin yg penuh mendung kelabu.. (~_~)

Salam suma.

Arini macam besa laa...diriku dilanda Monday blues! Habis segala penyakit M, sengal, lemau, senak, hangin senggugut suma pun ada. Pastu buleh pulak aku terlupa arini aku ada kelas pemulihan dengan bebudak kumpulan 3! Da sampai skolah, bila ternampak keta Ridzuan kat tempat parking baru aku teringat! Ida pun x ingat jugak. Entah apa kena ngan kami arini entah! Patut laa aku rasa macam ada something yg kurang arini. Rupanya aku x ingat pasal kelas pemulihan tu! Terpaksa laa ganti dengan ari lain x pasal-pasal. ahahaha sengal sungguh aku! :p

Arini ada budak baru masuk kelas aku. Transfer dari Melaka. Padahal aku da bertembung dengan parents dia kat Pejabat tengahari tu. Aku siap tegur lagik parents dia, tanya depa baru pindahkan anak masuk ke skolah arini ke..dari mana..Skali anak depa masuk kelas aku! Comei budak tu. Tapi nama dia Islamik sungguh. SAFRUALLAH IQHBAR. Ada nama Allah dalam nama dia. x berat ke yek? Kot budak jadik budak baik xpe..takut nanti jadik budak nakal cam kacanghantu payah jugak pasal ada nama Allah dalam nama dia. x elok laa pulak kalo perangai jadik x semenggah kan... Hopefully budak tu membesar jadik hamba Allah yg berguna laa.. Amin!

Err..tadik masa berjalan ke pejabat dengan Ida, aku terserempak lagik dengan si ehem yg gentleman tu. Haih...kebelakangan nih asyik dok bertembung laa pulak dengan beliau. Hisyy...mengundang bencana alam sungguh! Mengundang bencana alam jek xpe, nih skali dengan gusip liar lagik. Tu yg payah. Mula-mula aku macam nak ngelak laa jugak tapi x sempat. Da dekat sangat! Kot aku patah balik kang nampak sangat laa pulak aku saja mengelak. x rock arr! Hidup musti rock steady \m/. So, demi mempertahankan prinsip rock steady tersebut, aku pun terus berjalan & bertembung laa dengan beliau yg nampak begitu kemas berbaju kemeja putih berjalur kelabu. Aku macam besa laa jalan tunduk ke bawah aje ala-ala si manis tujuh belas gitu..(tujuh belas laa sangat..hak ptuihh) Besa laa...i kan pemalu! huheueheueh. Aku bajet beliau xkan tegur aku. Sebab beliau tu kan ikut hangin senggugut jugak..kadang-kadang tu.. tiba-tiba menyombong x tentu pasal. So, selamba rock kapak arrr aku x menegur beliau..Eh skali beliau tegur daaa.. Sempat pulak menyakat ...

"Assalamualaikum cikgu.." kata beliau sambil menunjuk senyum seindah suria di langit biru.

"Err waalaikumussalam" kata Teacher Azwina terkulat-kulat haru-biru! (ceh..rock pekebenda gini!)

Si Ida da gelak-gelakkan aku.. Terkekek kekek cam nenek kebayan!

"Apa nih Azwina...malu-malu kucing lak Abg ehem bagi salam." kata beliau penuh galak menyakat aku. Ciskek blueberry sungguh! Mancisssssssss punya kawan! Bukannya nak backing aku.

Pastu kat tangga bertembung pulak dengan Adam. Setelah beberapa ari x nampak pak ustaz j-qaf yg hensem lagi muda remaja tu kat skolah atas urusan Pertandingan Debat antara maktab (Adam jangan kembang! eheheheh). Aku terserempak jugak dengan Incik GPK si bapak mertuaku tu..tp aku buat-buat x nampak. gagagaga. Owh yer, after Kak Mun bersara aritu, Kak Chirah (ex-GPK kokurikulum) pulak naik jadik HEM. Pastu ada cikgu dari Pasir Panjang naik jadik GPK Kokurikulum yg baru. Encik Mustaza ke apa tah nama beliau. Belum berkesempatan mau berkenal-kenalan. :p

Tadik aku bawak sikit cupcakes hijau aku tu pi skolah. Saja bagi cikgu-cikgu nih makan. Simpan kat rumah pun bukan ada orang nak makan sangat pun sampai berbelas-belas bijik tu. Aku nih pulak rajin membuat jek tapi x rajin sangat mau makan! So, better bawak ke skolah aje. Kebetulan ternampak lak dak Syafiq (cikgu ganti yg ganti Kak Yati aritu) pun ada. Skang nih Kak Yati da naik mengajar balik. So, Syafiq ke pagi ganti Kak Zieza (cikgu KH) pulak. Rezeki Syafiq laa dapat lama kat skolah tu sbb ramai yg amat cikgu nak bersalin! Nak dekat 20 orang jugak laa! uhuhuhuhu. Da kebetulan Syafiq pun x balik lagik, aku kasik laa sebijik cupcake tu kat beliau. Tapi aku kasik warning laa awal-awal kata kalo x besh jangan gelak kalo x aku belasah kang..! harharhar cikgu gangster mengganas kembali ke cikgu?? x laa..acah aje! ngeh ngeh ngeh :p :p

Kak Ayu tadik tanya aku camna dengan kisah aku & anak sedara Ketua PANITIA Matematik. Eh sapa pulak Ketua PANITIA Matematik nih? Dan sapa pulak anak sedara beliau? Ahaaa...kasik simpan dulu laa citer nih. Sbb aku malas mau citer skang! Bukan besh pun. ahahahah

Tadik baru kejap dapat sms dari Syafiq. Beliau cakap beliau dok teringatkan cupcake hijau yg aku kasik kat beliau petang tadik. Sedap giler katanya. Nak lagik buleh?? kata Syafiq penuh sopan. Hamboihhhh budak sorang nih sawan kek ke hape. Banyak laa ko punya sedap Sapik!! Saja mau menyakat aku! Manccisss punya budak. Skali dapat lagik satu sms. Beliau cakap yg beliau ikhlas kata cupcake aku sedap. Ehem..kembang lubang idung kucing jiran aku sejenak. Nak order buleh?? Order buat makan sendri. Saya mmg hantu kek kak! kata si jejaka meteroseksual (dia punya dressing mmg ada kelas!) Bulehhh dik...buleh blahhh! gagagagga. Tapi da orang kata sedap tu alhamdulillah laa daripada orang kata uweekkkk rasa cam batu bata! x reti-reti bersyukur cikgu?? Baik...kata Teacher Azwina tertunduk malu.. :"> :"> (pinjam icon malu YM wahkahkah) Aku kalo takat buat suka suka untuk makan tu buleh laa. Tapi buat untuk nak jual kat orang tu tade laa kot. Aku bukannya pandai sangat. Heeee...:D

