Showing posts with label Umi. Show all posts
Showing posts with label Umi. Show all posts

Monday, 23 June 2025

Belum Rezeki 😌

Masa ke H&A Craft tu Ummi berkenan dengan set teko ni. 

Very very nice kan? 
Harga yang ditawarkan RM350. Ada 6 cawan, 6 saucers dan 6 dessert plates. Ummi memang nak 'angkat' dah tapi dessert plates tu tak cukup 2 biji. Sebab diorang tengah pindah² barang mungkin misplaced agaknya. Sebab ada items/set yang dijadikan display set

Pesan dengan Pn Halina kalau dah complete set tu minta bagitau. Ummi pun lupa nak letak deposit dulu. 

Pagi tadi text dia semula katanya dah ada customer beli wpun tak cukup set huhu... Ummi pun actually plan kalau tak jumpa juga 2 biji dessert plates tu nak beli jugalah. Mungkin nak nego sikitlah harganya tu sebab incomplete set

Tapi itulah, rezeki orang lain. 
Ralat juga tapi sebab set teko ni lebih kpd kehendak jadi tidaklah kecewa sangat. Yang keperluan sekarang ni set periuk baru sebab periuk Dessini Ummi tu dah calar², coating dia dah mengelupas which is dah tak selamat katanya nak digunakan. Mula pakai bulan 7 2020, means almost 5 tahun jugalah Ummi guna. 



Saturday, 21 June 2025

Ngeteh @ Restoran Bintang Tujuh

Jumaat hujan pagi dan mendung sepanjang hari. Angah pula PB jadi berbakul² juga baju nak dikeringkan. Makanya ke dobi la malam tu. 

Sambil² tunggu baju jom la ngeteh dulu....

Nampak sorang waiter tu bawa 'something' yang nampaknya sedap, tanya waiter yang ambil order kami... Apa tu tanya Ummi? Oh itu naan cheese garlic katanya. 

Okay, bagi satu boss... 
Sejak bila dia jadi boss kita kan ahak 😆 

Sedap esp makan panas² ...
Ada 3 jenis dipping sauce... kuah kari/dhal yang hujung tu sedap. 

Lepak la sini sampai baju siap dikeringkan.  Syukur sekarang ni dah ada dryer machine, senang bila baju menimbun ni. Syukur juga askar³ tolong kalih baju :D 


Cuti Rehat @ 20.6 | Jumaat

Anak² SRAI direhatkan semalam (Jumaat) sebab hari ni ada program KAMIL. Adik Kakak dua² tak masuk KAMIL Zon ni. Kakak dilamar untuk masuk team Nasyid, main percussion sebab cikgu² nampak dia main dengan baik masa KAMIL Sekolah hari tu. Tapi Kakak tolak pelawaan cikgu³ dgn baik sebab dia nak fokus untuk MSSD BoJa. Training BoJa ni pun dah banyak dia skipped kelas. Plus dia nak masuk untuk acara KAMIL Negeri nanti. Mujurlah cikgu³ hormat keputusan Kakak dan Ummi pun tak nak paksa dia. Bagi dia ruang untuk belajar buat keputusan sendiri. 

Bila anak² cuti, sempatlah Walid breakfast di rumah dulu sebelum keluar ke ofis

Pagi semalam hujan... 
Lepas sarapan kami layan movie Indonesia di Netflix. Cerita seram konon² beranilah nak tengok pagi² kan... Judulnya Petaka Gunung Gede (Haunting of Mount Gede). 

Anak² tutup mata dengan tangan/bantal bila hantu keluar ... Umminya pun sama 😂 
Ambil komik Adik, intai subtitle je part seram² tu... Adoi la... Dah tua² ni baru perasan penakut juga Ummi ni haha... Kecik² dulu takdelah penakut macam sekarang. Filem Perjanjian dengan Syaitan lakonan Seniwati Azean Irdawaty  dan Rahsia lakonan Noorkumalasari antara yang seramlah bagi Ummi. Tapi steady je tengok. Cuma part kepala Noorkumalasari berpusing² tu sampai sekarang rasa goosebumps 

Sempat juga sambung baca buku. Entah bila nak habis pun tak tau la tapi Ummi bertekad nak aktif balik membaca buku secara fizikal ni. 

Untuk lunch, Ummi masak Sup Daging dan celur mee kuning. Jadilah Mee Sup simple untuk kami anak beranak sebelum keluar ambil Angah di asrama. Okay juga adik²nya cuti, takdelah rushing sangat nak menjemput dia. 

