Showing posts with label Api. Show all posts
Showing posts with label Api. Show all posts

Wednesday, 2 November 2022

Assalamualaikum, Syurga ☺️



Syurgalah ibaratnya, bagi kami yang tak punya apa-apa ni. Sekadar menumpang nikmat Allah bagi. 

17 tahun kami menghuni 'rumahku syurgaku' ni; penuh nikmat dan bahagia Allah bagi. Dalam rumah ni kami bina kehidupan, besarkan anak4, cipta memori dan menikmati bahagia dengan cara kami sendiri. Alhamdulillah tiada ribut membadai selama ini, hinggalah Allah 'cuit' sikit dengan ujian kebakaran tempohari. 
Malu sebenarnya nak bandingkan 11 minggu dengan 17 tahun penuh nikmat Allah bagi tu. Jelas, nikmat-Nya lebih besar dari ujian yang diberi. 

Apapun, alhamdulillah ujian itu berjaya kami lalui berkat doa dan sokongan semua. 

77 hari (11 minggu) terpaksa keluar dari syurga kami adalah pengalaman yang amat berharga, terutama buat anak4. Sekurang-kurangnya mereka belajar erti susah dan ketidakselesaan tinggal di rumah sewa. Malah, Ummi sendiri ambil pengajaran; sederhana itu lebih sempurna.  

Alhamdulillah hampir semuanya kembali kepada asal, malah ada yang lebih baik. Syukur atas rezekinya. 

Masih dalam proses mengemas dan mencuci sebenarnya. Master bedroom belum pasang curtains dan wardrobe. Banyak juga kerja susun atur nak kena buat untuk tingkat atas ni, jadi kami fokus untuk setel-kan tingkat bawah dulu. 

Dekat 3 bulan duduk homestay ala studio unit, selesa pulak duduk tingkat bawah ni yang lengkap serba-serbi; dapur, bilik air dsbnya haha ... 

Paling best dapat baring sambil layan Astro. Rindu tau momen ni selama dok menyewa :D 

Credit: Source.


الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات




Tuesday, 1 November 2022

Api ~ Coretan Minggu 11

Alhamdulillah kerja baikpulih dan penambahbaikan rumah berjalan lancar seperti yang dirancang. Hanya puji-pujian selayaknya kepada Allah SWT yang mempermudahkan segala urusan. 

Masuk minggu ke-11 ni, lebih kepada kerja-kerja finishing & final touch. 

Sambil kontraktor siapkan rumah, kami cuci sikit-sikit mana yang boleh. 

Angah paling rajin tolong Ummi bersihkan rumah. Tak sabar nak balik ke rumah katanya. 

H&A Craft ukur curtains. 

Lastly sekali kami buat ialah upah orang cuci & polish lantai ni. Separuh hari juga kerjanya. Depa bawa 2 machines jadi lebih cepat kerjanya.

Bila dah siap tu, dia punya shining boleh suluh muka 😂

Geng main pun kemain seronoklah... Dah lama depa tak dapat main sama-sama. 

77 hari yang penuh warna-warni. Alhamdulillah kami berjaya harungi bersama as a family. Benar sekali, ujian datang untuk menguatkan kita, bukan untuk melemahkan. Malah, menambah rasa yakin dan kebergantungan kepada-Nya. Dia Maha Berkehendak atas tiap-tiap sesuatu. 

Jazakallah semua yang sentiasa bersama kami. Walaupun sekadar bertanya khabar sekali-sekala, it means a lot to us. Mudah-mudahan segala kebaikan kembali kepada kalian jua 🤲


Friday, 28 October 2022

Busy :p

Sehari dua ni Ummi super duper busy. 
Sibuk, tapi bahagia alhamdulillah ☺️
Dah lama tunggu momen ni, bila hadir kita dakap penuh kesyukuran :p


Selamat berhujung minggu semua. 

Tuesday, 25 October 2022

Api ~ Coretan Minggu 10

Syukur alhamdulillah Kontraktor Rumah sangat cekap dan cepat buat kerja. Baru 2 hari bekerja (start kerja Sabtu 15/10) dah nampak significant progress yang mereka buat. 

Day 64
Day 65

Day 66

Day 67
Day 68

Day 69

My kitchen. 
Hacked untuk letak plug Coway. Unfortunately, KE tersilap. Sepatutnya maintain 3 plugs in this area tapi beliau pasang 1 saja. Takpe, takpe... Kita adjust nanti. Lagipun 4 plugs kat atas tu ada.

