Showing posts with label conflict. Show all posts
Showing posts with label conflict. Show all posts

Thursday, November 12, 2009

Dua, tiga tahun...

Buleh x time jiwa tengah kacau nih jangan buat lawak bodoh dengan aku? Kau nak buat lawak bodoh, sila buat lawak bodoh dengan sapa-sapa yg hidup dia sentiasa gembira macam bagus konon tade masalah apa, suma pun small matter, kena tipu pun small matter jugak, tarak hal punya..gurau-gurau mesra laa katakan.. Pergi laa buat lawak bodoh dengan orang yg macam nih. Mesti lawak bodoh kau terus jadik lawak kelas A. Kalau kau buat lawak bodoh dengan orang pandai yg tengah hangin senggugut satu badan, kau akan kelihatan sangat bodoh. Kau nak ke nampak sangat bodoh? xnak kan? Kalau xnak pi main jauh-jauh, syuh. (macam poyo jek words 'orang pandai tuh' hoh)

Owh yer, I'm done talking about that fake Piolo! Enuff is enuff arr. Malas nak cakap banyak lagik. Mission sudah accomplished! So, sama ada saudara tersebut nak insaf dan xkan menipu lagik atau sebaliknya, itu hak beliau. Malas aku nak fikir. Malas malas dan malas. Kotak fikiranku da cukup semak da nih dengan kerja banyak berlambak-lambak ggggrrrrrrrr! Sapa-sapa nak fikir jugak pasal cik abang tuh, lu fikir laa sendri! I'm done. Done done done. (*_*)

Seribu tahun...sanggup kah aku menunggu seribu tahun? Sedangkan dikata dua, tiga tahun pun aku da rasa macam................................................................*long pause*

Imran Ajmain - Seribu Tahun

Relaku menunggumu
Seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup
Aku kan selama ini

Biar berputar ke arah selatan
Ku tak putus harapan
Sedia setia

Relaku mengejarmu
Seribu batu jauh lagi
Tapi benarkah kakiku
Kan tahan sepanjang jalan ini

Biar membisu burung bersiulan
Terlelah gelombang lautan
Ku masih setia

Adakah engkau tahu
Ini cinta
Adakah engkau pasti
Ini untuk selama-lamanya

Relaku menunggumu
Seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup
Aku kan selama ini…

Biar berputar utara selatan
Ku tak putus harapan
Sedia setia

Jangan putus harapan
Sedia setia…


Sanggupkah aku menunggu dalam tempoh dua, tiga tahun itu ataupun aku akan goyah? Allah, please help me! *sob*

Saturday, November 22, 2008

Bila aku menyampah

Aku akan teros menyampah kalo aku da menyampah walaupun aku sebenarnya tamo menyampah! *sigh*

Thursday, November 20, 2008

Bermain dgn IMIGINASI.

Aduhai...giler bosan aku arini! Sama mcm semlm, aku x kemana-mana jugak. Alasan : Hujan sedang menggiler! Giler lebat hujan turun kat sini. Da mule musim hujan gamaknye..Tp tade hal laa. Aku lebey suke hujan drp panas terik. Sbb hujan sentiasa membawak damai! Bikin ati jadik sejuk & tenang. ;) At least bg aku laa..Bg org len aku tatau laa plak.

Aku dpt sampul surat besar kaler coklat arini! Abg posto baru kasik. Tp bukan surat chenta laa. Kuciwa betol gua! *sigh* Kan besh kalo hujan-hujan gini...dpt surat chenta. Diletak dlm sampul surat kaler pink, dgn haruman stroberi. Siap ade gambar 'love' kaler merah hati kat sampul. Kiriman sang arjuna idaman kalbu! Aku pun x berlengah lagik, segera pi amik surat tu drp Abg Posto dgn hanye berkain batik & berbaju kurung kedah. Terselit sekuntum bunge ros merah kat tinger, dgn kepala ditutupi selendang kaler putih. Abg posto pun pandang aku mcm tuan puteri dr kayangan. Matanya langsung x berkedip melihat senyuman yg terukir di bibir mungilku. Lalu surat pun bertukar tgn, dan aku segera mengucapkan "Terima kasih" sambil mengontrol ayu! Abg posto plak jawab mcm org angau, "Kasihmu kuterima sepenuh jiwa & raga." wakakakakakaakkakaakakakkakak. Abis berterabur gelak burok aku! *hilang teros ayu gua!* Giler punye imiginasi! Tade maknanye cikgu gangster mau selit bunge kat tinger, okeh? :p ;p

Yg sebenarnya, aku dpt sampul surat kaler coklat yg ade cop :

Pengarah,
Institut Perguruan Temenggong Ibrahim,
Jln Datin Halimah,
Larkin,
Johor Bahru.

Cet..Surat drp IPTI rupanye! Gua pun kuciwa skali lagik! *sigh* Kan besh kalo dpt surat chenta. Pengarah yg kasik! Dgn tertulis ayat nih di sampul :

Terbang mencari adindaku yg jauh di bumi Port Dickson..

*Nama penuh & alamat aku sini*

P/S : Kau mawarku, juwita kalbu, gadis yg kurindu *nih Pengarah tulis kat bahagian bwh sampul. Besa laa org veteran ayat kena bunge lebey sket*

Sgt syok kan?? Pastu, para para sakura paparazi pun kejar beliau. Abg posto yg kasitau sama paparazi. Paparazi pun cpat-cpat bikin story panas - Tuan pengarah sebuah institut perguruan di selatan tanah air, bercinta dgn sorang cikgu gangster yg merupakan bekas anak didik beliau. Giler PANAS! Paparazi pun jual story panas tu kpd Berita Harian. Berita Harian pun publish. Kompem sold out! agagagagaggaa. :p Satu imiginasi yg lebey giler!

