Monday, November 30, 2009

Angau (@_@)

Secara rasminya aku angau dengan jejaka di bawah.. (@_@)

FEZRUL KHAN

Dulu x heran pun. Sejak tengok beliau dalam CINTA BALQIS tuh cam tersuka sangat sangat sangat sangat pulak. Hye Fezrul, apsal awak macho sangat? Sy rasa macam jatuh chenta laa kat awak. Huuuuuu (@_@) (Padahal slama nih x perasan pun pasal si hensem nih. Kenapakah???)

*Fezrul as Hassan in Cinta balqis*


*jantungku gugur gedebak gedebuk!*


Sunday, November 29, 2009

Can't get enuff of you, baby!

Lega. Selesai menonton NEW MOON buat kali kedua arini. This time I was ALONE. Alone & HAPPY. :p (Kalau tau dek kazen aku mau dihentak kepala lutut kat dinding akibat jeles. haha)

*Kanan - masa pergi tengok dengan kazen. Kiri - masa pergi tengok sdn bhd. ngeh ngeh. :P*

Tunggu punya tunggu waktu nak masuk panggung, ternampak Kak Ina (kawan aerobik) with her fren. Aku jadi macam sawan kejap menteriak "Kak Ina! Oit!" Lantakkan orang sekeliling.:P Kak Ina toleh, "Eh! Ween! Tengok wayang gak ke? Akak baru lepas tengok New Moon." Aku pun "Nih nak tengok New Moon gak. Second time. hehe" Kak Ina cam melopong jap then cakap "Isy budak nih..semangat. Sorang aje ke?" Aku jawab sambil gelak "Aah. Sorang." Kak Ina terbuntang bijik mata, "Ya Allah. Aku macam x caya jek budak nih leh tengok wayang sorang-sorang. Lain kali kau ajak laa akak. Leh gi skali." And aku just senyum. :) :) :) :) :) :) :) :)

Masuk ke panggung bila masa da taim dengan penuh semangat. Macam besa laa..budak pemotong tiket akan tanya soalan peberet - SORANG AJE KE? Ahahahaha aku da hagak dahhhh! ;P :P

Dalam panggung, macam besa aku duk tepi skali. Mmg aku slalu suka book seat yg tepi. Senang nak keluar. Then bersiap sedia untuk menatap wajah suci mulus my Edward Cullen. Ececece. I mean, Bella's Edward Cullen. :P Oleh sbb da tau jalan cerita, kali nih buleh feeling lebey lebey. kekeke. Memula aku rasa syok habis bila sebelah tade orang. Sekali datang plak kapel miang keladi bunting. Yg pompuannya melebey miang dari lelaki. Bikin malu kaum kerabat. x cukup dengan miang, minah nih siku tangan aku tah berapa kali. x reti nak mintak maaf pulak tuh! Mengganggu konsentrasi aku betul. Ciskek. I hate yewww! Hak ptuih. Nasib baik muka Edward membawak ketenangan di hati. Kalau x da lama aku siku balik minah nih sekali dengan balak dia. Bukan setakat siku, mungkin dia dapat tumbukan padu sekali. Huh..(~_*)

Hati sayu again bila tengok scene Edward terpaksa tinggalkan Bella. Dan jugak scene yg menunjukkan betapa Jacob sangat care kat beliau. x lupa jugak scene masa Edward ingat Bella da mati and beliau pun pi ke Italy jumpa Volturi nak mintak bunuhkan beliau. Sayu...menitik ayaq mata. Dua tiga titik je (TIPU) *sob* *sob* Tapi lagi skali cakap, aku still akan hambik tindakan yg sama macam Bella iaitu choose Edward over Jacob. huhuhu

Owh yer, tadi try carik album Muse yg ke 5 - The Resistance kat Speedy tapi x ada! wuuuuuuuuuuuuuuuu tensen. (~_~) x guna punya Speedy Seremban. Nanti pergi Midvalley nak carik lagi. Sebut pasal Matt & co. , baru aku tau yg Stephenie Meyer pun a big fan of Muse! YAY!! Kita serupa! (^_^) Dalam buku New Moon beliau ada mention special thanks gak kat Muse for being such inspiration. No wonder laa dalam Twilight, masa depa main baseball tuh berkumandang lagu Supermassive Blackholes! Beliau jugak suka MCR! Yay!! Besh besh.. (^_^) Kalau sapa-sapa yg lain perasan, dalam New Moon depa ada pasang lagu Muse "I Belong To You" jugak. (^_^)



BONUS : Henry Carvill (remember Mike in Hellraiser - hellworld?) adalah Stephanie Meyer's first choice to play Edward Cullen dalam Twilight saga. Tapi beliau nampak terlalu tua untuk play a role of 17-year-old. Thank God! kikikiki :P (tapi si Henry nih giler hensem sey!)