All the best untuk kawan² Kakak yang masuk KAMIL Zon 💪🏻


Wednesday, 18 June 2025

Bubur Nasi

Alhamdulillah terima kasih semua atas DOA dan ucapan. Maaf tak dapat nak balas satu². 

Malam semalam telan sebiji ubat selsema. Pagi tadi pun telan sebiji alhamdulillah rasa lega sikit. Cuma hidung masih rasa tersumbat dan dada rasa berat sikit. PCM Ummi tak makan sebab rasa macam demam tak demam je. Suhu tak panas tapi rasa sejuk sampai kena pakai stoking, baru rasa selesa.Batuk pula batuk² manja je. 

Selera makan masih ada alhamdulillah. Itu yang boleh bertahan kot sebab kita ni walaupun sakit demam tetap la ada tanggungjawab nak diuruskan. 

Malam ni teringin nak makan bubur nasi. Makanya terhasillah bubur nasi hasil bantuan pressure cooker :) 

Ummi masak 1 cawan beras + 3 cawan air + halia dlm 2 inci dan tekan button pressure cook. Bila dah masak tu tengok² nasi tak jadi bubur pun! Jadi nasi juga tapi lembut (bukan lembik). Makanya Ummi tambah 5-6 cawan air dan tekan button stir fry pulak 10 minit. Sambil tu tambah kuib ayam ½ je dan garam. Tak nak ada rasa yang overpowering, nak ada rasa nasi tu. 

Panaskan baki kuah sup tulang raya haji tu buat kuah dan hirup panas². Pergh segar rasa badan ni. Tapi belum berpeluh :( 

Malam ni Ummi try minum air lemon + madu pula. Sebab ramai suggest gini kan... Madu ni dapat masa wedding di Bayswater tu. 







Monday, 16 June 2025

Not Feeling Well

Tekak dah mula gatal² dan rasa perit, hidung pun dah mula berhingus huhu... 

Makanya jom la kita ambil langkah pencegahan semulajadi. Lemon + air panas. Arwah Tok dulu selalu pesan kalau batuk/sakit tekak banyakkan minum air suam panas. Means air tu kena panas² bukan suam. Letak air panas lebih dari air mati/sejuk.  Panas yang boleh minum bukan tahap kena tiup² air tu. Masa berpantang pun Ummi amal minum air suam panas ni untuk banyakkan susu badan. 

Jom la sarapan. 
Lapar pulak 😅 

Fetuccine Carbonara leftover dari melawat Abang Ahad lepas. Hantar barang sebab dia ada event weekend ni In Sha Allah. 

Bawa ni je... 
Dia ada kelas sampai pukul 5 jadi tak bawa nasilah kali ni. 

Pulun Abang ye...
Usaha kena gigih, semangat kena kuat, hidup ni keras 💪🏻




Tuesday, 3 June 2025

Macam² Hal @ 2 Jun

Cuti umum sempena Keputeraan YDPA, kami tak ke mana-mana. Operasi mengemas rumah selepas pasang wardrobe bilik anak² masih diteruskan. 

Bila dah mengemas, banyaklah barang yang nak dilupuskan. Mana yang boleh dikitar semula, bawa ke Rise@KL. Balik dari situlah Walid perasan 1 dari 4 skru tayar belakang kereta Ummi penutupnya takde. 

Ini kalau tak perasan, tengah² bawa tayar tercabut ke, masuk lopak ke rim bengkok ke apa ke naya la kan. Sori, bab keselamatan ni Ummi overthinking 🙏🏻

Terus ke bengkel Tauke Leong, syukur buka hari ni. 

Aiya macamana boleh hilang satu? Sapa curi? 

Kami pun tertanya² juga sebab nak buka penutup skru tu kena pakai screw driver yang bulat tu kan... Macam nak buka tayar kalau pancit tu, bukan mudah sebab skru tayar ni ketat. Even kalau kita tukar tayar pun, selalu tengok orang pijak² dengan kaki untuk ketatkan skrunya tu kan. For sure bukan kerja budak² ni sebab perlukan alat khas, tenaga dan masa nak bukak skru ni ... Malas nak panjang cerita, biarlah Allah balas sapa² yang buat kerja ni. 

TL suggest pakai skru camni pulak. Sebab skru jenis ni orang tak boleh simply buka. 

Tayar belakang ni pun dah lama, jadi tukar sekali. Dah 💸💸💸 duit >500 termasuk buat sekali balancing & alignment. Hikmahnya bila benda ni jadi, dapatlah tayar baru :D Tahun 2020 rupanya tayar belakang ni. 

