Showing posts with label Home. Show all posts
Showing posts with label Home. Show all posts

Monday, 30 June 2025

Shopping @ Aeon AU2

Ahad lepas kami ke Aeon AU2 atau kami biasa sebut Aeon Keramat. Tujuan utama semestinya nak beli periuk baru, setelah periuk lama dah tak selamat digunakan akibat coating nya terkopek, tercalar.

Alhamdulillah dapat yang dihajati. 
Periuk lama warna maroon ni tapi kali ni Ummi pilih emerald green. Memang nak yang 2 saiz ni je. Sebab yang lama tu saiz 28 dan 32cm tu jarang sangat guna dan masih elok. Harga saiz 20cm RM39.90 dan yang saiz 24 pula RM49.90. 

Picnic set
Comel je... 
Berkenan dengan tong minuman tu tapi tak beli. Beli tumbler je 2 biji utk gegirls...

Berkenan juga dengan pinggan Luminarc ni... Tapi tak beli. Satu set tu 4 biji je. Kalau 6 ngam la untuk kami 6 beranak. 

Banyak juga sales yang best dekat sini. Minggu gaji agaknya kan...

Produk baru katanya, import dari Indonesia. Ummi belum try, Walid dah. Sedap katanya. 

Sebelum ke sini, kami singgah dulu di Surau Jabal Nur, dropped pakaian terpakai. Sekarang ni asal ada masa lapang buat spring cleaning. Bila ada surau/masjid buat program pengumpulan baju, kami terus hantar. Sekarang Ummi dah mampu buang rasa sayang pada baju² lama 😅 Dulu simpan juga sebab sentimental value la, nak perturunkan kpd Kakak la ...tapi fikir² balik, baiklah derma je. Simpan pun belum tentu Kakak nak pakai pun. Budak² sekarang pun ada taste sendiri. 

Malam tu terus rasmikan piyok baru. 
Bergegarlah pulak gambar pun, excited sangat Ummi ni pun 😆


Monday, 16 June 2025

Clearance Sale @ H&A Craft

5 tahun lepas kami tempah curtains cantik ni dengan H&A Craft. 

2 tahun kemudian bilik ni terbakar jadi tinggal kenanganlah sofa dan curtain cantik ni ☺️

Selepas kebakaran tu, H&A Craft tampil bantu kami dengan sponsored  curtain untuk semua pintu bilik dan tingkap rumah kami. Memang tak expect langsung tapi rezeki Allah aturkan alhamdulillah. Dan Allah sajalah yang mampu balas jasa baik mereka. 


Berbalik kepada tajuk, sekarang ni H&A Craft tengah buat clearance sale sebab depa nak renovate kedai. Depa nak pindahkan kedai di ground floor dan move ke tingkat 1. Fokus business lepas ni interior design, yang akan diterajui oleh anak perempuan beliau. Puan Halina nak berehat katanya :) 

Seronok bila tengok business berkembang dan diteruskan oleh generasi seterusnya. And the best part, new generation ni bawa idea dan perubahan baru, which will make the business sustain, survive & progress.

Pn Halina kata nak clear semua 😍
Perabot² dalam ni mostly wooden furniture, deco items pun banyak, mostly English style


Ummi plan nak pergi semula sebab that day dah lewat petang kami pergi, lepas Asar. Nak cari small items untuk deco rumah. Ada few lukisan yang menarik perhatian Ummi juga. 

Ada rezeki nak pasang diamond mirror ni. 
Belum ambil ukuran, kemudian nak minta quotation dulu dengan Pn Halina. Dah ada anggaran kos tu bolehlah pelan² menabung. 

Ini cash & carry je.
Berkenan tapi itulah, tak tau la jadi rezeki Ummi ke tidak. Tiba² ada komitmen lain pulak 😅 Takpelah kita yakin dengan aturan rezeki dari-Nya. If it's meant to be yours, it will be yours. Gitewww :D 

Clearance sale ni sedang berlangsung. Dalam masa yang sama renovation pun depa dah slowly start dekat tingkat 1 tu. Bahagian renovation suami Pn Halina yang handle. All under one roof; reno/build, ID, furnishings semua depa boleh buat 👍🏻

Kata Pn Halina nanti ofis baru dah siap, takdelah offer murah² ni. Alamak, kena cepat² la grab mana yang berkenan tu :D 

Boleh la cuci² mata dekat TT diorang (H&A Craft) atau datang terus ke kedai depa. Sebelah² Maybank Sri Gombak tu je. Kot la ada yang berminat 🤗

Wednesday, 11 June 2025

Beli Frame Islamic @ Dians Signature


Dari SRAI S7 tu kami ke Dians Signature yang juga terletak di Seksyen 7. 