Tapi sehensem-hensem henry pun, yg berikut tetap menjadi pojaan hatiku. :p


Okeh nak tido & dream of Edward! hee hee :p

Saturday, November 28, 2009

New Moon is an epic love story

Semalam adalah Aidiladha yg sederhana bagi aku. x macam di Kelantan or Terengganu, Aidiladha di Shah Alam x brapa nak meriah. Atau lebey sesuai dikatakan mmg x meriah langsung. Tapi x apa, asalkan dapat bersama family, kira da cukup bagus laa tuh. (^_^)

Malam semalam, for the very first time aku menjejakkan kaki ke Jusco Bukit Raja. Sebenarnya x dirancang pun. Tiba-tiba jek my kazen kesayangan yg 2 orang tuh sebok ajak pi tengok NEW MOON mengalahkan kakak sepupu depa nih. Yg si little math minx sorang tuh x padan dengan tengah SPM.. Sebok jugak nak ikut. Kalau x bagi kang, x sudah-sudah laa dengar dia membebel "Jacob hensemnya!" "Atin suka Jasob!" "Jacob hensem sangat! Suka dia rambut pendek". Aduh...naik kebas telinga aku nih. Nasib baik laa kakak sepupu kau nih baik hati lagi pemurah. Kalau x kirim salam laa kau nak ikut. (~_*)



So, kami ke Jusco Bukit Raja after Maghrib. Tengok yg pukul 9.40pm punya show. Aku expect cam tade orang sangat nak tengok New Moon. Sekali..mak aihhh..gilo penuh panggung! Sebaik arr da book tiket dari rumah.(Thank God for internet!) Kalau x mmg jangan harap laa nak dapat tiket..Tengok orang beratur punya laa ramai. Aku bajet cam depa nih mesti berpusu nak tengok 2012 laa. Sekali tengok panggung New Moon pun full. Hoh..hebat jugak penangan New Moon eh..Ingatkan muda-mudi jelah nak tengok. Sekali ada jugak laa pakcik makcik siap bawak anak-anak kecik. Fuh...(@_@)

Secara kesimpulannya, New Moon mmg terbaek. Aku puas hati. Puas hati sangat-sangat. Cuma yg x puas hati bila sampai ending sbb of 'cos laa endingnya tergantung and penonton kena tunggu June next year untuk Eclipse pulak. Aisey...lambat betul aku rasa..(~_~) (~_~)

Tapi apa-apapun, still nak cakap yg Edward is still my favourite walaupun Jacob telah terbukti mmg super cute! Comel tahap paling comel. Apsal laa comel sangat..Idung dia kiut giler..dia ada lesung dagu yg kiut giler..Gigi dia pun kiut giler. Suka tengok dia masa rambut pendek. Mmg kiut giler! Alamak...I'm starting to sound like my kazen laa pulak..*Think of Edward* *Think of Edward* Nevermind laa. Harus akur akan kenyataan. Eceh..padahal mmg suka tengok Jacob pun. Ahahaha. Tapi sekiut-kiut si Jacob, hatiku tetap terpaut pada Edward Cullen. Padahal in real life aku mungkin prefer bad boy type macam Jacob. Err sebenarnya Jacob bukan laa bad boy pun cuma dalam citer nih beliau cam kasar and baran sikit..Kira nak banding dengan Edward yg softspoken & romantic, kira Jacob bad boy laa. Lagipun dalam citer nih Jacob baru dapat tau yg dia sebenarnya werewolf. Werewolf nih cam spesis cepat marah sikit. Jangan sesiapa try to piss them off, mmg habis laa.

Aku sedey masa part yg Edward had to lie yg beliau da tamo kat Bella and he had to leave Forks. Bella masa tuh mmg frust giler..berbulan-bulan tade kabar berita from Edward. Haha sounds familiar eh? Hmm..abaikan abaikan. Tapi si Bella nih pun sengal jugak..cam senang benor lak percaya si Edward tuh da x sayang dia pastu sesenang laa pulak bagi harapan kat Jacob. Jacob da laa mmg ada feeling kat dia. Masa Edward tade tuh, Jacob laa slalu dengan dia, banyak tolong dia. Kira Jacob nih cam mangsa keadaan laa jugak. Sebenarnya Edward tinggalkan Bella pun sbb beliau sayang sangat kat Bella. Beliau nak Bella live a happy life. Tapi hakikatnya beliau x sedar benda tuh lagi buat orang tuh vulnerable & lebey menderita. Last-last bila Bella da dengan Jacob, Edward muncul balik. Aduh...complicated betul laa. Kalau aku jadi Bella, aku pun akan hambik tindakan yg sama iaitu prefer Edward jugak. ehehehe. True love, beb..:P Sian Jacob..huhuhu

Okeh, tamo citer banyak-banyak kang aku bertambah sedey. Nak tau, sila pergi tengok sendiri. Skang aku nak tido and dream of Edward. Mimpi yg indah-indah saja nak. No more nightmare, please. Aku x larat da nak pening kepala lepas bangun tido akibat nightmares. Please jangan datang lagi dalam hidup aku. I'm trying SO hard to get over you. So please. Leave me alone. I'm trying to start a new life here without you. Yup, WITHOUT YOU. (I mean 'him')

Err nak tengok New Moon again esok. (@_@)

BONUS :
Taylor Lautner (Jacob) shirtless. Sila tutup mata. hak hak :p



Thursday, November 26, 2009

Dalam hati ada MUSIM LURUH.

YAY!! Dik Geda da balik!! Can't wait to go to Batu Pahat (in my heart..)to see her again! Can't wait can't wait! (^_^) I love BP as much as I love Muar! Eh cop...macam sayang Batu Pahat lebey sikit sbb suasana amannya ada sikit lebey. Haha ayat da jadi cam ayat minachi :P

Nevermind.

Berita gembira hari ini setelah berpenat lelah menguap jaga STPM - Dik Geda da ada pakwe! Actually, masih in process mengenali hati budi..tapi kira da ada laa tuh. ngeh ngeh :P ;P Patut laa happy satu macam. Rupanya da ada si busyuk masyam. :P Perkenalan di atas bot di sungai Bintangor. Bukankah kedengaran romantik? He :D Apa-apapun, I'm soooo happy for her. (^_^)

Tapi, ada satu persoalan x besh yg diutarakan terhadap aku.. "You macam mana?" Dang! Terus mood hilang terbang melayang layang!