Cuaca kat PD arini nampaknya carca marba sungguh. Tadik siang giler bapak punya panas! Pastu letrik lak tetiba tade dalam pukul 4.00pm gitu. Punya laa berbahang! Angin pun tade. Pastu dalam kul 5.30pm hujan tiba-tiba turun lebat selebat-lebatnya! Besh giler sbb sejuk! Aku siap bawak bantal busuk & tido dalam kelas! Fuhh mmg besh...Malangnya aku hanya bermimpi! Nak tido celah mana kalo da kena mengajar taim tu? *sob*

Okeh, skang mau berkuak lentang di atas katil bersama Si Bulat, rakan-rakan beruangnya & si tompok, 'haiwan peliharaan'ku yg baru (lembu baru aku arrr) Idung aku da mula bersin-bersin da nih. Mungkin sbb kena hujan petang tadik punya pasal! Huwaaaaaaaaaaaaaaaa aku tamo demam!!! :( :(

Sunday, March 29, 2009

My green cupcakes. (^_^)

Assalamualaikum (x jawab dosa! ececece)

Bila Sunday tiba, mood pelik-pelik pun datang jugak. Besa laa Sunday..hati jadik senang. Badan pun jadik senang lenang jugak macam kan esok Monday xkan datang lagik. Macam Sunday akan berulang-ulang dan berulang. Kan besh gitu yek? Maknanya aku cuti jelah sepanjang zaman! kehkehkeh

Oleh sbb terlampau senang lenang kat rumah, aku pun membuat cupcakes lagik. Kali nih aku cuba topping lain lak. Da malas guna cooking chocolate. Tapi still buat chocolate cupcakes jugak lagik. Cuma topping jelah lain. Aku buat topping kaler hijau guna pewarna kaler hijau. Adey apa punya ayat laa nih. xkan buat topping kaler hijau guna pewarna kuning pulak kan. Napa sengal sangat nih cikgu?? uhuhu. Bahan-bahan toping yg selainnya ikut sukati aku aje. aahahaha. Pas siap letak topping atas cupcake tu aku tabur laa pulak dengan bentuk bintang yg colourful.


Dan nih laa dia hasilnya....

*Tataaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......*


Okeh itu saja. Sekian, wassalam. Tima kasih daun keladi, Ahad depan buat lagi.:p

Bila Hati Tercuit ( Part 18)

***WARNING : Ini citer lama yg da lapuk dek hujan. Tade kena mengena dengan kehidupan aku skang. Termasuk laa barang-barang yg disebutkan (except my old diary!).***

Almost every malam di beberapa tahun yg lalu..ada satu benda yg kadang-kadang buat aku macam 'terlupa' nak tido.(kadang-kadang arr..slalu tu lena aje aku tido memeluk si beruang kuning & bantal bentuk 'love bertangan kaler merah ' milik Ajlaa! wahahak) Sbb otak aku dok ligat berfikir 'betol ke apa yg aku buat nih?'. So, benda nih kalo diingat balik kadang-kadang bikin hati aku tercuit laa jugak.. Apa kebenda yg macam bagus sangat tu haa? Sampai x lena tido laa bagai apa hal? Kejap aku flashback balik. (SELAK DIARI kejap ahahaha)

*sejibik macam bantal love bertangan Ajlaa punya yg slalu aku pinjam masa matriks dulu! Terjumpa pulak dalam paper so aku snap. :D*

Flashback (KMPP 2001 - Kepala Batas, Penang)...

"Ok awk. Assalamualaikum. I love you."


Tiap kali nak end call jek, Han Chee Tai mmg akan sebut benda 143 tu. Tapi aku buat-buat macam x dengar. Malas mau amik port sangat. So aku just jawab..

"Okay. Waalaikumussalam."

"I love you."

"Okay."

"Okay aje? I said I love you!"

"Yer, okay."

"Laa..kan org cakap I love You. So jawab apa?"

"Okay laa."

"Salah. Jawab laa I love you too."

"Takmau."

"Jawab laa.."

"Da jawab da kan tadi?"

"Awk jawab okay, bukan i love you too."

"Takmau laa."

"Jawab jugak. Cepat laa nak tido ni."

"xpe laa. Pi laa tido. Bye bye."

"Sampai hati ek..x syg org ek?"

"Syg laa jugak.."

"Abis tu takmau jawab I love you too."

"Mmg takmau pun. eheheheh."

"Isk Busuk ni.. majuk kang..."

"Majuk laa.."

"Ok fine. Bye!"

"Bye!"

Ahahahah..letak telefon terus! Tapi aku x kisah langsung. Sbb esok da okeh balik. Beliau bukannya majuk betol-betol pun. Yg suka majuk slalu tu aku. Beliau mana buleh celen rajuk aku. Aku kan si Ratu Rajuk yg berkuasa! ngeh ngeh :p

Tiap kali cakap I love you, musti mau suruh aku balas dengan I love you too. AKU TAKMAU LAA!! Slalu sangat buang air liur bertekak pasal benda tu aje. Last-last aku tetap x cakap jugak. Why aku x cakap, eh? Sbb mulut aku berat? Bukan. Sbb aku x rasa mau cakap laa. Satu prinsip hidup aku yg masih kekal sampai skang...aku xkan luah benda yg aku x rasa nak luah.

Contoh:
Sorang perempuan berkata, "Ween, hensem kan pakwe aku?" Tapi aku x rasa pun pakwe beliau hensem so aku TAKKAN jawab "Aah laa hensem." Aku sama ada hanya senyum atau kata "Hensem celah mana nya.." Tapi xkan laa aku mau cakap "hensem celah mana nya.." depan beliau pulak kan.

So, gitu laa lebey kurangnya... If aku x rasa pun perlu jawab I love you too bila orang cakap I love you, aku mmg xkan jawab. Kau nangis laa 18 baldi atau 12 tempayan nenek kebayan pun, aku mmg xkan jawab macam yg kau harapkan. Atau macam dalam hal aku dengan Han Chee Tai nih, aku xkan jawab I love you too bila beliau mintak aku cakap. Nehi. Never. So jangan nak paksa-paksa aku. Lagipun bagi aku, ungkapan 143 tu SANGAT MAHAL (kau nampak tu font suda kasik besar?). Benda mahal jangan dibuat main. Jangan dijaja sesuka ati jugak. Kalo betol tengah feel 143 tu dalam hati sampai jantung dag dig dug macam nak tercabut dari tulang rusuk (kuch kuch hota hai..uiceh :p) x pun macam kaki rasa da x jejak tanah tapi jejak Cloud 9, baru besh cakap. Baru laa the 'right time' omputih kata. Kalo sesuka suki saja cakap padahal xde rasa sangat pun taim cakap tu, baik x payah. Jatuh laa saham 143 tersebut. Tapi nih pendapat aku laa, pendapat orang lain aku tatau pulak. Pendapat masing-masing mmg xkan sama 100%. So, kalo betol-betol rasa nak cakap, aku akan cakap. x payah mintak pun aku dengan rela hati & lapang dada akan meluahkan aku cinta padamu sepenuh hatiku tanpa perlu paksaan darimu! Uicecece...ayat macam kan hape! berbaur jiwang nampak??Alaa..skali skala kan kan kan? :p :P

So the result is, beliau akan majuk tiap kali aku refuse utk cakap benda yg beliau mau dengar. iaitu benda 143 yg MAHAL tersebut. Tapi bila da refuse tu kadang-kadang timbul laa serba salah sampaikan x selera nak tido tu! Kengkonon berfikir laa sangat "betol ke apa aku buat nih?"...


