Showing posts with label WA. Show all posts
Showing posts with label WA. Show all posts

Friday, 14 August 2020

Update Status 2 - Koleksi Doa


Doa, satu perkara yang sangat mudah diamalkan tapi punya impak yang sangat besar terutama di kalangan orang Mukmin. Dengan doa, rasa kuat kebergantungan kita kepada al Khaliq. 

Hari ni Ummi nak share doa-doa yang boleh kita amalkan setiap hari. Ummi kongsi dari status updates kawan-kawan. Alhamdulillah Ummi dikelilingi oleh sahabat, rakan, kenalan yang baik-baik. Status masing-masing dihiasi dengan doa, kata-kata positif, motivational quotes dsbnya. Jadi dapatlah Ummi ambil tempiasnya dan berkongsi di blog pula. Moga bermanfaat untuk kita semua. 

 Ini kawan-kawan geng meniaga rajin share, doa-doa murah rezeki. Kita yang tak berniaga ni pun apa salahnya tumpang sekaki amalkan. Semua orang mengharapkan rezeki yang lumayan kan? 



Selain mohon dimurahkan rezeki, mohon juga agar beroleh rezeki halal lagi berkat. 


Doa mohon kemudahan ni arwah Ustaz Md Isa, guru sekolah Ummi dulu selalu baca setiap kali perhimpunan mingguan diadakan. Mohon diamalkan Insha Allah mudah segala urusan harian kita. 


Doa ni ikut ustaz/ustazah elok dibaca dalam sujud terakhir dalam setiap solat. 


Manakala doa di bawah ni pula untuk diamalkan selepas solat. 

Perkongsian dari Ustaz KS. 

Perkongsian doa ni dari Ustaz KS juga, amalan lembut hati. Kaedahnya dengan membaca 7x يا لطيف  , diikuti ayat di atas (ayat 19 Surah al Syuura kemudian hembus pada muka. Ulang semula 3x atau 7x. 

Terima kasih Ustaz. 

Semoga bermanfaat. 


Saturday, 8 August 2020

Update Status 1


Bila ada mood, rajin juga, Ummi update status di WhatsApp :D 

Ini antara doa pengasih kata sesetengah orang. Amalkan dengan niat yang baik, Insha Allah anak-anak dengar dan patuh cakap kita. 

Hasil tuaian pagi semalam. 
Sedap juga daun kunyit tu dibuat ulam. 

Inspirational quote by our first astronaut. Cik CT minat giler dengan Dr Sheikh ni masa beliau bujang dulu :) 

From Wafi untuk Abang 😍

Dating dengan Walid last Saturday kot. Bawa Adik sorang je, naik motor. Sekali hujan daa... 

Harcest day. 

For the first two weeks of school reopening, tiap-tiap hari Ummi sediakan bekal. Lepas tu depa tukar selera, nak beli nasi lemak simpang pula. Lega Ummi 🤭

Tapi nak kena rajinkan diri balik sebab cikgu kelas Angah dah tanya " kamu ni tak boring ke hari-hari makan nasi lemak? 😂😂😂