*calm down* *calm down* Aku macam mana? Aku 'OKAY'(ok la sangaaaaat). (~_~) (~_~) (~_~)

Fine, malas da nak menipu. I'm NOT OKAY actually. Hati masih sedey pilu dihiris-hiris macam kerabu mangga. Ayat macam lawak bodoh padahal x lawak. Susah laa nak cakap. Aku masih belum berkesempatan nak heal my heart sepenuhnya. Banyak benda lain nak fikir. Lagipun aku bz dengan urusan pekerjaan. Jadi, hal yg tuh macam TERtolak ke tepi sekejap. Now bila teringat balik rasa macam dada sempit tiba-tiba. Pernah x rasa macam dada sakit tiba-tiba macam susah sangat nak bernafas padahal sebelum tuh kita sihat walafiat, tade tanda-tanda nak sakit pun? Lebey kurang macam tuh laa..

Sebenarnya bukan senang nak lupa. SUSAH wey. Macam mana susah nak lupa tuh Dia saja yg tau. Kalau leh aku sebenarnya malas nak fikir pasal nih lagi.. tapi i have to. Aku sebenarnya tengah gigih mencuba untuk get over Chee Tai.. This time aku tau, aku x mungkin dapat terima beliau lagi and i've made my decision. Macam yg aku cakap before laa, no turning back. Aku rasa beliau pun da faham kot. kalau x faham, lantak laa aku malas nak fikir. This time beliau laa pulak kena faham perasaan aku. Sbb aku da malas nak faham perasaan beliau saja. So, lantak. I need to move on. And so does he.

Macam mana pun, bukan senang aku nak lupa beliau. Tipu kalau cakap kejap benar leh lupa terus. Sah penipu besar. Aku tamo jadi penipu besar so here i am, confessing that i still think about him sometime. Hmm.. Macam pathetic je bunyinya tapi ianya hakikat. Tapi, macam yg aku cakap tadi, aku tengah mencuba dengan SANGAT GIGIH untuk get over him. Semoga aku berjaya. Tolong doakan aku, please. Aku perlukan masa. Brapa lama, i dunno. Mungkin a few months. Atau a year. Atau mungkin dua, tiga tahun. Who knows? Oleh sbb itu laa, i'm NOT READY to start a new relationship, yet. Buat seorang Encik, I'm really sorry. Awak mmg baik. Tapi buat masa nih hati aku tade rasa nak berbunga-bunga sakura. Musim bunga dalam hati selama 9 tahun da habis. Skang dalam hati ada musim luruh saja. Daun suma habis gugur so hati da jadi kering.(metaphorically speaking) Tapi kalau encik rajin tunggu, silakan. x digalak, x juga dihalang. Kita x dapat jangka jodoh kita. Cuma buat masa nih bagi aku relax dulu. Tarik nafas dalam-dalam, bubuh minyak yuyi cap limau sikit kat hati biar hilang sakit. ahahahahah. Gelak apahal nih kan tengah cakap pasal benda sedey? Hoh..sah sakit di hati membawa kerosakan kecil pada fungsi otak. (@_@) Yg pasti, bila aku da ready untuk start a new relationship after this, aku tamo dibayangi Chee Tai lagi. Tamo compare compare lagi. That's why i need to REALLy move on.

Okeh cukup laa tuh. Esok hari raya! Hari Raya Aidiladha not Zakuan Adha maa...Arrrr sebut Zakuan Adha x habis-habis ingat Negeri 9 Juala Piala Malaysia 2009. Haha sapa jeles angkat kening. :P :P Jangan jeles jeles...next year mana tahu mungkin rezeki JOHOR. Eh apsal Johor? Sukati aku laa. hohohhoohohoho sah otakku senget petang-petang Khamis.

K laa..nak sesiap pi Shah Alam. Aku raya haji kat Shah Alam this year! YAY!! SALAM AIDILADHA to all! Balik kampung tuh berhati-hati di jalanraya. Buat lembu-lembu sekalian, selamat terkorban di Aidiladha. (^_^)


Wednesday, November 25, 2009

Yesterday was better

Aktiviti aku for today is duduk rumah melayan kebosanan macam da tade apa benda nak dibuat. Padahal banyak benda yg buleh dibuat macam kemas rumah, masak, cuci baju, siram pokok bunga (x bley blah), menjahit baju (lagi x bley blah) dan tido. (@_@)

Yg pasti, semalam was better than today. Semalam at least aku membuat perkara berguna untuk masyarakat dan negara iaitu menjaga exam STPM. Walaupun semalam adalah paper paling bosan di dunia iaitu SEJARAH (esei), sekurang-kurangnya aku x payah duduk kat rumah melangut sorang-sorang macam nih. Asyik-asyik mengadap pc. Sampaikan pc pun da naik boring mengadap aku. (~_~) At least semalam aku dapat menguap beberapa kali sambil memandang anak-anak harapan bangsa berusaha gigih menjawab paper Sejarah tersebut walaupun ada antara depa lebey banyak menghabiskan masa dengan termenung. Berfikir barangkali. Sejarah beb..bukan macam Bahasa Melayu boleh buat karangan cerita dongeng sesuka hati. Kalau dia suruh huraikan tentang pengasas Melaka, xkan nak karang pasal Mahatma Gandhi. (@_@)