To be continued...(kalo aku rajin. wahkahkah)

Saturday, March 28, 2009

Nur kasih buat muridku (uiceh)

Assalamulaikum!
Bold
Salam Sabtu pakcik makcik, abang kakak , adik-adik suma. Selamat bercuti di hujung minggu! Semoga kita suma bergumbira berehat bersama seisi keluarga di ari Sabtu yg indah ini! (walaupun diriku tidak bercuti.uhuhuk)
Bold
Arini awal-awal pagi lagik aku da menderumkan enjin motokar ke skolah sbb terlibat dengan Kem Bestari Solat. Aku kena jadik salah sorang fasilitator sbb yg terlibat arini bebudak Year 2 & Year 4. Aku mengaja Year 2 so kena jadik fasilitator depa laa. Jadik ustazah i arini u! Ustazah rock gitu. ehehe ;p

Arini bebudak ditekankan dengan bacaan dalam solat. Setiap fasi dibagi 10 orang budak. Aku dapat 10 orang budak dari 2 Elit. Anak-anak murid aku jugak pun. So tade masalah sangat. Depa nih budak kelas pandai. So most of them tade masalah dalam bacaan. Cuma ada laa dua tiga orang yg sangkut-sangkut sikit bacaannya. Tapi dapat diatasi, alhamdulillah. Aku suruh depa ulang banyak kali baca ayat yg depa sangkut tu. Mula-mula payah jugak tu. Ada jugak tergagap-gagap. Pastu tunggang terbalik jadiknya ayat. Tatau laa kot depa takut tengok muka bini Lion King yg terpamer kat mukaku yg comel ini. hakhakhakptuihhhh. :P :P

Tapi alhamdulillah, lepas aku bg masa depa baca & cuba hafal betol-betol, dapat jugak depa baca dengan lancar. Besa laa bebudak kan. Baru umur 8 tahun. Kena amik masa sikit. Tang sebutan nama 'ALLAH' tu ada jugak yg x leh sebut betol-betol lagik. Puas aku mengajar sebut ALLAH betol-betol sampai nak terbelit lidah aku tapi still ada gak yg dok sebut AWWAH. Adoi laa...sabar jelah aku. Tapi xpe laa, nanti cuba lagik. Slow-slow. Lama-lama nanti buleh laa tu. uhuhuhu.




Kem Bestari Solat nih sampai pukul 12.00pm aje. Pastu bebudak balik. Yg kami cikgu-cikgu pulak terus pi umah Kak Tipah (cikgu KH) kat Taman PD Utama. Anak lelaki beliau kawin. Kira sambut menantu laa. Giler banyak lauk kenduri! Siap ada cendol lagik. Aku sebenarnya da kepenatan mata.. Ngantuk tahap wali-wali! Yer laa da besa skola petang kena datang pagi skali skala gini rasa cam lemau lak! Lembik semacam tubuh badan. Ingatkan cam nak terus balik umah laa pas Kem Bestari Solat tu tapi cam x besh laa pulak kan x pi kenduri kawin anak Kak Tipah tu. So aku pi laa jugak. Sebaik ada Ida. So aku pi ngan Ida laa. Kalo x pi kang x baik pulak rasa. Sok aku kawin orang x datang padan ngan muka aku! (ntah bila laa tu. ngeh ngeh ngeh)

Eh arini tade mood Hindustan ke cikgu? Semalam kemain lagik memasang lagu Uncle Udit Narayan di dalam hati. Owh tade. Arini tade mood nak berlagu-lagu. Arini mood nak mengkuyu aje! kakahkahkah. Mengkuyu tu apa cikgu?? Melayan mata kuyu arrr apa lagik..(tido laa dey!) Nih pun mata da jadik cam mata amoi jual bunga kat pasar! Berat kemain lagik. Pemandangan dunia pun semakin mengecik rasanya. Maklum laa da kenyang membantai nasik minyak! :p

Izinkan hamba mengundur diri dulu laa yer! "Anak tupai makan bahulu, gua chow dulu!"

*Nota kakikudibibirmu: Buat sedari Eena di negara kangaroo sana, mekasey for the gifts! Kite da dapat semalam. Sgt comel laa anak-anak kaola tersebut! Termasuk yg digantung kat beg tu. Makin bertambah koleksi haiwan ternakan kat umah nih. Ahaks :p


Friday, March 27, 2009

Mood ROMANTIK tiba-tiba datang :"> *icon malu*

Tum paas aaye..
yun muskuraaye..
Tumne na jaane kya..
sapne dikhaaye....

Ewawawahh...nih apa hal pagi-pagi bawak menyanyi lagu Udit Narayan nih?? Tiba-tiba terasa romantik lak aku. Macam sesuatu berlaku di dalam hati (konon..) Tapi siapakah Udit Narayan itu?? Bagaimanakah rupa paras beliau? Cikgu siap mention mention nama beliau tadi tu apa hal? muahahah. Bawak berpijak ke bumi nyata yer, cikgu. Cikgu sihat ke cikgu? Cikgu?? Manis sungguh memanggil diri sendiri cikgu. wuhuhu :p (tuan hamba mau muntah kah? Sila laa muntah. Ada aku kisah? :P)

Tapi mmg sesuatu berlaku pun semalam. Tapi bukan dalam hati laa..Dalam skolah. Dalam hati mana ada cikgu. Kat skola baru ada cikgu. harharhar. Nih apa hal gelak macam-macam jenis habis keluar dalam entry nih?? Kejap aagagag kejap muahahah kejap harharhar. Kuikuikui pun ada. Sawan laughter kah?? Barangkali.. ehehehehe (haik..eheheh pulak?)

Ab to mera dil..
Jaage na sota hai..
Kya karoon haye..kuch kuch hota hai..