Day 70 

KR pasang cornish di bahagian ruang tamu. Silingnya pula kami minta KR skim coat saja. Tak cukup duit nak buat plaster ceiling :p. Cornish tu pula fungsinya bukan setakat mencantikkan siling, tapi untuk tutup wayar eletrik yang dipasang di sebelah dalamnya. Baru tau ☺️

Walaupun KE sedikit delay (sebab buat wiring di rumah Aunty Farah juga) tapi alhamdulillah all went well for this week. Dari Minggu Ke-9 banyak sangat perkembangannya alhamdulillah. 

Sikit lagi 💪


Monday, 24 October 2022

Cuti Deepavali ~ Day 2

Sementara Walid dan Abang cuti ni, banyaklah urusan kemas-mengemas dapat disiapkan. Belum boleh kemas betul-betul, lebih kepada alih barang dari satu tempat ke satu tempat yg lain sebab nak bagi ruang kepada kontraktor buat kerja. Kerja mengecat (coating/sealer) dan ganti tiles yang pecah dan 'lompong' dek haba panas semasa kebakaran hari tu dah disiapkan semalam. Alhamdulillah banyak progress 🤲

Ummi re-potting tanaman di belakang rumah. Esok-esok nak kena ke Ninso lagi agaknya, pasu tak cukup. 

Singgah Bandi ambil Queen. Alhamdulillah selesai satu bab. 

Lepas Zohor kami ke Dewan Orang Ramai Batu Muda meraikan jemputan kenduri kahwin anak Kak Leha GTM. Sebelum ni dah 2x kami menghadiri kenduri kahwin anak-anak beliau. Walaupun Walid dah bertukar tempat kerja dan Kak Leha pun dah bersara, tapi ukhuwah masih terjalin. 

Sedap betul nasi kenduri kali ni. Ke sebab kami terlebih lapar? Hahaha... Nasi, lauk semua sedap sangat.

Tapai
Dulu arwah Tok buat guna daun keladi. Yang ini daun pisang. Ada juga yang guna daun getah. Kecik-kecik dulu Ummi tak makan tapai, dah besar baru reti makan. Kalau jumpa di rumah kenduri tu, jarang Ummi lepaskan. 

Selamat Pengantin Baru buat mempelai. Untuk Kak Leha, terima kasih banyak atas undangan. Ada rezeki jemputlah lagi :p 

Sunday, 23 October 2022

Cuti Deepavali ~ Day 1

Alhamdulillah panjang cuti Deepavali kali ni. Bila anak4 cuti sekolah kira Ummi pun cutilah walaupun hakikatnya lagi banyak kot tugasan menanti.

Rancangan asal nak ke Cameron Highlands tapi memandangkan kerja baikpulih rumah sedang giat dilaksanakan, tak seronok pula nak tinggalkan rumah. Tambahan pula Kontraktor Elektrik slow pulak kerjanya lately, kena push bagi cepat. Dah delay dekat seminggu dah :( On the other hand, kerja-kerja by Kontraktor Rumah boleh dikatakan dah 80% dah siap. Alhamdulillah. 

Pagi semalam singgah sini dulu sebelum balik rumah. Apa kes? Nantilah kita story :)

Then balik rumah untuk mulakan kerja mengemas. Abang ada, legalah Ummi & Walid sebab ada tenaga tambahan. 

Pakaian Ummi yang baru nak dicuci. Bukan taknak cuci awal, tapi takde tempat nak simpan jadi biar saja dalam wardrobe. Yang dah dicuci sebelum ni pun nampak gayanya kena cuci semula. Walaupun simpan dalam plastik, tapi habuk dari tebuk dinding untuk wiring tu tak boleh bincang! 

Reward ~ bawa anak4 pergi pasar malam. Bagi RM10 seorang, belilah apa yang teringin. 

Seronok pulak Sri Gombak ni lengang je :D 







 

Monday, 17 October 2022

Api ~ Coretan Minggu 9

Alhamdulillah masuk minggu ke-9 sinar bahagia makin terang :p Tak sabar rasanya nak berkongsi rasa gembira dengan kawan-kawan maya dan semua yang dari hari pertama kejadian hingga minggu ke-8 tetap teguh memberi sokongan. It means a lot to us. Berkat doa semua kami mampu tersenyum dalam duka, alhamdulillah. 

Day 57
Ummi ke rumah seorang rakan blogger yang menawarkan kami rumahnya yang hendak dijual sebagai tempat tinggal sementara. Allahu Akbar! Terharu sangat sebab tak pernah kenal secara peribadi tapi Allah gerakkan hati beliau untuk bantu kami. Memang speechless! 

Walaupun tawaran tersebut terpaksa ditolak, budi beliau akan sentiasa kami kenang. Doa kami agar beliau sekeluarga sentiasa dalam rahmat-Nya dan dipermudahkan segala urusan mereka sekeluarga 🤲 Siapa dia? Tunggu ...