Setelah menjaga selama 3 jam tanpa henti, dapat laa aku tengok pelbagai telatah anak-anak harapan bangsa nih. Ada tuh macam panas sangat sampai berpeluh muka, padahal kipas aku da pasang selaju 4. Lepas tuh kesat muka dengan tali leher. (Hoh??) Ada tuh pulak asyik dok pandang sana sini, lepas tuh bila aku pandang dia, dia senyum macam confident habis buleh dapat A. Bila datang tengok paper dia, tade idea rupanya. Aisey..(~_~) Ada tuh pulak, asyik dok mintak kertas kajang, mungkin satu soalan dia jawab dalam 5 mukasurat kot. Sungguh semangat. Bagus..bagus. At least lebey semangat daripada aku menjawab paper Tamadun Islam masa first year kat UKM dulu. Tapi still x buleh lawan kegigihan aku menjawab exam dengan tangan kiri (tangan kanan aku at that time patah). Pengawas exam langsung x menunjukkan belas kasihan kat aku. Mungkin dia anggap aku mmg left handed dan bertulisan tahap cakar ayam. Tapi x apa..berkat kegigihan, sumanya berjalan lancar tade masalah pun. Syukur.

Owh yer, ini gambar yg ditangkap sepantas kilat dan secara curik. Masa nih KP aku pi tandas. huhuhuhu



Orait, enuff about yesterday. Today amat menbosankan aku. Bukan ke tadi da cakap kenapa mesti nak mention lagi skali? Sbb aku sengaja nak bagi entry nih nampak panjang. Sekian, tima kasih.

Sunday, November 22, 2009

Abah dan Anak Abah.

Haluuuuu...! Selamat malam Malaysia! (^_^) Aku bz betul arr kebelakangan nih. Nak menceceh pun macam tade masa. Lepas tuh asyik tido awal jek skang. If not, tade maknanya nak bangun pukul 6.00am! Almost everyday pun macam nih skang. Why? Urusan pekerjaan yg x dapat dielak. (~_~)

This week mmg penuh kebizian. Begini laa nasib kaum cikgu cikgi. Every year, awal & hujung tahun adalah saat paling bz bagi kami. Macam-macam urusan nak disetelkan. Selagi x setel selagi tuh kepala pusing 360 darjah! Dengan urusan buku teks, kemas fail bebudak, urusan penentuan kelas bebudak tuk next year dan macam-macam lagi. Dengan meeting guru untuk 2010 lagi..Bikin kami automatically jadi lipas kudung walaupun kami bukan lipas dan bukan jugak kudung. (@_@)

Sebut pasal meeting guru untuk kurikulum & kokurikulum 2010 semalam..hanya satu saja yg besh sepanjang meeting yg berlangsung from 8.00am until 2.30pm tersebut - Jamuan makan pagi pukul 10.00am. Sekian, tima kasih. (*_*)

Akhirnya aku bebas sekejap (SEKEJAP saja) dari urusan kerja.(^_^) Today aku pi Midbeli dengan bapaknda terchenta. Orang lain pi berdating dengan suami, tunang, kekasih, buah hati busyuk masyam, aku berdating dengan abah saja. Hoh...macam sedey benor plak bunyinya ek padahal TAK! eheheeh. SAYA SUKA KELUAR DENGAN ABAH SAYA! <-- ikhlas dari hati seorang anak abah. :p ;p Tambang ktm, makan minum sumanya ditanggung beres. Hanya perlu membawak diri saja. Bukan ke besh? Keluar dengan buah hati busyuk masyam belum tentu sumanya ditanggung beres aka FOC (free of charge) lagi. Dapat buah hati jenis banyak $$$ atau berstatus gentleman buleh laa foc, tapi kalo dapat yg jenis berkira, tahi hidung masin 'lunch nih i bayar, dinner kang you bayar plak' amacam? x besh...x besh...keluar dengan bapaknda 8juta kali lebey besh. Lepas tuh mmg sah-sah ada cop HALAL. hee hee hee. Tapi aku ada sikit gelihati dengan certain umat yg matanya mengundang curiga. Mungkin dia ingat aku keluar dengan 'Sugardaddy' kot? Halo kawan...kau x nampak ka muka aku nih fotostat habis muka abah aku? Buta kayu kot hoh? (@_@)

Tapi yg pasti, abah mmg kelakar habis arini. 4 kali keluar masuk kedai kasut Timberland tuh. Sampai brader-brader hensem kedai tuh da cam muka. huhuhu. 3 kali abah masuk sengsorang, kepala pusing katanya, tatau mana satu lawa. Nih lawa tuh lawa. Aku plak masa tuh dok melilau pi mencarik baby headbands untuk baby kawan my mom..last-last kali keempat abah suruh aku masuk sekali ke kedai Timberland tuh. Yg aku tunjuk suma abah kata 'Macam pattern orang muda'. Hoh..sedar diri bapak aku nih. ahahah syukur. :p Last-last aku tunjuk ada one pair yg nampak cam sesuwei dipakai oleh kaum bapaknda. Harga RM400++. Buntang kejap mata aku.(@_@) Tapi standard laa kasut Timberland.. And oleh sbb kasut tersebut dibiayai oleh bapaknda sendri, aku tutup mata saja. Kalo hadiah besday ke apa..yg perlu dibayar oleh anakanda yg satu nih, idak laa den sanggup. ahahaha. Nampak sangat sifat 'kedek' di situ! :p Perut lapar, aku dengan abah pi makan kat food court. Oleh sbb bapaknda ku mmg perut kampung punya orang, beliau hanya makan nasik campur jelah. Tuh pun mahal nak mampuih! giler cekik darah food court Modbeli nih...Makan ayam seketoi, tahu sikit ngan sayur sikit jek da 8 hinggit lebey! Tuh pun abah aku bukannya makan habis. Mungkin x sedap. Aku plak for the very first time makan menda nih...