Eh sambung balik? Romantik laa cikgu nih..kata makcik sebelah rumah. Tiba-tiba pulak habis makcik sebelah rumah suma masuk! ahahahaha sengal otak sungguh! Mintak tolong picit kepala buleh?? Alaa..kasik can laa pagi-pagi Jumaat nih pasang lagu Hindustan dalam hati. Kata minat Shahrukh khan...Tapi siyes wei.. mati-mati aku ingat Shahrukh Khan yg nyanyi lagu tu! Rupa-rupanya Uncle Udit Narayan. wahkahkah. Tapi xpe, sedikit pun tidak mengubah chentaku terhadap dirinya. See.. merepek lagik cikgu nih pagi-pagi. Cepat citer hal semalam cikgu! Cepat! Baik..kata cikgu tertunduk malu. :"> :">

Semalam berlaku pertembungan dengan Baia ehem (Abg ehem) Haik. Sejak bila si ehem jadik Abg nih? wakakkak bawak bertenang Tengku..bawak bertenang..cakap banyak macam laa Tengku baca blog aku. ahahah. xpe, esok aku print kasik beliau baca. :p So, semalam macam besa laa aku ke skola. Tapi telah bertolak sedikit awal kerana tertipu akan berita palsu yg mengatakan semalam ada meeting pemulihan kul 12.00pm. So dengan penuh dedikasi laa aku menderumkan enjin motokar ke skola pada pukul 11.20 ante-meridiem (a.m laa...Tatau ka? Helehh mentang-mentang laa dia cikgu Matematik. kikikiki) Skali tade meeting daa....! Ciskek blueberry sungguh tipah tertipu!! Teros aku malu terjelepuk di lantai! Tapi xpe, bukan aku sorang aje terkena tp Helmi, Kak Yani, Cikgu Khairul skali terkena. Hampehhh kan? Sebaik aku nih baik tau.. Baik lagik comel lagik penyabar orangnya. Heeeee...

So, oleh sbb aku mai melampau awai (apa hal cakap utara pulak nih cikgu?) aku pun jalan-jalan laa kat dewan tu macam da tade tempat lain nak makan angin. Maka terbertembung laa dengan si ehem itu. Aku macam besa laa bajet beliau nak sombong sama aku. Yer laa kat dewan kan. Orang tengah banyak berkeliaran macam kan dewan tu soping kompleks. Slalu ramai orang mana laa beliau nak tegur aku. Tiba-tiba sesuatu berlaku di dewan (kuch kuch hota dewan?)..

"Azwina.." (entah sejak bila pandai panggil aku Azwina entah)

Maka Azwina pun menoleh (Azwina? Wahkahkah)..

"Yer."

"Napa x cakap awak pakai baju kaler nih..tau tadi kita pakai kaler nih jugak"

Ayayayai da mula balik daa pasal baju sama kaler. Skali aku heret bawak pegi Casamoda Seremban 2 mintak belanja beli kain tujuh lapan pasang kang baru tau! Nak sama kaler sangat kan.. gagagaga. Comel betol telatah si ehem itu. Aku pun gelak. Pastu..

"Eleh..da dia sombong." sambil tersenyum Azwina berkata (Azwina lagik?)

"Mana ada" kata si jejaka macho tersebut (Tengku jangan kembang jangan kembang! kang terus x hensem kang ahahahha)

Pastu aku blah! kahkahkah. x romantik laa cikgu nih. Tade kenyit-kenyit mata ke cikgu? Er nehi nehi. Kau ingat aku sakit matakah? :P :p

Namun begitu, senyumanku x sampai ke petang. Ada pulak makhluk mencarik pasal. Paham-paham laa sesi pagi & petang berkongsi kelas. Awal tahun aritu kami da bagi peluang org pagi guna kelas sampai 1.30pm & habis cam gitu jelah first period budak petang. Budak petang duk dulu di dewan. xpe laa, leh consider pasal kongsi kelas kan. Tp skang nih yg sesi pagi pulak turun & budak petang masuk kelas laa. Incik GPK da kasik arahan pun. Skali ada pulak makhluk sorang nih tunjuk besar kepala besar lengan besar perut suma laa (apa kau ingat aku takut lengan kau lagik besar dari lengan aku? Gusti lengan laa jom! *tunjuk muka mak tiri lion King*) Aku cakap elok-elok mintak turun sbb budak petang nak masuk kelas. Buleh pulak buat besar kepala tamo turun macam aku pulak yg bersalah. Padahal Incik GPK da arah da yg pagi turun kat dewan pulak. Haih..naik menyinga laa beta. Aku cakap kali kedua, haih dia tunjuk besar kepala jugak lagik. Aku cakap kali ketiga, sama jugak. Terus laa aku keluar sora rock kapak, hardcore rock, heavy metal suma kan. Aku pun cakap...

"Mintak turun skarang yer nih waktu budak saya. Tahun 4 pulak kena turun kat dewan. xkan tatau. Melampau laa gini!"

Terkulat-kulat pulak makhluk tersebut tapi still berlagak macam taiko kongsi gelap. Tah apa punya cikgu tah kepala keras macam konkrit Taj Mahal! Aku da banyak kali da dengar beliau buat kuang ajar dengan ramai cikgu termasuk laa guru pembimbing & lecturer sendri. Tp aku malas amik port sangat. Jenis aku kalo diri sendri terkena baru aku aku amik port. Padahal kau tu baru cikgu praktikum jek pun tp da brani tunjuk besar kepala besar lengan habis suma-suma laa besar! Geram betol aku. Last-last beliau turun jugak ikut tangga belah lagik satu. Tau pun malu dengan aku! Ingat tatau malu. uhuhuhu jahat sungguh mulut hamba di pagi Jumaat nih. Astaghfirullahala'zim. Ya ampun! :P

Tapi petang semalam mood kembali ceria balik bila budak Tahun 6 skolah aku menang tempat ke-3 Pertandingan Debat Peringkat Daerah (final) Johan & Naib Johan disandang oleh SK Kampung Gelam & SK Si Rusa. Pertandingan tersebut diadakan di SK Telok Kemang bermula pada pukul 2.00 petang. Hai da macam baca berita pulak cikgu. Apa hal? ahahaha. Sengal cikgu nih. SK Telok Kemang tu skola aku laa. Di mana tertinggalnya kasih sayang dan cintaku di situ..uiceh..mula da ayat jiwang berkarat-karat. Salah sapa tu? Salah Sharukkhan atau salah Cinta Untuk Ain? Ataupun salah Yusuf kat tb3 tu? Wui giler hensem aku rasa rasa si Asyraf Muslim ke apa nama dia yg berlakon citer Yusuf tu. Muka beliau cam Shahrukh khan meets Sheikh Muszaphar ar. Hensem! Cuma sora x brapa nak macho. ahahaha. Nih apa hal nih cikgu tiba-tiba masuk hal Yusuf plak nih. Habis campuk aduk suma dalam satu perenggan. Karangan BM cikgu dulu dapat berapa nih cikgu?? ggagaga

Okeh, da panjang sangat cikgu merapu pagi Jumaat nih x reti-reti nak pi gosok baju ke cikgu? Apa cikgu tamo pi skolah ke?? Baik laa..cikgu stop sini laa.. kata Teacher Azwina tertunduk malu :"> :">.. **Sekian, wassalam. Muah muah.**



Thursday, March 26, 2009

Ini luahan hati Teacher Azwina. (AWAS: Entry panjang)

Salam all!