Galeri di tingkat 1. 
Manakala aras bawah (sebelah kiri) tu bengkel/office

Dekat tangga pun cantik ye dihias dengan bingkai² bercirikan Islamik. 

Masuk ke dalam lagilah terpukau ye... Cantik sangat hasil kerja DS ni...

Berkenan yang mermaid ni... Tengah in la sekarang design ni. Tapi ribu riban harganya. Bajet kami ratusan jakkk ☺️

Motif daun pun ada...
Ada rezeki nak beli letak dekat tangga. Cantik juga ni...

Design mihrab pun lawa²...
Kalau ada ruang luas nak buat mini surau atau sudut untuk solat dalam bilik ke pejabat ke cantiklah letak mihrab ni kan...

Dari segi harga tu Ummi rasa berbaloi kot dengan barang yang dijual ni. Ada yang mahal, ada yang murah bergantung juga pada material yang digunakan. 

Pemiliknya muda lagi ye, 30-an tak silap Ummi. Bagus orangnya, datang bertegur sapa dan bersalam dgn pelanggan. Dulu khat DS dijual secara online kemudian baru ada physical store di Shah Alam ni. Ummi tahu kewujudan DS ni melalui TikTok. 

Set yang kami tempah ni takde stok jadi kena tunggu seminggu baru siap. Setel-kan payment nanti dah siap depa akan call untuk collect. Nak pos pun boleh rasanya.  

Inilah set yang kami pilih. 

Masa H datang service aircond tu, minta dia tolong pasangkan frame ni sebab kami takde tools yang sesuai nak tebuk dinding tu. 

Abang pula Ummi tugaskan pasang motor jam (jarum tu disertakan berasingan jadi kena pasang sendiri). 

Dah siap pasang alhamdulillah. 
Lama dah nak beli frame khat ni tapi belum jumpa yang betul² berkenan dan suit our budget. Harga asal set ni RM480 tapi ada offer less RM100. 
Raya Haji tempohari dapatlah bergambar berlatarbelakangkan frame ni. Lama dah dinding tu kosong. Bila letak frame ni nampak berserilah sikit ruang tamu alhamdulillah. 

Dian's Signature 
7-1, Jalan Keluli 7/109, Seksyen 7, 
40000 Shah Alam, 
Selangor
Waktu Operasi: 10.00 pg - 9.00 mlm (setiap hari) 

Thursday, 5 June 2025

3.6 | Service Aircond & etc


Panggil H, our aircond man untuk service aircond di master bedroom kami. 

Sebelum ni set 24°C w full kipas pun tak sejuk. Sekarang set 27°C pun sejuk ya amat. Banyak habuk kata H. Gas ada lagi. Puashati kerja dia, teliti dan kemas. 

Sambil tu minta H tolong buat beberapa perkara lagi.

Pasang wall fan dan baby fan di bilik Kakak dan Adik. Ceiling fan yang lama terpaksa diturunkan sebab sangkut pada wardrobe yang baru dipasang tu. 

Masa ukur contractor kata lepas tapi blla pasang tak lepas pula blade kipas tu dalam 2 inci. Sebab bawah wardrobe tu kan ada macam platform sikit itu yang ukurannya lari sikit. 

Sampai 2 kipas Walid beli untuk bilik depa. 
Wall fan Mitsubishi sama dgn wall fan dapur Ummi. Manakala baby fan tu jenama Rezo, first time beli jenama ni. Dah namanya baby fan, manja² je putarannya. Kena buka full swing baru sejuk kata Kakak. Harga (for record) RM230 dan RM200 respectively

Minta juga H gantikan cover suis ni. Bilik anak jantan, hilang habis cover pun. Tekan suis macam nak bergaduh. Geram je Ummi Walid tengok 🤨

Total upah;


Ironinya, bila aircond dah sejuk hujan pulak turun :) 2 hari berturut² dah hujan di tempat kami alhamdulillah. 

Hujan 7 Zulhijjah semalam.
Siap ambil video sebab excited dah lama tak hujan lebat gini :D 


Friday, 16 May 2025

Chopper Mr DIY

Electric chopper Ummi dah pecah² balangnya. Tapi masih boleh digunakan sebab yang pecah /sumbing tu bahagian kaki balang. Boleh lagi guna cuma kesian la tengok condition-nya tu 😂

Walid dah belikan yang baru tapi sampai sekarang belum dirasmikan lagi. Sebab saiznya besar sangat! Beli online gitulah, tak nampak real size nya tu. Plus ianya tak handy macam yang Ummi guna sekarang, jenis tekan² tu. Kita ni takat nak chop bawang sebiji dua je, bukan hari² nak buat kenduri :p 

Lepas tu nampak Khairul Aming guna chopper jenis tarik² ni, try beli la satu. 