Lepas tu terpandang pulak pokok Durian Belanda ni. Buah yang Ummi dok tunggu masa nak petik, dah tinggal tangkai! Nak kata burung @ tupai biasanya depa tebuk buah, bukan ragut gini. Mungkin monyet, sebab minggu lepas ada budak² nampak monyet dekat kebun Cik Leha. Belum rezeki Ummi :( 

Tengahari tu juga ada jiran maklumkan ada ular dalam rumah dia. Minta tolong jiran² bukakan gate belakang ni sebab JPAM nak masuk. Jiran tu kat luar kawasan, bibiknya yang nampak ular ni. Ummi pun tolonglah buka gate tu dgn Cik Leha. Tengok² van JPAM lalu je sebelah kami, tak berhenti pun. Rupanya JPAM dah masuk rumah jiran tu, tak jumpa ular. Depa balik je tak cari dalam longkang ke apa pun. Mudah-mudahan kami semua dilindungi-Nya. 

Nun di BSP, Mommy Zya hosted a ladies gathering dekat homestay dia. Ummi tak pergilah sebab rancangnya nak ziarah GB, re-admitted to hospital lepas accident sebelum Hari Guru tempohari. Tapi sebab urusan kereta Ummi 👆🏻 terpaksa tangguh niat nak ziarah GB. Lama juga Walid melangut di bengkel TL sebab banyak kereta lain depa nak service/repair . 

Walaupun begitu, banyak kerja dapat diselesaikan bila tak kemana-mana ni kan...

Tukang pukul 💪🏻
Selesai almari lama depa dua robohkan. 
Lega mata Ummi tengok bilik depa dah lapang. 

Walid belanja pizza as a token of appreciation 🫰🏻





Thursday, 22 May 2025

Semai Biji Bunga Matahari

Cuti hari wesak 12/5 hari tu Ummi semai biji benih bunga matahari yang dikirim oleh Nur. 

Ummi semai 3 biji dulu, nak tengok hidup ke idok... Punyalah sayang dan rasa berharga sangat pemberian Nur ni, tak berani nak semai semua sekaligus. 

17/5 Ummi tengok satu dari 3 biji tu dah mula tumbuh. Yang ni guna pasu dan tanah sedia ada. 

Pasu dan tanah ni pula beli di Mr DIY. 
Pasu tu murah la, RM2.20 je sebiji. Besar juga, diameter pasu tu ± sebesar pinggan makan tu rasanya. Sesuailah untuk tanam pokok bunga matahari sebab tak salah benih bunga matahari yang Nur bagi ni jenis renek (dwarf). Kali ni Ummi semai 4 biji benih bunga matahari tu. Hari² Ummi belek pasu² ni nak tengok perkembangan benih² bunga matahari ni 😁

22/5 Alhamdulillah , 1 dari 4 biji benih tu mula bertunas. 

Yang first ni dah mula berdaun.
Harapnya membesar dengan elok, subur... 
Pertama kali Ummi tanam pokok bunga matahari ni. Excited bercampur nervous nak tengok hasilnya 😅 

Yang selebihnya tak tahulah akan tumbuh ke tidak. Cuma, salah satu pasu tu Ummi dah tabur biji capsicum, dah mula tumbuh dah...

Yang biji benih bunga matahari tu tak tahulah mana dia sembunyi :( 

Selalu tanam pokok buah²an, tak rumit sangat nak jaga. Mai tang bunga ni rasa 'fragile' pulak :) 

Wish me luck






Wednesday, 21 May 2025

Maiishelloud Berwajah Baru

Sarapan di Maiishelloud hari ni... 
Dah berwajah baru, lebih cantik dan ceria. 
Nak tengok wajah lama di sini :D 

Dulu susun atur dan dekorasi agak serabut, sekarang cantik tersusun. Tray makanan pun dah ditukar; lebih cantik dan tampak lebih menarik. 

Frame besar yang memaparkan gambar celebrity couple dan figura² terkenal lain dah diturunkan. Rating kebersihan A 👍🏻

Nasi Dagang Ikan Aye regu dengan Kopi Ais.
Total RM13. 

Suasana dalam restoran tenang dan selesa. Alhamdulillah kenyang dan syukur untuk rezeki yang tak pernah putus. Mudah-mudahan saudara kita di sana juga diberi kecukupan dan perlindungan. 

Balas Membalas

Minggu lepas Ummi baru ada kesempatan bagi hadiah birthday dekat Ciktah. 

Hari tu Ciktah bagi hadiah birthday untuk Ummi, jadi segan pula Ummi bila tak bagi hadiah utk Ciktah di hari jadinya. Jadi masa beli hadiah Hari Guru hari tu, Ummi beli sekali hadiah utk Ciktah ni... 