Selamat pagi penuh barakah. Suda solat Subuh kah? Suda ek? Bagus. Skarang mari laa mensudikan diri membaca luahan hatiku yg dilanda gundah ini...Pagi-pagi nih mood baik sikit kalo nak dibandingkan dengan tengahari karang. Maklum laa pagi-pagi kan aku buleh bersenang lenang kat umah. Tengahari kang da mula masuk mood carca marba laa. Sbb kena pi keje! kuikuikui.

Hamba ingin mengadu domba sekiranya tuan hamba sudi meminjamkan telinga untuk mendengar (macam laa blog aku nih buleh bercakap nak suruh orang dengar). Lewat kebelakangan nih perasan x mood aku x brapa nak stabil sangat? Kejap aku happy, kejap aku moyok. Kejap aku sengal kejap aku buang tebiat. Kejap aku menyinga dan bertukar menjadik bini Lion King pulak. Perasan x? x perasan xpe..apa buleh buat nasib badan..(pinjam dialog citer P Ramlee sikit)

Lewat kebelakangan nih, penyakit M pun turut kerap mengetuk pintu kehidupanku (humang aih penyakit M ada ke tangan nak mengetuk? *kompius* ). Dia ketuk taim yg x sesuai pulak tu. Taim sesuai xnak pulak datang ketuk. Macam mana laa x carca marba kehidupan aku kan? Salah sapa skang? Salah aku ke salah penyakit M tersebut? Lu pikir laa sendri! Kehadapan saudara Nabil, tolong jangan saman kakak Azwina nih sbb beliau cuma meminjam ayat kamu, bukan mencurik!

Aku nak senaraikan hal-hal pelik yg sedang berlaku dalam kehidupan Teacher Azwina . Macam pelik jek bunyinya bila memanggil diri sendri dengan nama sendri padahal mmg nama sendri pun yg dibagi oleh bapak terchenta. ahaha ayat kelam kabut macam kan hape! Stop merepek kejap. Aku nak siyes sikit nih. Siyes..siyes..da macam sebutan budak darjah 2. Serious! Baru betol ejaannya. Ceh..Pandai tegur budak salah eja siap menyinga jadik bini Lion King lagik tapi sendri salah eja apa hal? Haik emo nampak?? (hemo hemo! (>_<) ) Acah jek...tade emo pun saja suka mengata & carik pasal dengan diri sendri arini. Better laa dari mengata & carik pasal dengan orang lain di blog sendri kan kan? x baik wo..diri sendri masih banyak kelemahan. Kasik peringat diri sendri dulu lebey bagus kan kan kan?

So, ini laa dia hal-hal pelik yg berlaku dalam kehidupan Teacher Azwina (alahai manisnya namaku wakakakak. Tuan hamba mau muntah kah? Sila laa muntah. Ada aku kisah? :p :p)...

1. Aku da jarang basuh buah hati (keta aku) skang nih. Niat mau basuh tu ari-ari ada tapi dihalang oleh penyakit M (penyakit M jugak yg salah...heee)

2. Aku da kurang peluk si Bulat dan rakan beruangnya semasa tido. Aku lebey kerap memeluk laptop (errk??) sbb kerapkali tertido sewaktu menonton siri tv yg aku download di laptop usangku. (Silap haribulan kena karan terus jadik Ironwoman. Nangis atuk aku nanti cucu kesayangan da jadik robot!)

3. Aku da kurang mencubit budak dan melontarkan sora halilintar membelah bumi tapi lebey suka menunjuk muka garang umpama bini Lion King tu. Tapi bebudak tetap suka menunjukkan kasih sayang padaku. Macam kata Yusmer kepada ibunya (cikgu skolah tu jugak) "Cikgu kesayangan kita Teacher Azwina tau ibu" padahal budak itu selalu kena 'Auuuummmm' (marah versi singa) dalam kelas. Pelik x pelik? Apa muka aku x cukup garang kah?? Jatuh laa martabat gangtser gini! *x puas hati..x puas hati!*

4. Aku da x makan ayam ari-ari macam dulu tp lebey bernapsu ke atas ikan. Terasa sungguh sedap membaham isi ikan kembung goreng dengan begitu lahapnya! Ayam pasti majuk dengan aku 6 bulan sbb aku macam x brapa nak sudi memakan daging depa! (Jangan laa marah ayam I still love u! agaga ;p )

5. Aku da mula suka tengok tb!! Err yg nih suma orang da tau kot. Nih suma gara-gara CINTA UNTUK AIN tu laa. Citer ala-ala jiwang penuh chenta pulak tu. Sbb aku suka sangat cara Shahrul tu ngorat Ain pastu beliau cam giler syg tahap wali-wali kat Ain! Giler besh pakwe gitu. Mood pun bertukar menjadik jiwang bila bercakap macam nih..Jiwang penuh bunga-bungaan di dalam hati..(Arrrghhhhh nehiiiiii!)

6. Aku mula gemar buat kerja-kerja tangan di waktu malam bulan mengambang. Di waktu jiran-jiran memperdengarkan dengkuran yg amat merdu (macam laa dengar). Da malam laa baru nak buat bahan hiasan tuk kelas. Da malam laa baru nak buat itu nak buat ini padahal waktu-waktu tu dulu besanya dipenuhi dengan aktiviti berkuak lentang di atas katil bersama si Bulat dan rakan-rakan beruangnya. Macam kan da tade siang dalam kamus hidup. Musykil jugak aku!

7. Aku jugak tiba-tiba rajin melayari laman-laman penuh resepi kuih-muih dan pelbagai jenis kek (padahal dulu x minat langsung)! Dan tiba-tiba pulak dengan magiknya aku mewujudkan sebuah buku resepi buat rujukan masa depan (haa??). Kalo buleh segala jenis resepi dalam dunia aku nak sumbat dalam buku tu. Padahal nipis aje pun. Cover gambar Wiween Winnie The Pooh pulak tu.(Alamak terbuat ayat berciri kantoi pulak haa..Nasib baik font kecik. Sila abaikan.Jangan amik kisah sangat pls!)

8. Tido aku dipenuhi mimpi-mimpi aneh. Sangat carca marba & penuh adegan x logik. Bikin kepala sikit pening! Pastu bangun tido aku betol-betol pening! Sbb ada orang dalam mimpi tersebut yg aku x pernah kenal tapi depa merupakan kawan-kawan aku dalam mimpi tersebut. Miracle?! Maybe!

9. Aku dok baca balik novel lama-lama yg aku ada (contoh: Lagenda Budak Setan, Bicara Hati) padahal banyak novel baru yg aku beli tapi x baca-baca sampai skang. Kompius gua! (gua musang ka gua niah tu? guano mu?!)

