Showing posts with label PKP. Show all posts
Showing posts with label PKP. Show all posts

Monday, 12 July 2021

Ke Zoo Melaka 2021

Bagaikan memahami kebosanan anak-anak yang terperuk di rumah Zoo Melaka mengambil inisiatif mengadakan lawatan ke Zoo Melaka secara maya. 


Ummi pun ambillah peluang ni untuk 'bawa' anak-anak melawat zoo. Siap kempen  kawan-kawan dan ipar duai suruh join... Anak-anak pun dah jemu hadap PdPR hari-hari, sesekali bila ada program sebegini dapat hilangkan juga bosan mereka. 

Bukan setakat depa seronok, Ummi Walid pun sama naik haha... Maklumlah dah lama tak melawat zoo. 

Hari pertama berkenalan dengan white rhino. Berat dia sama dengan lori 2 tan!
 
Hari kedua haiwan lain pula.. Macaws... Tapi kami terlupa. Tengok rakaman saja tapi still menarik. Cuba ke FB Zoo Melaka Official rasanya ada lagi video program ni. 

Bersih dan terjaga nampaknya zoo ni. 

Program ni diadakan secara percuma tapi kalau nak menyumbang sangat digalakkan. Ialah, zoo pun tiada pendapatan sejak PKP ni kan. 

Ummi pernah ke Zoo Melaka ni, waktu malam. Tahun 2005 rasanya. Kami ada family day office Ummi. Kami naik tram untuk tengok haiwan. Nampak gajah tapi kurus dia. Pastu bila guide tersuluh mata Pak Belang, semua takut sebab dia pun tengah tenung kitorang 😅 

Itulah rasanya kali terakhir Ummi pergi zoo. Masa family day Jitra di Taiping (tahun 2015) Ummi tengah 'mabuk' pregnant-kan Adik. Tak ikut depa pi zoo. Sekali lagi ke Taiping semasa wedding Paksu Arshad tak sempat pula nak singgah di Zoo Taiping tu. Bulan 11 tahun lepas plan-nya nak tebus discounted ticket price offered by Zoo Negara sempena birthday Abang dan Kakak tup-tup PKPB dah kena cancel. Akhirnya kelmarin baru berjodoh dengan Zoo Melaka :D 





Saturday, 3 July 2021

PKPD pulak 😔

Mulai hari ni PKPD dilaksanakan di 8 daerah di Selangor dan beberapa lokaliti di KL selama 2 minggu (2/7-16/7/2021). Kami di Gombak ni merasalah semua fasa PKP ni; PKP penuh, PKPB dan PKPP. Entah di mana silapnya, PKP 3.0 gagal membendung penularan Covid-19 mutakhir ini. Tak nampak lagi cahaya di hujung terowong huhu... Whatever it is, life has to go on 💪

Hari pertama PKPD ni mood rajin berada pada skala paling tinggi haha... Dari pagi sampai petang ada aje aktiviti mengemas dan mencantikkan rumah :D Mood rajin tu datang sebab Walid & kids pun bersungguh-sungguh nampaknya kemas Iuar rumah, Ummi pun jadi bersemangat juga :) Minggu lepas Walid repainted rak pinggan yang dah lama terbiar di belakang rumah, dah jadi tempat simpan harta karun hehe...

Wajah baru rak pinggan Ummi. .


Rak lama ni pun diberi nafas baru... Entah berapa tahun dah usianya. Memang lama sangat dah berbakti; rak barang dapur, rak baju Tok dan terakhir berkhidmat sebagai rak dobi. Rak Hyllis Ikea Ummi dah angkut ke dalam rumah, letak peralatan dapur. 


Lepasspray...
Nampak macam baru 😍

Now jadi rak buku depa pulak... 

Ini pula previously rak buku depa. Pun dah bertahun-tahun beli. Zaman nak beli perabot gi Giant haha... Melendut dah kesan letak buku 3 beradik tu. Now Ummi jadikan rak baju Abang & Angah pula. Guna je selagi boleh. 

Ini pula rak laundry...

Rak ni sebelum ni letak bawah kaunter dapur. Konon nak hias bawah sinki dan bawah dapur (Wawasan 2020 Ummj). Sekarang ni rasa nak letak kat belakang mesih basuh pula. 