*ih..ih..ih..anak sapa laa makan sup tumpah-tumpah nih?? (*_*) NOTE: Ekceli sup tumpah sbb ada satu minah arab tuh langgar aku tau! :P*

Black pepper chicken teppanyaki! And I LOVED IT!!! Aku cam jakun sikit sbb aku x pernah makan menda alah nih. Aritu Elis Sue makan RAMEN, aku cam x berkenan sangat sbb nampak cam mee kari besa aje..Tapi teppanyaki nih nampak cam besh, so aku gamble aje laa try. Nasib baik besh. Ai laikkkkk! (^_^) Sup dia sedap, ayam dia sedap, toge pun sedap suma laa sedap. Lenkali pasti makan lagi! eheheheh.

Aku dan abah pulang semula ke PD naik komuter kul 4 lebey. Oleh sbb tren penuh, terpaksa laa berdiri dengan gagah. Dalam tren, kakiku dipijak oleh makhluk super big size. Sabar jelah aku!! Makhluk tersebut mmg sengaja carik pasal sbb, PERTAMA, sengaja tamo pegang tiang atau pemegang kaler kuning dalam tren tuh. KEDUA, eh sempat plak bergayut dengan boipren dia ke apa kot..ter'hihi ihik ihik' sampai x sedar diri memijak kaki aku malah SANDAL BARU aku yg x berdosa!!! Pastu leh wat tatau je plak tuh! x mintak maaf! Ggggggrrrrrrr! Aku baru beli sandal tuh laa kakcik oi!! Da laa aku PANTANG orang pijak kasut/sandal aku! Lepas tuh bila tren stop, beliau telah melanggar badan aku sampai nak terjatuh! Arrrghhhh tensennnnnnnn! Nasib baik bukan anak murid aku, kalo anak murid lama da kena aummmmmmmm. (*_~)

Apa-apapun, aku bersyukur laa sbb dapat merelease serabut di otak arini. Thanks to my beloved abah kerana sudi accompany anakanda yg berhati pilu! (~_~)(POYO).

Thursday, November 19, 2009

Laknatullah!


Ini adalah satu contoh MANUSIA JAHANAM yg berperangai jahanam. Juga bakal penghuni Neraka jahanam. Malaun keparat punya Yahoo-D (saja aku spell camni). Dilaknat Allah betul. Sesuka kaum kerabat bodoh (turun temurun) kau jek nak men'tatu'kan Tuhan & Rasul aku kat badan berlemak tepu kau tuh. Si botak g*y (subang sebelah) nih plak bajet macam hensem laa tuh bersubangkan salib..Bodoh tahap paling hina betul manusia macam nih. Satu penghinaan bagi Islam yer kawan-kawan. Tolong sebarkan dan sama-sama doakan Yahoo-D keparat dua ekor nih cecepat masuk neraka jahanam! Go to hell you b*stards!!

Buat bebudak Year 6 skolah aku yg dapat 5A, tahniah boys and girls. Semoga anda suma menjadik manusia berguna sehingga akhir hayat! InsyaAllah.

Wednesday, November 18, 2009

Peluang kePLATINUMan jgn dilepaskan.

GB kusayang, tima kasih kerana sudi menyatukan hari persekolahan Jumaat ini sebagai satu sesi. Pukul 12.00pm da buleh balik YAY!! I heart you, GB. I heart you! ahaha taim taim gini baru nak cakap i heart you kat GB. Selama nih xnak pun cakap. :P :P Tapi walaupun Jumaat satu sesi, this Saturday kami cikgu cikgi still kena pi skolah jugak sbb ada meeting kurikulum untuk pembahagian jadual kelas untuk next year. Sungguh malas diriku terasa......hmmm..(~_~)

Oleh sbb aku macam malas nak story pasal last nite punya Annual Dinner yg x besh tersebut, kita skip kepada cerita sensasi hiburan terkini, iaitu STPM. Buat pengetahuan hadirin sekalian, tahun ini sy dengan segala hormatnya diberi peluang ke'platinum'an untuk menjadik pengawas STPM. Asyik jadik pengawas exam jek nih apahal? Tade apa hal. Da orang kasik peluang keplatinuman, kita hambik jelah. Bukan peluang keemasan eh adik-adik..sebut betul-betul..kePALATINUMan! So, kecik tapak tangan, lautan Pd aku tadahkan laa. Pengalaman berharga tuh beb..Pengalaman jaga UPSR da ada da aritu. Nih dapat pengalaman jaga STPM plak. Cuma yg x besh satu jelah. STPM nih berlanjutan sampai 10 Disember. Which is dalam masa cuti persekolahan yg dinanti-nantikan selalu. Apa dia?? Makan angin? Makan angin tinggal kenangan...*sob* (~_~)

Untuk exam STPM nih, aku ditugaskan untuk menjaga exam tersebut di SMK Bukit Saujana. Sebenarnya Monday aritu da pi da ke skolah tuh. Lawat pusat. Bukan pusat sumber atau pusat manusia eh...lawat pusat exam arr. Tengok-tengok, satu bilik jek depa guna. Calon pun ada 20 person only. WOW. Again, WOW!! Sebenarnya aku expect cam ramai laa calonnya..cam calon UPSR aritu ada about 200 students..Sekali tengok..alahh...sikit jek. Lega arr rasa. Tade laa kena round dewan cam masa jaga UPSR aritu. Kira round dalam bilik tuh jelah. Besh besh..Paling besh, bukan setiap paper suma budak pun hambik. Contoh cam Physics. Sorang aje calonnya. I repeat, SORANG AJE. Mmg laa rasa cam ek eleh..menda laa kena jaga sorang jek. Tapi bila difikirkan tahap kepenatan akan menurun from 100% to 10%, rasa cam nak lari keliling kampung sambil sorak HOORAY! Kira besh arr tuh berbanding dengan orang yg kena jaga SPM yg beratus calonnya dalam satu dewan tuh kan? hee..hee..hee. Jahat aku. :P