10. Aku nak tengok sangat citer Dragon Ball & Street Fighter yg ditayang kat wayang tu tapi aku malas nak pi tengok. Apa hal? Penyakit M jugak laa yg salah! Aku x salah! Kau x nampak betapa innocent nya muka aku nih?

Cukup laa 10 luahan rasa. Banyak lagik sebenarnya ingin hamba luahkan kepada tuan hamba tetapi penyakit M da datang pulak suruh aku jangan taip lagik nanti kepala pening. So, aku stop sini laa. Bye bye muah muah!

Wednesday, March 25, 2009

Menyampah tp macam x menyampah

Assalamualaikum!

Arini kena bagi salam balik sbb semalam tiba-tiba terlupa. Buleh pulak gitu eh? Hopefully ada laa yg sudi menjawab salam dariku. Kot laa tade sapa-sapa sudi mau membaca coretan x seberapa dari hamba yg hina ini kan. Woi ayat berbunyi bangsawan tiba-tiba apahal? Saja buang tebiat. kuikuikui :p

Aku sebenarnya tengah menyampah. Tapi saja buat-buat macam x menyampah. x menyampah kutip sampah laa! Ahaha buat lawak kurang bijak x cukup funny di malam Rabu. Apa hal nih?? Tade apa hal. Saja buang tebiat. Anggap saja sebagai hobi baru aku. Jangan banyak tanya, anggap saja. Aku skang suka betol buang tebiat. Besa laa orang Matematik. Mmg suka bab anggap menganggap nih. Anggap x = 9..anggap y = 0..macam-macam punya anggap laa. So, anggap saja buang tebiat = hobi baru aku. .hak hak hak ptuihh

Aku kan, menyampah betol kalo orang x faham yg aku menyampah kat dia. Bila aku da menyampah tu, aku x buleh laa nak buat-buat x menyampah. Mmg x buleh. Kau buleh ke x menyampah dengan orang yg mmg selalu sengaja buat kau menyampah? Saja carik pasal padahal kau tade hutang piutang ke pebenda dengan dia. Tapi dia tetap mau carik pasal buat kau menyampah jugak. Da buat kita menyampah pastu nak buat lawak kurang upaya dengan kita pulak. Konon ingat kita nak gelak laa tu. Heee aku x faham betol laa orang cenggini! Cedera parah di medulla oblongata kah??

Semalam tengok CINTA UNTUK AWIN AIN pun aku menyampah jugak. Buleh pulak kawan si Ain tu mau masuk jarum kat si Shahrul tu yek? Hangin betol aku. Rasa cam mau kasik penampar maut petualang tiga puluh 5 jek sama beliau. Pastu kasik tendangan padu Space cop gaban enam tujuh kali cukup. x payah banyak-banyak kang terus jadik x lawa pulak. Buleh pulak mau masuk jarum kat pakwe kawan sendri yek? Bajet konon dapat rampas ar tu. Wui..mulia sungguh perangai. Kalo kawan aku laa gitu..da lama da aku tikam perut beliau dengan buluh runcing! Pastu tanam bawah pokok pisang kat kebun Pak Abu kasik jadik zombie kampung pisang terus. ahahaah hemo hemo! Emo semacam apa hal? Aku pun tatau. wahkahkah

Aku kan..cam tersuka pulak tengok Que Haidar bila beliau ikat rambut sbb cam hensem sangat aku rasa. wakikiki :p Pastu bila beliau x kena mekap tebal sangat cam episod awal-awal aritu. Kalo episod awal-awal aritu nampak cam lebey jelita pulak dari hensem. wahaha. Tp dalam episod semalam mmg hensem pada pandangan mata aku bila beliau ikat rambut gitu. :p

Wei tiba-tiba pulak aku buang tebiat mau makan fries! Dan aku pun x faham kenapa aku buat entry nih sbb macam membuang karan jekr asa! Waaarghh...aku tatau laa! Sindrom tekanan perasaan kah??


Tuesday, March 24, 2009

Kad wangi untukku.

Kau ada frenster x? Aku ada. Da lama giler aku join menatang tu. Since 2003. Tp skang da jarang bukak. Sbb bagi aku frenster da x besh. Lagipun da berlambak-lambak menatang yg lebey kurang macam frenster. Myspace, Facebook, bla bla bla yg lebey besh dari frenster. So, aku macam da x heran sangat dengan frenster. Mungkin jugak disebabkan oleh faktor pertambahan usia yg semakin lama semakin besar nilainya kot?? <--- Huihh...giler gigil mau taip ayat nih! ahahaha

Tadi aku saja log in kejap kat frenster. Saja jenguk kawan-kawan. Aku ada ramai kawan kat sana. Kawan-kawan sejak skolah rendah sampai laa yg skang nih (rakan sekerja). Ada satu kelebihan frenster yg aku x dapat nak lupakan sampai bila-bila iaitu aku dapat jumpa balik kawan-kawan skolah rendah aku kat situ! Kawan yg aku x pernah terfikir aku buleh jumpa balik! So, thanks A LOT to frenster for that walaupun frenster skang da x brapa nak besh. gagagag macam lupa daratan pulak aku nih yek? Kacang lupakan kulit sungguh!:p Tp xpe, manusia memang sentiasa berubah. Cuma hati saja yg tidak. Err..Apa kaitan tu?? (ahahah)

Aku tengok inbox. Macam biasa, banyak junk. Tapi xpe, buleh klik 'delete' kasik masuk 'tong sampah'. Tapi...ada satu message yg buat aku terbeliak mata. Message from Incik R! Orang yg sama yg aku citer dalam "Bila Hati Tercuit". Ingat x? x ingat xpe..tade hal. So aku terus klik message tersebut & baca. Rupanya message tersebut dihantar atas urusan WALIMATULURUS. Urusan penghantaran KAD WANGI! Wow...terasa macam cepat sangat masa berlalu. Incik R da nak kawin wei! INCIK R NAK KAWIN! Kata beliau, calon beliau tu sorang cik cikgu yg satu skolah dengan beliau. (Fyi, Incik R is also a teacher. Beliau mengajar di Perak. Skolah xleh kasitau arr..rahsia! hahak :p) Aku macam terkesima laa kejap. Aku terkejut sebenarnya. Padahal aku bukannya tatau beliau mmg da kawan dengan cik cikgu tersebut since tahun lepas lagik. x pasal-pasal terkejut apa hal? Tade apa hal. Cuma rasa macam cepat sangat masa berlalu & aku terasa macam da tua! Eh bukan tua laa.. remaja bangka! wahahak :p

Tiba-tiba aku teringat perbualan 'separa kosong' antara kami earlier this year. Masa Eli nak kawin aritu laa. Yg beliau beriya-iya sangat suh aku pi jugak sbb beliau nak jumpa aku. Tp malangnya aku x pi pun. ehehehe. Bukan aku mengelak dari jumpa dengan beliau tp aku mmg x dapat nak pi atas urusan lain. So sekadar berbual di telefon jelah. Terus beliau cakap beliau plan nak bertunang dengan that girl this year. Aku just wish TAHNIAH. Tumpang gembira jugak sbb beliau da jumpa his other half. x jauh mana pun rupanya..satu skolah aje. Pastu sama-sama orang Perak pulak tu. Aha... tu namanya JODOH. Kadang-kadang jodoh terlalu dekat dengan kita cuma belum tiba masanya untuk kita dipertemukan dengannya (Arrrkk...ayat aku kah itu? wahaha). Bila da bertemu muka tu, kejap aje jalan. Macam Incik R nih laa. eheh..

