Thursday, May 26, 2011

Kau doktor hatiku.

Di saat otak tengah serabut dan jiwa sedang kacau....tiba-tiba....



What? "ABG" ??? I'm On Cloud 9! haha *angau bangau*

Dan lagi.....


Pengsan! har har har =p


*P/s i lebiu : Mr Yus, kau Dr hatiku! (^__^)

Tuesday, May 24, 2011

Where have you been all my life?

Tired at school. Agak bz menyetelkan markah exam anak murid.. Prestasi anak murid untuk midterm exam nih mostly meningkat. Syukur. Tapi ada jugak yg merundum jatuh. Bikin hatiku worried bukan kepalang. (@__@) Hopefully program kecemerlangan for Year 4 pupils seperti yg dirancangkan dalam mesyuarat this afternoon akan membuahkan hasil untuk 60 selected pupils tuh nanti..bermula after cuti. Thanks to my dear friend, Cikgu Nizam for the idea & effort. I love you for that, dear. *wink*

Balik rumah, teragak mau buat spagheti. Blaja buat kuah spagheti sedap resepi Kak As. Walaupon aku masih lagi rasakan kuah yg my 'mentor' (Kak As) buat tetap terpaling sedap. Yg aku buat tetap x dapat nak celen. Apa apapon..Tunjuk ajarmu sifu sudah kupraktikkan dan hasilnya..


Taaaadaaaaaaaaaaaaa~~! Sekian, acara main masak-masak. Sudah selamat masuk ke perut. :P

Akibatnya, aku kekenyangan sampai ke petang lalu membuahkan penyakit M yg begitu ketara (since aku hanya melagha saja) sampai laa start citer Nora Elena kat tv3 baru laa aku mula melakukan aktiviti berfaedah semula iaitu melihat Aaron Aziz. Ayat sangat x boleh blah kan? ahaha. Ini WAJIB, hokay. =P

Skali lagi aku terfikir... "Wujud lagi ke lelaki baik sampai macam tuh skali zaman skrg nih yek???" (@__@) Badrul (Trilogi Cinta), Seth Tan (Nora Elena), Hassan (Cinta Balqis), where have you been all my life? LOL.

Malam, aku tengok Asmara 2. Bukan sbb Shah Jaszle ah.. Aku da x minat dengan Shah Jazsle. I don't like actors with too much 'drama' dan publisiti murahan. xpe, Shah Jazsle x rugi pon hilang aku sebagai peminat dia sbb dia ada ramai lagi peminat lain yg bersepah-sepah minat kat dia.. huhuhuuh.. Benarnya da stop pon ikut citer Asmara 2 aritu. Tapi tiba-tiba pulak nampak lelaki ini berlakon sebagai Ferhad, love interest kakak zahlia....teros start ikut balik. hehehehe..

My 'Hassan' is back! (^__^) Cuma kali nih berlakon jadi watak jahat sikit.


Fezrul nih bagi aku seorang lelaki berwajah suci. Sedap dimasak, sedap dimakan. Sedap dilihat, sedap diminat. Macam mana jahat pon watak yg dia bawak, aku tetap x boleh nak menyampah kat dia. Bukan sbb lakonan dia x berkesan, tapi sbb muka dia begitu suci sangat, x sampai hati aku nak benci. :p Tengok ah muka 'Ferhad' kat atas nih, innocent kan? Macam mana aku nak menyampah kalau macam nih?? ;P :p

Makin x menyampah bila tengok gambar yg nih...



Rasa nak jatuh hati pulak dengan abg polis yg mukanya di'love'kan tuh boleh? :P


*P/s i lebiu : Curang lagi skali dengan Mr Yus Waisar pojaan hati. kekekekeke

Saturday, May 21, 2011

Ini betul-betul "muka legend,tapi hati kiut".

