Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Wednesday, 26 June 2024

'Frozen' Bahan Memasak

Salah satu cara nak panjangkan jangka hayat barang² dapur ialah dengan menyimpan secara frozen (sejukbeku). Tapi, kenalah tahu cara yang betul supaya bahan² ni kekal elok. 

Untuk daun pandan, basuh bersih daun pandan dan potong ikut citarasa. Nak lap dulu daunnya  hingga kering pun boleh. Simpan dalam bekas plastik/ziplock bags dan tutup rapat. Sebab Ummi tak berapa reti nak simpul daun pandan, asyik terburai bila dimasukkan dalam masakan, Ummi potong saiz ni. Terpulang ye. Bila nak guna, keluarkan dan tak perlu basuh lagi. Daun limau purut pun Ummi simpan style ni, alhamdulillah kekal warna dan aromanya. 

Kalau untuk daun kari, guna cara ni, lebih berkesan إن شاء الله 

Untuk kunyit hidup, halia dan lengkuas, basuh bersih, buang kulit dan hiris nipis. 

Susun atas pinggan/talam satu², jangan bertindih dan masukkan ke dalam freezer 1-2 jam. Bagi keras/beku dulu then pindahkan ke dalam bekas bersesuaian. 

Bila nak guna, ambil je berapa hirisan yg diperlukan. Alhamdulillah setakat ni, inilah cara yang paling sesuai dgn Ummi. 

Malam hari Arafah tempohari, Angah bawa balik lengkuas, ada jemaah surau sedekah. Bagus betul jemaah ni sedekah barang yang sangat function di musim² raya korban. Lengkuas ni  boleh guna untuk buat rendang, rebus daging dsbnya. Terima kasih Haji 👍

Ummi basuh bersih, hiris nipis dan simpan  macam cara di atas. Kali ni Ummi simpan dalam ziplock bag (gambar first, kanan sekali). Dedaun lain pun Ummi letak dalam ziplock bags, jimat space dalam freezer

Boleh cuba ye ... 

#Untuk sabun Do'zee tu, sebenarnya kena beli dengan stokis, sebab belum masuk pasaraya² besar. Selain MTM Mart, rasanya di Mydin ada produk ni. Do'zee ni produk bumiputera, nak masuk pasaraya besar mungkin banyak prosesnya. 

Berjaya racun kawan kita, blogger NA 😁
Dah guna belum? Hehe...

(Boleh rujuk website Do'zee untuk senarai stokis). Ummi takde kaitan ye dengan produk ni, sekadar share sebab Ummi suka guna ✌️
 
Sokong dan beli barangan buatan Malaysia gitewww :D  



 

Sunday, 5 March 2023

Teh Tarik ala Mak Bee

Seronok pulak bergaul dengan orang tua-tua macam mak Bee ni :D Ada-ada je tips dapur yang dikongsikan. 

Hari tu Mak Bee share cara nak buat teh tarik bagi sedap... 

Masak air dalam piyok sampai mendidih betul... Pahtu boh serbuk teh. Biar lah sampai warna teh tu keluar habih...pahtu boh susu... Tunggu air tu mendidih sekali lagi baru tutup api. Pahtu tapih la boh dalam jug... 

Baik Mak Bee, saya ikut tips tu...

Hasilnya fuhh... 

Abaikan comot-comot tu. Fokus pada tips-nya haha.... 

"Piyok ni jangang dok capo (campur) dengan hat len dah, khusus untuk dia (rebus teh) saja."  Pesan Mak Bee lagi ☺️

Sebelum ni pernah baca cara nak hasilkan teh tarik macam ni tapi bila dituturkan oleh Mak Bee baru betul-betul faham. Lagipun, sebelum ni memang Ummi rebus serbuk teh untuk buat teh tarik, tapi susunya dimasukkan kemudian. Tapis dulu teh ke dalam jug baru masuk susu, bukan didihkan sekali atas dapur. Salah teknik rupanya :D 

Dan, kalau malas nak tarik teh tu, masukkan bancuhan air teh yang telah ditapis tu ke dalam pengisar dan kisar beberapa saat hingga naik buihnya. Maklong yang mengajar ni :D 

Pastikan blender ni bebas dari sebarang anasir cili, kunyit, belacan dsbnya :p

Jemput! 

Saturday, 23 January 2021

Periuk Tanah in da House

Dah lama Ummi berminat untuk memiliki periuk tanah. Rileks je Ummi tengok Pavithra masak kari kambing menggunakan periuk tanah... Walaupun mengambil masa yang lebih lama untuk masak tapi hasilnya nampak sangat mengancam!

