Showing posts with label N9. Show all posts
Showing posts with label N9. Show all posts

Sunday, 31 March 2019

Bersiar-siar di Seri Menanti


Sebelum bertolak balik ke Gombak, kami mengambil peluang untuk ke Seri Menanti, Bandar DiRaja bagi Negeri Sembilan Darul Khusus.

Cantik Seri Menanti ni. Terasa seolah berada di satu tempat yang sangat berbeza. 
Warna kuning diraja yang menghiasi kubah masjid dan astaka di makam diraja semuanya menangkap pandangan mata. 



Hajat di hati nak ke Muzium DiRaja Istana Lama Seri Menanti tapi malangnya muzium ditutup kepada orang awam disebabkan kerja-kerja pemulihan dan penyelenggaraan.


Yang berbumbung Minang Kabau itulah Muzium DiRaja manakala sebelah kanan yang nampak sipi-sipi tu Seri Menanti Resort. Dah booking dengan Walid kalau ada urusan di Seri Menanti atau Pilah Ummi nak stay sini :)



Ada ruang dan mini stage berhampiran resort. Mungkin untuk acara-acara melibatkan pihak istana. Kami juga melintasi istana tapi sayangnya Ummi terlepas peluang untuk mengambil gambar :(

Satu pengalaman yang menarik bagi kami sekeluarga walaupun sekadar menjamu mata. Will be visiting more Royal Towns Insha Allah. 

Wednesday, 27 March 2019

Juasseh Agro Park



Waktu minum petang di sebuah warung berhadapan Masjid Jamik Yamtuan Raden petang ahad lepas, ternampaklah signboard "Juasseh Agro Park". Terus recall, rasa pernah dengar pasal tempat ni thru my reading. This place is dubbed as Mini New Zealand. Don't play-play tau!

Tapi bila tanya adik waiter tu, dia cakap tak tahu. Ummi tak puashati, tanya kali kedua "kalau nak ke Juasseh jauh tak?  Pun dia cakap tak tahu. Lastly Walid tanya tauke dia. Kebetulan ada sorang customer tolong jawabkan " tak jauh, dalam setengah jam yo. Dokek lomang panaih nun". Itu yang Walid dengar dan faham. Confirm balik dengan Waze, memang tak jauh pun.


Ladang ni besar, 120 ekar kalau tak silap Ummi. Milik anak tempatan. Beroperasi atas nama Syarikat NS Dairy Farm. On the way tu, cari je signboard NS Dairy sebab kadang tulis Juasseh Agro Farm, kadang NS Dairy.  Tempat yang sama sebenarnya.

Nak sampai ke ladang ni, agak mencabar sebab kiri kanan jalan adalah pokok kelapa sawit dan pokok getah. Mula tu cuak juga sebab macam masuk hutan je. Tapi bila berselisih dengan lori ais baru confident sikit nak teruskan perjalanan. Jalan mini tar, kena beralah kalau bertembung dengan mana-mana kenderaan. Adalah dalam 2km kot dari simpang kampung tadi. Kalau rombongan sekolah, pihak ladang akan menjemput mereka di meeting point berhampiran jalan besar sebab bas memang tak muat lalu. 

Akhirnya sampailah juga kami ke ladang ni. Rupanya Pakcik tu cakap Rembang Panas, (nama tempat ni). Bukan lomang panas! Biasalah, orang Kedah bercakap dengan orang Nogori 😆😆😆

Bear ni penyambut tetamu.
Real size bear sebab tu Adik takut bila ajak bergambar. 

Keratan akhbar pasal ladang ni antaranya artikel bertajuk New Zealand Mini Juasseh. 

Ada menara tinjau, flying fox dll. 

 Untuk extreme sports ni kena pre-book rasanya. Ummi lupa nak dapatkan info. 
Ada juga banglo cantik yang dijadikan farmstay. Time ni fully booked. Dapat tinjau dari luar je. Ada juga kawasan lapang sebelah banglo ni yang disewa untuk majlis keraian. 



Persekitaran memang terjaga elok walaupun ianya sebuah ladang ternakan. 

Excited dapat main congkak. 

Nak melawat ladang ni kenalah naik tram. Bayaran rm5 untuk kanak-kanak dan warga emas. Dewasa pula rm10. 







Rumput untuk makanan lembu di tanam di seluruh ladang. Kiranya lembu di sini memang makan rumput fresh, bukan pallet. 

Lawatan kami ni sekitar 20 minit juga. Dibawa ke kandang lembu, pusing sekitar ladang. Tu je. Sampai di kandang lembu tu, driver berhentikan tram. Kami tengok lembu, lembu tengok kami 😅 driver kami tu berat mulut, sepatah ditanya sepatah dijawab. Ummi kalau orang cenggini Ummi pun mati kutu nak bercakap :D tak pastilah boleh turun dari tram tu ke macamana... Lastly, Walid suruh dia gerak je. 

Nampak ayam belanda berkeliaran. 

Kesian angsa kena keja dengan tram.
Hah tu lah, selalu sangat kejar orang hihi.. 