Oleh sbb kat SMK Saujana tade calon yg hambik paper Bahasa Cina/Bahasa Tamil, aku pun x perlu laa pi jaga exam untuk today. Kira esok baru pi jaga untuk paper Physics. Pukul 8.00am start, so aku da kena ada kat sana dalam pukul 7.30am. Yg jaga STPM kat skolah tuh termasuk aku skali hanya 3 orang aje. Aku with 2 male teachers. Senior teachers. Cam pangkat bapak bapak laa pun. Kan besh kalo yg sama-sama jaga tuh jejaka muda mudi, leh gak main ngorat-ngorat ke apa. Both of them cikgu from SMK Tinggi PD (formerly known as STPD). Monday aritu bincang-bincang dengan depa. Ketua Pengawas (one of them) pun bagi laa taklimat sikt. He asked me, aku pernah jaga STPM x before this. Aku jawab laa belum. Jaga UPSR aje. Then beliau cakap jangan risau sbb jaga STPM lagi easy. x payah tension ke apa. Beliau pun sporting and a bit funny jugak. Ada ke beliau tanya aku, "Belum kawin eh? Apsal x kawin lagi nih?" and I was like.."Err entah" sambil senyum jelah. Nasib baik jugak laa aku dapat kerja under ketua yg x skema. Kalo kerja under ketua yg skema mau aku mati kutu kat situ nanti walaupun aku tade kutu. (*_*)

So, esok saat yg mendebarkan bagi calon yg hambik paper Physics tuh. Kompem budak tuh akan kecut perut sbb dia sorang aje yg jawab exam tapi pengawas yg jaga dia sampai 3 orang! huhuhu sabo jelah ye dik. Jangan risau, kakak x makan orang, kakak makan hati nasik aje. (@_@) Semoga esok berjalan lancar. x sabar pulak nak jumpa Cikgu Hasnol lagik. Eh sapa plak Cikgu Hasnol nih? Beliau adalah cikgu PJK aku masa skolah menengah dulu! X sangka Monday aritu jumpa beliau kat SMK Bukit Saujana tuh! Skang da x ajar PJK da..skang beliau da naik jadik cikgu kaunseling kat skolah tuh. Tapi maintain jambu sey...jambu air! huhuhu aku tanya beliau, skang da umur brapa? Beliau cakap, "44."(whut????) Perghhh umur 44 muka still jambu air cenggitu. Salute arr..burak-burak dengan beliau, aku tanya laa pasal some of my fave teachers during high school dulu..depa suma apa citer..Contoh macam Cikgu Rusli Wahab, the best BM teacher in the world. (Well, at least in my world laa) Rupa-rupanya da jadik lecturer da cikgu kesayangan aku tuh. Tapi no wonder laa..beliau mmg layak. Walaupun aku x suka subjek BM, tapi oleh sbb beliau ajar BM mmg besh giler, aku jadik suka. Alhamdulillah, BM aku A1 masa SPM dulu, thanks so so so so much to him! Jasamu kukenang sampai mati wahai guru...*sob* (SEBAK TETIBA)

Okeh, cukup takat itu saja bebelan sy pd ari yg berbahagia ini walaupun sy x berapa bahagia pun arini. Bz giler wey kat skolah arini! *sigh* Esok lak saat mendebarkan sbb result UPSR keluar esok!! Brrrrrrr camana laa agaknya result bebudak Year 6 skolah aku tahun nih eh?? Mudah-mudahan makin ramai laa dapat 5A! InsyaAllah!



Annual Dinner SKTK 2009

ANNUAL DINNER tonite x besh.


Sekian, tima kasih. (~_~)

Tuesday, November 17, 2009

Dear my little Math minx.

Kehadapan Cik Atin Totot @ Fly FF Addict,

Semoga kazenku yg comel lagi genius ini dapat menjawab paper BM & Sejarah dalam SPM yg bermula pada hari esok dengan baik dan berhati-hati. Semoga segala usaha gigih dan faedah from 'bertugas' setiap hari tanpa jemu, tanpa sakit mata, juga tanpa ingat makan minum (kadang-kadang), atau dalam ertikata lainnya; BERMAIN FLY FF dengan begitu kusyuk akan membuahkan hasil yg lumayan iaitu 9A. Mudah-mudahan. AMIN. Ini bukan perli, juga bukan cobaan. Ini betul-betul. Budak ini mmg genius. Ari-ari dok main menatang Fly ff (online game) tuh tapi setiap kali test or exam, result dia mesti gempak giler. Juga x pernah fail membolot kedudukan yg bagus di dalam kelas. Aku jugak kurang pasti budak nih lebey kpd otak kanan atau otak kiri sbb aku tengok dia pandai melukis, kreatif dlm mengedit gambar & membuat replika gunung berapi, etc (untuk projek sains dia) tapi dalam masa yg sama dia jugak sangat pandai dalam Matematik Moden + Add Maths. And also Sejarah. (Whut????) Padahal everyday kerjanya dok mengadap komputer main games, x pun TIDO! Bila masa ntah dia belajar??? (@_@) Tadik my Pak Ngah called pun, aku tanya lagik budak totot buat apa? Jawapan : Dia tengah TIDO. (Hoh???) Aku masa skolah dulu kena giler-giler rajin baru leh dapat result gempak. Huh. x aci! (~_~)