Dalam keadaan sekarang, rasanya tak perlulah berbelanja pada bukan keperluan. Nak tukar mood, kita re-purpose je items dalam rumah atau alih susun atur perabot dalam rumah. Pun boleh naikkan mood kan ?


Monday, 14 June 2021

Day 1 PdPR 3.0

Credit source. 

Jangan kata separuh nyawa, sikit pun tak rindu dengan PdPR ni haha... Tapi, sebab dah makin terbiasa dengan keadaan ni, I tried to make the best of it. Segala persiapan dan kemudahan untuk PdPR anak-anak tetap Ummi sediakan the best we could. Satu je masalah, ink printer dah tinggal nyawa-nyawa ikan. Kedai stationery tutup sebab PKP. Terpaksalah  order online. Itupun ambil masa juga nak deliver katanya. 

Setiap fasa (?) PdPR, setiap kali tukar setting tempat belajar depa. Semuanya demi nak menghasilkan mood belajar yang terbaik untuk anak-anak. Gitew...

Kali ni dok tepi tangga pulak. Meja merah tu baru beli, RM100 sebab meja lama terbakaq masa letak tungku untuk rebus ketupat raya
hari tu 😅

Berbalik kepada PdPR, di pihak sekolah pun nampaknya lebih bersedia dan ada penambahbaikan dijalankan. Sebelum ni SRAI hanya 2 subjek 1 hari, dengan 2 set jadual berlainan untuk minggu genap dan minggu ganjil. Tapi, kali ni  3-4 subjek untuk satu hari. Sesi PdPR juga secara bersemuka di platform Google Meet, bukan sekadar tugasan melalui aplikasi WhatsApp dan Google Classroom sahaja. Ini bermakna, kelas Angah dan Kakak adalah secara back to back. Dari 8.00 pg hingga 1 t/hari adalah PdPR. 

Kakak ni kalau masuk kelas online, kemain bersemangat. Ummi di tingkat atas pun boleh dengar suara dia bila dia berinteraksi dengan cikgu :D

Kelas kedua dia dah penat duduk atas kerusi. Bersila atas lantai lagi selesa katanya :D. Asalkan nak belajar, Ummi ok je. 

Adik atas tilam pun boleh buat homework haha... Angah tu dah kelas no 4 tu... Belajar kat bilik Ummi pulak. Lemau dah tu :D 

Abang steady... Ummi dah tak perlu pantau sangat. But still kena push dia juga untuk siapkan tugasan cikgu bagi. Suka tangguh kerja 😇 Abang ni kelas dia lagi lama, sampai petang... Sekolah dia ikut macam jadual hari biasa. Sebelah petang ada tutorial, sebagai ganti 'kelas prep'. Mujoq 'prep malam' takde hehe..  Cuma minggu ni hafazan secara rakaman video sebab Ustaz Halaqah ada kursus. 

Untuk PdPR kali ni, Angah cakap dia nak jadi orang terawal siapkan setiap tugasan cikgu bagi... Petang tadi pulun buat tugasan PSV; Bakul Cantik. 

Semalam pulun buat tugasan Kek Cawan, tugasan sebelum cuti sekolah. Lama sangat KIV, last night baru turned in tugasan di GC. Takpe, kita raikan semangat dia 💪💪💪

Alhamdulillah all went well for day 1. Esok-esok tak tahulah kalau Ummi bertukar jadi singa 🤭


Sunday, 21 February 2021

Bilik study baru...

Sebelum ni semuanya di living hall; sofa, meja makan, TV dan study station. Di mata Ummi, semak dan sesak sangat nampaknya. Sepanjang PdPR memang tak boleh on TV takut mengganggu anak-anak yang sedang belajar. Tapi boring sebenarnya especially bagi yang tiada kelas. Ummi pun boring haha...

Paling tak seronok ditempat terbuka sebegini kadang tu bila kita lalu di belakang, imej kita appear dalam camera. Apatah lagi kalau anak-anak lupa set background yang bersesuaian. Nak selamat, kadang tu bertudunglah Ummi walau dalam rumah. 

Finally we decided to move the study station to bilik bawah, which was previously occupied by Tok. 