Tram yang kami naik. Jangan kata anak2 yang excited, Ummi dengan Tok pun excited. Walaupun orang kampung, tak pernah kami naik tram ni. Naik belakang kobau macam Adik Syukri Mowgli Malaysia pun tak ponah, apatah lagi naik tram 😜

Sayangnya hari tu takde aiskrim :(

Susu percuma untuk setiap trip lawatan.
Sedap susunya. Jenama NS Dairy Farm. Kalau jumpa beli, support produk bumiputera.


Waktu operasi dan harga ticket. 

Walaupun tak banyak tarikan tapi ianya tetap satu pengalaman yang menarik. Especially untuk kids. 


Juasseh Agro Park /NS Dairy Farm
No 3720 Padang Ragut
Rembang Panas
72000 Juasseh
Negeri Sembilan Darul Khusus

Tuesday, 26 March 2019

Zaini Salai House, Kuala Pilah



Kedai ni dah famous sangat. Tak perlu nak diperkenalkan pun. Kalau Google tempat makan best di Kuala Pilah, confirm kedai ni on top of the list. Teringin lah juga nak try... 
Walaupun perut tak berapa lapar, tapi bila nampak kedai ni sanggup buat u-turn hihi... Kalau menghala ke Pilah tu, kedainya sebelah kanan. Tak jauh dari air terjun Ulu Bendul.

Time kami sampai tu dah ramai orang. Terus Ummi chop meja. Parking lot banyak belakang kedai, takde masalah. Ada signage self-service jadinya Ummi pun bangun lah pi order Ais Kepal Milo untuk Angah dengan Kakak. Tup-tup adik waiter tu cakap "akak duduk dulu ye, nanti kami ambik order" Pulak!

Agaknya makanan je kot yang self-service. Minuman tak. Jomlah tengok apa yang ada...

Harga setiap makanan dah dipamerkan.
Pilih je mana yang berkenan. 



Ada satu menu yang Ummi teringin sangat nak tengok rupanya. Jangek namanya. Dalam gambar ni sebelah udang galah tu. Katanya jangek ni kulit lembu. Ummi dah senduk, tapi letak balik hihi... Nampak perut masak lemak tu dok lambai-lambai kat Ummi haha... 


Ummi kalau makan lauk kampung suka makan simple gini je. Nak betul betul menikmati sesuatu masakan instead of pelbagai jenis. Walid pulak suka ambik itu sikit ini sikit, rasa semua kalau boleh.  Abang takyah cakap; ketam masak lemak favourite dia, tambah ayam goreng lagi, sosej pun dia rembat hihi... 

Mula suap tu Ummi rasa biasa je masak lomak cili api perut dengan rebung tu. Makin lama makin sodap rasanya. Dia punya podaih takyah cakap, sampai nak keluaq ayaq mata ceq. Tapi kenalah control macho haha... 


Angah dengan Kakak masih kenyang makan bihun, depa nak dessert je. 

Ada juga itik salai yang dijual di sini. 




Alhamdulillah puas hati, makanan memang sodap belaka. Tempat luas dan selesa, service pun cekap. Bab harga tu takleh nak komen sebab serba serbi mahal sekarang ni :( lagipun makanan sedap jadi takyah nak komplen 😆😆😆

Zaini Salai House 
Tel: 013 4288 491

Piknik di Taman Eko-Rimba Ulu Bendul



Singgahan pertama kami dalam trip ke Pilah pastinya di Ulu Bendul. Nak bagi peluang anak2 mandi sungai. Ramai juga pengunjung hari tu. Maklumlah cuti sekolah. Kebanyakan datang bersama keluarga dan bekalan makanan haha... Usung makanan, usung tikar itu pemandangan biasa yang dapat dilihat.

Ada kolam besar yang jadi tumpuan ramai. Ada juga kemudahan bilik air/tandas berhampiran. Tapi kami memilih untuk berkelah di hulu sungai. Airnya lebih cetek dan lokasinya lebih privasi. Kebetulan ada wakaf kosong jadi disitulah port kami.

Bekal kami pagi tu; bihun goreng, karipap, apam beras dan makaroni goreng

Ada juga sekawan kera berkeliaran


Adik dah kesejukan... 


Depa bertiga tak puas lagi main ayaq. 
Lepas tu pakat kelaparan :D 


Persekitaran di sini agak bersih dan terjaga. Nampak 2-3 orang pekerja pembersihan sedang melaksanakan tanggungjawab mereka. Tapi ada juga scene yang kurang menyenangkan bila ada antara pengusaha gerai yang Ummi nampak membuang sampah di tebing sungai. Pastinya sampah tu akan jatuh ke dalam sungai, yang di dalamnya orang sedang bermandi-manda :(

Usai berkelah, kami meninjau kawasan sekitar Taman Eko-Rimba Ulu Bendul ni. Rupanya ada beberapa tarikan lain di sini. 

Ada chalet, kabin dan camping site yang boleh disewa di sini. Ianya dikenali sebagai Anjung Rimba. Boleh tengok info di bawah ni kot ada yang teringin bermalam di sini. 




Camp site 

Chalet. 

Kawasan Anjung Rimba ni gated ye. Manakala bahagian atas sikit berhampiran Taman Ular nampaknya kawasan tersebut lebih terbuka. Nampak juga banyak khemah di situ. 

Kami tak masuk pun ke Taman Ular ni. 


Siapa yang nak naik Gunung Angsi agaknya di sinilah tempat permulaannya. Ummi agak je :)