Itulah berbalas² pulak 😄

Petang semalam dia texted Ummi, suruh tunggu kejap masa ambil anak². Nah, 2 karton air bikarbonat keluaran Amway dia bagi. Yang cranberry + grape (kiri) tu sedap 👍🏻

Tqsm Ciktah 😘 
Ada lori ada bas ye :p 




Monday, 12 May 2025

Hadiah Hari Ibu

Ummi tidaklah menyambut Hari Ibu. Malah, tak perasan pun semalam tu HI. 

Turun ke dapur semalam, Adik hulurkan hadiah untuk Ummi. 

Berbunga jugalah hati Ummi bila tengok effort Adik ni kan... Kad tu dia buat sendiri hasil tunjuk ajar YouTube. Hadiah dia beli di kedai buku sekolah. Menjelang Hari Guru ni banyaklah stok hadiah sweet² gini di kedai buku sekolah tu. 

Terima kasih Adik 💗







Sunday, 11 May 2025

Meeting KSIB F2

Since Walid balik kampung, Ummilah 'terpaksa' hadir ke Mesyuarat KSIB F2 ni. Terpaksa sebab biasanya bab meeting Walid yang handle. Ummi bab join/volunteer program/aktiviti tu Ummi sukalah. 

Baju ni Maklong bagi. 
Kebetulan pula Maklong gi haji semalam. Dan kebetulan lagi Ummi dah pilih baju ni, then baru dapat memo parents F2 digalakkan pakai baju warna kuning! What a coincidence 😄

Untuk potluck, Ummi bawa pisang. 
Kuning juga :D 

Anak soleh ni nampak je kereta Ummi terus turun dari kelas. Depa ada prep. Jumpa la kejap then lepas habis mesyuarat bawa dia outing jap. 

Batch Angah ni nanti batch pertama STEM  sepenuhnya. Sayang pula rasanya bila subjek Syariah (PSI) dan Quran Sunnah (PQS) serta Sains akan digugurkan dalam silibus SMKA TMUA. Semoga dipermudahkan urusan anak² semua. 

Apapun alhamdulillah mesyuarat berjalan lancar. Ada pemilihan utk AJK KSIB sebab ni baru perjumpaan pertama. Selamat menjalankan tugas buat semua yang dilantik sebagai AJK. 



Thursday, 1 May 2025

KLMJ #2

Macam biasalah bila mengemas, Ummi suka mengulit kenangan. Itu yang suka kemas sorang², boleh layan perasaan sambil² mengemas. 

Ummi bukan saja kemas beranda tapi juga sorting baju untuk program pengumpulan baju di Masjid Ar Rahimah Greenwood last week.  

Ada satu storage box tu barangan/pakaian anak⁴ masa baby ... Kali ni baru ada kekuatan nak 'berpisah' dengan barang² ni... Sebelum ni kemas, simpan balik dah berapa kali dah 🤭

Mittens & booties yang belum guna ni Ummi let go. Yang warna hijau tu  baju kurung dari kain sari. Kainnya Walid beli di Mumbai

Lemek/lapik tidur Abang. Yang ni Ummi belum kuat untuk lepaskan. Besar sangat maknanya kehadiran Abang dalam hidup kami, selepas 5 tahun menunggu zuriat 🥹 
Of course la kehadiran anak³ lain pun setiap seorang tu membawa makna yg sangat besar dalam hidup Ummi Walid. Lemek ni memang keempat⁴ anak guna sebab sangat sentimental nilainya bagi Ummi. 

Dress Adik pakai masa kenduri aqiqah dia. Dress ni Makngah Fiza hadiahkan... 
Anak singa tu sibuk je, orang mengemas dia pun nak mengemas (baca: mengacau) haha... 

Barut baby 🤩
Yang sebelah tu bengkung moden, sangat mrmbantu ye esp bagi yang C-zer. Nak pakai senang, ada strap

Tali dan casing luggage bag masa gi haji. 
Jubah putih Ummi pakai masa wuquf manakala yang merah ni Ummi beli di Mina. 20 riyal je rasanya. Jubah biasa je, buat salin² di sana. 

Jubah untuk Kakak. Untuk Ummi pun ada, kiranya sedondon la kami 2 beranak. Beli di Madinah jubah ni. 

Ummi gi haji umur dia genap 10 bulan, hari berangkat tu. Kami balik haji, dia dah 11 bulan ½, dah mula nak bertatih. Allahu Akbar, bila ingat balik memang syahduuuu, auto mata berair ☺️

Dah penat mengemas dan penat melayan kenangan pi la beli kopi sat...

 Kitanya old school wakkkkk, beli 
Kopi Ais Mamak jer ... :D 

Sudi² baca: KLMJ #1 🤗