Mula-mula kosongkan dulu bilik ni. Bilik ni kami renovate masa nak sambut kelahiran Abang, almost 13 years ago. Cat mahal tu Abg Pian guna, sampai sekarang nampak elok. Nak sambut anak sulung khenn... 

Alhamdulillah anak-anak nampaknya lebih selesa dan fokus. Ummi pun senang nak monitor sebab sebelah ofis Ummi iaitu dapur :D Sambil masak sambil boleh mengajar. Supermom sangat haha...

Alhamdulillah it was also a timely decision. Elok je lepas pindahkan tempat belajar ni ke dalam bilik, cikgu kelas Abang bagi jadual PdPR baru, mula besok. 

Kelas 7.30am hingga 4.00pm- 4.30pm daily. Eloklah tu, boleh biasakan diri dari sekarang. Bulan 4 nanti dah mula kelas bersemuka انشاء الله 

Belajar rajin-rajin ye anak-anak... Ummi Walid dah cuba yang terbaik untuk sediakan ruang yang conducive untuk belajar. Ambil peluang dan manfaatkan sebaiknya sebagai tanda kita bersyukur. Makin banyak kita bersyukur, makin banyak Allah bagi. Peringatan mesra untuk diri sendiri juga :)


Wednesday, 20 January 2021

Sesi Persekolahan 2021 bermula...

Semalam 20/1/2021 sesi persekolahan 2021 dibuka. Kalut juga rupanya walaupun ianya dibuka secara maya bagi hampir semua sekolah. Hanya certain group of students yang akan ambil peperiksaan besar yang belajar secara bersemuka.
Ummi pagi semalam, lepas solat Subuh kejutkan Adik dan terus turun ke dapur untuk sediakan breakfast. Adik request nak makan sosej, telur dan air Milo. Kakak pula Ummi minta tolong siapkan Adik. Dah siap sarapan, turn Ummi bersiap. First day anak sekolah wajiblah Ummi hadir sekali :D

Dah dekat pukul 8, jomlah cepat! Dari jauh nampak pagar sekolah dibuka, tapi tak nampak murid-murid. Lagilah kalut. Takut semua dah masuk kelas. 

Posing dekat luar sekolah dulu. 

Tiba-tiba cikgu keluar... Sekolah tutup Kak... Hah???? Rupanya cikgu texted parents lepas Subuh. Ummi pula tak tengok phone langsung sebelum keluar rumah tadi.



Balik gitu je lah haha... 

Episod kalut sampai ke hari ni berterusan. Cikgu-cikgu sekolah Angah & Kakak pakat buat online classes (OC) via Google Meet. Campur dengan OC Abang lagi, back to back classes. Semua info masuk ke phone Ummi... Kenalah Ummi sentiasa alert. 

Untuk Angah & Kakak ok, sebab perhubungan guna WA Group kelas. Cikgu-cikgu pun mostly Ummi kenal. Senang nak berkomunikasi jika ada sebarang kesulitan. 

Yang mencabar ialah PdPR Abang. Medium komunikasi guna WA dan Telegram. Telegram ni Ummi kurang cekap, masih terkial-kial nak guna. Then, setiap subjek ada group-nya sendiri sama ada WA @ Telegram. Baru 2 hari sekolah bertambah-tambah group sembang Ummi di kedua-dua applikasi tersebut 😅 Esok lusa bila bertambah subjek, bertambah lagilah nampaknya... Inilah gaya belajar di zaman 2021 ni :D 

Buku teks belum dapat. Print dulu buku teks digital sebagai rujukan anak-anak. Print Topik 1 je dulu dengan harapan tak lama lagi diberi kebenaran untuk ambil buku teks di sekolah. 

Ummi nampak tahun ni masing-masing lebih bersedia; guru dan ibubapa. Kalau dulu cikgu-cikgu hanya bagi latihan 1-2 muka surat, now cikgu-cikgu buat OC dulu. Ada interaksi antara guru dan murid-murid sepanjang kelas. Kemudian disusuli dengan latihan. Bab latihan Ummi boleh tunjuk ajar, bab explanation (mengajar) ni Ummi kurang mahir (kurang sabar sebenarnya 🤭)... Anak-anak pun bila cikgu yang terangkan, kemain senang depa faham. Itulah gunanya bergurukan? 

Jadual kelas. 