Last thursday, kami pi menonton movie lagi. Tapi bukan kat Gsc. No no no.. nehi baia nehi.....kami sudah serik! And aku x suka gsc, sekian tima kasih. Aritu pi tengok Kongsi kat sana pon sbb terpaksa. Sbb kat Tgv belom kuar lagi citer tuh masa tuh. Oleh sbb x sabar nak tengok sangat, kami belasah jelah pi gsc. So kali nih, kami pi tengok kat Tgv JJ Sban 2. Kali nih tengok 2 movies sekali harung - Fast Furiois 5 & NUR KASIH. Sbb apa tengok dua skali? Sbb aku seorang yg TAMAK. har har har..Knapa mesti huruf besar ek Nur Kasih tuh? Sbb...sbb...ah kejap lagi ah cakap.

Skrg nak bubuh gambar pulak sbb malas type.










Mula-mula, tengok Fast Furios 5. Giler giler punya besh! Aku nak bagi 18 bintang sbb besh sangat. Dari mula sampai akhir, x mengecewakan. Plus, ada pulak Dwayne Johnson! Aku mmg suka dia, so mata aku celik laa dari awal movie sampai akhir. Apa? Kau tatau sapa Dwayne Johnson?? Ok xpe. THE ROCK kau kenal x? x kenal jugak?? How dare you...

Kejap.


Now kenal? x kenal jugak? Mmg sah kau x layan wrestling. :p

Yg pasti, Fast Furious x mengecewakan. Dominic (Van Diesel) betul-betul "muka legend tapi hati kiut." Nampak ganas di luar, padahal dalam hati ada taman. Soft in the inside. har har har..

Yg mengecewakan ialah Nur Kasih. Maaf cakap, aku pening tengok citer tuh. Not to mention brapa banyak kali menguap dan mintak cepat habis. Sorry tuan director, this time filem anda x mencuit hati sy. x macam citer Setem & Sepi dulu. Besh. Nur kasih, x besh. Yer, aku sedang JUJUR. (~__~) Dan Re my Ishak, pls jangan kerek sangat ah dengan wartawan or whatever..Lakonan anda x brapa nak besh pon. (~__~)

Aku menyesal ah x tengok Pirates of Carribean malam tuh!! *sob*

Lepas habis movie, teros head to Senawang, cari McD 24hours sbb masing-masing da kelaparan!





Balik rumah, masing-masing pengsan!

Wednesday, May 18, 2011

This hurts a lot.

Show encrypted text


P/s : Entry berkunci. Email me for the password.

Monday, May 16, 2011

Teacher's day = my day.


Happy teacher's day to all fellow teachers. Aku lambat wish sikit sbb agak bz dan kesihatan pon agak kureng. Aku dilanda selsema yg agak teruk dalam dua tiga ari nih..begitu jugak dengan batuk koh koh yg xmau elok akibat malas makan ubat. Pi klinik pon idak akibat malas jugak. Tapi tadi da kena sound dengan abah "before tido jangan lupa makan ubat batuk cap ibu dan anak tuh". Owh...baik laa ayahanda, anakanda menurut perintah sbb xmau menjadi anak durhaka. Lagipon aku mmg sesuai dgn ubat batuk cap ibu dan anak jek. huhuhuh..

Opsss...ini kan cerita hari guru. Aku x sihat ada sapa kisah?? nan adooo pon. :P

Macam tahun lepas-lepas jugak, ada sambutan Hari guru kat skolah. Cuma kali nih x semeriah the past 3 years. This time sedang-sedang saja..cuma kelainannya, jamuan kami bukan makanan kantin lg..tapi kami buat pot luck..besh jugak. ;) Pastu acara pertukaran hadiah pon besh gak ada adegan usik mengusik. This year, aku dapat adiah from Ell. Sudah x surprise sbb itu budak pi bgtau aku awal-awal. :P Dan adiah drp aku pulak adalah untuk Kak Farida. Hope she likes it. Dan macam biasa, dapat hadiah from pupils jugak...