"U dengan siapa skang ween?"

"Tak ada."

"Alah u jual mahal sangat."

Whahahahaha. Aku just gelak. Malas nak cakap banyak. Sbb aku xkan bercakap banyak tentang benda yg aku x berminat nak cakap. So, ketawa adalah jawapan yg paling baik (walaupun benda tersebut sikit pun x kelakar bg aku). Ditambah pulak dengan ayat macam "I x jual langsung pun" yg secara x langsung dapat membuat beliau terdiam seribu bahasa.

Aisey..kejap betol masa berlalu eh?? Dari umur aku 18 tahun buat kali pertama sampai laa umur aku da nak masuk 18 tahun buat kali kesembilan.(18 laa sangat wahahak :p)

Anyway, SELAMAT PENGANTIN BARU buat Incik R dan pasangan. :)

Err..assalamualaikum! Lupa pulak nak bagi salam awal tadi! haha sopan sungguh kan saya? (saya??) :p



*Yahooooooooo malam nih CINTA UNTUK AWIN AIN!

Monday, March 23, 2009

1001 blues

Assalamualaikum suma!

Aku kembali mengapdet blog kesayangan setelah bercuti selama 2 ari. Tade apdet pada ari Sabtu, tade apdet pada ari Ahad. Kenapa? Saja suka-suka. Apa kau ingat aku tade keje lain ke asyik mau apdet kau jek?? <-- see...bercakap dengan blog sendri macam laa blog ada mulut mau menjawab. Sengal x sudah tuan punya blog nih. Macam orang yg tengah menaip nih jugak (ayat putar alam habis suma keluar) Jangan ikut perangai beliau tau! Beliau mmg sengal sentiasa. Sengal tapi comel, baik hati & lemah lembut. :p :p (Yg sebenarnya aku bz berjalan Sabtu Ahad lepas! hahak)

Walau bagaimanapun...beliau berasa sangat seronot sbb skolah da bukak balik! Sungguhpun keseronokan yg dirasakan itu bukan laa 100%! Yg menjadik penyebab utama pengurangan peratus keseronokan tersebut adalah kerana ari nih ari Isnin. So, faham-faham jelah kalo ekspresi wajah pun turut bertukar-tukar rupa dan warna. Kejap jadik muka bini Lion King, kejap jadik muka Garfield, kejap jadik muka Rani Mukerjhi. Suma orang perlu tau bahawa tu suma adalah sindrom-sindrom Monday Blues yg jarang dapat dikesan pada ari Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Kira Monday nih spesel sikit laa.. x pernah sekalipun lalai membawak 1001 blues kepadaku! See... Ayat berbaur emosi pun kerap muncul setiap Monday berbanding dengan ari-ari yg lain! Begitu jugak dengan kesengalan, kelemauan dan kemamaian. Dan jugak kelakuan yg buleh ditafsirkan sebagai 'buang tebiat' seperti membuat kerja atau bercakap tentang perkara yg tidak perlu (contoh macam ayat-ayat dalam perenggan nih. kahkahkah). All in one day! (atau secara ringkasnya : MONDAY MENGUNDANG 1001 MALAS! Wahahahak :P)

Sama seperti Isnin yg lepas-lepas, aku pi skolah awal arini sbb bebudak kia ada kelas pemulihan. Kul 11.00am aku da bertolak dari umah & sampai skolah tepat pukul 11.30am. Tp macam yg dijangka laa...yg datang cuma beberapa kerat aje! Maklum laa bebudak punya blues lebey dahsyat berbanding dengan cikgu-cikgu. Kalo cikgu ada 1001 blues, bebudak ada 6x ganda. Berapa tu? Cuba kau kira sendri kalo kau pandai! Kita buat latihan Matematik sikit kasik ilang sengal. ehehehehhee

So, bila da ada 6x ganda blues lebey dari cikgu tu, faham-faham jelah berapa orang jek yg datang! Dalam group yg aku handle ada 4 orang jek yg datang! 4 orang daripada jumlah yg sepatutnya iaitu 11 orang! Sabar jelah... Tapi xpe laa, at least ada laa jugak yg datang. Kot kalo tade langsung kang mau nya aku mengajar kucing baca ABC. Kucing lebey pandai dari budak. Keluar berita kucing PD suma pandai-pandai. Suma berebut-rebut nak ambik kucing PD buat bela. Sapa yg ajar? Cikgu Wiween jugak kan..! ;p

Owh yer, mood Hindustan da kembali berbunga dalam hatiku! Aku ada buat sikit bahan hiasan dalam kelas dengan tujuan utama - budak belajar new vocabs. Aku buat macam carta yg mana dalam carta tu aku tampal laa gambar-gambar people around the world. Kat bawah tu aku tulis laa in words. Korean ada..Irish ada..American..Malaysian & many more. Termasuk laa Indian. So dengan itu, dapat laa aku melihat wajah pojaan hatiku - Abang Shahrukh Khan yg segak lagi tampan setiap kali aku masuk kelas aku. Amacam? Murni kan niat aku? Bukan saja murid dapat belajar vocab malah cikgunya turut dapat mencuci mata mengekalkan kesegaran mata! wakikikiki :p :p

Okeh laa...malas mau taip banyak-banyak malam nih. Skang mau pi ngadap tb 2 tengok Laksamana Doremi! Sejak bila aku suka tengok tb eh?? Sejak Cinta Untuk Ain...ececece :p

Friday, March 20, 2009

Entry berbaur sengal. ahaha

Salam suma!