Ada beberapa sebab Ummi simpan niat ni. Satunya Ummi tak tahu nak beli di mana. Definitely not via online shops sebab Ummi bukan online shopper and secondly takut tertipu. Arwah Tok ada pesan, periuk tanah ni kalau tak pandai pilih, ada yang tiris (air meresap dalam periuk). Macam mana nak guna kalau jadi begitukan?

Akhirnya kunjungan Ummi ke  Kuala Kangsar menemukan Ummi dengan pengusaha dan penjual periuk tanah. Memang Ummi tak lepaskan peluang untuk membeli sebiji periuk tanah. Walaupun ada sedikit keraguan tapi memandangkan harganya tak sampai 40 ringgit pun, Ummi belilah. Lagipun periuk tanah keluaran Mehans Enterprise 
ada coating, seakan electric rice cooker. Ada disebut bahannya tapi Ummi lupa. Chances untuk tiris mungkin tiada, pada pandangan Ummi. 

Buah tangan untuk diri sendiri :D Pasu kecil tu free gift dari Hanis. Buat simpan brooch katanya. 

Labu sayong yang Ummi beli tu namanya labu gelugor. Baru ku tahu... 

Si empunya kedai, Hanis juga meminta Ummi menghubunginya terlebih dahulu sebelum menggunakan periuk tersebut untuk pertama kali. Ada petua yang ingin dikongsi. Wah, bagus ni! 

Balik ke Gombak, Ummi hubungi Hanis. Caranya ialah memasak air di dalam periuk tanah tersebut hingga mendidih hingga ada seakan kesan hitam dibawah periuk. Malangnya kali pertama Ummi cuba tips Hanis, periuk tanah Ummi seakan tiris. Ummi masak air secawan, tunggu punya tunggu, airnya tak mendidih. Tapi, makin lama air makin kurang. Dari secawan tinggal suku cawan. Tambah lagi air... Pun sama. Dari sebelum Maghrib hingga lepas Isyak Ummi renehkan air atas api, tak mendidih-didih. Give up dah Ummi :(

Ummi text semula Hanis dan dia minta Ummi cuba petua kedua. Ummi diminta masak kanji (bubur nasi) dengan periuk tanah ni. Ummi pun buatlah seperti diminta. Alhamdulillah berjaya haha... 

Esoknya terus masak kurma ayam dalam periuk ni :D 

Terus dapat title best kurma ayam ever dari diri sendiri ahaks! But seriously rasanya lebih sedap dan tekstur ayam lebih lembut tapi still kenyal. Mungkin sebab proses memasak lebih lama jadi rempah dan ayam bergaul sebati. Memang sedap. 

Ini pula masak lemak pucuk ubi + ikan masin. Sedap weyh! 

Selain untuk memasak, Ummi juga suka guna periuk tanah ni untuk menghidang... 


Ada rezeki Ummi nak singgah lagi ni Mehans Enterprise... Nak tambah koleksi periuk tanah 😉


Tuesday, 26 February 2019

Cara Bersihkan Kerang🐚🐚🐚


Emoji kerang takde, kita letak siput je kat tajuk tu, boleh?

Tadi Ummi pergi supermarket nampak ada kerang siap timbang, rm6 sebungkus. Sekilo ada kot. Kerang kecik2, kegemaran Ummi. Ummi beli sebungkus. 


Balik rumah haruslah bersihkan kerang tu kan... Biasanya Ummi akan masukkan dalam singki dan gosok/tonyoh/uli kerang tu sampai hilang segala kotoran yang zahir. Yang batin tak nampak, dalam kulit 😝

Tapi kali ni Ummi nak try tips yang dikongsikan oleh Sirap Limau dari Pn Shida Rahman. Dikongsikan 10 cara untuk bersihkan kerang supaya putih melepak dengan menggunakan beberapa bahan dapur;

1. Serai
Tumbuk beberapa batang serai dan rendam bersama kerang. Gosok dengan tangan. Biarkan 10 minit dan toskan.

2. Pelepah pisang
Gosokkan kerang dengan pelepah dan sedikit daun pisang.

3. Daun Ubi Kayu
Gaul dan ramas dengan daun ubi kayu.

4. Daun betik
Sama seperti #3 cuma gunakan daun betik. Ummi pun try cara ni tadi. Memang bersih. Kalau di kampung, atau ada pokok senduduk di tepi rumah, boleh juga digunakan daunnya untuk bersihkan kerang ni. Method sama seperti daun ubi kayu atau daun betik.