*Errr ini from Ell :P*

*From Amiruldin Amin, anak murid aku yg lemas tp dpt diselamatkan last 2 weeks. Syukur Allah masih pjgkan umur dia.*

*hadiah secara total. eheheheh*

Sekian, Wassalam. Malas type banyak-banyak. :P

Wednesday, May 11, 2011

Dr Love-less

Penat dan tension.

Semalam rasa nak update tapi x update sbb mood aku hilang entah kemana.. cari-cari x jumpa-jumpa lak mood tuh sampai laa aku tertido entah pukul berapa dengan lampu tertutup dan katil penuh buku. Bangun pagi-pagi tengok lampu bilik aku da padam. Sah mmg mak yg masuk bilik tlg tutupkan. Bukan skali dua aje aku tertido macam nih tapi da banyak kali. So mak aku da faham sangat da .. har har har. Padahal masa ngajar petang dulu boleh aje berjaga sampai pukul 3 or 4 pagi. La nih da x boleh..tahap ketahanan mata da makin kureng. Kadang-kadang pukul 10 malam pon aku da mengantuk!

Yg kes buku penuh atas katil tuh sbb aku tengah repair paper exam math year 4 yg aku buat. KP (ketua panitia) cakap x cukup gambar. Dia suh tambah lagi gambar-gambar. Aku pon kompius kejap. Sejak bila lak paper exam math perlu ada gambar sangat? If ada pon depends on the topic laa kan..tapi x apa laa..SAYA YG MENURUT PERINTAH. (@__@)

Tiba-tiba aku teringat nak sms si petai malam tadi. Sbb malam sebelom tuh aku mimpi dia.Aku mimpi dia datang sini jumpa aku dan cakap macam nih --> "Org da 5 hari x makan nasik" sambil buat muka sedih ikan masin. Aneh betol mimpi macam nih. So teros aku sms dia semalam tanya dia sihat ke tidak. Mesti dia pelik aku tanya macam tuh eh? har har har.. Dia jawab dia batuk-batuk. Biasa laa musim panas. tekak pon sakit. Pagi-pagi aku mandi pon x rasa sejuk langsung. Padahal selalu tuh sampai menggigil-gigil. Panas betol suhu bumi skrg ek? So, harap encik petai bersabar saja laa yer. =)

Funny that we turned out to be like STRANGERS. Cakap pon da jadi sepatah dua aje. Padahal aku dengan dia bermula sebagai BESTFRENS. Skrg da jadi macam strangers. Selalunya kejadian 'patah hati' atau 'cinta x kesampaian' akan berakhir dengan si boyfren da xnak kawan lagi dengan si girlfren tuh or vice versa. Tapi kes pasangan yg bermula dari PERSAHABATAN, jarang jadi hal macam nih. Sbb tuh aku boleh kawan lagi dengan petai. Like i said before, aku x benci dia. Apa salahnya menjadi kawan.( Ikhlas ke aku cakap nih? Ahahaha) Asalnya pon mmg kawan kan.. Kawan baik. Tapi tu laa kan..cara tuh da jadi macam pelik sikit. Macam baru kenal aje.huhuhu.. Apa-apapon hati sakit tuh mmg ada dan tetap ada. Heartbroken kan.. sapa yg x sakit?? Tapi REDHA itu penting. Allah ada sbb kenapa menguji hambaNya dengan pelbagai cara. Ini satu ujian buat aku. So, harus redha. Baru hati jadi kurang sakit sikit..

