Showing posts with label Adik. Show all posts
Showing posts with label Adik. Show all posts

Monday, 26 May 2025

Adik Turns 9 y/o🎈

Manja Ummi dah genap 9 tahun umurnya alhamdulillah. 

Dia requested nak bawa kek dan makan dengan kawan² sekelas. Mula tu Ummi malas nak layan, takut jadi kalut macam tahun lepas. Janji nak potong kek dengan cikgu lain, tapi cikgu lain yang terpaksa handle sebab kek dah cair 😅 Dia bawa kek indulgence Mamasab tu, memanglah cair topping-nya nak tunggu sampai tengahari. 

Goodies ni semua dia usahakan sendiri; dari nak beli apa hinggalah masukkan dalam beg semua dia planned sendiri. Most of the items pun dia guna duit dia. Cuma minta Ummi Walid tolong bawa gi kedai je. But of course we chipped in here and there

"Ummi tolong beli kek je, goodies Adik buat (prep) sendiri" katanya. 

Tak sampai hati la nak kill her mood so secretly Ummi order brownies dari Cik Isma. Itu yang selit order juga kuih sagu dan puding jagung.

Tersenyum lebar Adik bila Ummi tunjukkan brownies ni. Sengaja beli brownies sebab dah siap potong plus brownies ni tak delicate macam kek. Senang anak² nak makan pun.

Ummi pesan dekat Adik, jangan kacau waktu mengajar cikgu, tunggu habis kelas baru ajak kawan² makan brownies tu. Dan of course  texted juga guru kelas Adik, yang kebetulan masa mengajarnya sebelum masa rehat. Maklumkan sekian, sekian...

Terharu pulak Ummi bila TF ajak satu kelas nyanyi ramai² dan wish Adik. Siap share gambar dan rekod video lagi, itu yang mahal tu. 
Tqsm TF 🫰🏻

Siap pakai crown lagi 🤭
Memang well prepared ye dia nak sambut birthday dengan classmates dia :) 

One with TF 💗

Adik with  Cg M, guru kelas masa dia Darjah 1 & 2. Bday CM sehari sebelum Adik, Adik bagi hadiah dan musical bday card. Bila buka kad tu, ada lagu. Kad lejen haha... 

Belon ni Ummi order dekat souvenir shop di market tu. Dah berkawan dah dgn seller kedai ni, pakat exchange phone number lagi haha... Belon lagi 1 untuk bff Kakak, Nuha. Kembar Adik, tapi tahun lain² :D 

 Kakak dan Geng Adidas dia buat surprise untuk Nuha juga. Masing² nak cipta kenangan dengan kawan², Ummi follow... 

Hadiah dari kawan² dan Ummi Walid. 

Hadiah dari Kakak... 

Mel bagi duit :D 

Semoga Allah sentiasa merahmati Adik dengan kasih sayang dan perlindungan dari-Nya. 

Luv u Adik! 
Jangan besar cepat sangat 🫣



Monday, 19 May 2025

Adik ~ DIY Projects

Adik memang suka DIY projects... 

Gelang untuk Ummi ❤️

Gelang utk bff dia and one for herself 💗

Bahan² semua beli dekat Mr DIY je. 

Ini latest project dia, buat lapik gelas (coaster) untuk Ummi dan Walid :) 


Kelmarin pun dia beli lagi batang aiskrim ni, nak sambung projek ni la kot :) 



Monday, 28 April 2025

Jumpa Dentist 2.0

Adik kan dapat surat mohon kebenaran cabut gigi  minggu lepas, tapi awal² dia cakap taknak nurse tu cabut, garang katanya 🫣 

Dia nak ke Suriani Dental, Doc situ baik kata dia. Ummi pun on je la. Jadi buat appointment untuk Adik dan Ummi juga. Kan gigi Ummi sakit bulan puasa hari tu. Minggu lepas sakit tu berulang sampai bengkak jugalah gusi. 

Steady je Adik nak jumpa dentist 👍🏻
Umminya yang berdebar haha ... 

Masuk bilik rawatan, alhamdulillah dentist yang sama tampal gigi Ummi bulan 10 tahun lepas. Doc pun ingat Ummi lagi 😄 Ummi memang harap dapat Doc ni sebab she is very nice and gentle

Bila diperiksa, rupanya gigi Ummi yang sakit tu geraham bongsu. Boleh tampal temporarily sebab solusi untuk geraham bongsu ni cabut je. Tampal je la Doc, sebab gigi tu elok je kedudukannya bukan berlapis atau menindih gigi² lain. 

Selesai kes Ummi, Doc yang sama juga treated Adik. Ummi masuk juga sebagai peneman. 