Day 60 
Genap 60 hari, pada 12/10 (Rabu) bersamaan 15 Rabiul Awal kerja 3R; repair, reinstate & renovate rumah kami bermula. Alhamdulillah syukur. Perkara pertama yang kami lakukan ialah re-wiring untuk seluruh rumah.

Day 61 

Wiring ni start di tingkat atas

Day 62

Hari ke-3, tingkat bawah pula... Masa terbakar hari tu dah teruk keadaan dalam rumah ni, sekarang lagi teruk rasanya 😅 Habuk di mana-mana...Sebab kena hack dinding untuk masukkan segala wayar eletrik tu.  

Beauty is pain! 
Sedih tengok dinding rumah 'berparut' gini... Fret not, nanti depa touch up balik and re-paint the wall. Lawa baliklah nanti :p

Dan alhamdulillah, hari ni 14/10 (kejadian 14/8) tuntutan Takaful kami diluluskan. Berkat hari Jumaat, alhamdulillah.

Day 63 

Alhamdulillah, Cik Aiman (Kontraktor Rumah) dah start kerja. Kiranya dua-dua kontraktor works concurrently nak percepatkan proses baikpulih rumah kami ni since 2 bulan masa terbuang begitu sahaja. 

Untuk proses baikpulih dan penambahbaikan rumah ni kami engaged 2 kontraktor; 

I. Kontraktor Elektrik - Uncle Burn
(kontraktor berlesen TNB merangkap jiran). Kejadian tempohari membuka mata kami dan (orang sekeliling) akan kepentingan memperbaharui pendawaian eletrik di rumah. Kata rakan di bidang OSHA, setiap 10-15 tahun sekali elok ditukar wiring rumah. 

II. Kontraktor Rumah - Cik Aiman
Sejak 2010 kami bekerjasama dengan Cik Aiman untuk kerja renovasi dan maintenance rumah. Jadi, bila TI kata boleh guna khidmat kontraktor pilihan sendiri ataupun panel kontraktor mereka, kami pilih Cik Aiman sebab dah biasa dengan beliau dan sentiasa berpuashati dengan hasil kerjanya.

Alhamdulillah, sebab kedua-dua mereka faham keadaan kami maka lajulah pakat buat kerja. Hari Ahad pun depa kerja :D 

Suka juga Ummi nak kongsikan satu perkara, iaitu bab rezeki. Apa yang disebut kalau dah rezeki tak ke mana kena sangat dengan situasi kedua-dua kontraktor kami ni. Awal dulu kami dah minta quotation dari mereka, then submitted to TI, but both the PIC & LA kata kena engage panel contractor jadi kami akur. Malah, Uncle Burn dan Cik Aiman pun faham akan ketetapan insurans ni. Finally, rezeki ni berbalik semula kepada mereka berdua. Subhanallah! 

Moga terus diberi kemudahan dan kekuatan buat kami 🤲

Tuesday, 11 October 2022

Api ~ Coretan Minggu 8

Selepas 2 minggu tanpa perkembangan positif, alhamdulillah syukur akhirnya nampak cahaya di hujung terowong! 

Day 51
LA submitted the amended report. 

Day 52
Claim Dept (CD) issued the Settlement Offer (SO) and asked us to review the SO, sign the IBG form and send back to them. Since ada beberapa terms yang kami kurang faham, so we seek their clarification. Masa ni jugalah baru kami tahu bahawa selama ni we were misinformed about the claim process. The misinformation had led us to make inaccurate decisions  and had cost us a lot financially. Takpe, now we focus on getting the SO done. We will deal with the issue later, انشاء الله

Day 53
We found out ada few items tersalah kira, so CD kena recalculate the figure. Take another day or two. SO ni mengandungi antaranya details scope of works, unit price dan quantity. Secara amnya, anything attached to the ceiling & walls dikira contents and are covered in the policy. Another thing covered is the building itself. Bila dapat SO ni kena check one by one items yang diberi. Once dah sign, tak boleh ubah/tukar. 

Day 55
Received final SO. Alhamdulillah semua figure nampaknya betul jadi berkat hari Jumaat yang mulia, kami signed dan returned the consent form

Day 56
Bila dimaklumkan bahawa kami boleh pilih untuk guna  khidmat panel kontraktor TI atau kontraktor pilihan sendiri, kami terus mengatur pertemuan dengan Uncle Aiman (Kontraktor Rumah - KR), yang kami biasa upah untuk kerja-kerja repair & renovate rumah sebelum ni dan Uncle Burn (Kontraktor Elektrik - KE), jiran yang ada lesen sebagai kontraktor TNB.. Kami perincikan segala kerja, keperluan dan kehendak kami, selaras dengan bajet yang diluluskan oleh TI. 

Sementara menanti SO ni terasa berat bahu ni memikul beban. Alhamdulillah bila ada perkembangan positif sebegini, terasa sangat gembira dan bahu semakin ringan :D Walaupun masih jauh lagi dari berakhir ujian ni tapi we just live in the moment disamping terus berdoa dan bertawakkal kepada-Nya. 