Lebih funny, bila dapat tau lelaki-lelaki yg kononnya suka & sayang kat aku dulu-dulu tuh skrg nih mostly da berawek. Ahahah..mmg sudah dijangkakan dari awal. Sbb tuh aku x risau bila aku cakap aku x boleh terima depa. Lelaki poyo, mulut manis macam gula kapas, pandai bermain kata-kata dan berlagak setia macam depa nih semua bersepah-sepah zaman skrg nih. Sbb tuh aku macam meluat bila depa cakap sanggup tunggu aku bukak hati utk depa, bla bla bla semua tuh..sbb 'kesetiaan' depa tuh bukan lama mana pon. paling lama pon 1 bulan saja. Lepas tuh, ting! wujud perempuan baru dalam hidup depa. Ting! in a relationship with perempuan lain dan berkata benda yg manis-manis umpama gula kapas pada si perempuan tuh pulak. Sama macam apa yg dicakap pada aku laa..untung nasib, 'cinta' depa tuh diterima oleh perempuan lain tersebut kan. Bukan semua perempuan berhati batu macam aku. Aku pon bukan cantik. Perempuan lain 8 juta kali cantik berbanding aku. har har har. x apa, aku tumpang happy aje laa dengan kebahagian depa semua. Heeee.. (^__^) Tapi sakit jiwa jugak ah kalau benda nih berlaku pada lelaki yg aku pernah minat tapi x reti nak menyampaikan pada dia. Contoh macam mamu jeruk dulu tuh. Sakit jugak wooo...Semoga dia berbahagia dengan wife dia. huuhuhuhu

Sebenarnya apa yg aku nak sampaikan dalam perenggan di atas ialah, sifat SETIA & SABAR tuh bukan semua lelaki ada. chewah macam karangan fakta pulak ayat tuh kan. kahkahkah. Ada lelaki yg sanggup tunggu seorang perempuan sbb dia benar-benar sayang. Tapi jumlahnya mungkin teramat sedikit. Dan spesis macam aku nih lagi laa sedikit kot..Mungkin orang fikir aku giler ke hapa kot sbb dulu aku boleh tunggu si petai sampai 10 tahun walaupon ada lelaki baik yg lain mencuba nasib tapi aku x boleh terima. Itu bagi yg orang yg x faham. Untuk pengetahuan orang yg x faham, ini adalah sesuatu yg dipanggil CINTA. Orang yg sama spesis macam aku mungkin boleh faham dengan senang kot. Lain-lain mungkin akan kata, Bodoh dia nih..macam x ada lelaki lain. Kan? Itu laa..dlu aku kecik-kecik aku x faham kenapa orang cakap CINTA ITU BUTA. Bila aku sendri lalui baru aku faham. Tapi benda macam nih laa yg membuatkan hidup seseorang jadi miserable. Kesetiaan & cinta yg tidak berbaloi. Berakhir dengan luka yg amat dalam. Mensia-siakan usia selama 10 tahun yg macam x ada apa-apa erti. (sorry aku bersastera sekejap walaupon x berapa pandai har har har).

Oleh itu, apa yg jadi apa aku skrg, sila jadikan pengajaran. x ada seorang pon yg pernah mintak untuk jadi kesudahan macam nih. Tapi bila da terjadi, harus REDHA walaupon hati sakit. Tengok aje laa apa yg jadi dengan hidup aku lewat kebelakangan nih..Yg aku jumpa zaman skrg nih biasanya lelaki-lelaki yg mencurigakan. Laki orang yang penipu cakap dia bujang laa...yg saja suka-suka nak test market laa..yg nak hambik kesempatan laa..semuanya bukan lelaki baik. Tapi boleh pulak aku tersuka. Yg baik-baik dulu tuh kenapa aku x boleh suka? Aku pon pelik. Mungkin Allah bagi balasan kat aku sbb melukakan hati lelaki-lelaki baik yg pernah suka kat aku tapi aku xnak. Walaupon aku bukan melukakan dengan cara mempermainkan perasaan, atau curang ke apa..tapi bila kita cakap kat seseorang kita xnak kat dia tuh pon kira macam melukakan jugak kan? So, padan muka aku. hu hu hu..Tapi Allah itu Maha Adil. Dia uji lepas tuh Dia selamatkan kita balik. So, x ada sbb kenapa kita nak lupakan Allah. Kerana Allah sememangnya mmg terlalu sayangkan kita! Cuma kita yg x sedar! walaupon aku sedih ujian hidup aku macam nih, tapi aku tau ada hikmah yg Allah masih sembunyikan.

