Showing posts with label CH. Show all posts
Showing posts with label CH. Show all posts

Monday, 21 August 2023

Bharat Tea House 1

Hentian terakhir sebelum menamatkan percutian di Cameron Highlands tempohari.  

Awal kami checked out dari Avillion CH dan terus singgah di sini dalam perjalanan balik. Kami datang ke CH melalui  Simpang Pulai dan turun/balik pula ikut Tapah. 

One last time before we left... 
Tak boleh move on betul dengan scones CH ni :D 

Tak dapat duduk dekat anjung, ramai orang dah masa ni... Tapi tak kisah, sebab kami nak makan scones ja... Dah puas enjoy scenery ladang teh masa singgah di Cameron Valley 3 masa kami sampai tempohari. 

Harga tiket untuk masuk ke ladang. 

Kedai teh. Sempat lagi nak shopping teh kalau terlupa beli di atas sana :D 

Alhamdulillah percutian yang sangat menyeronokkan buat kami sekeluarga.





Thursday, 17 August 2023

Avillion Cameron Highlands

Kami pilih Avillion Cameron Highlands sebagai tempat penginapan sepanjang Cuti-Cuti CH ni. 

Bilik deluxe twin studio. Harga dalam RM270 semalam. 

Bilik luas, selesa untuk kami berenam walaupun Abang dan Angah terpaksa tidur di lantai. Adik dan Kakak pula malam kedua tu tidur dalam khemah. Nanti kita cerita ...

View dari bilik kami...

Hotel ni bukan stand alone building tapi terletak di sebuah premis perniagaan. 

Bawah tu ada mall, kopitiamrestoran, self service laundry... Paling best kedai Mr DIY kegemaran anak⁴. Berhadapan dengan bangunan tu pula ada medan selera, tempat kami menjamu selera sebab malas nak keluarkan kereta dari parking di basement. Dari basement nak naik ke lobi  hotel agak leceh sebab kena angkut bagasi di basement parking ke lift then ke lobby. But our rezeki, kebetulan ada porter datang masa kami baru nak check in. Terus angkut semua barang ke dalam baggage trolley. Ada guests terpaksa angkat bagasi sendiri sebab porter ni multi-task JD dia nampaknya. Sorang je pulak tu yang Ummi nampak. 

Open wardrobe...

Ada singki, peti ais dan kettle. 
Aircond takde :p 
Walaupun CH ni sejuk tapi sebelah siangnya terasa juga panas dan 'belengaih' kata orang Kedah. Kalau ada pendingin hawa lagi syok nak tarik selimut :p

Bilik air selesa, air pun lajuuuuu 👍
Ummi sejenis yang particular bab bilik air. Boleh kena anxiety attack kalau bilik air yang jenis air slow, bertakung apatah lagi kalau tersumbat. Had few experience regards to these issues. The latest one masa dekat Genting hari tu kan :p

Cafe berhampiran lobi. Pilihan makanan pelbagai, sesuai dengan harga dan penarafan bintangnya. 

Di bahagian belakang cafe ada mini garden... 

Playground for kids...

Gym for the teens...

Lagi satu, boleh sewa khemah dari hotel. Macam bilik kami ni takde anjung, berkhemah dalam bilik je la... Kalau bilik dekat playground tu mungkin lagi seronok nak main khemah² dekat anjung/beranda tu...

Inilah adik porter tu... Dia tukang angkat beg, dia juga tukang pasang khemah...  Baik budaknya 👍

Selamat malam Ummi 😘

Alhamdulillah selesa menginap di sini. Kekurangannya pada basement parking tu je la. Staff, food and hospitality are superb. Great location too. Thus, it's worth staying here. 

Avillion Cameron Highlands 
C-3 Jalan Camelia
Tanah Rata
39000 Cameron Highlands
Pahang Darul Makmur


Wednesday, 16 August 2023

Taman Agro Teknologi MARDI, Cameron Highlands

Jom la Ummi sambung cerita Cuti-Cuti Cameron Highlands raya puasa hari tu. Mana tahu, ada yang merancang nak ke CH cuti sekolah hujung bulan ni, boleh cari² dulu info dari perkongsian Ummi ni.  

Dari AyahMan Strawberry kami ke Taman Agro Teknologi MARDI pula. 

Waktu operasi: 8 pagi - 5 ptg. 

Bagi Ummi, tempat ni sangat sesuai untuk seisi keluarga. Hatta, warga emas juga sesuai berkunjung ke sini. Serba-serbi ada dalam ni; kebun strawberry, kebun sayur, petting zoo, nursery pokok, taman bunga, kebun teh (untuk penyelidikan MARDI mungkin) dsbnya. Kecuali kebun teh, bentuk muka bumi di sini landai, kalau bawa elderly parents pun tak payah nak naik bukit nak tengok strawberry dsbnya.  Kawasannya pun sangat luas, tak terasa sesak walaupun ramai pengunjung. Means tak tertumpu pada satu² area saja. Nak OOTD pun banyak port ye :

 Then, banyak kerusi/bangku untuk bersantai menikmati keindahan bunga² CH yang indah menawan sambil tengok anak² berlarian di taman. Jangan risau, kenderaan semua kena parkir di luar. Jadi anak² bebas nak berlari (of course parents kena pantau). Warga emas yang nak berehat sementara tunggu anak cucu habis berjalan pun takde masalah :D Jangan lupa bawa air kosong ye! #kekalsihat 

Masa family day office Ummi dulu, tahun 2005-2006 kot kami datang ke sini juga. Cuma tak ingat masa tu ada entrance fee atau tidak. 

