Sekali lagi aku 'diperbodohkan'. Pada hari ulangtahun perkahwinan abah & emak pulak tu.. Betapa kejamnya kan? Tapi ini lumrah dunia. Manusia perlu menerima lumrah dunia walaupon kadang-kadang hati macam x brapa nak rela. Apa-apapon..aku masih sempat menumpang gembira di atas kebahagiaan ibu dan bapaku walaupon dalam hari yg sama aku diperbodohkan oleh manusia yg pandai bermain kata-kata dengan mulut manis umpama gula. Sekali lagi aku tewas dalam berjaga-jaga..ternyata aku x cukup berjaga-jaga lagi rupanya...masih kerap tergelincir di sana sini..
Tolong abaikan dua entry lepas. Sudah x ada maknanya lagi. Kenapa eh aku sering silap membuat pilihan? Adakah mata hati aku buta? Kenapa sering bertemu dengan orang yg salah? Kenapa seringkali memberi peluang kepada orang yg salah jugak? Kenapa hati tidak 'pandang' langsung pada segala orang baik yg pernah datang tetapi menolak mereka? Kenapa yg hati slalu 'pandang' semuanya manusia yg akan meninggalkan sisa luka dalam hati? Kenapa? Why? Why? Why? Ini persoalan biasa yg sampai skrg aku masih x dapat jawapan dia..Ada ke jawapan yg tepat??
Dulu ada petai. Petai @ Han Chee Tai. Berasa muak menaip nama ini. Berasa tidak baik pon iyer jugak. Sbb nama dia sedap. Nama dia indah, cuma aku x boleh nak taip kat sini. Tapi x apalah. Yg pasti aku tau dia siapa. Dia cinta pertama aku. Masih x boleh nak benci dia. Walaupon skrg bih dia bukan sapa-sapa lagi dalam hidup aku, dia tetap adalah cinta pertama aku. Bukan boifren pertama, tapi 'cinta pertama'. Jadi, walau betapa jahatnya dia, betapa kejamnya dia, dia masih cinta pertama aku. Tapi, sebenarnya dia x kejam, dia x jahat pon, dia cuma BERUBAH. Itu saja..x ada apa yg perlu dibenci pada dia sebenarnya. Sbb dia hanya berubah. Sama jugak macam manusia lain. Cuma aku aje yg sukar nak terima hakikat. Tapi skrg tidak lagi. Aku da ok tentang tuh. Bila difikrkan balik, dia hanya berubah after beberapa tahun. Yer, SELEPAS BEBERAPA TAHUN. Bukan sekelip mata macam sesetengah lelaki (or jantan?). Hari ni kau kata sayang, esok kau da melayang. So, jangan sekali-kali cuba nak samakan petai dengan lelaki tu semua..semua tu x layak pon nak dibandingkan dengan dia..
Bukan bermakna aku kata petai adalah sangat bagus. Kalau dia sangat bagus, dia x akan lukakan hati aku. So dia bukan bagus. Cuma dia x patut disamakan dengan lelaki-lelaki yg x berguna tu semua saja sbb dia bukan lelaki x berguna..Dia lelaki yg berguna, cuma bukan diciptakan untuk aku. My lost? Or his lost? I dunno..malas nak fikir. Yg pasti, mungkin aku dan dia mmg tidak berjodoh. Itu hakikat kot? x pa..aku redha, aku terima. Ada hikmah ini semua. Tapi, kenapa terlalu sukar aku nak cari orang untuk mengganti tempat dia? Manusia perlu teman. Aku manusia, aku perlu teman jugak. Sampai bila nak hidup tanpa teman? Now ada laa ibu bapak teman, tapi bila ibu bapak da x ada? Sapa nak teman? Anak? mana nak datang anak kalau x ada suami?
Nak cari suami, bukan macam cari ikan kat pasar. Bukan senang, NO. Kena laa usaha. Yer, mmg ada usaha. Tapi usaha yg dibuat adakalanya bukan betul sangat pon. Bila kita usaha, cuba buka hati untuk orang, orang yg aku jumpa semuanya adalah penipu, laki orang mengaku bujang, lelaki bermulut manis macam gula yg suka bagi harapan kemudian kasi hancur segala harapan tuh semua...each & every time. Dan yg peliknya, lelaki-lelaki macam nih yg hati aku slalu je cepat nak jatuh suka..Why? Why? And why? Bila ada lelaki yg baik (agaknya laa) mencuba nasib, semua aku tolak macam tuh saja, tanpa memberi peluang. Ini satu sifat aku yg x dapat diubah. Kalau aku betul x boleh ada perasaan pd seseorang tuh, aku akan cakap terus terang. Aku akan cakap, jangan simpan harapan kat aku sbb aku hanya boleh anggap dia sebagai kawan saja. Itu aku. Aku x dapat nak bermulut manis bagi harapan kat orang kalau aku mmg sedia tau yg aku x dapat nak penuhi harapan dia. Sbb aku sangat benci lelaki yg suka bagi harapan pd pmpuan tapi akhirnya mensia-siakan harapan tuh.Sbb aku da slalu kena. Sakit. Mmg sakit. xpa laa, biar orang buat kat kita, jangan kita buat kat orang, mak aku slalu pesan macam tuh.
Perlu belajar memberi peluang. Macam mana nih? If hati x dapat nak suka, macam mana nak beri peluang? Kata kawan aku, bukan terus bagi peluang maksudnya bagi harapan. Cuma cuba berkawan-kawan dulu.. mana tau nanti datangnya suka. Ok, mmg ada betulnya. Tapi kebanyakannya slalu x sabar. Bila kata nak kawan-kawan, kenal-kenal, buat laa cara nak kawan-kawan dulu, ini x, terus mendesak ke arah perasaan lain. Itu yg buat jadi x selesa. Ada tu pulak, bila aku x suka, buat aku jadi suka, bila aku macam da boleh suka, dia main tarik tali pulak. Slow-slow dia menjauh. Apa yg orang macam nih nak dalam perhubungan sebenarnya? Test market? Saja seronok-seronok permainkan perasaan pmpuan? Adakah itu satu keseronokan bagi mereka? Adakah melihat pmpuan bersedih adalah satu kepuasan bagi lelaki macam nih eh?
Ok fine, mungkin lumrah. Tapi sampai bila benda macam nih nak jadi lumrah? Sampai kiamat? Aku penat laa sebenarnya...penat da nak mencuba lagi..Seriously aku mmg x pandai nak menilai lelaki mana yg baik. agaknya aku nih x berjodoh dengan sapa-sapa kot..mungkin aku nih terlalu teruk sampaikan macam aku nih x layak untuk sapa-sapa?