Sama-samalah kita kuatkan semangat untuk bantu anak-anak belajar. Banyak kekangan dan cabaran tapi sekurang-kurangnya hati tenang bila anak-anak di depan mata. Risau sebenarnya nak melepaskan mereka ke luar hatta ke sekolah pun sekarang ni sebab Covid-19 ni makin menular. 3-4 ribu kes sehari sangat membimbangkan apatah lagi sekarang ni banyak pula kes tanpa simptom. 

Moga dilindungi diri dan keluarga kita dari wabak ini, أمين 



Tuesday, 12 January 2021

PKP 6 Negeri & Darurat


Belum sempat nak hadam akan pengumuman PKP untuk 6 negeri (PP, SDE, WP, Melaka, JDT & Sabah), tiba-tiba hari ni dikejutkan pula dengan pengisytiharan darurat yang telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

Tapi, tiada apa yang perlu dirisaukan berkenaan darurat ni. Lebih kepada memberi kestabilan dari segi polirik, memberi fokus kepada usaha merawat dan mengekang pandemik Covid-19 dan memulihkan ekonomi.

Hari tu Ummi lalu pekan Gerik yang lebih awal diisytiharkan darurat susulan kematian Ahli Parlimennya. Semuanya berjalan seperti biasa di pekan tersebut; tiada sekatan jalan raya, tiada curfew. Normal dalam norma baharu :) 

Ummi di market masa dengar pengumuman ni. See? Pukul 11 dekat market, very unusual for an early bird like me :) Tapi, itulah kali ni memang tak bersedia macam 1st PKP dulu. Kalut ke kedai stocked up barang dapur sampai beli segala macam yang tak perlu. Sampai sekarang tepung ubi, tepung pulut semua tak berusik pun. Gula merah yang timbang tu pun beli juga. Itu belum kira bila jumpa roti Gardenia, mee Numee... Berebut beli. 

Another reason is penat sebenarnya. Back to back travel. (story later, jangan speku :p). Jadi, untuk kali ni kita slow & steady je. Pergi kedai tadi pun memang sebab barang basah dah habis. Beli stok mingguan seperti biasa.

Jadi, bermula jam 12.01 t/malam ni (13 Jan 2021) 6 negeri ni akan dikenakan PKP. Alhamdulillah banyak perkara yang telah kami selesaikan sebelum PKP ni. Antara perkara yang dilarang semasa PKP termasuklah rentas negeri, rentas daerah, bergerak >10km dari rumah dan >2 orang dalam kenderaan dari rumah yang sama. Sekatan jalan raya akan diaktifkan semula untuk memastikan rakyat mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. 

Alhamdulillah syukur sempat buat semua ni;
- balik kampung (rentas negeri)
- beli buku di sekolah (now kedai buku sekolah ditutup semula kerana PKP)
- iv Walid (>10km radius) 
- ke sekolah baru Abang utk terima tawaran kemasukan (rentas daerah)
- attend wedding (>10km radius)
-iv MRSM Abang (rentas negeri)

Sekarang ni tak pastilah berapa lama PKP ni akan dikuatkuasakan. Tapi, berdasarkan pengalaman lepas, tempoh 2 minggu is not enough to flatten the curve. Kita tunggulah pengumuman kerajaan dari masa ke semasa. 

Cuma risau juga bab pelajaran anak-anak. Harapnya pihak sekolah lebih pro-aktif dalam menjalankan PdPC secara maya. Nak tak nak kita sebagai ibu bapa juga perlu bersedia untuk sama-sama memikul tanggungjawab bagi memastikan PdPC secara maya lancar. It takes two to tango. Anak-anak Ummi pun 20hb ni akan start homeschooling. Ummilah akan jadi cikgu, cikgu disiplin, cikgu besar semua Ummi bolot. Enough playing kids! Tahun ni lebih mencabar sebab dari awal kena belajar dari rumah berbanding tahun lepas. Ibu ayah cuma pantau dan sambung sikit2 silibus yang belum habis. Alhamdulillah buku aktiviti dah beli jadi boleh mula buat latihan. Buku teks online ada, bolehlah dijadikan rujukan. 