Orang sekeililing makin suka tanya kenapa umur aku nak masuk 29 tapi x kawin-kawin? Bila nak kawin? Penat sebenarnya nak explain dari A sampai Z. Orang yg tahu cerita, depa faham. Tapi yg tatau cerita, depa akan keep asking the same thing. So aku jadi buntu tatau nak jawab apa. xkan laa aku nak cerita balik kisah aku dari umur 18 tahun tuh dulu. Bosan. Aku sendiri pon da bosan. Bukan apa, nanti hati aku makin sakit. Cukup laa sakit yg dulu tuh, xkan nak tambah lagi sakit. x sanggup woo...So, biarkan aje laa mereka dan keluarga mereka. Biarkan mereka keep wondering. Aku jawab macam nih aje skrg --> INSYA'ALLAH. DOAKAN AJE LAA YER, huuhuhuuhuh..

Whoaaa...giler panjang sudah entry nih. Macam Dr Love pulak aku bercakap. Padahal DR LOVELESS! kahkahkah..Stop skrg! LOL

P/s i lebiu : Terima kasih buat lelaki kat bawah nih kerana sering membuat aku ketawa setiap kali aku rasa nak menangis. Bila rasa nak nangis aje cepat-cepat aku tengok lawak dia dengan Johan (~__^) :

*MAIL LAMBONG. har har har*

Adakah ini bermakna aku curang dengan Mr Yus Waisar? YER, curang sekejap! eheheheheheheheh.

Sunday, May 8, 2011

Milikku.

Yg kiut-miut milikku.. (^__^)

 *Kiko*

 *Stitch*

 *Bibit*

 *Bushuk & Bulat*

 *Bulat*

*Awang*

*Cow-ie & Moo-nie*

Dan below is si Tompok di dalam kegelapan malam semalam akibat elektrik terputus! huhuhu :P




Sekarang mau pegi Muar. Wassalam :p

Saturday, May 7, 2011

Happy Mother's Day, Mak. =)

Bawak mak abah pegi makan di JM Bariani House, Bangi today sbb mak teringin nak makan nasik bariani katanya..so, sebagai anak yg baik, harus turuti permintaan emak kan? hehehe.


*Abah's - Nasi bariani ayam goreng berempah*

*Mak's - nasi bariani daging*

*Mine - Nasi bariani ayam masak merah*

*Mother's day special - cupcakes (^__^)*

*Dessert - Pudding*



Yg lawaknya, the owner of JM Bariani House Bangi is my mom's old fren! Bertahun x jumpa..JM stands for Jamiah Mustafa. Macam mana laa aku boleh x perasan nama Aunty Jamiah Mustafa kat tisu yg depa sediakan masa pegi makan dengan lia aritu. Remember this entry? Betapa keciknya dunia! LOL.

Pada keesokan harinya...

Jeng je jengggggg..............Steamboat again! LOL



These were much better than Hang Li Po's!!

Hang Li Po senawang?

Khamis malam Jumaat, kami Bujang United dengan geng baru kami, Cik Ell pi jalan-jalan carik makan ke dataran senawang. Al kisahnya cik ween tuh mengada-ngada sangat nak makan steamboat. Padahal da tau esoknya (Jumaat) mmg da plan dengan cikgu-cikgi Year 4 nak buat pot luck steamboat kat skolah dengan ehsan Kak Masyitah Musa yg sentiasa rela meminjamkan periuk steambot beliau. Tapi da dari bulan lepas lagi cik ween tuh mengada-ngada nak makan sama-sama dengan geng bujang. So, layankan aje laa kan walaupon x cukup korum. ;P

Patutnya kami pi dengan Adam, Syamil, Wan & wife sekali..tapi memandang depa ada hal yg x dapat dielak, kami pon pi laa berempat aje. Ibaratkan my adik jambu, si Cikgu Farhan tuh bawak Madu 3 pi makan laa...kan??? :P