Ummi beli yang Mr DIY punya je, RM7 lebih. Yang lagi besar pun ada tapi this one just nice bagi Ummi. 

Hasilnya. Untuk masak belado, okay dah ni kan. Ummi suka kasar² sebab boleh rasa bawang dan cilinya tu. 
Apapun kalau nak lagi halus, tarik lagi lama. Cuma ianya tak dapatlah sehalus guna chopper letrik kot. Yang ni ikut kudrat kita menarik tali chopper ni. 

Satu lagi tak pastilah kalau serai, lengkuas jenis keras² tu mampu ke tidak chopper jenis tali ni hancurkan. So far Ummi guna untuk chop bawang dan cili je. Itupun bawang² tu potong dulu dan cilinya pula patah²kan dulu sebelum di-chop

Kalau nak bawa pi piknik ke camping ke  nak masak² simple² je boleh bawa chopper ni sebab tak perlu guna letrik. Mudah juga kan.  

DISCLAIMER: Ini bukan iklan berbayar ✌🏻


Saturday, 26 April 2025

Impulse Buying ~ Foldable Mattress

Lewat petang semalam singgah sekejap di Dewan Beringin SG, ada jualan gudang perabot. 

Ada sofa, katil dan tilam, meja makan dan bedding items. Tak banyak mana pun. Bantal² pun boleh tahan harganya ye 🫣

Yang menarik perhatian Ummi ialah foldable mattress ni. Dah lama teringin nak beli, boleh bentang depan TV. 

Kenapa nak bentang depan TV? 
Tengoklah tu 👇🏻

Ummi jugak yang kena mengalah... Depa atas sofa, Ummi kat bawah 🙄

Jadi Ummi belilah satu. 

Ada casing tu senang nak simpan atau nak bawak travel. Itupun kalau muat kereta la :D 

Jarang la nak impulse buy ni tapi sesekali layan juga keinginan hati ☺️

Friday, 25 April 2025

Kemas Beranda

Ikutkan pagi Sabtu nak kemas beranda ni dengan Walid dengan gegirls. Tapi sebelum ambil anak² di sekolah pagi semalam terajin la pulak. Ummi clear-kan beranda tu sorang². Kitanya gagah wak :p 

Texted Walid minta dia tolong basuh/mop la beranda ni. Ummi bab nak bersih ni suka Walid yang buat. Dia lebih teliti. Ummi bab kemas/sorting Ummi suka. 

Barang² yang dekat beranda semua Ummi keluarkan termasuk sofa 3-seater tu. How I managed to do that? Jawapan Ummi pada anak², you don't have to be strong, but you need to be smart 🤓 

Alhamdulillah, this morning dah siap dibersihkan dan meja makan pun dah selamat dipindahkan ke beranda ni. Kot ada tetamu nak datang sembang² duduk je la dekat beranda ni. Geng Main pun boleh la lepak tang ni. Abang nak study pun boleh kat luar ni. 


Tumbuhan hijau wajiblah ada 💚

Nanti² kita gi cari hiasan atas meja dan dinding. In Sha Allah. 

Thursday, 10 April 2025

Bunga di Laman

Selain risaukan 'bunga nan seekor' ni, Ummi juga asyik teringat pokok² Ummi masa balik raya hari tu. Ialah, hari² kita siram, kita belai terpisah seminggu tu pastilah teringat dan sesekali risau juga takut mati dek cuaca panas membahang. 

Pagi Isnin tu barulah ada masa nak belek² pokok depan rumah. Yang diluar pagar alhamdulillah semuanya hidup except anak² cili yang baru nak bertunas. Maknanya ada hujan jugalah sepanjang kami balik kampung tu alhamdulillah. 

Pokok ros hadiahkan Ummi sekuntum bunganya 🩷

Mini sunflower ni pun berbunga juga 💛

Paling surprised tengok anak pokok telang ni dah berbunga! Pokoknya baru 2 jengkal kot tingginya tapi dah berbunga ye 💜

Kenit je kan... 

Ni pula Morning Glory, bukan Ummi tanam tapi tumbuh meliar dekat tempat Ummi parked kereta masa jaga checkpoint merentas desa kelmarin tu. Cantik kan? 

Ni pula bunga raya, snapped di rumah kawan Ummi raya hari tu... Ummi minat bunga raya tapi so far belum pernah tanam bunga raya. 

Senang tak nak jaga?