Untuk Abang, kena fikir cara lain. Mungkin esok Ummi keluar cari bahan untuk form 1 kot. Dia dah regi sekolah cuma sebab PKP secara tiba-tiba ni Ummi tak rasa sekolah pun bersedia untuk hal ni. Ada students masih belum buat pengesahan dan belum daftar. Kalau sekolah proceed je dengan pelajar yang dah daftar, elok juga. Cara lain, mungkin Ummi sambung semula online tuition dia. At least dia dah ada basic. Senang bila buka sekolah nanti. 

Apapun agar semuanya dipermudahkan untuk kita semua. انشاء الله ada hikmah atas semua yang berlaku ini. 

Tradisi sebelum PKP dilaksanakan...
Kali ni minum petang-cum-dinner

Stay safe everyone! 


Sunday, 6 December 2020

PKPB ~ Dilanjutkan tapi ada kelonggaran


Happy dengar pengumuman YB Menteri Kanan Keselamatan semalam yang mana dibenarkan untuk rentas daerah/negeri. Alhamdulillah syukur sampaikan tak peduli dah PKPB di Selangor dan KL ni dilanjutkan sehingga 20 Disember 2020 🤭

Bukan apa, rasa free of mind sebab tak lagi tersekat nak kemana-mana. Tambahan pula bilangan penumpang dalam kenderaan juga dibenarkan ikut kapasiti sesuatu kenderaan. Tidak lagi terhad kepada 3 orang penumpang sahaja.

Walaubagaimanapun tidaklah bermakna kita dah bebas kemana-mana atau buat apa saja. Pastikan setiap masa kita jaga SOP, elakkan 3Cs dan amalkan 3Ws. Rata-rata di kalangan kita dah terbiasa/selesa dengan norma-norma baharu jadi teruskan menjaga diri & keluarga kita. Dengan usaha yang berterusan dan DOA berpanjangan kita dilindungi-Nya dari wabak ini, Insha Allah.

Ada 2-3 perkara yang kami teringin nak buat sebenarnya sejak hampir 2 bulan PKPB dilaksanakan di Lembah Klang. Top in the list of course nak balik kampung. Itulah yang ramai orang nak buatkan? Lagi satu, nak pergi bercuti. Tak jauh, dekat-dekat pun jadilah. A hotel staycation would be a good idea. Ada cadangan?

Lepas tu teringin nak makan di luar dengan anak-anak. Last time makan di luar sebelum PKPB bulan 10 hari tu. Dapat makan di kedai mamak pun jadilah. At least we feel a bit relieve and slowly feel that the situation is improving. 

Apapun jangan leka dan jangan seronok sangat kata orang Kedah. Teruskan perjuangan kita menentang musuh yang tak dapat dilihat ni. Teruskan #kitajagakita 💪💪💪


Tuesday, 24 November 2020

Hah Tepuk!

Inilah indoor game terbaru yang Walid beli untuk menghilangkan kebosanan anak-anak di musim PKP ni. Sebelum ni dah beli Saidina, Sahibba dan Carrom. Dah puas main orang kata.
Permainan bola tepuk ni favorite anak-anak esp boys. Pernah satu ketika, masa Abang darjah 3 kot habis buku tulis dikerjakan untuk buat 'orang bola' 😇

Bila dapat tahu ada orang jual set bola tepuk ni, terus Walid order. Berbulan jugalah tempoh menunggu sebab penjualnya (En Azmi, founder/owner AZ Bolatepuk) hanya melakukan business ini secara sambilan. Dan beliau tak ambil deposit. Ikut que tempahan kita. Bila siap, beliau akan maklumkan. Harga satu set RM50 (self pick up, area Damansara Damai).

Abang tempah team Kedah & JDT. Setiap set ada 2 team, lengkap dengan 'padang', tiang gol, bola (dibuat dengan aluminium foil, cute 😁) dan game instruction. Sellotape pun dia bagi. Complete! 

Kemas dan berkualiti hasil kerjanya 👍

Sekarang ni tengah 'gila' main bola tepuk-lah anak-anak Ummi. Sementelah Tok dah takde, Tok Umi & Tok Ayah pun dah balik Jitra dapatlah juga mengubat kesunyian. 

Jika ada yang berminat, boleh hubungi En Azmi. No tel ada kat gambar ni hah... 

Hah tepuk Abang!