Oleh sbb perasaan suka nak mencobaan tuh amat tebal, kami pon x pi makan steamboat kat Johny's. Tapi kami pi makan kat Hang Li Po's Steamboat House di Senawang. Lagipon kami teragak nak makan yg boleh bakar-bakar, kat Johny's kan xdak..so kami pon try laa kat Hang Li Po tuh..Satu kepala RM22. Makan no limit, leh makan seberapa banyak boleh tapi TAK BOLEH MEMBAZIR. Bagus jugak strategi kedai nih..syarat depa, kita kena makan habis suma benda yg kita hambik. If ada sebarang pembaziran 100gram, akan dikenakan charge RM10. Gitu laa cara depa buat untung..Yelah..kita nih nak makan bukan laa banyak mana pon. xdak pon sampai RM22 tuh..tapi tuh laa..da syarat depa cenggitu kan..terpakso laa ikut. Yg kesiannya si Ell. Dia bukannya makan sangat pon. Kak Arni mmg aku salute, demam-demam pon dia boleh habiskan yg dia punya. Dan aku, punya laa terseksa nak menghabiskan nasik sbb da kenyang minum air 2 gelas! har har har..aku kuat minum air meh...:P ;p

Farhan pulak asik dok bakar aje makannya tidak. hahaha. macam-macam hal..kan? Apa-apapon, yg penting, kami TAK MEMBAZIR hokay! Mesti hangin kan pondan kerek yg jadi cashier tuh?? Tuh laa...sapa suruh kerek sangat..cakap pon x mesra alam..ntah apa-apa..patut awok tuh keje restoren gitu kena laa mesra pelanggan. Cuba kalau Farhan yg bercakap dengan dia..mesti dia teros bertukar jadi lemah gemalai gitu..kan?? Huhh...menyampah akak ! :p







Burrp...kenyang sampai pagi!

Wednesday, May 4, 2011

Tuesday, May 3, 2011

Apakah punya aneh?

Satu perbualan aneh berlaku antara aku dgn seorang mamat..pelik pulak guna perkataan ANEH nih. har har har..

Mamat : Minat ke nak kenal lelaki?
Aku : Apakah punya aneh soalan tuh.
Mamat : Mana tau...

AHAHAHHAHAHAH. Sengal punya mamat. Apa dia ingat aku berminat kaum sejenis kah? Apakah punya aneh dia tanya aku mcm tuh ek?? Of 'cos laa sy minat kenal dengan lelaki brader.. Kalo x, xkan laa sy angau bangau sama Mr Yus waisar tuh. :P

Bukan apa..cuma cara dia cakap tuh macam nak kata aku nih minat kaum sejenis pulak! Gilo! Sy x berminat kaum sejenis laa brader..apa kaum sejenis ada, sy pon ada. brader ada??? :p :P (har har har)

Sudah. lupakan saja mamat aneh tersebut, tidak penting, cuma buat modal geli tali perot aku aje. huhuhuh..

Tadi siang aku bawak budak aku pi lawan catur peringkat daerah PD kat SMK Tanah Merah..Dan dipendekkan citer, salah sorang budak aku yg boy, Aiman (satu skolah anta 4 boys, 4 girls) menang 1st prize (Johan)! Tergezut jugak ah aku dengan Cikgu Zahrul..Nampak selenger jek budak Aiman nih tapi..hahhh...hambik ko, jadi johan teros mengalahkan segala bagai nerd lain-lain tuh. hhuhuhuhu. Yg pompuan kalah tapi overall dapat tempat ke 4. Kira okay laa tuh..daripada semua skolah daerah PD kan..;) Yg lelaki pulak overall menang 3rd place. Alhamdulillah. Kesimpulannya, pandang laa anak murid anda yg berwajah selenger dengan dua mata yer..jgn x pandang langsung. har har har.. Congrats to my pupils, anyway! ;)

Mau mengsnap pic masa depa umum keputusan tuh tapi bateri hp ku kong..huh...sabo jelah..tapi sempat snap sedikit pics masa awal-awal..






Congrats buat Aiman dapat jadi wakil daerah PD untuk lawan peringkat seluruh daerah N9! Teacher's sooooooo proud of you! (^__^)