Terima kasih diatas doa dan sokongan berterusan dari semua 🌹

Tuesday, 4 October 2022

Api ~ Coretan Minggu 7

Dah 7 minggu guys :( 

Sama seperti minggu ke-6, tiada perkembangan memberangsangkan tentang case kami. Tapi, berita gembiranya Claims Dept (CD) sedang review our case. 

Unfortunately, hari ke-46, we were told that there the LA didn't include wardrobe in her assessment, which not only puzzled us but the CD as well. Hence, they need to get clarification from her. And from Wed to Friday neither us nor CD could reach her. She didn't pick up her phone or return our calls. So that week just passed by

Moga Allah terbitkan rasa empati dalam diri mereka untuk memudahkan urusan kami sekeluarga.  Bila dah upset sangat tu, tak mampu nak buat apa, hanya berserah kepada-Nya dan terus berdoa. Benda di luar kawalan. Whatever it is, we believe that Allah has a better plan for us. Perkara ni berlarutan pasti ada hikmahnya. Better keep being positive, kalau tak sakit kepala! 

الله المستعان 


Wednesday, 28 September 2022

Mubarak Lounge Homestay, Batu 8 Gombak

Dari hari kejadian 14/8-27/8 kami tinggal di Soho Hotel. Kemudian dari 28/8-16/9 kami tinggal di Mubarak Lounge Homestay Batu 8 Gombak. 

Dalam banyak-banyak contact numbers yang diberi oleh kawan-kawan & kenalan, Mubarak Lounge ni yang terakhir Ummi called. Alhamdulillah rezeki kami, dapat sewa untuk sebulan straight. Owner pun baik hati, minta bayaran secara mingguan. Jadinya bila minggu ke-3 kami mohon untuk keluar, beliau tiada halangan.  Alhamdulillah rezeki bertemu orang yang baik-baik belaka. 

Lengkap dengan peti sejuk dan mesin basuh. 

Dapur gas pun disediakan...

Lapang hati Ummi dapat buat aktiviti harian seperti membasuh dan memasak. 

Pasang cadar dan selimut dari rumah supaya lebih feel at home. Froggy the Frog tu pun ikut sekali:)

Kalau nak tahu, dulu tempat ni ialah Akademi Fateh Hakim, tempat tuition UPKK Abang dulu 🙂. Owner sekarang sewa dan buat homestay di tingkat atas manakala tingkat bawah ada kedai runcit dan kedai sabun dobi. 

Setiap kali entah berapa kali kami turun naik tangga ni... Sampai kuruslah :p

Rupanya homestay ni dekat dgn rumah Medina, bff Kakak. Dah hujung-hujung duduk sini baru tau... 

Alhamdulillah, dari segi kemudahan dan kadar sewa sangat OK cuma kekurangan homestay ni takde aircond. Paling struggle time nak tidur. Terpaksa berkipas, tidur atas lantai dsbnya sampai terlelap. Angah sampai buka baju haha .. Bukan berlagak, tapi dah terbiasa on aircond masa tidur, jadi susah juga nak biasakan diri. Masuk minggu ke-2 , Ummi angkut sekali table fan hihi ..TV pun takde, tapi takde masalah. Boleh je stream live TV kat laptop. Petang-petang Adik layan Anak Beranak Abe Yie 😂

Lagi satu, parking sangat limited dan sempit, kawasan kampungkan... Malas nak berebut (tak sempat berebut pun, sebab asyik penuh je parking-nya), Ummi parking di kawasan lapang berhampiran. Masalahnya, setiap hari kami kena berjalan dalam 5 minit ke kereta. Berjalan tu takde masalah tapi nak bawa barang, keselamatan (sebab 6.30 pagi keluar rumah) semua tu mengganggu juga. Kadang tu anak2 tertinggal homework dalam kereta, satu kerja pula nak ke kereta. Bertambah parah, Ummi kena hadap semua ni sorang-sorang. Temporary PJJ masa ni :( 

Pandangan tempat parking dari balkoni rumah. 

Adik sambut Merdeka di balkoni homestay. Seronok dia tengok kereta motor  lalu lalang di jalan besar bawah tu.. 

Apapun tetap satu kenangan juga untuk kami khususnya anak4 yang dah terbiasa hidup di kawasan taman perumahan. Pesanan untuk anak4, hidup ni umpama roda, adakala hidup kita smooth, ada kala kita diuji. Be positive dan sentiasa berlapang dada. Semua berlaku ada sebab, ada hikmah. 

Mubarak Lounge Homestay
Jalan Gombak Batu 8
Kg Sg Chinchin
53100 Kuala Lumpur