Arini mood hindustan da abis. Tade kuch kuch hota hai, tade kabhi kushi kabhi gham. Video tape suda kasik simpan dalam itu kotak juga (apahal ayat still macam spice of India??) Erk video tape? Apa ke kuno benar bunyinya?? Ah kuno x kuno banyak berjasa laa kira video player aku tu. Da berkurun lamanya menatang tu wujud kat umah nih. Sejak aku tade gigi lagik laa.. Acah aje! eheheheh. Video player nih da berusia 12 tahun. Masa aku form 3 dulu Paksu aku belikan. Cap JVC (cap??). Da tade kat pasaran da pun. Uik..apahal cakap pasal video player lapuk pulak nih haa?? Saja jek..saja bangga diri yg aku nih pandai jaga reta benda! (Riak sungguh bunyik! wahhaha :p)

Aku arini rajin betol. Rajin mengemas, rajin memasak, rajin tido. Pukul 11.00am lagik aku da masuk dapur memasak lauk pauk sebanyak dua jenis saja (cehhh..takat dua jenis tp ayat bukan main macam bagus -bisik hati kecikku) Alaa cukup laa tu dua jenis bukan nak wat kenduri kawin pun nak wat lauk empat lima jenis. Lagipun umah aku nih ada seramai 4 orang penghuni tetap saja. Sangat x ramai. Jadik, aku sekadar masak lauk ayam masak merah buh kentang & goreng sayur sawi montok (err sawi yg batang kaler putih tu laa.aku tatau apa ke nama dia ahahaha) Pastu goreng papedem cukup laa (betol ka aku eja papedem tu?) Err..semalam bukan ke da makan ayam masak merah?? Haa..nih laa mau story sikit sebanyak nih. Aku nih jangan kau puji sampai kembang sebaldi.. Mmg nahas sampai kau muntah katak ijau nanti. ahahaha. Al kisahnya, semalam atuk aku puji habis lauk ayam masak merah aku. Padahal aku masak simple jek semalam cukup tuk makan 2 orang saja sbb abah & ibunda ke KL. Tinggal aku berdua dengan atuk, so masak sikit aje. Time masak sikit tu laa atuk aku punya laa selera sangat pulak aih!

So, oleh sbb diriku pantang dipuji melambung sebegitu sekali, aku pun masak laa lagik lauk yg sama arini tp arini aku masak banyak laa. ehehhehe. Alaahh..tade laa sedap mana pun masakan aku. Ibunda terchenta masak lagik 18juta kali lebey sedap. Mungkin sbb aku bukan ari-ari masak kot. Tu psl bila sesekali aku masak lauk orang kawin (ehem!) cenggitu, punya laa selera orang makan. wahahhak. :p Tp esok da tade kose laa aku mau masak ayam masak merah lagik. Lauk yg sama juga kalu, bukan aku jek jemu malah kucing-kucing jiran tetangga yg dapat merasa tulang ayam pun turut jemu jugak! So, apa kata esok aku malas masak? wahkahkahkahkah

Err tadik petang after Asar, aku pi ke Bayu Beach Resort tu. Saja bercuti menjemur badan di tepi pantai sambil memakai bikini. Woiiiii! astaghfirullahalazim..apa ayat x senonoh habis keluar nih?? gagagagga bawak bertenang kejap. Kau percaya ke aku pakai bikini jemur tepi pantai? Mati hidup semula pun aku x sanggup mau buat. Tade kose laa i mau menyeksa mata orang ramai! eehehhe. Ekceli aku pi jumpa dengan kawanku yg jelita, Cikgu Fairus Dora yg slalu kupanggil Dor saja (Namaku Dor...Masdor! wakakak) Dor kena kasik taklimat ICT kat sana. So, oleh sbb aku nih sahabat yg penyayang lagi baik hati (perasannyaaaaa hak ptuihh) aku pun pi laa jumpa Dor kat sana. Berkenalan pulak dengan kawan beliau yg bernama Syubli. Syubli yg sangat kacak & tampan, tengok skali mau tengok lagi 8juta kali! Hensemmmmm! ahahaha acah aje. Apa kau ingat Syubli lelaki ke?? Nehi bete nehi. Syubli is a girl laa dey!

Aku bawak Dor & Syub (Syubli's nickname) pi makan kat area pasar malam Batu 4 tu. Aku dengan Dor pekena char kuey teow. Syub makan sup campur (diet kah?) Wuuuuuuu giler sedap char kuey teow situ. Apa kehal laa selama nih aku tatau?? uhuhuhu. Bukan apa, kalo pi makan situ pun aku slalu makan sup tulang aje tade laa pulak penah try char kuey teow dia! Kalo tau dari awal sumpah aku try! Pastu sayonara laa sup tulang! ehehehhe. Lepas makan minum tu, kami pi kat khemah tempat orang jual barang kat kawasan lapang depan pantai batu 4 tu pulak. Saja ronda-ronda cuci mata tengok barang. Besh pulak tengok segala t-shirt yg digantung-gantung. Macam-macam ada. Yg ada tulis "AKU ANAK AYAH AKU", "SAYA SAYANG MAK SAYA" "AWEKKU BUKAN AWEKMU" "SAYA SAYAAAAANG SANGAT PAKWE SAYA" pun ada. wakakakakakkak giler laa zaman skang punya t-shirt. x sanggup aku mau pakai yg "saya sayaaaaaaang sangat pakwe saya" tu. Cam poyo sangat! Kalo "Aku anak ayah aku" tu okeh laa jugak. ahahaha. Aku x beli apa sangat pun kat situ cuma beli beberapa buku citer kanak-kanak. Saja beli tuk letak kat sudut bacaan dalam kelas. Kasik bebudak baca. :)

Da dekat maghrib, aku anta Dor & Syub balik ke Bayu Beach Resort tu. Masa pusing nak kuar simpang tu, ada pulak 3 mamat dok lambai-lambai. Mula-mula aku x pasan sapa. Rupanya mamat yg sama dok bersidai depan buah hati (keta aku) masa aku ngah tunggu Dor turun. Macam besa laa aku wat muka bini Lion King aku laa. Kasik nampak garang so tade laa kena kacau. Apa ingat aku berani ke dok sorang-sorang dalam keta gitu?? Kena kasik tunjuk berani sikit la. ekekekek. So masa nak balik tu ada lagik pulak mamat bertiga tu situ. Buleh pulak tersengih-sengih cam kerang char kuey teow siap lambai-lambai & say tata. Fuhhh terasa cam Agnes Monica lak aku. wakakakakaka. Apa kau mau muntah kah baca ayat tersebut?? Sila laa muntah. Ada aku kisah?? wahahak :p

Sebelum balik umah, aku singgah jap ke The Store PD. Aku beli cooking chocolate tuk wat simpanan. Kot-kot laa terajin pulak mau wat cupcakes lagik kan. Senang beli sesiap. Masa mau bayar tu aku terpandang pulak wajah sorang bro nih mak oi hensemnyaaaaaa! Giler hensem ciptaan Allah! Da laa tinggi lampai, pastu tampan habis muka beliau. Tp bukan bujang laa. Anak beliau cam ada 4 orang aku tengok. Yg besor tu dalam year 3 gitu kot. Aku tengok wife beliau besa jek..Leh tahan laa. Untung sungguh dapat suami sekacak itu. Jodoh...jodoh. ehehehe.

K laa..suda siap pulak latest episode citer OTH yg aku download. Mau pi tengok kejap! Papai! ;)