*Totot with classmates*

Apakah yg pelik di dalam gambar di atas? Okeh, kita suma pandai..Suma gadis dan bukan gadis adalah berbangsa Cina dan India kecuali budak totot. Ya...mmg betul. She's the only Malay in her class. Kelas sains tulen di skolah budak ini ada dua. 5A1 dan 5A2. Kesemua budak Malay lain sudah tercampak ke kelas sains yg kedua 5A2. Yg tinggal hanya beliau sorang, along with those non-malays in 5A1 yg pandai-pandai belako. Mmg kena compete habis teruk laa. Kata Mak Ngah (her mom) aku, kadang-kadang budak Chinese & Indian mintak datang ke rumah jumpa budak totot, suruh dia ajar depa Math & Add Maths. Bukan macam aku skolah dulu, tade sapa buleh lawan Chinese in Maths. My kazen sudah pecah tradisi. Tapi still, Chinese lebey pandai Chemistry, Physics kata kazen aku. (*_*)

Apa-apapun, aku rasa kazen aku nih banyak ikut perangai aku. Banyak yg aku minat, dia minat jugak kecuali lagu rock (which is really frustrating!). Cuma budak totot nih lebey bijak Matematik daripada aku kot.. So now buleh pas gelaran Math Minx yg Gary bagi kat aku dulu pada dia. Alasan Gary bagi aku gelaran tuh- aku nakal dan kuat mengusik tapi aku bijak Matematik. Ceh..tade maknanya!! Budak totot is more brilliant than me! Yg sama satu aje, kami sama-sama x minat BIOLogi sbb Biologi membuatkan kepala kami jadik separa biol. Mmg tade tokoh nak jadik Doktor..Babai kerjaya DOKTOR...tata titi tutuuuu

Apa-apapun, semoga si budak totot dapat menjawab paper BIOLogi nanti dengan baik. Minat tolak tepi dulu. Taim SPM nih suma pun kena pulun betui-betui. Harap-harap dapat 9A. Amin!

Monday, November 16, 2009

Mak, I LOVE YOU!

HAPPY 54th BIRTHDAY to my beloved mom. Semoga panjang umur, murah rezeki dan bahagia sehingga ke akhir hayat!




P/s: Lebiu alot mak! Tima kasih kerana melahirkan diriku ini! *sob *sob*


Sunday, November 15, 2009

Shopping + Makan + Jalan + RAMEN!


Today aku pergi berjimba lagi. This time i wasn't alone. I was with Elis Sue. Lama x berjalan dengan minah nih. Maklum laa orang tengah sibuk nak kawin..Kejap-kejap tunang call tanya pasal baju nikah, baju sanding, pelamin.."Macam mana pelamin kita, ok x yang?" Aaarrghhhhhh tutup telinga segera! (JEALOUS) (~_~)

Oleh sbb makcik tuh da nak kawin lagik 3 months, kena laa berjimba puas-puas sebagai anak dara. Esok da x anak dara lagi, payah pulak. Contohnya macam my sahabat terchenta yg sorang tuh (~_~) (Ninder, I miss you! *sob*)

Pertama sekali, terima kasih kepada Naruto kerana pengaruhmu amat kuat sekali dalam kehidupan seharian. Bukan kehidupan seharianku, NEHI. Tapi kehidupan seharian my fren, Elis Sue. Eh orang ajak makan western food tamo...nak jugak carik RAMEN dia..Last-last makan Karai Ramen ke apa tah nama dia. Aku ikut aje laa beliau pi kat Japanese Cuisine tuh. Nak jugak tau apa kejadahnya menatang RAMEN nih. Nih suma Naruto punya pasal laa nih. Yg aku tau, Naruto suka makan Ramen. Tuh pun si budak Elis Sue nih laa yg kasitau. Peminat tegar sungguh. (@_@) Rupa-rupanya...


Laaaaaa! Mee kari Jopun ke???! Hoh..Baru kutahu Ramen tuh sejenis mee. Mesti KARAI tuh kari kan Yutaka Takenochi kan?? Haa...tuh laa orang suruh amik Bahasa Jepun masa kat U dulu tamo..nak jugak amik Mandarin. Si Elis Sue nih pulak saja nak ngenakan aku yg jakun nih. Ingatkan pekebenda laa menatang ramen nih. CEH. Malu saya. (@_@)

Selepas memakan RAMEN, aktiviti 'shopping x brapa nak sakan' pun dimulakan. Bermula dengan blouse dan *tuttttt* arrr x payah tau arr *tuttt* tuh apa. Ini hal kaum wanita. Tapi satu antara kedua-dua benda tuh aku x beli pun. Itu kerja Elis Sue. Kasik perabis sama duit dia! muahahaha. Aku beli apa? Err kejap lagik citer. Yg pasti aku amat menjelesi blouse milik Saudari Elis Sue. Chantek blouse beliau. Silap aku lupa nak snap pic! (~_~) Niat di hati macam nak cuba pakai jugak..namun malang berbau perfume, perfume lebey penting daripada blouse skang nih! huhuhu tapi aku rasa kalau aku try jugak blouse tuh, mesti akan jadik macam baju gaun. Sbb blouse tersebut labuh, sangat jelita dipakai oleh manusia tinggi macam Elis Sue. Manusia pendek macam..erm macam saya, duduk diam-diam dan lihat saja sudah memadai sambil menanam rasa cemburu di hati. (~_~) (Eh rhyme arr plak ayat nih)