5. Hampas kelapa
Gaul kerang dengan hampas kelapa dan biarkan 1-2 jam. Bilas dan toskan.

6. Bawang putih
Basuh dengan bawang putih yang ditumbuk. 

7. Air beras
Rendam kerang dengan air beras. 

8. Asam keping
Rendam kerang dengan asam keping lebih kurang 1/2 jam.

9. Garam
Rendam kerang dengan garam. 

10. Serbuk kunyit
Rendam kerang bersama air kunyit selama 16 minit. Tak sure kenapa 16 minit tapi Ummi ikut juga. 


Kiranya tadi Ummi combined cara #4 dan #10. Memang puashati dengan hasilnya 👍👍👍


P/S: jangan lupa selawat ye masa bilas kerang tu 🤗

Tuesday, 3 October 2017

S.E.N.Y.U.M.


Credit source. 

Pagi tadi masa on the way ke kedai, Umi dengar radio Kool FM, slot Haiza & AG. Tetamu pagi ni Norman Hakim dan Prof Muhaya. Dengarlah NH cerita pasal anak dia yang belajar tahfiz tu. Sebak je dengar cerita dia, tentang minat dan kesungguhan anak dia nak jadi seorang 'Hafiz'. Siap nak tubuh team bola yang terdiri dari para Hafiz semuanya. Masha Allah. 

Habis beli barang on balik radio kereta dah sampai penghujung dah slot depa. NH sangat humble and bila the deejays asked him parenting tips dia berulang kali sebut "yang baik tu semua dari Allah, yang buruk tu dari kelemahan saya"... Kena istiqomah dan jadi a good role model utk anak2 katanya. 

Prof Muhaya pula minta pendengar amalkan SENYUM. Bukan sekadar senyum dibibir tapi makna senyum tu sendiri;

S ~ solat. Yang ni kena jaga betul2
E ~ empathy. Kena sentiasa ada rasa empati dengan orang lain 
N ~ nutrisi. Bukan sekadar makan nutritious food tapi jadikan diri kita orang yg bernutrisi; sentiasa positif, berinformasi dll bukannya jadi toxic people yang asyik bawa keburukan je 
Y ~ yakin. Yakin pada Allah pada setiap perkara; rezeki, jodoh, takdir dsbnya
U ~ ubudiyyah. Konsep kehambaan pada Allah
M ~ makrifatullah (mengenal Allah). Bila kita kenal Allah kita akan kenal diri kita, tujuan hidup kita. M ni juga maknanya membaca al Quran. Kena baca Quran hari2. 

Moga bermanfaat 😃


Friday, 16 June 2017

Nak lembutkan hati anak2? Jom ikut tips ni...


Penyejuk mata penawar hati Umi & Walid

Tips ni Umi dapat dari majalah Mingguan Wanita versi online. Mak-mak betul Umi ni, baca MM :). Zaman baca URTV ke Mangga ke dah laaaaama berlalu hikhik... 

Selalu kita dengar antara surah/ayat favorite untuk kita baca bagi melembutkan hati seseorang ialah surah Taha ayat 1-5 kan? Selain tu kawan Walid pernah kongsi dengan kami boleh juga baca surah al insyirah dan tiup pada ubun anak2 masa depa tidur. Ini especially untuk anak yang hyper active. 

Ini pula tips dari MM;



Credit:Mingguan Wanita.

Moga bermanfaat ye.
Sekarang pun kita dah berada di sepuluh malam terakhir Ramadhan, jom kita perbanyakkan berdoa di bulan yang mulia ni. Moga Allah memakbulkan DOA kita. Aamiin.


Monday, 2 January 2017

2017 Money Saving Challenge


Few days ago, my friend Cikbi shared with us a money saving chart. I think it is very useful and cool too. 

Credit source

Credit source

I have to skip these two because this is not viable for us. Most of our weekly budget goes to grocery shopping. Ngam-ngam je. It seems OK for the earlier weeks but later on the amount need to be saved becomes bigger. We might have to get extra fund, which might affect other expenses. So forget about them :) 

Meanwhile, I like to try the following methods. 
Credit source
 Though we are required to save a big amount of money but it is on monthly basis, which is easier and viable for us. Look at the total saving the we will have at the end of the year. Enticing!

Credit source

I like this one very much. Every time you get green note (rm5) or orange note (rm20) keep it in your tabung. However rm20 is a big money for me. So I substitute with gold coins. Lets make it fun while saving okeh

Credit source

Though this is meant for kids, but I want to try also. I have briefed Abang about this challenge and he seems to understand. To encourage him, I will do it too. We will see at the end of the year who has more saving. Another method that I will try is to save rm1 per day. I have done this before it was successful.  

Undoubtedly we need discipline in doing this. Can't wait to see the result, in another 363 days insha Allah. 

To get a clearer idea, please read this. 
Good luck!