Ikut surat tu Adik kena extract 2 gigi susu (gigi depan, bawah). Tapi geraham atas dia ada nanah jadi Doc treated yang tu dulu. Buat rawatan akar utk gigi susu (kos RM250). Gigi bawah tu Doc cabut 1 saja. Yang lagi satu Doc advise bagi tercabut sendiri je since Adik pun dah 9 tahun. Tapi anak⁴ Ummi ni gigi susu depa kuat dan sihat, darjah 6 pun belum habis salin gigi. Kakak pun gigi gerahamnya (gigi susu) baru je 2-3 minggu lepas tercabut. 

Kita tengok je la kan, kalau lama sangat nak tercabut tu, mungkin jumpa dentist semula. Taknak la gigi berlapis pula nanti atau kedudukan gigi kekal tak sekata nanti. 
Semoga dipermudahkan 🤲🏻


Jamuan Raya SRAI

Cerita Jumaat lepas, 26 Syawal. 

SRAI buat jamuan raya. Kali ni menu lebih bebas w/pun setiap darjah tu sekolah galakkan bawa menu yang diberi. Tujuannya agar tidak membebankan ibu ayah. Sekolah pula sediakan nasi minyak dan bakso. 

Untuk T6 menunya pasta (tiada paksaan). Kakak requested pasta carbonara tapi sos carbonara habis jadi Ummi gantikan dengan pasta goreng letak Cheese & Herbs sauce

Letak sos ni memang sedap berlemak ye pasta kita. 

Letak chili flakes bagi ada rasa pedas² sikit, lagi sedap. Ummi campur 1 peket spaghetti, 1 peket fettuccine. Alhamdulillah licin, sekali dengan sudip hilang tanpa jejak 😆

Adik pula ikutkan cikgu suruh bawa teh bunga. Mana maunya dia....dia tak minum chrysanthemum tea jadi Ummi suggested bawa air Twister ni. 

Adik dan kawan² serta guru kelas. 

Bergambar juga ikut warna baju raya.
Adik pakai baju lama Kakak, warna soft pink. Kakak pula pakai baju raya ke-2, hijau. 

Ini makanan Adik tapau.

Yang ni Kakak bawa balik.
Dapat juga upah RM5, tolong cikgu² kemas dewan lepas majlis. Dadih comel gambar atas sekali tu Cg Tika bagi. Cute kan? 


Alhamdulillah selesai dah jamuan raya anak⁴ Ummi. Yang tak habis beraya lagi Walid depa 🤭 
Ada lagi jemputan dan jamuannya. 

Sunday, 13 April 2025

Sukan Tahunan SRAI 2025

Hari sukan sekolah SRAI kali ni bermula right after cuti raya; 8/4-12/4/2025. Setiap hari ada latihan sukan, latihan perbarisan, persiapan prop dsbnya. Pakai baju sukan je anak² minggu ni. Sukalah Ummi pun tak payah gosok baju sekolah :D 

Rabu 9/4 acara merentas desa
Patutlah sekolah buat awal, rupanya minggu ni dah ada MSSD Merentas Desa Gombak. Merentas Desa sekolah hari tu utk selection ke MSSD ni la. Pemenang tempat 1-5 automatik terpilih ke MSSD. 

Khamis tu dah mula Acara 1 untuk sukaneka. Adik bawa balik medal seketul; 

Tahniah Adik & kawan² 💙

Jumaat Ummi sempatlah luang masa sikit tolong cikgu rumah biru buat prop... 

Ketar tangan Ummi bila Cg Farah minta tolong gunting kain 😅 

Kemuncak minggu sukan ni ialah pada Sabtu 12/4. 

Acara diadakan di Stadium Saidina Hamzah, UIAM. Kali kedua Ummi hadir acara sukan SRAI di SSH ni. Kali pertama tahun 2018, Abang & Angah beraksi di SSH ni. 

Tema perbarisan tahun ni perbankan/insitusi kewangan. 

Bank Nuri 💙
Berseri bila kain oren tu digandingkan dgn baju biru depa ni. 

Rimau Bank 💛
Dasatttt gimik depa, ada drone ye... Ada parents sponsored rasanya. 

Octo Bank ❤️
Tabung Hijau 💚
Tak sempat sangat nak snapped gambar rumah² lain sebab Ummi tolong cikgu² rumah biru siapkan murid-murid. 

Credit: Sir 
Pinjam gambar Sir la lawa sikit 😅

Yang hujung kanan tengah masuk barisan tu anak² SRA. Tahun ni depa joined sekali acara kemuncak. 

Kakak masuk acara 4x100 P T6 wakil rumah biru. Dia pelari ke-4, lari sama² dgn bffs; Danisha & Izz. Bff Nurin pelari ke-2 rumah kuning dan bestie Medina pelari ke-3 rumah merah kot. Semua geng dia :D 

Hasil tuaian Kakak utk tahun terakhir di SRAI ☺️

Adik pula utk Acara 2 Sukaneka ni dapat #4. 