Namun begitu pendek jangan disangka pendek..pendek datang dari PD. Pendek pun nak try baju jugak dik..Kalau x beli, try pun jadi! hambik tuh pantun berkerat-kerat. eehehhehehe. Aktiviti membuang masa pun berlaku. Masuk fitting room sambil try satu blazer hitam Scarlet. RM79 saja tade mahal. Kira orait laa kan..slalu tuh seratus lebey! Namun malang berbau lagi, perfume tetap idaman hati. Kita kasik kensel beli blazer tersebut. Hanya melaram di depan cermin saja..:p ;P


Wooo..sila abaikan tudung purple tersebut. Tudung Makcik Indon, kata kawan aku. CEH.(*_*)

Setelah berhempas pulas melaram baju, aktiviti mencari sandal pulak bermula. Aku yg nazak kena beli sandal, si Elis Sue pulak yg beli! Hoh...lawan tokey. Blouse kau beli...*tuttt* kau beli..Nih kasut pun kau beli jugak!! Terseksa jiwa ragaku. Aku tengok sandal aku macam da nak nazak, tepi dia macam nak tercabut, so aku pun try jugak laa ada satu sandal crocodile nih. Tiba waktu memintak saiz, "Sudah habis lor amoi!" HUwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tensen!!!!! Why?? Why me?? Di saat aku memerlukan..apsal tade saiz plak?? Apsal laa makin bertambah populasi manusia yg kakinya bersaiz 5 nih?? Sejak bila?? *sob* Dengan hati yg kuciwa, aku x jadik arr beli sandal. Elis Sue jugak yg beli. Sandal crocodile kaler pink pudar. Huh...xpe laa.....aku redha.(~_~)

Perut lapar kembali, kami masuk ke DOMINO's pizza plak. Fuh giler lama aku ngidam nak makan pizza domino! Dulu pi masih under construction..now da bukak balik YAY!! Dan aku berjaya mempromote kat Elis Sue bahawa Domino lagik besh daripada Pizza Hut YAY!! dan beliau jugak sangat bersetuju! YAY!!! huhuhu. besh besh..Pizza Domino mmg terbaik!!

Jemput makan pakcik makcik...:p :p





Nyum..nyum...perut kenyang, keluar menuju destinasi idamanku! Asyik Elis Sue aje membeli..kasik can laa aku membelah plak. Terus pi Perfume Shop YAY!! Apakah punya sengal...buleh x ronda kat kaunter perfume pelbagai brand dalam Jusco dulu... (~_~) Bila da beli perfume Can Can Paris Hilton tuh..baru terronda dalam Jusco tuh..bau ternampak plak Anna Sui punya latest perfume - ROCK ME! Nama yg sesuai dengan jiwa ragaku..lalu dengan keluhan aku pun mintak amoi tuh sembur tester...WAAAAANGIIIIIIIIIIIIIII! wuuuuuuuuuuuuuuuuuuu nyesal beli Can Can! Mmg bau dia sedap..tapi Rock Me 8 kali lagik besh! Nyesal dulu pendapatan...nyesal kemudian, duit da pokai! Lagi pulak yg 30ml ke 50ml tah tadik aku tanya...da RM164 sebotol! Mak aih...giler mahal. Kalau yg besar, 80ml pulak dua ratus hengget lebey! Huk..huk...padahal aku beli Can Can tuh da dekat dua ratus hengget jugak! Cuma dapat yg besar laa. Tapi still x puas hati jugak!! Next time kena beli gak ROCK ME tuh! Botol dia pun aku suka..tengok nih....



Wuuuuu...nyesal.....(~_~)

Tapi nevermind, next time ada lagik jika umur panjang..akan kubeli jugak dikau wahai Rock me!

Balik time! Komuter menunjukkan kesengalan yg amat nyata. Bukan tren yg sengal, tapi orang KTM arr. Masa tuh ada laa tren ke Kajang sampai. Aku pun naik dengan Elis Sue. At least cepat laa sikit sampai ke Kajang nu. Sbb kosong tren tuh, and x ramai yg naik. nanti kat kajang kami turun laa kan. Tunggu next tren. Mmg dua kali kerja..tapi orait laa tuh daripada nak bersesak cam sardin cap ayam kat tren ke Seremban terus yg for sure penuh punya! Tiba-tiba......kami suma diminta turun kat Salak Selatan and kosongkan tren sbb tren nak patah balik ke Rawang!! Apakah punya sengal????? Kata terus ke Kajang. Mangkuk tingkat betui laa..kena laa kami turun. memasing wat muka toya sbb penat!

Pukul 8.45pm baru tren ke Seremban sampai kat stesyen Salak Selatan yg giler sunyi sepi tuh. Baru laa lega..Tuh pun penuh..memula x dapat duduk..sampai bandar tasek selatan baru duduk. Tido sampai ke Batang Benar. Lepas tuh terjaga. Terjaga aje terus terpandang sorang mamat hensem giler! Bawak beg camping yg besor tuh. Hilang ngantuk kejap..tapi x lama..pastu ngantuk balik, tido sampai Seremban. ehehehehe. Tapi that mamat mmg hensem tahap Aaron Aziz! Aku rasa beliau orang Singapore kot..sbb turun dari tren, beliau tunggu tren ke Singapore plak..Padan laa pun..hensem tahap Aaron Aziz..sah-sah Singaporean jugak. ehehehe.

Sampai ke PD, singgah kat kedai makan kat Pekan Lukut nu. Elis Sue pi jumpa tunang tersayang, Saudara Jefri. Pakcik tuh tunjuk lagik gambar baju sanding, pelamin bla bla yadda yadda.. Huh..Nyampah saya. (JEALOUS AGAIN) Lepas tuh, kami balik. Aku rasa macam nak pitam, kaki cam nak patah! I really need a new pair of sandals!!!