Harga tiket semasa 👆
Lepas kaunter tiket ni ada jurufoto, terpulang nak berfoto atau tidak. Dulu² excited bila orang offer ambil gambar, nerd tak tau pulak lepas tu kena beli untuk dapatkan foto tu haha... 

Mula² kami berjalan² di taman bunga dulu...

Adik tak tinggal payung strawberry yang dibeli di Kea Farm...

Jatuh hati betul dengan bunga-bunga di CH ni. Dalam hati selalu terfikir, untungnya sesiapa yang dapat tinggal di CH ni :) Segar mata hari² tengok bunga warna-warni dan sayur-sayuran hijau. 
Kemudian, masuk kebun sayur. Kebun sayur ni bersih ye, bukan tipikal kebun sayur yang bau baja semua tu 😅 Lagipun ini tempat tumpuan, pastinya segala aspek diambilkira oleh pihak MARDI untuk keselesaan pelawat. Cuma, pokok² strawberry tinggal bunga dan putik, mungkin dah dipetik buahnya. 

Gerammm tengok tomato hijau² gini...buat ulam mentah sedap ni. Anggur tu pun nampak segar bugar. 

Ini pula yang ranum...pekerja² MARDI yang tengah sorting tomato tu siap offer dan bagi plastik untuk kami ambil secara percuma. Katanya kalau tak diambil nanti dibuang aje. Sebab buah begini jika dipasarkan nanti dah lemau/lembik bila tiba di destinasi. Ummi ambil jugalah dalam 10 biji sebab dah beli di Kea Farm sebelum ni. Nak ambil banyak pun, tomato bukan jenis tahan lamakan...

Ini pula kami masuk ke nursery pokok. Macam-macam pokok hiasan, pokok herba dan pokok ubat-ubatan ada di sini. Harga pun rahmah je :p

Cantik dalam ni... 

Lepas tu Ummi dah malas nak jalan haha...


Ummi lepak dengan Abang bawah pokok pine meanwhile Walid teman anak³ lain ke sebelah hujung sana pula...

Depa siap bagi rabbits makan lagi...

Lepas tu pakat lumba lari pula siapa sampai dulu ke tempat Ummi 😅

Bangunan cantik tu office MARDI rasanya. Petting zoo dengan kebun teh tu sebelah hujung sana. 

Rugi kalau tak singgah sini tau! 






Tuesday, 23 May 2023

AyahMan Strawberry, CH


Dari KEA FARM kami ke Kg Taman Sedia untuk memetik strawberry. Antara yang paling awal kami jumpa ialah AyahMan Strawberry. Di bahagian depan ialah kafe manakala di bahagian belakang pula kebun strawberry. 
Signature dish kat sini is Nasi Lemak Pandan Sambal Strawberry. 

Trademark di CH ni, laluan pejalan kaki berbumbungkan pokok² bunga... Redup, sejuk dan tenang je lalu bawah ni... 

Sebahagian meja makan diletakkan di bawah teduhan bunga-bungaan ni. Kalau buat event kat sini mesti letop! 

Memandangkan kafenya full house dan kami masih kekenyangan, kami terus masuk ke kebun strawberry. Masuk adalah percuma. Bakul kecil dan gunting disediakan di kaunter depan. 

Ya Allah, dah masak ranum buahnya! 
Dalam hati rasa beruntungnya kami datang ke sini, dapat petik strawberry yang fresh dan manis. Tertanya-tanya juga, yang ramai² dekat kafe tu datang untuk makan je ke? Strawberry dalam ni macam takde sapa sudi nak petik pun :D 

Ini baru betul kebun strawberry! 
Meriah sungguh buahnya...Masa singgah di Green View Garden pokok strawberry-nya hanya tinggal putik dan bunga :) 

Bersih dan terjaga kebunnya...

Bukti :p

Walaupun tergoda dengan kesegaran strawberry dalam ni tapi tidaklah banyak mana pun yang kami petik, sebab dah beli 2 pek besar di Kea Farm tadi. Masuk dalam kereta, yang baru dipetik ni habis licin, semuanya geram tengok buahnya yang ranum tu. 

Usai memetik strawberry dan bergambar dalam tu kami ke kaunter. Ada beberapa produk berasaskan strawberry yang dijual seperti jem, sambal strawberry dan kordial. Ummi beli sebotol kordial ni, sedap rupanya! Masa buat makan² raya hari tu habis sebotol kordial ni Ummi bancuh. Memang sedap 👍

Jika ada yang ke CH, cubalah usha produk ni. Jenama Cik Merah. Ummi hari tu beli botol kecik je, ingat nak buat raso² je, eh sedap la pulak. Patinya pekat dan rasa strawberry original, bukan sekadar perasa tambahan. 

Produk² lain termasuk scones... 

Alhamdulillah petik fresh strawberries

AyahMan Strawberry 
No. 44 Kampung Taman Sedia
Tanah Rata, 39000 CH
Pahang