Well done Adik Kakak 👏🏻👏🏻👏🏻

Kedudukan selepas kejohanan;
💛
💙❤️ Kongsi mata 
💚

Tahniah semua warga SRAI! 

Kenangan #4beradik beraksi di SSH UIAM. 

Alhamdulillah. 





Sunday, 23 February 2025

Watikah Pelantikan Pengawas 25/26

Sebelum cuti sekolah hari tu, dah dapat surat pelantikan pengawas ni. Buka sekolah ni barulah berkuatkuasa. 

21/2 majlis rasmi pelantikan tersebut. Alhamdulillah Adik pun dapat jadi pengawas juga. Hari² dia minta Ummi Walid doakan dia dapat jadi pengawas. 

Happy for for you Adik 🫶🏻 

Besar amanah ni bukan untuk seronok² ye, ada tanggungjawab perlu dilaksanakan.

Selamat bertugas untuk Adik dan Kakak.


Monday, 10 February 2025

BAP Adik Kakak

Memo asal penyerahan BAP SRAI pada 13/2. Tapi Jumaat dapat memo baru 👇🏻

Makanya selesai urusan pembelian buku sekolah dan kelengkapan sekolah, kami terus ke SRAI. Sesi dilanjutkan hingga jam 4 ptg, alhamdulillah. 

Abang dan Angah ikut sekali, jadi dapatlah jumpa dengan cikgu² juga. Kawan² batch Angah ramai juga yang teman adik masing²; Wan, Akid, Munsif, Aisyah, Umai... Batch Abang tak perasan pula. 

Alhamdulillah keempat² anak dah dapat BAP. Pakat guna sorang sikit dulu beli alat tulis. 

Yang belum selesai, yuran sekolah. Untuk Adik Kakak dah dapat memo. Sesi baru nanti bayaran secara online belaka. Sekolah Abang belum lagi. Angah pun sama. Biasanya tunggu lepas mesyuarat PIBG. 

Tuesday, 4 February 2025

Persiapan Sekolah ~ Beli Buku Sekolah Gegirls

Memo beli buku sekolah dah keluar. 

Makanya pada tarikh 3/2 Isnin kelmarin Ummi pergilah sekolah dengan gegirls

Jumlah keseluruhan: RM 154.20

Cantik² bukunya, warna warni. 
Semalam dah selesai balut buku² aktiviti ni. Buku² teks alhamdulillah semuanya masih elok berbalut. Buku tulis je belum balut, tunggu cikgu bgtau dulu guna buku mana. Kadang 1 subjek 2 buku berbeza cikgu minta sediakan. 

Jadi, Ummi suruh anak² tulis je dulu nama dan kelas. Dah tulis² tu baru Kakak perasan, buku tulis Matematik takde. 

Buku #9 ni memang khusus utk subjek Math, buku kotak² kecik tu. RM1/sebuah.

Pergilah semula sekolah hari ni. Rupanya utk T5 & T6 memang tak dimasukkan dlm set buku tulis yang kami beli Isnin tu. Sebabnya stok terhad. Stok baru belum sampai. Jadi, siapa cepat dia dapat.  Masa beli kelmarin Cg takde pula cakap, kalau tak memang Ummi beli je terus sementara ada stok ni. Ini dah 2x kerja pulak. Mujurlah ada urusan lain juga di pejabat sekolah, jadi tidaklah ralat sangat. Malas betullah nak pergi sekolah time² cuti sekolah ni 😅



Monday, 20 January 2025

DIY Fresh Flower Bouquet


Ummi ke market Sri Gombak dulu pagi² hari anugerah HAKEM & KOHEM tempohari. Ambil inspirasi dari Sis Ezna dan Mama Tisya yang hadiahkan fresh flowers bouquet utk anak masing²; Dania & Tisya (respectively) masa depa naik pentas baru² ni. 

Ingatkan adalah roses and baby breath. Rupanya Indian lady tu cuma ada stok kekwa dan gerberas saiz kecik je. 
Bolehlahkan? 
Malas dah nak cari tempat lain. 
Florist pun buka pukul 10 onwards
Semua ni RM17 je. 

Balik rumah Ummi godek², terhasillah 2 jambangan bunga utk Adik dan Kakak. 

Sampai sekolah baru buka net tu. 
Kembang setamanlah si kekwa tu :) 

Bolehlah kan buat raso² :D 
Saja buat seronok² orang kata. Nak grand² sangat pun segan juga sbb cikgu pun ada jual chocolate bouquet. Taknaklah overshadow kan... 

Habis bergambar, balik rumah letak dalam vase. Bolehlah buat hiasan meja makan pulak.