Oi suda tu! Cukup sampai situ imiginasi utk arini. Aku mmg sengal! Sgt terserlah kesengalan aku arini! Cukup sengal. gagagaga ;p

Yg sebenarnye berlaku arini, mmg betol sampul surat besar tu drp IPTI. Tp bukan surat chenta. Bukan jugak surat amaran tentang masalah disiplin! *Wei aku cikgu gangster yg sgt berdisiplin jgn tatau! :p* Tp depa anta Sijil kursus BTN (Biro Tata Negara) & Sijil Kursus Induksi. Yg menunjukkan BTN & Kursus Induksi aku LULUS sepenuhnye! Yahoooooooooooooooooooooooooooo! Syukur alhamdulillah! :D Dgn itu, aku pun suda setel segala urusan dgn IPTI, maktab terchenta! Tade sbb da laa mau jejakkan kaki ke situ lagik. Result & sijil kpli? Suda dpt. Konvokesyen? Suda lpas. Nih sijil BTN & Induksi pun suda setel. Tade sbb da laa mau kesana. Sgt sedey jugak aku. Giler windu mau ke JB! *sob* :(

Hujan nampaknye da reda sket. Aku masih x suda-suda lagik menaip entry nih. Sambil mkn kek chocolate indulgence Secret Recipe & minum 100plus! Semlm aku tingin mau mkn kek nih, arini suda dpt. Abah yg belikan. Aku ade selisih phm sket dgn abah benarnye. Nevermind laa Nirvana kata. Sedangkan lidah lg tergigit, nih kan pulak anak beranak. Nih P.Ramlee kata. Tp aku ubah laa suami-isteri tu jadik anak beranak. :D Abah tau aku syg beliau. Tp besa laa kdg-kdg ade jugak berlaku selisih phm sket. ;)

*Chocolate Indulgence...sedap sampai menjilat garpu! kihkihkih*

Kena stop takat sini dulu. Ade kerjaan sket mau bikin! Nanti mlm aku lawat blog kengkawan! ;)



Saturday, May 3, 2008

Tak ada logika!

Tau x masa boleh mengubah seseorang individu? x kisah la drp baik ke jahat ke, drp jahat ke baik ke, x pun drp lawa ke huduh, drp huduh ke lawa... dan mcm-mcm lagik lah. Termasuklah mengubah seseorang individu drp brutal ke kureng brutal ke sedang-sedang saja & last-last ke malu-malu arnab iaitu AKU. Haha - bikin kompius. Semacam mengalami masalah dalaman.

Mengapakah aku menjadi begitu malu? Sungguh tak ada logika langsung bak kata Ninder. Kau mmg arif tentang aku lah Ninder, aku tabik! hehe. Tp siyes, aku sudah menjadi pemalu. Dan pendiam sedikit. Sedikit sajalah pendiam tu. Tp pemalunya byk lah. Betul, Ninder..aku x tipu! Kalau aku tipu, aku kena panah petir beb!

Seorang Encik yg begitu baik hati, ingin berjumpa utk mempromote satu bisnes membuat duit. Encik ini akan membawa Encik satu lagi. Tetapi aku telah menolak dgn alasan malu. Mcm lah si Encik mengajak aku berdating! wahahah cam perasan plak beb! Tp mmg itu yg aku rasa. Bukan perasan, tp MALU! Yer, malu beb! Betul punya jujur aku ngaku kat beliau! Aku rasa kan..siyes aku dah betray diri sendiri beb! Ini bukan aku maaa...Boleh x aku putar balik masa ke 7 tahun lepas?? Aku windukan 18-year-old Wiween or Awin or The Rock or Noor..or apa saja nama yg org panggil aku masa tu! Tp mmg selesa yg amat waktu tu. x ada jiwa kacau. x ada hati sakit. x ada kompius!

Tahun lepas, aku semacam ada split personality. Aku jugak ada sedikit conflict dgn mereka-mereka ini. Masa itu belum ada Widya, belum ada Kak As. Cuma ada Dor. Jd aku hanya baik sama Dor. Tidak dgn mereka-mereka ini. Aku semacam sgt mengikut instinct. Kata instinct, jgn berbaik dgn mereka kerana mereka bakal menimbulkan sesuatu yg bikin hati aku x selesa. Dan instinct aku mmg tepat! Jd sbb tu aku ada split personality skit. Bila bersama kengkawan yg baik, aku menjadi aku iaitu kuat ckp, kuat senyum, kuat gelak, kuat gerak. Bile mereka-mereka ini begitu dekat dengan aku, x kirelah masa tu kengkawan yg baik ada ke x, aku akan menjadi another aku iaitu pendiam, pendingin, pentegas, peng'ignore'. Kata mereka-mereka ini, aku seperti seorang 'weirdo'. Psl di kalangan mereka, aku tidak bergelak ketawa & bersawan sakan mcm waktu aku bersama rakan-rakan taulan yg lain! Haha! Funny. Tp aku pedulikah? Langsung tidak! Aku citer kat Ninder, aku citer kat Geda, aku citer kat Sepet. Sume kata aku bikin citer fiksyen. Psl org-org seperti mereka sgt kenal dgn aku. See...mmg ada perbezaan yg jelas antara org-org yg layak digelar kwn yg baik dgn org-org yg sepatutnya tidak layak digelar kwn. Dpt bezakan x?

Tp itu citer tahun lepas. Tahun ini aku semcm kena sumpah. Sindrom 'pemalu' tu dah melekat beb! Kdg-kdg rasa mcm sgt poyo. Atau sgt mengada-ada. Ke aku kena bergantung pada masa lagi utk menjadikan suma ni vice versa ek??